Upload
tranbao
View
258
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
SEMPENA
PERSIDANGAN SURUHANJAYA-SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM
20 MEI 2014 (SELASA), 2.30 – 4.00 PETANG
RESORT WORLD, LANGKAWI
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood bin Adam
Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Yang Berbahagia Datuk Haili bin Dolhan,
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia,
YBhg. Dato’ Wira Haji Ismail bin Hamid,
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Kedah,
Yang Berbahagia Tan Sri, Dato’ Seri, Dato’-Dato’,
Datin-Datin
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian.
3
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua kita dapat
bersama-sama pada hari yang berbahagia ini
sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia ke-17 bertempat di
tanah yang penuh bersejarah iaitu Langkawi, Kedah
Darul Aman.
2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih dan tahniah kepada pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
kerana menjemput saya untuk menyampaikan
amanat dan berkongsi aspirasi dan iltizam dengan
seluruh warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya
Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera dan juga
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri.
4
3. Majlis kita pada hari ini juga begitu signifikan
dan bersejarah kerana inilah buat pertama kalinya
saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan
seluruh warga Suruhanjaya Perkhidmatan yang
datang dari seantero pelusuk negara untuk
bersidang. Mudah-mudahan, pertemuan dan
perpisahan kita pada hari ini akan menjadi episod
permulaan kepada penciptaan kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.
GLOBALISASI: IMPAK KEPADA PERKHIDMATAN
AWAM NEGARA
Hadirin sekalian,
4. Perlumbaan daya saing global hari ini telah
memungkinkan pelbagai kesan, impak, peluang serta
tidak kurang juga ancaman kepada negara
khususnya Perkhidmatan Awam Negara. Kita boleh
5
lihat bagaimana impak globalisasi merengkuh
pelbagai mehnah dan cabaran kepada penyampaian
perkhidmatan. Dalam konteks tadbir urus atau apa
yang dinamakan sebagai good governance,
globalisasi telah merubah cara kita berfikir dan
bertindak. Amalan good governance perlulah menjadi
pegangan bukan sahaja dalam kita mentadbir
organisasi, malah haruslah menjadi etos dan budaya
sebagai sebahagian daripada etos kita
mengkhidmati rakyat.
5. Umum mengetahui bahawa ekspektasi rakyat
menjadi neraca pengukuran kepada kepantasan
penyampaian perkhidmatan hari ini. Media sosial
yang mengambil alih peranan media arus perdana
dengan kemunculan pelbagai aplikasi baharu telah
menjadikan dunia internet sebagai medan
perbahasan dan pengaduan segera oleh rakyat.
Barangkali ketika saya masih berucap di Langkawi
6
ini sekarang, kenyataan saya sudah pun tersebar di
serata dunia. Begitu pantas.
6. Gegaran globalisasi juga telah menyentak kita
dalam konteks perdagangan bebas serta keupayaan
kita berdaya saing dengan negara luar. Sudah pasti,
kemampuan kita berdaya saing banyak bergantung
kepada keupayaan kita menampilkan bakat-bakat
yang serba boleh, multi-tasking dan dinamik.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM: TREND
DUNIA
Hadirin sekalian,
7. Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini telah
menjadi trend sejagat. Kalau tuan-tuan dan puan-
puan pergi ke mana-mana benua di seluruh dunia,
kibaran panji Transformasi Perkhidmatan Awam
7
boleh dilihat di kebanyakan negara. Di Amerika
Syarikat, gelombang transformasi terpancar
menerusi gagasan Open Government. Kalau di
United Kingdom, trend “Big Society” menjadi model
kepada Civil Service Reform mereka.
8. Di Singapura, ‘Singapore Conversation’ atau
PS21 adalah manifestasi pelaksanaan transformasi
di negara mereka. Di negara-negara seperti Rusia,
China, Pakistan, Australia dan New Zealand, asakan
transformasi diterjemahkan dalam bentuk Civil
Service Reform atau Public Service Reform. Hatta,
kalau kita ke negara Congo atau Kenya sekalipun,
kita boleh melihat trend transformasi ini berlaku.
