29
Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku Oleh Abu Jaisyillah Muhammad Nur

Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perbahasan ilmiah

Citation preview

Page 1: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Tanggapan Terhadap

Beberapa Kenyataan

Dalam Buku

Oleh

Abu Jaisyillah Muhammad Nur

Page 2: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

KATA PENGANTAR

بسم هللا الرحمن الرحيم

من شرور أنفسنا ومن س نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالل إن الحمد لل ا أعمالنا، من يهده يئ

هللا فل مضل له، ومن يضلل فل هادي له.

دا عبده ورسوله. وأشهد أن ل إله إل هللا وحده ل شريك له وأشهد أن محم

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya,

dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”

[Surah Ali ‘Imran ayat 102]

“Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu

(Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah

memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang

dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya

Allah selalu menjaga dan mengawasimu.”

[Surah An-Nisa’ ayat 1]

Page 3: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan

yang benar,

Nescaya Allah memperbaiki amal-amalmu, dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa yang

menaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.”

[Surah Al-Ahzab ayat 70-71]

د صلى هللا عليه وسلم، وشر ال مور فإن أصدق الحديث كتاب هللا، وخير الهدي هدي محم

ا بعد محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضللة، وكل ضل ار، أم لة ف الن

Segala puji hanya bagi Allah, kita memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya dan

pengampunan-Nya. Kita juga berlindung dengan Allah dari segala kekejian jiwa kita dan

keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada sesiapapun

yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada sesiapapun

yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa

dan tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan

pesuruh-Nya. Seterusnya;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ة والفراغ. ح اس الصئ نعمتان مغبون فيهما كثير من الن

“Dua nikmat, yang ramai manusia tertipu dengannya: nikmat sihat dan masa luang.”

[HR. al-Bukhari, al-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, al-Darimi dan al-Hakim]

Page 4: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Alhamdulillah, dengan kedua nikmat yang Allah Tabaraka wa Ta’ala berikan ini

dapatlah saya memanfaatkannya untuk menghasilkan tulisan ini.

Tujuan Penulisan

Saya menjadikan tulisan ini sebagai sebahagian kecil dari amal dakwah. Diharapkan

tulisan ini dapat memberi manfaat dan perbaikan kepada masyarakat. Saya menyimpulkan

tujuan ini dengan berkata,

وإليه أنيب. وما توفيق إلا بالل عليه توكل إلا اإلصلح ما استطع إن أرد

“Tidak ada yang aku inginkan kecuali perbaikan sedaya mampuku. Tidak ada yang dapat

memberi petunjuk kecuali Allah, hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-

Nya aku menyerah diri.”

Rumusan Masalah

Saya telah membeli buku berjudul Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab

Syafie Yang Sebenar? beberapa tahun lalu. Walaupun begitu, sebelumnya saya belum dapat

membaca buku tersebut dengan baik dan teliti sehinggalah saya dapat melakukannya pada

tahun ini (tidak termasuk lampiran artikel). Buku tersebut yang saya dapati dicetak pada

tahun 2010M di bawah penerbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Darul Takzim. Secara

umumnya banyak hal yang saya setuju dan saya ambil manfaat serta faedah dari buku

tersebut. Namun dengan judulnya yang amat menonjol, maka tidak hairanlah jika buku

tersebut akan diberi perhatian dan kritikan. Saya di sini hanya memberi tanggapan

terhadap beberapa kenyataan yang saya dapati tidak jelas dan tepat secara ilmiah. Sebelum

itu perlulah bagi pembaca tulisan saya ini meneliti buku tersebut dahulu. Dengan ini saya

berharap buku tersebut dapat diperbaiki supaya para pembaca mendapat maklumat yang

benar lagi dapat diterima pakai. Wa-Allahu A’lam.

Page 5: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Maklum Balas

Saya mengalu-alukan segala maklum balas, baik kritikan, teguran atau pembetulan.

Sebagai insan yang tidak lepas dari kesalahan dan kesilapan, saya mohon maaf sekiranya ada

sebarang kekurangan dalam tulisan ini.

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada

kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”

[Surah Al-Baqarah ayat 32]

Akhukum fi ad-Din,

Abu Jaisyillah Muhammad Nur

Singapura

30 Shafar 1435Hijriah bersamaan 02 Januari 2014Masihi

Page 6: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

MEMAHAMI PRINSIP IMAM AL-SYAFIE & WAHHABI DALAM

PERSOALAN BERMAZHAB

Oleh

Mohd Hairi Nonchi

Penulis menyatakan pada halaman 14:

“Benarkah Wahhabi mengharamkan amalan bermazhab dalam Islam? Adakah Wahhabi

menganggap orang yang mengikuti satu-satu ajaran mazhab tertentu sebagai sesat di sisi

agama? Apakah Wahhabi memaksa umat Islam – khususnya orang awam – untuk

melakukan ijtihad sendiri bagi mengistimbat atau mengeluarkan sesuatu hukum daripada

al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?

Demikian antara beberapa persoalan yang sering bermain-main dalam fikiran

mereka yang masih samar terhadap manhaj Wahhabi khususnya berhubung dengan

persoalan amalan bermazhab di dalam Islam. Bagi menjawab persoalan-persoalan ini,

berikut akan diperturunkan beberapa keterangan daripada beberapa orang tokoh Ahl al-

Sunnah terkemuka yang kebetulan merupakan antara individu yang sering dimasyhurkan

sebagai berfahaman Wahhabi.

Mereka yang penulis maksudkan ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab

(1206H), Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H), Syeikh al-

Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) dan Syeikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz bin Bazz

rahimahullah (1420H).”

