13
TAMBAHAN Ruang / Bahagian Perkara Muka Surat D2 Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) 7 G Pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah dan pelupusan harta tanah tertakluk kepada Peruntukan Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 8 L1A Jenis Aktiviti Perniagaan 10

TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

TAMBAHAN Ruang / Bahagian Perkara Muka

Surat

D2 Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) 7

G Pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah dan pelupusan harta tanah tertakluk kepada Peruntukan Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

8

L1A Jenis Aktiviti Perniagaan 10

Page 2: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 1 -

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TJ Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu Hindu ini atau karta perlu melaporkan semua punca pendapatan dalam Borang TJ setiap tahun.

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TJ Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu Hindu ini atau karta perlu melaporkan semua punca pendapatan dalam Borang TJ setiap tahun.

MAKLUMAT ASAS

1 - 2 Isikan nama keluarga sekutu Hindu sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Contoh:

Isikan nombor cukai pendapatan pertubuhan sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Contoh:

KEDUDUKAN CUKAI Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TJ.

<>>>>>>>>?

J 0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Cukai Pendapatan

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TJ bagi Tahun Taksiran 2015. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2015 adalah benar dan lengkap.

Sekiranya layak menuntut bayaran balik seperti di ruang D6 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh daripada Buku Panduan Borang TJ dalam laman web:-

(a) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain) dan

(b) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (6) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dalam kotak yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B32a hingga B33, C32a hingga C33, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C33) RM19,322.85

<>_>>_>>_>>?

<>>>?

B1 , , , Perniagaan 1 5 2 1 1 1

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g ) ->>_>>_>>_>?

, , , . C33

1 2 5 9 5 5

1 9 3 2 2 8 5

1 Nama Keluarga Sekutu Hindu <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

G O P A L C H E T T I A R F A M I L Y

Page 3: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 2 -

BAHAGIAN A MAKLUMAT KELUARGA SEKUTU HINDU

A1

KARTA BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya karta bermastautin di Malaysia dan isikan ‘2’ sekiranya tidak bermastautin di Malaysia.

Karta ialah pengurus atau ketua keluarga sekutu Hindu. Taraf mastautin bagi keluarga sekutu Hindu bergantung kepada taraf mastautin karta. Sekiranya karta adalah bermastautin di Malaysia, keluarga sekutu Hindu juga dianggap bermastautin di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Sila rujuk cara penentuan taraf mastautin individu untuk menentukan taraf mastautin karta.

A2 NEGARA DI MANA KARTA BERMASTAUTIN

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’. Sila rujuk kepada muka surat 11 nota penerangan ini atau Lampiran E Buku Panduan TJ untuk senarai terperinci.

A3 PENYIMPANAN REKOD

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A4 ALAMAT SURAT-MENYURAT KARTA

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A5 ALAMAT PREMIS PERNIAGAAN KELUARGA SEKUTU HINDU

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama keluarga sekutu Hindu dikendalikan, jika ada.

A6

ALAMAT DI MANA REKOD KELUARGA SEKUTU HINDU

DISIMPAN

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan dokumen keluarga sekutu Hindu ini disimpan di alamat surat-menyurat atau ‘2’ sekiranya disimpan di alamat berdaftar atau ‘3’ jika disimpan di alamat lain.

A7 ALAMAT LAIN

Nyatakan alamat berkenaan sekiranya ruang A6 ialah ‘3’.

A7a ALAMAT LAMAN SESAWANG / BLOG

Alamat laman sesawang atau blog (jika ada)

A8 MAKLUMAT KARTA Isikan maklumat karta di mana yang berkenaan.

A8a NAMA

Nyatakan nama penuh karta seperti yang tertera di kad pengenalan atau pasport.

A8b NO. PENGENALAN Isi nombor kad pengenalan atau nombor polis atau nombor tentera yang mana berkenaan.

A8c NO. PASPORT Isi nombor pasport seperti di buku pasport.

A8d NO. CUKAI PENDAPATAN

Isi nombor cukai pendapatan karta, sekiranya ada. Contoh: No. Cukai Pendapatan ialah SG 00123456090

<?

<>>>>>>>>>?

O G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG

Page 4: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 3 -

A8e NO. TELEFON

Isi nombor telefon karta. Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi LDHNM.

A9a NAMA BANK

Sekiranya layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank yang berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun tersebut.

A9b NO. AKAUN BANK Nombor akaun bank yang berkenaan.

BAHAGIAN B PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

ISI BAHAGIAN INI JIKA KARTA BERMASTAUTIN DI MALAYSIA (JIKA A1 = 1)

B1 –

B3

PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada (3) perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D

B4 –

B6

PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Sekiranya mempunyai lebih daripada (3) perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B

ELAUN MODAL

Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.

B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.

B10 FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5

DISKAUN Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil

perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

Page 5: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 4 -

B11 SEWA Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B

ROYALTI

Royalti bermaksud:-

(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk

penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hak cipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5

B12 ANUITI

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah. Anuiti juga boleh diperoleh dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

BAYARAN BERKALA LAIN

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

B14 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B17 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul. Contoh: kerugian perniagaan pada tahun 2015 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2015. Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 PERBELANJAAN MENCARIGALI - JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)

Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagai potongan. Amaun ini terhad kepada B18 Borang TJ. Baki yang tidak boleh ditolak (jika ada) dimasukkan ke ruang K2 Borang TJ.

