Upload
vuongtram
View
241
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1
Terima kasih kepada saudara pengaraca majli
Bismillahirrahmanirrahim,
TEKS UCAPAN
YB. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE
TIMBALAN MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCORP YANG KETUJUH
DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH
1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
22 MEI 2015 (JUMAAT)
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1 Malaysia.
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun
pada hari yang berbahagia ini untuk meraikan Majlis Sambutan Ulang
Tahun SWCorp Yang Ketujuh dan Konvensyen Bandar Bersih.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak SWCorp kerana
telah sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
terima kasih kepada para hadirin yang dapat hadir ke majlis ini.
Sesungguhnya kehadiran YBhg.Datuk/Tuan/Puan dan para hadirin ke
majlis ini telah menzahirkan komitmen yang tinggi dan sokongan
3
padu untuk merealisasikan hasrat dan agenda negara bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni
yang tinggi dalam aspek penjagaan kebersihan persekitaran dan
pemeliharaan alam sekitar yang mampan selari dengan wawasan
Malaysia untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun
2020.
2. Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp yang diadakan ini
memanglah tepat pada masa dan ketikanya untuk diraikan. Ianya
adalah sebagai pemangkin untuk meningkatkan lagi motivasi dan
meneruskan komitmen khususnya kepada warga kerja SWCorp dan
masyarakat amnya, di samping menjadikannya sebagai platform bagi
4
organisasi ini untuk mewar-warkan kepada segenap lapisan
masyarakat berkaitan halatuju, peranan, tanggungjawab,
pencapaian yang diperolehi dan inisiatif-inisiatif terbaharu
sepanjang tempoh tujuh (7) tahun dalam usahanya untuk
meletakkan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang terus
relevan untuk memacu dalam membudayakan amalan kebersihan
melalui pelbagai pendekatan yang strategik dalam aspek
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ke arah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah
dan sejahtera.
3. Sememangnya kita sebagai masyarakat telah merasai pelbagai
bentuk pembaharuan yang telah ditunjukkan oleh pihak SWCorp sejak
5
pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dari
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 1 Septembar 2009 yang lalu
melalui Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam). Pada hari ini segala transformasi yang telah dilaksanakan
oleh SWCorp telah berjaya mempertingkatkan sistem dan kaedah
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara kepada
suatu sistem yang lebih moden setanding perkhidmatan di negara
maju melalui pelbagai penambahbaikan fasiliti dan penggunaan
teknologi tinggi serta perkhidmatan yang berkualiti dan mesra
demi kesejahteraan rakyat. Namun demikian, kita tidak seharusnya
mudah berpuas hati memandangkan banyak lagi tugas yang perlu
dilaksanakan khususnya dalam membudayakan masyarakat supaya
lebih prihatin dan peka terhadap alam sekitar. Ini kerana negara tidak
6
akan boleh dianggap sebagai sebuah negara yang maju sekiranya kita
hanya mempunyai infrastuktur yang moden tetapi pemikiran
masyarakatnya dan kesedaran masih lagi di tahap yang belum
dibanggakan dalam aspek menghargai alam sekitar.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
4. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada SWCorp yang telah mengambil tindakan yang
proaktif dan berkesan untuk melaksanakan pelbagai program.
Segala inisiatif yang dilaksanakan telah dapat mendekatkan SWCorp
dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dapat menjalinkan
hubungan mesra bersama penduduk setempat seterusnya
7
mendidik masyarakat untuk menguruskan sisa pepejal secara
bijak dan membudayakan penjagaan kebersihan persekitaran
melalui program Jelajah Mata Hati 2015. Penglibatan yang
menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat termasuklah pihak yang
berkepentingan dan berpengaruh membuktikan komitmen yang tinggi
telah ditunjukkan oleh pihak SWCorp agar hasrat ini benar-benar
terlaksana dengan jayanya. Syabas! Diucapkan.
5. Saya juga difahamkan bahawa SWCorp sedang giat
melaksanakan Operasi Mata Helang bagi memastikan tahap
kebersihan di semua wilayah seliaanya sentiasa berkeadaan
bersih. Operasi ini yang berlandaskan kepada kolaborasi National
Blue Ocean Strategy (NBOS) dan penglibatan masyarakat telah
8
dapat memberikan kesan yang dirasai melalui penurunan purata
penerimaan aduan sehingga ke 70 peratus bagi tahun 2014
berbanding tahun 2011. Ini adalah satu usaha yang sangat-sangat
dihargai dan menjadi kebanggaan kepada Kementerian ini. Selain
daripada itu, program 3R International Marathon and Carnival yang
telah diadakan pada 19 April 2015 yang lalu telah berjaya mendidik
masyarakat negara ini, malah program ini juga telah berjaya
menyampaikan mesej kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia
juga mementingkan penjagaan alam sekitar melalui penyertaan
peserta dari peringkat antarabangsa. Saya berharap program-
program berimpak tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan
datang.
9
6. Kejayaan sesuatu sistem pengurusan sisa pepejal yang moden
dan mampan bukan sahaja bergantung kepada operasi dan program
yang dilaksanakan oleh SWCorp sahaja tetapi ianya juga harus
bermula dengan pelaksanaan Sistem Pengasingan Sisa di rumah
yang lebih sistematik. Selaras dengan perlaksanaannya yang akan
dikuatkuasakan mulai 1 September 2015 secara mandatori ini,
masyarakat perlu lebih bijak menguruskan sisa bermula dari
rumah yang melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut jenis
yang boleh dikitar semula sama ada sisa organik dan bukan
organik. Walaupun perkara ini telah dijelaskan dalam Akta 672, tetapi
pelaksanaannya masih belum menampakkan keberhasilannya. Ini
adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang belum menunjukkan
keprihatinan terhadap alam sekitar.
10
Kata-kata Albert Einstein menyebut, “Education is not the learning
of facts, but the training of the mind to think” harus dihayati
sepenuhnya. Sekiranya masyarakat hanya tahu dan sedar akan
amalan pengasingan sisa ini tetapi tidak mengamalkannya, tentunya
aspirasi negara untuk menjadi di antara 10 negara terbersih di dunia
akan menjadi impian semata-mata. Oleh itu, perkara penting yang perlu
dilaksanakan adalah mendidik masyarakat supaya mereka boleh
berfikir tentang kesan-kesan yang berlaku sekiranya masyarakat
tidak menguruskan sisa pepejal secara mampan. Saya juga amat
bersetuju dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh SWCorp
supaya masyarakat dapat melihat sesuatu isu melalui pandangan
‘Mata Hati’ dan bukan menilai dasar kerajaan untuk mewajibkan
11
pengasingan sisa di rumah itu sebagai suatu yang membebankan
malah ianya adalah untuk memelihara alam sekitar dan
kesejahteraan bersama.
7. Selain daripada itu, kita juga perlu sedar bahawa sisa pepejal
merupakan sumber bernilai yang boleh dijadikan sumber ekonomi
dan nilai artistik yang tinggi. Anggapan bahawa sisa adalah bahan
tidak diperlukan dan tiada nilai perlu dikikis dan menggantikannya
dengan pemikiran kepada menghargai sesuatu. Menyedari akan
kepentingan amalan membudayakan kitar semula ini, saya menyeru
agar semua komuniti sama ada di bandar mahupun di desa agar
dapat merintis ‘cottage industry’ berasaskan barangan kitar
12
semula seperti kraftangan dan sebagainya dalam komuniti dan
mewujudkan jaringan industri kitar semula secara sihat
seterusnya dapat membantu menjana pendapatan dan sumber
ekonomi isi rumah sekaligus meningkatkan taraf hidup yang kian
mencabar masa kini. Melalui industri komuniti 3R yang akan
diperkenalkan melalui Kementerian ini juga, komuniti akan diberikan
bimbingan dan bantuan dari segi pengetahuan, kemahiran serta
peluang bagi jaringan usahawan sesama komuniti.
8. Di samping itu, pihak komuniti melalui persatuan penduduk juga
dapat mengembangkan perniagaan kitar semula dengan
membangunkan ‘Kiosk Waste Bank’ untuk memperolehi barangan
13
kitar semula di kalangan penduduk setempat. Kita juga seharusnya
dapat mencontohi Program Adipura yang telah dilaksanakan oleh
negara jiran kita iaitu, Indonesia, di mana program yang
dilaksanakan telah mewujudkan perhubungan yang rapat antara
pihak kerajaan dengan masyarakat setempat bersama-sama
menjayakan aktiviti 3R seterusnya dapat mewujudkan satu bandar
yang bersih dengan menerapkan prinsip nilai-nilai murni yang baik
dalam memelihara alam sekitar. Selain itu, badan-badan korporat dan
swasta turut memainkan peranan penting dalam amalan
membudayakan kitar semula sebagai contoh Syarikat Unilever di
Indonesia turut bersama dengan pihak komuniti bagi mewujudkan
“Bank Sampah”. Melalui bank tersebut, insentif dalam bentuk
kewangan akan diberikan berdasarkan jumlah amaun sisa pepejal
14
yang direkod di dalam buku simpanan individu. Justeru itu, saya
berharap agar pihak-pihak swasta di Malaysia turut sama memainkan
peranan masing-masing dalam menjayakan agenda nasional yang
dihasratkan ini.
