23
TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa 1 Julai 2014) PEMBUKAAN AKAUN 1. (a) Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, akaun boleh dibuka dalam mana-mana matawang asing yang boleh diterima oleh UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD. (“Bank”). Dalam pembukaan akaun matawang asing sedemikian (“Akaun”), pemohon (“Pemegang Akaun”) bersetuju untuk mematuhi dan diikat oleh Terma dan Syarat ini dan seperti yang dipinda dan berkuatkuasa dari masa ke semasa serta terma dan syarat lazim Bank dari masa ke semasa bagi pengendalian akaun dan amalan perbankan, undang-undang Malaysia, peraturan dan pengawalan Bank Negara Malaysia atau pihak berkuasa atau pertubuhan sedemikian yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank. Bank berhak untuk menyemak, menambah, meminda, mengubah dan mengubahsuai mana-mana atau semua terma dan syarat Akaun pada bila-bila masa pada budi bicaranya sendiri dan untuk mengenakan terma baru dari masa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun. (b) Untuk membuka Akaun, Pemegang Akaun perlu melakukan deposit permulaan minimum, melengkapkan dokumen sedemikian dan memberi rujukan seperti yang mungkin diperlukan oleh Bank. PENGENDALIAN AKAUN 2. Buku cek dan Borang (baucar) (a) Buku cek tidak akan dikeluarkan. (b) Pemegang Akaun perlu melengkapkan borang sedemikian yang disediakan oleh Bank dan seperti yang mungkin diperlukan oleh Bank untuk melakukan pembayaran ke dalam dan pengeluaran daripada Akaun. Pemegang Akaun perlu memastikan bahawa slip deposit telah disahkan oleh mesin dengan kemasukan yang sewajarnya atau ditandatangani oleh seorang pegawai Bank yang dibenarkan dengan pengesahan cop Bank sebelum meninggalkan kaunter selepas melakukan setiap pembayaran. Apa-apa percanggahan atau ketidakteraturan yang didapati mesti dilaporkan kepada Bank secara bertulis dengan serta-merta. Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan oleh Pemegang Akaun jika Pemegang Akaun gagal memaklumkan Bank secara bertulis mengenai apa-apa percanggahan atau ketidakteraturan. Tanpa mengira apa-apa yang tersebut di atas, Bank berhak mengubah sebarang butiran salah yang dinyatakan di dalam slip deposit. Rekod yang

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa 1 Julai 2014)

PEMBUKAAN AKAUN

1. (a) Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, akaun boleh dibuka dalam mana-mana

matawang asing yang boleh diterima oleh UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA)

BHD. (“Bank”). Dalam pembukaan akaun matawang asing sedemikian (“Akaun”),

pemohon (“Pemegang Akaun”) bersetuju untuk mematuhi dan diikat oleh Terma dan

Syarat ini dan seperti yang dipinda dan berkuatkuasa dari masa ke semasa serta terma

dan syarat lazim Bank dari masa ke semasa bagi pengendalian akaun dan amalan

perbankan, undang-undang Malaysia, peraturan dan pengawalan Bank Negara

Malaysia atau pihak berkuasa atau pertubuhan sedemikian yang ditubuhkan oleh Bank

Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa

ke atas Bank. Bank berhak untuk menyemak, menambah, meminda, mengubah dan

mengubahsuai mana-mana atau semua terma dan syarat Akaun pada bila-bila masa

pada budi bicaranya sendiri dan untuk mengenakan terma baru dari masa ke semasa

melalui notis kepada Pemegang Akaun.

(b) Untuk membuka Akaun, Pemegang Akaun perlu melakukan deposit permulaan

minimum, melengkapkan dokumen sedemikian dan memberi rujukan seperti yang

mungkin diperlukan oleh Bank.

PENGENDALIAN AKAUN

2. Buku cek dan Borang (baucar)

(a) Buku cek tidak akan dikeluarkan.

(b) Pemegang Akaun perlu melengkapkan borang sedemikian yang disediakan oleh Bank

dan seperti yang mungkin diperlukan oleh Bank untuk melakukan pembayaran ke

dalam dan pengeluaran daripada Akaun. Pemegang Akaun perlu memastikan bahawa

slip deposit telah disahkan oleh mesin dengan kemasukan yang sewajarnya atau

ditandatangani oleh seorang pegawai Bank yang dibenarkan dengan pengesahan cop

Bank sebelum meninggalkan kaunter selepas melakukan setiap pembayaran. Apa-apa

percanggahan atau ketidakteraturan yang didapati mesti dilaporkan kepada Bank

secara bertulis dengan serta-merta. Bank tidak akan bertanggungjawab atau

dipertanggungjawabkan oleh Pemegang Akaun jika Pemegang Akaun gagal

memaklumkan Bank secara bertulis mengenai apa-apa percanggahan atau

ketidakteraturan. Tanpa mengira apa-apa yang tersebut di atas, Bank berhak

mengubah sebarang butiran salah yang dinyatakan di dalam slip deposit. Rekod yang

Page 2: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

disimpan oleh Bank adalah muktamad dan konklusif terhadap Pemegang Akaun

melainkan terdapat sesuatu kesilapan yang nyata.

3. Tandatangan Akaun yang Dibenarkan

(a) Pemegang Akaun perlu memaklumkan Bank secara bertulis dengan serta-merta

mengenai sebarang perubahan atau pengubahan dalam tanda tangan beliau atau

penandatangan yang dibenarkan atau cara menandatangan yang dibenarkan. Bank

berhak kepada tempoh masa yang munasabah (tidak kurang daripada tujuh (7) hari

perniagaan dari penerimaan) untuk memproses pemakluman perubahan tersebut.

(b) Bank berhak untuk tidak melayan apa-apa dokumen yang mengandungi tandatangan

yang berbeza daripada tandatangan contoh Pemegang Akaun atau penandatangan

yang dibenarkan (sebagaimana kes yang mungkin berlaku) atau yang tidak mengikuti

senarai penandatangan yang dibenarkan atau tidak menandatangan mengikut cara

lazim yang dibenarkan pada waktu pengemukaan.

(c) Bank boleh pada budi bicara mutlaknya melayan sebarang arahan bertulis atau

instrumen lain:

(i) yang ditandatangani oleh penandatangan yang dibenarkan tetapi

dikemukakan selepas kematian beliau, tidak kira sama ada Bank telah

menerima notis kematian tersebut; atau

(ii) yang mengandungi tandatangan faksimile yang sama dengan contoh

tandatangan dengan Bank, iaitu “tandatangan Faksimile” yang termasuk apa-

apa tandatangan faksimile yang menggunakan cop getah.

(d) Cek dan instrumen boleh niaga yang dibayar dan yang tidak laku boleh dikutip oleh

Pemegang Akaun secara peribadi, atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau

dipulangkan melalui pos kepada Pemegang Akaun ke alamat terakhir yang didaftarkan

dengan Bank pada risiko dan perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.

(e) Bank mempunyai hak tuntut penuh terhadap Pemegang Akaun untuk item tidak laku

sedemikian serta semua caj yang berkaitan.

4. Arahan Pendeposit

(a) Bank hanya akan bertindak mengikut arahan bertulis Pemegang Akaun yang

ditandatangani menurut mandat akaun. Jika arahan Pemegang akaun menyangsikan

atau tidak jelas atau jika Bank mempunyai sebarang keraguan mengenai kesahihan

arahan Pemegang Akaun, Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan

menanggung sebarang liabiliti akibat kegagalan untuk bertindak ke atas arahan

tersebut.

Page 3: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(b) Jika Akaun berada dalam nama bersama atau terdapat lebih daripada satu

penandatangan yang dibenarkan:

(i) semua arahan untuk mendebitkan Akaun akan dilaksanakan oleh Bank

menurut mandat bertulis Akaun; dan

(ii) untuk semua perkara lain, Bank berhak untuk bertindak atas arahan (sama

ada secara lisan atau bertulis) daripada mana-mana satu Pemegang Akaun

atau penandatangan yang dibenarkan, sebagaimana kes yang mungkin

berlaku.

