Teks Ucapan Hari Raya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

(1) ALUAN PENGERUSIBismillahirrahmanirrahim Yang berusaha TN HJ MOHAMED YUSSOF BIN MOHD SHARIE, Pengetua SMK HUTAN MELINTANG Yang Berusaha, TN HJ MOHD. JALANI BIN KASMURI, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati, EN SELVANATHAN A/L PERUMAL, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati,EN MAHZANI BIN AMIR, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, para jemputan, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis ramah mesra aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

(3)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2015.

(4) DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Bagi mendahului Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan __________________ bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5) UCAPAN PENGERUSI KGK

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian________________________________________________________________________________________________________

Dengan itu majlis seterusnya menjemput Tn Hj Ismail bin Shahlan selaku Pengurusi KGK untuk menyampaikan ucapan beliau sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.Dipersilakan.

(6)UCAPAN PENGETUAHadirin hadirat, para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanyaketupat dan rendang pilihan kitaBingkisan kata bingkisan rayaTuan pengetua bermadah kata

Majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, TN HJ Yusof bin Saari, Pengetua SMK Hutan Melintang untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.

(6) JAMUAN (10.00 PAGI)

Ketupat lemang nasi impit laksaMi kuah bihun sup tidak dilupaKek dan biskut tersedia di mejaTunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

(7)PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH (11.30 PAGI)

Sudah menjadi adat orang berbudi kita berbahasa, sedangkan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula rakan seperjuangan. Itulah rentetan kehidupan bertemu, berpisah satu kepastian. Namun kita tidak mahu perpisahan ini melenyapkan jalinan kemesraan dan kenangan yang pernah dibina bersama. Maka dengan itu sebagai tanda tulus ikhlas kepada rakan-rakan kita yang telah berkorban jasa, dengan itu tibalah masanya untuk kita menyampaikan hadiah penghargaan junjungan budi setulus kasih kepada jemputan yang diraikan. Majlis mempersilakan Tn Hj Yusuf yang diiringi oleh Tn Hj Jailani bin Kasmuri menyampaikan hadiah.

Dipersilakan (1)____________________(2)____________________ (3) ____________________(4)_____________________(5)_____________________(6)_____________________

Hadirin sekalian,Patah tumbuh hilang berganti, seterusnya majlis juga ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran baru warga SMK Hutan Melintang. Dengan itu sebagai tanda kesyukuran majlis Mempersilakan: (1) ________________________ (2) ________________________

(9) PENUTUPMajlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.