Upload
lytram
View
269
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAPAK WEB KOMUNITI GURU – guruKu.net
LIM HOCK KIONG
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk mendapat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian
(Teknologi Maklumat)
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2005
ii
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI JADUAL x
PENGHARGAAN xi
ABSTRAK xii
ABSTRACT xiii
BAB 1: PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 1
1.3 Objektif 2
1.4 Skop 3
1.5 Kepentingan Tapak Web Komuniti Guru 4
1.5.1 Kepentingan Kepada Guru 4
1.5.2 Kepentingan Kepada Pelajar 5
1.6 Struktur Laporan 5
1.6.1 Bab 1: Pendahuluan 5
1.6.2 Bab 2: Kajian Penulisan 5
1.6.3 Bab 3: Metodologi 6
1.6.4 Bab 4: Analisa 6
1.6.5 Bab 5: Rekabentuk 6
1.6.6 Bab 6: Pelaksanaan 7
iii
1.6.7 Bab 7: Pengujian dan Penilaian 7
1.6.8 Bab 8: Rumusan dan Cadangan Masa Hadapan 7
BAB 2: KAJIAN PENULISAN 7
2.1 Pengenalan 8
2.2 Tapak Web Komuniti 8
2.2.1 Kajian Tapak Web Komuniti Guru yang Sedia Ada 8
2.2.2 Perbandingan Kandungan dan fitur-fitur Tapak Web 9
Komuniti yang Sedia Ada
2.2.3 Perbandingan Teknologi and Antaramuka Tapak Web 10
Komuniti yang sedia Ada
2.3 Peralatan Implementasi 11
2.3.1 Teknologi Sebelah Pelayan 11
2.3.1.1 Skrip Bahasa Sebelah Pelayan 12
2.3.1.2 Perbandingan Ciri-ciri Skrip Sebelah Pelayan 12
2.3.1.3 Aplikasi Pangkalan Data 14
2.3.1.4 Perbandingan Perisian Pangkalan Data 14
2.3.1.5 Pelayan Web 16
2.3.1.6 Perbandingan Pelayan Web 16
2.3.2 Teknologi Sebelah Klien 18
2.3.2.1 Perisian Penyunting Tapak Web 18
2.3.2.2 Forum 18
2.3.2.3 Perbandingan Forum 19
2.3.2.4 Antaramuka / Grafik 20
iv
2.3.3 Penempatan Web 21
2.3.1 Perbandingan Penempatan Web 22
2.4 Kesimpulan 22
BAB 3: METODOLOGI 23
3.1 Pengenalan 23
3.2 Fasa 1: Takrifan 24
3.3 Fasa 2: Pengumpulan Keperluan 24
3.4 Fasa 3: Spesifikasi Keperluan 26
3.5 Fasa 4: Rekabentuk 26
3.6 Fasa 5: Pembangunan 27
3.7 Fasa 6: Pengujian 27
3.8 Fasa 7: Penilainan 28
3.9 Kesimpulan 28
BAB 4: ANALISIS 29
4.1 Pengenalan 29
4.2 Pengumpulan Keperluan 29
4.2.1 Laporan Temuduga 29
4.3 Spesifikasi Keperluan 32
4.3.1 Keperluan Teknologi 32
4.3.2 Keperluan Perisian 32
4.3.3 Keperluan Perkakasan 34
4.3.4 Keperluan Penempatan Web 35
4.4 Kesimpulan 36
v
BAB 5: REKABENTUK 37
5.1 Pengenalan 37
5.2 Proses Model 37
5.2.1 Gambarajah Konteks (Context Diagram) 38
5.2.2 Gambarajah Aliran Data Paras 0 39
5.2.3 Gambarajah level 1 bagi Proses 1.0: Mesin Pencarian 41
5.2.4 Gambarajah Level 1 bagi Proses 2.0 : Bilik Sembang 41
5.2.5 Gambarajah Level 1 bagi Proses 3.0: Log Masuk Pengunjung 42
5.2.6 Gambarajah level 1 bagi Proses 4.0: Pendaftaran 42
5.2.7 Gambarajah level 1 bagi Proses 5.0: Log Masuk Pentadbir 43
5.2.8 Gambarajah level 1 bagi Proses 6.0: Forum 43
5.2.9 Gambarajah level 1 bagi Proses 7.0: Poll 44
5.2.10 Gambarajah level 1 bagi Proses 8.0: Catat Buke Pelawat 44
5.2.11 Gambarajah level 1 bagi Proses 9.0: Senarai Mel 45
5.2.12 Gambarajah level 1 bagi Proses 10.0: Maklum Balas 45
5.3 Kamus Data 46
5.4 Gambarajah Hubungan Entiti 46
5.5 Skema Pangkalan Data 47
5.6 Navigasi 49
5.7 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 50
5.8 Kesimpulan 53
BAB 6: PELAKSANAAN 54
6.1 Pengenalan 54
vi
6.2 Navigasi Tapak Web 54
6.3 Tatarajah dan Pemasangan 56
6.4 Pelaksanaan Modul 56
6.4.1 Modul Pengguna Awam 57
6.4.2 Modul Kata Laluan 63
6.4.3 Modul Pengguna Berdaftar 65
6.4.4 Modul Pentadbir 67
6.5 Kesimpulan 68
BAB 7: PENGUJIAN DAN PENILAIAN 69
7.1 Pengenalan 69
7.2 Objektif 69
7.3 Pengujian Fungsi 69
7.3.1 Keputusan Pengujian Fungsi 70
7.4 Pengujian Kebolehgunaan 70
7.4.1 Keputusan Pengujian Fungsi 70
7.5 Pengujian Kepuasan Pengguna 71
7.5.1 Keputusan Pengujian Kepuasan Pengguna 71
7.6 Limitasi Tapak Web 72
7.7 Kesimpulan 73
BAB 8: RUMUSAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN 74
8.1 Pengenalan 74
8.2 Masalah Yang Dihadapi 74
vii
8.3 Pencapaian Objektif 75
8.4 Perancangan Masa Hadapan 76
8.4.1 Dwibahasa 76
8.4.2 Rekaan Web 77
8.4.3 Skop 77
8.5 Kesimpulan 77
Rujukan 78
Apendiks A: Tapak Web Komuniti Guru yang Sedia Ada 79
Apendiks B: Senarai Kekerapan Keperluan Disebut Semasa Temuduga 87
Apendiks C: Gambarajah Aliran Data Paras 2 88
Apendiks D: Kamus Data 89
Apendiks E: Pemasangan phpdev 4.2.3 91
Apendiks F : Kod Carian 93
Apendiks G : Kod Pembezaan Pengguna 94
Apendiks H : Cetakan Skrin Borang Pendaftaran 95
Apendiks I : Cetakan Skrin Halaman Mengisi Rancangan Mengajar 96
Apendiks J : Cetakan Skrin Halaman Menghantar Lembaran Kerja 97
Apendiks K : Pengujian Fungsi (Functional Test) 98
Apendiks L : Pengujian Kebolehgunaan (Usability Test) 99
Apendiks M : Pengujian Kepuasan Pengguna (User Satisfaction Test) 100
viii
SENARAI RAJAH
Rajah 3.1: Kitar Hayat Pembangunan Sistem Berasaskan Web 23
Rajah 4.1: Peratus Keperluan Kandungan yang Diminati 31
Rajah 4.2: Peratus Keperluan Fitur-fitur yang Diminati 31
Rajah 5.1: Notasi untuk Gambarajah Aliran Data 37
Rajah 5.2: Gambarajah Konteks 38
Rajah 5.3: Gambarajah Aliran Data Paras 0 40
Rajah 5.4: Proses 1.0 : Mesin Pencarian 41
Rajah 5.5: Proses 2.0 : Bilik Sembang 41
Rajah 5.6: Proses 3.0 : Log Masuk Pengunjung 42
Rajah 5.7: Proses 4.0 : Pendaftaran 42
Rajah 5.8: Proses 5.0 : Log Masuk Pentadbir 43
Rajah 5.9: Proses 6.0 : Forum 43
Rajah 5.10: Proses 7.0 : Poll 44
Rajah 5.11: Proses 8.0 : Catat Buku Pelawat 44
Rajah 5.12: Proses 9.0 : Senarai Mel 45
Rajah 5.13: Proses 10.0 : Maklum Balas 45
Rajah 5.14: Gambarajah Hubungan Entiti 47
Rajah 5.15: Gambarajah Skema Relational 48
Rajah 5.16: Navigasi Tapak Web guruKu.net 49
Rajah 5.17: Antaramuka Pengguna Utama 50
Rajah 5.18: Menu Navigasi 51
Rajah 5.19: Antaramuka Pengguna Borang Pendaftaran 52
Rajah 6.1: Navigasi Tapak Web guruKu.net 55
ix
Rajah 6.2: Cara Pembahagian Laman Web 55
Rajah 6.3: Susunan Modul Mengikut Jenis Pengguna 57
Rajah 6.4: Menu Tolak Turun 57
Rajah 6.5: Cetakan Skrin Jadual Persekolahan 58