Page 6: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 5 -

B21 – B27 DERMA DAN HADIAH

Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)

Hadiah Wang Kepada Institusi Atau Organisasi Diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6) Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Aktiviti Sukan Atau Badan Sukan Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B)

Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)

Terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat di ruang B16

HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A) HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8) HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11)

ZAKAT PERNIAGAAN

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen 44(11A)

B30 PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada karta sekiranya sesebuah keluarga sekutu Hindu berkenaan adalah bermastautin di Malaysia untuk tahun semasa. Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM9,000.

B32a

CUKAI KE ATAS YANG PERTAMA

Sesuaikan amaun di B31 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 11 nota penerangan ini). Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori E jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM 900.00

Cukai ke atas baki RM 500 @ 10% RM 50.00

Jumlah cukai pendapatan RM 950.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B33 dalam Borang TJ seperti berikut:

B32b CUKAI KE ATAS BAKI

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Page 7: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 6 -

BAHAGIAN C PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

ISI BAHAGIAN INI JIKA KARTA TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA (JIKA A1 = 2)

C1 –

C27

Sila rujuk penerangan dalam Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di muka surat 3 hingga 6 nota penerangan ini.

C30 PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN

Bagi keluarga sekutu Hindu yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 25%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

C30a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C30b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C30c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, venture, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

C30d PENDAPATAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 25%.

B32b Cukai ke atas baki

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( B32a + B32b )

Cukai ke atas yang pertama B32a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>_>?

, , , .

->>_>>_>>_>?

, , , .

B33

9 5 0 0 0

3 5 0 0 0 9 0 0 0 0

5 0 0 1 0 5 0 0 0

Page 8: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 7 -

C32–

C33

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing.

Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TJ atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Karta bermastautin di India dan keluarga sekutu Hindu ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C29: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C30a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C30b: RM25,000

Masukkan di ruang C32a, C32d, C32f dan C33 dalam Borang TJ seperti berikut:

BAHAGIAN D CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B33 bagi keluarga sekutu Hindu yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C33 jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Tolakan ini tidak termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A.

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

D3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TJ untuk menentukan negara-negara yang memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.

D4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2015

E1 –

E4

Pelarasan antara cukai kena dibayar dan cukai yang telah dibayar (melalui skim ansuran) dibuat dalam bahagian ini. Sila isi ‘0’ dalam ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D6. Masukkan bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2.

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 6 6 2 5 0 0

C32a

C32f

C32d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

25

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , , , , .

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g )

C33 , , , .

Page 9: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 8 -

Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pembayaran boleh dibuat di:

(a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank Berhad (RHB) & Alliance Bank Malaysia Berhad dan perbankan telefon Maybank.

- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

(b) LHDNM - ByrHASiL-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

- ByrHASiL-Bayaran melalui Kad Kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperolehi di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, tuan dinasihatkan supaya mengisi Bahagian “Kedudukan Cukai” di muka surat 1 Borang TJ.

BAHAGIAN F PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM

DILAPORKAN

F1

F3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan sebelum ini.

Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2013 tetapi baucar hanya diterima dalam tahun 2015.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN G

PELUPUSAN SYER DALAM SYARIKAT HARTA TANAH DAN PELUPUSAN HARTA TANAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

G1 -

G2

Isikan ‘1’ dalam petak sekiranya ada melupuskan syer / aset atau ‘2’ jika tidak berkenaan.

Isikan ruang ini jika G1 = ‘1’. Sekiranya pelupusan belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN H MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1a BAKI KERUGIAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan/perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.

Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3

H1b BAKI KERUGIAN TAHUN KEBELAKANGAN

Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap. Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3

H1c KERUGIAN HANTAR HADAPAN

H1a campur H1b Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3

Page 10: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 9 -

H2a –

H2f

ELAUN MODAL Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa. Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D

Baki hantar hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J5 dari Helaian Kerja

HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D

H3a – H3e MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Seksyen 107A

Bayaran kontrak kepada kontraktor bukan mastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut Campur 3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut. Seksyen 109

Bayaran faedah/royalti kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan TJ. Seksyen 109A

Bayaran berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967). Seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. Rujuk Lampiran F Buku Panduan TJ. Seksyen 109F

Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

Page 11: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 10 -

BAHAGIAN J PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN

POTONGAN DUA KALI

J1 – J5

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 12 nota penerangan ini.

BAHAGIAN K TUNTUTAN INSENTIF

K1 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.

K2 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN L MAKLUMAT KEWANGAN KELUARGA SEKUTU HINDU

L1

– L50

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu ini mempunyai punca pendapatan perniagaan.

Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan.

BAHAGIAN M MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

M1 –

M5

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN KARTA

Isikan nama tuan selaku karta kepada keluarga sekutu Hindu ini. Karta atau pengurus keluarga sekutu Hindu adalah bertanggungjawab secara individu ke atas segala urusan percukaian ke atas keluarga sekutu Hindu ini.

Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat pemberitahuan borang nyata tidak lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

Page 12: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 11 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000

pertama 0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000 pertama

berikutnya 1

0 150

C 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

5

150 750

D 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

10

900 1,500

E 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

16

2,400 3,200

F 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

21

5,600 6,300

G 100,001 - 250,000 100,000 150,000

pertama berikutnya

24

11,900 36,000

H 250,001 - 400,000 250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5

47,900 36,750

I Lebih 400,000 400,000 pertama

setiap ringgit berikutnya

25

84,650 ...............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti. Sila rujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TJ untuk

mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

Page 13: TAMBAHAN - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Penerangan_TJ2015_1.pdf · atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

- 12 -

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka

121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja

122 Kos membangunkan laman jaring

137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia