70
TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU RASHIMAH BINTI ABU KASIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2012

TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

  • Upload
    lykhue

  • View
    297

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH

FIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU

RASHIMAH BINTI ABU KASIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2012

Page 2: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

2

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: _____________

Saya RASHIMAH BINTI ABU KASIM(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (/)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI SULIT

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan dimana penyelidik dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

---------------------------------------

(TANDATANGAN PENULIS)

DISAHKAN OLEH:

------------------------------------------------

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 25 JALAN PADI RIA 8,

BANDAR BARU UDA,

81200 JOHOR BAHRU.

Tarikh: ………………………….

PM. DR. SETH BIN SULAIMAN

Nama Penyelia

Tarikh: ……………………………

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis ini dimaksudkan sebagai tesisi bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi

pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

3

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR SETH BIN SULAIMAN

Tarikh :

Page 4: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

4

TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU

RASHIMAH BINTI ABU KASIM

Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan Fizik

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2012

Page 5: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

5

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : RASHIMAH BINTI ABU KASIM

Tarikh :

Page 6: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

6

Buat suamiku yang tersayang Mohd Zikri Bin Mat Deris

Puteri Kesayanganku Khyrah Zhafirah

Ibu-bapa serta seluruh keluarga tersayang

Page 7: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

7

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyiapkan Disertasi Projek Sarjana Fizik saya ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr.

Seth Bin Sulaiman, Penyelia Projek Sarjana saya kerana banyak membimbing dan

memberikan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan. Terima kasih atas segala-

galanya.

Terima kasih saya ucapkan kepada suami dan ibu-bapa saya kerana banyak

memberi dorongan untuk saya meneruskan usaha dan menghadapi cabaran untuk

menyiapkan disertasi saya ini.

Tidak dilupakan juga kepada Pengetua Sekolah di dalam daerah Johor Bahru

yang terlibat kerana membantu dalam menjayakan disertasi ini dan memberikan

kerjasama yang baik dalam menyediakan responden untuk menjawab soalselidik dan

soalan yang disediakan.

Page 8: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

8

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap kreativiti dan pencapaian

penyelesaian masalah fizik di sekolah menengah. Jumlah responden yang terlibat

adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains iaitu seramai 50 orang

pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang digunakan

adalah set soalan CT-PS (Creativity Test-Problem Solving) yang mempunyai nilai

kebolehpercayaan α=0.77 untuk soalan tahap kreativiti (Bahagian B) dan α=0.93

untuk soalan penyelesaian masalah Fizik (Bahagian C). Data yang diperolehi

dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap kreativiti pelajar secara keseluruhannya adalah

tinggi (min=80.69). Manakala tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik

mengikut Model Heller adalah lemah (min=24.47). Keputusan ujian-t menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti merentasi jantina

p=0.075 dan juga tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian penyelesaian

masalah fizik merentasi jantina p=0.649 pada α=0.05. Korelasi Pearson menunjukkan

bahawa terdapat hubungan yang lemah di antara tahap kreativiti pelajar dan

pencapaian penyelesaian masalah Fizik (r=0.18) tetapi tidak signifikan.

Page 9: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

9

ABSTRACT

This study was conducted to find the level of secondary school student’s

creativity and problem solving achievement Physics. A total of 100 Form Four

science students were involved in this study of which 50 were males and 50 were

females. The instrument used was a set of questions CT-PS (Creativity Test-Problem

Solving) with a reliability value of α=0.77 for the creativity question (Part B) and

α=0.93 for physics problem-solving questions (Part C). The data obtained were

analyzed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS). The findings

indicate that the level of creativity as a whole is high (mean=80.69). While the

physics problem-solving performance of students was low (mean=24.74). T-test

results showed no significant difference between the level of creativity across gender

(t=0.075) and no significant difference on physics problem-solving performance

across gender (t=0.649) at α=0.05. From the data analysis using Pearson correlation

there is a weak correlation between the level of creativity and achievement of physics

problem solving (r=0.18) at α=0.05 but it is not significant.

Page 10: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

10

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

11

1.6.1 Pelajar 11

1.6.2 Guru 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Takrifan Istilah 13

1.8.1 Kreativiti 13

1.8.2 Penyelesaian masalah 14

1.9 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kreativiti 16

2.2.1 Penghalang kepada Kreativiti 17

2.2.2 Pengukuran Tahap Kreativiti 18

2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 22

2.3.1 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 24

2.3.1.1 Model Penyelesaian Masalah Enam

Langkah Dewey

24

2.3.1.2 Model Polya 25

2.3.1.3 Model Lester 25

2.3.1.4 Model Heller & Heller 26

2.4 Kepentingan Kreativiti dalam Kemahiran

Penyelesaian masalah

28

2.5 Kajian-Kajian Lepas

2.5.1 Kajian Tentang Tahap Kreativiti Pelajar

2.5.2 Kajian Tentang Pencapaian Penyelesaian

Masalah

30

30

35

2.6 Kesimpulan 40

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 42

Page 12: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

12

3.3 Sampel Kajian 42

3.4 Instrumen kajian 43

3.5 Prosedur kajian 46

3.6 Kajian Rintis 47

3.7 Analisis data 49

3.8 Kesimpulan 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 54

4.3 Tahap Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Mengikut Model Heller

54

4.4 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Tahap Kreativiti Pelajar

55

4.5 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

56

4.6 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Pelajar dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

57

4.7 Kesimpulan 59

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 61

5.2.1 Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 61

5.2.2 Tahap Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Mengikut Model Heller

61

5.2.3 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4

63

5.2.4 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

63

5.2.5 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Pelajar dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah

64

Page 13: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

13

Fizik

5.3 Rumusan dan Implikasi Kajian 65

5.3.1 Tahap kreativiti yang tinggi 65

5.3.2 Tahap pencapaian penyelesaian masalah fizik yang rendah

67

5.4 Cadangan daripada Kajian 69

5.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 72

5.6 Kesimpulan 73

RUJUKAN 74-85

LAMPIRAN 86-111

Page 14: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

14

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 43

4.1 Min tahap kreativiti pelajar tingkatan empat 54

4.2 Min markah Pencapaian Penyelesaian

Masalah Fizik Model Heller oleh Pelajar

Tingkatan Empat

54

4.3 Ujian T diantara Tahap Kreativiti Pelajar dan

Jantina

55

4.4 Ujian T diantara Penyelesaian Masalah Fizik

dan Jantina

56

4.5 Ujian Korelasi Pearson di antara tahap

kreativiti dan penyelesaian masalah Fizik.

57

4.6 Jadual interprestasi nilai pekali korelasi (r) 57

4.7 Kesimpulan hasil analisis data 58

Page 15: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

15

SENARAI SINGKATAN

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

NKRA - National Key Result Area

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - pengajaran dan pembelajaran

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

KBKK Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

CT-PS Creative Thinking-Problem Solving

JPNJ Jabatan Pelajaran Johor

SPSS Statistical Package For Social Science

Page 16: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

16

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Pengesahan soalan Penyelesaian Masalah

Fizik

86

B Set Soalan CT-PS (Creativity Test-Problem

Solving)

87

C Skema pemarkahan soalan penyelesaian

masalah (Bahagian C)

96

D Teknik Menjawab Soalan CT-PS (Untuk

kegunaan guru sahaja)

106

E Contoh Borang Ujian CT-PS Jawapan

Pelajar

107

F Item-item mengikut konstruk cirri-ciri

kreativiti individu

108

Page 17: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

17

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun

2020 amat bergantung kepada keupayaan warganya untuk menyediakan pendidikan

berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik dan membangunkan

daya inovasi dan kreativiti pelajar. Dengan ini, kita akan dapat menghasilkan modal

insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan serta berupaya untuk

memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara

kita (Muhyiddin, 2010). Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah

status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik

dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus

alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat

ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang

mengamalkan budaya sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

2002).

Page 18: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

18

Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan yang amat penting dan

harus diterapkan dalam minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Ini

bersesuaian dengan National Key Result Area (NKRA) yang diperkenalkan oleh

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. NKRA

yang berkaitan dengan bidang pendidikan adalah NKRA yang ketiga: Meluaskan

Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Dalam NKRA ini, beliau

ingin memastikan anak-anak akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti

berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada

internasional yang penuh cabaran ini (Mohd Najib, 2009).

Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat

untuk melahirkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis,

kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi (PPK,

2003). Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang

terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran

untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi

pendidikan negara.

1.2 Latar belakang masalah

Matlamat utama kurikulum fizik bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan

harian. Di antara objektif kurikulum Fizik adalah mengaplikasikan pengetahuan dan

Page 19: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

19

kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam

penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan (PPK, 2003).

Daripada perbandingan Laporan Prestasi SPM 2007 yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran Fizik

didapati prestasi keseluruhan calon adalah pada tahap sederhana. Kematangan calon

dalam menyampaikan fakta dan konsep-konsep fizik semakin meleset terutama

dalam penyelesaian masalah dan juga membuat keputusan. Penyelesaian masalah

secara kuantitatif adalah sederhana iaitu sebahagian calon tidak menggunakan rumus

yang betul menyebabkan gantian yang dibuat adalah tidak betul. Masih terdapat

calon yang lemah dalam menguasai istilah fizik, kemahiran proses sains seperti

memerhati, membanding beza sehingga gagal menjawab soalan konstruk

mengkonsepsi. Pelajar disarankan supaya meneliti dalam gantian semasa membuat

pengiraan dan menyemak unit pada akhir jawapan dengan baik. Mereka juga perlu

mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK sesuai dengan kehendak

soalan semasa. Guru perlu memberi penekanan kepada kemahiran proses sains,

kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu

membina soalan-soalan yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,

berbentuk aplikasi dan lebih kontekstual (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008).

Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan

dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang

dialami (Mohd Nashuha, 1995). Namun begitu, setiap individu mempunyai jenis dan

cara berfikir mereka yang berbeza. Menurut Ainon & Abdullah (2005) kesemua

kanak-kanak adalah berbakat dan kreatif. Tetapi apabila mereka mula memasuki

alam persekolahan bakat dan kreativiti mereka menurun secara mendadak. Ini kerana

di sekolah, kanak-kanak diterapkan pembelajaran yang mana menjadikan mereka

tidak kreatif. Kreativiti yang dibiarkan tanpa bimbingan dan asuhan yang sesuai akan

menjadi kanak-kanak yang tidak kreatif. Manusia dilahirkan ke dunia lengkap

dengan potensi kreatif. Potensi kreatif yang terbiar tanpa persekitaran yang sesuai

akan membenamkan sifat-sifat kreatif yang ada pada diri seseorang (Siti Zabidah,

Page 20: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

20

2006). Selain itu, sikap terlalu ‘mengikut kebiasaan’ dan seragam serta mengikut

peraturan yang ditetapkan juga turut membenamkan sifat-sifat kreatif seseorang.

Begitu jugalah dengan pelajar tingkatan 4, jika sifat-sifat kreatif tidak diambil peduli

akhirnya akan terbantut. Pengabaian kepada pemupukan sifat kreatif melahirkan

orang yang mudah menyerah, kekal sebagai pengguna, tidak berubah dan menerima

seadanya serta sentiasa takut kepada kegagalan.

Sistem pendidikan di Malaysia kurang memberi penekanan kepada kemahiran

berfikir secara kreatif dan kemahiran penyelesaian masalah. Penumpuan lebih kepada

penghafalan fakta-fakta dengan menekankan pengulangan dan latih tubi. Aktiviti

pemikiran dianggap lanjutan daripada pembelajaran dan hanya dapat dilakukan

setelah sukatan pelajaran telah diselesaikan (Roslinda, 2007). Khuan & Omar (2005)

berpendapat bahawa hemisfera kiri dan hemisfera kanan adalah bahagian-bahagian

otak yang berfungsi bersama-sama untuk memproses maklumat, dan kedua-duanya

diperlukan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Penggunaan otak yang

seimbang adalah baik untuk mengoptimumkan perkembangan potensi pelajar.

Senario demikian perlu diubah selaras dengan keperluan global yang sentiasa

mencabar agar generasi muda tidak ketinggalan. Oleh itu, kemahiran berfikir secara

kreatif diharapkan dapat dikembangkan melalui sistem pendidikan.