Rajah 6.6: Cetakan Skrin Keratan Akhbar 58
Rajah 6.7 Cetakan Skrin Undian 59
Rajah 6.8 Cetakan Skrin Tempat Masuk Bilik Sembang 60
Rajah 6.9 Cetakan Skrin Maklum Balas 60
Rajah 6.10 Cetakan Skrin Pautan 61
Rajah 6.11 Cetakan Skrin Mesin Pencarian 62
Rajah 6.12 Cetakan Skrin Log Masuk 63
Rajah 6.13 Cetakan Skrin Menu 64
Rajah 6.14 Cetakan Skrin Ikon 68
x
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1: Perbandingan Tapak Web Komuniti Guru 10
Jadual 2.2: Perbandingan Teknologi dan Antaramuka Tapak Web Komuniti Guru 11
Jadual 2.3: Perbandingan Skrip Bahasa Sebelah Pelayan 13
Jadual 2.4: Perbandingan Perisian Aplikasi Pangkalan Data 15
Jadual 2.5 : Jenis-jenis Pelayan Web 16
Jadual 2.6 : Perbandingan Pelayan Web 17
Jadual 2.7: Perbandingan Perisian Forum 19
Jadual 2.8: Jenis-jenis Pelayan Web 22
Jadual 4.1: Senarai Keperluan yang Dipilih. 30
Jadual 4.2: Senarai Keperluan Perisian 33
Jadual 7.1: Keputusan Pengujian Kepuasan Pengguna 72
Jadual 8.1: Pecapaian Objektif Tapak Web 75
xi
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat terutamanya kepada Cik. Chai
Soo See penyelia projek ini kerana sudi membimbing, memberi tunjuk ajar serta nasihat
sepanjang pelaksanaan projek ini. Tidak lupa juga kepada Cik. Nurfauza Jali pemeriksa
projek ini atas ketelitian memeriksa laporan dan memberi nasihat serta komen yang bernas
dan berguna.
Penghargaan turut diberikan kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia khasnya mentor, Cik. Julia Lee yang sentiasa mengambil berat
terhadap pembelajaran dan perlakuan saya sepanjang pengajian di Unimas.
Sekalung penghargaan istimewa buat rakan seperjuangan Program Khas Pensiswazahan Guru
yang banyak membantu semasa pengajian di sini. Terima kasih atas bantuan, nasihat dan
kerjasama untuk menjayakan projek ini. Akhir kata, semoga segala usaha dan pengetahuan
yang diperolehi dapat dikongsi bersama untuk kebaikan di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
xii
ABSTRAK
Revolusi pengkomputeran telah menjadi satu medium baru dalam global pendidikan dan
media elektronik. Kini sesesorang dapat belajar tanpa melangkah kaki keluar dari rumah dan
manusia yang berada di ribuan batu jauhnya dapat saling berinteraksi menggunakan
kemudahan teknologi terkini. Guru harus memainkan peranan untuk tidak ketinggalan dalam
arus perkembangan ini malahan harus mengetuai arus tersebut. Penghasilan guruKu.net akan
dijadikan sebagai tapak untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat dan
menjadikannya pusat rujukan. Tapak web yang menyediakan kemudahan pelbagai direktori
dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta informasi pendidikan yang terkini dapat
membantu golongan guru di Malaysia merintangi arus pembangunan. Tapak web yang
dibangunkan menggunakan PHP (Hypertext Preprocessor), Skrip Java, HTML (Hyper Text
Markup Language) dan Aplet Java ini akan mewujudkan satu komuniti di alam siber.
xiii
ABSTRACT
The revolutions of the internet computing have emerged as a new medium of global education
as well as the media electronic. Now, one can learn computer without even have to leave the
house and humans who are miles away can communicate with each other using current
technology. Teachers especially play an important role as not to be left out but to lead. The
creation of guruku.net will be the base for teachers in Malaysia to share information and also
as a resource centre. The website caters for all purpose of directory and teaching and
learning aids as well as the latest education information that will help teachers in Malaysia
face the challenges of development. The website is developed using PHP (Hypertext
Preprocessor), Java Script, (Hyper Text Markup Language) and Java Applet will create a
community in cyber world.
guruKu.net
1
Tajuk Projek
guruKu.net – Laman web komuniti guru di Malaysia
Pengenalan
Internet telah membawa kepada zaman ledakan maklumat yang membolehkan seseorang
mendapat maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Pelayaran internet telah menjadi satu
kemestian khasnya golongan guru yang sebagai seorang pendidik dan memikul
tanggungjawab sebagai perujuk kepada pelajar. Perlunya satu laman web tempatan
dibangunkan khasnya untuk membentuk satu komuniti guru Malaysia di alam siber. Guru di
Malaysia tidak harus ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini. Laman web
komuniti guru telah didaftarkan dengan menggunakan nama domain guruku.net. Penghasilan
guruKu.net akan dijadikan sebagai tapak untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat
dan pusat rujukan. Orang ramai selain daripada guru khasnya ibu bapa dan pelajar boleh turut
berinteraksi dengan guru-guru di seluruh Malaysia melalui guruKu.net.
Kajian Penulisan
Teknologi bahagian pelayan dicadangkan menggunakan MySQL sebagai pengendalian
pangkalan data dan PHP sebagai skrip bahasa bahagian pelayan. guruKU.net akan dihostkan
oleh syarikat web hosting MyAsiaHost.com. Pengendalian laman web adalah melalui CPanel
(Web hosting control panel).
Teknologi bahagian pengguna ialah HTML (Hyper Text Markup Language) dengan Java
Script dan Applet yang boleh diakses menggunakan brosur seperti Internet Explorer dan
Netscape Navigator.
guruKu.net
2
Perisian yang dicadangkan untuk penghasilan antara muka laman web :
i. Macromedia Dreamweaver MX
- HTML editor
ii. SwiSH v2.0
- membuat animasi flash untuk logo dan ikon
iii. Adobe Photoshop 6.0
- penghasilan imej dan ikon
Pernyataan Masalah
Guru di Malaysia selalunya terikat oleh Kementerian Pendidikan atau persatuan guru maka
mereka jarang bertindak bersendirian. Guru mengadakan perbincangan atau pertemuan hanya
jika terdapat mesyuarat atau perjumpaan khas yang dikelolakan oleh pihak tertentu, jarang
sekali guru sendiri mengambil inisiatif berbincang dengan guru di sekolah lain tentang
masalah pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi berbincang dengan guru yang tidak
dikenali dan guru yang tinggal berjauhan. Ini berlaku kerana tidak ada satu tempat untuk guru
tersebut berkumpul dan berkenalan. Laman web dapat menyelesaikan masalah ini kerana ia
tidak terhalang oleh masalah geografikal dan boleh diakses oleh sesiapa yang memiliki
kemudahan internet.