Pada halaman 20:

“Ringkasnya, Wahhabi tidak pernah melarang umat Islam daripada berpegang

kepada mana-mana ajaran mazhab dalam Islam. Malah jauh sekali dari mengharamkan

mana-mana mazhab Islam yang ada. Apa yang jelas Wahhabi hanyalah mengharamkan

Page 7: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

sikap kemelampauan sebahagian umat Islam di dalam mengunggulkan ajaran mazhab

masing-masing sehingga apa shaja pandangan yang tidak berasal daripada ajaran mazhabnya

atau yang bercanggah dengannya dianggap sebagai suatu kesesatan atau terkeluar daripada

pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Ini sekalipun pandangan tersebut adalah suatu yang

benar dan bersumberkan daripada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallalahu

‘alaihi wasallam yang sahih.”

Tanggapan:

Sebelum gelaran ‘Wahhabi’ menjadi masyhur di Nusantara, golongan ‘Pemurnian

Islam’ dan ‘Kebangkitan Islam’ lebih dikenali awalnya dengan gelaran ‘Kaum-Muda’.

Djamal Tukimin1 dalam pengantarnya pada buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti

Johor karangan Prof. Dr. Hamka2 menceritakan:

“Tahun-tahun 1950-an adalah jangka waktu yang hebat dan kronik dihadapi dalam

gerakan-gerakan pemurnian ajaran Islam yang dimotori oleh para ulama salafi atau yang

sering dikenali sebagai kaum-muda ini. Antara tokoh yang menonjol ialah Ustaz Hassan

Ahmad atau juga dikenali sebagai Ustaz Hassan Bandung. Ustaz yang kelahiran Singapura

ini dan berketurunan tamil/India banyak sekali mencetak buku-buku di Malaya ketika itu.

Gerakan pemurnian atau kaum-muda ini ternyata lebih banyak berkembang di negeri selat

seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Sebenarnya perbenturan dari golongan mazhabi ternyata agak kuat dengan golongan

salafi atau kaum-muda ini, tetapi seperti apa yang dialami di Singapura dan Malaya tidaklah

sampai seperti adanya adu kekuatan dan perlawanan fizikal. Walaupun perlawanan fizikal

1 Beliau merupakan seorang sasterawan Melayu Singapura yang mempunyai banyak pengetahun tentang gerakan

Kaum-Muda. Beliau telah menulis sebuah novel berkaitan fahaman gerakan ini yang diberi tajuk Imam. Beliau dan

sahabatnya Jamil Nawar juga telah melakukan transliterasi buku karangan Prof. Dr. Hamka yang bertajuk

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor dari tulisan Jawi ke tulisan Melayu Rumi yang diterbitkan oleh Pustaka

Dini, Selangor. Buku ini awalnya diterbitkan oleh Persatuan Muhammadiyah Singapura pada tahun 1958. 2 Nama sebenarnya Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah.

Page 8: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

itu pernah terjadi tetapi dalam kes yang kecil dan terpinggir. Sesungguhnya pertembungan

pemikiranlah yang kelihatan lebih menonjol dalam gelanggang ini terutama dalam

memahami soal-soal fikah ini.

Dari sosok lain kelihatan gerakan pemurnian ini lebih aktif dan cukup berpengaruh

di Minagkabau dengan tampilnya Haji Abdul Karim Amdrullah (ayah Hamka) dan juga

peranan yang dimainkan oleh Sumatera Thawalib di Padang Panjang yang merupakan

sebuah pesantren/madrasah yang progressif dalam menyebarkan fahaman pemurnian

(salafi) di kalangan masyarakat dan tentunya berupaya dapat mengeksportnya sampai ke

Singapura dan juga Tanah Melayu. Sementara itu gerakan pemurnian ini muncul di

Yogyakarta apabila Kiyai Ahmad Dahlan mendirikan Muhammadiyah dalam tahun 1912

yang banyak memberikan khidmat kepada berbagai-bagai lapisan umur dan dalam

berbagai-bagai aspek kehidupan.

Pada tahun 1923 di Bandung, Jawa Barat muncul pula Persatuan Islam dengan ikon

ulama yang cukup melepasi batasan Nusantara iaitu Ustaz Hassan Ahmad atau lebih

terkenal dengan panggilan Ustaz Hassan bandung dengan bukunya yang sudah tersebar

sampai ke mana-mana di alam Melayu ini iaitu Soal-Jawab Masalah Agama dalam empat jilid

itu. Juga buku-bukunya yang melebihi 100 buah itu. Kemudian Syeikh Ahmad Surkati

seorang Arab keturunan Yaman3 dengan organisasi gerakan al-Irsyad yang bermarkas di

Surabaya.”4

Perintis fahaman Kaum-Muda di Singapura seperti Syed Al-Hadi dan Syeikh Tahir

Jalaluddin, sementara di Melaka pula gerakan Ansarul-Sunnah di sekitar daerah Terentang

antara Jasin dan Chinchin yang digerakkan oleh Ustadz Haji Mohammad Amin. Di Kuala 3 Sumber lain menyatakan bahawa Syaikh Ahmad Surkati dilahirkan di benua Afrika pada tahun

1292Hijriah/1875Masihi di Desa Udfu, Kota Arku, Provinsi Dunggala, salah satu daerah bahagian negara Sudan.

Lihat Ensiklopedi Ulama Nusantara: Riwayat Hidup, Karya dan Sejarah Perjuangan 157 Ulama Nusantara oleh H. M.

Bibit Suprapto, halaman 224. ‘Surkati’ itu sendiri adalah bahasa Sudan yang bererti ‘banyak kitab’. Lihat Tokoh-

Tokoh Islam Yang Berpengaruh Abad 20 oleh Herry Mohammad, dkk, halaman 1. 4 Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, terbitan Pustaka Dini, halaman 4-6.

