14
2018 ABDUL SHOKOR ABD TALIB eUsahawanILPKL 9/20/2018 Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

  • Upload
    others

  • View
    34

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

2018

ABDUL SHOKOR ABD TALIB

eUsahawanILPKL

9/20/2018

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah

Page 2: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

BAB 1 FACEBOOK FANPAGE 1

PENGENALAN 1

FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN 2

JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK 2

KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN

MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE 4

CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5

KOMUNITI DIGITAL 6

BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7

PENGENALAN 7

TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 8

Page 3: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

1

BAB 1

FACEBOOK FANPAGE

PENGENALAN

Facebook ialah aplikasi sosial yang digunakan untuk menghubungkan

seseorang dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka yang terdiri daripada

keluarga, sahabat handai, bekas rakan sekerja atau sekolah atau sesiapa sahaja yang

mempunyai minat dan hobi yang sama.

Statistik yang dikeluarkan oleh SKMM menunjukkan bilangan pemilik media

sosial di Malaysia pada tahun 2016 ialah seramai 21.9 Juta orang, daripada jumlah

tersebut 97.3% mendakwa mereka mempunyai akaun Facebook, Instagram (56.1%),

Youtube (45.3%) , Twitter (26.6%), Linkedin (9.1%) dan Tumblr (4.8%), jumlah ini

semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya seperti yang ditunjukkan di dalam

Rajah 2.15. Berdasarkan dari statistik di atas terbukti Facebook adalah salah satu

medium pemasaran yang baik kerana Facebook hampir semua pengguna Internet

memiliki akaun Facebook.

Page 4: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN

Facebook digunakan oleh entiti perniagaan yang besar dan kukuh untuk

menghebahkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

kerana Facebook menawarkan kos pengiklanan yang murah dan merupakan alat yang

berkesan untuk mengenali dan membina hubungan yang baik dengan prospek.

Lazimnya Facebook digunakan oleh entiti perniagaan untuk mempromosikan Blog,

video atau bahan promosi yang lain.

Facebook turun menyediakan fungsi analisis yang dikenali sebagai Insight

yang digunakan untuk mengkaji minat pengguna, bilangan Like, bilangan Dislike,

gaya hidup dan tabiat membeli pengguna. Pangkalan data ini penting untuk

merancang strategi penjenamaan dan pemasaran produk untuk menghasilkan lead,

pertanyaan pembelian dan trafik ke laman web.

JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK

Facebook menyediakan dua jenis akaun iaitu profil dan Fanpage. Profil

merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan peribadi manakala Fanpage pula

merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan perniagaan atau organisasi.

Perbezaan utama antara profil dan Fanpage seperti yang ialah Facebook profil hanya

boleh menerima freind seramai 5000 orang sahaja, manakala tiada had ditetapkan

Page 5: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

untuk fan sesebuah Facebook Fanpage. Post yang disiarkan di dalam sesebuah

Facebook Fanpage atau profil hanya boleh dilihat oleh antara 3% hingga 5% freind

atau fan sahaja. Untuk menyasarkan kumpulan yang lebih besar dan tersasar penjual

perlu membuat iklan dengan menggunakan Fb Ads.

Facebook Fanpages membantu perniagaan, jenama dan organisasi berkongsi

maklumat dan berhubungan dengan pengguna. Pengguna akan “Like” Facebook

Page yang bersesuaian dengan minat mereka. Dengan hanya menekan butang “Like”

pada Facebook Fanpages, pengikut sesebuah Facebook Fanpages akan mendapat

kemas kini berkaitan aktiviti yang berlaku di Facebook Fanpages berkenaan.

Terdapat beberapa jenis Facebook Fanpages yang boleh dibina ia terdiri daripada:

Perniagaan tempatan atau tempat;

Syarikat, organisasi atau institusi;

Jenama atau produk;

Artis, kumpulan muzik atau tokoh;

Hiburan; atau

Komuniti.dan kerja amal.

Page 6: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan

sasaran yang berbeza. Penjenamaan produk atau perkhidmatan boleh dilakukan

dengan membuat posting berbentuk maklumat, gambar, video dan cerita.

Penjenamaan boleh berlaku dengan cara;

Membawa pengguna ke blog perniagaan anda;

Menarik lebih banyak trafik ke laman web;

Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan produk atau perkhidmatan

anda; dan

Mempromosikan budaya organisasi anda.

KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN

FACEBOOK FANPAGE

Berikut adalah beberapa kelebihan penggunaan Fanpage untuk mempromosikan

perniagaan menggunakan Facebook:

1. Facebook Fanpage membenarkan lebih dari seorang pentadbir dilantik untuk

menguruskan sesuatu akaun, jika salah seorang pentadbir yang dilantik

berhenti, tugas mengemas kini Fanpage boleh diambil alih oleh pentadbir yang

lain.

Page 7: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

2. Facebook Fanpage dikelaskan sebagai laman umum, Facebook Fanpage akan

disenaraikan di dalam enjin pencarian seperti Google dan Yahoo.

3. Facebook Fanpage dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah 2.16. Pembahagian kategori ini akan memudahkan

usaha mencari maklumat.

4. Pemilik profil perlu memberi keizinan untuk seseorang menjadi rakan kepada

sesebuah Facebook profil, sebaliknya dengan menggunakan Facebook

Fanpage sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dengan tanpa memerlukan

kebenaran dari pentadbir.

CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK

Rajah dibawah menunjukkan kitaran perniagaan menggunakan Facebook.

Proses ini bermula dengan penjual membuat post di dalam Facebook Fanpage

perniagaan mereka. Untuk menyebarkan luaskan sesuatu iklan atau promosi penjual

perlu berkongsi post tersebut kepada seramai mungkin pengguna dengan

menggunakan kaedah berbayar atau organik (percuma). Diantara kaedah pemasaran

pemasaran percuma di Facebook ia berkongsi post di dalam group Facebook yang

mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama.

Page 8: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

KOMUNITI DIGITAL

Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah

komuniti. Dalam dunia nyata bilangan ahli di dalam sesebuah komuniti adalah terhad

dan dipengaruhi seperti oleh faktor seperti lokasi, umur, bahasa, pendidikan,

pekerjaan, minat dan sebagainya. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti

yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti

digital boleh terdiri daripada:

1. Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan

sepejabat.

2. Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan

melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line).

3. Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan

melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian.

Ahli di dalam sesebuah komuniti boleh berkembang dengan cepat disebabkan

oleh multiplier effect. Multiplier effect ialah keadaan di mana ahli komuniti menjadi

semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan.

Komuniti yang ramai keahliannya boleh digunakan oleh usahawan sebagai platform

untuk memasarkan produk/perkhidmatan kepada golongan sasar yang lebih besar

dengan kos yang murah dan mudah.

Page 9: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

Page 10: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

BAB 2

TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE

PENGENALAN

Facebook Fanpage ialah laman media sosial yang disediakan oleh Facebook

untuk membolehkan organisasi berasaskan keuntungan atau organisasi bukan

berasaskan keuntungan atau orang perseorangan membuka laman yang boleh

digunakan untuk mengumpulkan sekumpulan orang untuk tujuan tertentu.

Antara kelebihan menggunakan Facebook Fanpage untuk mempromosikan

perniagaan ialah Facebook Fanpage dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat

iklan berbayar yang dikenali sebagai Fb Ads.

Buku ini hanya akan membincangkan mengenai kaedah membina Facebook

Fanpage sahaja. Kaedah menjalankan iklan dengan menggunakan Fb Ads akan

dikongsi di dalam buku yang lain.

Page 11: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE

1. Log masuk ke profil Facebook anda.

2. Buka Facebook profile dan klik Create Page.

3. Untuk membina Fanpage perniagaan pergi ke Business or Brand dan klik Get

Started.

Page 12: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

4. Isikan nama halaman perniagaan Facebook serta kategori perniagaan.

Klik Continue.

5. Masukkan Profile Picture.

Page 13: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

6. Masukkan Cover Photo.

7. Tahniah! Fanpage anda telah tercipta.

8. Klik pada About untuk edit maklumat perniagaan.

Page 14: Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah · CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5 KOMUNITI DIGITAL 6 BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7 PENGENALAN 7 TEKNIK

Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

9. Tambah maklumat seperti laman web, emel dan nombor telefon.

10. Edit butang “Call to Action (CTA)” untuk memudahkan prospek menghubungi

anda dengan klik pada Add a Button.

11. Kini anda telah bersedia untuk memulakan perniagaan on line anda. Jom...