Teks Bahas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Bahas untuk rujukan. :)

Citation preview

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    PERDANA MENTERI

    Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya

    membuka arena perdebatan pada hari ini.

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

    salam sejahtera dan salam bersidang.

    Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang

    Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan

    pembangkang dan ahli-ahli yang berhormat

    sidang parlimen sekalian.

    Saya selaku Perdana Menteri mewakili kebinet

    kerajaan di meja kerajaan ini menyokong

    sepenuhnya usul yang digagaskan dalam

    persidangan hari ini iaitu 'Media Massa

    Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti'.

    Tanpa saya membuang masa, izinkan saya

    meneruskan kepada sesi pendefinisian

    Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang

    dimuliakan.

    Perkataan media menurut Kamus Dewan Edisi

    Keempat bermaksud suatu alat yang dapat

    menjadi perantaraan komunikasi serta

    berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta

    berita kepada orang ramai dengan cepat dan

    pantas. Antara contoh alat media ialah radio,

    televisyen dan akhbar.

    Maka di sini dapat saya katakan bahawa media

    massa merupakan suatu medium di mana

    manusia boleh mendapat satu-satu maklumat

    dengan mudah. Kata orang pada hari ini,

    semuanya di hujung jari sahaja. Dengan sekali

    tekan, dengan sekali tunjuk kita boleh

    mendapat seribu satu maklumat serta isu

    seantero dunia. Lihatlah pada era globalisasi

    yang sedang menuju wawasan 2020 ini.

    Banyak peralatan media yang canggih yang

    dapat menarik minat semua jelata rakyat untuk

    memilikinya. Oleh itu, minda masyarakat akan

    mudah dipengaruhi. Dengan ini, akan

    terbentuklah minda masyarakat yang berkualiti

    seterusnya mampu menjadi insan yang dapat

    mengekalkan keamanan dunia jika digunakan

    dengan baik.

    Yang dipertua,

    Selesai pendefinisian saya tentang media

    massa. Seterusnya, pihak kerajaan akan tampil

    dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest

    yang teramat sukar digugat oleh pihak

    pembangkang. Seribu langkah bermula dengan

    satu langkah. Strategi kerajaan yang pertama

    bakal dimulai dengan hujah utama Perdana

    Menteri iaitu media massa tunjang pendidikan

    ke arah global. Menteri Kedua, akan

    meneguhkan kes kerajaan dengan menolak

    definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang

    yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu

    kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi

    usul kerajaan. Beliau seterusnya akan

    membidas hujah Ketua Pembangkang, dan

    kemudian menampilkan dua hujah bagi

    memperteguh kes kerajaan. Hujah pertama

    beliau ialah media massa menjana masyarakat

    berilmu pengetahuan dan hujah ketiga beliau

    adalah media massa sebagai agen perpaduan.

    Saya tidak nafikan bahawa pihak pembangkang

    kedua akan menolak dan menyembunyikan

    kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang

    pastinya bersifat gelas separuh kosong itu

    mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang

    berantakan dan punah ranah bagaikan puing-

    puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh

    Yang Berhormat Menteri Ketiga. Seterusnya,

    menteri ke-4 dan menteri ke-5 dalam barisan

    kerajaan akan mencelah dan menyokong

    sepenuhnya usul serta hujah yang kami berikan

    supaya dapat menyokong tiang pihak kerajaan

    sekiranya kami goyah. Dalam sesi

    penggulungan, kerajaan akan memastikan

    hujah pembangkang hancur luluh sama sekali,

    manakala kebenaran usul kerajaan mendapat

    sokongan padu sidang dewan yang mulia.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    Yang dipertua

    Hujah pertama saya adalah berpaksikan

    pendidikan iaitu media massa tunjang

    pendidikan ke arah global. Jika kita sama-sama

    membuka mata dan berfikir dengan lebih

    mendalam, media massa dapat mempengaruhi

    minda sesebuah masyarakat melalui

    pendidikan.

