Upload
lamkhanh
View
283
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP PERPADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
ISMAIL FAUZI BIN JAMALUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya ISMAIL FAUZI BIN JAMALUDIN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP PERPADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
(HURUF BESAR)
DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
PARIT HAJI ALI, SIMPANG TIGA, 36200 SELEKOH, PERAK
TAHAP PERPADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)
ISMAIL FAUZI BIN JAMALUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
Tarikh : 6 MEI 2009
iii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : ISMAIL FAUZI BIN JAMALUDIN
Tarikh : 6 MEI 2009
iv
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Jamaludin bin Sabri
Hamsah binti Mohamad
Yang Teristimewa
Nor Faizatun Naim binti Abd Rahim
Sekalung Terima Kasih
Dr. Abdul Rahim bin Hamdan
Pensyarah Penyelia
Pensyarah-pensyarah
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin…….
v
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Abdul Rahim bin Hamdan yang telah
banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini
dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu
dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua dan pelajar
Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh, Perak yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini
berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan
juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara
langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, tunang
tersayang serta keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan
penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka.
Amin…..
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum
yang diterapkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dikalangan
pelajar Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh, Perak. Instrumen kajian yang
digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 120 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh Perak. Instrument kajian yang digunakan
mengandungi 36 item yang berdasarkan kepada 4 persoalan kajian iaitu merangkumi
aspek faktor gaya pembelajaran pelajar, faktor gaya pengajaran guru, faktor aktiviti
amali pelajar di dalam bengkel dan faktor persekitaran bengkel. Kesahan item-item
diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar-pakar. Segala data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social Science
(SPSS version 11.5)’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa penerapan perpaduan menerusi matapelajaran
Kemahiran Hidup adalah tinggi. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru,
pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi mengekalkan dan membantu meningkatkan lagi nilai perpaduan dikalangan
pelajar.
vii
ABSTRACT
This research is done mainly because to look at the level of unity that
implement by Living Skill subject among the students of Tun Abdul Razak High
School in Selekoh, Perak. This descriptive study involved a total of 120 student from
Tun Abdul Razak High School. Instruments used consist of 36 items that were based
on four research question on how the students study, teachers teaching , student’s
practical in the workshop and the workshop environment. The authenticity of the
item that was obtained was discussed by the people who are expert in this field. All
of the data were analyzed using of Statistical Package for Social Science (SPSS
version 11.5) to get the frequency, percentage and min. From the study, the data
shows that the unity towards Living Skill subject is high. From the result obtained,
the teachers from Tun Abdul Razak High School, Jabatan Pelajaran Negeri and
Kementerian Pelajaran Malaysia need to take proper action and certain measures to
help increase the unity among students
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Guru 9
1.6.2 Pentadbir sekolah 9
ix
1.6.3 JPN dan KPM 10
1.6.4 Pelajar 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi 11
1.8.1 Perpaduan 11
1.8.2 Guru Kemahiran Hidup 12
1.8.3 Pengajaran 12
1.8.4 Pembelajaran 13
1.8.5 Kemahiran Hidup 13
1.9. Kerangka Konsep 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 15
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Sekolah sebagai satu institusi
memupuk perpaduan. 16
2.3 Iklim bilik darjah 18
2.4 Pengurusan bilik darjah 19
2.5 Teori motivasi Maslow dan aplikasinya
kepada pengurusan bilik darjah 21
2.6 Pengurusan bilik darjah 22
2.7 Bilik darjah mata pelajaran khas. (KBSM) 23
2.8 Gaya kepimpinan guru 24
2.9 Kaedah pembelajaran 25
2.10 Kaedah pembelajaran koperatif 25
2.11 Pemilihan dan penggunaan bahan perpustakaan
dalam pengajaran dan pembelajaran KH. 28
2.12 Interaksi 29
x
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi 32
3.4 Persampelan Kajian 32
3.5 Tempat Kajian 33
3.6 Instrumen Kajian 33
3.6.1 Soal Selidik 34
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Kesahan 37
3.9 Kebolehpercayaan 37
3.10 Analisis Data 38
3.11 Kerangka Operasi 40
3.12 Kesimpulan 43
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 44
4.2.1 Analisis Data mengikut Jantina 44
4.2.2 Analisis Data mengikut bangsa 45
4.2.3 Analisis Data mengikut tempat
tinggal pelajar 46
4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 46
4.3.1 Keputusan dan Analisis
Persoalan Kajian 1 48
4.3.2 Keputusan dan Analisis
Persoalan Kajian 2 51
4.3.3 Keputusan dan Analisis
Persoalan Kajian 3 53
xi
4.3.4 Keputusan dan Analisis
Persoalan Kajian 4 55
4.4 Rumusan 58
4.5 Penutup 59
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan dan Rumusan 61
5.2.1 Faktor Gaya Pembelajaran Pelajar 61
5.2.2 Faktor Gaya Pengajaran Guru 63
5.2.3 Faktor aktiviti amali 65
5.2.4 Faktor persekitaran bengkel 66
5.3 Kesimpulan 67
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN 78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Penggunaan aras skala likert. 34
3.2 Pembahagian item-item dalam bahagian A dan
bahagian B.
