4
RESIPI KUIH DENDERAM OLEH : SAJIAN HATI Bahan-bahan : 700 gram gula merah 200 gram gula putih 1 kg tepung beras 2 cawan air 1 cawan tepung gandum Cara Membuatnya : Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya. Ayak tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih

Teling keling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teling keling

Citation preview

Page 1: Teling keling

RESIPI KUIH DENDERAMOLEH : SAJIAN HATI

Bahan-bahan :700 gram gula merah200 gram gula putih1 kg tepung beras2 cawan air1 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya :

Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya.

Ayak tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis. Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas.

Page 2: Teling keling

Kacau hingga sebati sehingga membentuk doh seperti gambar di atas. Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya.

Keesokannya, uli doh tersebut dengan menggunakan tangan. Uli hingga rata seperti di dalam gambar.

Ambil plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut agar doh tidak melekat. Canaikan doh di atas plastik.

Page 3: Teling keling

Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan kuih denderam.

Jika tiada acuan tersebut, boleh juga menggunakan objek bulat dan ditekan. Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya.

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut.