10
TAJUK PROJEK: AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA KOD PROJEK: K-GT/31(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. HASLAN ABU HASSAN AKADEMIA: PROFESOR MADYA DR. WAN AHMAD JAAFAR BIN WAN YAHAYA DR. SALMIZA SALLEH RAKAN KOMUNITI: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 NOVEMBER 2012 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat utama projek ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dan mengamalkan penggunaan tenaga dengan cekap. Projek ini telah mengetengahkan penggunaan tenaga elektrik yang minimum melalui program seperti taklimat, bengkel kesedaran dan pemantauan yang berterusan. Ilmu yang dipindahkan melalui Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga adalah ilmu mengaudit penggunaan tenaga elektrik, ilmu mengenai cara menjalankan aktiviti terbaik Kecekapan Tenaga melalui penyeliaan berkesan (Good Housekeeping) dan ilmu mengenai pengurusan program kelestarian seperti merancang, menyusun, memimpin serta mengawal organisasi kumpulan. Beberapa pendekatan telah digunakan untuk memastikan Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Audit Tenaga berjaya. Antaranya adalah menetapkan suhu penyaman udara kepada 24 °C, penjadualan dan pelarasan semula operasi sistem dan peralatan dalam bangunan seperti pencahayaan dan penyaman udara, memastikan sistem penyaman udara beroperasi 1 jam selepas bermulanya waktu pejabat dan ditutup 1 jam sebelum tamat waktu pejabat dan menampal pelekat “Tutup Selepas Guna” pada setiap suis utama. Rakan Komuniti yang terlibat dalam projek ini adalah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG), yang terdiri daripada IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah; IPG Kampus Kangar, Perlis dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

TAJUK PROJEK:

AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT

PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA

KOD PROJEK:

K-GT/31(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. HASLAN ABU HASSAN

AKADEMIA:

PROFESOR MADYA DR. WAN AHMAD JAAFAR BIN WAN YAHAYA

DR. SALMIZA SALLEH

RAKAN KOMUNITI:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 15 NOVEMBER 2012

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Matlamat utama projek ini adalah untuk menyemai amalan baik tentang penggunaan tenaga dan

mengamalkan penggunaan tenaga dengan cekap. Projek ini telah mengetengahkan penggunaan

tenaga elektrik yang minimum melalui program seperti taklimat, bengkel kesedaran dan pemantauan

yang berterusan. Ilmu yang dipindahkan melalui Aktiviti Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Audit

Tenaga adalah ilmu mengaudit penggunaan tenaga elektrik, ilmu mengenai cara menjalankan aktiviti

terbaik Kecekapan Tenaga melalui penyeliaan berkesan (Good Housekeeping) dan ilmu mengenai

pengurusan program kelestarian seperti merancang, menyusun, memimpin serta mengawal organisasi

kumpulan. Beberapa pendekatan telah digunakan untuk memastikan Aktiviti Kesedaran Kecekapan

Tenaga dan Audit Tenaga berjaya. Antaranya adalah menetapkan suhu penyaman udara kepada 24

°C, penjadualan dan pelarasan semula operasi sistem dan peralatan dalam bangunan seperti

pencahayaan dan penyaman udara, memastikan sistem penyaman udara beroperasi 1 jam selepas

bermulanya waktu pejabat dan ditutup 1 jam sebelum tamat waktu pejabat dan menampal pelekat

“Tutup Selepas Guna” pada setiap suis utama. Rakan Komuniti yang terlibat dalam projek ini adalah

Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus Institut Pendidikan Guru

(IPG), yang terdiri daripada IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah; IPG Kampus Kangar, Perlis dan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

Page 2: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

Untuk menyemai amalan baik dan cekap dalam penggunaan tenaga dalam kalangan bakal guru dan kakitangan Institut Pendidikan Guru di Wilayah Utara.

AKTIVITI

1) Menilai penggunaan tenaga elektrik dalam tempoh 3 bulan sebelumnya melalui aktiviti berikut:

Mengenal pasti status penggunaan tenaga dan langkah pengurangan kos elektrik yang di laksanakan di IPG.

Mengutip bil elektrik bulan sebelumnya dan selepas bulan ketiga semasa program kesedaran dijalankan.

Membuat kajian soal selidik mengenai keprihatinan warga IPG tentang kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu.

2) Mengenal pasti peralatan elektrik yang wujud di IPG dengan

Menyenaraikan jumlah peralatan elektrik dan spesifikasi peralatan yang digunakan.

Mengenal pasti jumlah penggunaan tenaga dalam sehari (Kw) bagi peralatan elektrik yang digunakan.

3) Taklimat dan pameran tentang amalan kecekapan tenaga dan audit tenaga untuk kakitangan dan pelajar terpilih.

Mengadakan ceramah dan bengkel kepada warga kampus bagi mengukuhkan lagi pengetahuan tentang penggunaan tenaga dengan bijak.

Mempamerkan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga yang tinggi untuk memberi kesedaran.

