15
TEMA 1 - KONSEP MANUSIA 1.1MANUSIA Pengertian Jahiliah -Dari segi bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan sesat. - Dari segi istilah atau syarak:- Ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum agama Allah. - Arab Jahiliah juga merujuk kepada satu zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan dan kebodohan atau zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup serta tidak mempunyai peraturan yang sah di sisi Allah. -Pengertian manusia - dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah: - Tidak mempunyai Nabi atau Rasul sebagai pembimbing. - Tidak mempunyai kitab sebagai petunjuk. - Tiada perkembangan ilmu (menyebabkan keseluruhan masyarakat buta huruf dan jahil) - Tidak mempunyai peradaban atau tamadun - Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. - Masyarakatnya tidak patuh kepada syariat Allah dan tidak mengesakannya. - Wujud selama kira-kira 300 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan Saba / Himyar hingga zaman kelahiran Islam. Pengertian Islam Konsep manusia menurut Islam. 1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam. i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

Tema 1-Mnsia & Msyrkt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

TEMA 1 - KONSEP MANUSIA

1.1MANUSIA

Pengertian Jahiliah-Dari segi bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan sesat.- Dari segi istilah atau syarak:- Ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum agama Allah.- Arab Jahiliah juga merujuk kepada satu zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan dan kebodohan atau zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup serta tidak mempunyai peraturan yang sah di sisi Allah.-Pengertian manusia - dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata.

Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah:- Tidak mempunyai Nabi atau Rasul sebagai pembimbing.- Tidak mempunyai kitab sebagai petunjuk.- Tiada perkembangan ilmu (menyebabkan keseluruhan masyarakat buta huruf dan jahil)- Tidak mempunyai peradaban atau tamadun- Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.- Masyarakatnya tidak patuh kepada syariat Allah dan tidak mengesakannya.- Wujud selama kira-kira 300 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan Saba / Himyar hingga zaman kelahiran Islam.

Pengertian IslamKonsep manusia menurut Islam. 1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam.i. Pengertian manusia dari segi bahasa.ii. Pengertian dari segi istilah.2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh.4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Page 2: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa8. Manusia sebagai pemegang amanah.9. Semua manusia dari keturunan Adam dan Adam dijadikan dari tanah.10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep manusia menurut Jahiliah. 1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya.3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dankabilah.Sekiranya kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.

KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini

Page 3: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.

Manusia Menurut al-Quran

Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.

Fungsi Manusia Menurut al-Quran

Beribadat kepada Allah

Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat- syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.

Memelihara Alam

Page 4: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.

Mengenali di Antara Satu Sama Lain

Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.

Memakmurkan Muka Bumi

Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.

Mentauhidkan Allah

Page 5: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi

Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

1.2 UMMAH

KONSEP UMMAHHuraikan konsep ummah dan usaha yang dilakukan oleh Nabi  Muhammmad saw  untuk   membentuk masyarakat Madinah . Pendahuluan : o Latar belakang demografi masyarakat Madinah

o Kepimpinan Nabi Muhammad saw di Madinah

 Isi :  Konsep Ummah :  Pengertian Ummah :

Page 6: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

o Masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al Quran.

o Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw.

o Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani .

o Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah.

o Bilamana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat islam sahaja.

Langkah-langkah dalam pembentukan masyarakat Madinah :Mendirikan dan Memakmurkan Masjid :o Masjid berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan

masyarakat membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama , politik ekonomi dan sosial contoh masjid  Nabawi . Justeru dapat melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu .

Penyatuan masyarakat islam Madinah melalui Al-Quran dan Hadis :o Bagi memastikan kejayaan pembentukan dan penyatuan

masyarakat islam, nabi Muhammad saw menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan kehidupan masyarakat Islam Madinah.                                               

Menyatukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj :o Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga

berlakukan peperangan yang panjang seperti Perang Buath.Baginda telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Justeru itu semangat Assabiyah telah digantikan dengan semangat ukhwah.

Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar :   o Kaum Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah

menghadapi kesulitan fisikal . Nabi Muhammad saw  telah menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan diantara golongan Muhajirin dan Ansar .Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksuad “ BersaudarAlah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan’ contohnya Saidina Umar al-Khattab dengan Utbah b Malik .

Membendung perancangan kaum Munafik :

Page 7: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

o Kaum Munafik merupakkan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan menghancurkankan masyarakat islam.

o Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secata terbuka dan kematian ketunya Abdullah b Ubay melenyap cita-cita mereka.

Penyingkiran Kaum Yahudi di Madinah :o Kaum Yahudi Bani Qainuqa , Bani Nadir dan Bani Quraidzah

telah disingkirkan dari kota Madinah kerana melanggar  Perjanjian Madinah.Penyingkiran mereka di buat secara perundangan berteraskan keadilan .Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah .Dengan itu Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat islam sahaja.     

1.3 PERKEMBANGAN MASYARAKAT

a. Corak perhubungan masyarakat- Berdasarkan sistem kabilah. Pembentukannya berlandaskan pertalian darah kekeluargaan dan keturunan.- Mengamalkan fahaman asabiyah / semangat kesukuan - setiap kabilah berbangga terhadap kabilah sendiri sahaja - tidak menerima suku-suku Arab lain – memandang hina kabilah lain - masyarakat tertutup.- Memberi perlindungan terhadap ahli-ahli suku walaupun mereka bersalah.- Peperangan antara kabilah sering berlaku – Sebab-sebab peperangan selalunya berpunca dari perebutan sumber air / padang rumput, mempertahankan anggota suku / kabilah atau kerana menuntut bela kematian ahli suku yang dibunuh oleh suku lain. Contoh perang ialah Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib. Kemenangan dalam peperangan dianggap penting kerana meningkatkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan sesuatu kablah. Kabilah yang tewas akan dijadikan hamba.

b. Corak susun lapis masyarakat- Susun lapis masyarakat (bangsawan / hamba). Wujud jurang sosial yang luas antara golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bangsawan seperti pemidato dan pahlawan dianggap mulia sementara golongan miskin dan hamba dianggap hina.

Page 8: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

- Sistem perhambaan – hamba terdiri daripana hamba asal/keturunan atau hamba tawanan perang. Sistem perhambaan ini menjadi ukuran kekayaan seseorang.- Perdagangan hamba- Layanan terhadap golongan hamba- Penindasan golongan atasan terhadap golongan bawahan / lemah

c. Kelompok masyarakat Arab Jahiliah :Terbahagi 2 iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadhari. Golongan Hadhari tinggal di kawasan bandar. Mereka lebih bersikap terbuka kerana berpeluang berhubung dengan masyarakat luar. Golongan Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman / padang pasir secara nomad. Masyarakat mereka lebih tertutup. Struktur Masyarakat Arab Hadhari terdiri daripada golongan bangsawan – pemerintah dan para pedagang, Golongan agama - ketua agama, tukang tilik dan penyair, Masyarakat awam – rakyat biasa, golongan wanita dan golongan hamba

d. Amalan-amalan perkahwinan – poligami secara berlebihan , polyandri dan alibtiza.

e. Kedudukan wanita – rendah dan hanya menjadi alat pemuas nafsu. Wanita isteri bangsawan mempunyai kedudukan tinggi dari golongan rakyat biasa / hamba.

f. Pembunuhan kanak-kanak perempuan – pembunuhan disebabkan kelahiran anak perempuan akan membawa bencana / sial kepada keluarga – pembunuhan kadang-kala dilakukan oleh ibu bayi itu sendiri – lazimnya ditanam hidup-hidup – tujuannya bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

g. Rompakan dan pergaduhan juga sering berlaku – rompakan mendorong ke arah pembunuhan dan menjadi kayu pengukur keberanian seseorang.

h. Tiada peraturan / undang-undang – yang wujud hanya undang-undang membalas dendam. Arab Jahiliah terutamanya golongan Badwi tidak suka dikongkong oleh undang-undang. Mereka gemar gaya hidup liar dan bebas.

Page 9: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

i. Ciri-ciri Akhlak- Mengamalkan amalan-amalan tradisi / kebiasaan.- Berakhlak rendah - tingkah laku yang kasar- Minum arak, berjudi, pelacuran / zina.- Sikap bongkak, sombong- Tiada peraturan sosial untuk dipatuhi – mereka hanya menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kegiatan hidup berasaskan kehendak diri sendiri – mereka mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan serta keredhaan Allah.- Dua sikap positif mereka ialah : Amat menghormati tetamu: Walaupun orang – orang Arab jahiliyah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliyah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Amat berpegang teguh kepada janji. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

j. Ilmu pengetahuan / tamadun masyarakat Arab Jahiliah- Buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.- Kamahiran bersyair (sastera) hanya digunakan untuk melahirkan perasaan secara spontan.- Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berpidato hanya berkaitan pekara-perkara lampau yang tidak ilmiah.- Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

k. Corak Kepercayaani. Mengamalkan agama dan kepercayaan yang sesat dan tidak diredhai. AJ (Arab Jahiliah) menganggap segala yang boleh memberikan keuntungan / manfaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau secara tahyul.

ii. Antara kepercayaan mereka ialah menyembahan berhala, Penyembahan cakrawala, Polydemonisme / penyembahan jin dewa-

Page 10: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

dewa, Majusi / Zoroester, Penyembahan Tuhan Padang Pasir, Animisme, Agama Yahudi, Agama Nasrani dan Kepercayaan berunsur adat / tahyul yang tidak dipastikan asal-usulnya. Seperti mempercayai tangkal azimat, roh orang mati akan menjadi burung, Mempercayai binatang yang melintas di tengah perjalanan – jika ke kanan akan membawa kebaikan dan jika ke kiri akan membawa kecelakaan dll.

l. Corak Ekonomii. Keadaan ekonomi keseluruhan: Merosot berikutan keruntuhan empangan Maarib dan kejatuhan beberapa kawasan kaya kepada pihak penjajah. Ekonomi tidak berkembang kerana mengamalkan kehidupan nomad.

ii. Aktiviti ekonomi:- Masyarakat Hadhari menjalankan aktiviti perdagangan di kota-kota dan wilayah utama seperti Mekah, Hirah, Ghassan, Syam dan Yaman. Kecuali Mekah, perdagangn wilayah-wilayah Arab lain kurang menggalakkan kerana dimonopoli oleh penjajah. Barang-barang dagangan terdiri dari buah-buahan, pakaian, hamba, berhala, rempah dan emas. Perdagangan dijalankan secara bermusim iaitu pada musim sejuk pedagang2 akan ke selatan (Yaman) dan musim panas ke utara (Syam). Perdagangan secara tukar barang. Unsur penipuan dalam perdagangan (timbang sukatan, kualiti dll) dan amalan riba berleluasa. Golongan bawahan paling menderita ekoran wujudnya penindasan ekonomi. Wujud juga hubungan dagang dengan masyarakat Badwi untuk mendapatkan haiwan ternakan.- Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti pertanian seperti kurma dan bijirin. Keseluruhannya dilakukan secara nomad berikutan masalah sumber air. Sebelum zaman jahiliyah, Yaman memperlihatkan aktivti pertanian tetap yang menggalakkan berikutan adanya Empangan Maarib sebagai sumber pengairan. Namun pada zaman Jahiliah, aktiviti pertanian mengalami kemerosotan berikutan runtuhnya empangan tersebut dan masyarakat mula berpindah ke tempat lain untuk mencari sumber ekonomi baru. Aktiviti ternakan seperti unta, kuda dan biri-biri yang juga dilakukan secara nomad kerana kekurangan kawasan ragut dan sumber air.- Aktiviti ekonomi lain: Aktiviti pengukiran dan penjualan berhala merupakan antara aktiviti yang menguntungkan terutama pada musim mengerjakan haji. Berhala diukir menggunakan kayu dan batu dalam pelbagai bentuk. Justeru itu mereka menentang Islam yang mengharamkan pengukiran, penjualan dan penyembahan berhala.

m. Corak politik

Page 11: Tema 1-Mnsia & Msyrkt

- Pemerintah cenderung untuk menjaga kepentingan diri sendiri.- Politik berkabilah – Ketua digelar ‘syeikh’. Ketua dilantik berdasarkan kekayaan, keberanian dan kehebatan berpidato. Anggota kabilah hanya setia pada anggota kabilah masing-masing. Pembentukan kabilah bermula dari keluaga/khemah, Hayy/ Kawasan, Kaum/Suku dan akhirnya Kabilah.- Sikap berpuak-puak dan sering berperang kerana perebutan kuasa untuk menjadi pentadbir urusan haji dan penjaga Kaabah (dua jawatan yang dipandang mulia), aktiviti perdagangan / persaingan ekonomi atau persaingan ketenteraan.

Selepas kedatangan syiar Islam corak kegiatan masyarakat Arab jahiliyah telah berubah kepada nilai-nilai keIslaman dari segi politik sosio, ekonomi dan keagamaan.