Upload
lynguyet
View
297
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TATACARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK UTM
Pengenalan
UTM QRiM telah diamanahkan untuk melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Akademik
Universiti Teknologi Malaysia. Peranan dan fungsi UTM QRiM telah bertambah setelah UTM
memperolehi pengiktirafan swaakreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 23
Mac 2013. Pengiktirafan ini memberikan satu keistimewaan kepada UTM untuk
mengakreditasi sendiri program-program akademik bukan profesional di UTM.
UTM QRIM juga bertindak sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Akreditasi Universiti
(JKAU) (www.utm.my/qrim/jawatankuasa-akreditasi-universiti) yang berperanan untuk
memantau pelaksanaan audit dan memperakukan akreditasi untuk program akademik yang
memenuhi standard yang ditetapkan oleh MQA. Bagi program akademik profesional,
akreditasi dijalankan oleh badan-badan profesional yang berkaitan. Dalam hal ini, pihak
UTM QRIM hanya bertindak sebagai Urusetia kepada badan-badan profesional tersebut.
Tatacara ini mengandungi perkara seperti berikut:-
1. Tatacara Jaminan Kualiti Akademik UTM bagi Program Diploma dan Sarjana Muda.
2. Tatacara Jaminan Kualiti Akademik UTM bagi Program Sijil, Diploma Eksekutif,
Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir.
Justeru adalah diharapkan semua fakulti/ sekolah yang ingin menawarkan program baharu,
MESTI membuat perancangan dengan rapi termasuk menyediakan dokumen yang
selengkapnya dan mengambil kira tempoh masa prosedur dan kelulusan bagi permohonan
program baharu ini.
1
1. Tatacara Jaminan Kualiti Akademik bagi Program Diploma dan Sarjana Muda
1.1 Tatacara ini menerangkan secara keseluruhan proses melaksanakan Sistem Jaminan
Kualiti Akademik di UTM bagi Program Diploma dan Sarjana Muda. Proses ini secara
keseluruhannya digambarkan seperti Rajah 1.1 yang mengandungi proses-proses
berikut iaitu:
a. Proses 1: Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu bagi Program
Diploma dan Sarjana Muda
b. Proses 2: Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu bagi Program
Diploma dan Sarjana Muda
c. Proses 3: Audit Akreditasi Sementara
d. Proses 4: Audit Akreditasi Penuh
e. Proses 5: Pemantauan
1.2 Proses 1: Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu bertujuan
untuk menentukan samada permohonan program baharu tersebut diberi kebenaran
untuk diteruskan ataupun tidak. Ini akan ditentukan berdasarkan penilaian oleh
Mesyuarat Saringan Awal yang akan memperakukan program baharu yang
memperlihatkan kelestarian program, nilai tambah yang sesuai dan memenuhi
keperluan semasa. Tatacara Proses ini boleh didapati di Lampiran 1.1.
1.3 Untuk pengurusan permohonan yang lebih optimal, UTM mengamalkan Proses 1:
Proses Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu dan Proses 2:
Tatacara Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu (Rujuk
tatacara di Lampiran 1.2) dilakukan secara serentak.
1.4 Setelah Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) memperakukan cadangan
program baharu tersebut maka Proses 3: Akreditasi Sementara (Rujuk Lampiran
4) boleh dimulakan. Akreditasi sementara MESTI dilaksanakan sebelum sesuatu
program baharu ditawarkan. Proses ini dilaksanakan bagi menyemak pematuhan
MQF serta kesemua bidang penilaian yang terdapat di dalam Kod Amalan Akreditasi
Program (COPPA) terkini yang dikeluarkan oleh MQA (COPPA edisi ke-2 atau COPPA
2017 adalah yang terkini). Ini adalah untuk memastikan program yang akan
ditawarkan mempunyai perancangan pengendalian program yang rapi dan jelas.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan akreditasi adalah seperti yang
dikehendaki di dalam MQA-01 iaitu:
2
a. Bahagian A: Maklumat Umum Pemberi Pendidikan Tinggi
Bahagian ini merupakan satu profil institusi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
(Bahagian ini tidak perlu disediakan jika PPT adalah di bawah naungan UTM)
b. Bahagian B: Maklumat Program
Bahagian ini menghuraikan program yang dicadangkan, termasuk nama,
peringkat, nilai kredit, tempoh pengajian, keperluan kemasukan, cara
penyampaian, dan badan penganugerah.
c. Bahagian C: Standard Program
Bahagian ini mengemukakan maklumat berhubung kesemua bidang penilaian dan
standard pada setiap bidang.