35
3.3 Interpretasi skor alpha cronbach. 36
3.4 Taburan skor min. 39
4.1 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan
responden mengikut jantina.
44
4.2 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan
responden mengikut bangsa.
45
4.3 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan
responden mengikut kediaman pelajar.
46
4.4 Pemeringkatan skala likert. 47
4.5 Petunjuk peratusan untuk menunjukkan darjah
penilaian terhadap responden .
47
4.6 Petunjuk min untuk mengukur darjah penilaian
terhadap responden.
48
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan
faktor gaya pembelajaran kemahiran hidup
bersepadu dalam mewujudkan perpaduan
dikalangan pelajar pelbagai kaum.
48
4.8 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan
faktor pengajaran guru dalam mengeratkan
perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum.
51
4.9 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan
faktor aktiviti amali di bengkel kemahiran hidup
bersepadu dalam mengeratkan perpaduan
dikalangan pelajar pelbagai kaum.
53
xiii
4.10 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan
faktor persekitaran bengkel dalam mengeratkan
perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum.
56
4.11 Keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian
dalam purata peratusan.
58
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Kerangka Konsep 14
3.1 Kerangka Operasi 40
xv
SENARAI SINGKATAN
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KH - Kemahiran Hidup
SPSS - Statistic Package for The Social Science
SMKTDS - Sekolah Menengah Taman Desa Skudai
% - Peratus
α - Alpha
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Set Soal Selidik 78
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar (EPRD) 83
C Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran Negeri
Perak 85
D Surat Pengesahan Fakulti 86
E Pengesahan Item Soal Selidik 88
F Dapatan Kajian Rintis 89
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Persoalan tentang integrasi negara melalui sistem pendidikan telah lama
diperkatakan oleh orang ramai. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan terdapat
berbagai akta atau laporan dan model bagi memudahkan proses integrasi berjalan.
Antaranya melalui Laporan Razak, Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979, Dasar Perlembagaan Kebangsaan, Rukun Negara dan juga Falsafah
Pendidikan Negara. Laporan dan juga dasar tersebut perlu dijalankan kerana negara
malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, perbezaan dari segi keadaan sosioekonomi
dan juga terdapat faktor kedudukan tempat yang jauh dan dipisahkan dengan bentuk
muka bumi.
Untuk menyatakan proses integrasi sudah berjalan dengan baik agak sukar
untuk memberi jawapan yang tepat kerana di negara kita ada sesetengah masyarakat
yang terbawa-bawa dengan cara lama. Oleh itu sebilangannya masih kekal dengan
konsep segrerasi. Sebagai contoh melalui sistem pendidikan peringkat rendah, negara
kita masih mengutamakan kepentingan bahasa ibunda dan kaum di mana terdapatnya
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil untuk orang tamil dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina untuk orang cina dan Sekolah Rendah Kebangsaan untuk orang
melayu.
