2
Arahan: Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan: Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani. Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti laksa asam, nasi ayam,mi goreng,lima puluh biji karipap,200 cucuk sate dan tiga buku kek. Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya. Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir. Arahan: Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan: Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

Teks Penjodoh Bilangan Tahun 3

  • Upload
    solihin

  • View
    122

  • Download
    37

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Penjodoh Bilangan Tahun 3

Citation preview

Arahan:Baca petikan di bawah dan senaraikan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat di dalam petikan:

Sempena hari lahir Amira yang ke-10,ibu dan ayahnya menghadiahkan sebuah iPad ,seutas rantai emas dan sebuah kamera digital kepada Amira .Amira kelihatan begitu cantik apabila memakai sepasang baju kurung biru lembut dan juga sehelai tudung jenama Ariani.

Ramai kenalan rapat,serta jiran tetangga Amira datang untuk bersama-sama meraikan majlis hari lahirnya itu.Ibu Amira menyediakan pelbagai menu seperti laksa asam, nasi ayam,mi goreng,lima puluh biji karipap,200 cucuk sate dan tiga buku kek.

Pelbagai hadiah yang telah diperoleh oleh Amira pemberian rakan-rakannya seperti beberapa jambak bunga,lima helai baju-T Boboi boy,lima kotak coklat,sepuluh naskhah buku cerita serta sebentuk cincin emas istimewa daripada kakaknya dan sebatang pen jenama Parker daripada abangnya.

Amira mengucapkan terima kasih kepada kenalan serta tetamu yang sudi datang ke majlis sambutan hari jadinya itu.Dia memberikan sekuntum bunga ros segar sebagai cenderahati kepada semua yang hadir.