Page 9: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Pilah pun di mana Adat Pepatih diamalkan tidak kurang pula perkembangannya dari ulama

kaum-muda seperti Ustadz Abdul Malik dan Ustadz Hashim Ghani. Di Pulau Pinang yang

erat tali perjuangannya dengan Perlis terdapat Ustadz Ibrahim Akibi dan Ustadz Abu Bakar

Asyaari.5

Menurut Djamal Tukimin, selain ‘Salafi’ dan ‘Kaum-Muda’, fahaman dan gerakan

‘Pemurnian Islam’ juga disebut dengan ‘Islah’, ‘Reformis’, ‘Golongan Sunnah’,

‘Muhammadiyah’ atau juga ‘Wahhabi’.6

Prof. Dr. H. Aboebakar Acheh pula menyatakan:

“Istilah ‘Kebangkitan Islam’ digunakan untuk semua gerakan yang ingin membaharui

cara berfikir dan cara hidup umat Islam. Sebagaimana sudah kita ketahui, Ibn Taimiyah

(1263-1328), dinamakan orang sebagai ‘Muhyi Atharis Salaf’, iaitu pembangkit kembali

ajaran-ajaran Sahabat dan Tabiin, terutama ajaran Ahmad ibn Hanbal, yang gemar

menggunakan ijtihad dan sangat anti syirik dan bidaah, dengan berpedoman kepada Quran

dan Hadis. Murid Ibn Taimiyah, seperti Ibn Qaiyim Al-Jauziyah (1292-1350),

melanjutkan ajaran ini, sebagaimana juga Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1787).

Sayid Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Syekh Muhammad Abduh (1849-1905),

Sayyid Muhammad Rasyid Ridha (1856-1935) dan di India Sayyid Ahmad Khan (1817-

1898). Aliran ini kemudian mengalir ke Indonesia, merupakan gerakan Padri, Sumatera

Tawalib, Irsyad, Muhammadiyah dan Persatuan Islam, semuanya hampir sejalan dan

dinamakan ‘Aliran Salaf’, atau dalam bahasa asing disebut ‘Reformisme’, dalam bahasa

Indonesia dikatakan ‘Aliran Pembaharuan Dalam Islam’, atau ‘Aliran Kebangkitan Dalam

Islam’. Acapkali juga kita dengar orang menyebutnya dengan nama ‘Aliran kaum Muda’

atau ‘Wahabi’, meskipun itu sesungguhnya kurang tepat.”7

5 Ibid, nota kaki halaman 4-5. 6 Ibid, nota kaki halaman 7. 7 Salaf: Salaf As-Salih Muhyi Atharis Salaf, halaman 173.

Page 10: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Antara polemik yang berlaku antara ‘Kaum-Muda’ (Wahhabi) dan ‘Kaum-Tua’

(Tradisionalis) pada ketika itu adalah berkenaan madzhab dan taqlid. Ustadz A. Hassan

dalam risalahnya yang berjudul Madzhab menyimpulkan:

“Allah larang Muslimin bermadzhab (bertaqlid).

Rasulullah saw. larang ummatnya bermadzhab.

Shahabat-shahabat larang kaum Muslimin bermadzhab.

Tabiin dan Tabitt-tabiin melarang ummat Muhammad bermadzhab.

Imam-imam yang empat, dengan keras, melarang ummat Islam bermadzhab.

Dari itu semua, nyatalah bahwa bermadzhab dan bertaqlid itu haram.

Bukan saya yang mengharamkan, tetapi keterangan dari Quran dan lainnya yang

mengharamkan….”8

Bahkan Ustadz Hashim A. Ghani pun berpendapat demikan. Dalam bukunya yang

berjudul Kata Berbalas Sesat dan Haram Bermazhab, beliau memberikan ulasan berikut:

“Dalam al Quran dan Hadits memang tidak ada menyuruh taqlid dan bermazhab, kerana ia

perbuatan musyrikin dan ahli Kitab. Diharamkan taqlid kerana Allah dan RasulNya

mengharamkan, Sahabat Nabi dan para Imam mujtahidin mengharamkan….”9

Inilah fakta keterlampauan ‘Wahhabi Nusantara’ satu ketika dahulu dalam menghukum

madzhab dan taqlid.

Pada halaman 21-22:

“Selain daripada itu, Wahhabi juga turut melarang umat Islam daripada bertaklid

dalam agama iaitu mengikuti sesuatu dalam perkara agama tanpa mengetahui kedudukan

8 Risalah Madzhab, dalam buku Ijma’ – Qiyas – Madzhab – Taqlid, halaman 75-76. 9 Kata Berbalas Sesat dan Haram Bermazhab, halaman 78.

Page 11: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

sebenar bagi setiap perkara yang diikuti sama ada ianya adalah suatu yang bertentangan

dengan ajaran agama atau sebaliknya. Ini kerana sikap bertaklid buta di dalam beragama

bukan sahaja termasuk larangan Allah dan Rasul-Nya, malahan juga sikap seperti ini

berupaya menjadikan seseorang atau sesuatu kaum itu berlaku taksub dan fanatik kepada

sesuatu pegangan sekalipun telah jelas ianya adalah sesuatu yang menyelisihi kebenaran

yang dibawa oleh al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam yang

sahih. Sikap seperti inilah sebenarnya yang diharamkan oleh Wahhabi.”

Tanggapan:

Sayangnya dari halaman 22-58, penulis lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai

ittiba’ dan taklid yang dilarang oleh syara’. Takliq itu tidak dilarang secara mutlak. Dalam

kata lain, tidak semua taklid itu tercela. Dalam buku Mulia Dengan Manhaj Salaf dijelaskan:

“Taklid dibolehkan bagi orang awam yang tidak mampu meneliti dalil dan

mengambil hukum darinya. Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengatakan, ‘Para ulama

bersepakat bahwa orang awam wajib bertaklid kepada ulama mereka, kerana mereka

adalah orang yang dimaksud dalam firman Allah Ta’ala,

‘…Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.’ (QS. Al-

Anbiyaa’: 7)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, ‘Pendapat yang dipegang

jumhur ulama ialah bahwa ijtihad dibolehkan bagi sekolompok orang dan taklid

dibolehkan bagi sekelompok orang. Mereka tidak mewajibkan ijtihad atas setiap orang

Page 12: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

lantas mengharamkan taklid, dan mereka tidak mewajibkan taklid atas setiap orang lantas

mengharamkan ijtihad’.”10

Namun begitu, taklid yang dibolehkan mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

1. Orang yang taklid memang benar-benar bodoh dan tidak mampu mengetahui

hukum Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

2. Hendaklah dia bertaklid kepada orang yang beragama dan baik yang telah diketahui

memiliki ilmu dan kemampuan berijtihad.

3. Belum terlihatnya kebenaran bagi orang yang taklid, iaitu pendapat selain dari

orang yang ditaklidnya itu lebih lemah.

4. Tidak boleh taklid pada masalah-masalah yang menyelisihi nash-nash syari’at atau

ijma’ kaum Muslimin.

5. Orang yang taklid tidak boleh mewajibkan dirinya berpegang pada satu madzhab

tertentu sahaja dalam setiap masalah, namun hendaklah ia mencari kebenaran dan

mengikuti setiap pendapat yang lebih mendekati kebenaran. Tetapi ini bukan

bermakna pindah-pindah dari satu madzhab ke madzhab yang lain dengan tujuan

mengikuti rukhsah (kemudahan) dan mencari yang lebih mudah.11

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata, “…Sesungguhnya Allah Subhanahu mencela

orang-orang yang berpaling dari apa yang diturunkan-Nya, kemudian bertaklid pada apa

yang dilakukan oleh nenek moyangnya (tanpa didasari ilmu). Kadar taqlid seperti inilah

yang sepakat dicela dan diharamkan oleh as-Salaf dan para imam yang empat. Adapun

bertaklid kepada orang yang mengerahkan segala upaya untuk mengikuti apa yang

diturunkan oleh Allah, dimana dia tidak mengetahui sebahagian apa yang diturunkan-Nya

10 Mulia Dengan Manhaj Salaf oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, halaman 300-301. 11 Dinukil dari ibid, halaman 301.

Page 13: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

kemudian dia bertaklid kepada orang yang lebih mengetahui, maka taklid seperti ini dipuji

tidak dicela, diberi pahala tidak disiksa….”12

Pada halaman 29:

“Dalam konteks ini, Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah al-Syafie rahimahullah berkata:….”

Tanggapan:

Dalam Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra karya Imam as-Subki (771H) serta Thabaqat

asy-Syafi’iyyah karya ‘Abd ar-Rahim Al-Asnawi (772H), Imam Ibn Katsir (776H) dan Ibn

Qadhi Syuhbah (851H) tidak disenaraikan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (751H) dalam

tokoh dan ulama madzhab Syafi’i.

Namun dalam adz-Dzail ‘ala Thabaqat al-Hanabilah, Imam Ibn Rajab (795H)

menyenaraikan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam tokoh dan ulama madzhab Hambali.

Bahkan Syaikh Ahmad Farid menyebutkan bahawa Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah

adalah Muhammad bin Abu bakar bin Ayyub bin Sa’ad bin Hariz bin Makki, Zainuddin az-

Zur’i ad-Dimasyqi al-Hambali.13 Wa-Allahu A’lam.

Pada halaman 51:

“Demikian juga ucapan beliau14 rahimahullah tentang Abu Ismail al-Harawi (Syeikh al-

Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah) sebagaimana yang dicatat di dalam kitabnya, Madarijus

Salikin, jld 2, ms. 38.

‘Syiekh al-Islam (Ibn Taimiyyah) sangat kami cintai tetapi al-haq (kebenaran) lebih

kami cintai daripada dia’.”

12 I’lam al-Muwaqqi’in, jilid ketiga, halaman 448. 13 60 Biografi Ulama Salaf, terjemahan dari Min A’lam as-Salaf, halaman 822. 14 Yang dimaksudkan ialah Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah.

Page 14: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Tanggapan:

Ini jelas keliru kerana Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan mengenai

Syaikh al-Islam Abu Isma’il al-Harawi (‘Abdullah bin Muhammad al-Anshari) itu sendiri

dan bukan mengenai Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Ternyata buku yang dinukil itu pun

tidak menyatakan demikian. Yang dinyatakan dalam buku Syaikh Al-Albani Dihujat! pada

halaman 132 adalah:

“Dan ucapan Imam Ibnul Qayyim rahimahullaah tentang Abu Isma’il al-Harawi:

ينا منه.شيخ اإلسلم حبيب إلينا ولكن الحق أحب إل

Syaikhul Islam sangat kami cintai, tetapi al-Haq lebih kami cintai daripada dia.”15

15 Syaikh Al-Albani Dihujat! oleh Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi.

Page 15: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

PANDANGAN IMAM AL-SYAFIE DAN WAHHABI TERHADAP AMALAN

BERZIKIR DAN BERDOA BERJEMAAH

Oleh

Mohd Hairi Nonchi

Penulis menyatakan pada halaman 93-97:

“Bagi membuktikan bahawa Wahhabi bukanlah pihak yang menyendiri di dalam

mengharamkan amalan berzikir berjamaah dengan suara yang keras secara terus-menerus

setiap kali selesai mengerjakan ibadat solat fardhu, maka penulis akan kemukakan

beberapa pandangan yang bersumberkan daripada Imam al-Syafie dan beberapa ulamak

bermazhab Syafie berkenaan dengan amalan tersebut.”

Kemudian penulis menukilkan pandangan Imam asy-Syafi’i mengenai berzikir selepas

menunaikan shalat fardhu.

Tanggapan:

Jika dinukil pandangan Imam asy-Syafi’i dari awal teks, maka beliau berkata,

كر هللا بما وصف، جهرا، أو سرا أو بغيره ذا من المباح لإلمام، وغير المأموم، قال وأى إمام ذوه

فحسن .....

