8
8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 1/8 LAGI TENTANG HALANGAN DI ATAS JALAN DAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) PENGENALAN Betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t. ini, apabila ia diciptakan dari tanah dan kemudiannya ditiupkan roh. Maka, manusia itu secara azalinya mempunyai tarikan untuk berada di bumi yang bersifatkan tanah serta sifat roh itu pula secara keseluruhannya mengembalikan manusia kepada ‘Rab’nya. Inilah dia halatuju yang telah diberikan Allah s.w.t. semenjak dahulu lagi kepada manusia, menjadilah ia sebagai tugas hakiki manusia, berbakti kepada tanah asas terbentuknya manusia sebagai khalifah juga pada masa yang sama mengembalikan hak roh kepada Sang Penciptanya. Inilah dia medan perjuangan kita, dari asal tanah sehinggalah bertemu Dia. Inilah jihad kita dan inilah jalan kita. Oleh kerana itu, diri kita perlu sentiasa dilatih untuk berhadapan dengan fitnah dan kesengsaraan hidup sama ada untuk condong kepada dunia atau mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Asy-Syura ayat 20 yang bermaksud; “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Asy-Syura: 20) Maka godaan dan kemudahan duniawi seharusnya dijauhkan dari diri seorang pendakwah kerana ia akan mampu mengundang bencana serta menjauhkan diri kita dari taufik dan pertolongannya. Bahkan jika kita membiarkan godaan dan kemudahan duniawi ini menguasai diri, nescaya kita akan gagal dalam mengawal nafsu diri yang akhirnya nafsu itu menguasai akal maka terdedahlah kita kepada kemurkaan Allah. Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud; 1

(Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 1/8

LAGI TENTANG HALANGAN DI ATAS JALAN DAKWAH

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

PENGENALAN

Betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t. ini, apabila ia diciptakan dari tanah

dan kemudiannya ditiupkan roh. Maka, manusia itu secara azalinya mempunyai

tarikan untuk berada di bumi yang bersifatkan tanah serta sifat roh itu pula

secara keseluruhannya mengembalikan manusia kepada ‘Rab’nya. Inilah dia

halatuju yang telah diberikan Allah s.w.t. semenjak dahulu lagi kepada manusia,

menjadilah ia sebagai tugas hakiki manusia, berbakti kepada tanah asas

terbentuknya manusia sebagai khalifah juga pada masa yang sama

mengembalikan hak roh kepada Sang Penciptanya.

Inilah dia medan perjuangan kita, dari asal tanah sehinggalah bertemu

Dia. Inilah jihad kita dan inilah jalan kita. Oleh kerana itu, diri kita perlu sentiasa

dilatih untuk berhadapan dengan fitnah dan kesengsaraan hidup sama ada untuk

condong kepada dunia atau mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t. Firman Allah

s.w.t. di dalam surah Asy-Syura ayat 20 yang bermaksud;

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah

di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah

yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal 

usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari 

kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan

beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Asy-Syura: 20)

Maka godaan dan kemudahan duniawi seharusnya dijauhkan dari diri

seorang pendakwah kerana ia akan mampu mengundang bencana serta

menjauhkan diri kita dari taufik dan pertolongannya. Bahkan jika kita

membiarkan godaan dan kemudahan duniawi ini menguasai diri, nescaya kita

akan gagal dalam mengawal nafsu diri yang akhirnya nafsu itu menguasai akal

maka terdedahlah kita kepada kemurkaan Allah. Firman Allah s.w.t. lagi di dalam

surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud;

1

Page 2: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 2/8

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak 

kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)

kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan,

dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah

tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-

  perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan

(daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah

mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak 

akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).’” (At-

 Taubah: 24)

USAHA MENCARI REZEKI

Mencari rezeki bagi usia muda seperti pelajar, tidak akan punya banyak

tekanan dan biasanya mereka tidak berfikir banyak di dalam usaha itu kerana

hidupnya masih dibawah tanggungan ibu ayah atau pinjaman pelajaran mereka.

Namun sebagaimana biasa yang kita dengari, mereka yang belajar ini akan mula

memasuki fasa pertama atau musim sejuk pertama iaitu pekerjaan. Keperluan

mendesak seperti pendapatan, kedudukan, kereta, rumah dan sebagainya

akhirnya menjadi sebab kepada rezeki mereka bukan keberkatan hidup dariAllah. Mereka mula melihat bahawa yang memberikan gaji itulah yang

memberikan rezeki bukan lagi Allah s.w.t. Maka kilang alasan pun dibina bagi

memastikan pelbagai alasan dapat diberikan atas usaha untuk melepaskan diri

dari tugas Allah s.w.t. Persoalannya, terlepaskah kita?

Pasakkan kefahaman dan keyakinan yang kuat bahawa sesungguhnya

penentu rezeki kita adalah Allah s.w.t. Keutamaan bagi kita adalah bekerja

bersungguh-sungguh dan tidak sesekali berputus asa dengan Allah s.w.t.

Berusaha itu wajib dan bertawakal juga wajib. Ia perlu diselarikan dan diberikan

keutamaan. Inilah rintangan yang akan mengukur kepercayaan dan keimanan

kita terhadap kuasa si Maha Pemberi Rezeki.

ISTERI DAN ANAK-ANAK 

Pernah juga kita perbincangkan tentang hijab di dalam hati atau

penghalang kepada kerja-kerja dakwah ini. Ini juga hadir dalam musim sejuk

2

Page 3: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 3/8

kedua iaitu apabila seorang pendakwah itu sudah mempunyai keluarga.

Perkahwinan melibatkan kelompok yang besar, bukan sekadar suami dan isteri

bahkan keluarga suami dan keluarga isteri. Perkahwinan juga adalah sunnah

yang dituntut kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. untuk dilaksanakan.

Namun itu bukanlah sebab untuk mereka yang berkeluarga meninggalkan

amanah dakwah mereka. Anak-anak dan isteri tidak sepatutnya menjadi alasan

untuk tidak melakukan kerja dakwah, lari dan mendiamkan diri.

Apabila menjadi ketua keluarga khususnya untuk para lelaki, maka

peranan itu menjadi lebih besar kerana kita akan berada ditahap berikutnya

yakni hidup di dalam masyarakat. Ingatlah, jika ayah tidak berjihad, maka anak

lelaki akan meninggalkan tanggungjawab dan amanahnya, manakala anak

perempuan kita akan hilang maruahnya. Pada ketika itu usahlah kita pura-pura

menyesal kerana pada hakikatnya kita telahpun ketahuinya. Firman Allah s.w.t.

di dalam surah At-Taghabun ayat 14 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-

isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh

itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau

kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkankesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu),

kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(At-Taghabun: 14)

Maka memilih isteri dan suami yang memahami amatlah menjadi

keutamaan. Maknanya, ia bukan sekadar baik agama itu dari sudut memelihara

tiang agamanya sahaja, bahkan dari sudut, hati agamanya, kerja agama

keluarganya dan yang lebih penting adalah bagaimana kehidupan mereka

terhadap ganjaran agama. Buat saudara-saudara lelaki, fahamilah bahawa, isteri

adalah pembantu kita, serta potensi mereka dalam melahirkan lebih ramai

petugas-petugas agama Allah s.w.t. Maka pilihlah dari kalangan yang terbaik.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud;

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang

berdoa dengan berkata, ‘Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari 

isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang

3

Page 4: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 4/8

menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi 

orang-orang yang (mahu) bertaqwa.’” (Al-Furqan: 74)

 Tugas ini adalah untuk membentuk satu institusi keluarga contoh untuk

diikuti berikutnya, membentuk masyarakat yang amat tinggi kedudukannya

disisi Allah. Maka akan sampai satu masa, si suami akan berada di tahap fitnah

yang besar, kerana usahlah kita memperkecilkan setiap percubaan yang akan

Allah s.w.t. berikan kepada kita. Pada saat itu, si isterilah yang terhampir untuk

kita, maka persiapkanlah mereka dengan kasih sayang, berfikiran terbuka serta

sifat tabah dan kesabaran yang tinggi.

MABUK DUNIA DAN HARTA

Apabila kehidupan ini menginginkan pencarian harta dunia, maka harta

dunia yang dicari itu pasti tidak akan pernah mencukupi. Dek sebab itulah, kita

akan selalu menghabiskan banyak masa dan hartanya juga dengan tujuan untuk

mengumpul lebih banyak lagi harta dunia. Pada peringkat awal, sedikit ruang

diberikan untuk berdakwah dan kemudian akhirnya hanya tinggal menderma

dengan mengharapkan ganjaran dari Allah s.w.t. tanpa ada sedikit pun usaha

 jihad yang dilakukan. Sudahnya, derma itu juga terus hilang apabila harta duniaini menjadi tuhan di dalam jiwa serta merasakan ia adalah sesuatu yang tidak

patut dikongsikan.

Mencari rezeki itu halal dan dituntut, tetapi ia bukan agenda utama

kehidupan. Ia sekadar memenuhi tuntutan kehidupan sebagai manusia. Ia

hanyalah alat untuk mencapai keredhaan Allah. Berusaha dan redha itu ubatnya.

Menginfakkan harta itu juga penawarnya. Rintangan ini telah pun didahului oleh

abang-abang kita yang akhirnya mereka hanyut dan melupakan segala usaha

dakwah ini. Alasannya pelbagai, dan ianya semata-mata demi menjaga

kepentingan diri mereka sendiri. Akhirnya yang berbicara tentang ummat jatuh

ditangan mereka yang upaya hartanya sedikit, sering mengharapkan bantuan

dan derma dari para dermawan. Bahkan mereka hanya bergantung kepada Allah

s.w.t. tanpa sebarang usaha. Inilah wajah pendakwah hari ini yang tidak

langsung ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Maksud

sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berbunyi, "Sesungguhnya

telah berjayalah orang yang telah Islam dan diberi rezeki yang mencukupi sesuai

4

Page 5: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 5/8

dengan keperluannya dan memberi kepuasan kepadanya dengan apa yang telah

dikurniakan kepadanya ". Usahlah angkuh, kedekut dan sombong, kerana segala

yang ada itu perlu dikembalikan kepada yang Maha Pemberi semula.

SUARA PENGHALANG DAN MELEMAHKAN

Pernah terdengar rakan-rakan menyatakan ia hati mereka dengan

berkata, “Alah kita buat penat-penat bukan dapat duit pun, nama orang lain

yang dapat, pangkat tak boleh nak minta-minta.” Suara ini datang dari 2 sudut

yang wajib kita awasi iaitu bisikan manusia dan hasutan syaitan. Firman Allah

s.w.t. yang bermaksud;

"Dan mereka berkata, ‘Janganlah kamu berangkat (pergi berperang)

dalam panas terik ini’. Katakanlah, ‘Api nereka jahaman itu lebih perit 

 panasnya jikalau mereka memahami.’” (At-Taubah: 81)

"Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan

mereka tidak turut pergi berperang, ‘Sekiranya mereka mengikuti kita,

tentulah mereka tidak terbunuh’. Katakanlah, ‘Tolaklah kematian itu

dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar.’” (Ali-lmran: 168)

"Jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak 

menambah kamu selain dari kerosakan belaka dan tentu mereka akan

bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu untuk mengadakan

kekacauan di antaramu, sedang di antara kamu ada orang-orang yang

amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui 

orang yang zalim." (At-Taubah: 47)

"(Iaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya

sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-

orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa, ada

 pahala besar. (Iaitu) orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang

kepada mereka ada orang-orang mengatakan, ‘Sesungguhnya manusia

telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu

takutlah kepada mereka’, maka kata-kata itu menambah keimanan

mereka dan mereka menjawab, ‘Cukuplah Allah menjadi Penolong kami 

5

Page 6: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 6/8

dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung’. Maka mereka kembali dengan

nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat 

bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah

mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka itu tidak lain

hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan kamu dengan kawan-

kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu

takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar 

orang yang beriman. " (Ali-lmran: 172-175)

Wahai saudara-saudaraku, kembalikanlah keyakinan kita kepada Allah

s.w.t. Segala kerja agama ini harus diteruskan dan tiada sebab kita perlu

berhenti melainkan Allah s.w.t. memberhentikan nikmat hidup kita yang terbesar

iaitu nyawa. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu

bersedih hati padahal kamu orang-orang yang paling tinggi (darjatnya)

 jika kamu orang-orang yang beriman ". (Ali-lmran: 139)

"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu).

  Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapunmenderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitainya, sedang

kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan dan

adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ". (An-Nisaa': 104)

"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka

sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi 

lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah. Dan tidak 

lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-

orang sabar". (Ali-lmran: 146)

Maka, apabila kita telah serahkan diri pada Allah, waspadalah dengan

penghasut dan pembisik seperti ini. Ingatlah kuasa dan janji Allah buat kita.

  Teruslah berbuat dan jangan sekali-kali menampakkan kelemahan atau

kelesuan. "Kekuatan itu adalah paling bagus apabila berada di dalam

kebenaran, dan seburuk-buruk kelemahan ialah apabila ia berada di pihak yang

batil". (Al-Imam Hassan Al-Banna)

6

Page 7: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 7/8

KEKERASAN HATI KERANA LAMA BEREHAT

Antara alasan yang mudah dan kerapkali dapat kita bersama dengari

daripada teman-teman seperjuangan yang berehat lama dari kerja dakwah ini

kebiasaannya menyebutkan ‘dah lama tinggal’, ‘segan’, ‘apa orang kata nanti’

dan ‘tidak kenal sesiapa’. Percayalah bahawa sesungguhnya kekerasan hati ini

tidak datang sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Bermula dengan alasan-alasan

yang kreatif untuk membunuh jiwa pejuang yang akhirnya berkarat hati dan

semakin jauh dari kebiasaan dahulunya. Bacaan Al-Qurannya tidak sampai ke

hati, solatnya hilang khusyuk serta hilang rasa kekesalan dan disebalik itu,

maka, hilanglah sifat mukmin di dalam diri kita.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang

apabila di sebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibarakan

kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerananya

dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal." (Al-Anfaal: 2)

Allah s.w.t menyuruh kita berwaspada supaya kita tidak jatuh tersungkur

di dalam kekerasan hati seperti ini di dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk 

hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun

(kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang

sebelumnya telah diturunkan kitab. Kemudian berlalulah masa yang

 panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan

mereka adalah orang-orang yang fasik." (Al-Hadid: 16)

  Janganlah kita mengasingkan diri dalam usaha dan kerja dakwah dari

kawan-kawan. Sentiasalah tolong menolong dalam hal kebaikan, berpesan

kepada kebenaran dan kesabaran serta selalulah memperbaiki hubungan

dengan kitab Allah s.w.t. Muhasabah mesti dijadikan rutin harian serta buat

teman-teman, peringatkanlah teman kamu tentang 4 perkara agama iaitu,

tiangnya, hatinya, kerjanya serta ganjarannya.

 JANGAN BERASA SELAMAT

7

Page 8: (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

8/8/2019 (Tariqud Dakwah) Lagi Tentang Halangan Di Atas Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-lagi-tentang-halangan-di-atas-jalan-dakwah 8/8

Ingatlah, usah biarkan diri kita berasa selamat. Adalah mustahil untuk kita

berasa selamat dari rintangan, kerana perjuangan perlu ada rintangan. Adanya

rintangan maka akan mendatangkan usaha untuk saling diperingatkan. Juga

adalah mustahil untuk kita berjaya melepasi sesuatu rintangan begitu sahaja

kerana ia pasti akan datang sepanjang perjalanan dan darinya akan datang

usaha untuk istiqamah dan bersabar. Hindarilah perasaan selamat itu kerana

apabila merasai selamat, bermakna kita berjaya mengatasi segala rintangan

maka akan datang pula perasaan takbur dan bongkak yang sentiasa ditiupkan

oleh tentera yag tidak dilihat dengan mata kepala kita. Firman Allah s.w.t. yang

bermaksud;

"Dan jika kamu berjumpa sesuatu godaan syaitan maka mintalah

 perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi 

Maha Mengetahui." (Al-A'raaf: 200)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa

was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Mlah maka ketika itu juga

mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka. Dan teman-teman

mereka iaitu orang-orang kafir dan fasik membantu syaitan-syaitan

dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-henti menyesatkan. " (Al-A'raf: 201-202)

"Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan

yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan di Akhirat dan Allah

menyesatkan orang-orang yang zalim dan membuat apa yang dia

kehendaki." (Ibrahim: 27)

8