Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Bingkisan
Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff
Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana
Andi Asri
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor
Tel: 03-89471011
Talian bebas tol: 1-800-22-2233
www.care.upm.edu.my
Beliau telah disahkan menghidap kanser paru-paru pada Oktober tahun lalu setelah
mengalami batuk yang berpanjangan sejak bulan April 2014. Untuk merawat batuk
yang dialaminya, beliau telah berkunjung ke beberapa klinik swasta dan klinik
kesihatan tetapi simptom batuk yang dialaminya masih berterusan. Proses
pengambilan sampel kahak, ujian untuk penyakit batuk kering (tuberculosis) juga
telah dijalankan untuk mencari punca sebenar batuk yang berlarutan itu. Keadaan
kesihatannya semakin merosot sehingga beliau mengalami sakit di bahagian tulang
belakang dan mengalami kesukaran untuk bergerak. Akhirnya, pegawai perubatan
telah melakukan ujian magnetic resonance imaging (MRI) untuk mengenalpasti
dengan lebih lanjut tentang simptom yang dialami. Keputusan MRI telah
mengesahkan beliau penghidap kanser paru-paru tahap 4 dan kanser telah merebak
ke tulang. Kemoterapi pertama telah dijalankan pada Februari 2015 dan pakar
perubatan merancang untuk melakukan pembedahan yang memerlukan kos
sebanyak RM30,000.
Dengan terbitnya berita tentang Puan Shanizah di akhbar, rakyat Malaysia amat
bermurah hati menghulurkan bantuan dan dana yang telah disumbang sudah cukup
untuk menampung kos pembedahannya. Namun, keadaan kesihatan yang kurang
stabil menyebabkan pembedahan terpaksa ditangguhkan. Kini, beliau berada di wad
1F, PPUKM sementara menunggu kemoterapi kedua dan pembedahan. Atas rasa
simpati dan keprihatinan dari pihak CaRE, sumbangan berbentuk wang tunai yang
diperolehi dari dana Tabung Kanser CaRE, Masjid UPM dan bahan bacaan tentang
kanser telah diserahkan kepada Puan Shanizah. CaRE berharap agar lebih ramai
pihak sudi membantu keluarga Puan Shanizah tidak kira sama ada bantuan
kewangan, barangan keperluan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut /
sumbangan, sila hubungi Cik Najwa di talian bebas tol 1-800-22-2233.
ISU MEI 2015
: CaRE UPM
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 10
April 2015 bertajuk “Rayu RM30,000 Rawat
Isteri Kanser” telah membuat Pusat Sumber
dan Pendidikan Kanser (CaRE) terpanggil
untuk melawat dan menghulurkan sedikit
bantuan daripada segi sokongan moral
serta sokongan kewangan. Lawatan ke wad
1F, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
(PPUKM) pada pertengahan bulan April
telah menemukan pihak CaRE dengan
seorang pesakit kanser paru-paru, Puan
Shanizah binti Shanizan. Puan Shanizah
merupakan seorang suri rumah yang
mempunyai 4 orang anak yang semuanya
masih bersekolah sementara suaminya
bekerja sendiri.
Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban
Sumber : hmetro
Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan
melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)
Tajuk buku: Aktiviti Fizikal untuk Pesakit Kanser Payudara
Buku ini menerangkan tentang aktiviti fizikal khas untuk pesakit kanser payudara semasa
dan selepas rawatan. Buku ini mempunyai tujuh (7) bahagian; pengenalan kepada aktiviti
fizikal, panduan aktiviti fizikal, piramid aktiviti fizikal, saranan tempoh dan jenis aktiviti
fizikal, cara meningkatkan aktiviti fizikal, saranan mengekalkan aktiviti fizikal dan
penjagaan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Jika berminat untuk mendapatkan bahan terbitan ini, sila hubungi TALIAN KANHELPLINE :
1-800-22-2233
Bil. Tarikh Program Tempat
1 15/5/2015 Pementasan teater berkisarkan Kanser Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM
2 20/5/2015 ESQ – HIKMAH SEBUAH KEHIDUPAN
#berjayaduniadanakhirat
Fakulti Veterinar, UPM
3 26/5/2015 Keluarga Hebat, Kerjaya Mantap Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Bil. Tarikh Program Tempat
1 11/6/2015 Program CPD: Kursus Asas Kaunseling Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah
2 Jun 2015 Tatacara Pemakanan Sunnah yang Betul Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
BUKU TERBITAN CaRE
AKTIVITI SEMASA CaRE
AKTIVITI CaRE AKAN DATANG
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
Majlis Pelancaran Program Wakaf Buku
“Bingkisan buat Pesakit”
Hospital Ampang Sapura Mines
Kanser Darah oleh Dr Muhd Zanapiah Zakaria, Hospital Ampang
Pameran Kesedaran dan Pendidikan Kanser
TAZKIRAH
Hadis Kesihatan
Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu menziarahi orang yang sakit, berilah dia seman-gat walaupun sedang dekat menghadapi ajal. Meskipun perbuatan itu tidaklah dapat menolak sesuatu (ajal), setidaknya ia akan membuatkan jiwa orang yang sakit menjadi lebih baik (tenang). (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Dipetik daripada Al-Hambra: Tafsir Ringkas Ayat-ayat Pilihan (2014)