Tenaga Nukleur Sce 3109

Embed Size (px)

Citation preview

SOALAN 3Penemuan dan penghasilan sumber tenaga nukleur memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun penghasilannya juga turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negaraSejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

http://en.netlog.com/diklaila_93/blog/blogid=6139905 14-02-2014 4.15 pmPENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI NUKLEAR~Close Your rating was successfully added. Close Sorry, an error occurred while adding your rating. Wednesday, 4 January 2012 at 01:24 PENDAHULUAN -Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat"nukleus sesebuah atom. -Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. -Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder sepertitenaga elektrik. - Teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi.Antara negara yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain-lain. - Ia juga digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor berkenaan. - Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu masa nanti.

ISI (KEBAIKAN/MANFAAT)

1-Menjana tenaga elektrik -Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear kerana ianya mampu menjana tenaga eleterik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu. - Jantung sebuah stesen kuasa nuklear terletak pada reaktornya. -Berlaku satu tindak balas pembelahan nuklear terkawal yang menghasilkan banyak haba. -Haba ini dibawa jauh oleh satu bahan pendingin yang beredar melalui teras reaktor dan digunakan untuk menjana stim dan kemudian memacu turbin untuk menjana tenaga elektrik. -Kuasa nuklear menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijanakan di dunia. -Pada sesetengah negara, reaktor penyelidik hanya menyediakan sedikit sumbangan pada bekalan elektrik. -Pada negara lain pula, kuasa nuklear adalah sumber tenaga elektrik yang utama. -Pada stesen kuasa elektrik, satu tan uranium yang digunakan sebagai bahan api untuk reaktor nuklear, menghasilkan sama banyak tenaga dengan 20,000 tan arang batu yang dibakar.

2-Bidang perubatan - Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan penyakit berbahaya pada manusia - Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan Radioisotop nuklear yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit. - Hal ini membantu doktor mengesan penyakit seperti ketumbuhan otak, tiroid, kanser tulang, kanser buah pinggang,kanser jantung, dan kanser hati. - Alat pengimbas CAT dan laser yang tercanggih juga melibatkan bahan radioaktif untuk membuat diagnosis penyakit. - Kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. - Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak. - Pensterilan alatan perubatan lebih sempurna. - Semua perkara ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

3-Bidang pertanian - Tenaga nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.Hal ini membolehkan penghasilan baja serta kaedah membaja yang paling berkesan. Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak jantan dalam bidang kawalan biologi.Apabila serangga ini mengawan, tiada zuriat akan dihasilkan. Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal. Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik. Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman.

4-Bidang perindustrian -Teknologi nuklear dapat mengesan kebocoran paip bawah tanah. Larutan radioaktif dimasukkan ke dalam paip yang disyaki bocor. Alat mengesan dapat mengesan kebocoran itu dari permukaan bumi.pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan. Tenaga ini juga digunakan untuk mengukur kepadatan tembakau dan coklat. Alat komunikasi canggih seperti satelit dan internet turut memerlukan teknologi ini.Sekaligus, memberi sumbangan besar untuk menjaga persekitaran seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersumbat dalam industri minyak dan gas.

5-Bidang pembuatan - Penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya. Ia turut memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.

6-Bidang ketenteraan -Teknologi nuklear sering dieksploitasi untuk membuat senjata nuklear.Contohnya, bom atom, bom nuklear, dan peluru berpandu nuklear. Di samping itu, kapal selam nuklear juga dapat dibina (kapal selam nuclear yang pertama telah di lancarkan oleh Rusia pada tahun 1954)

7-Bidang pendidikan - Disiplin sains dan teknologi seperti kimia, genetik, fizik, biologi, biokimia, kejuruteraan dan sebagainya amat bergantung pada teknologi nuklear. Penyelidikan dan pembangunan bidang-bidang tersebut memerlukan teknologi nuklear.

8-Sebagai tenaga alternatif yang baik - Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum - Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas - Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas - Industri berat dapat dijalankan.

ISI (KEBURUKAN)

1-Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan manusia - Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif - Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi - Hal ini membahayakan nyawa manusia - Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik - Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear Chernobyl di Rusia pada tahun 1986 mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi. Kedua,bsnyak penduduk kepulauan Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang dijalankan oleh Negara Perancis di kawasan tersebut.

2-Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear - Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuclear. Peluru berpandu nuklear di hasilkan dengan banyak. - Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia - Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi - Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup serta kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia. - Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi.

