Upload
others
View
17
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 1
TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP PRESIDEN ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 2
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KOPERASI (CSR) COOPCARE ANGKASA PRIHATIN COVID-19 KEPADA KOPERASI
HOMESTAY LONEK JEMPOL BERHAD
11 APRIL 2021 (AHAD) 4.00 PETANG
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 3
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh (Protokol sapaan diberi semasa majlis) Dato’-Dato’/ Tuan-tuan/ Puan-Puan/ ahli-ahli koperasi Yang Dihormati
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 4
Sekalian
1. Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang telah mengizinkan saya untuk sama-sama berkumpul di program CSR COOP CARE ANGKASA Prihatin COVID-19 kepada Anggota Koperasi KOPERASI HOMESTAY LONEK JEMPOL BERHAD.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 5
2. Saya amat bersukur ke hadrat ilahi
kerana berpeluang untuk bersama-sama dengan Tuan/ Puan dari Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad pada hari ini. Kami di ANGKASA sentiasa dekat dengan ahli-ahli yang sentiasa bersama-sama kami
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 6
sepanjang 50 tahun sebagai badan apeks gerakan koperasi negara.
3. Menerusi Program CSR COOPCARE, ANGKASA sentiasa cakna dan prihatin dengan situasi dan perkembangan semasa anggota koperasi dan masyarakat. Sejak bulan Mac 2020 sehingga kini, ANGKASA telah
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 7
melaksanakan 53 program yang memberi manfaat kepada 40,021 penerima dengan nilai sumbangan sebanyak RM1 Juta daripada keseluruhan peruntukan sumbangan COVID-19 iaitu RM2 juta.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 8
4. Pada hari ini, ANGKASA menyalurkan sumbangan barangan ASAS BA100 bernilai RM4,200 kepada 60 anggota koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad yang diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas pendapatan. Semoga barang keperluan harian ini sedikit sebanyak dapat membantu persiapan
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 9
menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Hadirin yang dihormati,
5. Berdasarkan perangkaan koperasi 2019 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 10
sehingga Disember 2019 terdapat sebanyak 787 buah koperasi di Negeri Sembilan dengan anggota seramai 167,176 orang.
6. Daripada jumlah tersebut syer dan yuran yang dimiliki oleh koperasi ada sebanyak RM119.02 juta dengan aset milik koperasi sebanyak RM383.47 juta.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 11
Manakala, perolehan koperasi di Negeri Sembilan dalam tempoh yang yang sama adalah sebanyak RM153.42 juta
7. Perangkaan ini menunjukkan masih terdapat banyak lagi ruang untuk koperasi mengembangkan aktviti
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 12
ekonomi bagi memberi lebih banyak perkhidmatan kepada anggota.
8. Kita harus sedar, Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom) mensasarkan perolehan koperasi sebanyak RM60 billion menjelang 2025 dan RM100 Bilion pada tahun 2030. ANGKASA amat positif
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 13
angka ini dapat dicapai sebelum berakhirnya tahun sasaran oleh gerakan.
9. Oleh yang demikian, gerakan koperasi di negara ini harus lebih bersedia menghadapi cabaran dan pola baru perniagaan menjelang tahun 2030.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 14
10. Kepesatan teknologi, cabaran pandemik COVID-19 dan perubahan dasar-dasar kerajaan merupakan antara intipati yang seharusnya diambil berat oleh kepimpinan gerakan koperasi dalam mendepani cabaran baharu perniagaan.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 15
Hadirin yang dihormati,
11. Kita masih belum dapat menangani sepenuhnya pandemik COVID-19. Berita setiap hari masih menunjukkan kes jangkitan baharu masih empat (4) angka. Saya amat faham, perniagaan koperasi terutamanya sektor
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 16
pelancongan menerima tempias akibat pandemik ini. Pandemik COVID-19 dilaporkan menjejaskan industri pelancongan dengan anggaran kerugian melebihi RM100 bilion pada tahun 2020.
12. Kini, pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat memberi sedikit
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 17
kelegaan kepada semua terutama kepada mereka yang memiliki perniagaan. Rentas negeri masih tidak dibenarkan. Justeru pemulihan aktiviti pelancongan masih lagi perlahan berbanding sektor lain.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 18
13. Kita tahu Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad cukup sinonim dengan aktiviti pelancongan yang digerakkan semenjak tahun 2012 sehingga menjadi sebuah koperasi contoh dalam sektor pelancongan.
14. Saya sentiasa menyarankan koperasi mempelbagaikan aktiviti
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 19
perniagaan. ANGKASA sedia membimbing, menyediakan platform dan bekerjasama dengan koperasi untuk menceburi perniagaan baharu.
15. Nampaknya Koperasi Tuan/ Puan juga telah mempelbagaikan aktiviti perniagaan menerusi penyertaan
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 20
sektor peruncitan dalam projek BA100, penternakan kelulut, pertanian, garaj kenderaan, nurseri, tanaman cili dan halia fertigasi yang membolehkan koperasi kekal berdaya saing dengan perniagaan lain. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan/ Puan yang menggerakkan koperasi ini dengan baik.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 21
16. ANGKASA menerusi Sektor
Pembangunan Perniagaan Koperasi sentiasa komited menyedia dan memudah cara perniagaan koperasi untuk terlibat dalam perniagaan yang berimpak tinggi.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 22
17. Koperasi dalam sektor Pelancongan juga disaran dan digalakkan untuk menyertai jaringan koperasi yang ANGKASA wujudkan menerusi CoopHotel, CoopFarmasi. CoopSpa, CoopTravel, CoopStay, CoopDialisis dan CoopTamu.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 23
18. Sebelum saya berundur diri, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 1442 hijrah. Semoga kita dapat sama-sama menghayati Ramadan tahun ini dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 24
19. Terima kasih kepada kepada
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan yang diterajui Pengerusinya, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah kerana amat cakna dengan keperluan anggota koperasi di negeri ini. Tahniah juga kepada Bahagian Komunikasi Korporat yang
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 25
menguruskan program CSR COOPCARE ANGKASA.
20. Diharapkan program ini menjadi platform untuk membina kerjasama dan hubungan yang erat antara ANGKASA dengan semua koperasi yang terlibat.
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA 2021 26
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.