6
8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 1/6 1 HALANGAN DI ATAS JALAN DAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com  ) Untuk Usrah SISMA 23 Disember 2010 PENGENALAN Perbincangan kita hari ini telah sampai ke satu fasa yang penting dan harus difahami bersama. Namun begitu, kepentingannya tidaklah mendahului kepentingan-kepentingan aspek lain yang telah kita bincangkan di dalam usrah SISMA ini sejak dahulu lagi. Jalan dakwah ini merupakan satu jalan kemuliaan dan tinggi nilai martabatnya. Jalan ini yang terjamin akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Jalan ini juga yang sentiasa dicari oleh setiap peribadi yang ingin berada tinggi di sisi Allah s.w.t. Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah diri kami ini tetap berada di atas dan bersama jalan ini. Bersama berada di dalam gerabak yang telah didahului oleh para Rasul dan para Salihin. Namun jalan ini, tidaklah seindah dan semudah yang kita pernah lalui atau fikirkan. Ia tidaklah selapang yang kita rasakan. Bahkan ia penuh dengan cubaan dan dugaan yang datang dari pelbagai sudut dan keadaan. Bagi seorang Muslim yang mengenali dan memahami tugas dakwah ini, pasti akan terbeban dengan rasa tanggungjawab serta menjalankan dakwah ini dengan sebaik mungkin. Namun, sejauhmana motivasi ini akan mampu berterusan? Ruangan penerusan kerja dakwah atau lebih mudah kita fahami sebagai istiqamah inilah yang membuka dan membentuk pelbagai rintangan serta halangan di atas jalan dakwah. DIANTARA RINTANGAN DAN PENYELEWENGAN Penyelewengan bererti menyimpang dari jalan sebenar. Apabila kesilapan demi kesilapan terus dilakukan dan kita tidak mahu memperbaiki diri dan kembali kepada hal yang benar, maka penyelewengan itu akan menjadikan kita semakin jauh menyimpang dari jalan yang benar. Rintangan pula adalah perkara-perkara yang menjadi sekatan kepada pergerakan kita yang akhirnya memberikan kesan negatif kepada pendakwah itu sendiri. Ia termasuklah dalam soal sekatannya, melemahkan motivasi diri pendakwah, mengambil tindakan hasil dari kekeliruan, memusnahkan usaha dakwah, yang akhirnya semua usaha itu tiada kesan atau bekasnya juga tiada manfaat dan natijah kebaikannya. Penyelewengan dan rintangan adalah lumrah dalam usaha-usaha dakwah ini. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

(Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 1/6

1

HALANGAN DI ATAS JALAN DAKWAH 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah SISMA 23 Disember 2010

PENGENALAN

Perbincangan kita hari ini telah sampai ke satu fasa yang penting dan harus difahami

bersama. Namun begitu, kepentingannya tidaklah mendahului kepentingan-kepentingan aspek lain

yang telah kita bincangkan di dalam usrah SISMA ini sejak dahulu lagi. Jalan dakwah ini merupakan

satu jalan kemuliaan dan tinggi nilai martabatnya. Jalan ini yang terjamin akan mendapat keredhaan

dari Allah s.w.t. Jalan ini juga yang sentiasa dicari oleh setiap peribadi yang ingin berada tinggi di sisi

Allah s.w.t. Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah diri kami ini tetap berada di atas dan bersama jalan

ini. Bersama berada di dalam gerabak yang telah didahului oleh para Rasul dan para Salihin.

Namun jalan ini, tidaklah seindah dan semudah yang kita pernah lalui atau fikirkan. Ia

tidaklah selapang yang kita rasakan. Bahkan ia penuh dengan cubaan dan dugaan yang datang dari

pelbagai sudut dan keadaan. Bagi seorang Muslim yang mengenali dan memahami tugas dakwah ini,

pasti akan terbeban dengan rasa tanggungjawab serta menjalankan dakwah ini dengan sebaik

mungkin. Namun, sejauhmana motivasi ini akan mampu berterusan? Ruangan penerusan kerja

dakwah atau lebih mudah kita fahami sebagai istiqamah inilah yang membuka dan membentuk

pelbagai rintangan serta halangan di atas jalan dakwah.

DIANTARA RINTANGAN DAN PENYELEWENGAN

Penyelewengan bererti menyimpang dari jalan sebenar. Apabila kesilapan demi kesilapan

terus dilakukan dan kita tidak mahu memperbaiki diri dan kembali kepada hal yang benar, maka

penyelewengan itu akan menjadikan kita semakin jauh menyimpang dari jalan yang benar.

