11
TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIK KOD PROJEK: I-ECO/8 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. HAMID JAN BIN JAN MOHAMED AKADEMIA: DR. JAHANGIR BIN KAMALDIN PROFESOR MADYA DR. NOOR AZIAH ABDUL AZIZ RAKAN INDUSTRI: EMRAN TRADING (M) SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH PROJEK: SEPTEMBER 2011 OGOS 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif projek ini adalah untuk memindahkan ilmu bagi menghasilkan minuman baharu yang sarat khasiat pada harga yang berpatutan dengan kos maksimum RM1.00 untuk golongan berpendapatan rendah. Projek ini juga menitikberatkan keperisaan dan pasaran, menaik taraf proses pengeluaran bagi mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta menyumbang kepada komuniti kurang mampu untuk program neuro-nutrisi pada masa hadapan. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini adalah ilmu mengenai formulasi minuman yang sistematik, penilaian risiko bahan mentah, ujian keperisaan peringkat makmal, reka bentuk makmal kawalan mutu, pemasaran eksport produk ke India dan reka bentuk pembungkusan produk. Emran Trading selaku rakan industri yang merupakan sebuah industri kecil dan sederhana telah bekerjasama dalam usaha merealisasikan pemindahan ilmu ini.

TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

TAJUK PROJEK:

MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIK

KOD PROJEK:

I-ECO/8 (USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

DR. HAMID JAN BIN JAN MOHAMED

AKADEMIA:

DR. JAHANGIR BIN KAMALDIN

PROFESOR MADYA DR. NOOR AZIAH ABDUL AZIZ

RAKAN INDUSTRI:

EMRAN TRADING (M) SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH PROJEK:

SEPTEMBER 2011 – OGOS 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif projek ini adalah untuk memindahkan ilmu bagi menghasilkan minuman baharu yang

sarat khasiat pada harga yang berpatutan dengan kos maksimum RM1.00 untuk golongan

berpendapatan rendah. Projek ini juga menitikberatkan keperisaan dan pasaran, menaik taraf

proses pengeluaran bagi mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta

menyumbang kepada komuniti kurang mampu untuk program neuro-nutrisi pada masa hadapan.

Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini adalah ilmu mengenai formulasi minuman yang

sistematik, penilaian risiko bahan mentah, ujian keperisaan peringkat makmal, reka bentuk

makmal kawalan mutu, pemasaran eksport produk ke India dan reka bentuk pembungkusan

produk. Emran Trading selaku rakan industri yang merupakan sebuah industri kecil dan

sederhana telah bekerjasama dalam usaha merealisasikan pemindahan ilmu ini.

Page 2: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk menghasilkan minuman baharu berasaskan neuro-nutrien pada

harga yang berpatutan (<USD0.30) untuk golongan berpendapatan rendah.

2) Untuk menambah baik proses pengilangan rakan industri ke arah memenuhi piawaian ISO 22000.

3) Untuk menjana sumber pendapatan untuk USM Bottom Billions Fund untuk program neuro-nutrisi pada masa hadapan.

AKTIVITI

A) Formulasi Minuman 1) Menjalankan ujian/kajian makmal dan lapangan berhubung nutrien,

keperisaan, dan pasaran. 2) Menyediakan formulasi minuman yang sistematik. 3) Membuat penilaian risiko bahan mentah. 4) Menjalankan ujian produk.

B) Jaminan Kualiti

1) Memilih bahan mentah dan membeli sampel. 2) Mereka bentuk pembungkusan. 3) Melaksanakan amalan sistematik jaminan kualiti. 4) Menghasilkan sistem pengurusan kualiti dari segi kemudahan dan

dokumentasi.

C) Pemasaran 1) Merancang aktiviti pengilangan minuman berskala besar. 2) Menetapkan harga pasaran produk. 3) Menjalankan pemasaran dan pelancaran produk.

Industri: 1) Pengeluaran minuman baharu untuk nutrisi saraf pada kos maksimum

RM1. 2) Pembangunan latihan sumber manusia dalam pengurusan R&D untuk

persaingan formulasi minuman baharu bagi industri.

3) Peningkatan jualan kasar produk kepada industri daripada RM771 ribu kepada RM1.25 juta.

4) Rakan industri mengetahui selok-belok penanda aras. 5) Rakan industri telah dilatih mengenai pengujian sistematik tanpa bias. 6) Rakan industri mempunyai keupayaan menjalankan ujian kawalan

mutu.

Page 3: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

OUTPUT

7) Rakan industri mengetahui selok-belok piawaian pembungkusan produk.

8) Rakan industri dapat menyelaraskan aktiviti pemprosesan berdasarkan kemudahan kemudahan sedia ada.

9) Rakan industri berjaya mempromosikan produk mereka.