Menurut Jamilah (2004), kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar

melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan

penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran. Oleh kerana pemikiran itu

bermula dengan sesuatu masalah, maka murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif

untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Daripada analisis data berkenaan

soalan guru dan respon murid semasa pengajaran dan pembelajaran memberi satu

gambaran jelas bahawa guru cenderung mengemukakan soalan kognitif aras rendah

ataupun soalan konvergen berbanding soalan aras tinggi iaitu soalan divergen. Ini

boleh dilihat daripada kajian yang dibuat oleh S.Supramani (2006) di mana dapatan

kajiannya membuktikan bahawa terdapat hubungan yang ketara antara soalan guru

dan respon murid. Ini bermaksud jika guru mengemukakan soalan aras tinggi murid

juga menghasilkan respon aras tingggi dan sebaliknya dan daripada kajian ini

membuktikan guru lebih banyak mengemukakan soalan aras rendah di mana murid

Page 21: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

21

tidak banyak berpeluang untuk melibatkan diri mereka dalam menghasilkan respon-

respon yang asli, idea-idea yang kreatif, keputusan dan peyelesaian baru bagi sesuatu

masalah. Seterusnya Rajendran (2002) dalam kajiannya mendapati hanya 10% soalan

yang dikemukakan oleh guru-guru dalam P&P adalah soalan pada aras tinggi. Ini

bermakna, 90% daripada soalan yang dikemukakan adalah pada aras rendah.

Keadaan yang sama dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan

oleh guru-guru di bilik-bilik darjah.

Menurut Abdul Main & Abdullah (1993) sebagai agen sosiolisasi, guru

berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan

keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Penggunaan

kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru amat

bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergarasiannya dalam kemahiran-

kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,

kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak

kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut Effandi & Zanaton (2007), cabaran dalam pendidikan hari ini adalah

mengajar secara berkesan kepada pelajar yang mempunyai keupayaan dan kadar

pembelajaran yang berbeza. Guru diharapkan untuk mengajar dengan cara yang

membolehkan pelajar untuk belajar konsep sains dan matematik sementara

menggabungkan kemahiran-kemahiran proses, memperoleh keterampilan, sikap dan

nilai-nilai positif serta kemahiran penyelesaian masalah. Penguasaan pelbagai

kemahiran belajar hendaklah dilakukan untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan

membolehkan murid menguruskan pembelajaran sendiri. Penguasaan pelbagai

kemahiran belajar seperti kemahiran mengumpul, merekod, mengelas, menilai,

mentafsir, merumus dan mengaplikasi maklumat serta menggunakan pelbagai

sumber diberi penekanan yang lebih untuk mempertingkatkan pembelajaran

(Jumaatol Halisha, 2006). Pelbagai strategi pengajaran perlu digunakan dalam kelas

sewaktu pengajaran sains dan matematik.

Guru hendaklah menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar daripada

pengajaran berpusatkan guru semata-mata. Guru juga perlu menjalani program

Page 22: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

22

latihan kreativiti bagi meningkatkan tahap kreativiti di kalangan guru-guru (Hamsiah,

2004). Tahap kreativiti guru sains dan matematik adalah di tahap sederhana

walaubagaimanapun tahap kreativiti guru sains adalah lebih tinggi daripada guru

bukan sains. Maka usaha-usaha yang berkaitan untuk meningkatkan tahap kreativiti

guru sains perlulah dilaksanakan agar guru boleh mewujudkan persekitaran

menggalakkan pembelajaran secara kreatif (Nor Aznizah, 2004). Guru yang

berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran

mereka serta menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung akan

dapat meningkatkan pencapaian pelajar tersebut (Rohani et al., 2010).

Berdasarkan objektif pembelajaran yang keempat dalam sukatan mata

pelajaran Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) penekanannya

adalah penyelesaian masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Manakala

dalam objektif pentaksiran yang kelima dan keenam pula (Lembaga Peperiksaan

Malaysia, 2003), penekanan juga diberikan kepada penyelesaian masalah. Oleh itu,

lebih daripada 50% kertas peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

merupakan soalan berbentuk penyelesaian masalah dan Kertas 3 keseluruhannya

adalah penyelesaian masalah juga (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2002). Ini

menunjukkan bahawa betapa penyelesaian masalah adalah salah satu elemen yang

penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Fizik. Menurut Seth et al. (2007),

amalan biasa sekolah dalam latihan tubi hanya membiasakan pelajar dengan format

soalan dan tidak fokus kepada penyelesaian masalah. Oleh itu, pelajar hanya mampu

menjawab soalan yang lazim ditemui. Apabila berdepan dengan masalah yang benar-

benar merupakan masalah, sebahagian besar pelajar tidak dapat menyelesaikannya

sedangkan konsep serta pengetahuan Fizik yang diperlukan dalam masalah tersebut

adalah sama seperti dalam latihan yang pernah dibuat. Maka tidak hairanlah apabila

pelajar ini melangkau ke menara gading, kemahiran generik ini tidak dapat dikuasai

sehingga terbawa ke alam pekerjaan di mana ramai graduan sukar mendapat

perkerjaan.

Peranan jantina adalah di antara faktor yang perlu dikaji bagi melihat aras

pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah ini. Dalam pembelajaran, pelajar

Page 23: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

23

yang berbeza latarbelakang dan jantina akan mempunyai aras pemikiran kreatif yang

berbeza. Perbezaan ini adalah bermanfaat dalam menilai dan mengukur aras

pemikiran kreatif pelajar di dalam pembelajaran mereka di sesebuah kelas (Tatag

Yuli, 2004). Menurut Zalizan et al. (2005) keputusan peperiksaan awam (UPSR,

PMR dan SPM) pada tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh

prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata

pelajaran. Haggerty (1987) dalam kajiannya mendapati pelajar lelaki memperolehi

pencapaian yang lebih baik kerana mereka lebih kerap bertanya soalan berbanding

pelajar perempuan. Soalan-soalan yang ditanyakan pula adalah soalan aras tinggi.

Pelajar lelaki juga mengambil bahagian yang lebih aktif dalam perbincangan dan

menunjukkan minat untuk menjalankan aktiviti sedangkan pelajar perempuan pula

lebih suka menunggu jawapan yang betul daripada guru. Selain itu pelajar lelaki juga

lebih banyak menjalankan aktiviti sains berbanding pelajar perempuan. Sesetengah

pelajar lelaki lebih cenderung untuk memahami sesuatu konsep tetapi tidak bersedia

untuk menghafal fakta-fakta atau takrifan sesuatu konsep sains. Selain itu pelajar

lelaki juga cuba menjalankan “mini experiment” di samping menjalankan uji kaji

yang telah ditetapkan. Disebabkan pelajar lelaki lebih aktif dalam pembelajaran,

mereka memperolehi lebih banyak maklumat dan kemahiran. Maka mereka lebih

berupaya untuk menyelesaikan masalah berbanding pelajar perempuan.

Campbell & Clewell (1999) pula menyatakan bahawa pengaruh jantina

adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu.

Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya

dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam

pencapaian akademik. Pelajar perempuan di Amerika Syarikat dikatakan mempunyai

sikap dan personaliti yang lebih berani untuk menghadapi cabaran terutamanya

dalam mata pelajaran seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Selain daripada itu, pelajar

perempuan yang pintar juga dilihat lebih aktif berbanding dengan pelajar lelaki.

Melalui kajian oleh Norfauzi (2002) yang mengukur tahap kreativiti di kalangan

pelajar tingkatan 4 mendapati pelajar lelaki menunjukkan pencapaian lebih kreatif

daripada pelajar perempuan. Didapati bahawa tahap kreativiti yang rendah di

kalangan pelajar menjadi penghalang perkembangan pemikiran mereka,

memandangkan kreativiti adalah satu elemen penting dalam proses pembelajaran.

Page 24: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

24

Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan dalam menghasilkan pelajar yang kreatif dalam

menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.

Sikap pelajar terhadap kemahiran berfikir juga harus diambil kira. Sudah

sekian lama pelajar disuap dengan segala fakta tentang topik-topik yang ada dalam

sukatan pelajaran. Pembentukan ’buluh’ yang diasuh dari ’rebung’ lagi begitu

menjadikan pelajar tidak perlu bersusah payah berfikir mencari idea atau

menajamkan fikiran (Siti Zabidah, 2006). Pembentukan sikap menerima dan rasa

cukup dengan apa yang diberi guru telah mengenepikan kemahiran berfikir secara

kreatif yang perlu dipelajari dan dikuasai untuk mencapai tahap mahir. Menurut

Habibah (1999), kajiannya menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap sains di

sekolah mengarah kepada sikap positif. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran

berkenaan adalah penting. Pelajar yang bersikap positif terhadap sesuatu mata

pelajaran akan lebih bersedia untuk belajar dan seterusnya meningkatkan

pembelajaran masing-masing.

Ini bermakna kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan yang

penting dalam usaha merealisasikan sembilan cabaran Wawasan 2020. Ini adalah

kerana penerapan berfikir secara kreatif dalam setiap perkara akan merangsang

seseorang individu itu untuk berfikir dengan lebih teliti, terancang dan juga terhindar

daripada sebarang kesilapan dalam membuat dan memilih sesuatu keputusan yang

jitu. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk menerapkan berfikir secara kreatif dalam

kehidupan seharian agar dapat melahirkan sebuah bangsa yang gagah menghadapi

cabaran Wawasan 2020 dan juga mampu menjadi sebuah masyarakat yang

cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

1.3 Pernyataan masalah

Page 25: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

25

Menyedari kepentingan kemahiran berfikir secara kreatif perlu diterapkan

kepada pelajar-pelajar di dalam sistem pendidikan kita sekarang ini maka penyelidik

berpendapat suatu kajian untuk melihat tahap kreativiti pelajar dan pencapaian

penyelesaian masalah fizik dalam kalangan pelajar fizik di sekolah menengah patut

dijalankan bagi menunjukkan kepentingan kreativiti dalam pembelajaran fizik.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau beberapa aspek iaitu:

(i) Menentukan tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru.

(ii) Menentukan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan

empat di daerah Johor Bahru.

(iii) Mengenalpasti sama ada wujud perbezaan antara tahap kreativiti pelajar

tingkatan empat merentasi jantina di daerah Johor Bahru.

(iv) Mengenalpasti sama ada wujud perbezaan antara tahap pencapaian

penyelesaian masalah Fizik merentasi jantina pelajar tingkatan empat di

daerah Johor Bahru.

(v) Menentukan jika terdapat korelasi antara tahap kreativiti dengan pencapaian

penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru.

1.5 Persoalan kajian

Page 26: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

26

Satu kajian dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:

(i) Apakah tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru?

(ii) Apakah tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat

di daerah Johor Bahru?

(iii) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan terhadap tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor

Bahru ?

(iv) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan

tingkatan empat di daerah Johor Bahru dalam pencapaian penyelesaian

masalah Fizik?

(v) Adakah terdapat hubungan antara tahap kreativiti pelajar dengan pencapaian

penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru ?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap kreativiti pelajar dan

pencapaian penyelesaian masalah fizik di sekolah menengah. Hasil kajian ini juga

dapat memberikan bukti tentang kepentingan kreativiti dalam usaha untuk

meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan merangsang minda serta meningkatkan

semangat pelajar untuk lebih berminat terhadap mata pelajaran Fizik. Ini dapat

memberi manfaat kepada guru dan pelajar.

1.6.1 Pelajar

Page 27: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

27

Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan

penyelesaian masalah. Justeru ia memperkembangkan lagi kemahiran untuk

menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta

kemahiran saintifik (PPK, 2003). Melalui kemahiran berfikir kreatif ini pelajar lebih

aktif dan lebih berminat terhadap subjek Fizik. Ini dapat menggalakkan pelajar lebih

meminati subjek ini dan sekaligus dapat meningkatkan tahap kreativiti dikalangan

pelajar Fizik di negara ini. Kita juga boleh dapat menerapkan kemahiran berfikir ini

untuk lebih banyak inovasi dihasilkan selaras dengan keperluan negara sekarang ini.

Pendidikan sains seperti Fizik juga menitikberatkan aspek pengetahuan

konsep Fizik dan menekankan kemahiran penaakulan aras tinggi. Perubahan

paradigma perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pelajar mempunyai

pengetahuan tinggi dalam sains dan teknologi dan mempunyai kemahiran

menyelesaikan segala masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi

dan seterusnya peka kepada perubahan dan keperluan sains dan teknologi (Khairun

Nadwa, 2010).