Bagi program yang akan dijalankan di luar kampus induk, audit lokasi/ premis
perlu dijalankan sebelum diluluskan oleh pihak KPM.
1.5 Apabila kumpulan kitaran pertama pelajar program akademik berada pada tahun
akhir atau semester akhir, Proses 4: Proses Akreditasi Penuh (Rujuk Lampiran 5)
MESTI dilaksanakan. Lawatan audit diadakan di mana bukti-bukti pengendalian
sebenar program dinilai. Untuk Akreditasi Penuh, Fakulti/PTJ perlu mengemukakan
MQA-02. Ini merupakan versi kemaskini MQA-01 (Bahagian A, B dan C) serta Laporan
Penilaian Kendiri (Bahagian D - Sila rujuk COPPA untuk panduan).
1.6 Kedua-dua proses Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh adalah di bawah
bidang kuasa dan kawalan JKAU. Proses-proses ini tidak jauh berbeza dengan yang
diamalkan di MQA. Tempoh minima pengurusan bagi kedua-dua akreditasi
dinyatakan di dalam lampiran yang berkaitan. Bagi akreditasi program akademik
professional, ianya adalah tertakluk kepada badan profesional yang berkaitan.
1.7 Proses 5: Pemantauan dibuat bagi menjaga dan menambahbaik kualiti
program/kursus akademik secara berterusan. Ia dijalankan dari masa ke semasa
berdasarkan situasi-situasi seperti arahan dari JPT, MQA, pentadbiran UTM, semakan
program dan pematuhan/pemantauan berkala/tahunan bagi menambahbaik
program dan kursus sedia ada. Tatacara dan carta alir proses 5 tidak disediakan
kerana ianya sama seperti pelaksanaan proses akreditasi penuh tanpa keperluan
kelulusan JKAU.
Rujukan :
- Garis Panduan Permohonan Program Akademik, Edisi kedua, JPT, KPM
3
- Code of Practise Programme Accreditation (COPPA), MQA, 2017
Rajah 1.1: Carta Alir Sistem Jaminan Kualiti Program Akademik UTM
bagi Program Diploma dan Sarjana Muda
Mula
Proses Permohonan Saringan Awal
Program Akademik Baharu
(Lampiran 1.1)
Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu
(Lampiran 1.2)
Proses Audit Akreditasi Sementara
(Lampiran 3)
Proses Audit Akreditasi Penuh
(Lampiran 4)
Proses Pemantauan
4
LAMPIRAN 1.1
TATACARA PROSES PERMOHONAN SARINGAN AWAL PROGRAM AKADEMIK BAHARU
Carta alir tatacara proses saringan awal permohonan program baharu adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1.2. Penerangan tentang tatacara proses adalah seperti berikut:
1. Ketua Program mengemukakan cadangan program akademik baharu (mengikut
Format Borang Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu yang
disediakan) serta menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran & penilaian
program dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Akademik (JKA) yang
bertanggungjawab menyemak penyediaan kemudahan, sumber manusia, kewangan
dan lain-lain.
2. Selepas cadangan program akademik baharu dipersetujui oleh JKA, dokumen
tersebut dihantar kepada Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) untuk
menyemak kecukupan dokumen serta perakuan terhadap cadangan program
baharu tersebut. Sekiranya tidak lengkap, JKKU akan memulangkan semula kepada
Ketua Program untuk dilengkapkan.
3. Setelah diperakukan, permohonan cadangan program akan dibentangkan di Senat
UTM untuk proses kelulusan. Setelah diluluskan, Bahagian Pengurusan Akademik
(BPA) akan menghantar dokumen tersebut untuk permohonan kelulusan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
5
Mula
Ketua Program kemukakan cadangan program akademik baharu kepada JKA/JKKF untuk semakan dan pemurnian
dokumen dan kelulusan
Diluluskan ?