    Di sini sebenarnya saya ingin mengatakan

    bahawa jika media massa dipraktikkan dalam

    pendidikan, pelajar di sesebuah institusi dapat

    menghilangkan rasa bosan untuk belajar

    seterusnya menanam minat di hati setiap

    pelajar untuk terus belajar dan terus belajar

    kerana sistem pembelajaran yang menarik ini.

    Oleh itu, moleklah jika saya menerangkan satu

    demi satu hujah saya untuk membuka

    pemikiran Yang diPertua, ahli-ahli di meja

    pembangkang dan sidang dewan sekalian.

    Yang dipertua,

    Dahulu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    melaksanakan hasrat mereka untuk melihat

    semua pelajar di Malaysia belajar

    menggunakan teknologi canggih. Oleh sebab

    itu, setiap buku teks pinjaman mempunyai

    cakera padat yang ditampal pada kulit buku

    teks. Oleh sebab itu juga, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan

    berjuta-juta ringgit untuk membeli alat-alat

    media seperti komputer untuk diletakkan di

    semua sekolah di Malaysia. Tetapi malangnya,

    ramai guru-guru dan pihak sekolah

    memandang enteng akan hal ini menyebabkan

    kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada

    guru sepenuhnya untuk rujukan semasa atau

    selepas waktu Pembelajaran dan Pengajaran

    (P&P). Konsentrasi pelajar akan terganggu

    dengan kebosanan ketika belajar.

    Oleh sebab yang demikian, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah mengambil alternatif

    unutk mewujudkan dasar Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 bagi

    menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia. Di

    dalam dasar PPPM tersebut, di bawah skop 11

    anjakan PPPM yang ke tujuh menyatakan

    bahawa setiap pelajar di Malaysia perlulah

    memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti

    pembelajaran di Malaysia. Contohnya pada

    masa kini, pelajar yang bersekolah di peringkat

    rendah atau menengah disajikan dengan

    pelbagai laman web pendidikan seperti VLE

    Frog. Di sini sudah menunjukkan bahawa

    pendidikan sangat efisien jika kita

    menggunakan media massa. Hal ini

    menyebabkan semua pelajar di Malaysia

    mampu berdaya saing secara sihat dengan

    negara luar disebabkan oleh pembelajaran

    moden setaraf dengan negara maju. Rugilah

    negara tumpah tanahnya darah kita ini jika kita

    sendiri tidak menggunakan kemudahan yang

    telah diberikan. Hasilnya, peratusan

    kecemerlangan pelajar di Malaysia meningkat

    secara perlahan oleh kerana dasar PPPM dan

    prestasi kecemerlangan pelajar di pelbagai

    peringkat memberangsangkan bermula dari

    tahun 2014

    Yang dipertua,

    Memanfaatkan media massa dalam pendidikan

    bukan sahaja mampu membantu pelajar untuk

    memajukan diri mereka sendiri tetapi

    memajukan negara tercinta mereka. Lebih

    mudah sistem pendidikan, lebih banyak

    manfaatyang diperoleh untuk diri, masyarkat

    serta negara seterusnya peringkat global. Di

    sini saya ingin simpulkan bahawa media massa

    dapat membentuk minda pelajar yang

    berkualiti. Seseorang pelajar itu mampu

    membuka mata dunia jika pembelajaran

    digunakan melalui media massa. Prakarsa yang

    dilakukan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia amat berguna dan berjaya bagi saya.

    Itu sahajalah hujah saya selaku Perdana

    Menteri. Saya serahkan kepada pihak

    pembangkang untuk meneruskan sidang

    perbahasan ini.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    MENTERI KEDUA

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya

    ucapkan kepada Yang di Pertua, rakan sejawat

    saya di meja kerajaan, barisan pembangkang

    yang sentiasa alpa dengan duniawi seterusnya

    ahli-ahli yang berhormat sidang parlimen

    sekalian.

    Tuan yang di Pertua,

    Selaku menteri kedua, saya sememangnya

    definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua

    Pembangkang sebentar tadi iaitu 'Media Massa

    Tidak Membentuk Minda Masyarakat

    Berkualiti'. Jadi saya memohon agar definisi

    usul itu dipinda semula seperti definisi yang

    diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu "Media

    Massa Membentuk Minda Masyarakat

    Berkualiti'.