“Dan ini dari hal yang mubah bagi imam, dan bukan bagi makmum. Beliau berkata: Dan

siapa sahaja imam berdzikir kepada Allah dengan apa yang disifatkan (di dalam hadits),

secara jahar (nyaring), atau secara sirr (perlahan) atau dengan selainnya maka ia adalah

baik….”16

Dari teks tersebut, didapati bahawa Imam asy-Syafi’i tidak sekalipun

mengharamkan bagi imam berdzikir dengan suara yang keras selepas menunaikan shalat

16 Al-Umm, juz kedua, halaman 288.

Page 16: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

fardhu. Hanya sahaja Imam asy-Syafi’i memilih pandangan bahawa imam dan makmum

memperlahankan bacaan dzikir. Bahkan tidak terdapat teks dari Imam asy-Syafi’i bahawa

beliau mengharamkan amalan berzikir berjamaah dengan suara yang keras secara terus-

menerus setiap kali selesai mengerjakan ibadat shalat fardhu.

Pada halaman 103:

“Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah al-Syafie”

Tanggapan:

Penulis menyebutkan hal yang serupa pada halaman 175, 180, 194 & 203. Sudah

dijelaskan sebelumnya bahawa Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tidak disenaraikan dalam

tokoh dan ulama madzhab Syafi’i.

Page 17: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

MENELITI PANDANGAN IMAM AL-SYAFIE & WAHHABI DALAM

PERSOALAN MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN AL-QUR’AN KEPADA

ORANG MATI

Oleh

Mohd Hairi Nonchi

Penulis menyatakan pada halaman 125-127:

“Imam al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah berkata menerusi kitab tafsirnya, Tafsir Ibn

Katsir, jld. 4, ms. 335:

‘Melalui ayat yang mulia ini, Imam al-Syafie rahimahullah dan para pengikutnya

mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Qur’an) yang dihadiahkan kepada orang mati

tidak sampai kepadanya kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Oleh

kerana itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mensunnahkan

(menganjurkan –pen) umatnya dan menganjurkan mereka melakukan perkara tersebut,

serta tidak pula menunjuk kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada orang mati)

walaupun dengan satu nas (dalil)’.”

“Antara ulamak bermazhab Syafie yang turut menguatkan tafsiran al-Hafiz Ibn

Katsir rahimahullah di atas ialah Imam Nawawi rahimahullah. Menerusi kitabnya Syarh

Shahih Muslim, jld. 2, ms. 90 beliau menegaskan bahawa:

‘Pendapat paling masyhur dalam mazhab Syafie mengenai hukum bacaan al-Qur’an

(yang pahalanya dikirimkan kepada si mati), tidak sampai pahala yang dikirimkan kepada si

mati….”

“Selanjutnya, Imam al-Nawawi rahimahullah sekali lagi menegaskan bahawa:

Page 18: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

‘Adapun pembacaan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati,

membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam al-Syafie dan jumhur

(kebanyakan) ulamak Syafie adalah tidak sampai kepada si mati….’.”

Tanggapan:

Penulis sepatutnya bersikap adil dan amanah dalam menukilkan pandangan. Ini

sepertimana yang beliau sendiri nyatakan pada nota kaki halaman 201:

“Ditekankan sifat ‘adil dan amanah’ di sini kerana tidak sedikit dalam kalangan ahli agama

yang apabila diajukan sesuatu persoalan berkaitan dengan masalah agama, mereka

menjawabnya secara tidak adil dan amanah. Dikatakan sebagai tidak adil kerana ada dalam

kalangan sebahagian ahli agama yang apabila mengemukakan sesuatu pandangan, mereka

hanya cenderung untuk mengambil pandangan sesuatau pihak tanpa mahu melihat

pandangan dari pihak lain yang mungkin lebih rajih (kuat) dan sarih (jelas) berbanding

dengan pandangan yang mereka kemukakan.”

Sebenarnya ada dua pandangan yang disandarkan kepada Imam asy-Syafi’i

berkenaan amalan bacaan al-Qur’an kepada orang mati. Yang pertama adalah pahala

bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada orang mati tidak sampai kepadanya. Inilah

pandangan yang dinukilkan oleh Imam Ibn Katsir di dalam tafsirnya. Yang kedua adalah

sunnahnya bacaan al-Qur’an di sisi kuburan. Dalam kitab al-Adzkar, Imam an-Nawawi

menukilkan bahawa Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabat berkata,

يستحب أن يقرؤوا عنده شيا من القرآن، قالوا فإن ختموا القرأن كله كان حسنا.

“Disunnahkan agar mereka membacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (kuburan)”.

Mereka berkata, “Maka jika sekiranya mereka mengkhatamkan al-Quran seluruhnya itu

adalah baik.”17

17 Al-Adzkar an-Nawawiyyah, halaman 274.

Page 19: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Imam an-Nawawi menyebutkan hal ini lagi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab:

قال أصحابنا رحمهم هللا ويستحب للزار أن يسلم على المقابر، ويدعو من يزوره، ولجميع أهل المقبرة،

عقبها، والفضل أن يكون السلم والدعاء بما ثب ف الحديث، ويستحب أن يقرأ من ما تيسر، ويدعو لهم

نص عليه الشافع ، واتفق عليه الصحاب.

“Shahabat-shahabat kami rahimahumullah berkata: Dan disunnahkan bagi penziarah kubur

untuk memberikan salam atas (penghuni) kubur, dan mendo’akan kepada orang mati yang

diziarahi, dan kepada semua penghuni kubur, dan lebih utama jika salam dan do’a itu

menggunakan apa yang sudah dituntunkan di dalam hadits, dan disunnahkan pula

membaca apa yang mudah dari al-Qur’an, dan diakhiri dengan berdo’a untuk mereka,

keterangan ini dinaskan oleh asy-Syafi’i, dan telah disepakati oleh shahabat-shahabatnya.”18

Imam an-Nawawi sendiri memilih pandangan bahawa sampainya pahala bacaan al-Qur’an

kepada orang mati. Beliau berkata,

هب الشافع وجماعة أنه ل يصل. ذواختلف العلماء ف وصول ثواب قراءة القرآن، فالمشهور من م

هب أحمد بن حنبل وجماعة من العلماء وجماعة من أصحاب الشافع إلى أنه يصل، والختيار أن ذو

يقول القارئ بعد فراغه اللهم أوصل ثواب ما قرأته إلى فلن، وهللا أعلم.

