Upload
muizimba-muhamad
View
173
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tafsir ayat 1 hingga 11 surah al-mu'minun. khas buat pelajar pengajian agama IPT sebagai bahan rujukan tambahan.
Citation preview
Surah Al- MU’MINUN
Disediakan oleh
»MOHD IZZUDDIN BIN MD YASIN
»SITI MARIAM BIN MOKRI
AYAT 1-11
Tak kenal maka tak cinta• Nama nya diambil daripada kalimat terujung dalam ayat
pertama • Surah yang ke 23
• Mengandungi 118 ayat• Diturunkan di Mekah
Secara umumnya, Isinya lebih menekankan ke arah pembentukan Peribadi Muslim
Isinya penuh dengan pengisian iman, juga kisah perjuangan Nabi-nabi.
Diterangkan juga kebahagian di dunia dan di akhirat orang mukmin, dan kesensaraan bagi mereka yang memperserikatkan ALLAH..
Tafsir al azhar : Prof Dr Hamka
Mari Mengaji
Maksud Ayat
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,1.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;2.
dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia;3.
dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
4.
dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
5.
kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka
tidak tercela: -6.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas;7.
dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
8.
dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
9.
mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
10.
Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
11.
Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abi
Hurairah ;
Apabila Rasulullah s.a.w bersembahyang, Rasulullah memandang ke langit.
Maka turun ayat ini
-Hadis riwayat ini adalah mursal-
Tafsir ibnu Abbas
Para sahabat bersembahyang dan mereka memandang ke
langit.
Turun ayat ini sebagai petunjuk bagaimana seharusnya
menunaikan sembahyang
-Hadis riwayat ini adalah mursal-
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Ibnu Sirin ;
HURAIAN AYAT
Tafsir Pimpinan Ar RahmanOrang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya.
Tafsir Al-AzharKalimat “menang” adalah bukti bahawasanya perjuangan telah dilalui menghadapi musuh atau pelbagai kesulitan. Kita tidak dikira menang kalau masih belum melalui dan mengatasi rintangan yang bertemu di tengan jalan. Rintangan yang dimaksudkan ialah rintangan dari kebodohan dan nafsu-nafsu jahat yang ada dalam diri sendiri. Maka didalam ayat ini, diberikan keterangan bahawa kemenangan pastilah diperoleh orang yang beriman. Maka ditunjukkan enam syarat yang wajib dipenuhi sebagai bukti Iman. Kalau enam syarat ini telah terisi, pastilah menang mengatasi kesulitan diri sendiri, menang dalam bernegara, dan lanjutan dari kemengan semuanya itu ialah syurga Jannatul Firdaus.
Ayat 1
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”
Tafsir Pimpinan Ar Rahmansembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.
Tafsir Fi Zilalil Qur’an
Hati mereka gementar ketika berdiri menghadap Allah di dalam solat. Hati mereka
tenang dan khusyuk hingga menjalar ke seluruh tubuh badan, rupa dan gerak geri.
Jiwa mereka diselubungi kebesaran Allah yang dihadapi mereka, di mana segala
ingatan yang lain hilang dalam ingatan mereka. Mereka tidak teringat kepada
yang lain dari Allah dan seluruh perasaan mereka tertumpu kepada-Nya dan
berbicara dengan-Nya. Di hadapan hadrat Ilahi yang suci itu lenyaplah segala
yang ada di sekeliling mereka dan segala sesuatu yang lain yang ada di dalam hati
mereka. Mereka tidak melihat melainkan Allah dan tidak merasa melainkan Allah.
Ayat 2
“Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang”
HURAIAN MENGENAI KHUSYUK
Mengikut pendapat sebahagian ulama’ khusyuk ertinya menghadirkan sepenuh ingatan dan mendiamkan seluruh anggota badan.
Ada pendapat lain mengatakan khusyuk ertinya tetapkan seluruh pancaindera tanpa menggerakkannya, inilah pendapat yang lebih jelas dan diterima.
Ada sesetengah mengatakan khusyuk itu ialah menghadirkan sepenuh hati di samping memperlahankan bacaan (membaca dengan lambat dalam solat)
Ibn Abbas r.a menyatakan bahawa maksud khusyuk itu ialah berasa takut dan merendah diri kepada Allah S.W.T dengan hati mereka yang penuh rasa hebat kepada Allah S.W.T.