1.6.2 Guru

Proses P&P pada masa kini lebih memberi penekanan kepada guru sebagai

seorang pembimbing dan pemerhati semasa proses P&P dijalankan selaras dengan

penerapan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Selain itu, mereka juga akan

menjalankan tugas seperti menggerakkan, mengatur dan menilai kemajuan pelajar-

pelajarnya. Guru juga perlu menarik minat pelajar terhadap topik yang akan

disampaikan sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Melalui kemahiran berfikir

kreatif ini guru boleh memberi penyoalan dari pelbagai aras yang dapat

mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam menyelesaikan seseuatu masalah secara

terbimbing. Ini akan menyebabkan guru lebih mudah untuk mengajar sesuatu tajuk

Page 28: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

28

kepada pelajar. Guru memainkan peranan penting sepanjang proses penyampaian

maklumat dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan pengalaman

harian pelajar. Latihan yang berterusan juga mampu meningkatkan keupayaan pelajar

memahami konsep seterusnya dapat menyelesaikan masalah Fizik dengan baik

(Nooridayu, 2009).

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kreativiti pelajar dan

pencapaian penyelesaian masalah pelajar bagi mata pelajaran Fizik dan langkah-

langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam

membantu memperbaiki tahap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dalam subjek

sains khususnya Fizik mempengaruhi mutu dan kualiti generasi muda negara kita

yang dikira sebagai pewaris negara yang diharapkan dapat membantu meningkatkan

taraf hidup rakyat di negara ini.

1.7 Batasan kajian

Batasan kajian merujuk kepada faktor di luar kawalan penyelidik yang

berkemungkinan besar boleh mempengaruhi hasil yang diperoleh. Antara faktor-

faktor tersebut ialah:

(i) Kajian ini hanya melibatkan konsep momentum, tekanan, kerja dan kuasa

serta halaju dan pecutan yang terdapat di dalam Sukatan Mata Pelajaran Fizik

Tingkatan Empat.

(ii) Topik yang dikaji tidak diajar oleh penyelidik dan hanya diajar oleh guru

sekolah masing-masing.

(iii) Bilangan sampel yang digunakan tidak ramai untuk dijadikan kesimpulan

secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kajian ini boleh dijadikan sebagai

satu kajian tinjauan bagi kajian-kajian yang selanjutnya.

Page 29: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

29

(iv) Sampel adalah sampel bertujuan. Keputusan tidak boleh dirumuskan bagi

mewakili populasi pelajar berpencapaian tinggi fizik bagi daerah Johor

Bahru.

(v) Kurangnya kerjasama dari pihak sekolah disebabkan pelbagai faktor seperti

mengganggu sesi pembelajaran ataupun minggu peperiksaan sedang

berlangsung.

(vi) Pelajar kurang memberi respons yang baik kerana penyelidik bukan guru

yang mengajar.

1.8 Takrifan Istilah

Terdapat beberapa istilah yang mempunyai maksud yang dikhususkan oleh

penyelidik di dalam kajian ini. Istilah-istilah yang dimaksudkan adalah seperti

berikut.

1.8.1 Kreativiti

Menurut Naudé (2005), kreativiti boleh ditakrifkan daripada sifat atau ciri-ciri

seseorang. Ciri-ciri ini adalah seperti yang dikemukakan oleh Ryhammar & Brolin

(1999) melalui 13 konstruk iaitu ketabahan hati, disiplin diri, pentingkan diri,

imaginasi, suka mengikut gerak hati, bergantung pada diri sendiri, minat yang luas,

keutamaan yang tidak diketahui, suka kerumitan, bangga kepada kemahiran,

bermotivasi, kenangan masa kanak-kanak dan harga diri. Kajian ini adalah

berdasarkan kepada teori kreativiti Naudé (2005).

Page 30: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

30

1.8.2 Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah proses di mana pelajar mencari jalan keluar

daripada sesuatu masalah. Ia juga adalah suatu proses yang membolehkan pelajar

untuk menggunakan akal fikiran mereka dan bukan hanya mengulangi prosedur yang

telah dipelajari sebelum ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Lindsay, 2009).

Menurut Heller (1999) penyelesaikan masalah adalah proses untuk membuat

keputusan rantai logik yang mengarah dari situasi yang tidak jelas kepada sebuah

penyelesaian. Ia melibatkan lima strategi iaitu Tumpukan kepada Masalah, Jelaskan

Fizik, Rancang Penyelesaian, Laksana Rancangan dan Menilai Jawapan. Kajian ini

diasaskan kepada proses penyelesaian masalah Heller (1999).

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini membincangkan pengenalan kepada kajian ini, latar

belakang masalah yang dikenalpasti, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, kepentingan kajian terhadap pelajar dan guru, batasan kajian, dan takrifan

istilah yang digunakan dalam kajian ini.

Page 31: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

31

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dunia pembelajaran semakin mencabar dengan perubahan iklim ekonomi

dunia yang kini lebih mementingkan inovasi. Kreativiti bukan lagi sesuatu yang

bersifat unik atau tersendiri. Ia kini menjadi satu keperluan dan asas kepada

pencapaian seseorang mahupun negara. Kreativiti yang dimaksudkan bukan hanya

tertakluk kepada ciptaan semata tetapi meliputi segala perlakuan dan pemikiran.

Kesannya, kreativiti perlu wujud dengan pemikiran kritikal untuk memandunya ke

arah yang lebih produktif dan dapat dipertanggungjawabkan (Mohamed Pitchay

Gani, 2004).

Kemahiran berfikir secara kreatif selaras dengan objektif Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ketiga iaitu untuk mengembangkan dan

meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan satu strategi bagi mencapai matlamat

Page 32: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

32

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

2.2 Kreativiti

Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak

berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian. Kreativiti adalah suatu potensi

dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia (Mohd Azhar, 2004).

Kreativiti bolehlah dikatakan sebagai satu aspek keintelektualan yang dipunyai oleh

manusia. Menurut Mohd Nashuha et al. (1995), terdapat 5 ciri asas bagi kreativiti

iaitu:

(i) Keaslian: Ada dua jenis idea yang asli iaitu samaada seseorang itu menemui

fakta baru, mengeluar buah fikiran baru atau mencipta produk atau hasil yang

baru dan idea kedua iaitu mencari pentakrifan yang baru kepada fakta atau

data lama, penggunaan semula bahan terbuang atau mengaplikasi idea yang

sudah diketahui umum dalam bentuk baru.

(ii) Kelenturan: kesediaan menerima idea baru dan kemampuan untuk

menyesuaikan pendekatan anda menerima perubahan.

(iii) Bercapah: Pemikiran divergen akan menggunakan segala sumber maklumat

atau idea walaupun sesetengah orang menganggap idea itu remeh dan

mempunyai kaitan yang longgar dengan masalah yang dihadapi.

(iv) Menghurai: kemampuan untuk membuat perincian terhadap sesuatu idea

sejak idea itu mula tercetus hinggalah kepada tahap penyelesaian.

(v) Kelicinan: keupayaan untuk menjana banyak idea sebelum membuat

pertimbangan atau mendapat jalan penyelesaian.

Menurut Halizah & Ishak (2008), pemikiran kreatif terdapat dalam tiga ciri-ciri

yang utama iaitu mentakrifkan fokus atau tugas kreatif, menstruktur untuk

Page 33: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

33

pelaksanaan alat berfikir kreatif yang sistematik dan menguji dan perlaksanaan

output daripada pemikiran kreatif.

Berdasarkan model yang dihasilkan oleh PPK, kemahiran berfikir kreatif ini

berupa kebolehan menjana dan menghasilkan idea yang asli. Pemikiran kreatif

membolehkan seseorang mengembangkan imaginasi dan menghasilkan idea yang

pelbagai. Pemikiran ini menekankan penggunaan data atau maklumat yang sedia ada

untuk mencerna dan menjana pelbagai idea yang mungkin bagi memenuhi tujuan

tertentu. Pemikiran kreatif memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, inovasi

dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Pemikiran kreatif menekankan penggunaan data dan maklumat sedia ada untuk

menjana idea baru yang mungkin bagi sesuatu tujuan.

2.2.1 Penghalang kepada kreativiti

Daya kreativiti dalam diri seseorang itu adakalanya tidak dapat diterokai dan

terbantut kerana ia dihalang oleh beberapa perkara yang individu sendiri perlu

tangani seperti yang diutarakan oleh Azman Azwan (2001):

(i) Tidak mahu berfikir berterusan mengenai sesuatu idea: Kebanyakan orang

mahu menyelesaikan sesuatu masalah atau menerbitkan idea secara serta-

merta. Mereka tidak mahu berfikir lama dan menganggap idea yang datang

spontan itu adalah yang terbaik. Tetapi hakikatnya, kebanyakan idea kreatif

hanya akan datang setelah beberapa lama diterokai menerusi proses inkubasi.

(ii) Takut untuk menerbitkan idea di hadapan orang ramai: Kebanyakan orang

lebih suka mengkritik berbanding menerbitkan idea di hadapan orang ramai.

Mereka takut ditertawakan atau dianggap menghasilkan idea yang tidak logik.

(iii) Tidak mahu berangan-angan atau berfantasi: Kebanyakan orang beranggapan

bahawa berangan-angan adalah pekerjaan yang tidak berfaedah atau

membuang masa manakala fantasi adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Page 34: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

34

Bagaimanapun, tanggapan itu adalah tidak betul sama sekali kerana

kebanyakan idea kreatif akan datang ketika melayangkan fikiran atau sedang

bersantai.

(iv) Takut untuk malakukan perkara yang tidak mengikut norma biasa: Asalkan

kita tidak melanggar undang-undang dan berpaksikan ketuhanan, tidak ada

salahnya kita tidak akur kepada norma biasa.

(v) Takut untuk keluar dari peranan tradisional dan streotaip: Untuk

menyelesaikan masalah, adakah anda akan sarankan supaya wanita keluar

bekerja dan lelaki menjadi “suami-rumahtangga”?.

(vi) Tidak peka kepada maklumat terperinci dalam rekabentuk dan struktur:

Kebanyakan kita terlalu terikat dengan informasi dan membuatkan kita tidak

peka kepada maklumat visual di sekitaran. Maklumat visual seperti sebuah

kerusi kadang-kala adalah lebih baik sebagai pencetus idea kreatif.

Kesimpulannya, apabila kita sudah mempunyai sifat-sifat yang perlu ada

dalam diri seorang kreatif, tahu apakah perkara-perkara yang menghalang kita

daripada menjadi kreatif, fahami proses kreativiti yang perlu dilalui, mempunyai

ciri-ciri pemikir kreatif, bagaimana untuk mengenalpasti kreativiti dan ingin

memujuk diri supaya menjadi kreatif, maka proses kreativiti akan menjadi satu

proses yang mudah serta menyeronokkan.

2.2.2 Pengukuran tahap kreativiti

Pendekatan psikometrik berandaian bahawa kebolehan kreatif boleh diukur

dengan menggunakan ujian yang tertentu. Ia bermaksud kebolehan kreatif individu

boleh ditentukan samaada tinggi, sederhana atau rendah menerusi ujian yang tertentu.

Dalam perkataan lain, pendekatan ini cuba melihat hubungan antara kreativiti dan

kepintaran. Di antara kriteria atau sifat-sifat kreatif tersebut adalah sukakan cabaran,

rasa ingin tahu yang tinggi, berfikiran terbuka, memiliki sifat humor, suka mencuba

sesuatu yang baru, tidak berfikiran konvensional, boleh menangguhkan penilaian,

Page 35: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

35

selesa dengan imaginasi, lihat masalah sebagai peluang, lihat masalah sebagai

sesuatu yang menarik, suka mencabar andaian, tidak mudah putus asa dan bekerja

keras (Mohd Azhar, 2004).

Pada dasarnya, untuk menjadi individu yang berdaya fikir kreatif, mereka

perlu mempunyai sifat-sifat berikut iaitu sanggup mengambil risiko, mempunyai

keinginan untuk mengetahui yang tinggi, sensitif kepada keindahan dan emosi, tidak

akur dan mempunyai daya humor yang baik (Azman Azwan , 2001). Ciri-ciri lain

daripada individu yang kreatif yang ditemui adalah sifat mudah memperbaiki diri

sendiri ataupun sifat suka berjuang, yang selalu membuahkan rasa ingin tahu, yang

sangat komited dalam tugas yang diberi dan sukakan kepada persaingan, suka

bersosial dan mudah membantu pelajar berhadapan dengan kesukaran kerja mereka;

ibubapa mereka suka menggalakkan pelajar itu bersifat berjuang dan berupaya untuk

menetapkan yang tahap sendiri dan dibenarkan untuk memilih rakan-rakan sendiri..

Kriteria utama untuk sifat kreativiti dengan demikian diterapkan dalam soal selidik

kreativiti yang digunakan.

Menurut Torrance (1988) kreativiti adalah proses menjadi sensitif kepada

masalah, kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan

sebagainya. Ia juga mengesan masalah, mencari penyelesaian dengan membuat

andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula

hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan

dapatan. Namun begitu menurut Torrance adalah amat sukar atau mustahil untuk

memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti

itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia

termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan. Tambah beliau lagi

sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk

mengungkapkannya.