Kemukakan kepada Senat untuk kelulusan
Tamat
Diluluskan ?
BPA serahkan kepada KPT untuk kelulusan
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya
Semakan dokumen oleh JKKU
Ya
Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu
Tidak
Rajah 1.2: Carta Alir Permohonan Saringan Awal Program Akademik Baharu bagi Program Diploma dan Sarjana Muda
Diluluskan ?
Diperakukan ?
6
LAMPIRAN 2
TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU
Carta alir tatacara proses saringan awal permohonan program baharu adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1.3. Penerangan tentang tatacara proses adalah seperti berikut:
1. Ketua Program mengemukakan cadangan program akademik baharu (mengikut Format
Permohonan Program Akademik Baharu dan Akreditasi Sementara UTM) serta
menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran & penilaian program dan
dibentangkan kepada JKA yang bertanggungjawab menyemak penyediaan kemudahan,
sumber manusia, kewangan dan lain-lain.
2. Selepas cadangan program akademik baharu diluluskan oleh JKA, dokumen tersebut
dihantar kepada JKKU untuk menyemak kecukupan dokumen serta memperakukan.
Sekiranya tidak lengkap, JKKU akan memulangkan semula kepada Ketua Program untuk
dilengkapkan.
3. Untuk tujuan kelulusan program, setelah dokumen lengkap, Bahagian Pengurusan
Akademik (BPA) akan menghantar dokumen tersebut untuk kelulusan Jawatankuasa
Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA). Jika dokumen tersebut perlu
penambahbaikan, dokumen akan dikembalikan kepada Ketua Program.
4. Untuk tujuan akreditasi sementara, jika dokumen lengkap, Pusat Kualiti Dan
Pengurusan Risiko (UTM QRiM) akan menghantar dokumen tersebut untuk penilaian
oleh Panel Penilai Akreditasi (PPA). Untuk akreditasi sementara, sila rujuk prosedur
akreditasi sementara UTM QRiM. Akreditasi sementara program adalah tertakluk
kepada keputusan Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU).
5. Permohonan yang diluluskan oleh JKTS KKA dan JKAU akan dibentangkan dalam Senat
untuk diperakukan. Program yang telah diluluskan oleh Senat akan dibentangkan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk pemakluman.
6. Ketua Program perlu mengisi borang permohonan program baharu (Lampiran) beserta
maklumat kelulusan Senat, LPU dan Akreditasi Sementara dan kemukakan kepada
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
7
Rajah 1.3: Carta Alir Permohonan Kelulusan Menjalankan Program Akademik
Baharu bagi Program Diploma dan Sarjana Muda
Tidak
Ya
Tidak
Tidak
Mula
Ya
Ya
Ketua Program kemukakan cadangan program akademik baharu kepada JKA untuk semakan dan
pemurnian dokumen dan kelulusan
Kemukakan kepada JKKU untuk menyemak kecukupan dokumen
Tamat
Dokumen lengkap?
JKKU Kemukakan kepada BPA untuk serahan kepada JKTS KKA bagi kelulusan
Diluluskan?
Perakuan Senat
Lulus ?
Proses Akreditasi Sementara
Lulus ?
Kemukakan kepada LPU untuk pemakluman
Permohonan Kelulusan JPT
Tawaran Program
Tamat
Ya
Tidak
8
2. Tatacara Jaminan Kualiti Akademik bagi Program Sijil, Diploma Eksekutif, Sarjana
Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir
2.1 Tatacara ini menerangkan secara keseluruhan proses melaksanakan Sistem Jaminan
Kualiti Akademik di UTM bagi Program Sijil, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda
Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir. Proses ini secara
keseluruhannya digambarkan seperti Rajah 2.1 yang mengandungi proses-proses
berikut iaitu:
a. Proses 1: Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu bagi Program
Program Sijil, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran,
Francais dan Pesisir.