Di Malaysia laman web seperti getCyberEd, Kakaktua, Portal pendidikan Utusan, esekolah, e-
tuisyen dan mySchool.net; serta yang lebih tertumpu kepada golongan pendidik seperti
Pendidiknet, Laman Guru Bestari, Sarawak Taecher Union, dan cikgu.net telah dihasilkan. Di
antara laman web tersebut ada yang menyediakan forum, chat dan berita pendidikan. Namun
tidak ada laman web yang membuat koleksi direktori guru dan senarai sekolah.
guruKu.net
3
Objektif
i. Mewujudkan satu komuniti guru Malaysia di alam siber
ii. Tapak rujukan dan koleksi pautan laman web yang berkaitan dengan pendidikan
iii. Pusat perkongsian maklumat dan penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran
iv. Pengumpulan pangkalan data guru dan sekolah
v. Tempat guru berkenalan
vi. Membolehkan pelajar mencari guru lama mereka dan guru mencari rakan yang
lama
Skop
guruKu.net dibina khas untuk golongan guru tetapi boleh digunakan oleh semua golongan
masyarakat. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Antara fungsi-fungsi
yang dimuatkan di dalam laman web ini ialah :
i. Pangkalan data guru
Menyimpan biodata guru seperti nama, tempat berasal, pengkhususan, tempat
berkhidmat, e-mel dan alamat. Data boleh dicari menggunakan mesin carian
melalui nama guru dan tempat berasal.
ii. Pangkalan data sekolah
Menyimpan maklumat sekolah seperti nama, kod sekolah, e-mel dan alamat. Data
boleh dicari menggunakan mesin carian melalui nama sekolah dan negeri.
iii. Forum
Sudut perbincangan dan perkongsi pendapat. Dijanakan oleh phphBB. Pengguna
terbahagi kepada yang berdaftar dan yang tidak berdaftar.
guruKu.net
4
iv. Chat
Pengguna perlu berdaftar.
v. Pautan (Link) laman web pendidikan
Pengguna dapat menghantar laman web dan memberi komen
vi. Uji Minda
Soalan-soalan uji minda disediakan. Pengguna boleh menyumbangkan soalan dan
menjawab soalan.
vii. Sudut Berkenalan
Terbuka kepada semua pengguna sama ada guru atau bukan guru. Pengguna
menghantar maklumat diri mereka. Tidak melibatkan mesin carian.
viii. Buku Pelawat
Pelawat mengisi nama dan pandangan mereka.
ix. Maklumat Am
Maklumat am tentang guru dan falsafah pendidikan di Malaysia
1
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Internet telah membawa kepada zaman ledakan maklumat yang membolehkan
seseorang mendapat maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Pelayaran internet telah
menjadi satu kemestian khasnya golongan guru yang sebagai seorang pendidik dan memikul
tanggungjawab sebagai pembimbing kepada pelajar. Perlunya satu tapak web tempatan
dibangunkan khasnya untuk membentuk satu komuniti guru Malaysia di alam siber.
“The Web as a place. You're the ones laying the foundation of the place we all
call the Web. But the concept of "place" on the Web has seen a transformation in the
past few years. Today, more than ever before, that place is about communities of like-
minded Web users; people clustering together to form a coherent and nearly organic
core. Technology as organism; the Web as place.” (Steidler-Dennison, 2004)
Guru di Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi
ini. Penghasilan tapak web komuniti guru tempatan akan mewujudkan sebuah “tempat”
untuk semua guru di Malaysia berkongsi maklumat dan seterusnya menjadikannya sebagai
pusat rujukan guru. Orang ramai selain daripada guru khasnya ibu bapa dan pelajar boleh
turut berinteraksi dengan guru-guru di seluruh Malaysia melalui tapak web tersebut.
1.2 Pernyataan Masalah
Guru di Malaysia selalunya terikat oleh Kementerian Pendidikan atau persatuan guru,
maka mereka jarang bertindak bersendirian. Guru mengadakan perbincangan atau pertemuan
2
hanya jika terdapat mesyuarat atau perjumpaan khas yang dikelolakan oleh pihak tertentu,
jarang sekali guru sendiri mengambil inisiatif berbincang dengan guru di sekolah lain tentang
masalah pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi berbincang dengan guru yang tidak
dikenali dan guru yang tinggal berjauhan. Ini berlaku kerana tidak ada satu tempat untuk guru
tersebut berkumpul dan berkenalan.