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari
melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang
sia-sia
Tafsir Fi Zilalil Qur’an
Iaitu segala perkataan, perbuatan, perhatian dan perasaan yang sia-sia. Hati mu’min itu
sentiasa dipenuhi kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk perkara yang
sia-sia, main-main dan Cuma-Cuma. Ia dipenuhi kegiatan zikurullah, memikirkan
kebesaran-Nya dan merenungi tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya pada
kejadian diri manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Bagi orang yang beriman dia
tetap didorong oleh aqidahnya supaya menghabiskan daya tenaganya dalam kegiatan-
kegiatan yang membangun, meng’imarah dan mengislah
Ayat 3
“Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”
Tafsir Al-Azhar“Al-Laghwi” dari kata “laghaa” ertinya perbuatan atau kata-kata yang tidak ada faedahnya, tidak ada nilainya. Baik senda gurau atau main-main yang tidak ada hujung pangkalnya.
Diserahkan kepada setiap peribadi menimbang sendiri mana yang lagha, perbuatan atau kata-kata yang sia-sia dan mana yang erfaedah. Kekuatan ibadat kepada ilahi, kekhusyukan dalam sembahyang akan mengalirkan pembersihan jiwa.
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh kalau suruhan itu tidak akan membawa selamat dan bahagia jiwa. Segala yang dinamai dosa atau lagha, segala perbuatan yang diluar dari kebenaran ertinya salah.
Renungkanlah dan fikirkan betapa singkatnya kesempatan dalam dunia ini akan melukiskan nilai dari kehidupan itu.
Ibn Kathir menyatakan “perbuatan sia-sia itu ialah yang batil dan palsu, termasuk perbuatan syirik, maksiat serta perkataan juga perbuatan yang tidak memberi faedah.
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan
kewajipan mengeluarkan zakat.
Tafsir Fi Zilalil Qur’an
Setelah menghadap Allah dengan khusyuk dan menghindarkan diri daripada segala
perkara yang sia-sia dalam kehidupan, zakat merupakan pembersihan hati dan harta. Ia
membersih hati dari sifat bakhil, mengatasi cinta terhadap diri sendiri dan menolak
bisikan syaitan yang menaku-nakutkan seseorang menjadi miskin (kerana menderma
harta), menanam kepercayaan kepada balasan dan ganjaran di sisi Allah. Zakat
mempunyai matlamat untuk memelihara masyarakat islam daripada kerosakan-
kerosakan akibat kemiskinan di satu segi dan akibat kemewahan dari satu segi yang lain.
Ayat 4
“Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu”
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya.
Tafsir Fi Zilalil Qur’an
Inilah langkah-langkah untuk melahirkan kebersihan jiwa, rumahtangga dan
kelompok muslim. Inilah langkah melindungi kesejahteraan diri, keluarga
dan masyarakat melalui usaha memelihara anggota-anggota kelamin dari
persetubuhan yang tidak halal menjaga hati dari menaruh keinginan kepada
pasangan yang tidak halal dan mengawal anggota masyarakat daripada
menurut hawa nafsu.
Masyarakat yang melepaskan hawa nafsu tanpa perhitungan adalah satu
masyarakat yang kotor dan rendah martabat kemanusiaannya.
Ayat 5
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya”
Tafsir Pimpinan Ar RahmanYakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal dari tawanan “Perang Sabil” yang berlaku di antara orang-orang islam dan orang-orang kafir yang menceroboh
Tafsir Fi Zilalil Qur’anIslam muncul ketika perhambaan menjadi peraturan antarabangsa, di mana peraturan memperhambakan orang-orang tawanan perang menjadi peraturan yang diiktirafkan oleh semua kerajaan. Oleh kerana itu, islam menghalalkan mencari kenikmatan dengan mereka sebagai gundik-gundik yang khusus untuk lelaki yang memiliki mereka kecuali mereka menjadi merdeka dengan salah satu dari berbagai-bagai sebab yang banyak yang telah dijadikan oleh islam sebagai sarana untuk membebaskan hamba abdi.