b. Proses 2: Audit Akreditasi Sementara
c. Proses 3: Audit Akreditasi Penuh
d. Proses 4: Pemantauan
2.2 Semua permohonan program akademik baharu peringkat sijil, Diploma Eksekutif,
Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir dikecualikan
melalui Mesyuarat Saringan Awal (MSA) JPT-KPT. Maka, Jawatankuasa Tetap Senat
Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA) dengan keanggotaan yang relevan
mengambil tanggungjawab sebagai badan yang akan membuat saringan bagi
permohonan program akademik baharu. Walau bagaimanapun JKPT masih akan
membuat penilaian untuk kelulusan penawaran program melalui kertas kerja tanpa
pembentangan dari Universiti Awam. Tatacara Permohonan Kelulusan Program
Akademik Baharu digunapakai (Lampiran 2.1).
2.3 Setelah Jawatankuasa Kurikulum Universiti (JKKU) memperakukan cadangan
program baharu tersebut maka Proses 2: Akreditasi Sementara (Rujuk Lampiran
3) boleh dimulakan. Akreditasi sementara MESTI dilaksanakan sebelum sesuatu
program baharu ditawarkan. Proses ini dilaksanakan bagi menyemak pematuhan
MQF serta kesemua bidang penilaian yang terdapat di dalam Kod Amalan Akreditasi
Program (COPPA) terkini yang dikeluarkan oleh MQA. Ini adalah untuk memastikan
program yang akan ditawarkan mempunyai perancangan pengendalian program yang
rapi dan jelas. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan akreditasi adalah
seperti yang dikehendaki di dalam MQA-01 iaitu:
9
d. Bahagian A: Maklumat Umum Pemberi Pendidikan Tinggi
Bahagian ini merupakan satu profil institusi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
(Bahagian ini tidak perlu disediakan jika PPT adalah di bawah naungan UTM)
e. Bahagian B: Maklumat Program
Bahagian ini menghuraikan program yang dicadangkan, termasuk nama,
peringkat, nilai kredit, tempoh pengajian, keperluan kemasukan, cara
penyampaian, dan badan penganugerah.
f. Bahagian C: Standard Program
Bahagian ini mengemukakan maklumat berhubung kesemua sembilan bidang
penilaian dan standard pada setiap bidang.
2.4 Apabila kumpulan kitaran pertama pelajar program akademik berada pada tahun
akhir atau semester akhir, Proses 3: Proses Akreditasi Penuh (Rujuk Lampiran 4)
MESTI dilaksanakan. Lawatan audit diadakan di mana bukti-bukti pengendalian
sebenar program dinilai. Untuk Akreditasi Penuh, Fakulti/PTJ perlu mengemukakan
QRIM-02. Ini merupakan versi kemaskini MQA-01 (Bahagian A, B dan C) serta
Laporan Penilaian Kendiri (Bahagian D - Sila rujuk COPPA untuk panduan).
Bagi program yang akan dijalankan di luar kampus induk, audit lokasi/ premis perlu
dijalankan sebelum diluluskan oleh pihak KPM.
2.5 Kedua-dua proses Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh adalah di bawah
bidang kuasa dan kawalan JKAU. Proses-proses ini tidak jauh berbeza dengan yang
diamalkan di MQA. Tempoh minima pengurusan bagi kedua-dua akreditasi
dinyatakan di dalam lampiran yang berkaitan. Bagi akreditasi program akademik
professional, ianya adalah tertakluk kepada badan profesional yang berkaitan.
2.6 Proses 4: Pemantauan dibuat bagi menjaga dan menambahbaik kualiti
program/kursus akademik secara berterusan. Ia dijalankan dari masa ke semasa
berdasarkan situasi-situasi seperti arahan dari JPT, MQA, pentadbiran UTM, semakan
program dan pematuhan/pemantauan berkala bagi menambahbaik program dan
kursus sedia ada. Tatacara dan carta alir proses 4 tidak disediakan kerana ianya sama
seperti pelaksanaan proses akreditasi penuh tanpa keperluan kelulusan JKAU.
Rujukan :
10
- JPT, 13 Januari 2017, Makluman Berkenaan Proses Baharu Permohonan Penawaran
Program Akademik Melalui Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) dan Mesyuarat
Saringan Awal (MSA) Mulai Tahun 2017.
- Garis Panduan Permohonan Program Akademik, Edisi kedua, JPT, KPM
- Code of Practise Programme Accreditation (COPPA), MQA, 2008
Rajah 2.1: Carta Alir Sistem Jaminan Kualiti Program Akademik UTM bagi Program
Sijil, Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan
Pesisir
Mula
Proses Permohonan Kelulusan Program Akademik Baharu
(Lampiran 2.1)
Proses Audit Akreditasi Sementara
(Lampiran 3)
Proses Audit Akreditasi Penuh
(Lampiran 4)
Proses Pemantauan
11
LAMPIRAN 3
TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU
Penerangan tentang tatacara proses permohonan kelulusan program akademik baharu bagi
rajah 2.2 adalah seperti berikut:
7. Ketua Program mengemukakan cadangan program akademik baharu (mengikut Format
Permohonan Program Akademik Baharu bagi Program Sijil, Diploma Eksekutif,
Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir serta
menyemak kelestarian, kerelevanan, isu, cabaran dan penilaian program kepada JKA
yang bertanggungjawab menyemak penyediaan kemudahan, sumber manusia,
kewangan dan lain-lain.
8. Selepas cadangan program akademik baharu diluluskan oleh JKA, dokumen tersebut
dihantar kepada JKKU untuk menyemak kecukupan dokumen. Sekiranya tidak lengkap,
JKKU akan memulangkan semula kepada Ketua Program untuk dilengkapkan.
9. Untuk tujuan kelulusan program, setelah dokumen lengkap, Bahagian Pengurusan
Akademik (BPA) akan menghantar dokumen tersebut untuk kelulusan Jawatankuasa
Tetap Senat Kurikulum dan Kualiti Akademik (JKTS KKA). Jika dokumen tersebut perlu
penambahbaikan, dokumen akan dikembalikan kepada Ketua Program.
10. Untuk tujuan akreditasi sementara, jika dokumen lengkap, Pusat Kualiti Dan
Pengurusan Risiko (UTM QRiM) akan menghantar dokumen tersebut untuk penilaian
oleh Panel Penilai Akreditasi (PPA). Untuk akreditasi sementara, sila rujuk prosedur
akreditasi sementara UTM QRiM. Akreditasi sementara program adalah tertakluk
kepada keputusan Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU).
11. Permohonan yang diluluskan oleh JKTS KKA dan JKAU akan dibentangkan dalam Senat
untuk diperakukan. Program yang telah diluluskan oleh Senat akan dibentangkan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk pemakluman.
12. Ketua Program perlu mengisi borang permohonan program baharu (Lampiran) beserta
maklumat kelulusan Senat, LPU dan Akreditasi Sementara dan kemukakan kepada
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).
12
Rajah 2.2: Carta Alir Permohonan Kelulusan Menjalankan Program Akademik Baharu bagi Program Sijil,
Diploma Eksekutif, Sarjana Muda Eksekutif, Sarjana, Kedoktoran, Francais dan Pesisir
Ketua Program kemukakan cadangan program akademik baharu kepada JKA untuk semakan dan pemurnian
dokumen dan kelulusan
Kemukakan kepada JKKU untuk menyemak kecukupan dokumen
Tamat
Dokumen lengkap? Tidak
JKKU Kemukakan kepada BPA untuk serahan kepada JKTS KKA bagi kelulusan
Ya
Diluluskan?
Perakuan Senat
Tidak Lulus ?
Tidak
Mula
Ya Proses Akreditasi Sementara
Lulus ?
Kemukakan kepada LPU untuk pemakluman
Permohonan Kelulusan JPT
Ya
Tawaran Program
Tamat
Ya
Tidak
13
Carta Alir Permohonan Kelulusan Akreditasi Sementara
LAMPIRAN 3
TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN AKREDITASI SEMENTARA
14
Carta Alir Permohonan Kelulusan Akreditasi Penuh
LAMPIRAN 4
TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN AKREDITASI PENUH
15
Lampiran C - Proses_Permohonan_Program_Baharu - SENAT.pdf
LAMPIRAN 2.1