9. Maka, sejajar dengan transformasi yang
menuntut kepada perubahan pantas ini, peranan
Kerajaan juga turut berbeza. Hari ini, bukan lagi
Kerajaan yang menentukan segalanya. Tetapi,
8
Rakyat yang menentukan. Kalau dahulu, Kerajaan
mentadbir untuk rakyat, tetapi hari ini, Kerajaan
mentadbir bersama rakyat. Jika dulu pentadbiran
Kerajaan secara silo, maka pada hari ini, kita
mentadbir secara rangkaian. Hari ini Kerajaan
adalah pemudahcara perkhidmatan, bukan lagi
sekadar penyampai perkhidmatan. Jika dahulu, kita
hanya fokus kepada input dan proses, maka hari ini
kita fokus kepada keberhasilan yang besar dan
pantas. Oleh yang demikian, kita memimpin bukan
sekadar dengan prinsip ‘strong leadership’, bahkan
kita memimpin dengan konsep ‘servant leadership’.
CABARAN ORGANISASI: OBSERVASI SEWAKTU DI
MAMPU
10. Sewaktu saya bergelar Ketua Pengarah MAMPU
dahulu, saya telah mengkaji dan memerhatikan
beberapa isu dan cabaran dalam organisasi. Cabaran
9
terbesar adalah pemusatan kuasa. Kemudian diikuti
oleh karenah birokrasi, hirarki pelaporan yang
bergelumang dengan pelbagai lapisan, rendah
kompetensi strategik, kurangnya mentoring dan
coaching, selesa dalam keadaan sekarang, kurang
responsif dan kurang peka, budaya silo yang
membarah serta tahap konsultasi yang rendah dan
peningkatan ekspektasi dan kehendak rakyat.
11. Dengan wujudnya cabaran organisasi ini, maka
ia menjadi petanda bahawa tugas kita dalam
melaksanakan transformasi Perkhidmatan Awam
bukanlah mudah. Kita bukan sahaja perlu menangani
cabaran-cabaran ini tetapi juga memastikan semua
penjawat awam memberikan komitmen sepenuhnya
dalam usaha menjayakan aspirasi transformasi ini.
10
12. Sebab itulah kita melaksanakan transformasi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu
membentangkan Laporan Program Transformasi
Kerajaan pada 12 Mei 2014 yang lalu menggariskan
Dasar Transformasi Nasional mencakupi Program
Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program
Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial
dan Program Transformasi Fiskal.
TRANSFORMASI FISKAL: CABARAN PERKHIDMATAN
AWAM
Hadirin sekalian,
13. Menyusuri pertengahan tahun 2014, kita
mendapati cabaran fiskal negara semakin hebat.
Kerana itu, apabila kita menyelak kembali matlamat
model baharu ekonomi iaitu sasaran pendapatan per
11
kapita negara sebanyak USD15,000 pada tahun 2020,
maka kita perlu bekerja dengan lebih keras.
Maknanya, Perkhidmatan Awam perlu melakukan
sesuatu bagi mengukuhkan pendapatan rakyat.
Sebagai contoh, peratus upah atau gaji daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK negara
maju adalah dijangkauan 40 peratusan. Pada masa
ini peratusan gaji daripada KDNK negara kita adalah
pada kadar 32.9 peratus.
14. Ini bermakna, terdapat ruang bagi pihak majikan
negara ini untuk menstruktur perlaksanaan gaji di
Malaysia supaya lebih setimpal dan pada kadar yang
sesuai dengan tren penggajian dunia. Kadar gaji juga
perlulah berkonsonan atau berkadar terus dengan
produktiviti pekerja.
12
15. Sebagai gambaran, produktiviti pekerja kita
meningkat 2.3 peratus pada 2013. Saya percaya
produktiviti penjawat awam boleh dipertingkatkan
lagi terutamanya apabila kita menambah nilai kerja
kita dari sudut teknologi, inovasi dan kreativiti untuk
terus memacu lonjakan ekonomi.
