Upload
vanthuy
View
276
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK PROJEK:
PENSIJILAN HALAL SEKTOR INDUSTRI MAKANAN DI TERENGGANU
KOD PROJEK:
K-ECO/4 (UNISZA-11)
IPTA:
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KETUA PROJEK:
PROFESOR MADYA DR. KAMARUL ‘AIN BINTI MUSTAFA
AKADEMIA:
PROFESOR DR. CHE ABDULLAH BIN ABU BAKAR
EN. WAN MUSA BIN WAN MUDA
EN. ROSLAN BIN ARSHAD
RAKAN KOMUNITI:
YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI TERENGGANU (YPU)
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH:
1 OGOS 2011 – 30 JULAI 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Di Malaysia, pengesahan halal dan logo halal merupakan pengiktirafan yang menunjukkan
bahawa status halal sesuatu hasil makanan, minuman dan bahan kegunaan orang Islam
berasaskan hukum syarak. Hal ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang
timbul kepada pengguna Islam terhadap makanan, minuman dan bahan gunaan yang
dikeluarkan. Oleh itu, projek Pensijilan Halal Sektor Industri Makanan di Terengganu
dibangunkan dengan bertujuan untuk memindahkan ilmu kepada usahawan kecil dan sederhana
ke arah menghasilkan produk makanan pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN. Projek yang
dijalankan ini juga bertujuan membangunkan satu modul pendedahan dan latihan supaya
usahawan memahami syarat-syarat dan keperluan pensijilan halal bagi produk makanan. Modul
ini juga adalah hasil kerjasama antara UNISZA dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri
Terengganu (YPU) bagi mengenal pasti usahawan yang perlu dibimbing. Melalui projek ini
usahawan dapat mengaplikasikan modul tersebut dalam penghasilan produk makanan halal
dengan baik dan berkesan supaya mendapat pengiktirafan sijil halal. Modul ini seterusnya
meningkatkan pengetahuan usahawan dalam penghasilan makanan berkualiti dan selamat yang
dapat memenuhi permintaan bagi mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM atau JAIN.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk membimbing usahawan kecil dan sederhana di Negeri
Terengganu supaya menghasilkan produk makanan yang mempunyai pensijilan halal daripada JAKIM atau JAIN.
2) Untuk memberi pendedahan dan latihan agar usahawan kecil dan sederhana di Terengganu dapat memahami dan menghayati syarat-syarat dan keperluan pensijilan halal bagi produk makanan.
AKTIVITI
UNISZA dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu telah mengenal pasti usahawan yang mempunyai potensi untuk dibimbing sehingga mendapat pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan. Selepas usahawan dikenal pasti, mereka diberi pendedahan dan latihan tentang syarat-syarat dan keperluan untuk mendapatkan pensijilan halal. Usahawan yang dikenal pasti adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
a) Mereka sedang terlibat dengan pemprosesan makanan. b) Produk mereka telah berada di pasaran tetapi belum mendapat
pensijilan halal. c) Mereka mempunyai tempat pemprosesan dan lesen premis yang
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.
Premis diaudit oleh kumpulan petugas program untuk pengesahan. Usahawan diberi latihan berikut:
a) Kursus asas makanan halal. b) Amalan pengeluaran makanan halal. c) Bengkel kaedah pensijilan halal. d) Kursus amalan pengilangan yang baik (GMP) untuk pemprosesan
makanan. e) Bengkel penyediaan manual GMP. f) Bengkel permohonan pensijilan halal dalam talian.
OUTPUT
Komuniti: 1) Sebanyak 46 premis makanan yang berminat mendapatkan pensijilan
halal telah diaudit oleh sekumpulan pengaudit yang dilantik. 2) Pengusaha makanan di Terengganu telah diberi latihan tentang asas
dan amalan pengeluaran makanan halal yang mematuhi keperluan pensijilan halal.
3) Pengusaha dapat melihat contoh pengilangan yang bukan sahaja memenuhi piawaian Halal JAKIM, malah mempunyai nilai tambah tersendiri.
4) Pengusaha diberikan peluang perniagaan dalam bentuk yang baharu melalui kerjasama dengan komuniti Amalan Perkilangan Islam (Islamic Manufacturing Practices) atau (IMP).
5) Pengusaha dapat menambah pengetahuan tentang amalan yang dipraktikkan dalam penghasilan makan halal dan selamat. Bengkel yang diadakan membuka minda para pengusaha tentang aspek-aspek penting yang harus dititikberatkan.
6) Pengusaha dapat menambah pengetahuan tentang sistem amalan yang terancang yang mematuhi piawaian KKM melalui skim pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri” (MESTI). Skim pensijilan MESTI adalah satu skim yang dijenamakan semula pada 1 Julai 2012 menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia (SK1M).
7) Pengusaha dapat mempelajari cara untuk melakukan dokumentasi dan mewujudkan sistem yang diperlukan oleh KKM bagi melaksanakan modul Permohonan Program Jaminan Keselamatan Makanan.
IPTA: 1) Peluang kerjasama antara UNISZA dengan komuniti IMP dalam usaha
mendalami industri pengilang makanan berkonsepkan 100% Halalan Thoyyiban.