4) Bengkel kejurulatihan utama bagi kumpulan yang dinyatakan untuk

Memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kepada kumpulan yang melaksanakannya di kampus IPG.

Menubuhkan kumpulan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Mewujudkan “Skuad Audit Tenaga” pada setiap jabatan bagi memantau penggunaan elektrik jabatan masing-masing.

5) Bengkel kejurulatihan kecekapan tenaga dan audit tenaga yang dikendalikan oleh jurulatih utama melalui aktiviti-aktiviti berikut:

Mengadakan mesyuarat

Mengumpul data

Menentukan pembahagian beban akhir tenaga

Membuat analisis

Mengenal pasti dan mencadangkan langkah penjimatan tenaga

Menyediakan dan membentangkan laporan

Mengimplementasikan langkah penjimatan masa

Page 3: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

6) Pelaksanaan audit menerusi amalan cekap tenaga dan penelitian bil elektrik bulanan.

OUTPUT

Amalan baik tentang penggunaan tenaga, penggunaan tenaga dengan cekap, mengaudit penggunaan tenaga elektrik dan ilmu menjalankan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga telah tersemai pada komuniti.

Komuniti: 1) Pengurangan bil elektrik minimum sebanyak 10%. 2) Penjimatan bil elektrik di IPTI sebanyak RM27,211.46 (5.86%). 3) Penjimatan bil elektrik di IPDA sebanyak RM4,948.32 (1.08%) bagi blok

akademik dan sebanyak RM24,151.00 bagi Kolej Kediaman. Angka bagi Kolej Kediaman melebihi sasaran penjimatan 10% yang telah ditetapkan.

4) Bakal guru (pelajar) dan kakitangan lebih peka tentang kelestarian tenaga dan persekitaran.

IPTA: 1) IPTA telah dapat mengenal pasti aktiviti Kecekapan Tenaga yang

paling bersesuaian untuk Institut Pendidikan Guru berasaskan infrastruktur dan sumber manusia sedia ada.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman dalam bidang pengurusan

projek kelestarian tenaga bersama-sama bakal guru yang seterusnya akan membangunkan modal insan yang lain di sekolah kelak.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Institut Pendidikan Guru Malaysia a) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. b) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. c) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

2) Universiti Sains Malaysia

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Peningkatan kesedaran tentang kelestarian tenaga dalam kalangan

warga IPDA, IPTI dan IPKP. 2) IPGKDA telah memasukkan kecekapan tenaga dan audit tenaga

sebagai komponen tambahan dalam kurikulum Kursus Alam Sekitar yang diambil oleh pelajar-pelajar sains.

3) Perubahan sikap dan amalan yang positif warga IPG berkaitan kecekapan tenaga.

Page 4: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

4) Pelajar dan kakitangan IPG lebih peka tentang kelestarian tenaga dan persekitaran serta proaktif melaksanakan aktiviti Kecekapan Tenaga.

IPTA: 1) Ahli akademia dan USM menjadi pemimpin dalam kelestarian tenaga

dan teknologi hijau. 2) Sanjungan kepada ahli akademia dan USM sebagai pelopor dan

pemimpin kelestarian di IPG. Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih telah mendapat pelbagai kemahiran yang boleh digunakan dalam kerjaya, khususnya mengurus projek-projek yang melibatkan komuniti dan kehidupan seharian.

Page 5: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN

AKHIR

PROPOSAL 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman Tarikh Lawatan : 22 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Zakaria Abas (UUM) 2) Profesor Madya Dr. Mohd Fareq Abd Malek (UniMAP)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30%

B AKADEMIA (10%) 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 30%

MARKAH KESELURUHAN (%) 82%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

5/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 7: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

5/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Secara keseluruhannya program ini telah menjangkaui sasaran yang ditetapkan. Selain dapat mengurangkan tanggungan kos elektrik yang tinggi, kesan ke atas pelajar dalam usaha menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui penglibatan secara sukarela amatlah positif. IPG Kampus Darulaman komited untuk meneruskan program pemindahan ilmu pada masa hadapan dengan menyebar luas penglibatannya kepada komuniti-komuniti yang terdapat di sekitar kampus dan di sekolah-sekolah yang pelajar-pelajar akan ditempatkan.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil penilaian keseluruhan, projek ini didapati mempunyai nilai tambah kepada komuniti dan diklasifikasikan dalam di kategori jingga. Projek ini juga mampu menjadi amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kualiti hidup komuniti yang disasarkan.

Page 8: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

LAMPIRAN

Pembentangan hasil oleh ketua projek

Taklimat mengenai amalan kecekapan tenaga kepada bakal guru dan kakitangan IPG

Page 9: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

Penglibatan bakal guru dan kakitangan IPG semasa program sedang dijalankan

Kenderaan bergerak daripada program aktiviti kecekapan tenaga yang dilengkapi dengan teknologi solar

dan minyak masak

Page 10: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT31(USM-11).pdf · Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mana ia melibatkan 3 kampus ... pasti aktiviti

Keadaan dalaman kenderaan bergerak yang dilengkapi dengan kit pembelajaran kecekapan tenaga