2
Walaubagaimanapun kita merasa gembira kerana sesetengah bangsa suka
menghantar anak-anak mereka di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum
terutamanya di kawasan bandar. Jadi dengan cara ini sekurang-kurangnya murid-
murid dapat mengintegrasikan sekurang-kurangnya semasa berada di dalam kawasan
sekolah. Walau bagaimanapun peringkat menengah, sistem pendidikan di Malaysia
telah menuju ke arah integrasi negara di mana semua kaum belajar di sebuah sekolah
menengah kebangsaan yang mempunyai bahasa penghantar yang sama, iaitu bahasa
Malaysia.
Di samping itu faktor status sosioekonomi dan daerah tempat tinggal juga
boleh menyebabkan konsep segregasi masih wujud di setengah tempat misalnya
walaupun ada sesetengah ibu bapa yang terdiri daripada golongan berada dan tinggal
di luar bandar sanggup menghantar atau menyuruh anak-anak mereka belajar di
sekolah di bandar. Alasannya sekiranya anak-anak merka bergaul dengan anak-anak
orang luar bandar mungkin pencapaian akademik anak-anak mereka terganggu atau
merosot.
Sekarang ini nampaknya dengan adanya aliran dan jenis sekolah yang
berbagai-bagai seperti aliran teknikal, sains, agama dan aliran biasa serta sekolah
berasrama penuh menyebabkan proses untuk mengintegrasikan pelajar di peringkat
sekolah menengah terpaksa mengambil masa yang agak panjang. Gelagat pelajar-
pelajar di peringkat remaja seperti yang kita mengetahui ialah suka hidup secara
berkumpulan dan mereka bangga dengan kumpulan tersebut. Pendek kata pelajar dari
aliran sains mungkin susah bergaul dengan pelajar dari kumpulan atau aliran lain
walaupun mereka berada di sekolah yang sama. Jadi pengumpulan pelajar berdasarkan
minat dan kebolehan kadang-kadang boleh menggangu-gugat proses perkembangan
sosial yang sihat. Sebenarnya pengumpulan tersebut adalah untuk kepentingan
tertentu sahaja. Walau bagaimanapun kita merasa bimbang apabila mereka berada di
pusat pengajian tinggi mereka masih terbawa-bawa dengan tabiat yang dianggap
sempit dan merugikan itu.
3
Jadi teknik berkumpul berdasarkan minat, kaum, kedudukan sosial, dan aliran
perlu dikikiskan sejak pelajar-pelajar berada di sekolah menengah lagi kalau tidak
mereka akan menghadapi masalah berkomunikasi dan berintegrasi apabila berada
dipusat pengajian tinggi. Dalam persoalan ini guru perlulah memberi peringatan
kepada pelajar bahawa proses integrasi adalah berterusan dan pelajar perlu mencuba
untuk mencapainya walaupun di mana mereka berada.
Jadi untuk menjamin perhubungan harmoni di antara kaum, konsep integrasi
negara perlu diperkuatkan lagi. Mengikut Sufean Hussien (dalam Awang Had Salleh
1980) integrasi bermaksud menyatukan entiti-entiti atau komponen yang terasing pada
asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Satu kesatuan baru yang terbentuk itu
biasanya mempunyai ciri-ciri baru yang berlainan daripada ciri-ciri entiti-entiti yang
membentuknya. Sementara itu definisi integrasi yang diberikan oleh Khalid Yaakub
(1982) ialah proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok
sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum lagi
tersendiri.
Berdasarkan definisi-definisi tersebut jelaslah bahawa integrasi yang diterima
ramai atau yang biasa dikehendaki ialah satu proses yang cuba menyatupadukan
masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan
kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri di kalangan mereka. Walau
bagaimanapun ia tidak menunjukkan kepentingan atau kedudukan kebudayaan asal
sesuatu kaum asal yang tinggal bertahun-tahun lamanya di bumi mereka.
Untuk mengintegrasikan pelbagai kaum bukanlah mudah walaupun dari segi
luaran nampaknya mereka saling berkomunikasi, berhubung di tempat kerja dan di
luar waktu kerja. Apa yang kita dapat membuat kesimpulan umum ialah proses
integrasi tersebut ialah atas desakan ekonomi dan keperluan sosial yang amat terhad.