Ayat 6
“Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak
tercela”
Tafsir Pimpinan Ar RahmanYakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah
Tafsir Fi Zilalil Qur’anYakni mereka hanya dihalalkan mencari kenikmatan persetubuhan dengan para isteri dan hamba yang dimiliki mereka dan tidak boleh mencari kenikmatan persetubuhan dengan wanita-wanita lain dari mereka dengan cara apa sekalipun. Oleh sebab barang siapa yang mencari kenikmatan di luar dari itu bererti dia telah melampaui daerah yang halal dan menceroboh ke alam daerah yang haram.
Ayat 7
“Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-
orang yang melampaui batas”
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni orang-orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila
diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan
menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka berjanji,
mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya; kerana perbuatan
khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik, sebagaimana yang
tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w).
Tafsir Al-Azhar
Amanat terbahagi dua iaitu amanat raya dan amanat peribadi. Amanat raya ialah
tugas yang dipikulkan Tuhan atas perikemanusiaan seluruhnya, menjadi khalifatullah
fil-Ardhi. Amanat tidak terpikul oleh langit dan bumi tapi hanya hati mu’min yang
sanggup memikul amanat itu. Amanat peribadi ialah tugas kita masing-masing
menurut kesanggupan diri, bakat dan nasib.
Ayat 8
“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”
Tafsir Pimpinan Ar RahmanYakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang
sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang
musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit.
Tafsir Al-AzharDapatlah keadaan ini dirumuskan dengan inti pati kata “dari sembahyang
kita mulai melangkah dengan khusyuk, kita jalan terus ke muka
menghadapi masyarakat, menegakkan rumahtangga dan menegakkan
negara. Dan setelah negara berdiriita bertekun lagi memelihara hubungan
dengan ilahi, dengan sembahyang, moga-moga kita selalu diberi kekuatan
untuk menghadapi soal-soal yang ada di hadapan kita nanti.
Ayat 9
“Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang”
Tafsir Pimpinan Ar RahmanOleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga “Jannat’ul-Firdaus”.
Tafsir Fi Zilalil Qur’an
Itulah kemuncak keberuntungan yang telah ditetapkan Allah kepada para mu’minin, dan selepas kemuncak ini tiada lagi matlamat yang lain yang dipandang mata atau diangan-angankan khayal manusia.
Tafsir Al-Azharsyurga firdaus, Jannatun Na’im itulah tujuan di balik hidup sekarang ini. Hidupnya seorang Mu’min adalah mengenangkan juga kebahagian “Hari Esok”. Kita menyelesaikan dunia untuk menentukan nasib di akhirat.
Ayat 10 dan 11
“Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-
Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya”
Ciri-ciri yang terdapat pada
setiap individu bagi orang yang
beriman
Khusyuk dalam solat Menjauhkan diri
dari perbuatan dan perkataan yang
sia-sia
Orang yang menunaikan
zakat.
Orang yang
menjaga kehormata
nnya.
Orang yang
menjaga amanah
Orang yang menepati janjinya.
Orang yang memelihara
sembahyangnya.
Pengajaran ayatkita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan
cara yang sempurna dan khusyuk
Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak
akan mendatangkan manafaat
Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi
kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan melanggar larangan Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti menjaganya
dengan sebaik mungkin
Untuk mewarisi syurga “jannat’ul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjauhi
laranganNya.
: Isu semasa :
• Ramai orang islam yang mengabaikan sifat-sifat orang beriman (sepertimana yang dibahaskan pada hari ini )
• Berlakunya masalah umat yang kronik• Pergaulan bebas > Zina > Anak luar nikah >
pembuangan bayi• Pecah Amanah > ekonomi islam mundur• Kelalaian umat islam (taghut) > masjid-masjid dan
surau-surau menyepi.
• Solat 5 waktu ditinggalkan !!!!!
Video :Tajuk : “Geng Tidak Solat”Penceramah : Ustaz Azhar IdrusProduksi : TH filem original productionSumber : You Tube
sumber rujukan
1. Tafsir Ibnu Abbas (jilid 2)2. Tafsir Fi Zilalil Quran, dikarang oleh
Sayyid Qutb3. Tafsir Al-Azhar, dikarang oleh Prof Dr
Hamka
Sekian terima kasih