Upload
faris-rahimi
View
207
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
TEKS UCAPAN PENGARAH JPS DAN GB.docx
Citation preview
Kata-Kata AluanTuan Haji Mahmud Bin Karim
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk
mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah REBUNG Edisi ke-9 ini. Tahniah kepada pasukan
sidang redaksi generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi menghasilkan majalah REBUNG yang
mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu
dititiberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang
berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SK Kelana Jaya (1) ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada guru-guru SK Kelana Jaya (1)
kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya keikhlasan
dalam melaksanakaan tugas dan usaha yang berterusan para guru akan menjadi azimat dalam
meningkatkan komitmen dan kecemerlangan anda semua bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang
akan merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Program Transformasi Pendidikan (PTK) yang
telah bermula sejak tahun 2009.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah sebegini akan menjadi
dorongan dan perangsang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-
masing dalam bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SK Kelana Jaya (1) agar
sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi
dunia yang semakin mencabar masa ini. Semoga warga SK Kelana Jaya (1) akan terus mara ke
hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan
bersifat global.
Sekian, terima kasih.
Kata-Kata AluanTn. Hj. Marhom Bin Hj. Marsudi
Guru BesarSekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana
masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan dalam majalah REBUNG Edisi ke-9 yang
menjadi kebanggaan semua warga SK Kelana Jaya (1) ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang
saya kasihi, semoga anda semua sentiasa berada di bawah naungan-Nya dan dapat mengharungi arus
pendidikan yang kian menginjak ke hadapan pada satu tahap paradigm.
Warga SK Kelana Jaya (1) yang saya kasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi
pendidikan masa kini, sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke
hadapan. Kerajaan kita juga komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk
tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid
di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang
dan menangani cabaran abad ke-21.
Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya
memimpin tangan anak-anak kita di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin
menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan
mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.
Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan
untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa
semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta
tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan
komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
Kata Alu-AluanEn. Mohd Haizal Bin Ayop
YDP PIBGSekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah REBUNG Edisi ke-9 ini. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana telah berusaha sekali lagi untuk menerbitkan majalah ini dengan gaya dan penampilan yang lebih inovatif dan kreatif.
Pendidikan pada masa kini amat mencabar lebih-lebih lagi dalam melahirkan murid yang seimbang dari aspek JERIS. Sokongan dan dorongan pihak ibu bapa juga membantu dalam merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan. Sejajar dengan itu, Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mula dilaksanakan dalam mencapai hasrat kerajaan.
Terdapat 6 elemen dalam Sarana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti iaitu iklim Sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama (Shared Responsibility), keputusan bersama (Shared Decision Making) dan kerjasama dengan komuniti. Setiap elemen ini perlu dijadikan sebagai wadah dalam meningkatkan kualiti pendidikan generasi kita. Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dan ibu bapa dalam apa-apa jua program yang diadakan di sekolah akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era transformasi pendidikan kini.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-masing dalam bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SK Kelana Jaya (1) agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sebagai persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar masa ini.
Sekian, terima kasih.