Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN
Tarikh Dibaca :
4 REJAB 1441H/
28 FEBRUARI 2020M
Disediakan oleh :
Cawangan Pengurusan Masjid
Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
1
“MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN”
28 Februari 2020M/ 4 Rejab 1441H
ور أ تغفره ونتوب إليه، ونعوذ بهلل من ش تعينه ونس مده ونس ، ن ن ومن إن الحمد لل نفس
ئ ت أع لن ، من يد هللا فهو ال د ل ولي مرشدا.سي مهتد ومن يضلل فلن ت
ه دا عبده ورسول، الل ، وأشهد أن محم أشهد أن ل إل إل هللا وحده ل شيك ل م صل وسل
د وعل آل وص ن محم ين.عل نبي به ومن دع بدعوته إل يوم ادل
قوا هللا، أوصيك ونفس بتقوى هللا وط ع ته لعلك تفلحون.أم بعد، في عب د هللا، ات
ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی جئ ٹ ٹ ڃ ڃ ڃ چ چ چ
ىث يث مثمب ىب يب جت حت خت مت ىت يت جث خبجب حب حئ مئ ىئ يئ
٦٢١البقرة: چحج
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jemaah yang
dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
2
ialah orang yang paling bertaqwa. Mudah-mudahan kita dirahmati oleh Allah
SWT dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Mimbar Jumaat
pada hari ini ingin mengajak para jemaah sekalian untuk menghayati
khutbah bertajuk “Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan”.
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Antara nikmat besar yang telah dikurniakan kepada kita ialah nikmat
keamanan dan kesejahteraan. Allah SWT mengurniakan nikmat ini supaya
kita semua dapat berfikir dan merenungi keagungan dan kekuasaan-Nya.
Justeru, dengan itu kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
kepada-Nya. Keamanan bermaksud kita bebas dari segala macam
ancaman yang menggugat keharmonian. Dengan adanya keamanan di
Negara ini, maka keselamatan dan keharmonian akan terbina kukuh dan
Islam akan dapat terus terpelihara dan berdaulat. Ketahuilah, bahawa jika
nikmat keamanan tiada, sudah pasti kedaulatan Islam juga akan tergugat
dan sukar untuk menegakkan syariat Islam di bumi tercinta ini.
Sedarlah betapa keamanan itu merupakan suatu nikmat yang sangat
penting dalam kehidupan ini. Nabi Ibrahim AS pernah berdoa kepada Allah
SWT supaya mengurniakan keamanan dan kemakmuran kepada negeri
Makkah. Hal ini sebagaimana tercatat dalam Surah al-Baqarah ayat 126:
مب خبۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حبچ
چىث يث حج مثىب يب جت حت خت مت ىت يت جث
Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
3
sentosa, dan berikanlah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada
penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
antara mereka”. Allah berfirman: “(Permohonanmu itu diterima) tetapi
sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-
senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanaya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-
buruk tempat kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 126)
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Keamanan berkait rapat dengan keimanan yang menjadi benteng dalam
diri. Al-Quran mengungkapkan perkaitan ini melalui Surah al-An’am ayat 82:
چٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ چ
Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan
iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang
mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk”
Islam amat menitikberatkan keamanan bagi sesebuah negara. Rasulullah
SAW menggambarkan bahawa keamanan merupakan salah satu nikmat
terbesar di dunia dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah
RHM, daripada Abu Salamah bin Ubaidillah, daripada bapanya, Rasulullah
SAW bersabda:
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
4
Mafhumnya: “Barangsiapa antara kamu berada pada waktu pagi dalam
keadaan sihat tubuh badannya, rasa aman dalam hidupnya, cukup
makanannya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan
untuknya.”
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Melihat kepada situasi semasa dalam Negara ketika ini, marilah sama-sama
kita memanjatkan doa ke hadrat Allah supaya Allah SWT memperkenankan
doa kita hari ini agar dipermudahkan segala urusan ke arah yang diredhai-
Nya.
Insya Allah, Allah SWT akan memberi petunjuk dan pertolongan dalam
menyelesaikan isu ini dengan jalan yang terbaik demi kepentingan
masyarakat dan negara yang kita cintai ini. Firman Allah SWT dalam surah
an-Nisa’ ayat 59:
جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب یۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی
ىت يت جث مث ىث متخب مب ىب يب جت حت خت
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ulil amri (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
5
Dalam memastikan keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan,
mimbar juga mengajak dan menyeru seluruh umat Islam menjaga adab
dalam berbicara terutama di media sosial, bijak menilai dan mencari
kebenaran berkaitan sesuatu berita yang disebarkan oleh mana-mana
pihak. Janganlah ada cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan sehingga
membawa kepada perbalahan, pergaduhan dan pertelingkahan sesama
muslim walaupun berlainan pemikiran dan politik. Tunjukkan akhlak mulia
sebagai muslim sebenar lebih-lebih lagi di hadapan golongan bukan Islam.
Setiap umat Islam juga hendaklah memahami ajaran Islam secara
menyeluruh termasuk menghayati konsep keamanan dan kesejahteraan
sebagaimana dianjurkan Islam. Sentiasalah berlapang dada dan bertolak
ansur menjalani kehidupan. Marilah kita bersatu padu dan berganding bahu
dalam membasmi segala anasir yang boleh menggugat kestabilan dan
kemakmuran Negara yang kita cintai ini.
Mimbar amat berharap agar seluruh rakyat dapat memahami situasi yang
sedang kita hadapi ini. Ingatlah bahawa keamanan dan keharmonian
Negara mestilah diutamakan setiap masa.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan mengajak para Jemaah sekalian, marilah
kita mendoakan agar negara Malaysia yang kita cintai ini diberikan
keamanan dan kesejahteraan daripada sebarang pergolakan dan huru-
hara. Kita juga berdoa kepada Allah SWT supaya negara kita berjaya
mengatasi masalah wabak Covid-19 dan dihindarkan daripada kesan
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
6
wabak tersebut yang pada ketika ini masih lagi belum reda di beberapa
buah negara.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah bersama kita renungi pengajaran
daripada firman Allah SWT yang menyatakan keamanan sebagai suatu
nikmat yang besar dalam kehidupan. Allah SWT berfirman dalam Surah
Quraysh;
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٱ ٻٻٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ چ
چٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ
Maksudnya: “Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraysh (penduduk
Makkah). (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan
perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas
(ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang
menguasai rumah (Kaabah) ini. Tuhan yang memberi mereka penghidupan:
menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari
ketakutan.”
اكم ب لي ول كم بالقرآن العظيم، ونفعني وإي من الآيات والذ كر بارك الله ما فيهميع العليم. ه هو الس ل من ي ومنكم تلاوته إن أقول قولي هذا وأستغفر الله الحكيم، وتقب المسلمين والمسلمات والمؤمن لي ول كم ولسائر ين والمؤمنات الأحياء منهم العظيم
حيم. ه هو الغفور الر والأموات، فاستغفروه إن
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
7
KHUTBAH KEDUA
د الحم ل ب ر له ال ع ال الص و ،ين م ل الس و اة ل ام د لى ع بي الأمين ن سي دنا محم ، و الن ع ل ه ى آل ص أ و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان س ح إ ب ل .ين الد م و ى ي
أشهد أن ا إله إلا الله دا عبده ورسوله. ل يك له، وأشهد أن سي دنا محم وحده لا شر
ا قوا ال أم له بعد، فيا عباد الله، ات اع و حق تقاته وا أن الله أ لم م أ ، يم ظ مر ع أ ركم ب ركم م
الص ب س ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه ال ي ب ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ، فقال الله تعالى:يم ر ك
ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ
د وعل دنا محم هم صل على سي لل وعلى آى ا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل سيد وعلى آ دنا محم براهيم وبارك على سي دنا إ دنا آل سي ا باركت على سي د كم دنا محم ل سي
براهيم وعلى آإ بر دنا إ ين إن ك حميد مجيد.ل سي م اهيم في العال
اشدين لفاء الر هم عن الخ ن ع و وارض الل ب أجمعين، ة ي ق حابة الت ن ع و الص اب ين ع و ت ي الت ع اب اب ا ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض ين ع م عن ع م ه ك ا أ ي م ر ك أ ال .ين م ر
هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. الل
هم أي د الل وفيق والهداية دوام ب لامة الت ة والس ح ك باوه نا مل كوالص دولي يڠ م ه ليا وا م الد ين ال مصطفى يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا ، السلطان عبد الله رعاية
سلطان حاج أحمد شاه ال مستعين بالله. المرحوم بالله شاه ابن
Khutbah Jumaat Memelihara Keamanan dan Kesejahteraan
8
كذلك ك باوه و دولي يڠ م ه ڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، سري ڤدوك ب لياوا مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو يزة أمينة ميمونة إسكندر حاجه عز
اج. الله سلطان إسكندر الح
ورعاياه اله وعم وقضاته ووزراءه هم احفظ علماءه من المؤمنين و المؤمنات الل احمين . برحمتك يا أرحم الر
لدن هم اجعل ب يا ا الل ، اآمنا مطمئن ماليز ، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان ، وأمن وأمان .وسائر بلاد ال مسلمين
هم أعز الد ين، الل الإسلام والمسلمين ، ودم ر أعداءك أعداء الد ين وانصر من نصر واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم الد ين.
نيا حسنة وفي الآخرة حسنة نا في الد نا آت ب ار ر .وقنا عذاب الن
عباد الله،
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ
العظيم فاذكروا ڎ ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ الله أكبر، الله يعطكم ولذكر من فضله يزدكم، واسألوه على نعمه يذكركم، واشكروه
لم ما تصنعون.والله يع