Upload
di-en
View
358
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.
Bismilahhiramannirahim…
Kalau tidak kerana bintang,
Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.
Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif
lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga
masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya
kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Jauh berlayar si pedagang Cina ,
Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara
Hadirin dan hadirat yang dihormati
Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara
cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri
pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum
seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan.
Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh.
Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota
masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat
majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa
perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status
negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi
kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan
mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah
bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini
sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan
bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia.
Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang
wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak
Perpaduan Bangsa Malaysia.
Hadirin yang dirahmati,
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik
jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya
hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita
ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah
berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa
perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan
dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O.
Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan
sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat
yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta
sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu
berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa
Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa
kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini,
jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.
Hadirin yang dihormati,
Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan
salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk
meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa
menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam
bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa
Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya
bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat
‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.
“Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau
pengsan ah”
“Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”
Pelatlah dengan pengaruh bahasa
natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar
maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu.
Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali
edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan
pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses
‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang
penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam
bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga
tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah
bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina
kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah
bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.
Hadirin yang dikasihi,
Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah
tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu
pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib
Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana
hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat
Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan
merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan.
Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun.
Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak
membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-
kacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin
mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran
Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan
jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan
bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan
sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat
saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa
Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah
jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan,
sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi.
Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama
untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan
bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa
Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu
sebagai tonggak perpaduan.
Hadirin yang dirahmati,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka
ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang
memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang
kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah
anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia.
Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan
kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.
Sekian, terima kasih.