Para hadirin yang dhormati sekalian,
9. Peranan belia atau generasi muda sangat penting dalam memacu
corak kemajuan dan pentadbiran negara. Sememangnya
kecemerlangan golongan muda, merupakan kayu pengukur maju atau
mundur sesebuah bangsa dan negara pada masa hadapan. Amalan
membudayakan kebersihan juga perlu diterapkan di kalangan
15
generasi muda dan pelapis negara. Kebersihan dan kelestarian alam
sekitar di samping menyediakan bakal pemimpin negara untuk
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih,
indah dan sejahtera menjelang tahun 2020. Untuk itu, program Green
Campus di institusi pengajian tinggi yang akan dilancarkan hari ini
harus diberikan pujian. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan
kelestarian persekitaran kampus malah membantu komuniti di luar
melalui pemindahan ilmu atau Knowledge Transfer Program (KTP)
yang dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi.
16
10. Namun demikian, visi untuk mencapai hasrat tersebut
merupakan satu cabaran yang amat besar dan tidak mungkin
dapat dilaksanakan tanpa sokongan daripada semua pihak
khususnya di pihak masyarakat. Masalah yang melibatkan mutu
perkhimatan awam yang diberikan, komunikasi yang kurang berkesan
dan jurang perhubungan jauh antara pihak kerajaan dengan
masyarakat harus ditangani dengan bijak. Program-program yang
khusus dan tindakan yang menyentuh hati dan nurani (Hearts and
Minds) pelanggan, pemegang taruh dan masyarakat adalah sangat
penting bagi memastikan segala hasrat dapat mencapai objektif
yang telah disasarkan. Oleh itu, perlaksanaan Pelan Tindakan
Winning The Hearts and Minds atau Pelan WHM oleh pihak SWCorp
dalam usaha-usahanya untuk menjadikan masyarakat dekat di hati dan
17
mendapat sokongan padu adalah bertepatan dengan isu dan cabaran
yang dihadapinya.
11. Program Bandar Bersih yang telah dilaksanakan oleh SWCorp
juga adalah salah satu program untuk mencapai aspirasi negara untuk
menjadi negara bersih, indah dan sejahtera. Keperluan terhadap
pengiktirafan bandar bersih perlu mematuhi penilaian melalui
kriteria seperti bandar mampan, tahap kebersihan persekitaran,
kebertanggungajwaban masyarakat, pengurusan sumber dan
penyediaan infrastruktur yang lestari. Di samping itu, penyertaan
dan kesedaran masyarakat turut menjadi penilaian utama di bawah
pengiktirafan tersebut. Selaras dengan hasrat tersebut, Konvensyen
Bandar Bersih yang diadakan hari ini adalah untuk memberi
18
pendedahan kepada peserta tentang inisiatif dan pendekatan
spesifik yang sedang dilaksanakan. Saya berharap melalui
Konvensyen ini, para peserta mengambil tindakan-tindakan yang perlu
dilaksanakan bagi mencapai objektif program yang sedang giat
diusahakan ini.
Para hadirin yang dhormati sekalian,
12. Pelaksanaan dan kejayaan sesuatu yang telah disarankan
tidak akan dapat dicapai tanpa penglibatan dari semua pihak
terutamanya agensi-agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan
Negeri mahupun pihak swasta serta peranan penting daripada
masyarakat. Pihak media juga turut memainkan peranan yang penting
19
bagi membantu mendidik masyarakat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Saya
berharap agar semua pihak mengambil inisiatif yang bersepadu
dan strategik bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai dengan
jayanya.
13. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang
Anugerah Taman Perumahan Bersih peringkat Kebangsaan.
Anugerah ini bukanlah matlamat akhir inisiatif pengiktirafan ini
tetapi yang penting adalah untuk membudayakan amalan
kebersihan persekitaran dan kitar semula secara lebih efektif dan
berterusan. Bagi yang tidak memenangi pertandingan ini, diharapkan
dapat terus berusaha untuk meningkatkan lagi amalan pembudayaan
20
tersebut ke tahap yang lebih membanggakan. Saya berharap agar
pertandingan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun
yang akan datang.
14. Seterusnya, saya dengan ini Melancarkan Pelan Tindakan
Winning The Hearts and Minds, Program Komuniti 3R dan
Program Green Campus. Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Konvensyen
Bandar Bersih 2015.
21
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.