teks ydp pibg

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 teks ydp pibg

    1/3

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Terima kasih pengerusi majlis,

     Yang Dihormati,Tn. Hj. Syed Musa b Syed Hashim

    Guru Besar, SK Raja Chulan

     Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-

    guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

    Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-

    sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian Kejohanan Padang dan

    Balapan SK Raja Chulan kali Ke-16, 2016

    Sidang hadirin yang berbahagia.

    Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-

    murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan

    seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot,

    saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas,

    patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet

    yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati

    diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

    Hadirin yang dihormati,

    Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai

    matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat

    mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja

    mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkansilaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat, malahan,

    pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih

    cemerlang.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

  • 8/17/2019 teks ydp pibg

    2/3

    Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi

    sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan

    pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa

    kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang

    rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkanmelalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke

    arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat

    kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk

    sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan

    saling berkasih sayang.

     

    Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang

    menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai

    aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual,

    seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang

    tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu

    membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda

    kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan .Melalui

    kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya

    tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

    Hadirin yang dikasihi

     Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam

    kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci

    kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak

    harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara

    Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah

    melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting

    dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu

    padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.

    Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada

     AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga SK

    Raja Chulan kali yang ke-16 dengan jayanya. Kepada para atlet yang

    mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan selepas ini, saya

  • 8/17/2019 teks ydp pibg

    3/3

    ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa,

    kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah

    mencipta kerjaya

    SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN SK RAJACHULAN KALI KE 16

    Sekian, terima kasih.