18
Teori Gestalt Pengasas aliran ini ialah Max Wertheimer(1880-1943).Perkataan 'Gestalt' berasal dari German yang bermaksud organisasi,bentuk,keseluruhan dan kesempurnaan.Aliran gestalt sinonim dengan persepsi.Persepsi ialah pengertian kita tentang situasi sekarang dalam erti kata lain pengalaman kita telah lalui.Ia bermaksud penafsiran rangsangan yang telah ada dalam otak kita.Dalam menilai karya seni kita cenderung melihat entiti atau objek secara keseluruhan.Ia adalah penekanan yang diberikan dalam hukum persepsi Gestalt.Dalam alam kejiwaan tidak terdapatunsur melainkan Gestalt.Sesuatu itu akan mempunyai erti jika bersatu dalam kesatuan.Setiap bentuk dalam kesatuan itu disebut Gestalt. Aliran gestalt sebagai tindakbalas terhadap aliran strukturalisme yang wujud di Jerman.kajian ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada derai penglihatan.sebagai contoh:apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu,kita terus akan mempersepsikan ianya(bunyi tapak kaki)dengan orang yang kita kenali.oleh itu, manusia akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman dimana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukan sebahagian2. diambil dari : http://nurasyikinrazak.blogspot.com/2009/07/teori- gestalt.html Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt terdiri daripada :- Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan

Teori Teori Seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori Teori Seni

Teori Gestalt

Pengasas aliran ini ialah Max Wertheimer(1880-1943).Perkataan 'Gestalt' berasal dari German yang bermaksud organisasi,bentuk,keseluruhan dan kesempurnaan.Aliran gestalt sinonim dengan persepsi.Persepsi ialah pengertian kita tentang situasi sekarang dalam erti kata lain pengalaman kita telah lalui.Ia bermaksud penafsiran rangsangan yang telah ada dalam otak kita.Dalam menilai karya seni kita cenderung melihat entiti atau objek secara keseluruhan.Ia adalah penekanan yang diberikan dalam hukum persepsi Gestalt.Dalam alam kejiwaan tidak terdapatunsur melainkan Gestalt.Sesuatu itu akan mempunyai erti jika bersatu dalam kesatuan.Setiap bentuk dalam kesatuan itu disebut Gestalt.

Aliran gestalt sebagai tindakbalas terhadap aliran strukturalisme yang wujud di Jerman.kajian ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada derai penglihatan.sebagai contoh:apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu,kita terus akan mempersepsikan ianya(bunyi tapak kaki)dengan orang yang kita kenali.oleh itu, manusia akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman dimana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukan sebahagian2.

diambil dari : http://nurasyikinrazak.blogspot.com/2009/07/teori-gestalt.htmlPrinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.Hukum-hukum Teori Gestalt terdiri daripada :-Hukum PragnanzHukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.Hukum Persamaan (Similarity)Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.

Hukum Keintiman (Proximity)Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.Hukum Lengkap (Closure)Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus

Page 2: Teori Teori Seni

dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.diambil dari : http://psvisual.wordpress.com/

Teori Kreativiti

KREATIVITI TAYLOR

            Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah:

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif            Kreativiti yang bersifat ekpresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya.

 

(b) Kreativiti melalui Penghasilan/Teknikal            Kreativiti melalui proses penghasilan adalah merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada

Page 3: Teori Teori Seni

mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif            Kreativiti bersifat inventif adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru.Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif            Kreativiti bersifat inovatif pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul.Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka.

(e) Kreativiti Bersifat Imaginatif             Kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan.Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut.

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

            Kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan.Keinginan ialah asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.Victor Lowenfeld turut mengariskan 3 proses kreativiti sebagai kefahaman masalah, kelancaran  idea dan proses kreativiti itu sendiri. Oleh sebab itu guru sebagai pendidik dan pembimbing murid-murid perlu berperanan penting dalam usaha memupuk kreativiti murid-murid kerana:1.    Manusia lebih suka belajar dengan kaedah kreatif iaitu melalui kegiatan-kegiatan kreatif dan berorientasikan penerokaan.2.    Dapat meningkatkan proses kreativiti murid-murid bagi mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah Negara

Page 4: Teori Teori Seni

3.    Dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan pembentukan insan yang seimbang daripada segi mosi, rohani, jasmani dan intelek.

4.    Dapat membentuk warganegara yang berilmu pengetahuan, mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

5.    Dapat mencapai matlamat pendidikan seni bagi membentuk warganegara yang berbudaya, individu yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan seni dan peka kepada estetika.

6.    Mampu mengamalkan pertimbangan seni dan kesempurnaan dalam urusan hidup dan alam sekeliling. Menghargai dan bangga pada  warisan seni dan budaya.

7.    Dapat melahirkan murid-murid yang berimaginasi, kreatif, berpengetahuan, peka pada ciri estetika, memupuk nlai keindahan, keselesaan dan ketenteraman.

            Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk.Oleh sebab itu sekolah adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak, iaitu dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran ataupun kedua-duanya sekali.Sekolah boleh memberi peluang mebantu murid-murid mencapai penyempurnaan kendiri. Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori perkembangan dan teori pembelajaran

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance            Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).

            Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah: 

(a) Penyoalan

Page 5: Teori Teori Seni

            Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

(b) Penemuan             Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. 

(c) Pemerhatian            Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

(e) Percubaan            Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

(f) Penerokaan            Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 

(g) Memanipulasi            Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari

Page 6: Teori Teori Seni

melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. 

(h) Aktiviti / Bermain            Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance

Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity).

Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah: 

(a) PenyoalanBagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

(b) Penemuan Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan.Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. 

Page 7: Teori Teori Seni

(c) PemerhatianPemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.

(e) PercubaanPercubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

(f) PenerokaanGalakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 

(g) MemanipulasiSeseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. 

(h) Aktiviti / BermainAktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan : 

Page 8: Teori Teori Seni

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. 

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. 

Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. 

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. 

Calvin W. Taylor 

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. 

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. 

(c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. 

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan. 

(e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah.Sebagi contoh,

Page 9: Teori Teori Seni

figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. 

1. Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Child Creativity Expression)Tajuk : Tokoh Kreativiti dan Pemikiran Kreatif (Laura H. Chapman)2. PengenalanSetiap kanak – kanak menjalani proses pembesaran harus melepasi beberapa aras. Setiap aras inikanak-kanak akan mampu mempelajari sesuatu secara tidak formal sebelum alam persekolahandan secara formal semasa alam persekolahan kreativiti mempunyai pelbagai maksud dan definisi.Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta (Kamus Dewan,2005). Kreativiti adalah ,menggunakan imaginasi untuk mencapai ke satu penyelesaian masalah,cabaran, soalan atau tugasan yang asli. Terdapat juga tokoh kreativiti berpendapat bahawakreativiti ialah“Satu penghasilan karya atau produk atau ciptaan yang asli dan sesuai. Asli merujuk kepadayang original , karya atau produk atau ciptaan yang tdak dijangkakan. Sesuai merujukkegunaan karya atau produk atau cipataan terhadap sesuatu keperluan “ (Sternberg, 1996) Kreativiti seseorang individu itu merupakan satu proses kebolehan untuk mencerna danmenghasilakan idea baru dan asli . Idea tersebut dihasilkan melalui ilham atau gabngan idea yangada. Kreativiti boleh terhasil sama ada semasa penghasilan produk secara individu mahupunsecara berkumpulan. Ianya mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dalammenghasilkan sesuatu yang asli dan bekualiti. Terdapat beberapa aspek yang perlu ada semasa menjanakan kreativiti iaitu kelancaran(fluency), keluwesan (flexibility), kejelasan (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance,1979). Seharusnya aspek-aspek ini diteliti dan diaplikasikan semasa proses menjanakankreativiti seseorang individu. Kreatitivi bukan sahaja memberi kebaikan kepada seseorangindividu ataupun syarikat sahaja malahan ia memberi impak yang amat besar dalam sesuatumasyarakat. Masyarakat Negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan3. kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakatboleh mencedok dan mengubahsuai sahaja,tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui (Mahathir, 1991).Kreativiti visualTerdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran kreatifdalam seni visual. Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Beliau mempunyaireputasi yang amat membanggakan dalam bidang seni visual. Malahan beliau amat dikagumi danmendapat pengiktirafan sebagai seorang pelukis dan artis elektronik. Laura merupakan seorangpakar dalam bidang pendidikan seni visual terutama untuk golongan kanak-kanak. Beliau jugamempunyai pengalaman yang mengajar dari peringkat individu dari awal umur prasekolahsehinggalah peringkat dewasa. Ianya melibatkan pelajar dari luar bandar dan pelajar dari pinggirbandar. Beliau mempunyai semngat untuk mengajar dan berkonsi ilmu kretiviti seni visual beliautanpa mengira kaum mahupun taraf masyarakat tersebut. Laura H.Chapman juga turut terlibatdengan hasil kerja bersama dengan pihak muzium . Selain itu Laura juga pernah terlibat selama15 tahun sebagai jurulatih bagi pelajar-pelajar peringkat Sarjana Muda dan pelajar peringkatSarjan di Indiana University, University of Illinois dan University of Cincinnati.Laura H. Chapman merupakan seorang pemulis yang telah menghasilkan 32 buah buku danbeberapa