Menurut Naudé (2005), kreativiti boleh ditakrifkan daripada sifat atau ciri-ciri

seseorang. Oleh itu satu alat ukur yang sah dan boleh dipercayai diperlukan untuk

menguji kreativiti. Individu kreatif sering disalah tafsirkan atau disalahfahami oleh

Page 36: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

36

masyarakat sebagai akibat daripada kurangnya pengetahuan. Ada pelbagai salah

faham seperti persepsi bahawa individu-individu kreatif ini adalah gila. Tujuan dari

penelitian ini juga akan dapat mengurangkan salah faham seperti ini, dengan

memberitahu pembaca bahawa individu kreatif mempunyai ciri-ciri yang unik.

Namun, kreativiti merupakan konsep yang sangat luas yang sangat sulit untuk

ditakrifkan.

Dalam kajian ini, soalan untuk menguji tahap kreativiti pelajar diambil

daripada soal selidik kreativiti “Creativity Questionnaire” yang dihasilkan oleh

Naudé (2005) yang menggabungkan beberapa item daripada kajian-kajian yang

berkaitan dengan kreativiti. Soal selidik kreativiti yang dibangunkan ini bertujuan

untuk menggabungkan sebahagian besar aspek dan sifat yang ada pada seseorang

individu kreatif. Setiap faktor-faktor yang menyumbang terhadap keperibadian

seorang individu contohnya faktor persekitaran serta genetik memberikan sumbangan

terhadap tahap kreativiti.

Di antara item yang diambil untuk menghasilkan soal selidik kreativiti ini

adalah daripada kajian-kajian lepas yang dibuat oleh Kumar et al. (1997) melalui soal

selidik yang dibangunkannya untuk menguji kreativiti iaitu soalselidik “Creativity

Styles Questionnaire” (CSQ). Alpha Cronbranch untuk kajian beliau adalah 0.81. Di

antara item yang diambil dalam kajian beliau adalah:

(i) “I create new ideas by combining existing ideas” - saya membuat idea-idea

baru dengan menggabungkan idea-idea yang ada (item nombor 45).

(ii) “When I have a new idea, I get totally absorbed in it” – Bila saya punya idea

baru, saya taksub dengan idea tersebut (item nombor 60).

Di antara item yang diadaptasi dari kajian Colengalo et al. (1992) melalui

soal selidiknya “Iowa Inventiveness Inventory” iaitu “When I look at an object, I see

how I can change it” - Ketika saya melihat suatu objek, saya dapat idea bagaimana

saya boleh mengubahnya (item nombor 61).

Page 37: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

37

Di antara item yang diadaptasi dari dari kajian Byrd’s (1986) melalui soal

selidik “Creatrix Inventory” yang mempunyai Alpha Cronbranch untuk kajian 0.81

merangkumi:

(i) “I see the humour in something when others don't” -Saya dapat melihat

jenaka dalam sesuatu ketika orang lain tidak dapat melihatnya (item nombor

34).

(ii) “Daydreaming is a useless activity”.- "Mengelamun merupakan kegiatan yang

tidak berguna (item nombor 54).".

Individu yang memiliki sifat inovatif memiliki motivasi lebih besar untuk

menjadi kreatif, mempunyai kepercayaan diri yang lebih besar dan mempunyai sifat

mengambil risiko yang menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi (Kirton, 1989).

Item dalam soal selidik kreativiti yang dibuat olehnya adalah antaranya:

(i) “When struggling with something, I will find a solution”; -Ketika berusaha

terhadap sesuatu, saya akan mencari penyelesaiannya (item nombor 55).

(ii) “I tend to do things differently to other people”- Saya cenderung melakukan

sesuatu yang berbeza untuk orang lain (item nombor 35).

Daripada kajian yang dibuat oleh Basadur & Hausdorf (1996) melalui soal

selidik “Basadur Preference Scale” yang mana Alpha Cronbrach dalam kajian

mereka adalah 0.76 menekankan aspek yang berbeza dari hubungan kreativiti, iaitu

sikap bagi kreativiti:

(i) “New ideas usually don't work out” - Idea yang baru kebiasaanya tidak

menjadi (item nombor 56).

(ii) “I think creative thoughts are bizarre”- Saya fikir berfikiran kreatif adalah

aneh (item nombor 36).

(iii) “Creative people generally seem to have scrambled minds” - Orang kreatif

umumnya tampak mempunyai fikiran yang serabut (item nombor 52).

(iv) “Ideas are only important if they have an impact on big projects” - Idea

hanya penting jika ianya memberi impak kepada projek-projek besar (item

nombor 53).

Page 38: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

38

Menurut Ryhammar & Brolin (1999), individu yang kreatif boleh

digambarkan sebagai seorang yang bermotivasi, menghadapi segala kesukaran

dengan cekal hati, bersifat ingin tahu, mempunyai keperluan untuk diri sendiri, bebas

dalam fikiran dan perbuatan, yakin, dan terbuka kepada stimulasi luaran dan

dalaman. Individu kreatif biasanya tertarik kepada dan dirangsang oleh

ketidakpastian dan kerumitan, dan biasanya sensitif dan mempunyai kapasiti yang

besar bagi penglibatan emosi. Kriteria-kriteria ini juga adalah asas kepada pembinaan

soal selidik kreativiti. Sebagai contoh, pemikiran mencapah boleh beroperasi sebagai

keupayaan untuk menjana sejumlah besar idea yang pelbagai dengan diukur

menggunakan soalan-soalan secara terbuka. Individu yang kreatif cenderung

berfantasi tentang hal-hal lain. Individu yang kreatif juga mengingati mimpi mereka

lebih baik dan lebih terlibat dalam fantasi lebih misalnya mengelamun daripada

individu yang kurang kreatif (Hocevar & Bachelor, 1989).

2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Dewasa ini, kemahiran menyelesaikan masalah semakin diberi perhatian dan

memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran fizik.

Proses penyelesaian masalah melibatkan penggunaan pengetahuan, kemahiran dan

pemahaman yang jelas untuk mencari penyelesaian kepada situasi yang kaedah

penyelesaiannya tidak ketara. Ini seperti yang diutarakan oleh Hamza & Griffith

(2006), di mana mereka mengamati bahawa keadaan kelas yang di mana pelajar-

pelajarnya berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah adalah pengajaran dan

pelajaran yang bersifat terbuka, kondusif, santai, mencabar, aman, menyokong, sikap

saling percaya, bersemangat dan kolaboratif. Keadaan kelas seperti ini menghargai

pelajar yang berkemahiran kreatif dan sekaligus menggalakkan proses berfikir dan

menerokai iaitu seperti pelajar bebas untuk menyuarakan pendapat dengan tiada

sebarang ancaman, menghiburkan dan P&P sangat menyenangkan. Guru sampel

Page 39: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

39

yang dipilih untuk kajian ini berkongsi banyak karakter. Di antara karakter mereka

adalah mudah didekati, personaliti, kreatif, ambil berat, fleksibel, berpengetahuan

luas, bertenaga, menarik, memotivasi, imaginatif, inovatif, estetis, pencari

kemungkinan, pemimpin, wawasan, asli, dan unik.

Proses penyelesaian masalah melibatkan pengetahuan dan kemahiran yang

telah dipelajari-kemahiran intelek, melalui strategi kognitif. Di samping melibatkan

penggunaan pengetahuan yang telah dipelajari, proses penyelesaian masalah

menghasilkan pembelajaran dan pengetahuan baru. Melalui penyelesaian masalah,

pelajar akan mempelajari prinsip atau hukum yang lebih kompleks, dengan cara

menggabung beberapa prinsip atau hukum yang mudah. Ini bermakna, semasa proses

penyelesaian masalah, pelajar dilatih untuk menemui sesuatu pengetahuan atau

kemahiran baru pada peringkat yang lebih tinggi (Abu Hassan & Meor Ibrahim,

2004).

Menurut Noraihan (2008), apabila wujud suatu masalah baru, kaedah

penyelesaian akan segera dicari oleh pelajar supaya masalah itu dapat diselesaikan

dengan segera. Tanpa sedar suatu ruang telah dicetuskan oleh mereka untuk

menghubungkan masalah dan cara penyelesaiannya. Ruang itu membolehkan mereka

berfikir suatu kaedah yang sesuai untuk mendapatkan cara penyelesaian masalah

yang terbaik. Terdapat dua faktor kepada seseorang pelajar bagi menyelesaikan

masalah. Pertama, pelajar menggunakan pemahaman dan keupayaan untuk

mengingat kembali pengetahuan yang tertentu dalam sesuatu mata pelajaran atau isi

kandungan. Kedua, pelajar menggunakan kemahiran dalam penaakulan secara logik

kepada jawapan yang diperolehi.

Menurut Krulik & Rudnik (1993), penyelesaian masalah didefinisikan

sebagai proses yang menuntut individu menggunakan pengetahuan, kemahiran serta

pengalaman yang lepas untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Penyelesaian masalah perlu ditegaskan memandangkan kemahiran ini merupakan

kaedah yang paling sesuai dalam memperkembang kemahiran-kemahiran lain dalam

proses mempelajari konsep Fizik seperti membuat klasifikasi, menyusun data,

menganalisis, generalisasi dan perwakilan data selain dapat memperkembang

Page 40: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

40

pemahaman dalam jajaran isi kandungan fizik yang luas seperti yang termaktub di

dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2002).

Menyelesaikan masalah mengikut PPK (2002) adalah proses mencari

penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar

atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Strategi ini digunakan apabila diketahui tiada

jawapan yang betul dan ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang

sepatutnya berlaku. Langkah penggunaan kemahiran menyelesaikan masalah ini

adalah kenal pasti dan fahami masalah, jelaskan masalah, cari alternatif penyelesaian

masalah, lakukan operasi penyelesaian dan nilaikan penyelesaian.

2.3.1 Model-model Penyelesaian Masalah

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang telah dikenalpasti iaitu

Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey, Model Polya, Model Lester

dan Model Heler & Heller. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang model-model

tersebut.

2.3.1.1 Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey

Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey (1948) ini menekankan

kaedah secara pratikal, ia menunjukkan bagaimana idea falsafah boleh digunakan

dalam kehidupan harian. Proses pemikiran, falsafahnya adalah tindakan rancangan

untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, seseorang yang ingin belajar berenang,

tidak perlu diajar pebagai teori, sebaliknya mereka wajar diajar di kolam renang dan

Page 41: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

41

belajar renang. Justeru itu, mudah bagi mereka untuk menguasai kemampuan

berenang itu (Arkes & Garkse, 1982).

2.3.1.2 Model Polya

George Polya telah membina model penyelesaian masalah pada tahun 1957

yang dikenali sebagai Model Polya. Empat fasa yang terdapat dalam Model Polya ini

amat sesuai untuk dipraktikkan semasa proses pengajaran dilaksanakan. Model

penyelesaian masalah yang diutarakan oleh Polya (1957) ini berasaskan heuristik.

Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yang dilakukan tetapi tidak

semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang diingini. Seperti yang diketahui

kaedah penyelesaian masalah menggalakkan pelajar-pelajar untuk keluar dari

pembelajaran secara tradisional supaya mereka boleh menjadi lebih bersedia . Ini

bermakna pelajar itu sendiri perlu memahami segala teori dan kemahiran yang

berkaitan supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam masalah yang diberikan

kepada mereka (Abreza Atan, 2008).

2.3.1.3 Model Lester

Lester (1978) telah menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang

dikenali sebagai model Lester. Strategi penyelesaian masalah di dalam model ini

melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya,

ini bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar yang sedia

ada serta kefahaman masalah yang berkenaan. Kebolehan penyelesaian masalah

Page 42: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

42

adalah berkaitan dengan peringkat perkembangan kognitif yang sesuai sekurang-

kurangnya sampai ke peringkat aplikasi. Cara penyelesaian masalah tidak boleh

dihafaz seperti menyelesaikan soalan matematik. Setiap soalan bermasalah

memerlukan strategi penyelesaian tersendiri. Penyelesaian masalah boleh melibatkan

lebih daripada satu pendekatan. Proses penyelesaian masalah memerlukan

pelaksanaan satu set aktiviti yang sistematik yang mengaplikasikan kemahiran,

konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu (Norhayati, 2008).

