6
TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 TARIKH : 14 FEB 2015 TEMPAT : DEWAN PERMATA SMKSI QUE ANN NOTE Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat Yang berbahagia diiringi , Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya dan barisan pentadbir masuk ke dewan Aluan juruacara Bismillahirrahim...Alhamdulilahirabil alamin... Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.. Yang berbahagia - Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Negeri Johor - Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya - Tn. Hj Zakaria bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran, - Cik Sarinah bt Sujak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Pn. Sahilah bt Baba, Penolong Kanan Kokurikulum - En. Bilak bin Tombong , PK Pendidikan Khas - Pn.Faridah bt Mahmod ,PK Ting.6 - En. Chin King Fook, Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015 - En. Chee Yong, Naib Yang Dipertua PIBG - Ahlijawatankuasa Persatuan IbuBapa dan Guru SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya - Ketua-ketua bidang - Barisan Jawatankuasa pengelola program - rakan-rakan guru, murid-murid - seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat 1

Teks Juruacara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Juruacara

Citation preview

TEKS JURUACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015TARIKH

: 14 FEB 2015

TEMPAT: DEWAN PERMATA SMKSI

QUEANNNOTE

Perarakan masukMengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat Yang berbahagia diiringi , Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya dan barisan pentadbir masuk ke dewan

Aluan juruacaraBismillahirrahim...Alhamdulilahirabil alamin...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..

Yang berbahagia

Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Negeri Johor Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya

Tn. Hj Zakaria bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran,

Cik Sarinah bt Sujak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Sahilah bt Baba, Penolong Kanan Kokurikulum En. Bilak bin Tombong , PK Pendidikan Khas Pn.Faridah bt Mahmod ,PK Ting.6

En. Chin King Fook, Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015

En. Chee Yong, Naib Yang Dipertua PIBG

Ahlijawatankuasa Persatuan IbuBapa dan Guru SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya

Ketua-ketua bidang

Barisan Jawatankuasa pengelola program

rakan-rakan guru, murid-murid seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan IlahiDimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan untuk sama-sama kita berkumpul di dewan ini bagi satu lagi majlis , meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya pada tahun 2015 bersamaan 1436 hijrah.

Buat makluman hadirin-hadirat sekalian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Bacaan doaBagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan saudara __________________________________________ untuk mengetuai bacaan doa.Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Tn.PengetuaRasulullah dalam mengenangmu,Kami susuri lembaran sirahmu,Pahit getir perjuanganmu,

Membawa cahaya kebenaran,Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Diteruskan majlis dengan mempersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya merangkap Pengerusi MAKDIS untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan marhaban selawat

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis sambutan maulidur rasul diteruskan dengan persembahan marhaban selawat. DipersilakanBegitulah tadi persembahan marhaban selawat yang mengandungi makna yang cukup mendalam. Terima kasih diucapkan.

Ceramah Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,Zuhud, tawaduk berbudi bicara,Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Warga dewan yang dirahmati sekalian,

Majlis maulidur rasul 1436hijrah di bawah tema Perpaduan Nadi Transformasi Negara diteruskan lagi dengan mendengar ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan amalkan untuk manfaat bersama. Sehubungan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagaian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajukMencintai Sunnah Rasullullah SAW. DipersilakanDemikian tadi isi kandungan ceramah yang penuh dengan ilmu pengajaran dan teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Persembahan multimediaRasulullah,

engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu,tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yang bertajuk Cinta Rasul. Sama-sama kita saksikan. Begitulah tadi persembahan multimedia yang cukup memberi signifikan kepada kita.

Rujuk ajk multimedia

Penyampaian hadiah sepanduk

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sepanduk sempena sambutan maulidur rasul peringkat SMK Sultan ibrahim Kulaijaya. Oleh itu majlis mempersilkan Dipersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Rujuk ajk hadiahKe -3

Ke -2

Johan

Penyampaian

hadiah galakan kecemerlangan PT3Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian hadiah galakan kecemerlangan PT3 pada tahun 2014. Oleh itu majlis turut mempersilakan ______________________________________________ untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Dipersilakan

1. Nabila Sofia bt Jafri -7A2. Muhd Fakrulrazi bin Mohd Suhaimi -5A3. Afiqah Aimi bt Murba-5A4. Norsakti syahilah bt mohamed-5A5. Nurul Aini bt Mohd Faizul-5A6. Afiq bin Yusri-4A7. Nurul Aini bt Mohd Faizul

Begitulah tadi berakhirnya penyampaian hadiah galakan kecemerlangan PT3.

Anugerah Khas Tokoh Pelajar TeladanMajlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas Tokoh Pelajar Teladan.

Ting 1

1. Muhd Amir Akhmar bin Busani-1A2Ting 21. Muhd Azam bin Razali-2B2. Siti Aqilah Sofia bt Tarmizi-2A3. Siti Nuraisah bt Abdul HalimTing 4

1. Mohd Fakrulrazi bin Mohd Suhaimi-4SN1Ting 5

1. Nur Syamimi bt Suliman-5SN1Ting 6

1. Muhd Shaffik bin Masod-6AA

2. Mohd Shahrul Izwan bin Nordin-6AB

3. Ainnur Syazwani bt Zamri-6AA

4. Siti Safwah Izzati bt Shaperi-6AB

Begitulah tadi berakhirnya Anugerah Khas Tokoh Pelajar Teladan sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya . Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

CenderahatiDipersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tn. Hj Abdul Halim bin Sarmin, Pegawai Bahagaian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas kesudian menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya. Dipersilakan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tuan pengetua.

BersuraiDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhirlah majlis sambutan maulidur rasul 1436hijrah peringkat SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya bagi tahun 2015. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada kali ini. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia..wabillah hitaufik...

Perarakan keluarUntuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

DISEDIAKAN OLEH:

..............................................................

(MOHD HILMIE BIN MOHD MOKHTAR)

JURUACARA MAJLIS

4