“Dan ulama berbeza pandangan mengenai sampai tidaknya pahala bacaan al-Qur’an kepada

si mayit. Yang masyhur dari madzhab Syafi’i dan segolongan ulama bahawa hal itu tidak

sampai. Ahmad bin Hanbal dan segolongan ulama, serta golongan dari shahabat-shahabat

asy-Syafi’i berpendapat bahawa pahala itu sampai kepada orang mati. Dan yang terpilih

adalah orang yang membaca al-Qur’an itu setelah selesai, hendaklah mengucapkan:

'Ya‘Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah aku baca ini kepada Fulan.’ Wa-Allahu

A’lam.”19

18 Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, halaman 1169. 19 Al-Adzkar an-Nawawiyyah, op. cit, halaman 278.

Page 20: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Pada halaman 130:

“Sebab-sebab Pengharaman Amalan Menghadiahkan Pahala Bacaan al-

Qur’an Kepada Orang Mati Disisi Imam al-Syafie dan Wahhabi.

Sebagaimana halnya dengan kedudukan amalan berzikir berjamaah yang dilakukan

secara terus-menerus sebelum ini, demikianlah juga dengan kedudukan amalan

menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang mati di mana Imam al-Syafie

bersama Wahhabi telah bersepakat dalam hukum pengharamannya….”

Tanggapan:

Tidak terdapat bukti yang jelas dari teks Imam asy-Syafi’i bahawa beliau

mengharamkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang mati.

Penulis perlu berhati-hati dalam menyandarkan sesuatu hukum kepada Imam asy-Syafi’i.

Penulis sendiri tidak menyatakan pandangan ‘Wahhabi’ yang mengharamkan

amalan mengahadiahkan pahala bacaan al-Qur’an sehingga dapat dikatakan Imam asy-

Syafi’i sepakat bersama ‘Wahhabi’ dalam hal ini. Ternyata sekali lagi penulis tidak

bersikap adil dan amanah dalam memberi pandangan.

Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyatakan, “…Seeloknya kita renung

kata-kata Asy-Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza’iri:

Tidak menjadi kesalahan kepada seseorang Islam duduk di dalam masjid atau di

dalam rumahnya, lalu membaca Al-Qur’an. Setelah selesai membacanya, mohonlah

kepada Allah agar mengampun dan merahmati si mati, dengan bertawassul menggunakan

ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacanya tadi.

Page 21: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Dengan ini kita memahami boleh dibaca-baca apa-apa ayat sekalipun, kemudian

dihadiahkan pahalanya kepada si mati, secara bersendirian dan bukannya di dalam bentuk

perkumpulan.”20

Beliau juga menyatakan, “Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Al-

Qayyim yang merupakan dua orang tokoh ‘ulama’ salaf yang menentang kuat perkara

bid’ah di dalam kehidupannya, juga berpendapat pahala bacaan Al-Qur’an sampai kepada

si mati. Pandangan Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya ini dinyatakan dengan

jelas oleh As-Sayyid Nu’man Al-Alusi di dalam Jala’ Al-Ainain dan Asy-Syeikh Asy-

Syirbasi di dalam Yas’alunaka Fi Ad-Din wal-Hayat.”21

Ada yang mengatakan bahawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menarik semula

fatwanya mengenai bolehnya amalan menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si

mati. Namun Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya ar-Ruh menyebutkan,

“Sebahagian yang lain mengatakan: Al-Qur’an tidak menafikan pemanfaatan seseorang atas

usaha orang lain. Yang dinafikan adalah kepemilikan selain usahanya. Antara dua hal ini

terdapat perbezaan yang sangat jelas. Allah Ta’ala menjelaskan bahawa dia tidak dapat

memiliki selain dari usahanya, sedangkan usaha orang lain adalah milik orang lain tersebut.

Jika dia berkehendak maka akan diberikan kepada orang lain, dan kalau tidak maka akan

dia tahan untuk dirinya sendiri. Allah Subhanahu tidak berfirman bahawa manusia tidak

dapat mengambil manfaat selain dari apa yang dia usahakan. Guru kami (Syaikh al-Islam

Ibn Taimiyyah) memilih pandangan ini.”22

Boleh juga membaca pandangan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengenai amalan

menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang mati dalam kitabnya ar-Ruh, Fasal -

Apabila dikatakan apakah menurut kalian ada syarat untuk mengucapkan lafaz menghadiahkan

20 Fiqh Perbandingan Isu-Isu Fiqh Terpilih, halaman 450-451. 21 Ibid, halaman 451. 22 Ar-Ruh, halaman 465.

Page 22: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

agar pahalanya boleh sampai kepada orang lain atau hanya cukup dengan niat sahaja?.23

Ternyata beliau antara ulama yang membolehkan amalan tersebut.

Pada halaman 130-131:

“Membolehkan amalan menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang

telah mati akan mendorong umat Islam untuk malas melaksanakan ibadah atau kebajikan-

kebajikan lainya.

Logiknya, jika amalan menghadiahkan pahala al-Qur’an kepada orang yang telah

mati itu disyariatkan oleh agama, maka apakah perlunya lagi umat Islam bertungkus lumus

melakukan sekian-sekian ibadah sedangkan peluang untuk meraih pahala daripada amalan

orang lain sentiasa terbuka?

Selain itu, jika perkara ini benar-benar disyariatkan maka pasti ianya akan

memberikan peluang yang amat besar kepada golongan berada untuk memasuki syurga

meskipun mereka tidak perlu lagi melakukan apa-apa ibadah atau kebajikan-kebajikan

tertentu….”