Tapak web dapat menyelesaikan masalah ini kerana ia tidak terhalang oleh masalah
geografikal dan boleh diakses oleh sesiapa yang memiliki kemudahan internet seperti yang
dinyatakan dalam petikan dari Wright pada tahun 2002 “The Web helps solve a number of
problems that real world communities face: geography, convenience, social issues, etc. For
this reason communities are embedding themselves into every corner of the Web. I think in
the future, we'll all communicate in some way with groups through these new technologies
without thinking much about it.” (Wright, 2002)
Di Malaysia tapak web seperti getCyberEd, Kakaktua, Portal pendidikan Utusan,
esekolah, e-tuisyen dan mySchool.net; serta yang lebih tertumpu kepada golongan pendidik
seperti Pendidiknet, Laman Guru Bestari, Sarawak Teacher Union, dan cikgu.net telah
dihasilkan. Di antara tapak web tersebut ada yang menyediakan forum, bilik sembang dan
berita pendidikan. Namun tidak ada tapak web yang betul-betul memfokuskan kepada
komuniti guru.
1.3 Objektif
Objektif mewujudkan sebuah tapak web untuk komuniti guru ialah :
i. Mewujudkan satu komuniti guru Malaysia di alam siber.
ii. Tapak rujukan dan koleksi pautan tapak web yang berkaitan dengan pendidikan.
3
iii. Pusat perkongsian maklumat dan penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Pengumpulan pangkalan data guru dan sekolah.
v. Tempat guru berkenalan.
vi. Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru di seluruh Malaysia.
1.4 Skop
Sasaran pengguna tapak web komuniti guru adalah untuk golongan guru di Malaysia
tetapi boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat. Bahasa pengantar yang digunakan
ialah Bahasa Malaysia. Antara fungsi-fungsi yang dimuatkan ke dalam tapak web ini ialah :
i. Pangkalan data guru
Menyimpan biodata guru seperti nama, tempat berasal, pengkhususan, tempat
berkhidmat, e-mel dan alamat. Data boleh dicari menggunakan mesin carian
melalui nama guru dan tempat berasal.
ii. Pangkalan data sekolah
Menyimpan maklumat sekolah seperti nama, kod sekolah, e-mel dan alamat. Data
boleh dicari menggunakan mesin carian melalui nama sekolah dan negeri.
iii. Forum
Sudut perbincangan dan perkongsian pendapat. Pengguna difokuskan kepada guru
dan pelajar.
iv. Bilik Sembang
Sekurang-kurangnya mempunyai satu bilik sembang yang aktif.
4
v. Pautan (Link) tapak web
Pautan dihadkan kepada tapak web dalam bidang pendidikan, peperiksaan,
matematik, sains dan bahasa Inggeris.
vi. Aktiviti
Sudut rekreasi untuk guru dan pengunjung seperti sudut uji minda dan permainan
interaktif.
vii. Buku Pelawat
Pelawat mengisi nama dan pandangan mereka.
viii. Penyenaraian Mel
Pengunjung dapat dihantar dengan berita terkini melalui senarai mel yang didaftar.
ix. Maklumat Am
Maklumat am tentang guru dan falsafah pendidikan di Malaysia
1.5 Kepentingan Tapak Web Komuniti Guru
Penghasilan tapak web komuniti guru ini adalah penting. Kepentingannya, lebih
kepada dua pihak utama iaitu para guru dan para pelajar. Berikut akan dibincangkan
kepentingan tapak web ini kepada guru dan pelajar.
1.5.1 Kepentingan Kepada Guru
Guru adalah sasaran utama tapak web komuniti ini dan kepentingannya terhadap
mereka ialah guru dapat berkongsi maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran. Ini
membantu dalam meningkatan profesion perguruan dan menjadikan guru lebih celik IT. Guru
dapat mencari rakan guru yang lain, selain daripada rakan setugas dengan membuat carian di
direktori guru dan boleh saling mengenali. Pelajar juga dapat mencari guru lama yang pernah
5
mengajar mereka dan membantu guru meninjau perkembangan kejayaan yang diperolehi oleh
pelajar yang pernah diajar.
