7
TEMPAT BERSEJARAH: LEMBAH LENGGONG, PERAK

TEMPAT BERSEJARAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AA

Citation preview

TEMPAT BERSEJARAH: LEMBAH LENGGONG, PERAK

LEMBAH Lenggong, yang diraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO hari ini, masih menyimpan pelbagai rahsia sebagai penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini.

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.

Menurut Mohd. Syahrin Jabatan Warisan Negara bertanggungjawab terhadap perlindungan dan pemuliharaan tapak berkenaan.

Pembangunan dan promosi pelancongan kawasan ini perlu berdasarkan kepada garis panduan untuk memulihara pengiktirafan warisan dunia itu.

Kaji purbaLembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana

wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990.

Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).

Orang PerakRangka manusia paling tua ditemui di Malaysia

terdapat di Lenggong. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak.

Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari USM. Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an.

Perkakasan batuSatu kawasan pengeluaran peralatan batu

yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh semenjak 75,000 tahun dahulu.