Page 10: Teori Teori Seni

artikel.beliau bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat tempatan malahan diperingkat antarabangsa. Beliau seringkali terlibat dengan kerja-kerja mengenai dasar asas,meraka dan menyelaras kurikulum, pembangunan sosial dan juga penilaian dalam seni visual. Diantara penerbitan beliau yang dihasilkan ialah Adventures of Art yang mengandungi artikel-artikel beserta dengan bantuan bergambarajah serta sumber pengajaran di sekolah. Pada tahun4. 1999 di satu majlis Textbook Excellent Award dan telah diterjemahkan kepada bahasa Belandadan Cina untuk peringkat pendidikan sekolah rendah.Manakala teks beliau yang digunakan di peringkat pendidikan tinggi university iaitu Approachesto Art in Education telah diterjemah kan kepada bahasa Greek dan beberapa bahagian kepadaBahasa Arab. Polisi pembelajaran beliau iaitu Instant Art Instant Culture: The Unspoken Policyfor American Schools telah dipilih menerima anugerah Book of the Century in Education olehpihak panel kebangsaan yang diadakan di Museum of Education (Loftus, 2003). LauraH.Chapman mula bergiat aktif dalam bidang seni visual kreatif ini semenjak dari awalpersekolahan beliau, seterusnya menjadi pelukis dan menyertai pelbagai pameran danpertunjukan secara solo di dalam negara. Beliau juga merupakan ikon kreativiti seni visual.Beliau berpendapat bahawa seni itu penting dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga telahdianugerahkan sebgai Distinguished Fellow of the National Art Education dan sekali lagi dalamtahun 1997 beliau telah diisyitiharkan sebagai National Art Educator of the Year.Tahap perkembangan KreativitiLaura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan. Oleh ituguru yang terlibat dengan seni visual perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam menghasilkankarya. Guru seharusnya bersedia dan mampu meguasai bidangnya.Laura mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaanidea (inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan kemahiranmenggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010). Beliau juga ada menyatakandalam bukunya Approaches to Art in Education bahawa telah membuat satu analisistentang5. teori-teori peringkat penghasilan kerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa prosesartistic adalah merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens(H.Chapman, 1978)Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Penjanaan sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuanpenghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan hala tujupenghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap pelajarnya tentang kaedahmenjana idea.Pengolahan dan Pemurniaan (Eleboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajianvisual yang lebih sistematik dan tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendakdihasilkan atau dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.Pelajar akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil yangterbaik.Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)Bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan bahan danteknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan mengadakan demonstrasi dantunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif, afektif danpsikomotor. Ia memberi sumbangan untuk

Page 11: Teori Teori Seni

membantu proses perkembangan dan pertumbuhanseseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat6. mengembangkan bakat serta potensi diri individu dalam diri setiap pelajar dalam menjadianggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah dictator akan menghalangperkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedahyang lebih demokratik yang berpusatkan kepada pelajar seperti kaedah orientasi muridberdasarkan tajuk, berorientasikan media dan kaedah panduan fasilitator. Ini jelas menunjukkankeupayaan dan kesediaan setiap pelajar dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbezaantara satu sama lain berdasarkan perkembangan mereka dari segi usia, kebolehan fizikal, emosidan kebolehan inteleknya.Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarahmereka melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakanpeluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah darimasa ke semasa.“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajardengan cara mereka belajar.”7. BibliographyH.Chapman, L. (1978). Approaches to Art Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich.Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Loftus, S. (2003). Art Educator Chapman and Artist Paschke to Address Fall Conference.Wisconsin, United State of America: Wisconsin Art Education Association Newsletter.Mahathir, T. (1991, Februari 28). Wawasan 2020 : Malaysia Melangkah ke Hadapan(terjemahan).Maswan, D. S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open UniversityMalaysia . Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia: Open University Malaysia.Razali, R. J. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Universiti PendidikanSultan Idris.Sternberg, R. W. (1996). How to Develop Student Creativity.

Teori Perkembangan Kreativiti Wallas

Graham Wallas merupakan salah seorang daripada pengkaji paling awal berkenaan dengan kreativiti dan peringkat-peringkat perlaksnaannya: 

Peringkat 1Peringkat persediaan merupakan peringkat awal atau permulaan proses kreativiti itu berlaku.

Pengumpulan MaklumatWallas menjelaskan pada peringkat awal proses kreativiti adalah mengumpulkan dan menghimpunkan data serta bahan yang diperlukan untuk penyelesaian sesuatu permasalahan atau pemikiran kreatif. Pada peringkat ini juga seseorang individu itu perlu peka terhadap permasalahan ataupun isu yang akan cuba diselesaikan. Contohya, semua idea-idea ataupun saranan yang diperolehi pada peringkat ini merangkumi dari semua arah. Seterusnya semua idea-idea dan saranan itu cuba dikenalpasti tentang kesahihan, kewujudan dan persoalannya. Pada peringkat akan

Page 12: Teori Teori Seni

berlaku proses penyiasatan yang terperinci bagi tujuan untuk memperkayakan idea-idea ataupun saranan tadi.

Selain itu, ia akan melibatkan proses didikan intelek secara eksperimentasi dan juga logikal di samping menagih pengetahuan serta pengalaman seseorang individu itu.

Peringkat 2

Proses Penyelesaian MasalahPada peringkat ini berlaku juga proses penyelesaian masalah kepada idea-idea dan saranan yang pertama itu. Terdapat beberapa cara penyelesaian pada permasalahan idea pertama ini yang dijelaskan oleh Wallas seperti membaca, mencatat, berbincang, bertanya, mengumpul dan meneroka. Beberapa alternatif penyelesaian difikirkan, beberapa kekuatan dan cara penyelesaian serta kelemahan akan dikenal pasti.

Di samping itu juga, sekiranya seseorang individu itu mengambil kira banyak pandangan serta pendapat dari individu lain, ianya seolah-olah telah lari dari sifat asal kreativiti yang lebih mementingkan keutamaan idea yang asli serta satu identiti yang khusus.Senario ini dilihat belum lagi mendapat jawapan yang jelas dan nyata. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang pencipta itu telah pun mendengar pelbagai pandangan daripada pihak lain, perlulah diingatkan bahawa seseorang itu perlu mengesahkan ideanya tersendiri supaya idea berkenaan mudah dan bebas berkembang secara sendiri tanpa sebarang gangguan daripada perkara-perkara lain. Pada peringkat ini, ianya seolah-olah memberikan satu makna dan pengertian kepada penerokaan idea yang pertama. Idea yang pertama tadi juga, akan bertindak sebagai pengerak awal yang memberikan arahan dan sebab yang musabab kepada penerokaan tersebut.

Manakala di dalam bidang seni visual pula, ianya memerlukan peringkat persediaan yang lebih khusus.Sesuatu penciptaan yang baru memerlukan satu teknik penciptaan yang mantap dan berkesan.Contohnya, dalam bidang periklanan, citarasa pengguna terlebih dahulu perlu dikenalpasti dan idea yang mana paling kukuh serta berjaya mempengaruhi pengguna. Instrumen penciptaan ini menyediakan pelbagai teknik yang berbeza di dalam proses menglahirkan sesuatu idea baru dalam penghasilan karya seni yang kreatif.

Oleh itu, setiap pencipta perlulah benar-benar mengetahui dan menguasai sesuatu bidang terlebih dahulu sebelum menerokainya. Di peringkat ini juga, emosi seseorang itu akan sarat dengan perasaan berkeinginan dan tidak sabar untuk menyelesaikan permasalahan idea-idea dan saranan tersebut. 

Page 13: Teori Teori Seni