1.5.2 Kepentingan Kepada Pelajar
Pelajar boleh digalakkan berkomunikasi dengan guru atau berkongsi pandangan dalam
forum dan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar. Pelajar akan lebih
bersikap terbuka dan selesa apabila bersembang dalam bilik sembang kerana kedua-dua pihak
tidak perlu bersemuka dan ini akan membantu guru mengetahui masalah sebenar pelajar yang
selama ini tidak diketahui kerana kekurangan perbincangan. Apabila guru mengetahui
masalah pelajar, maka dia boleh mencari jalan penyelesaian untuk membimbing pelajar
tersebut dan secara langsungnya akan membantu pelajar tersebut menghadapi masalahnya.
1.6 Struktur Laporan
Struktur laporan untuk Projek Tahun Akhir ini terdiri daripada lapan bab seperti yang
tertara di bawah :
1.6.1 Bab 1 : Pendahuluan
Bab yang menerangkan secara umum tentang tapak web yang akan dibangunkan
seperti pernyataan masalah, objektif, skop projek, kepentingan kajian, perancangan dan
struktur laporan.
1.6.2 Bab 2 : Kajian Penulisan.
Bab ini akan meneliti tapak web komuniti guru yang sedia ada. Perbandingan antara
tapak web yang sedia ada dari aspek teknologi, bahasa pengaturcaraan, fitur-fitur dan
6
antaramuka yang digunakan. Selain daripada itu, bab ini juga menghuraikan kesesuaian dan
keberkesanan perisian yang digunakan di bahagian pelayan dan bahagian klien. Di akhir bab
ini akan dibincangkan tentang servis penempatan web (web hosting) yang terdapat di pasaran.
1.6.3 Bab 3 : Metodologi
Bab ini menghuraikan metodologi yang digunakan untuk membangunkan tapak web.
Metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem Berasaskan Web akan dibincang dan langkah-
langkah sistematik yang digunakan untuk merancang dan membangunkan tapak web
mengikut tujuh fasa iaitu takrifan (define), pengumpulan keperluan (requirements gathering),
speksifikasi keperluan (requirements specification), rekabentuk (design), pembangunan
(development), pengujian (testing) dan penilaian (evaluation).
1.6.4 Bab 4 : Analisa
Bab ini menghuraikan tentang kajian dan analisa terhadap tapak web sedia ada dan
mengenalpasti fitur-fiturnya. Analisa daripada temuduga dengan pengguna yang sebenar.
Penetapan keperluan tapak web yang dibangunkan. Bahagian ini juga menerangkan tentang
perisian dan perkakasan yang dipilih mengikut spesifikasi.
1.6.5 Bab 5 : Rekabentuk
Bab ini akan membincangkan tentang rekabentuk yang dicadangkan untuk
dibangunkan berdasarkan hasil kajian dan analisis yang dijalankan. Bab ini akan
menunjukkan gambarajah aliran data dan antaramuka yang akan digunakan untuk
membangunkan tapak web.
7
1.6.6 Bab 6 : Pelaksanaan
Bab ini megenai pelaksanaan projek. Penjelasan tentang pelaksanaan serta tatarajah
dan pemasangan perisian yang diperlukan. Penerangan akan berpandukan kepada beberapa
modul mengikut fitur-fiturnya
1.6.7 Bab 7 : Pengujian dan Penilaian
Bab ini mengenai pengujian dan penilaian projek. Menerangkan tentang cara
pengujian serta keberkesanannya. Penilaian diadakan untuk mengenalpasti kelemahan yang
wujub semasa pengujian dan memperbaiki kecacatan supaya tapak web tersebut dapat
memenuhi kehendak pengguna
1.6.8 Bab 8 : Rumusan dan Cadangan Masa Hadapan
Bab yang terakhir akan membincangkan tentang kesimpulan dan cadangan masa
hadapan tapak web. Bab ini membuat rumusan tentang pencapaian yang dibangunkan serta
rancangan atau cadangan untuk memantapkan tapak web pada masa hadapan.