Sebaliknya yang perlu diberikan penekanan ialah penghayatan dalaman iaitu rasa
cinta dan mencintai antara kaum, serta mengurangkan jurang-jurang ketidaksamaan
yang sudah berlaku. Untuk mendapatkan nikmat integrasi yang sebenar, masyarakat
berbilang kaum harus mempunyai semangat kekitaan dan dikalangan mereka harus
menganggap mereka adalah terdiri daripada anggota-anggota dalam satu entiti
4
kebangsaan. Sekiranya sesuatu masyarakat masih kekal dan tebal dengan semangat
kedaerahan dan asal usulnya maka mudahlah berlaku perasaan iri hati dan benci-
membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Seterusnya penghayatan dari segi politik perlu juga difikirkan kerana
penghayatan dari segi emosi dan sosial tidak mencukupi. Dalam hal ini peranan
orang-orang politik semasa mereka berceramah adalah penting bagi mengambil hati
kehendak pelbagai kaum yang berbeza-beza matlamatnya. Orang-orang politik yang
pandai biasanya mereka dapat mewujudkan semangat ke Malaysian, mewujudkan
gaya hidup masyarakat yang sihat serta identiti sesuatu kaum. Persoalan ini perlu
ditekankan kerana kebanyakan kaum di Malaysia ingin memperkenalkan budaya yang
tersendiri dan tidak mahu berkongsi dengan budaya kaum lain. Walau bagaimanapun
diharap generasi Malaysia pada masa kini dan akan datang terus bermegah dengan
satu identiti kebangsaan melalui penerapan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
sistem pendidikan negara kita. Dalam hal ini guru seharusnya memainkan peranan
penting kerana sekolah merupakan suatu institusi yang paling sesuai untuk melatih
murid-murid menghayati dan mencintai konsep perpaduan kaum.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya bahawa pelajar-pelajar yang dididik pada zaman tahun 1970-
an dan sehingga masa kini nampaknya sudah memahami hasrat negara ke arah
penyatuan dan perpaduan negara. Jika diingat kembali tentang peristiwa 13 Mei 1969
tentu kita akan merasa bimbang dan mengharapkan perkara seperti itu tidak berulang
kembali. Apa yang diharapkan ialah supaya masyarakat Malaysia hidup dalam bersatu
padu dan sama-sama menyokong penuh terhadap dasar kerajaan yang mahu
membasmikan jurang kemiskinan dan perkauman khasnya dikalangan rakyat
Malaysia.
5
Menurut Mohd Salleh Lebar (2007), dalam satu tinjauan secara rambang
terhadap pelajar-pelajar bukan melayu yang belajar di Universiti Putra Malaysia
Terengganu mendapati sebilangan besar daripada mereka telah menggunakan bahasa
melayu dengan baik semasa berkomunikasi dan semasa membuat kertas kerja. Hal ini
menunjukkan perkembangan positif terhadap ke arah integrasi nasional melalui
pendidikan yang telah diterapkan dalam jiwa pelajar.
Sementara itu ada satu kajian yang telah dibuat oleh Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989 tentang sejauhmanakah
keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan dalam pembentukan sikap positif
terhadap integrasi nasional. Dalam kajian tersebut mendapati sebahagian kecil pelajar
sekolah menengah daripada seramai 10686 orang yang masih meragui keunggulan
budaya melayu untuk dijadikan teras kebudayaan kebangsaan (Rubiah Sidin, 1994).
Menurut Atan Long (1984) menyatakan bahawa terdapat beberapa cara-cara
memperkuatkan sistem pendidikan negara untuk integrasi dan perpaduan kebangsaan
melalui:
i. Meneruskan perlaksanaan bahasa malaysia dengan berperingkat-peringkat
sebagai bahasa pengantar utama di segala peringkat
ii. Pembentukan sahsiah, perwatakan dan kerakyatan yang baik dan pembentukan
disiplin moral melalui kurikulum dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
iii. Merapatkan jurang peluang-peluang pendidikan di antara yang berada dengan
yang tidak berada dan di antara berbagai-bagai kawasan dan bangsa di dalam
negeri ini, melalui pengagihan sumber-sumber dan kemudahan yang lebih adil.
iv. Penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dengan pendidikan
kebangsaan.
