9
Takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand. nahawand bermaksud sebuah tempat bernama Hamadan. lagu nahawand berasal dari Iran (Parsi).ianya di ubah suai dan digubah semula oleh para Qurra' di Mesir. lagu ini berirama sedih dan biasanya dibawakan selepas lagu Hijaz atau Soba. rujukan: Mohd Ali B Abu Bakar,(1997),Seni Lagu al-Quran Di Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikir,m.s:51. oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand. Dari sudut bahasa Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan. rujukan:http://ilmquran.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-

Takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

nahawand bermaksud sebuah tempat bernama Hamadan.lagu nahawand berasal dari Iran (Parsi).ianya di ubah suai dan digubah semula oleh para Qurra' di Mesir. lagu ini berirama sedih dan biasanya dibawakan selepas lagu Hijaz atau Soba.

rujukan:Mohd Ali B Abu Bakar,(1997),Seni Lagu al-Quran Di Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikir,m.s:51.

oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN

takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

Dari sudut bahasa Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

rujukan:http://ilmquran.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn.html

oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN

Tarannum Hijaz ialah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara arab Saudi. Iaitu termasuk kota mekah dan kota madinah.Pada istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan yang dipopularkan oleh qari-qari hijaz mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya.Sehingga kini tarannum hijaz tersebut telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan nil yang begitu subur menghijau.Tarannum hijaz berlahjah masri adalah lebih lembut dan lebih menarik yang agak lebih bersesuai dengan kelembutan lughah al-Quran

Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail(1998). Buku Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur. Darul Fikir. m/s : 136.

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

ditulis oleh Ustaz Muhammad Yusri bin Salleh,di layari pada 23/04/2012. di. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail.1998.Buku Qawaid Tarnnum. Kuala Lumpur. Darul Fikir.

Peranan tarannum hijjaz adalah:i.memberi semangat kepada persembahan bacaanii.memberi kepuasan kepada pembca dan pendengariii.memberi tenaga kepada tarannum yang akan dibacaiv.membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran

Jawapan kedua:

ditulis oleh Ustaz Muhammad Yusri bin Salleh,di layari pada 23/04/2012. di. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

Peranan Tarannum Hijaz adalah :

i. Memberi semangat kepada persembahan.ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.iii. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.iv. Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.v. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.vi. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Jawapan ke3

Dilayari pada 23/04/2012. Ditulis oleh Syadid Habibullah bin Samsudin. Di http://syadidhabib.blogspot.com/2010/06/tarannum-hijaz.html

Peranan Tarannum Hijjaz adalah:

i.Memberi ketenangan pada sesuatu pesembahanii.Mendatangkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengariii.Melahirkan kefasihan sebutan ayat-ayat al-Quraniv.Melahirkan kemukjizatan al-Quran dalami aspek bacaan

Sifat Lagu Tarannum Hijaz

Antara sifat lagu tarannum Hijaz ialah :

i - Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan.ii- Mempunyai ketegasan pendorong semangat.iii-Mempunyi kelincahan menghidupkanpersembahan.iv- Mempunyai kesesuaian dengan mana-manatobaqot.v- Mempunyai kesesuai dengan ayat yagmenunjukkan perintah, tegas atau marah.

Rujukan:

1. Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail. 1998. BukuQawaid Taannum. Kuala Lumpur. Darul Fikir.M/S :136.

2. Mohamad Raffe Ghalil Abbas & Hafit HidayahAjmain, Abdullah Jaudin. http://tahsin-al-quran.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-tarannum.html. Dilayari pada 23 April 2012.

Sifat Lagu Tarannum Hijaz.

Antara sifat lagu tarannum Hijaz ialah :

i- Memiliki gerak lembut menyentuh perasaan.

ii - Alunan iramanya lembut mempesona.

iii - Sesuai digandingkan dengan tabaqatsederhana.

iv - Sesuai dialunkan pada ayat-ayat doa,rayuan, peringatan azab dan rintihan.

Rujukan :

1. Syadid Habibullah bin Samsudin.http://syadidhabib.blogspot.com/2010/06/tarannum-hijaz.html. Dilyari pada 23 April2012.

Tiga peranan tarannum Nahawand ialah :

i)Melembutkan bacaan.

ii)Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan.

iii)Menjadikan sebutan huruf lebih fasih.

Rujukan : Mohd Ali Bin Abu Bakar,(1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Kuala Lumpur: Darul Fikir,m.s.: 52,53

Tiga peranan tarannum Nahawand ialah:

i) Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

ii) Dapat memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon dan bercerita.

iii) Dapat melahirkan kemukjizatan al-quran.

Rujukan: Nik Ja'far Bin Nik Ismail, (2007). Buku Qawaid Tarannum(cara berlagu).Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn.Bhd. ms: 140

Tiga sifat tarannum nahawand ialah:i) Mempunyai gerak ringan yang berkesan.ii) Mempunyai kelembutan yang bersopan.iii)Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.

rujukan:Nik Ja'far bin Nik Ismail. (2007). Buku Qawaid Tarannum(cara berlagu).Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn.Bhd. ms:139 & 140

Tiga sifat tarannum nahawand ialah:i) Mempunyai gerak yang ringanii) Lemah lembut dan mengharukaniii)Sesuai dengan tabaqah yang sederhana

rujukan:Mohd Ali bin Abu bakar, (1997), Seni Lagu al-Quran di Malaysia, Kuala Lumpur: Darul Fikir, ms: 52

Negeri asal tarannum Nahawand terletak di daerah Hamadan Parsi dan dipeloporkan oleh qari di daerah Hamadan Parsi tersebut.

rujukan :Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail,(1998),Buku Qawaid Taranum (cara berlagu), Kuala Lumpur, Darul Fikir, m:s 139

Negeri asal lagu tarannum Nahawand berasal dari daerah Hamadan di Iran (Parsi). Lagu ini dipelopori oleh para quarrak di daerah tersebut dan diubahsuai oleh para quarrak Mesir.

rujukan :

Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur. DarulFikir. m:s 51.

Taranum Sikah berasal dari negara Parsi. Ia telah diubahsuai dan diterima pakai oleh pakar-pakar taranum Al-Quran dari negara Hijazi.

Kemudiannya, ia telah dipopularkan kepada seluruh qari qariah di segenap pelosok dunia dengan mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ke -7 hingga 19 Masihi.

Kini, ia telah dipopularkan semula oleh qari-qari Masri mengikut budaya Masri yang dikenali dengan Sikah Masri, yang mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan bersopan.

Rujukan : Hj. Nik Jaafar b. Nik Ismail. (2007). Qawaid Al-Taranum. Kuala Lumpur. Darul Fikir. m.s :143

Tiga peranan tarannum Sikah:

i. Melembutkan persembahan.ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.iii. Membawa kekhusukan dan keinsafan.

Sumber rujukan :http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/09/tarannum-sikah.html

Tiga peranan tarannum Sikah:

i. Melembutkan sesuatu bacaan.ii. Memberi penyesuaian kepada ayat-ayat yang menunjukkan permohonan, pujukan dan harapan.iii. Mendatangkan rasa khusyuk dan keinsafan.

Sumber rujukan :Mohd Ali bin Abu Bakar,(1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: DarulFikir. m.s.: 67.

tiga sifat tarannum Sikah ialah :

1. Gerak lambat yang meyakinkan.2. Bercirikan kesedihan dan rintihan.3. Sesuai dengan ayat - ayat merayu, memohon,dan merintih.

rujukan :Ensiklopediamuslim.blogspot.com. (2009). Taranum Sikah.

Tiga sifat Tarannum Sikah ialah :

1. Mempunyai gerak yang lembut.2. Mempunyai sifat lemah lembut yang menawan hati.3. Sesuai dengan tabaqat yang lebih tinggi.

rujukan :

Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur. DarulFikir. m:s 67.

Tarannum Sikah berasal dari Parsi (Iran). Mereka yang mempelopori taranum ini ialah qari - qari hijazi.

rujukan :Ensiklopediamuslim.blogspot.com. (2009). Taranum Sikah.

Takrif dan Sejarah perkembangan tarannum Jiharkah:

Menurut sebahagian pendapat, lagu ini berasal dari benua Afrika. Sementara yang lain pula mengatakan, bahawa lagu ini berasal dari sempadan Semenanjung Tanah Arab dengan Iran dan Afganistan.

Jiharkah adalah lagu yang paling sedikit mempunyai alunan dan cabang, malahan lagu ini bergantung kepada orang yang membawakannya, sama ada orang tersebut ingin membawakannya dengna irama yang cepat atau lambat.

Rujukan:Mohd Ali bin Abu Bakar. (1990). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur. Darul Fikir. m/s 63

Takrif dan Sejarah Perkembangan tarannum Jiharkah:

Tarannum Jiharkah juga berasal dari negara Parsi ianya telah diterima pakai sebagai tarannum Al-Quran oleh qari-qari negara Hijazi dengan diubahsuai mengikut zaouq budayanya.

Sehingga sekarang ianya telah dipopularkan oleh para qari Mesir mengikut zaouq budayanya yang agak lebih lembut dan lebih hebat, bersesuaian pula dengan kelembutan dan kehebatan Al-Quran itu, walau bagaimanapun identiti asalnya masih dikekalkan.

Rujukan:Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Buku Qawaid At-Tarannum. Kuala Lumpur. Darul Fikir. m/s 145

iga peranan tarannum jiharkah adalah :

1) Meredakan ketegangan di dalam sesuatu bacaan2) Melembutkan sesuatu bacaan3) Memberi penyesuaian kepada ayat-ayat yang menunjukkan kesedihan dan kerinduan

Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Kuala Lumpur : Darul Fikir, M.S:64.

Tiga peranan tarannum Jiharkah ialah :

1) Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.2) Dapat mnimbulkan perasaan mengkagumi mukjizatAl-Quran.3) Membawa kekhusyukan dan keinsafan.

Tarannum JIharkah.http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/tarannum-jiharkah.htmlDiakses pada 23 April 2012.

3 Sifat Tarannum Jiharkah ialah:

1) Gerak ringan yang berkesan.2) Kelembutan menusuk kalbu.3) Harmoni.

Sifat Tarannum Jiharkah. http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/tarannum-jiharkah.htmlDiakses pada 11:53, 23 April 2012

Tiga sifat tarannum jiharkah adalah :1) Mempunyai gerak ringan yang berkesan2) Mempunyai kelembutan yang menusuk qalbu3) Mempunyai unsur ketenangan dan keharmonian

Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, (2007), Buku Qawaid Tarannum (Cara Berlagu), Kuala Lumpur : Darul Fikir, M.S: 146.

Negeri asal tarannum Jiharkah ialah negara Parsi (Iran). Tarannum ini kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Rujukan :Muhammad Yusri. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.htmlDilayari pada 23/4/2012.

Bagi negeri asal lagu Jiharkah, terdapat dua pandapat yang disebutkan iaitu yang pertama, ia berasal dari benua Afrika. Pendapat kedua, lagu ini berasal dari sempadan Semenanjung Tanah Arab dengan Iran dan Afghanistan.

Mohd Ali bin Abu Bakar, (1990), Seni Lagu Al-Quran di Malaysia, Kuala Lumpur : Darul Fikir, m.s : 63