Rintangan pula adalah perkara-perkara yang menjadi sekatan kepada pergerakan kita yang akhirnya

memberikan kesan negatif kepada pendakwah itu sendiri. Ia termasuklah dalam soal sekatannya,

melemahkan motivasi diri pendakwah, mengambil tindakan hasil dari kekeliruan, memusnahkan

usaha dakwah, yang akhirnya semua usaha itu tiada kesan atau bekasnya juga tiada manfaat dan

natijah kebaikannya.

Penyelewengan dan rintangan adalah lumrah dalam usaha-usaha dakwah ini. Sebagaimana

firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

Page 2: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 2/6

"  Alif Lam Mim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami 

telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-

orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" . (Al-Ankabut: 1

- 3)

Maka, pasti apabila kita sudah berada benar di atas jalan dakwah ini, apabila kebenaran

yang menjadi halutuju pergerakan dan disertakan dengan kesungguhan yang mendalam, maka, isu

rintangan dan halangan ini menyusul dan ia amat penting untuk diperbincangkan dan agar menjadi

kayu ukur dan perhatian kita semua.

RINTANGAN DAN HALANGAN DI DALAM JALAN DAKWAH

1) Apabila Manusia Meninggalkan Dakwah

Manusia akan mula berpaling dari mereka yang berdakwah. Jika ada dikalangan kita yang

berdakwah ini, berasa sedih dan meninggalkan medan dakwahnya kerana dibenci atau tidak

mendapat tempat, usahlah diharapkan lagi mereka kerana nescaya mereka tidak akan meneruskan

usaha tersebut. Maka fahamilah bersama bahawa ia adalah amat penting bagi kita sebagai

pendakwah untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi kesukaran yang pastinya tidak dapat

dibayangkan. Kini, kita masih lagi diliputi dan dihujani pujian dari masyarakat. Mereka juga masih

menerima kita dalam keadaan yang baik, percaya dan masih mengharap. Namun malangnya bagikita, usaha kita masih ditahap yang kurang memberangsangkan. Perasaan malu dan merendah diri

dalam melaksanakan tugasan agama ini meletakkan kita menjadi amat-amat kurang berkesan.

Mungkin kerana kita sentiasa meletakkan diri kita dalam keadaan yang selesa dan senang yang

akhirnya menjadikan kita amat lembap dan bermasalan.

Bagaimana mereka, para pendakwah terdahulu, melepasi zaman itu? Bersabar dan

istiqamahlah. Jadikanlah Rasulullah s.a.w. sebagai contoh terbaik dalam usaha dakwah ini. Tiada

yang mustahil dalam kerja dakwah ini. Bahkan, Al-Kitab juga menjadi saksi perjuangan dakwah para

Rasul yang tidak pernah kenal erti putus asa dan mengalah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

 

 Nuh berkata, 'Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang maka

seruanku itu hanyalah menambah meraka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali 

aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan

Page 3: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 3/6

3

anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap

(mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sombongnya. Kemudian sesungguhnya aku telah

menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan kemudian sesungguhnya aku (menyeru)

mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan cara rahsia" .(Nuh: 5 9)

Tugas kita hanyalah menyampaikan dakwah ini tetapi bukan membincangkan berapa ramai

yang berhasil kita dakwahkan. Firman Allah lagi;

" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kashi,

tetqapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya" .(Al-Qasas: 56)

Inilah tugas kita dan hidayahnya datang dari Allah s.w.t. Sebagaimana yang kita bincangkan

dalam siri usrah terdahulu, kerja dakwah ini adalah suatu kerja yang panjang dan ia tidak harus

dianggapi sebagai sesuatu yang mudah dicapai. Ia ibarat tanaman yang memerlukan siraman dan

baja yang berterusan. Ia akan subur dan baik sekiranya dijaga dan dipelihara dengan baik.

 

2) Apabila Dipersenda Dan Di Ejek

Sekali lagi Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik di dalam rintangan ini. Lihat dan kenangi

sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w. dihina, disimbah air, najis serta herdikan yang tidak upaya kita

menerimanya. Namun baginda tetap tenang. Malah Nabi Muhammad s.a.w. berkata,"H

ai Tuhankuberikanlah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui " . Firman Allah s.w.t.

yang bermaksud;

" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru manusia kepada

 Allah dan beramal soleh dan berkata, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah

diri. Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Dan tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih

baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi 

teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-

orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai 

keberuntungan yang besar " .(Fusillat: 33-35)

Maka, janganlah dipersendakan mereka yang melakukan kerja-kerja dakwah dan usahlah

bergundah-gulana, kerana itulah punca bermuram durja dan tidak mahu meneruskan usaha.