PENUTUP/KESIMPULAN

- Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko, manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini agar manfaat teknologi nuklear dapat di nikmati oleh semua

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=499982 14-02-2014 /4.30 pmBenarkah Teknologi Nuklear Selamat?Oleh Syed Azwan Syed Ali

Bernama menyiarkan dua artikel mengenai tenaga nuklear hari ini berikutan pengumuman Malaysia merancang membina janakuasa nuklear pertama menjelang 2021.

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 24 tahun lepas, bumi Ukraine, ketika itu di bawah Kesatuan Soviet, dikejutkan dengan insiden letupan yang berlaku di loji janakuasa nuklear Chernobyl akibat kegagalan reaktor keempatnya.

Insiden yang berlaku pada 26 April 1986 itu menyebabkan kepulan asap radioaktif memasuki ruang udara sebelum menyelubungi kawasan berdekatan, termasuk di bandar Pripyat.

Asap dan debu radioaktif itu kemudian bergerak meliputi sebahagian kawasan barat Kesatuan Soviet dan sebahagian kawasan timur, barat dan utara Eropah, memaksa lebih 336,000 penduduk Ukraine, Belarus dan Rusia dipindahkan.

Dilaporkan beribu-ribu nyawa terkorban ekoran insiden itu, akibat terdedah kepada radiasi dan kemudian ramai lagi mati disebabkan kanser dan komplikasi lain.

Begitulah dahsyatnya risiko membabitkan insiden loji janakuasa nuklear.

Sehingga hari ini, Chernobyl diklasifikasikan sebagai tragedi terburuk dalam sejarah peradaban manusia sejagat dan merupakan satu-satunya insiden tahap ketujuh dalam "International Nuclear Event Scale".

Rentetan daripada fakta sejarah itu, tidak hairanlah kenapa sebilangan besar rakyat, individu atau badan bukan kerajaan (NGO), memberikan reaksi pelbagai mengenai cadangan pembinaan janakuasa nuklear pertama di negara ini pada 2021.

KRISIS TENAGA

Persoalan pokok yang menjadi perhatian ialah adakah loji janakuasa nuklear yang akan dibina itu selamat dan bagaimana sisa buangan radioaktifnya diuruskan?

Beberapa saintis merumuskan opsyen nuklear sebagai sumber tenaga elektrik pasca 2020 tidak boleh ditolak selepas negara diramalkan mengalami krisis tenaga jika masih bergantung kepada sumber fosil yang semakin menyusut.

Hakikatnya, teknologi nuklear bukanlah perkara asing kepada Malaysia kerana negara ini mempunyai reaktor nuklear, Reaktor Triga Puspati (RTP) yang beroperasi sejak 1982 bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang perubatan, pertanian dan kajian neutron.

Malaysia juga dikatakan mempunyai jumlah pakar nuklear tertinggi di rantau Asia Tenggara dengan kebanyakannya bertugas di Agensi Nuklear Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad meramalkan keperluan kepada sumber tenaga alternatif bagi menjana elektrik semakin kritikal menjelang 2019 selepas sumber fosil khususnya gas semakin menyusut dan tidak lestari.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin pada 4 Mei lepas mengumumkan kerajaan berhasrat meneruskan projek nuklear yang pernah ditangguhkan pada 1970-an bagi menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat ekoran peningkatan populasi dan kepesatan ekonomi.

SYARAT KETAT ANTARABANGSA

Loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina pada 2021 dengan anggaran kos RM9.75 billon mempunyai jangka hayat 50 hingga 70 tahun.

Saintis Jabatan Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani berkata pembinaan loji janakuasa nuklear itu tertakluk kepada syarat ketat International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi memastikan pembinaannya mengikut spesifikasi keselamatan ditetapkan.

Beliau berkata pembinaannya juga memerlukan persediaan awal, sekurang-kurangnya 10 tahun, bagi memastikan aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasinya diperincikan selain pembinaannya juga memakan masa yang lama.

"Reaktor yang akan kita bina ialah rektor generasi ketiga... Ia tidak sama seperti reaktor generasi pertama pada zaman 70-an, termasuk di Chernobyl.

"Reaktor generasi ketiga lebih selamat dan kurang campur tangan menusia," kata Prof Sukiman kepada Bernama menjelaskan insiden di Chernobyl berlaku disebabkan kesilapan manusia dan bukannya teknologi terbabit.