Tanggapan:

Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menjelaskan:

“Hukuman ‘ulama’ yang memutuskan sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati,

tidaklah bermaksud orang yang meninggal itu, tidak perlu ber’amal, membaca Al-Qur’an,

berdo’a dan beristighfar semasa hidupnya, sebaliknya menaruh harapan semata-mata

kepada anak-anak dan kaum kerabatnya, supaya membaca Al-Qur’an dan kemudian

dihadiahkan pahala tersebut kepadanya di ‘alam barzakh. Ini satu perkara yang tidak

pernah dinyatakan oleh ‘ulama’ yang menghukumkan sampai pahala bacaan Al-Qur’an

kepada si mati. Sebaliknya si mati hendaklah ber’amal, bersedekah, berpuasa berdoa,

23 Ibid, halaman 496-500.

Page 23: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

beristighfar, bahkan perlu melakukan ke semua ‘amalan fardhu dan juga sunat, yang

ditaklifkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.”24

Amalan menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati

sama sekali tidak memastikan peluang yang kecil atau besar kepada sesiapa pun untuk

memasuki syurga. Ini kerana amalan tersebut hanya sebagai ‘pengharapan’ kepada Allah

semoga do’a yang dihajati termakbul dan tersampainya pahala kepada si mati. Ini pun

selagi si mati itu bukan dari kalangan orang-orang kafir.

Pada halaman 131:

“Perbuatan ini akan menyebabkan kezaliman dan kemaksiatan akan kian berleluasa.”

Tanggapan:

Sudah dijelaskan sebelumnya pada tanggapan sebelum ini.

Pada halaman 132:

“Amalan membaca al-Qur’an untuk tujuan menghadiahkan pahala bacaannya kepada

orang yang telah meninggal dunia adalah perkara bid’ah.”

Tanggapan:

Penulis sepatutnya tidak mudah mengkategorikan sebuah amalan itu sebagai bid’ah.

Kedua-dua golongan baik yang mengatakan sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada si

mati mahupun yang mengatakan tidak sampai, mempunyai hujjah masing-masing yang

berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan isu ini dibahaskan oleh ulama mu’tabar

sehingga lebih tepat dikatakan bahawa ia adalah isu khilafiyyah.

24 Fiqh Perbandingan Isu-Isu Fiqh Terpilih, ibid, halaman 449-450.

Page 24: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Pada halaman 144:

“Terhadap hujah ini, Imam al-Syaukani rahimahullah yang juga merupakan salah

seorang pembesar bagi mazhab Syafie….”

Tanggapan:

Imam asy-Syaukani dikenali sebagai seorang mujtahid yang tidak bermadzhab. Dr.

Zain An-Najah apabila ditanya mengenai hal ini tidak menyebutkan bahawa Imam asy-

Syaukani bermadzhab Syafi’i, seperti yang dinyatakan dalam lelaman

http://majalah.hidayatullah.com:

“Sebagian orang berpendapat, ijtihad ulama yang tidak bermazhab seperti Imam Syaukani

lebih brilian dibanding ulama mazhab?

Pertanyaan ini pernah dijawab oleh profesor saya ahli fiqh di Al Azhar, bahwa ilmu Imam

Syaukani itu hanya secuil kuku dibanding ilmunya Imam Syafi’i. Kalau hasil ijtihad Imam

Syaukani yang hanya membanding-bandingkan lalu dianggap briliyan, kita juga bisa

melakukan hal yang sama, bahkan bisa lebih bagus. Ini karena teknologi yang ada sekarang

memungkinkan untuk itu. Kita bisa mencari kitab apa saja, tinggal mengklik di Maktabas

Syamilah, misalkan. Kemudian kita tahqiq (edit). Terus, apakah kemudian dikatakan

bahwa kita lebih baik dan pintar dari Imam Syafi’i?

Jelas tidak dong. Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz ketika dipuji memiliki ilmu yang lebih

baik dari sahabat Muawiyah, langsung marah dan berkata bahwa dirinya tidak ada apa-

apanya dibanding sahabat Rasulullah itu.”25

25 http://majalah.hidayatullah.com/?p=1561

Page 25: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

WAHHABI MENGHARAMKAN QUNUT SUBUH DAN PENENTANG IMAM

AL-SYAFIE & MAZHAB SYAFIE

Oleh

Mohd Hairi Nonchi

Penulis menyatakan pada halaman 213:

“…Apa yang jelas adalah ianya (qunut subuh) hanyalah merupakan suatu yang berasal

daripada pandangan dan hasil ijtihad yang lemah oleh sebahagian para tokoh dalam mazhab

Syafie.”

Tanggapan:

Penulis tidak menyatakan teks Imam asy-Syafi’i sendiri dimana beliau berkata,

و ف ش ء من الصلوا إل الصبح، إل أن تنزل نازلة فيقن ف الصلوا كلهن، إن شاء نول ق

اإلمام.

“Dan tidak ada qunut pada shalat lima waktu selain shalat subuh. Kecuali jika terjadi

bencana, maka boleh qunut pada semua shalat, jika imam kehendaki.”26

Amalan qunut subuh ini termasuk dalam amalan as-Salaf yang kemudiannya dipertahankan

oleh sebahagian para tokoh dalam madzhab Syafi’i.

26 Al-Umm, op. cit, halaman 424.

Page 26: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

RUMUSAN

1. Penulis (Mohd Hairi Bin Nonchi) berusaha untuk mengajak para pembaca supaya

tidak bertakliq (mengikut membuta tuli) tetapi malangnya beliau sendiri telah

bertaklid kepada buku-buku yang dirujuk dan dinukilnya.

2. Penulis tidak bersikap adil dan amanah pada beberapa kenyataan sehingga dapat

memberi maklumat yang tidak tepat kepada para pembaca.

3. Penulis perlu meluaskan lagi pembacaan kepada tulisan-tulisan yang bukan hanya

berpihak kepada pandangan yang dicenderunginya.