Page 4: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 4/6

Ingatkanlah semula kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "Jadilah kamu dengan manusia

seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya

melempari manusia dengan buah-buahnya".

3) Penyiksaan

Penyiksaan ini kebiasaannya datang daripada pemerintah, kaum atau masyarakat yang

berada disekitar pendakwah. Jika dikenang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ia datang dari kaum

  jahiliyyah dan pengalaman teman-teman terdahulu adalah daripada sistem pemerintahan yang

menyekat kebebasan mereka dan mereka ini dianggap sebagai ancaman.Namun, mereka yang

terdahulu memiliki segala yang besar. Jiwa mereka, kehendak mereka terhadap agama, bahkan kata-

kata yang mampu menjatuhkan serta memberikan kesan kepada mereka. Oleh yang demikian,

mereka terpaksa bertindak menggunakan cara si penakut. Menggunakan cara pemerintahan zalim

dan berkuku besi, menangkap, memukul dan sebagainya. Namun rupa-rupanyanya, perlakulah

apapun, tekanlah mereka sehingga ke tahap manapun, mereka masih gagal menyekat mereka.

Firman Allah s.w.t;

" Mereka mahu memadamkan nur Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah enggan

kecuali menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir " . ( At-Taubah: 32)

Keadaan ini pasti dilalui oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam jalan dakwah ini. FirmanAllah s.w.t. lagi;

"   Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu

(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh

malapetaka dam kesengsaraan, serta digoncangkan (bermacam-macam cubaan) sehingga

berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan

 Allah? " Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat " .(Al-Baqarah:214 )

Persoalannya, adakah kita sudah merasainya? Adakah kita telah sampai ketahap dicemuh

dan dicaci? Atau diberikan ugutan-ugutan bunuh? Kita masih selamat dan diberikan ruangan yang

sebaiknya untuk berdakwah. Malangnya, kita telah mensia-siakannya. Bahkan, apa yang menjadi

kekhuatiran kita, segala kesenangan kita ini adalah disebabkan kita takut untuk menyatakan

Page 5: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 5/6

5

kebenaran dan hanya mengharapkan kata baik dari orang lain dan tidak berkata yang benar. Kita

berada di dalam bahaya jika itu benar. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

" Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan

mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

"Barangsiapa yang berjihad maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu dari semesta alam)." (Al-

Ankabut: 6)

Sesungguhnya, perintah berdakwah dan berjihad adalah untuk diri kita sendiri. Maka,

tabahkan hati dan bulatkan tekad untuk terus berjalan di atas jalan ini. Apabila yang mula

memusuhi, semaklah diri sama ada kita berada atas jalan-Nya atau menyimpang dan menimbulkan

kesesatan yang nyata. Jika ternyata benar, tabahlah, jika ternyata tersalah, bertaubatlah. Ini semua

semata-mata nilai syurga sebagai ganjaran hidup kita, redha Allah s.w.t. dan bukan redha manusia.

Mereka tidak mampu berbuat apa-apa jika tidak kerana izin dari-Nya. Firman Allah s.w.t.

" Dan sesungguhnya telah didustakan Rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar 

terhadap pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datang pertolomgan kami 

kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji) Allah" . (Al-

An 'aam: 34

)

KELAPANGAN DAN KESENANGAN SELEPAS KESUSAHAN

Berkat kesabaran dan kesungguhan dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam jalan

dakwah ini akhirnya membuahkan hasil usaha yang membanggakan dan memberangsangkan.Laluan

berliku yang direntasi ustaz dan ustazah, generasi yang terdahulu, diteruskan generasi baru

menggantikan mereka dengan mewarisi pelbagai kemudahan dan kelapangan tersedia hasil dari

penat lelah pejuang terdahulu itu, dan mungkin kesabaran dan kesungguhan dalam dakwah itu

sendiri. Namun, ini peringkat yang paling berbahaya kerana padanya juga ada rintangan yang besar.

Rasa senang dan ringan itu menjadikan para pendakwah khususnya kita kini, terpengaruh dan

merasakan apa yang kita lakukan sentiasa benar dan tiada yang salah. Akhirnya kita akan sentiasa

membenarkan setiap tindakan dengan apa cara sekalipun dan memilih untuk melakukan yang ringan

berbanding yang perlu. Ingatlah apabila datang kesenangan dan kelapangan hanyalah untuk

Page 6: (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-halangan-di-atas-jalan-dakwah 6/6

6

memperbaharui tekad dan azam serta merencana pergerakan lebih baik dan terancang.Firman Allah

s.w.t. di dalam surah Al-Araaf bermaksud;

" Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah" . ( Al-A'raaf: 58)