Teori Psikoanalitik Sigmund Freud

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Teori Psikoanalitik Sigmund Freud

    1/1

    DISKUSI 1 TEORI SIGMUND FREUD

    Teori ni diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori ini akan dibahaskan berdasarkan empat konsep iaitu tahap-tahap aktiviti

    mental, bahagian-bahagian fikiran, kedinamikan keperibadian dan penelitian khas dan metod penelitian.

    Bahagian utama teori ini yang membincangkan tahap-tahap aktiviti mental dikemukakan oleh Frued diantara tahun 1890

    hingga 1939. Pengalaman-pengalaman beliau dalam terapi memberi keyakinan bahawa ketidaksedaran merupakan faktor

    penentu tingkah laku yang penting dan dinamik. Dalam hubungan terapeutik, beliau mendapati bahawa kata-katapesakitnya kebanyakan tidak tepat secara berulang misalnya waktu dan tempat. Teori ini menyimpulkan bahawa terdapat

    tahap-tahap pemikiran manusia iaitu ketidaksedaran, keprasedaran dan kesedaran. Ketidaksedaran merupakan sikap,

    perasaan, dan fikiran yang tidak mampu dikawal oleh kemahuan seseorang. Walaupun kita menyedari tinglah laku atau

    perbuatan, kita sering tidak menyedari proses mental yang berada di sebalik tingkah laku tersebut. Misalnya jika seseorang

    individu bergaduh, ia tidak sedar sepenuhnya tujuan dan keadaan ketika pergaduhan itu berlaku, sesuatu yang kelihatan

    irasional.

    Pada awalnya, Freud memperkenalkan 2 model pemikiran manusia iaitu Model Neurologis dan Interpretation of Dream,

    namun kedua-dua model tersebut tidak berjaya untuk menghuraikan dengan jelas pengaruh-pengaruh dalam keperibadian.

    Kemudian Frued memperkenalkan suatu model struktual yang tidak lagi menggambarkan fungsi mental sebagai terdiri

    daripada subsistem-subsistem yang terpisah dan dibatasi secara kaku. Model ini menggambarkan fikiran manusia sebagai

    campuran-campuran atau gabungan dari kekuatan di mana bahagian-bahagian dari keperibadian juga dapat mengandungi

    keadaan tidak sedar. Egen terbaru ini dikenali sebagai Id, Ego dan Superego.

    Id merupakan sumber utama tenaga fisiologis yang terungkap pada dorongan-dorongan hidup dan mati. Id dipengaruhi oleh

    elemen-elemen yang sudah wujud sejak lahir dan dianggap primitif. Ia dominan pada awal kelahiran manusia iaitu ketika

    masih bayi. Ketika individu mula meningkat dewasa, ego akan wujud untuk mengawal tingkah laku agar dapat

    menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ego sebenarnya hampir sama dengan id dimana keadaan mendesak mengikut

    kemahuan, namun apa yang membezakan ialah ego dipengaruhi oleh unsur rasional. Superego merupakan sumber asal

    suara hati iaitu kebolehan membezakan yang baik dengan yang buruk. Keadaan ini muncul bila kanak-kanak mula

    mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat.

    Melalui teori ini, guru mudah menangani masalah perasaan murid. Seni merupakan alat terapi yang berkesan untuk murid.

    Lukisan yang dihasilkan oleh murid dapat memberi gambaran latar belakang & keadaan emosi murid tersebut. Pendekatan

    psikoanalitik ini merupakan interaksi bersemuka antara guru dan murid. Penilaian yang dibuat terhadap karya murid akan

    dapat membantu guru mengenalpasti masalah murid. Guru seharusnya mampu untuk mengawal emosi murid melalui aktiviti

    seni yang dijalankan. Seni sebenarnya mempunyai nilai Terapeutik yang baik dan di sini guru bertindak sebagai ahli terapi

    Walaupun teori ini bukanlah penyelesaian terbaik untuk guru menangani masalah konflik dalaman murid, tetapi teori ini

    amat membantu dan proses P&P PSV mampu digunakan sebagai proses terai terhadap murid-murid. Guru dapat sedarkan

    murid-muridnya bahawa akal mampu untuk mengawal perasaan dan bukannya dengan mengikut emosi semata-mata. Guru

    juga dapat mengurangkan ketegangan murid. Mungkin pada mulanya murid yang bermasalah akan menghasilkan hasil

    karya yang menampakkan konflik dalaman mereka tetapi sekiranya ditangani dengan betul, murid akhirnya dapat

    menghasilkan karya yang menggambarkan ketenangan jiwa dan emosi mereka. Dalam pada itu , guru juga dapat

    membimbing murid untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka semasa proses P&P bagi subjek PSV. Guru dapat

    membimbing murid melakukan tingkah laku yang diingini dan meninggalkan tingkah laku yang tidak diingini.