Dalam Rancangan Malaysia ke Empat (1981-1985) menyatakan bahawa dasar
dan program untuk pelajaran dan latihan akan terus dipertingkatkan ke arah menyusun
perpaduan negara dan meningkatkan penyertaan semua rakyat Malaysia di dalam
pembangunan negara.
6
Pada tahun 1974 kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa
Kabinet untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Bidang-
bidang tugas jawatan kuasa kabinet itu ialah:
Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan
untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada
dari segi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, dan lebih-lebih lagi
untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat negara ke
arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
(Laporan Jawatankuasa Kabinet)
Di dalam Para 3.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet itu menerangkan tentang
kurikulum dan perpaduan negara seperti berikut
i. 115. Perpaduan itu sebenarnya ialah ciri-ciri efektif individu yang meliputi
perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilali. Di sekolah, murid-murid
dibimbing dan dididik untuk membina sifat-sifat yang sihat yang boleh
membawa ke arah perpaduan.
ii. 116. Hubungan kurikulum sekolah dengan perpaduan negara adalah rapat, dan
ini adalah kerana selain daripada memberi ilmu pengatahuan, kurikulum itu
juga membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang baik yang boleh
membawa ke arah perpaduan. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan
lapisan masyarakat mengikuti kurikulum yang seragam melalui sukatan
pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan-kegiatan luar bilik darjah yang
sama dan juga mengambil peperiksaan awam yang sama.
iii. 117. Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu yang
berpandukan Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatupadu, setiap
individu wajib mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia yang sanggup tepikan unsur-unsur perkauman, keturunan dan
kedaerahan yang biasanya boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat
(Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet)
7
1.3 Penyataan Masalah
Sistem penjajahan telah mengubah kaum-kaum yang berbeza bukan sahaja
dari segi kebudayaan, agama, peringkat sosioekonomi, malah juga membahagikan
kawasan tempat tinggal mengikut kelompok kaum tersebut. Perpaduan sebaik-baiknya
dapat dicapai melalui pendidikan dan pelajaran, tetapi pendidikan dan pelajaran
berkait rapat dengan kedudukan sosioekonomi sesuatu kaum.
Langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan bagi memperbaiki kualiti
pelajaran di luar bandar yang kebanyakkannya melibatkan bumiputera. Perlaksanaan
DEB juga telah diterima oleh komponen-komponen parti memerintah. Namun begitu
ini telah sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah
pihak sebagai titik-titik membawa perpaduan.
Perlaksanaan pengajaran berbagai-bagai matapelajaran yang boleh membentuk
perpaduan di sekolah-sekolah kerajaan masih belum dapat dilaksanakan dengan
berkesan, terutamanya di sekolah-sekolah swasta. Keadaan ini berpunca kerana
sekolah-sekolah biasa lebih mementingkan mata pelajaran yang dianggap dapat
memberikan pekerjaan, seperti sains, matematik dan lain-lain.
Pada masa ini masih terdapat kelemahan-kelemahan baik dari segi kandungan
matapelajaran mahupun dari segi pengajarannya. Misalnya bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia mengikut Laporan Kabinet, “….isi kandungan sukatan pelajaran
serta pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah bagi mencapai
matlamat perpaduan kurang diperincikan” (Kementerian Pelajaran Malaysia,
Laporan Jawatankuasa Kabinet).
Persoalannya, apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ?
8
1.4 Objektif Kajian
Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4.2 Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pengajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4.3 Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti amali
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4.4 Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam persekitaran
bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Menurut Abd Majid (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang
menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam
kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan
objektif kajian tercapai di antaranya ialah:
1.5.1 Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu ?
1.5.2 Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pengajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu?
1.5.3 Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti amali
Kemahiran Hidup Bersepadu?
1.5.4 Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam persekitaran bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu?