Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 179 - 190
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Taman Tamadun Islam Sebagai Produk Pelancongan Islam:
Persepsi, Kepuasan dan Jangkaan Pelancong
Zairin Akma Zolkapli
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]
Chamhuri Siwar
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]
Habibah Ahmad
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: [email protected]
Hamzah Jusoh
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Sektor pelancongan di Malaysia semakin giat dan bergerak aktif. Rentetan daripada itu, pertumbuhan
produk baru dalam dunia pelancongan seperti Pelancongan Islam mendorong pertambahan pelancong
ke Malaysia. Semenjak diperkenalkan pada tahun 2008, Pelancongan Islam semakin dikenali dan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang yang terkenal kerana mampu menyediakan
perkhidmatan mesra muslim kepada para pelancong. Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum, namun dengan berpegangkan kepada perlembagaan Islam sebagai agama rasmi, wajar
pelancongan Islam dibangunkan di Malaysia. Objektif penulisan ini adalah untuk mengupas tahap
kepuasan pelancong dan persepsi mereka terhadap Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan
Islam. Kajian yang dilakukan dapat mengenalpasti keinginan yang sebenar disamping tahap kepuasan
yang diterima di Taman Tamadun Islam ini. Kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah
dan menggunakan sebanyak 179 orang sampel. Untuk menganalisis data yang diperoleh pengkaji
menggunakan analisis inferensi secara khi kuasa dua bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah.
Didapati dalam kajian, jangkaan pelancong mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan
pelancong kerana nilai P < 0.05. Tahap kepuasan pelancong juga mempunyai hubungan yang
signifikan terhadap ciri – ciri penting pelancongan Islam seperti Makanan Halal dan Kemudahan yang
mesra muslim kerana mempunyai nilai P < 0.05. Namun begitu, beberapa cadangan perlu diberi
perhatian dalam membangunkan lagi Taman Tamadun Islam sebagai produk pelancongan Islam di
Malaysia.
ABSTRACT
The tourism sector in Malaysia is robust and active. Hence, the growth of new product in the world of
tourism such as Islamic Tourism has lead to expansion the number of tourists to Malaysia. Since the
introduction in 2008, Islamic Tourism has been known well and this make Malaysia as a country
known for being able to provide Muslim friendly service to tourists. Although, Malaysia has a multi-
racial society, but its hold on to the constitution of Islam as the official religion, therefore, Islamic
tourism should be developed in Malaysia. The objective of this paper is to analyse the level of tourist
satisfaction and their perceptions of the Islamic Civilization Park as an islamic tourism products.
Studies done can identify the actual desire in addition to the level of satisfaction received in the Islamic
Civilization Park. Studies using simple random sampling method and use 179 samples to analyze the
data using chi-square analysis. This is to study the relationship between two variables. As a result ,
tourist expectations have a significant relationship with tourist satisfaction as the value of P <0.05.
180 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
Level of tourist satisfaction also has a significant relationship to the characteristics of Islamic tourism
Halal Food and Muslim-friendly facilities for P values <0.05. However, some recommendations should
be considered in the further development of Islamic Civilization Park as a islamic tourism product in
Malaysia.
PENGENALAN
Pelancongan merupakan kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Keadaan
iklim khatulistiwa dan kepelbagaian ekonomi mendorong Malaysia semakin dikenali di mata dunia.
Sektor pelancongan juga merupakan gabungan daripada beberapa sektor lain seperti pembuatan,
perkhidmatan, dan makanan menjadikan pelancongan berdiri dengan entiti yang besar dan bersama
membangun dengan sektor yang lain bagi menyumbang kepada pembangunan negara. Peningkatan
pelancong ke Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun membuktikan bahawa para pelancong
semakin memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka memandangkan keselamatan dan
keperlbagaian aktiviti dan produk pelancongan yang pelbagai telah ditawarkan di Malaysia. Jadual 1
menunjukkan jumlah kedatangan pelancong dan pendapatan pelancongan di Malaysia semakin
meningkat dari tahun 2001 hingga 2012. Pada tahun 2001 seramai 12.8 juta pelancong telah melawat
Malaysia berbanding tahun 2012 seramai 25.03 juta pelancong mengunjungi Malaysia. Peningkatan
berkali ganda ini membuktikan Malaysia menjadi pusat destinasi utama pelancong dalam percutian
mereka. Sektor ini juga dijangka akan terus berkembang dengan peningkatan jumlah ketibaan
pelancong daripada 25 juta orang pada 2012 kepada 36 juta orang pada 2020. Hasil pendapatan negara
juga meningkat dari tahun 2001 iaitu sebanyak RM 24.2 Bilion berbannding 2012 negara memperoleh
pendapatan dari sektor pelancongan sebanyak RM 60.6 Bilion. Perkembangan ekonomi yang pesat ini
menjadikan sektor pelancongan sebagai di antara sektor terpenting negara. Pada tahun 2008
pelancongan Islam diperkenalkan di Malaysia seiring dengan penyuaraan Islam Hadhari oleh Tun
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Pelancongan Islam sudah lama berkembang
di dunia, namun masih baru diperkenalkan di Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang meletakkan
Islam sebagai agama rasmi menjadi batu loncatan buat pelancongan Islam untuk dipasarkan. Malaysia
juga dikenali sebagai negara yang menyediakan perkhidmatan mesra muslim dan menduduki tempat
pertama dengan gred 8.3 dalam destinasi percutian mesra muslim mengatasi negara Islam yang lain
seperti Egypt, UEA, Turki dan Arab Saudi (Jadual 2).
PELANCONGAN ISLAM
Pelancongan Islam merupakan suatu produk baru dalam dunia pelancongan dan semakin mendapat
tempat di hati masyarakat dunia. Menurut Henderson (2003), bangunan, upacara, perayaan dan
peristiwa keagamaan merupakan tarikan utama para pelancong yang menganuti agama tersebut. Seperti
dalam agama Islam juga, setiap tahun dalam bulan Zulhijjah para penganut agama Islam akan
bertumpu dan berhimpun di Mekah untuk melakukan ibadah haji. Selain itu, mereka juga melawat ke
tempat-tempat bersejarah Islam seperti makam Rasulullah dan para pejuang Islam. Sama seperti
agama-agama lain yang mempunyai tempat suci untuk dilawati oleh peganut agama tersebut seperti
Batu Caves di Selangor untuk penganut beragama hindu dan Pu-Tou-San di China untuk penganut
beragama budha (Cora U.I., Wong, 2011). Namun begitu, peredaran zaman merubah persepsi
pelancongan Islam kepada konsep yang baru, tetapi masih tidak melanggar hukum syarak supaya dapat
berkembang seiring dengan permodenan zaman. Pelancongan Islam pada abad ini mendapat perhatian
setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001 yang telah melabelkan Islam sebagai pengganas dan
merubah perspektif dunia kepada Islam. Pelbagai istilah telah muncul seperti “Islamofobia” “Islam
pengganas” dan sebagainya (Christopher Allan, Jorgen S. Nielse, 2002). Namun begitu peristiwa ini
memberi paradigma baru dalam dunia pelancongan Islam apabila Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
telah memberi perhatian sepenuhnya dalam mempromosikan pelancongan dalam kalangan negara-
negara anggota. Setelah berlakunya peristiwa tersebut, negara anggota OIC sudah mula menyedari
bahawa sektor pelancongan merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Sejak penubuhan OIC sebanyak 7 kali persidangan mengenai pelancongan telah diadakan iaitu pada
persidangan yang pertama di Esfahan, deklarasi Esfahan telah terbentuk dan menjadikan pelancongan
sebagai titik permulaan kerjasama antara negara anggota OIC. Sebagai langkah permulaan dalam
mengembangkan pembangunan pelancongan Islam di Malaysia amnya tidak semudah yang
djangkakan. Segala perancangan dan persediaan rapi dan sistematik dengan mengambilkira pelbagai
aspek diperlukan bagi merealisasikan impian Malaysia sebagai hub pelancongan Islam dunia.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 181
Pelancongan Islam secara umumnya terbahagi kepada tiga konsep utama iaitu dari sudut
ekonomi, budaya dan agama (Hamarneh A. A, Steiner C., 2004). Dari sudut ekonomi, industri
pelancongan Islam mensasarkan untuk mengembangkan pelancongan dalam kalangan negara Islam,
membangunkan destinasi tarikan pelancong yang baru dan menguatkan kerjasama di antara kerajaan
dan institusi-institusi lain di kalangan negara Islam. Konsep pelancongan Islam dari sudut budaya,
lebih menumpukan kepada pertubuhan-pertubuhan yang menyediakan program pelancongan keislaman
kepada pelancong untuk melawat ke tapak warisan sejarah keislaman yang mana pelancong Islam dan
bukan Islam boleh lawati. Pelancongan Islam dari sudut agama membawa konsep penyesuaian industri
pelancongan mengikut ajaran asas yang dibawa oleh Islam termasuklah pengasingan jantina, kawasan
bebas alkohol, penganjuran aktiviti yang berunsur keislaman serta pengamalan kewangan berteraskan
Islam. Pelbagai konsep pelancongan Islam cuba diutarakan oleh pengkaji seperti Hassan 2004 &2007;
Shakiry, 2006; Henderson, 2009; Dogan, 2010; Henderson, 2010; Teoman, 2011 dan Laderlah et al.,
2011. Namun begitu, satu konsep khusus dibentuk bagi memudahkan pengurusan pelancongan Islam di
Malaysia. Islamic Tourism Center (ITC) sebagai agensi yang bertanggungjawab mengendalikan
pelancongan Islam di Malaysia menyatakan konsep pelancongan Islam sebagai suatu bidang atau
industri atau aktiviti yang berkaitan dengan pengembaraan untuk melawat tempat-tempat yang
mempunyai sejarah Islam, mengenali budaya serta warisan Islam dan juga untuk memahami dan
mengalami cara hidup masyarakat Islam (ITC). Dapat dikatakan bahawa pelancongan Islam adalah
pelancongan yang berlandaskan syariah dan mengikut tuntutan iman. Selain itu pelancongan Islam juga
tidak diselangi oleh sebarang niat dan tujuan, unsur dan aktiviti yang bertentangan selaras dengan
kehendak syariah.
METODOLOGI
Kajian terhadap persepsi pelancong terhadap pelancong Islam ini telah dijalankan terhadap para
pengunjung yang datang ke TTI. Pandangan pelancong mengenai pelancongan Islam di TTI diperlukan
bagi memenuhi keperluan pelancongan Islam dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan
pelancongan yang ditawarkan di TTI. Kajian lapangan telah dijalankan pada Disember 2012 dengan
bantuan 10 orang enumerator yang telah dilatih untuk memberi penerangan kepada responden. Seramai
179 orang responden yang terdiri daripada pengunjung yang datang ke TTI telah dijadikan sebagai
sampel kajian. Satu set borang soal selidik yang dilengkapi item – item yang dikenalpasti diagihkan
kepada responden. Pengumpulan data dalam kajian dilakukan dengan menggunakan soal selidik secara
langsung iaitu memberi soal selidik terus kepada responden. Justeru soal selidik diberikan secara
langsung kepada responden melalui bantuan enumerator. Sebelum soal selidik dijawab, penerangan
ringkas mengenai pelancongan Islam diberikan kepada responden. Kemudian, soal selidik dijawab oleh
responden berdasarkan pengetahuan dan perspektif peribadi mereka. Soal selidik yang telah dijawab
dianalisis menggunakan analisis diskriptif dan analisis inferensi. Analisis inferensi yang digunakan
ialah analisis khi kuasa dua.
TAMAN TAMADUN ISLAM SEBAGAI KAWASAN KAJIAN
Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan taman tema pertama di Malaysia yang berkonsep
’Edutainment Park’ iaitu menekankan aspek pendidikan di samping berhibur. Taman ini
menggabungkan ciri-ciri keindahan semulajadi dan alam binaan buatan manusia berperanan sebagai
jendela dunia Islam. Taman ini dibina untuk membuktikan keunggulan warisan seni bina Islam dan
dibina di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. TTI berkeluasan 22.3 hektar ini telah mula dibina pada
Mac 2005 dan dirasmikan pada 3 Februari 2008 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu. TTI mengandungi empat komponen yang dibahagikan kepada fasa A, B, C
dan D. Pembangunan di komponen A menempatkan dua pintu masuk utama ke pulau iaitu melalui
jalan darat dan air. Bagi komponen B pula, membabitkan pembangunan pusat aktiviti TTI yang
mengandungi tiga elemen iaitu plaza masuk, pusat komersial dan konvensyen. Manakala fasa C
membabitkan pembinaan Masjid Kristal dan perumahan imam serta bilal dan akhir sekali bagi fasa D
merupakan pembinaan Taman Monumen yang menempatkan replika monumen seni bina Islam di
seluruh dunia (Rajah 1).
182 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 1 menunjukkan taburan majoriti umur responden ialah pada lingkungan 21 hingga 30 tahun,
iaitu 54.2 peratus. Purata umur responden di bawah 21 tahun ialah 10.6 peratus, sebanyak 19 peratus
responden yang mengunjungi TTI berada dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun, 12.8 peratus
responden pula berada dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun, responden dalam lingkungun 51 hingga
60 tahun pula sebanyak 2.8 peratus dan responden 60 tahun ke atas sebanyak 0.6 peratus sahaja.
Kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara pada taburan responden mengikut
jantina kerana daripada data yang diperoleh sebanyak 53.6 peratus responden yang mengunjungi TTI
merupakan responden lelaki dan 46.4 peratus responden adalah responden perempuan.
Namun begitu, perbezaan ketara diperoleh pada taburan responden mengikut bangsa. Merujuk
pada Jadual 1, responden berbangsa Melayu merupakan majoriti responden yang mengunjungi TTI
iaitu 98.3 peratus dan reponden yang bukan bangsa Melayu hanya 1.7 peratus sahaja daripada taburan
responden.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa, responden yang berada pada tahap pendidikan
universiti merupakan majoriti responden iaitu sebanyak 72.6 peratus. Manakala sebanyak 22.3 peratus
responden berpendidikan sekolah menengah, 3.4 peratus responden berpendidikan maktab, 1.1 peratus
responden berada pada tahap pendidikan sekolah agama dan 0.6 peratus sahaja responden mempunyai
tahap pendidikan sekolah agama.
Daripada segi tahap pendapatan responden, majoriti taburan pendapatan responden berada
dalam lingkungan RM 1001 hingga RM 2000 iaitu sebanyak 39.1 peratus, manakala taburan
pendapatan responden lingkungan RM 5001 hingga RM 6000 mempunyai peratusan terendah iaitu 1.1
peratus sahaja. Taburan responden mengikut tahap pendapatan lingkungan RM 2001 hingga 3000
mempunyai peratusan sebanyakk 20.7 peratus, sebanyak 10.1 peratus responden berada pada tahap
pendapatan lingkungan RM 3001 hingga 4000, 8.4 peratus responden berpendapatan lingkungan RM
4001 hingga RM 5000 dan 5.6 peratus responden berpendapatan RM 6000 ke atas.
Taburan majoriti responden merupakan responden yang sudah berkahwin iaitu sebanyak 55.3
peratus manakala taburan minoriti responden merupakan golongan duda iaitu sebanyak 0.6 peratus
sahaja. Namun begitu golongan responden yang belum berkahwin menunjukkan peratusan yang tidak
banyak beza daripada golongan berkahwin iaitu sebanyak 44.1 peratus.
Rajah 2 menunjukkan taburan tahap pengetahuan responden mengenai pelancongan Islam.
Sebanyak 53.1 peratus responden mengetahui mengenai pelancongan Islam manakala 46.9 peratus
tidak mengetahui mengenai pelancongan Islam. Hal demikian kerana, jika dilihat pada tahap
pendidikan responden majoriti responden berpendidikan sehingga universiti. Pendedahan mengenai
pelancongan Islam lebih meluas kerana pelancong yang berpendidikan tinggi berpotensi memperoleh
maklumat dengan cepat dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membaca serta mengetahui
situasi semasa.
Rajah 3 menunjukkan peratusan kefahaman responden mengenai pelancongan Islam.
Walaupun soalan dibuat secara open ended, namun penulis telah mengkategorikan kepada beberapa
bahagian. Majoriti responden mempunyai kefahaman bahawa pelancongan Islam merupakan unsur
sejarah iaitu 48 peratus. Unsur sejarah yang dimaksudkan adalah seperti monumen sejarah Islam dan
kawasan Islam. 11 peratus pula menyatakan pelancongan Islam merupakan unsur syariah Islam dan
perhidmatan berunsur keislaman. 15 peratus pula menyatakan pelancongan Islam merupakan unsur
fizikan dan budaya masyarakat Islam itu sendiri. 7 peratus menyatakan bahawa pelancongan Islam
terdiri daripada pendidikan Islam dan 8 peratus menyatakan bahawa pelancongan Islam adalah
berkaitan dengan halal. Majoroti yang berpendapat pelancongan Islam merupakan unsur Islam kerana
aspek pelancongan Islam itu sendiri yang lebih dikenali sebagai pelancongan keagamaan, pelancong
melawat ke tempat – tempat sejarah Islam seperti mengerjakan umrah ziarah dan pergi menunaikan
haji di Mekah.
Rajah 4 menunjukkan peratusan min bagi ciri penting pelancongan Islam yang diberikan oleh
responden. Dalam Makanan Halal merupakan ciri terpenting yang diberikan oleh responden iaitu
memperoleh min sebanyak 4.89 peratus, diikuti oleh Kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong
muslim (arah kiblat, sejadah) sebanyak 4.8 peratus dan ketiga tertinggi ialah penyediaan tandas yang
kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan hos air untuk pembersihan). Namun begitu
responden tidak menitikberatkan mengenai penyediaan jurubahasa. Hal demikian penyediaan
jurubahasa mempunyai min yang paling sedikit iaitu sebanyak 3.97 peratus sahaja. Majoriti responden
mengatakan makanan halal merupakan ciri penting dalam pelancongan Islam kerana sektor makanan
merupakan aspek penting semasa pemilihan tempat pelancongan. Pelancong banyak berbelanja untuk
makanan dan minuman semasa melancong. Hal demikian dapat dibuktikan apabila sektor makanan dan
minuman menyumbang RM9.4 bilion atau 17.5 peratus kepada pendapatan yang dijana industri
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 183
pelancongan ( BERNAMA, 2012). Oleh itu pemilihan makanan halal menjadi faktor penting kepada
pelancong muslim ketika melancong.
Rajah 5 menunjukkan Jangkaan dan Penerimaan pelancong terhadap TTI. Jangkaan pelancong
terhadap TTI daripada segi konsep aktiviti, ilmu, hospitaliti/akhlak, fasiliti mesra muslim, kemudahan
dan perhubungan, harga, halal dan haram mencapai tahap yang memuaskan iaitu masing – masing
4.55, 4.61, 4.6, 4.62, 4.59, 4.55 dan 4.45. Rajah juga menunjukkan tahap penerimaan pelancong
mencapai tahap yang memuaskan hampir dengan jangkaan awal yang diberikan terhadap TTI. Namun
perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada jangkaan dan penerimaan dari konsep harga. Jangkaan
pelancong bagi harga ialah 4.55 namun penerimaannya hanya 3.4 sahaja. Hal demikian kerana harga
pada pembukaan TTI jauh lebih berbeza daripada harga sekarang. Rata-rata pengunjung yang pernah
mengunjungi TTI mengatakan harga ketika tahun 2010 ialah RM10 berbanding dengan 2012 menjadi
RM 20. Selain itu, segala perkhidmatan di dalam TTI juga berbayar dan membebankan pengunjung
dan mempengaruhi tahap kepuasan pengunjung dari segi Harga di TTI.
Rajah 6 menunjukkan peratusan pelancong yang akan berkunjung lagi ke TTI. Sebanyak 16
peratus responden mengatakan bahawa mereka tidak akan berkunjung lagi ke TTI dan majoriti
responden mengatakan mereka akan berkunjung lagi ke TTI. Hal demikian kerana, jika dilihat pada
tahap kepuasan pelancong terhadap penerimaan aktiviti, ilmu, hospitaliti/akhlak, fasiliti mesra muslim,
kemudahan dan perhubungan, harga, halal dan haram mempengaruhi kunjungan berulang pelancong.
Kunjungan berulang berlaku apabila timbulnya tahap kepuasan yang tinggi pelancong terhadap
destinasi pelancongan.
Jadual 4 menunjukkan keputusan beberapa ujian korelasi Pearson yang dilakukan untuk
melihat hubungan ciri penting pelancongan Islam dengan umur. Dapatan menunjukkan terdapat
beberapa ciri penting yang mempengaruhi umur pelancong terhadap pelancongan Islam di TTI. Dapat
difahami bahawa setiap umur memberikan pandangan berbeza mengenai ciri penting pelancongan
Islam.
Daripada aspek kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong muslim, dapatan kajian ini
menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara umur pelancong dengan ciri pelancongan
Islam dalam percutian mereka. Ini memberi kefahaman bahawa kemudahan yang mesra muslim untuk
pelancong muslim tidak diberi pertimbangan dalam pemilihan percutian pelancong. Begitu juga dengan
etika pemakaian mengikut prinsip Islam, pengasingan jantina di kolam mandi, pengurusan pelancongan
yang profesional, kawasan yang diyakini bebas alkohol dan maklumat mengenai destinasi pelancongan
disediakan adalah tidak signifikan dan kurang diberi pertimbangan. Namun begitu, keadaan berbeza
wujud bagi makanan halal, pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan asas Islam, jurubahasa
disediakan dan tandas kundusif bagi orang muslim.
Hasil dapatan menunjukkan ciri penting tersebut mempunyai hubungan yang signifikan
dengan umur pelancong. Ini menunjukkan ciri penting tersebut diberi pertimbangan dalam percutian
mereka. Terutama sekali pada makanan halal, makanan merupakan aspek terpenting dalam sektor
pelancongan dan bergerak seiring dengan pembangunan pelancongan. Penyediaan makanan halal dan
boleh dinikmati oleh semua peringkat umur mendorong kepada pembangunan pelancongan di sesebuah
destinasi pelancongan. Termasuklah pemandu pelancong dan penyediaan jurubahasa. Kedua – dua
aspek ini mempengaruhi penyebaran maklumat mengenai destinasi pelancongan yang dilawati. Setiap
peringkat umur mempunyai kefahaman yang berbeza berdasarkan kepada penyampaian jurubahasa
yang disediakan. Tandas yang kondusif menjadi ciri penting yang diberi pertimbangan kerana tandas
merupakan kemudahan asas pelancong sewaktu melacong. Selain membersihkan diri, mereka
menggunakan tandas sebagai tempat untuk mengambil wuduk. Oleh itu, tandas yang bersih dan
dipenuhi ciri mesra muslim mempengaruhi kedatangan pelancong mengikut umur.
Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian korelasi Pearson yang dilakukan untuk melihat
hubungan ciri penting pelancongan Islam dengan tahap kepuasan pelancong. Dapat menunjukkan
terdapat beberapa ciri penting yang mempengaruhi kepuasan pelancong terhadap pelancongan Islam di
TTI. Dapat difahami bahawa setiap ciri penting memberi tahap kepuasan berbeza mengikut pelancong.
Terdapat beberapa aspek dalam kepuasan pelancong tidak mempunyai hubungan signifikan
dengan ciri penting pelancongan Islam seperti dari aspek hospitaliti/ akhlak, kepuasan dari aspek harga
dan kepuasan dari segi halal dan haram. Ciri penting yang diberi pertimbangan tidak mempengaruhi
tahap kepuasan pelancong dari aspek di atas. Ini menunjukkan ciri penting di atas tidak perlu diberi
pertimbangan dalam pembangunan pelancongan Islam di TTI.
Namun begitu, keadaan berbeza wujud dalam aspek aktiviti, kepuasan dari apek ilmu, aspek
fasiliti yang mesra muslim dan kepuasan dari aspek kemudahan dan perhubungan mempunyai
hubungan yang signifikan terhadap ciri penting pelancongan Islam di TTI. Ciri penting yang diberi
pertimbangan dalam pelancongan Islam yang mempengaruhi kepuasan dari aspek aktiviti ialah hiburan
dan program berunsur keislaman, etika pemakaian mengikut prinsip Islam, pengasingan jantina di
184 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
kolam mandi, pengurusan pelancongan yang profesional dan jurubahasa disediakan. Hal ini
menunjukkan bahawa pelancong menitik beratkan ciri penting ini dalam setiap aktiviti yang dilakukan
dalam TTI. Sebagai contoh, hiburan dan program keislaman diperlukan di TTI sebagai cara menarik
minat pelancong untuk berada lama di dalam TTI. Melalui pemerhatian yang dilakukan, tidak ada
sebarang bentuk hiburan yang dipertonjolkan oleh pihak TTI sebagi contoh suasana di dalam TTI
senyap sepi. Mengikut pandangan salah seorang respoden, pihak TTI harus menyediakan muzik dan
mengadakan pelbagai bentuk hiburan sebagai tanda menyambut kedatangan tetamu. Aspek ini
mungkin dapat menarik lebih ramai pelancong mengunjungi TTI.
Ciri penting yang mempengaruhi kepuasan dari aspek ilmu pula ialah hiburan dan program
berunsur keislaman, pengasingan jantina di kolam mandi dan pengurusan pelancongan yang
profesional. Aspek ilmu yang cuba diterapkan dalam TTI ialah seperti program yang dianjurkan,
pemaparan monumen yang mampu memberi pengetahuan terhadap pelancongan Islam, dan
penyampaian maklumat yang mudah difahami oleh pelancong. Hubungan antara ciri penting dengan
kepuasan dari aspek ilmu seperti pengurusan pelancongan yang profesional perlu diperkukuhkan bagi
memastikan setiap aspek dalam ilmu yang ingin disampaikan dapat diserap oleh pelancong. Bentuk
penyampaian juga perlu dikenal pasti supaya pelancong merima ilmu yang disampaikan dan menjadi
ingatan kepada mereka apabila mereka kembali ke tempat asal mereka.
Ciri penting yang mempengaruhi kepuasan dari aspek fasiliti mesra muslim ialah jurubahasa
disediakan dan tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan hos air untuk
pembersihan). Manakala ciri penting yang mempengaruhi tahap kepuasan pelancong dari aspek
kemudahan dan perhubungan ialah tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet dan
hos air untuk pembersihan). Tandas yang kondusif dapat dijadikan contoh untuk menyatakan bahawa
kepuasa pelancong mempengaruhi aspek fasiliti mesra muslim dan kemudahan dan perhubungan. Ini
termasuklah kebersihan di TTI, keselesaan ketika berada di TTI dan beberapa kemudahan lain lagi. Ini
menunjukkan tandas merupakan sapek penting yang perlu diberi perhatian. Menerusi pemerhatian yang
dilakukan ketika kajian dilakukan, ramai yang tidak berpuas hati mengenai kebersihan tandas di TTI.
Dengan jumlah pengunjung yang ramai, tandas yang diperlukan juga diperlukan dan kebersihannya
juga perlu dijaga. Pemerhatian juga mendapati, kekurangan pekerja untuk membersihkan tandas dan
kawasan sekitar penyumbang kepada berlakunya keadaan sedemikian.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Maka hasil daripada perbincangan di atas didapati bahawa, banyak lagi aspek yang perlu diperhatikan
dan diubah oleh TTI dalam membangunkan produk pelancongan Islam di situ. Beberapa tindakan
segera perlu diambil bagi meningkatkan lagi kunjungan pelancongan ke TTI. Pihak pengurusan TTI
perlu memantau setiap perkembangan yang berlaku di dalam TTI. Pemuliharaan dan pemeliharaan
terhadap monumen perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelancong. Pihak TTI perlu
menerapkan unsur hiburan supaya pelancon tidak bosan ketika berada di dalam TTI. Ini dapat menarik
lebih ramai pelancong ke TTI. Selain itu dalam merangka usaha untuk membangunkan pelancongan
Islam di TTI, perkara-perkara asas perlu diberi tumpuan yang khusus. Ini merangkumi langkah
pembangunan kandungan seperti mengemaskini portal atas talian yang bersepadu dan menarik dan
mempunyai pautan di seluruh portal agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, penyemakan semula brosur
yang sedia ada perlu dilakukan supaya lebih difahami dan lebih mesra pelancong serta mempunyai
konsep pelancongan Islam yang jelas. Pakej-pakej pelancongan Islam juga perlu relevan dengan harga
yang berpatutan dan tidak membebankan pelancong. Saluran pemasaran yang digunakan juga
dipelbagaikan seperti menggunakan blog, laman sosial seperti facebook, mempergiatkan iklan di radio,
televisyen dan majalah-majalah pelancongan. Brosur yang lebih interaktif diletakkan di dalam pesawat
penerbangan dengan kerjasama syarikat penerbangan. Dengan adanya usaha pemasaran sebegitu, TTI
sebagai pelancongan Islam lebih dikenali dan dapat berkembang dengan pesat.
RUJUKAN
Al-Hamarneh & Steiner C. 2004. Islamic Tourism: Rethinking the Strategies of Tourism Development
in the Arab World after September 11, 2001, Comparative Studies of South Asia and the
Middle East, 24(1), 173-182
Christopher Allan, Jorgen S. Nielse, 2002. Summary reports on Islamophobia in the EU after 11
September 2001. Vienna: The University of Birmingham.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 185
Cora U.I., Wong, 2011. Buddhisme and Tourism at Pu-Tuo-Shan, China. New Zealand: Tourism
Management The University of Waikato.
Executive summary, Global Muslim Lifestyle Travel Market 2012: Landscape & Consumer Needs
study for Airlines, Destination and Hotel/Resorts
Hassan A. R. 2004. Islamic tourism: The concept and the reality. Islamic Tourism, 14, 2.
Hassan A. R. 2007. Islamic tourism revisited. Islamic Tourism. Islamic Tourism, 32, 2.
Henderson J.C. 2003. Managing Tourism and Islam in Peninsular Malaysia. Tourism Management 24:
447 – 456.
Henderson J. C. 2009. Islamic tourism reviewed. Tourism Recreation Research, 34 (2), 207-212.
Henderson, J. C. 2010. Chapter 6: Islam and tourism. In Bridging Tourism Theory and Practice. Scott,
N. And Jafari, J. (eds), 75-89. Emerald Group Publishing. Paterson, M. H. S. 1924. "An Early
Inscription from Trengganu Malay." JMBRAS 2: 252-258. Sheppard, M.C.1949. A Short
History of Terengganu. Journal of The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society, XXII
(3): 45-52
Islamic Tourism Centre
Kementerian Pelancongan Malaysia
Laderlah, S. A., Rahman, S. A., Awang, K., & Man, Y. C. 2011. A Study on Islamic Tourism : A
Malaysian Experience, 2nd International Conference on Humanities, Historical and Social
Sciences, 17, 184–189.
Shakiry, A. S. 2006. The academy of Islamic tourism project. Islamic Tourism, 25, September-October.
< http://www.itm-itw.com/Articles/articles.php?issue=25> on 23 June 2011.
Teoman Duman/World Islamic Tourism Forum (WITF 2011), 12-13 July 2011 Kuala Lumpur,
Malaysia
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sektormakanan_minumandisasarsumbangRM30bilionpad
a2020/Article
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
RAJAH 1: Peta Interaktif Taman Tamadun Islam
186 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
Sumber: Kajian Lapangan 2012
RAJAH 2: Taburan tahap pengetahuan responden mengenai pelancongan Islam
Sumber: Kajian Lapangan 2012
RAJAH 3: Kefahaman responden mengenai pelancongan Islam
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 187
Sumber: Kajian lapangan 2012
RAJAH 4: Ciri penting dalam pelancongan Islam
Sumber: Kajian lapangan 2012
RAJAH 5: Jangkaan dan penerimaan pelancong
188 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
Sumber: Kajian lapangan 2012
RAJAH 6: Kunjungan berulang pelancong ke TTI
JADUAL 1: Jumlah Kedatangan Pelancong dan Pendapatan Pelancongan di Malaysia (2001 – 2012)
Tahun Jumlah Kedatangan (RM/Juta) Jumlah Pendapatan Pelancongan
(RM/Bilion)
2012 25.03 60.6
2011 24.7 58.7
2010 24.6 56.5
2009 23.6 53.4
2008 22.0 49.5
2007 20.9 46.0
2006 17.5 36.2
2005 16.4 31.9
2004 15.7 29.6
2003 10.6 21.2
2002 13.3 25.7
2001 12.8 24.2
Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia
JADUAL 2: Destinasi percutian mesra muslim
Negara Gred
Malaysia 8.3
Egypt 6.7
UEA 6.6
Turki 6.6
Arab Saudi 6.4
Sumber: Executive summary, Global Muslim Lifestyle Travel Market 2012: Landscape & Consumer
Needs study for Airlines, Destination and Hotel/Resorts
JADUAL 3: Demografi responden
Pemboleh ubah
Frekuensi Peratus (%)
Umur < 21 19 10.6
21 - 30 97 54.2
31 - 40 34 19
41 - 50 23 12.8
51 - 60 5 2.8
> 60 1 0.6
Jantina Lelaki 96 53.6
Perempuan 83 46.4
Bangsa Bukan Melayu 3 1.7
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 189
Islam 176 98.3
Tahap Pendidikan Sekolah Agama 2 1.1
Sekolah Kebangsaan 1 0.6
Sekolah Menengah 40 22.3
Maktab 6 3.4
Universiti 130 72.6
Pendapatan < 1000 27 15.1
1001 - 2000 70 39.1
2001 - 3000 37 20.7
3001 - 4000 18 10.1
4001 - 5000 15 8.4
5001 - 6000 2 1.1
> 6000 10 5.6
Taraf Perkahwinan Bujang 79 44.1
Berkahwin 99 55.3
Duda 1 0.6
Sumber: Kajian Lapangan 2012
JADUAL 4: Hubungan Antara Ciri Penting Pelancongan Islam Dengan Umur
Pemboleh ubah Ujian X² (Nilai - P)
Umur
Makanan Halal 0.000***
Kemudahan yang mesra muslim untuk pelancong muslim (arah
kiblat, sejadah) 0.051
Hiburan dan program berunsur keislaman 0.666
Etika pemakaian mengikut prinsip Islam 0.880
Pengasingan jantina di kolam mandi 0.883
Pengurusan pelancongan yang profesional 0.538
Kawasan yang diyakini bebas alkohol 0.361
Pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan asas Islam 0.000***
Jurubahasa disediakan 0.009**
Maklumat mengenai destinasi pelancongan disediakan 0.117
Tandas yang kondusif bagi orang muslim (tempat wuduk, bidet
dan hos air untuk pembersihan) 0.032*
*** p < 0.001, ** p < 0.01, * p < 0.05
190 Zairin Akma Zolkapli, Chamhuri Siwar, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh
JADUAL 5: Hubungan antara ciri penting pelancongan Islam dengan tahap kepuasan pelancong
Pemboleh Ubah
Ujian X² (Nilai - P)
Aktiviti Ilmu
Hospitaliti/
Akhlak
Fasiliti/Mesra
Muslim
Kemudahan &
Perhubungan Harga Halal & Haram
Makanan halal 0.974 0.961 0.818 0.967 0.997 0.819 0.881
Kemudahan yang mesra muslim untuk
pelancong muslim (arah kiblat, sejadah
dll) 0.499 0.997 0.466 0.701 0.784 0.603 0.499
Hiburan dan program berunsur
keislaman 0.047* 0.002** 0.362 0.455 0.998 0.078 0.771
Etika pemakaian mengikut prinsip
Islam 0.028* 0.253 0.360 0.409 0.966 0.938 0.785
Pengasingan jantina di kolam mandi 0.008* 0.000*** 0.081 0.290 0.475 0.982 0.595
Pengurusan pelancongan yang
profesional 0.027** 0.000*** 0.990 0.068 0.784 0.300 0.176
Kawasan yang diyakini bebas alkohol 0.126 0.916 0.447 0.700 0.772 0.549 0.329
Pemandu pelancong yang mempunyai
pengetahuan asas Islam 0.685 0.919 0.654 0.547 0.648 0.099 0.934
Jurubahasa disediakan 0.048* 0.161 0.116 0.029* 0.258 0.670 0.568
Maklumat mengenai destinasi
pelancongan disediakan 0.667 0.992 0.172 0.250 0.115 0.082 0.553
Tandas yang kondusif bagi orang
muslim (tempat wuduk, bidet dan hos
air untuk pembersihan) 0.742 0.861 0.155 0.001*** 0.000*** 0.066 0.639
*** p < 0.001, ** p < 0.01, * p < 0.05
Sumber: Kajian lapangan 2012