IPTA: 1) Akademia berjaya mentransformasikan pengetahuan daripada makmal

kepada penyelesaian praktikal untuk diimplementasi oleh industri. 2) Akademia mendapat pendedahan tentang situasi sebenar operasi

industri pembuatan minuman campuran segera. 3) Akademia berjaya mentransformasikan pengetahuan reka bentuk

pembungkusan untuk diaplikasi oleh industri. 4) Akademia mendapat pendedahan tentang situasi sebenar aktiviti

pengilangan minuman berskala besar. 5) Akademia mendapat pendedahan tentang aktiviti promosi produk.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih memahami kaedah penyediaan dan formulasi pengujian minuman baharu secara sistematik.

2) Graduan pelatih mendapat pengalaman bekerja dalam persekitaran sebenar pengeluaran minuman.

3) Graduan pelatih mendapat pengalaman membuat kajian pasaran di luar negara.

4) Graduan pelatih mempunyai kebolehan mereka bentuk pembungkusan mengikut piawaian dan menjadi lebih kreatif.

5) Graduan pelatih mendapat pengalaman menjalankan tugas sebagai Perancang Pengeluaran (Production Planner).

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Emran Trading (M) Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Industri telah berjaya memasuki pasaran luar negara (Pasaran India). 2) Kejayaan menaik taraf proses pengeluaran untuk mematuhi keperluan

Amalan Pengilangan Baik (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

3) Peningkatan keyakinan industri untuk menembusi pasaran persaingan yang lebih besar.

4) Kejayaan menawarkan formulasi produk minuman baharu yang berkualiti dan boleh dipercayai kepada pelanggan Industri.

5) Industri kecil dan sederhana (IKS) berjaya memasuki segmen minuman kesihatan dengan sokongan fakta saintifik.

IPTA:

Page 4: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

1) IPTA mendapat pengalaman dalam pengkomersialan produk. Reputasi dan bukti USM sebagai Rakan PKS ke arah Industri Berpendapatan Tinggi telah diakui. Tindak balas kerjasama antara IPTA dan PKS meningkat.

2) IPTA membina kerjasama yang erat dengan industri dan mendapat keyakinan industri.

3) IPTA dapat memahami dengan lebih mendalam aplikasi teori dan praktik melalui pendedahan dalam projek ini.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih dilengkapkan dengan kemahiran baharu seperti formulasi minuman, ujian sensori dan kepentingan kualiti bahan-bahan mentah untuk R&D di industri.

2) Graduan pelatih diberi keyakinan untuk bekerja di syarikat swasta terutama dalam industri minuman.

3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan pengetahuan keperluan pasaran di luar negara seperti segmen pasaran, formulasi minuman dan pembungkusan produk.

Page 5: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN

24 BULAN

LAPORAN AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Emran Trading (M) Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 20 Jun 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Fadzillah Siraj (UUM) 2) Encik Fong Sew Khuan (USM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan, manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 37% 30%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 7%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 8%

E LAPORAN DARI INDUSTRI (30%) 22% 22%

MARKAH KESELURUHAN (%) 83% 75%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 79%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

3/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek

3/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek

4/5

Page 7: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Projek yang dijalankan oleh pihak USM ini merupakan satu usaha yang baik untuk mempertingkat kualiti pengurusan pihak industri dan memenuhi kehendak GMP. Pihak rakan industri menyatakan harapannya agar pihak USM dapat bekerjasama dengan syarikatnya lagi untuk projek-projek yang akan datang.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian proposal, laporan kemajuan berkala dan laporan penilai, projek ini diklasifikasikan dalam kategori kuning. Projek ini dilihat mempunyai nilai tambah kepada industri dan mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi. Walaupun pada peringkat awalnya, projek ini masih dalam penyelidikan tetapi memberi hasil yang berkesan.

Page 8: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai ke Syarikat Emran Trading (M) Sdn. Bhd.

Produk yang dikeluarkan selamat untuk diminum oleh semua lapisan masyarakat

Page 9: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

Produk berkhasiat yang dihasilkan oleh Syarikat Emran Trading (M) Sdn. Bhd.

Bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan produk

Page 10: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

Produk yang telah dibungkus dan sedia untuk dijual

Kawasan pembuatan produk yang bersih mengikut piawaian yang telah ditetapkan

Page 11: TAJUK PROJEK: MINUMAN BERKHASIAT NEURO ORGANIKktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO8(USM-11).pdfterutama dalam industri minuman. 3) Graduan pelatih dilengkapkan dengan

Pembungkusan produk yang dilakukan secara sistematik

Sistem pengurusan kualiti yang dipratikkan, bermula daripada proses pembuatan produk hingga kepada

proses akhir pembungkusan produk