2) Laluan kerjasama dengan pengusaha makanan di Terengganu melalui pemindahan maklumat dan prosedur permohonan Program Jaminan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihtan Malaysia.
3) Peluang UNISZA mengenal pasti masalah dan cabaran semasa yang dihadapi oleh pengusaha dalam hal memajukan perniagaan.
4) Peluang Pembantu Penyelidik mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari kepada pihak komuniti dengan lebih berkesan.
Pembangunan Modal Insan:
1) Pengusaha makanan mendapat khidmat pakar runding bagi melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan seperti halal, GMP, HACCP dengan percuma.
2) Proses pemindahan maklumat dan ilmu kepada para usahawan dapat membuka minda dan menambah pengetahuan menghasilkan produk makanan yang selamat dan berkualiti.
3) Kesedaran usahawan tentang kebersihan makanan yang berkait rapat dengan penghasilan produk halal meningkat. Makanan halal yang dihasilkan merangkumi segenap aspek yang bermula daripada kawalan kebersihan hingga kepada tingkah laku pengendali.
4) Pengusaha IKS berpotensi mendapat pensijilan halal mendapat ilmu pengetahuan tentang proses dan keperluan dalam permohonan halal.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sultan Zainal Abidin 2) Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU)
KEBERHASILAN
Komuniti: 1) Industri makanan di Terengganu mendapat nafas baharu terutamanya
bumiputera yang mendominasi IKS dengan pensijilan halal. 2) Kos semakin rendah, proses dan masa menunggu permohonan
pensijilan halal menjadi lebih cepat dengan bantuan penasihat dari UNISZA.
3) Pertambahan bilangan pengusaha makan di Terengganu yang memohon pensijilan halal.
4) Hubungan baik antara IPTA dengan jabatan yang terlibat dalam pensijilan halal seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu meningkat.
5) Peningkatan amalan pengendalian makanan yang meningkatkan pengeluaran makanan halal dan mengembangkan lagi pasaran produk halal ke luar negara.
6) YPU yang menaungi pengusaha-pengusaha di Terengganu dapat memperkukuh hubungan baik dengan pengusaha melalui persetujuan persefahaman (MOU) dan memberikan alternatif kepada pengusaha dalam hal memajukan dan memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
7) Premis makanan di bawah bimbingan KTP telah mendapat pensijilan halal JAKIM, khususnya Adi food Product Sdn. Bhd., Jelira Rasa Enterprise, Maperow Sdn. Bhd., Nuriq Enterprise dan Waja Best Enterprise.
IPTA:
1) Peluang mengenal pasti kumpulan sasaran, khususnya pengusaha IKS yang berpotensi mendapatkan pensijilan halal dalam hal menjayakan projek yang dijalankan.
2) IPTA menjadi penasihat untuk membantu usahawan melakukan penambahbaikan terhadap struktur kilang dari segi aliran keluar masuk bahan mentah dan produk siap serta susun atur peralatan dalam premis dan cara-cara mengendalikan proses sanitasi dan pembersihan menggunakan kaedah yang betul.
3) Wujudnya tatacara operasi standard (SOP) di kilang berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam manual Program Jaminan Keselamatan Makanan.
4) Promosi Skim Keselamatan Makanan kepada pengusaha makanan di Terengganu sebagai langkah pertama bagi memudahkan urusan pensijilan halal.
5) Promosi Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) yang dijenamakan semula daripada SK1M.
6) UNISZA dan YPU menganjurkan seminar, bengkel dan latihan mengikut keperluan pengusaha.
Pembangunan Modal Insan: 1) Kerjasama pintar antara universiti, rakan komuniti dan industri makanan
di Terengganu bagi meningkatkan tahap keselamatan makanan. 2) Peningkatan jumlah usahawan IKS yang mendapat pensijilan halal
daripada JAKIM. 3) Terengganu menjadi destinasi produk makanan yang mendapat
pengiktirafan JAKIM dan produk makanan berkualiti dan selamat untuk dimakan.
4) Keselamatan pengguna dipertingkatkan melalui penghasilan makanan yang selamat, bersih dan halal.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Komuniti
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar
Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Komuniti : Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU) Tarikh Lawatan : 12 Ogos 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UTM) 2) En. Fong Sew Khuan (USM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)
SEKSYEN ITEM PENILAI
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 28%
B AKADEMIA (10%) 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%
E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 20%
MARKAH KESELURUHAN (%) 72%
PENILAIAN OLEH KOMUNITI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 3/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek
- Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Hasil penilaian ke atas cadangan, laporan kemajuan berkala dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati lebih berkonsepkan perundingan, bukan konsep pemindahan ilmu. Projek ini berada pada kategori ungu.
LAMPIRAN
Lawatan ke Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu
Sesi perbincangan bersama Ketua Projek
Lawatan ke industri kecil dan sederhana
Sesi perbincangan dan soal jawab bersama Panel Penilai dan Ketua Projek
Sesi pembentangan projek oleh Ketua Projek dan penilaian projek oleh Panel Penilai