2.3.1.4 Model Heler & Heller

Model penyelesaian masalah Heller yang dipelopori oleh Heller & Heller

(1999) iaitu Problem Solving Strategy in Physics dibina melalui kajian yang telah

dilakukan ke atas pelbagai bidang seperti fizik, kesihatan, kejuruteraan, senibina dan

program komputer. Kebanyakan cara penyelesaian masalah pakar dari pelbagai

bidang ini adalah sama. Yang paling penting pakar-pakar tersebut mengikut cara

yang sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Melalui strategi

penyelesaian masalah Fizik Model Heller, sistem penilaian penyelesaian masalah ini

bukanlah hanya melihat semata-mata dengan jawapan yang betul sahaja. Kebanyakan

penilaian soalan Fizik ini tidak langsung memberi markah jika pelajar membuat

gambaran awal tentang sesuatu masalah tersebut. Kita perlu lebih prihatin dalam

memberi markah kepada pelajar kerana kebanyakan pelajar boleh mengeluarkan

idea-idea daripada soalan yang diberi dalam bentuk gambaran awal dan konsep yang

akan digunakan. Dari segi ini, kita sepatutnya boleh memberi markah atas kefahaman

mereka untuk memulakan langkah dalam menyelesaikan masalah Fizik tersebut.

Menurut Nyoman (2007), Model Heller ini sangat sesuai untuk digunakan

dalam penyelesaian masalah fizik pelajar adalah kerana:

i. Memberi gambaran awal tentang konsep Fizik.

ii. Melatih kemahiran penyelesaian masalah.

iii. Meningkatkan kemahiran penggunaan alat dan bahan.

iv. Membentuk kemahiran merancang dan membina sesuatu ujikaji.

Page 43: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

43

v. Menyelidik sesuatu fenomena yang tidak mudah diterangkan tanpa

pengetahuan baru.

vi. Dapat menghargai proses ujikaji.

vii. Mendapat pengalaman menjadi ahli Fizik.

viii. Memperoleh kepuasan melakukan ujikaji melalui pemerhatian.

Di dalam disiplin fizik ini, terdapat lima strategi yang perlu ada dalam

penyelesaian masalah Fizik (Problem Solving Strategy in Physics) dalam Model

Heller (1999). Di bawah ini disenaraikan strategi-strategi tersebut beserta

penerangannya.

(i) Tumpukan kepada Masalah (Focus the problem)- Identify the information

relevant to the problems. Di dalam fasa ini pelu mengembangkan penjelasan

kualitatif tentang peryataan masalah tersebut. Perkara pertama adalah dengan

membuat gambaran secara visual peristiwa yang dijelaskan dalam pernyataan

masalah dengan menggunakan sebuah rangka awal. Kemudian tuliskan

pernyataan yang ringkas tentang apa yang ingin di cari. Tuliskan idea-idea

atau konsep fizik yang mungkin terlibat dalam masalah dan ini akan

menggambarkan pendekatan yang akan di gunakan nanti. Setelah itu,

seharusnya tidak perlu merujuk pada penyataan masalah lagi.

(ii) Jelaskan Fizik (Describe the physics)- Represent the problem in term of

formal concept and principles of pyhsics. Di dalam fasa ini pelajar perlu

membuat gambaran masalah dengan diagram fizikal dan kuantiti fizikal fizik.

Tuliskan pernyataan apa yang anda ingin cari. Pastikan semua simbol dalam

kuantiti fizik ini dinyatakan di dalam gambaran tadi. Tuliskan persamaan

kuantitatif yang berhubungkait dengan prinsip-prinsip fizik dan segala anu

yang ingin dicari.

(iii) Rancang Penyelesaian (Plan the solution)- Logical steps in mathematica

algorithms. Pada fasa ini segala gambaran fizik tersebut perlu di wakili oleh

persamaan yang mewakili persamaan yang menyelesaikan masalah fizik

tersebut. Pilih salah satu perhubungan kuantitatif yang termasuk dalam

Page 44: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

44

kuantiti yang dikehendaki. Jika ada anu yang perlu ditambah, pilih persamaan

yang baru diwujudkan dalam perhubungan kuantitatif tadi dan ditambah anu

tadi. Jika tiada anu tambahan, selesaikan persamaan dengan penggantian anu

yang terlibat. Selesaikan kuantiti yang disasarkan dan pastikan unit ditulis

daripada hasil persamaan. Pastikan kedua-dua unit dalam persamaan yang

ingin dicari adalah sama dengan persamaan fizik yang digunakan.

(iv) Laksana Rancangan (Execute the plan)- Determine the solution. Dalam fasa

ini kita perlu masukkan segala kuantiti yang diketahui ke dalam penyelesaian

algebra ataupun persamaan fizik yang dikehendaki yang didapati daripada

langkah 3 iaitu Rancang Penyelesaian (Plan the solution). Ini adalah untuk

menentukan nilai numerik kuantiti yang tidak diketahui. Pastikan adakah unit

itu perlu ditukar kepada unit yang standard ataupun tidak.

(v) Menilai Jawapan (Evaluate the answer)- Evaluate how well the solution

resolves the original problems. Pada fasa akhir ini pastikan kerja anda

dinyatakan dengan betul, boleh diterima dan menjawab persoalan atau

permasalahan yang dinyatakan. Pastikan magnitud jawapan adalah tidak

terlalu besar atau terlalu kecil. Dan pastikan anda betul-betul menjawab

persoalan yang diajukan.

Daripada model-model yang dinyatakan di atas, penyelidik menggunakan

model penyelesaian masalah Heller. Ini kerana mata pelajaran fizik adalah berbentuk

mekanikal di mana proses fizik boleh di gambarkan melalui gambaran visual. Mata

pelajaran fizik juga boleh diterangkan fiziknya melalui pernyataan fizik. Ia juga

digunakan kerana model ini telah memenuhi beberapa kriteria dalam melakasanakan

penyelesaian masalah fizik. Justeru, model Heller memberikan garis panduan yang

lebih tepat dalam menyelesaikan masalah fizik.

2.4 Kepentingan Kreativiti dalam Pencapaian Penyelesaian Masalah

Page 45: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

45

Penguasaan kemahiran berfikir kreatif yang bijak berupaya menghasilkan

individu yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan bersedia menghadapi kehidupan

yang mencabar. Antara kepentingan kreativiti dalam penyelesaian masalah adalah:

(i) Menurut PPK (2002) ia adalah untuk memperkembangkan daya intelek

memandangkan penerapan Kemahiran Berfikir Kreatif dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) iaitu “untuk mengembangkan dan meningkatkan

daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif”. Peningkatan

Kemahiran Berfikir Kreatif juga sesuai dengan konsep sekolah bestari yang

membolehkan para pelajar menguasai pelajaran berdasarkan sifat-sifat

individu kreatif.

(ii) Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang

rasional, kritis dan kreatif dalam objektif pendidikan sekolah menengah iaitu

KBSM (PPK,1992).

(iii) Satu lagi aspek yang ditekankan dalam KBSM ialah perkembangan daya

pemikiran. Setiap orang guru dikehendaki menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran yang boleh mencetuskan, meransangkan dan

mengembangkan daya pemikiran pelajar. Strategi ini berkait rapat dengan

tumpuan KBSM untuk membina intelek manusia (PPK,1992).

(iv) Menurut Lilia et al. (2002), penekanan kepada Kemahiran Berfikir Kreatif

dan penyelesaian masalah ini adalah sebahagian dariapda objektif mata

pelajaran Fizik bagi tingkatan 4 & 5 iaitu mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni

dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

(v) Kemahiran sains di negara kita memberi tumpuan kepada penguasaan

kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang berorientasikan eksperimen

dan kegiatan amali. Sehubungan dengan ini, para pelajar perlu mempunyai

pengetahuan yang baik dalam aspek kemahiran saintifik, bagi membolehkan

mereka mempelajari sains secara bersistem dan berkesan. Melalui kaedah

Page 46: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

46

yang memberi peluang kepada pelajar terlibat dengan aktif dalam proses P&P

secara langsung dapat meningkatkan daya intelek pelajar ke arah berfikiran

kritis,analitis dan bersistem (Abu Hassan, 2004).

2.5 Kajian-kajian Lepas

Di dalam bahagian ini, kajian-kajian yang berkaitan dengan Tahap Kreativiti

Pelajar akan dibincangkan. Antara kajian-kajian yang dibincangkan adalah yang

berkaitan dengan kreativiti pelajar.

2.5.1 Kajian Tentang Tahap Kreativiti Pelajar

Naudé (2005) telah menjalankan kajian yang bertajuk “The Relationship

between Personality and Creativity: A Psychometric Study”. Kajian ini adalah

bertujuan untuk membangunkan soal selidik kreativiti berdasarkan kriteria utama

seperti yang telah ditentukan melalui kajian literasi yang komprehensif; untuk

mentadbir soal selidik ini, dalam kombinasi dengan Ujian Singkatan Torrance untuk

Dewasa (ATTA) dan 16PF bagi menentukan tahap responden kreativiti berhubung

kepada bentuk personaliti mereka; untuk menentukan sama ada profil tipikal 16PF

boleh diperolehi bagi tujuan mengenal pasti individu yang kreatif. Sampel kajian

terdiri daripada pelajar psikologi tahun empat di Universiti Pretoria. Motivasi

pendorong kepada penyelidikan ini adalah kerana kekurangan penyelidikan dalam

bidang kreativiti dan keperluan terhadap instrumen pengukur tahap kreativiti yang

Page 47: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

47

boleh dipercayai dan sahih. Individu kreatif sering disalahtafsirkan atau disalah

anggap oleh masyarakat akibat kekurangan ilmu. Tujuan kajian ini juga akan

mengurangkan salah konsep seperti ini, dengan memaklumkan pembaca mengenai

kreativiti serta individu yang mempunyai ciri-ciri unik ini. Disertasi melaporkan

terhadap pembangunan soal selidik kreativiti yang boleh digunakan dalam pelbagai

bidang. Keputusan penyiasatan ini mengesahkan dan menjuruskan kepada

penyelidikan sebelumnya menunjukkan hubungan yang rapat antara kreativiti dan

personaliti tertentu. Kelompok kreatif seperti yang diukur oleh ATTA menunjukkan

bahawa mereka melihat diri mereka menjadi ketara lebih berdikari dalam pemikiran,

terbuka untuk mengalami, dominan, individualistik dan cekap, daripada kelompok

yang kurang kreatif. Kedua-dua kelompok dengan tahap kreativiti yang sederhana

dan tinggi menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk menjadi lebih pintar, puas

hati, dan lebih suka untuk membuat keputusan mereka sendiri. Kelompok ini

cenderung untuk menjadi lebih abstrak pemikiran dan terang. Kedua-dua kelompok

dengan tahap kreativiti yang rendah dan kelompok dengan tahap kreativiti yang

tinggi menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk menjadi lebih spontan, sosial

berani, tidak dikongkong dan meneroka daripada kelompok dengan tahap kreativiti

sederhana. Kelompok yang kurang kreatif cenderung untuk menjadi lebih terkawal,

sensitif terhadap ancaman, penakut dan pemalu. Kelompok kajian dengan tahap

kreativiti rendah walaubagaimanapun, menunjukkan bahawa mereka cenderung

untuk menjadi semberono, penglibatan diri, cekal hati dan tidak ambil peduli

daripada kelompok dengan tahap kreativiti sederhana. Kelompok pada tahap

kreativiti sederhana cenderung untuk menjadi lebih kritikal dan tidak terikat.

Kelompok dengan tahap kreativiti yang rendah juga seolah-olah menjadi pengikut,

menurut arahan dan mempunyai kebergantungan kepada kumpulan. Kelompok ini

juga menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk berfikiran lebih konkrit dan

kurang bijak, daripada kelompok dengan tahap kreativiti yang sederhana dan tinggi.

Norfauzi (2002) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kreativiti Di

Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Jasin, Melaka”. Kajian ini dijalankan

untuk mengukur tahap kreativiti di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Jasin,

Melaka serta perbandingan tahap kreativiti antara pelajar aliran sains dan sastera

serta lelaki dan perempuan. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 200 orang

Page 48: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

48

iaitu 118 orang pelajar sains dan 82 orang pelajar sastera meliputi seramai 71 orang

pelajar lelaki dan 129 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian adalah satu set soal

selidik yang diubahsuai daripada Ujian Pemikiran Kreatif Torrance. Pengukuran

dijalankan berdasarkan kepada 4 kriteria iaitu kefasihan, kelenturan, keaslian dan

penghuraian. Sebanyak 10 soalan digunakan dalam soal selidik dengan skor

maksimum adalah 4 dan minimum 0 bagi setiap soalan. Keputusan kajian

menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kreativiti di kalangan pelajar adalah

rendah iaitu 70.00% daripada keseluruhan responden mempunyai tahap pemikiran

yang tidak kreatif. Keputusan juga menunjukkan pelajar aliran sains mempunyai

tahap kreativiti yang lebih tinggi daripada pelajar aliran sastera dan pelajar lelaki

menunjukkan pencapaian lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Didapati bahawa

tahap kreativiti yang rendah di kalangan pelajar menjadi penghalang perkembangan

pemikiran mereka, memandangkan kreativiti adalah satu elemen penting dalam

proses pembelajaran. Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan dalam menghasilkan

pelajar yang kreatif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.

Roslinda (2007) dalam kajiannya yang bertajuk “Tahap Penguasaan

Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Mata Pelajaran Fizik Di

Kalangan pelajar Tingkatan Empat”. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap

penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran

Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan

Nanas, Pontian Johor. Dalam konteks kajian ini, hanya enam aspek KBKK yang

dikaji iaitu mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan

mengelaskan, menjanakan idea, membuat inferens serta menghubungkaitkan.

Seramai 56 orang pelajar yang terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 29 orang

pelajar perempuan dalam julat umur antara 16 hingga 17 tahun terlibat dalam kajian

ini. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan

Kemahiran Berfikir (UPTPKB) yang mengandungi 30 item berbentuk objektif aneka

pilihan berserta empat pilihan jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah

(α) = .84. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, dan peratusan serta statistik

inferensi seperti ujian-t, ANOVA satu hala dan korelasi Pearson (r) telah digunakan

dalam menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan tahap penguasaan KBKK

keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu, keputusan

Page 49: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

49

menunjukkan tahap penguasaan KBKK merentas jantina dan bangsa masing-masing

adalah tidak bererti pada aras .05.

Suriyana (2004) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Penguasaan

Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata pelajaran Sains Di

Kalangan Pelajar tingkatan Dua Di Sekolah Daerah Kuala Terengganu”. Kajian ini

bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK). Sampel kajian ini ialah 120 orang pelajar tingkatan dua di daerah Kuala

Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan untuk menguji tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mengandungi soalan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif. Keputusan kajian menunjukkkan bahawa tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dikalangan pelajar tingkatan dua dalam

mata pelajaran Sains adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang telah

dijalankan mendapati bahawa paling ramai pelajar menguasai kemahiran menciri

diikuti oleh kemahiran meramal, menganalisis, menghubungkait, membanding dan

membeza, dan paling lemah dalam kemahiran membuat inferens. Perbandingan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif antara pelajar lelaki dan perempuan turut

dikaji dan didapati bahawa pelajar lelaki lebih ramai menguasai tahap penguasaaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berbanding dengan pelajar perempuan.

Namun begitu, tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kedua-

dua jantina adalah sama iaitu pada tahap sederhana. Berdasarkan ujian-t, tiada

perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan untuk keenam-enam

komponen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di akhir laporan kajian ini,

telah diutarakan beberapa cadangan kepada pihak sekolah, guru dan pelajar untuk

meningkatkan lagi kemahiran berfikir di kalangan pelajar sekolah.

Nooraishah (2004) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penguasaan

Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Di Dalam Mata Pelajaran Sains

KBSM Di Kalangan pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kuala Langat”. Tujuan

kajian ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan aspek KBKK di kalangan pelajar

Tingkatan 4 di dalam mata pelajaran Sains. Kajian dilakukan di 3 buah Sekolah

Menengah di Daerah Kuala Langat, Selangor. Instrumen kajian ini ialah soalan ujian

pengesanan yang diberikan kepada 100 orang pelajar dari 3 buah sekolah Menengah

Page 50: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

50

di Daerah Kuala Langat. Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min, sisihan

piawai, peratusan, frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa

pelajar mempunyai tahap penguasaan yang paling baik pada aspek membuat inferens

sedangkan aspek menghubungkait berada pada kedudukan yang paling rendah.

Selain itu, tahap penguasaan pelajar pada setiap aspek KBKK dibahagikan kepada

lima tahap iaitu tahap cemerlang, tahap baik, tahap sederhana , tahap lemah dan tahap

sangat lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar adalah sederhana

pada semua aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan, menilai, menganalisis,

menjana idea, menghubungkait dan membuat inferens. Seterusnya, hasil kajian

menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara min lelaki dan

perempuan hanya pada aspek menganalisis sahaja. Manakala pada lima aspek yang

lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina lelaki dan perempuan.

Mansor (2002) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Kaedah

Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di

Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Daerah Pontian Dan Johor Bahru”. Kajian ini

dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan kaedah penyelesaian masalah secara

kreatif dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian berbentuk deskriptif ini

melibatkan 100 orang pelajar yang dipilih secra rawak dari sekolah Menengah

Teknik dan Akademik di daerah Pontian dan Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian

yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaiatu

Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan

maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklumbalas yang

diterima diukur dengan menggunakan Skala Likert dan Binari. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa konsep penyelesaian masalah secara kreatif telah difahami

oleh pelajar. Mereka juga memiliki gaya berfikiran secara kreatif hasil bimbingan

guru dengan kebolehan mengaplikasi pada tahap sederhana. Namun terdapat

perbezaan terhadap gaya berfikir secara kreatif antara pelajar berlaianan aliran dan

jantina.

Siti Hajar (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kreativiti Di

Kalangan Pelajar Program Sains Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia” . Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti

di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Page 51: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

51

Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 161 orang pelajar program sains

iaitu 19 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang

digunakan adalah set borang soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian

Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji empat kriteria kreativiti iaitu

keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa secara keseluruhannya pelajar program sains di Fakulti Pendidikan

mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu sebanyak 85.10% daripada keseluruhan

responden. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan

antara tahap kreativiti merentasi jantina (p=0.519). Hasil analisis statistik ANOVA

pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti

merentasi pencapaian akademik (p=0.419). Daripada dapatan kajian mendapati tahap

kreativiti yang rendah di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan yang

merupakan bakal-bakal guru akan menjejaskan proses penyampaian ilmu di dalam

kelas kelak.

Daripada kajian-kajian yang telah dibuat, didapati tahap kreativiti pelajar

adalah sederhana berdasarkan dapatan kajian yang dibuat oleh Nooraishah (2004)

dan Suriyana(2004). Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Norfauzi (2002) dan Siti

Hajar (2008) didapati tahap kreativiti pelajar adalah rendah dan lemah.

Berdasarkan kajian yang dinyatakan, didapati terdapat perbezaan signifikan

antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kreativiti pelajar. Berdasarkan kajian

Suriyana (2004), Mansor (2002) dan Norfauzi (2002) menunjukkan tahap

penguasaan kemahiran berfikir kreatif lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar

perempuan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Siti Hajar (2008) dan Roslinda

(2007) menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti

merentas jantina.

Kesimpulannya, satu kajian tentang melihat tahap kreativiti amat perlu untuk

dijalankan untuk melihat tahap kreativiti pelajar-pelajar tingkatan empat yang

berlainan jantina kerana dewasa ini kreativiti amat dititikberatkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia sendiri bagi memenuhi NKRA pendidikan negara. Diharapkan

kajian-kajian seperti ini dapat merealisasikan hasrat NKRA pendidikan itu sendiri

Page 52: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

52

kerana melalui kajian-kajian seperti ini kita akan dapat melihat tahap kreativiti

pelajar.

2.5.2 Kajian Tentang Pencapaian Penyelesaian Masalah

Nooridayu (2009) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Pencapaian

Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat Di Skudai”. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap

pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di samping

mengenalpasti gaya pemikiran mereka. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat

aliran sains tulen dari sekolah-sekolah sekitar Skudai telah dipilih sebagai responden

kajian. Seramai 33 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 67 lagi adalah pelajar

perempuan. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan kemahiran

berfikir pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik item kritis kreatif

yang terdiri daripada 30 item dan set Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

yang mengandungi dua soalan penyelesaian masalah. Kebolehpercayaan set ujian ini

ialah α = 0.74. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap

pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar kritis dan kreatif adalah pada

tahap sederhana. Analisis data turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan

yang signifikan merentas jantina dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik.

Keputusan akhir juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara pelajar kritis dan pelajar kreatif dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik

mereka. Kesimpulannya, pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar

tingkatan empat di sekolah-sekolah yang terlibat berada pada tahap sederhana.

Noor Azmil (2007) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Kemahiran

Penyelesaian Masalah Dalam Tajuk Keseimbangan Daya Dalam Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat”. Tajuk Keseimbangan Daya mengandungi konsep-konsep yang

abstrak dan sering dilaporkan sukar untuk dipelajari oleh pelajar. Kajian ini bertujuan

Page 53: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

53

untuk mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam kemahiran penyelesaian

masalah dalam tajuk Keseimbangan Daya yang melibatkan pengiraan magnitud dan

arah paduan daya, peleraian daya, keseimbangan daya pada sistem takal,

keseimbangan daya pada sistem satah condong, keseimbangan daya yang

berhubungkait dengan berat ketara dalam lif, dan keseimbangan tiga daya.

Pengumpulan data adalah melalui soal selidik ujian penyelesaian masalah fizik yang

dijalankan kepada 113 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains di sebuah sekolah

menengah sains di negeri Johor. Data-data yang diperolehi telah diproses secara

manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan

kajian menunjukkan tahap keupayaan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar

adalah sederhana. Kajian juga mendapati mereka berada pada tahap baik dalam

memahami masalah serta sederhana dalam merancang penyelesaian dan

mendapatkan jawapan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak

menguasai dengan sepenuhnya konsep asas dalam tajuk ini.

Rahimah (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Pembelajaran

Berasaskan Konsep Konstruktivisme Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Pelajar

Sains Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru”. Dalam kajian ini,

kemahiran pembelajaran berasaskan konstruktivisme digunakan bagi membantu

pelajar Sains Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru meningkatkan tahap

pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah Fizik. Responden yang terlibat

adalah seramai 306 orang pelajar Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik

Daerah Johor Bahru iaitu 129 orang pelajar lelaki dan 177 orang pelajar perempuan.

Responden diberikan Ujian Keupayaan Penyelesaian Masalah Fizik (UKPMF), iaitu

satu set masalah Fizik bertajuk Persamaan Linear yang terdiri daripada 14 item untuk

diselesaikan oleh pelajar. Responden juga diberi satu soal selidik iaitu Cara

Penglibatan Pelajar (CPP) yang terdiri daripada 50 item berskala Likert. Ujian-t

menunjukkan perbezaan min yang merentas jantina di mana pelajar perempuan yang

terlibat dalam Menyelesaikan Masalah Fizik menggunakan Kaedah Pembelajaran

Konstruktivisme (min =3.24. SD = .38), lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Min =

3.13, SD = .50) t(304) = -2.16, p < .05. Begitu juga, ujian–t bagi menunjukkan

perbezaan tahap pencapaian menyelesaikan masalah merentas jantina di mana min

pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki (min=51.57, SD =15.95), dan

min pelajar lelaki (min= 45.95, SD = 17.76), t(304) = -2.88 p<.05.

Page 54: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

54

Jamil (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kognitif Pelajar

Fizik Di Sekolah Berasrama Di Daerah Kuala Terengganu Dalam Menyelesaikan

Masalah Fizik berdasarkan kepada Taksonomi Bloom”. Kajian ini dijalankan untuk

mengkaji tahap kognitif pelajar fizik dalam menyelesaikan masalah fizik berdasarkan

kepada Taksonomi Bloom di tiga buah sekolah berasrama di dalam daerah Kuala

Terengganu. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah

Menengah Sains (SMS) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Seramai 88 orang

pelajar lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan

dalam kajian untuk menilai tahap kognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik

adalah Ujian Tahap Kognitif merangkumi bab Daya dan Gerakan dan Haba. Hasil

daripada kajian menunjukkan tahap kognitif bagi SMA dan SMS pada tahap

sederhana manakala pada SMT pada tahap lemah. Wujud perbezaan yang signifikan

skor min bagi jantina lelaki dan perempuan yang mana lebih kepada memihak pelajar

perempuan.

Haslinda (2007) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penguasaan

Penyelesaian Masalah Fizik Mengikut Model Heller Dan Hubungannya Dengan

Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Tingkatan 4 di dua buah sekolah di

Daerah Marang”. Seramai 130 orang pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat

sebagai responden dalam penyelidikan ini. Alat kajian yang digunakan untuk menilai

penguasaan penyelesaian masalah dan tahap pencapaian penyelesaian masalah adalah

Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik yang mengandungi dua item berbentuk

subjektif. Ujian ini mengandungi dua soalan yang terdiri daripada bab daya dan

gerakan serta bab haba dan tenaga. Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai

α = 0.77. Statistik analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis

data. Hasil kajian menunjukkan langkah penyelesaian masalah ke empat iaitu

Melaksanakan Penyelesaian mempunyai kekerapan yang paling tinggi manakala

langkah penyelesaian yang pertama iaitu Fokus Pada Masalah mempunyai kekerapan

yang paling rendah bagi kedua-dua item. Seterusnya hasil kajian menunjukkan

bahawa wujud perbezaan signifikan merentas jantina bagi jumlah bilangan langkah

penyelesaian masalah dan pencapaian penyelesaian masalah.

Page 55: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

55

Rafedah (2009) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Perkaitan Antara

Kreativiti Dan Kemahiran Penyelesaian Masalah Topik Elektrokimia Bagi pelajar

Tingkatan Empat”. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara kreativiti

dan kemahiran penyelesaian masalah topik elektrokimia bagi pelajar tingkatan 4.

Seramai 317 orang pelajar yang terdiri daripada 152 orang pelajar lelaki dan 165

orang pelajar perempuan tingkatan empat aliran sains dari enam buah sekolah di

daerah Kulai. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Pemikiran

Kreatif Torrance (TTCT) dan Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK). Dapatan

kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5 secara kuantitatif dan

kualitatif. Analisis kuantitatif melibatkan penggunaan statistik deskriptif dalam

bentuk kekerapan dan peratusan, manakala statistik inferensi menggunakan ujian

Khi-kuasa Dua dan Korelasi Pearson. Semua hipotesis diuji pada aras=.05. Hasil

kajian menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang lemah (r = 0.12, p = 0.05) di

antara kemahiran penyelesaian masalah dan tahap kreativiti pelajar. Dapatan juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kreativiti dan tahap

kemahiran penyelesaian masalah merentasi jantina. Berdasarkan ujian korelasi,

dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai kreativiti sederhana dan rendah

lebih cenderung kepada kemahiran penyelesaian masalah TI (Type and Identify) iaitu

mereka hanya dapat menyatakan masalah dan mengenalpasti konsep berkaitan serta

pemboleh ubah secara umum. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa corak

pembelajaran tradisi berbentuk ‘chalk and talk’ serta menghafal konsep berkaitan

tidak banyak membantu penguasaan pelajar bagi sesuatu topik. Justeru itu disarankan

pendekatan konstruktivisme dan kontekstual perlu digunapakai semaksimum

mungkin bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di masa depan.

Daripada kajian-kajian lepas yang telah dinyatakan di atas, boleh dibuat

beberapa kesimpulan terhadap kemahiran penyelesaian masalah Fizik. Daripada

dapatan kajian yang dijalankan oleh Nooridayu (2009), Noor Azmil (2007) dan

Haryanti (2009), didapati tahap kemahiran penyelesaian masalah Fizik pelajar adalah

pada tahap yang sederhana.

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Rahimah (2008), Jamil (2008) dan

Haslinda (2007), didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap

Page 56: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

56

pencapaian masalah merentas jantina di mana min pelajar perempuan lebih tinggi

daripada min pelajar lelaki. Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Nooridayu

(2009) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan terhadap kemahiran penyelesaian masalah Fizik.

Daripada kajian yang dijalankan oleh Rafedah (2009), didapati bahawa

hubungan di antara kreativiti pelajar dan kemahiran penyelesaian masalah adalah

sangat lemah (r = 0.12). Ini menunjukkan bahawa tahap kreativiti pelajar tidak ada

hubungan yang kuat terhadap kemahiran penyelesaian masalah.

Kesimpulannya, satu kajian yang berkaitan dengan penyelesaian masalah

adalah perlu dijalankan untuk mencari model terbaik dalam proses penyelesaian

masalah. Contohnya, di dalam kajian yang akan dijalankan ini menggunakan

kemahiran menyelesaikan masalah Model Heller. Jika model ini berguna, maka

bolehlah kita dapat manfaat daripadanya untuk diaplikasikan dalam proses

pemarkahan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kreativiti tinggi ini.

2.6 Kesimpulan

Bab 2 ini membincangkan tentang sorotan kajian yang mengandungi

pengenalan kepada Bab 2, pengenalan tentang konsep berfikir, definisi tentang

kreativiti, ciri-ciri pemikiran kreatif, kaedah menjana idea-idea kreatif, penghalang

kepada kreativiti. Bab ini membincangkan pengukuran tahap kreativiti. Perbincangan

tentang kemahiran menyelesaikan masalah di mana dalam kajian ini menggunakan

kemahiran menyelesaikan masalah Model Heller. Model ini digunakan untuk

menentukan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar. Dalam bab ini

juga menyentuh tentang kajian-kajian lepas tentang tahap kreativiti dan juga kajian-

kajian lepas tentang pencapaian penyelesaian masalah dan kepentingan tahap

kreativiti dalam pencapaian penyelesaian masalah.

Page 57: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

57

Page 58: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

58

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk memastikan sama ada tahap kreativiti pelajar

tingkatan empat aliran sains mempunyai hubungan dengan pencapaian mereka dalam

menyelesaikan masalah Fizik. Bab ini membincangkan rekabentuk kajian, populasi

dan sampel, instrumen, prosedur kajian serta analisis data yang digunakan

3.2 Rekabentuk kajian

Dalam kajian ini, kajian berbentuk deskriptif digunakan. Kajian ini dijalankan

ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengikuti mata pelajaran

Page 59: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

59

Fizik di sekolah-sekolah menengah sekitar Johor Bahru. Selain menentukan tahap

pencapaian penyelesaian masalah Fizik, kajian ini turut meninjau kesan

pembolehubah bebas yang dipilih iaitu jantina dan tahap kreativiti pelajar terhadap

pembolehubah bersandar iaitu tahap pancapaian pelajar dalam menyelesaikan

masalah Fizik

3.3 Sampel kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains

di lima buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru. Pemilihan sampel dibuat

berdasarkan kaedah persampelan bertujuan.

Antara sekolah-sekolah menengah yang dipilih sebagai populasi kajian adalah

seperti berikut :

(i) MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

(ii) SMK SULTAN ISMAIL

(iii) SMK TAMAN PERLING

(iv) SMK TAMAN PELANGI

(v) SMK TAMAN IMPIAN EMAS

Dalam kajian ini, hanya lima buah sekolah dipilih secara rawak bertujuan

yang mempunyai aliran sains tulen. Secara keseluruhannya, kajian ini melibatkan

100 orang responden sahaja. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar

tingkatan empat aliran sains yang mengikuti mata pelajaran Fizik di setiap sekolah

yang terpilih. Pemilihan responden dibuat secara sampel bertujuan di mana sampel

kajian terdiri daripada pelajar-pelajar pencapaian tinggi dari kelas sains tulen yang

pertama. Ini bagi memastikan bahawa perbandingan dilakukan secara setara bagi

Page 60: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

60

pelajar berpencapaian tinggi. Jadual 3.1 menunjukkan taburan sampel mengikut

sekolah.

Jadual 3.1 : Taburan Responden Mengikut Sekolah

BIL SEKOLAH

JANTINA

JUMLAHLELAKI PEREMPUAN

1 MAKTAB SULTAN

ABU BAKAR

20 0 20

2 SMK SULTAN

ISMAIL

6 14 20

3 SMK TAMAN

PERLING

9 11 20

4 SMK TAMAN

PELANGI

6 14 20

5 SMK TAMAN

IMPIAN EMAS

9 11 20

JUMLAH 50 50 100

3.4 Instrumen kajian

Dalam kajian ini, hanya satu instrumen yang digunakan iaitu instrumen CT-

PS (Creative Thinking-Problem Solving). Instrumen ini terdiri daripada tiga bahagian

iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Set soalan CT-PS ini ditunjukkan

dalam Lampiran B.

Bahagian A adalah tentang maklumat latar belakang responden. Pada

Bahagian A ini pelajar diberikan masa selama satu minit untuk melengkapkan

maklumat jantina dengan menandakan (√) pada ruangan yang disediakan. Bahagian

A adalah bertujuan untuk mendapatkan butiran pelajar yang terlibat secara langsung

Page 61: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

61

dalam kajian yang dijalankan dan maklumat latar belakang pelajar ini melibatkan

pembolehubah bebas iaitu jantina.

Bahagian B merupakan set soal selidik kreativiti. Masa selama 30 minit

diperuntukkan untuk Bahagian B. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah

berbentuk soal selidik. Menurut Tuckman (1978), instrumen berbentuk soal selidik

merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada

responden jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten

dan boleh dipercayai. Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu

menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur. Set soal

selidik tahap kreativiti yang digunakan dalam Bahagian B terdiri daripada item-item

untuk menentukan tahap kreativiti pelajar-pelajar tersebut. Set soal selidik ini

diubahsuai daripada set soal selidik yang diguna pakai oleh Naudé (2005) dalam

kajiannya mengenai ‘The relationship between personality and creativity: A

psychometric study’. Item di dalam soal selidik kreativiti ini dibahagikan kepada 13

konstruk mengikut ciri-ciri kreativiti yang ada pada seseorang seperti yang

dikemukakan oleh Ryhammar & Brolin (1999). Konstruk-konstruk tersebut bersama

soalan-soalan yang sepadan yang dinyatakan di dalam Lampiran F.

Oleh itu, pengukuran kreativiti pelajar di dalam kajian ini dapat ditentukan

dengan menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai sedikit yang diambil dari

kajian yang dijalankan oleh Naude (2005). Soalan-soalan yang dikemukakan dalam

soal selidik juga mepunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk

menguji tahap kreativiti seseorang individu.

Bahagian C berbentuk set ujian penilaian pencapaian penyelesaian masalah

Fizik. Bahagian C diperuntukkan selama 1 jam untuk pelajar menjawab soalan

penyelesaian masalah fizik tersebut. Set ujian yang digunakan dalam Bahagian C

pula terdiri daripada lima soalan yang mengandungi item-item yang mengukur tahap

pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar mengikut Model Heller. Item-item ini

diubahsuai daripada siri-siri buku rujukan Fizik Tingkatan Empat selari dengan

kurikulum KBSM yang terkini. Ujian pencapaian penyelesaian masalah yang

diberikan melibatkan topik Bab 2 iaitu Daya dan Pergerakan (Force and Motion) ,

Page 62: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

62

Bab 3 Daya dan Tekanan (Force and Pressure) dan Bab 4 iaitu Haba (Heat) yang

terkandung dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Malaysia (KBSM) Tingkatan Empat. Item-item ini juga telah disahkan oleh guru

cemerlang Fizik seperti di dalam Lampiran A.

Dalam bahagian ini, pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang

dikemukakan dengan menulis langkah penyelesaian masalah pada ruang yang

disediakan. Pelajar telah diberikan pendedahan mengenai Model Heller secara tidak

langsung melalui penetapan lima cara kerja seperti yang dicadangkan dalam model

tersebut iaitu:

(i) Membuat gambaran secara visual peristiwa yang dijelaskan dalam pernyataan

masalah dengan menggunakan sebuah rangka awal. Tuliskan idea-idea atau

konsep fizik yang mungkin terlibat dalam masalah dan ini akan

menggambarkan pendekatan yang akan anda gunakan nanti.

(ii) Tuliskan pernyataan apa yang anda ingin cari. Pastikan semua simbol dalam

kuantiti fizik ini dinyatakan di dalam gambaran tadi. Tuliskan persamaan

kuantitatif yang berhubungkait dengan prinsip-prinsip fizik dan segala anu

yang ingin dicari.

(iii) Pilih salah satu perhubungan kuantitatif yang termasuk dalam kuantiti yang

dikehendaki. Jika ada anu yang perlu ditambah, pilih persamaan yang baru

diwujudkan dalam perhubungan kuantitatif tadi dan ditambah anu tadi. Jika

tiada anu tambahan, selesaikan persamaan dengan penggantian anu yang

terlibat. Selesaikan kuantiti yang disasarkan dan pastikan unit ditulis daripada

hasil persamaan. Pastikan kedua-dua unit dalam persamaan yang ingin dicari

adalah sama dengan persamaan fizik yang digunakan.

(iv) Masukkan segala kuantiti yang diketahui ke dalam penyelesaian algebra

ataupun persamaan fizik yang dikehendaki yang didapati daripada langkah 3.

Pastikan adakah unit itu perlu ditukar kepada unit yang standard ataupun

tidak.

Page 63: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

63

(v) Pastikan kerja anda dinyatakan dengan betul, boleh diterima dan menjawab

persoalan atau permasalahan yang dinyatakan. Pastikan magnitud jawapan

adalah tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Dan pastikan anda betul-betul

menjawab persoalan yang diajukan.