    Tuan yang dipertua,

    Sebelum saya membentangkan hujah-hujah

    saya yang akan meranapkan atap perbicaraan

    pihak pembangkang, saya akan membidas

    hujah yang dikemukan oleh Ketua pembangkan

    sebentar tadi. Ketua Pembangkan mengatakan

    bahawa ______________________________

    ______________________________________

    _____________________________________.

    Sebenarnya, __________________________

    ______________________________________

    _____________________________________.

    Tuan yang dipertua,

    Masyarakat yang berminda berkualiti bukan

    sahaja bermakna masyarakat itu seorang yang

    berfikiran positif yang mampu memartabatkan

    diri tetapi masyarakat yang mindanya

    berkualiti juga membawa makna masyarakat

    yang berlimu pengetahuan serta seorang yang

    intelek. Hal ini membawa kepada hujah

    pertama saya iaitu media massa menjana

    masyarakat yang berilmu pengetahuan.

    Seperti yang Perdana Menteri katakan dalam

    pendefinisian media. dapat saya ringkaskan

    bahwa media massa merupakan satu medium

    yang masyarakat boleh mendapat maklumat

    atau berita dengan mudah. Bagaimana definisi

    yang saya ringkaskan ini dapat menjana

    masyarakat yang berilmu pengetahuan? Di sini,

    saya akan mengupaskan hujah saya supaya

    semua ahli sidang parlimen faham dengan

    hujah yang saya berikan.

    Pada zaman milenium ini, tersebar luas berita-

    berita seantero dunia serta maklumat tentang

    pelbagai perkara melalui televisyen, berita,

    radio dan Internet yang merupakan media

    massa. Hal ini menyebabkan masyarakat akan

    sentiasa mendapat isu terbaru melalui media

    massa. Oleh itu, masyarakat akan tidak

    ketinggalan zaman dan akan sentiasa

    mengetahui isu semasa dengan mudah. Apabila

    masyarakat tidak ketinggalan zaman, minda

    masyarakat akan menjadi berkualiti dek kerana

    mempunyai ilmu pengetahuan melalui berita

    serta maklumat yang disampaikan media

    massa. Menjadikan masyarakat berkualiti juga

    merupakan objektif terciptanya media massa

    yang sehingga kini kita dapat lihat benda

    tersebut membantu masyarakat memajukan

    pemikiran setiap rakyat.

    Jadi, negara luar akan menghormati negara

    Malaysia kerana rakyatnya yang berilmu

    pengetahuan dan sentiasa celik dengan isu-isu

    semasa. Dengan apa yang mereka lihat melalui

    media massa, mereka mampu mengubah,

    mengaplikasi ataupun membetulkan setiap

    perkara yang disampaikan melalui media

    massa mengikut situasi. Hal ini menyebabkan

    Malaysia akan terus berkembang minda

    masyarkatnya dan seterusnya maju. Dapat saya

    katakana bahawa media massa sememangnya

    mampu menjana masyarakat yang berilmu

    pengetahuan.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    Tuan yang dipertua,

    Tamatlah sudah hujah saya yang pertama dan

    kini saya akan membuka hujah baharu iaitu

    media massa sebagai agen perpaduan. Suka

    saya ingin ingatkan bahawa janganlah ahli

    sidang dewan sekalian bercanggah ideologi

    daripada pihak kerajaan yang sentiasa benar.

    Baiklah. Pada masa kini, masalah perpaduan

    sering berlaku di negara kita. Banyak berlaku

    pergaduhan antara kaum. Adakah perkara ini

    berlaku kerana adanya media massa? Saya

    boleh katakan tidak sebenarnya. Media massa

    hanya memainkan peranan sebanyak 0.01%

    dalam isu yang kian sensitif kini.

    Banyak iklan-iklan yang berkenaan tentang isu

    perpaduan sering dikeluarkan di media massa.