16. Dalam konteks ini, tuan-tuan dan puan-puan
boleh melihat bagaimana Perkhidmatan Awam kita
boleh menyumbang dalam memperkukuhkan
kedudukan fiskal negara. Antaranya adalah menerusi
strategi kita melaksanakan proses pengambilan dan
pengekalan bakat dalam Perkhidmatan Awam.
Sehingga 2012, Malaysia mempunyai nisbah
penjawat awam berbanding penduduknya sebanyak
1 kepada 20. Nisbah ini adalah kecil kalau hendak
dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain di
mana nisbah penjawat awam berbanding mereka
jauh lebih besar.
13
17. Indonesia sebagai contoh mempunyai nisbah 1
kepada 51 orang. Singapura 1 kepada 41 orang.
Thailand 1 kepada 33 orang begitu juga Vietnam 1
kepada 46 orang penduduknya. Nisbah yang kecil
bermaksud kita boleh melaksanakan strategi yang
lebih berkesan untuk membantu mengurangkan
kesan dan impak terhadap kedudukan fiskal dan
ekonomi negara.
18. Sehingga kini, jumlah perjawatan dalam sektor
awam adalah 1.71 juta dengan 1.36 juta daripadanya
adalah perjawatan di peringkat persekutuan. 9.1%
adalah Badan Berkanun Persekutuan, 6.5% adalah
Agensi Negeri, 1.1% adalah Badan Berkanun Negeri
dan 3.5% adalah Pihak Berkuasa Tempatan. Jumlah
pengisian pula kalau kita lihat di peringkat
persekutuan termasuk polis dan tentera jumlahnya
adalah hampir 1.4 juta sehingga 30 Jun 2013. Dalam
konteks gender, lelaki mewakili 54.3% manakala
14
wanita adalah 45.7%. Walau pun demikian, yang
menjadi cabaran juga kepada kita adalah apabila
penjawat awam wanita ini semakin lama dalam
perkhidmatan, jumlahnya semakin sedikit yang
menganggotai kumpulan pengurusan tertinggi. Kita
boleh hanya 28.6% sahaja penjawat awam wanita
menyertai peringkat kumpulan pengurusan tertinggi.
19. Sebab itu kita perlu sentiasa memikirkan cara
bagaimana untuk memastikan jumlah penjawat
awam yang ada sekarang ini mestilah ideal, dinamik
dan bertepatan dengan kehendak negara. Kita boleh
melihat beberapa strategi yang dilaksanakan oleh
beberapa negara Eropah. Laporan Institute of Labour
Organization pada 3 April 2014 menyebutkan
beberapa negara melaksanakan strategi seperti
freeze and reduction untuk mengurangkan impak
kepada kedudukan fiskal mereka.
15
20. Di Austria sebagai contoh, mereka terpaksa
memberhentikan pengambilan penjawat awam pada
tahun 2014. Di Belgium, 5.5% pengurangan
pengambilan dari tahun 2008 hingga 2012. Di
Perancis pula, skim penggantian dan pembekuan
memberikan kesan terhadap 30,400 orang penjawat
awam. Di Greece, mereka melaksanakan 1:10 hiring
attrition rule di mana jumlah penjawat awam
dikurangkan sehingga 150,000 orang sahaja
menjelang 2015. Di Ireland, pengurangan penjawat
seramai 24,750 orang selepas tahun 2008 yang lalu.
Begitu juga di United Kingdom, sehingga 2009, 7.4%
pengambilan dikurangkan dengan 330,000 pekerjaan
dikurangkan pada tahun 2014 dan 730,000 pada
tahun 2017.
21. Namun di Malaysia, tidaklah sampai begitu
sekali. Begitu pun kita harus melaksanakan sesuatu
yang berimpak tinggi demi memastikan penjawat
16
awam kekal relevan dan mampan ke arah
menyokong meningkatkan pembangunan negara.
22. Oleh, cabaran kita dalam pengambilan dan
pelantikan penjawat awam juga begitu besar.
Menurut Australian Public Service Commission atau
APC, terdapat 6 cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
badan pelantik sektor awam iaitu: Pertama, a more
attractive, modern recruitment brand offering
greater challenge and opportunity; Kedua, more
responsive recruitment strategies and processes;
Ketiga, 21st century work environments and
management systems that are more engaging and
more empowering; Keempat, greater flexibility and
mobility around career movement; Kelima, enhanced
learning and development opportunities, including
the acquisition of language skills; dan Keenam, more
creative use of new technologies and social media.
17
23. Seterusnya, APC turut mencadangkan 7 langkah
penyelesaian yang harus diambil iaitu pertama,
Develop an online recruitment presence with an
employer brand that attracts and resonates with
younger potential recruits; Kedua, emphasise the
unique qualities of employment by focusing on the
career aspirations of Generation Y: Ketiga,
experiment with innovative work design
environments that support the creation of a
workplace culture designed to promote
collaboration, sharing and trust; Keempat, develop
and widen access to the creative use of new Web 2.0
technologies and social media for both personal
networking and work purposes; Kelima, continue to
encourage the development of networks; Keenam,
build a culture of empowerment and trust, by
rewarding a management style that engages
employees; dan Ketujuh, harness the passion and
18
enthusiasm of staff in order to improve public sector
and government ways of working.
GENERASI : CABARAN MERENTAS GENERASI
24. Bercakap tentang Generasi Y, hari ini umum
mengetahui bahawa Perkhidmatan Awam kini
dipelopori oleh generasi muda iaitu generasi X dan Y
yang membentuk kira-kira 1.02 juta orang atau
72.7% daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan
awam manakala hanya 27.3% sahaja terdiri daripada
generasi Baby Boomers seperti saya atau mungkin
tuan-tuan dan puan-puan. Seterusnya generasi muda
ini akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh
20,000 penjawat awam yang akan bersara mulai
penghujung tahun ini. Ini bermakna golongan ini
jugalah yang akan mendaki tangga kepimpinan
menggantikan Tuan-tuan dan Puan-puan sebagai
pemimpin di Kementerian dan Jabatan. Sudah
19
sewajarnya, kita perlu memastikan generasi muda
turut seiring di dalam arus perubahan serta turut
sama menggalas cabaran-cabaran yang ada agar
transformasi Perkhidmatan Awam ini menjadi
kenyataan.
25. Memahami orang muda memerlukan banyak
penelitian. Apa yang menarik yang boleh dikongsikan
mengenai orang muda adalah, mereka mempunyai
banyak kecenderungan terhadap pelbagai perkara.
Forbes.com menyatakan bahawa 80% generasi muda
mempunyai asas pendidikan STEM atau Sains,
Teknologi, Engineering dan Matematik. Hakikat ini
membenarkan survey yang dijalankan bahawa
sebahagian besar orang muda di Amerika ingin
berkhidmat di syarikat ICT gergasi seperti Google,
Apple, Microsoft dan Facebook.
20
26. Forbes turut menyatakan bahawa kebanyakan
orang muda ada sikap dan kesungguhan dalam
aspek kesukarelawanan dan suka membantu.
Kerana itu, mereka mahu bekerja di hospital-hospital
dan klinik-klinik seperti St. Jude Children Research
Hospital atau Local Hospital. Mereka juga
mempunyai semangat patriotik yang tinggi, lantaran
itu mahu berkhidmat di agensi keselamatan seperti
FBI, CIA, NSA atau Angkatan Tentera.
27. Dalam konteks pemilihan majikan pula, 78.7%
menyatakan bahawa mereka mengutamakan
manfaat dari segi kesihatan dan persaraan
berbanding hanya 35.1% mengutamakan gaji pokok
dan ganjaran. Dalam sisi yang lain, 72% menyatakan
mereka memilih untuk bekerja di organisasi yang
mengutamakan kebajikan berbanding hanya 33.6%
sahaja yang bekerja di organisasi kerana prestij dan
imej organisasi itu sendiri.