Markah diberi berdasarkan kepada langkah dalam Model Heller tersebut iaitu

Tumpukan kepada Masalah (Focus the problem), Jelaskan Fizik (Describe the

physics), Rancang Penyelesaian (Plan the solution), Laksana Rancangan (Execute

the plan) dan Menilai Jawapan (Evaluate the answer). Setiap langkah mempunyai

markah yang telah ditetapkan. Skema pemarkahan ditunjukkan dalam Lampiran C.

3.5 Prosedur kajian

Penyelidik ke sekolah yang terpilih dan berjumpa dengan pihak pentadbiran

sekolah bagi mendapatkan kebenaran menggunakan sampel di sekolah tersebut.

Pihak sekolah yang terlibat seterusnya diberikan penerangan ringkas tentang kajian

yang akan dijalankan dengan harapan mereka dapat memberikan kerjasama kepada

penyelidik sepanjang kajian dijalankan.

Sepanjang tempoh kajian, penyelidik hanya mampu mentadbir sendiri ujian

CT-PS di sebuah sekolah sahaja dengan bantuan guru yang berkenaan disebabkan

oleh kekangan masa yang dihadapi. Tambahan pula, pihak penyelidik tidak

dibenarkan mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-

sekolah tertentu. Justeru, penyelidik mengambil langkah penyelesaian dengan

meminta bantuan daripada guru-guru mata pelajaran Fizik yang terlibat untuk

mentadbir ujian CT-PS bagi memastikan pengumpulan data dapat dijalankan dengan

lancar. Guru-guru yang membantu diberikan taklimat yang jelas tentang prosedur

bagi mentadbirkan instrumen kajian. Guru-guru juga diberi lampiran untuk

Page 64: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

64

menerangkan kepada pelajar bagaimana ujian CT-PS ini dijalankan. Tidak

ketinggalan, pelajar diberi langkah-langkah yang diperlukan dalam Model Heller

untuk menjawab Bahagian C. Lampiran ini dilampirkan dalam lampiran D.

Seramai 20 orang pelajar tingkatan empat yang mengikuti mata pelajaran

Fizik dipilih secara rawak daripada kelas sains tulen yang pertama bagi setiap

sekolah. Kajian ini dijalankan selama dua minggu mulai daripada 04 Oktober 2010

hingga 23 Oktober 2010. Pelajar-pelajar ini dikehendaki mengisi maklumat peribadi

seperti nama dan jantina pada Bahagian A sebelum menjawab item dalam Bahagian

B yang merupakan set soal selidik tahap kreativiti pelajar. Dalam bahagian ini,

responden hanya perlu menandakan (√) pada ruangan skala likert 1-5 untuk 62 item

yang disediakan bergantung kepada kemampuan mereka sendiri. Masa yang

diperuntukkan untuk menjawab Bahagian A dan B adalah selama 30 minit sahaja.

Setelah selesai menjawab pada Bahagian B, pelajar diminta untuk menyelesaikan set

soalan yang dilampirkan dalam Bahagian C. Bahagian ini mengandungi lima soalan

penyelesaian masalah yang menghendaki pelajar menunjukkan satu-persatu langkah

kerja yang diperlukan untuk mendapatkan jawapan akhir bagi setiap soalan. Satu jam

diperuntukkan kepada pelajar untuk menyelesaikan soalan pada Bahagian C ini dan

kertas jawapan dikumpulkan oleh pengawas sebaik sahaja masa yang diperuntukkan

tamat. Kertas-kertas ujian ini kemudiannya diteliti bagi memastikan pelajar telah

menjawab semua soalan yang dikemukakan dan butiran pelajar telah diisi dengan

lengkap untuk memudahkan kerja-kerja menganalisis data.

3.6 Kajian Rintis

Sebelum penyelidikan sebenar dijalankan, penyelidik terlebih dahulu

menjalankan kajian rintis bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

Page 65: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

65

yang akan digunakan untuk penyelidikan kelak iaitu set Ujian CT-PS. Rasional

kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mengelakkan sebarang permasalahan

sewaktu kajian sebenar dijalankan dan juga bagi menentukan kebolehpercayaan

instrumen (Nooridayu, 2009).

Set Ujian CT-PS telah disahkan oleh guru Fizik yang berpengalaman di

sebuah sekolah dan dilampirkan dalam Lampiran A. Isi ujian penyelesaian masalah

Fizik mewakili semua kandungan dan tahap kognitif yang diajar dalam mata

pelajaran Fizik tingkatan empat dan mengikuti Huraian Sukatan Pelajaran Fizik.

Maka set Ujian CT-PS ini boleh digunakan dalam kajian sebenar yang dilakukan di

lima buah sekolah menengah di sekitar kawasan Johor Bahru.

Dalam kajian ini, kajian rintis dijalankan di Maktab Sultan Abu Bakar. Dalam

kajian rintis ini, set ujian CT-PS telah diberikan kepada 20 orang pelajar tingkatan

empat yang mengikuti aliran sains dan mengambil mata pelajaran Fizik bagi

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soalan. Pelajar-pelajar ini dipilih secara

rawak untuk menjawab set Ujian CT-PS ini dan tidak terlibat dengan kajian sebenar.

Data yang diperoleh dalam ujian ini dianalisis menggunakan‘Statistical

Package For Social Sciense’ (SPSS) Versi 15.0 iaitu perisian komputer yang biasa

digunakan untuk menganalisa data dalam bentuk statistik. Daripada data yang

diperolehi, bagi Bahagian B iaitu soal selidik tentang tahap kreativiti didapati bahawa

nilai α = 0.77. Bagi bahagian C pula iaitu soalan penyelesaian masalah Fizik di dapati

nilai α = 0.93. Nilai alpha yang didapati dalam kedua-dua bahagian B dan C bernilai

> 0.7 dan ini menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian kebolehpercayaan yang tinggi menghasilkan

keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan beberapa kali

dalam keadaan yang sama (Mohamad Najib, 1999).

3.7 Analisis Data

Page 66: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

66

Aktiviti-aktiviti seperti mengumpul, mengolah, menganalisis dan menyimpan

data merupakan teknik-teknik yang terlibat dalam pemprosesan data. Analisis data

adalah dengan menggunakan kekerapan, peratusan, Ujian-t dan Korelasi Pearson.

Dalam kajian ini, data yang dikumpulkan untuk dianalisa menggunakan SPSS versi

15.0 iaitu perisian komputer yang biasa digunakan untuk menganalisis data dalam

bentuk statistik.

Peratusan dan kekerapan yang diperolehi hasil daripada analisis data

digunakan untuk menghuraikan hasil kajian serta kesimpulan terhadap kajian yang

dijalankan. Bagi menganalisis tentang tahap kreativiti dan tahap pencapaian

penyelesaian masalah Fizik, penggunaan kekerapan dan peratusan digunakan.

Bagi menentukan perbezaan signifikan antara tahap kreativiti pelajar dan

pencapaian penyelesaian masalah terhadap pemboleh ubah bebas jantina,

penggunaan statistik Ujian-t digunakan. Asas perbandingan yang digunakan adalah

min. Sekiranya min bagi kedua-dua kumpulan sampel ini adalah sama, bermaksud

kedua-dua kumpulan ini adalah daripada populasi yang sama. Dengan demikian,

tiada perbezaan antara dua kumpulan sampel tersebut. Pengujian dilakukan dengan

menggunakan statistik-F. Dengan merujuk kepada nilai signifikan yang diberikan

dalam output pada Sig. (2-tailed), jika nilai melebihi aras keertian 0.05, maka tiada

perbezaan signifikan pada tahap kreativiti pelajar dan pencapaian penyelesaian

masalah terhadap pemboleh ubah bebas jantina. Jika nilai kurang atau sama dengan

aras keertian 0.05, maka terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti pelajar

dan pencapaian penyelesaian masalah terhadap pemboleh ubah bebas jantina

tersebut.

Bagi menentukan hubungan antara tahap kreativiti dan pencapaian

penyelesaian masalah Fizik, ujian korelasi Pearson digunakan bagi menganalisis data

tersebut. Korelasi Pearson ini digunakan apabila data bagi pemboleh ubah yang

dikaji adalah berbentuk interval. Korelasi ini mengandaikan hubungan yang wujud

antara pemboleh ubah berbentuk linear. Ujian korelasi Pearson ini adalah

berdasarkan interprestasi yang diutarakan oleh Zulkarnain & Hishammuddin (2001)

melalui Jadual 4.6. Daripada analisis korelasi ini, akan diperolehi pekali korelasi

Page 67: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

67

yang nilainya berada diantara negatif satu dan positif satu 11 r . Tanda

positif dan negatif memberikan arah hubungan yang wujud antara dua pemboleh

ubah. Tanda positif menunjukkan terdapat hubungan langsung antara pemboleh ubah

berkenaan. Iaitu dengan kata lain, ia bergerak pada arah yang sama, iaitu sekiranya

satu pemboleh ubah meningkat maka pemboleh ubah yang satu lagi juga meningkat.

Tanda negatif pula menunjukkan wujud hubungan yang songsang antara pemboleh

ubah. Dengan kata lain, kedua-dua pemboleh ubah ini bergerak pada arah yang

bertentangan, sekiranya satu pemboleh ubah meningkat maka pemboleh ubah yang

satu lagi akan berkurangan.

Dalam Bahagian B ini, terdapat 62 item dalam bentuk Skala Likert dan

mempunyai lima pilihan gerak balas. Pilihan-pilihan tersebut ialah :

(i) Tidak pernah (1)

(ii) Kadang-kadang (2)

(iii) Tidak pasti (3)

(iv) Kerap (4)

(v) Sangat Kerap (5)

Komponen dalam soal selidik ini adalah tentang ciri-ciri kreativiti pelajar

berdasarkan 13 konstruk seperti dalam Lampiran F.

Berdasarkan Jadual 3.2, ada di antara item-item yang digunakan ditanda (-).

Ini bermaksud cara pengiraan markatnya terbalik iaitu:

(i) Tidak pernah (5)

(ii) Kadang-kadang (4)

(iii) Tidak pasti (3)

(iv) Kerap (2)

(v) Sangat Kerap (1)

Ini adalah kerana item yang dikemukakan adalah bertentangan dengan

konstruk yang sepatutnya. Contohnya konstruk bagi “ketabahan hati”, item nombor

Page 68: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

68

57 iaitu “Saya kurang tekun”. Ini adalah respons negatif dengan itu jika pelajar

menjawab pilihan pertama iaitu “Tidak pernah” akan diberi markat lima.

Tahap kreativiti ini ditentukan berdasarkan pada nilai min. Markat penuh

yang boleh dicapai ialah 310 (62 x 5). Manakala markat minimum adalah 62 (62 x 1).

Tahap kreativiti ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:

(i) tahap tinggi - peratusan markah di antara 67 hingga 100

(ii) tahap sederhana - peratusan markah di antara 34 hingga 66.9

(iii) tahap lemah- peratusan markah di antara 0 – 33.9

dan ini adalah merujuk kepada Skala Likert yang digunakan. Tahap kreativiti ini juga

berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh Nooridayu (2009) yang bertajuk

Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam

Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Skudai.

Bagi Bahagian C, pencapaian penyelesaian masalah dalam fizik ini

ditentukan berdasarkan nilai min. Markat maksimum adalah 108. Jumlah markat

mengikut soalan adalah seperti dibawah ini:

(i) Soalan 1 - 19

(ii) Soalan 2 – 27

(iii) Soalan 3 – 20

(iv) Soalan 4 – 24

(v) Soalan 5 – 18

Tahap pencapaian pelajar ini ditentukan berdasarkan min skor dalam

pencapaian pelajar yang terlibat sebagai responden kajian. Tahap pencapaian

penyelesaian masalah fizik ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:

(i) Baik - ≥ 70%

(ii) Sederhana - 40% hingga 69.9%

(iii) Lemah - < 40%

Page 69: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

69

ini adalah merujuk kepada jadual tahap pencapaian penyelesaian masalah fizik

melalui kajian yang dijalankan oleh Haslinda (2007).

3.8 Kesimpulan

Dalam Bab 3 ini dibincangkan tentang metodologi yang digunakan bagi

menjalankan kajian. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan empat di daerah Johor

Bahru yang mengikuti aliran sains di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia. Instrumen kajian adalah CT-PS. Kajian menggunakan soal selidik tentang

tahap kreativiti dan juga soalan penyelesaian masalah Fizik tingkatan empat KBSM.

Analisis data adalah menggunakan min, ujian-t dan juga korelasi Pearson dan

mengaplikasikan penggunaan SPSS 15.0.

Page 70: TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK ... · PDF fileFIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU ... Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 63 ... pengiraan

70