Secara ringkasnya, janakuasa nuklear akan menggunakan uranium dalam bentuk isotop untuk menghasilkan haba yang banyak daripada beberapa siri tindak balas sebelum haba itu digunakan untuk memutarkan turbin menghasilkan elektrik.

SUMBER TENAGA ALTERNATIF

Ketika ini, lebih 80 peratus daripada penjanaan elektrik negara bergantung kepada sumber konvensional fosil iaitu gas (60 peratus) dan arang batu (24 peratus) dengan selebihnya dijana daripada hidro dan biomas.

Ini bermakna sumber tenaga alternatif untuk menjana elektrik masih rapuh dengan sebahagian besarnya bergantung kepada bahan api fosil yang tidak lestari dan tidak mesra alam.

Keadaan ini bertentangan dengan hasrat Malaysia yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida, antara lain, melalui pembakaran bahan api fosil.

Malaysia juga menetapkan sasaran mengurangkan 40 peratus emisi karbonnya dan komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim di Copenhangen, Denmark, pada akhir tahun lepas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini dilaporkan berkata, jika projek janakuasa nuklear itu dimuktamadkan, Malaysia akan menggunakan teknologi nuklear dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.

KOS YANG KOMPETITIF

Jika projek opsyen nuklear itu diteruskan, seorang pakar tenaga boleh diperbaharui Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Dr Mohamad Yusof Sulaiman mencadangkan kepada kerajaan supaya menggunakan "Pressurised Water Reaktor" (PWR) berbanding "Boiling Water Reactor".

"Kedua-duanya ialah rektor generasi ketiga tetapi PWR lebih selamat," kata Yusof sebelum ini mencadangkan teknologi kuasa angin "offshore" dikaji sebagai sumber tenaga alternatif sebelum opsyen nuklear digunakan.

Profesor Kejuruteraan Kimia Prof Dr Hamdani Saidi berkata antara kelebihan nuklear ialah ia tidak membebaskan gas rumah hijau dan mengeluarkan tenaga yang tinggi (bermakna lebih banyak elektrik dijana) berbanding sumber tenaga lain.

"Kosnya juga lebih kompetitif berbanding bahan api fosil," kata Hamdani yang juga Pengarah Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Media pada Jun 2008 melaporkan terdapat tarikan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik memandangkan kosnya hanya USD1.72 per kilo watt berbanding USD9.63 menggunakan petroluem dan USD6.75 bagi gas.

Hamdani bagaimanapun mengakui kos permulaan bagi pembinaan janakuasa nuklear agak tinggi.

PENGURUSAN SISA

Selain aspek keselamatan loji janakuasa nuklear, antara perkara yang menjadi kebimbangan sebahagian besar masyarakat ialah mengenai pengurusan sisa bahan radioaktif yang dihasilkan.

Isu yang sama mendapat perhatian beberapa NGO antaranya Centre for Environment, Technology and Development yang dilaporkan berkata pembinaan janakuasa nuklear itu mendatangkan risiko melalui pembuangan sisa radioaktifnya.

Tidak dinafikan sememangnya terdapat perkembangan dalam teknologi penyimpanan sisa radioaktif, namun pihak berwajib misalnya Agensi Nuklear Malaysia perlu memberi penerangan yang telus mengenai perkara ini.

Ini bagi memastikan insiden membabitkan rare earth processing plant di Bukit Merah, Ipoh, yang mendapat tentangan ramai pihak pada pertengahan 1980-an tidak berulang lagi.

Dalam insiden itu, rare earth processing plant milik syarikat Asian Rare Earth (ARE) yang mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit ditutup pada Januari 1994 selepas didakwa, antara lain, tidak menepati standard penyimpanan sisa buangan radioaktif.

Dalam hal ini, pihak terbabit termasuk kerajaan harus sedar dalam memenuhi keperluan bekalan tenaga untuk memacu ekonomi negara, aspek keselamatan rakyat dan kelangsungan alam sekitar tidak boleh diperjudikan dengan kajian mendalam perlu dilakukan.

Apa yang penting, pertimbangan untuk meneruskan opsyen nuklear perlu berlandaskan kepada pelbagai faktor dengan memastikan negara benar-benar berkeupayaan menguruskan sebuah loji nuklear dengan efisyen dan selamat bagi mengelak insiden seperti di Chernobyl berlaku di sini.

-- BERNAMA

REHDA Cadang Bank Beri Subsidi Kadar Faedah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama

1