    Contohnya pengenalan terhadap budaya setiap

    kaum, makanan tradisi setiap kaum dan agama

    setiap kaum. Sepatutnya perpaduan dapat

    dijalinkan oleh sebab mereka dapat menyelami

    unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak

    langsung, mereka menyemaikan rasa

    pentingnya perpadauan dan ini semua adalah

    hasil daripada media massa. Oleh itu, saya

    mengatakan bahawa perpaduan merupakan

    agen perpaduan tetapi mengapa masalah

    perpaduan berlaku lagi?

    Tuan yang dipertua

    Hal sedimikian berlaku kerana mereka yang

    membangkitkan isu ini tidak peka dengan

    kecanggihan dunia, mereka tidak suka akan

    kewujudan media massa. Apabila mereka tidak

    menonton media massa, bagaimana perpaduan

    hendak terjalin sedangkan banyak maklumat

    yang berkaitan tentang pemulihan perpaduan

    telah pun tersebar luas tanpa jaring? Adakah

    mereka ini juga golongan yang menyokong

    pihak pembangkang yang menafikan media

    massa menjamin minda masyarakat berkualiti?

    Fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah

    wahai ahli dewan sidang sekalian.

    Tuan yang dipertua,

    Bagi saya, perpaduan akan terjalin sekiranya

    ada media massa kerana terlalu banyak isu-isu

    pemulihan perpaduan dikeluarkan di media

    massa seterusnya si pembaca atau pengguna

    akan terpengaruh. Pengaruh positif inilah yang

    saya katakana agen sebagai perpaduan. Sekali

    lagi suka saya ingatkan bahawa hujah saya ini

    mampu membuka mata semua ahli sidang

    dewan untuk menilai betapa pentingnya media

    massa dalam menjalin perpaduan. Kita tidak

    mahu peristiwa hitam 13 Mei yang menggugat

    perpaduan kaum berlaku sekali lagi.

    Tuan yang dipertua,

    Dengan ini, saya sekali lagi menegaskan

    bahawa saya menyokong sepenuhnya usul ini

    seratus peratus dan memohon agar usul ini

    diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan

    suara majoriti.

    Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

    Sekian, terima kasih.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    PENGGULUNGAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan

    Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat

    daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang

    dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

    Tuan yang dipertua,

    Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan

    kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan

    membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah

    dikemukakan oleh barisan pembangkang

    sebentar tadi dan seterusnya saya akan

    merumuskan hujah-hujah kerajaan.

    Saya akan membidas hujah yang diberikan oleh

    pihak pembangkang iaitu

    ______________________________________

    ____________________________. (Bagi

    bidasan ketiga-tiga hujah pembangkang)

    Tuan yang dipertua,

    Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga

    hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan

    dalam sesi pertama sebentar tadi. Hujah

    kerajaan yang pertama berdasarkan indikator

    media massa tunjang pendidikan. Bosan serta

    letih merupakan lumrah bagi seorang pelajar

    menempuh alam pengajiannya. Oleh itu,

    dengan adanya media massa, tahap

    keseronokkan untuk belajar meningkat

    seterusnya akan meningkatkan prestasi

    kecemerlangan pendidikan di Malaysia

    seterusnya mampu mencapai hasrat

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Hujah kerajaan yang kedua pula menunjukkan

    bahawa media massa mampu melahirkan

    masyarkat ilmiah. Sebenarnya, masyarakat

    ilmiah ini merupakan modal insan sesebuah

    negara dan peranan modal insan amatlah besar

    kerana modal insan mampu memajukan negara.

    Hal ini dapat dirumuskan bahawa media massa

    juga bukan sahaja dapat melahirkan

    masyarakat ilmiah malahan dapat melahirkan

    modal insan yang dibaratkan permata dunia.

    Oleh itu, negara Malaysia tidak akan

    dipandang hina dan tidak akan sama sekali

    ketinggalan zaman dengan adanya media

    massa.

    Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan

    frasa menjalin perpaduan. Media massa

    sebenarnya berupaya menjalinkan perpaduan

    antara kaum dengan menyiarkan pelbagai jenis

    cara di media massa berkaitan dengan

    pengenalan setiap budaya kaum di Malaysia.