4. Penulis sebaiknya menulis sebuah judul penulisan dengan kadar dan tingkatan ilmu

yang ada pada dirinya memandangkan beliau tidak mempunyai latar belakang

pendidikan agama yang formal (berdasarkan biodata penulis pada halaman 395).

Wa-Allahu A’lam.

سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن ال إله إال أنت، أستغفرك وأتوب إليك. وصلى اهلل على نبينا ورسولنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم. .رب العالمينوالحمد هلل

Akhukum fi ad-Din,

Abu Jaisyillah Muhammad Nur

Singapura

30 Shafar 1435Hijriah bersamaan 02 Januari 2014Masihi

Page 27: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

DAFTAR RUJUKAN

Sumber Buku

60 Biografi Ulama Salaf, Ahmad Farid, terjemahan dari Min A’lam as-Salaf oleh Masturi

Irham dan Asmu’i Taman, Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur, cetakan kedua tahun

2007M.

Adz-Dzail ‘ala Thabaqat al-Hanabilah, ‘Abd ar-Rahman bin Ahmad bin Rajab, tahqiq dan

ta’liq: Dr. ‘Abd ar-Rahman bin Sulaiman al-‘Utsaimin, Maktabah al-‘Ubaikan, Makkah al-

Mukarramah, cetakan pertama tahun 1425H/2005M.

Al-Adzkar an-Nawawiyyah, Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf an-Nawawi, tahqiq, takhrij dan

ta’liq: Muhyi ad-Din Mistu, Dar Ibn Katsir/Maktabah Dar at-Turats, Beirut/Madinah al-

Munawwarah, cetakan kedua tahun 1410H/1990M.

Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf an-Nawawi, taqdim: Ra-

id bin Shabri bin Abi ‘Alfah, Bait al-Afkar ad-Dauliyyah, t.t.

Al-Umm, Muhammad bin Idris asy-Syafi’i, tahqiq dan takhrij: Dr. Rif’at Fauzi, Dar al-

Wafa’, al-Manshurah, cetakan pertama tahun 1422H/2001M.

Ar-Ruh fi al-Kalam ‘ala Arwah al-Amwat wa al-Ahya’, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, dirasah dan

tahqiq: Dr. Bassam ‘Ali Salam al-‘Amusy, Dar Ibn Taimiyyah, Riyadh, cetakan pertama

tahun 1406H/1986M.

Ensiklopedi Ulama Nusantara: Riwayat Hidup, Karya dan Sejarah Perjuangan 157 Ulama

Nusantara, H. M. Bibit Suprapto, Pengantar: Azyumardi Azra, Gelegar Media Indonesia,

Jakarta, cetakan pertama tahun 2010M.

Fiqh Perbandingan Isu-Isu Fiqh Terpilih, Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Al-Hidayah

Publishers, Kuala Lumpur, cetakan pertama tahun 2007M.

Page 28: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Ijma’ – Qiyas – Madzhab – Taqlid, A. Hassan, Lajnah Penerbitan Pesantren PERSIS, Bangil,

cetakan pertama tahun 1984M.

I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Abu ‘Abdillah Muhammad bin Abi Bakar bin

Ayyub Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ta’liq dan takhrij: Abu ‘Ubaidah Masyhur bin Hasan Alu

Salman dan Abu ‘Umar Ahmad ‘Abdullah Ahmad, Dar Ibn al-Jauzi, cetakan pertama

tahun 1423H.

Kata Berbalas Sesat dan Haram Bermazhab, Hashim A. Ghani, KTF Institute, Negeri

Sembilan, t.t.

Mulia Dengan Manhaj Salaf, Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Pustaka At-Taqwa, Bogor,

cetakan ketiga tahun 1430H/2009M.

Salaf: Salaf As-Salih Muhyi Atharis Salaf, H. Aboebakar Acheh, Pustaka Aman Press Sdn.

Bhd., Kelantan, cetakan pertama tahun 1976M.

Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie Yang Sebenar?, Mohd. Hairi Bin Nonchi

dan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Perniagaan Jahabersa, Johor Darul Takzim, cetakan

pertama tahun 2010M.

Syaikh Al-Albani Dihujat!: Risalah Pembelaan Atas Tuduhan dan Hujatan KH. Ali Mustafa

Yaqub, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Salwa Press, Jawa Barat, cetakan

pertama tahun 1429H/2008M.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah

(Hamka), Pustaka Dini, Selangor Darul Ehsan, cetakan edisi terkini tahun 2009M.

Thabaqat asy-Syafi’iyyah, ‘Abd ar-Rahim Al-Asnawi, tahqiq: Kamal Yusuf al-Hut, Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, cetaklan pertama tahun 1407H/1987M.

Page 29: Tanggapan Terhadap Beberapa Kenyataan Dalam Buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?

Thabaqat asy-Syafi’iyyah, Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Umar bin

Muhammad Taqiyuddin Ibn Qadhi Syuhbah ad-Dimasyqi, tash-hih dan ta’liq: Dr. al-

Hafizh ‘Abd al-‘Alim Khan, Da-irah al-Ma’arif al-‘Utsmaniyyah, Hyder Abad, cetakan

pertama tahun 1399H/1979M.

Thabaqat asy-Syafi’iyyah, ‘Imad ad-Din Isma’il bin ‘Umar Ibn Katsir, tahqiq: ‘Abd al-

Hafizh Manshur, Dar al-Madar al-Islami, Beirut, cetakan pertama, t.t.

Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra, Tajuddin Abu Nashr ‘Abd al-Wahhab bin ‘Ali bin ‘Abd

al-Kafi as-Subki, tahqiq: ‘Abd al-Fattah Muhammad al-Halu dan Mahmud Muhammad ath-

Thanahi, Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.t.

Tokoh-Tokoh Islam Yang Berpengaruh Abad 20, Herry Mohammad, dkk, Gema Insani,

Jakarta, cetakan pertama tahun 1427H/2006M.

Lelaman Web

http://majalah.hidayatullah.com

Lelama