21
28. Beberapa maklumat dan cerita yang saya
kongsikan hari ini menyaksikan beberapa tanggapan
kita terhadap orang muda sebenarnya mungkin
salah. Kajian yang dibuat oleh Capstrat.com
barangkali ada betulnya. Kita merasakan bahawa
generasi milenia ini tak mahu dengan nasihat kita
sedangkan sebenarnya mereka mahukan coaching
dan mentoring dari kita. Begitu juga kita sering
menganggap bahawa generasi muda ini mahukan
wang semata-mata namun sebenarnya mereka
mahukan bukan sekadar wang tetapi manfaat dan
kemudahan yang lain dalam bentuk kebajikan. Kita
juga mungkin menganggap bahawa mereka ini malas
untuk bekerja kerana tidak sanggup kerja lebih masa
namun sebenarnya mereka ini mahukan kehidupan
yang seimbang. Begitu juga kita sering menganggap
bahawa orang muda ini mempunyai ekspektasi yang
tidak realistik namun sebenarnya mereka mahukan
22
sesuatu yang bermatlamat iaitu sesuatu yang boleh
memberikan pulangan balik kepada mereka.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM: MENUJU
KEJAYAAN TRANSFORMASI
Tuan-tuan dan Puan-puan,
29. Sebab itulah kita melaksanakan Transformasi
Perkhidmatan Awam. Kerana kita telah melihat
segala isu, masalah dan cabaran ini bukan sahaja
dari segi perspektif inside out tetapi kita melihat
dalam konteks outside in. Kita melihat cabaran ini
dari sudut rakyat dan pelanggan luar dan bukan
sahaja dalam perspektif keperluan dalaman
organisasi atau individu semata-mata.
30. Kita laksanakan Transformasi Perkhidmatan
Awam sebagai memperkukuhkan agenda
23
transformasi Kerajaan ini melalui 5 teras strategik
iaitu Mendaya Upaya Bakat, Merekayasa Organisasi,
Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan,
Merangkum dan Sepunya dan Membudaya Nilai.
Kelima-lima teras ini adalah bertujuan untuk kita
terus melonjakkan pencapaian negara ke arah
mentransformasikan Malaysia di persada dunia.
31. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu
Perhimpunan bersama Penjawat Awam sempena
Hari Pekerja pada 1 Mei 2014 menyebutkan Lima
kriteria yang diperlukan oleh penjawat awam bagi
mendakap transformasi dan bergerak ke hadapan
bagi tempoh 50 tahun akan datang. Yang pertama
ialah, Berilmu, iaitu sentiasa berilmu pengetahuan,
kreatif dan inovatif dan menjadi contoh kepada
masyarakat. Kedua, Kebolehpercayaan iaitu Jujur,
amanah, integriti, diyakini dan mempunyai nilai
murni sejagat yang dipercayai rakyat. Ketiga,
24
Amalan Kerja Terbaik iaitu budaya yang menjadi
cerminan kewibawaan penjawat awam. Keempat,
Semangat Patriotik, iaitu kesetiaan kepada raja dan
Negara serta menjunjung perlembagaan dan undang-
undang dan Kelima, Budaya Keberhasilan, iaitu
peningkatan kualiti kerja berdasarkan petunjuk
prestasi utama (KPI).
32. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha dengan
lebih gigih mendaya upayakan bakat terbaik negara
bagi memastikan kelangsungan kejayaan agenda
transformasi ini. In Shaa Allah saya percaya dengan
komitmen dan kesungguhan kita semua menggalas
amanah, nama Malaysia akan terus harum dan mekar
di pentas antarabangsa.
25
PENUTUP
Hadirin sekalian,
33. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di
atas kesudian menjemput saya ke majlis hari ini.
34. Saya yakin dan percaya dengan sikap komited
dan berbekalkan iltizam yang tinggi, kita semua akan
berjaya merealisasikan agenda transformasi negara
dan transformasi Perkhidmatan Awam yang sedang
giat kita laksanakan hari ini. Mudah-mudahan segala
usaha murni yang kita gembelengkan akan mendapat
keredhaan Allah SWT jua. InsyaAllah.
26
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu alaikum
Warahmatullahi Wabarokatuh.
Terima kasih.