    Bertuah kita pada hari ini kerana kita mampu

    hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman

    dengan adanya media massa yang memberi

    implikasi terhadap penjalinan perpaduan tanpa

    kita sedari. Daya usaha oleh setiap pihak serta

    individu mampu menjayakan media massa

    sebagai medium serta agen untuk pelengkap

    kehidupan bukan keutamaan atau keperluan

    tetapi sekadar kehendak sahaja.

    Tuan yang dipertua,

    Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa

    kerajaan tetap mempertahankan usul yang

    dibentangkan ini iaitu media massa membentuk

    minda masyarakat berkualiti. Jadi, berdasarkan

    rumusan hujah mantap yang saya serta kami di

    meja kerajaan nyatakan tadi, saya memohon

    usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini

    dengan sebulat suara.

    Tuan yang dipertua, saya mohon mencadang.

    Sekian terima kasih.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    MENTERI KE-3

    Bismillahhirahmanirrahim

    Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang

    dipertua,barisan kerajaan,perwakilan

    pembangkang dan ahli-ahli yang berhormat

    sekalian.

    Assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,

    Salam sejahtera dan selamat bersidang.

    Tuan yang dipertua, ahli-ahli yg berhormat

    sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat

    keamanan dan keharmonian di bawah

    kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan

    kembali bersidang untuk membahaskan satu

    usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

    Tuan yangg dipertua,

    Berdirinya saya di sini ingin membidas segala

    hujah pihak pembangkang pertama dan

    pembangkang kedua. Sebelum saya membidas

    segala hujah pihak pembangkang, saya ingin

    mengulangi usul yang hangat diperbahaskan

    pada hari ini yang berbunyi media massa

    membentuk minda masyarakat berkualiti.

    Baiklah di sini saya akan membidas hujah yang

    disampaikan oleh pembangkang kedua

    Pembangkang kedua mengatakan

    ____________________________________.

    Bidasan bagi hujah pembangkang kedua telah

    berlalu, sekarang tiba masanya saya ingin

    membidas hujah yang disampaikan oleh Yang

    Berhormat Ketua Pembangkang.

    Yang dipertua,

    Ketua Pembangkang mengatakan

    ______________________________________

    ___________________________.

    Bidasan saya sudah berakhir, dan tibanya masa

    saya untuk memperkukuhkan kes kerajaan.

    Perdana menteri mengatakan bahawa media

    massa sememangnya menjamin minda

    masyarakat yang berkualiti dan saya

    menyokong 100% hujah tersebut kerana

    _____________________________________

    Menteri kedua telah memberikan hujah kedua

    dan hujah ketiga. Hujah yang kedua ialah

    media massa dapat melahirkan masyarakat

    yang berpengetahuan dan hal ini membawa

    maksud iaitu jika tiada media massa,

    masyarakat akan buta ilmu dan hanya seperti

    katak di bawah tempurung. Hujah yangg ketiga

    ialah media massa dapat menjalin perpaduan.

    Oleh itu, jika media massa dapat digunakan

    oleh semua lapisan masyarakat, semua pihak

    bertanggungjawab menjalankan tugas

    menyiarkan perkara yang memulihkan

    perpaduan kaum nescaya negara akan sentiasa

    berada di dalam keharmonian serta keamanan

    sepanjang masa.

    Tegasnya di sini bahawa media massa

    memberikan impak serta implikasi positif jika

    digunakan dengan sebaik-baiknya. Janganlah

    kita mempermainkan atau mensia-siakan

    peluang yang sudahpun ada di hadapan mata

    kita. Maka di sini, saya juga ingin membuka

    mata yang dipertua, pihak pembangkang serta

    ahli dewan parlimen sekalian, sedarlah bahawa

    hujah-hujah yang disampaikan oleh menteri-

    menteri di meja kerajaan ini sememangnya

    benar dan bermanfaat serta tidak perlu diragui.

    Sebelum saya mengundur diri, saya megulas

    semula pendirian kerajaan iaitu jika tiada

    media massa, masyarakat menjadi mundur

    serta negara akan jatuh terduduk di jajah

    negara luar. Oleh sebab itu, saya sangat

    bersetuju dengan usul serta hujah yang

    diberikan oleh barisan ahli di kabinet kerajaan