(c) Jika Bank menerima arahan bercanggah daripada penandatangan lain sebelum

bertindak atas arahan yang diterima daripada seorang penandatangan, Bank akan

bertindak dengan serta-merta hanya selepas menerima mandat daripada semua

penandatangan Akaun.

5. Pematuhan pada Pengawal Pertukaran Asing, Peraturan Bank Negara Malaysia

dan Had Semalaman/Ditetapkan

(a) Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa satu salinan pemakluman Bank

mengenai syarat, had semalaman dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara

Malaysia (“BNM”) dan/atau Pengawal Pertukaran Asing berhubung dengan pembukaan

dan pengendalian Akaun telah diterima, dibaca dan difahami.

(b) Pemegang Akaun bersetuju untuk sentiasa mematuhi syarat, had semalaman dan

peraturan yang tersebut di atas yang tertakluk kepada perubahan oleh BNM dan/atau

Pengawal Pertukaran Asing dari masa ke semasa tanpa notis selanjutnya oleh Bank

kepada Pemegang Akaun.

(c) Sebagai tambahan kepada dan tanpa mengambil kira yang di atas, Bank mempunyai

budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengenakan apa-apa syarat dan/atau had

semalaman sedemikian ke atas Pemegang Akaun.

(d) Bank mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menolak atau membalikkan secara

keseluruhannya sebarang deposit atau prosid melalui pengiriman wang dalaman jika

tidak menerima sebarang arahan jelas dan khusus atau yang boleh mengakibatkan

pelanggaran syarat dan/atau had semalaman yang tersebut di atas secara langsung

atau tidak langsung dan/atau untuk membalikkan jumlah sedemikian atau jumlah

daripada Akaun yang telah melanggar syarat dan/atau had semalaman yang tersebut di

atas yang diakibatkan oleh sebab-sebab lain termasuk tetapi tidak terhad kepada

pengkreditan faedah dan turun naik kadar pertukaran di mana Bank kemudiannya

dianggap telah dibenarkan oleh Pemegang Akaun untuk menukar apa-apa deposit,

prosid atau jumlah yang berlebihan sedemikian ke Ringgit Malaysia pada kadar

pertukaran semasa seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank untuk

pengkreditan akaun lain beliau/mereka dalam denominasi Ringgit Malaysia dengan

Bank atau melalui Perintah Juruwang atau Draf Permintaan yang boleh dikutip oleh

Page 4: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

Pemegang Akaun sendiri atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau dipulangkan

melalui pos kepada Pemegang Akaun ke alamat terakhir beliau/mereka yang

didaftarkan dengan Bank pada risiko dan perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.

6. Nota Matawang Asing dan Pemalsuan

(a) Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menerima atau menolak mana-

mana nota matawang asing untuk didepositkan ke dalam Akaun. Jika Bank menerima

nota matawang asing tersebut, Bank berhak untuk mengenakan fi pada kadar yang

ditetapkan oleh Bank atas deposit tersebut.

(b) Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa sebagai tambahan kepada dan tanpa

menjejaskan sebarang hak dan remedi lain Bank, Bank mempunyai hak pada bila-bila

masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Pemegang Akaun untuk mendebitkan Akaun

dengan nilai muka nota matawang asing yang didapati atau ditemui sebagai palsu atau

dipalsukan.

7. Cek Bertanda

Bank boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, mengemukakan cek bagi pihak Pemegang Akaun

kepada bank pembayar untuk ditandakan bagi mengesahkan bahawa cek tersebut wajar dibayar

apabila dikemukakan kepada bank pembayar untuk pembayaran.

8. Instrumen Di Bawah Kutipan

Melainkan melalui pengaturan khas dan pada budi bicara mutlak Bank dan tertakluk kepada

sebarang undang-undang yang digunakan dan sedang dikuatkuasakan, cek (termasuk cek

bertanda) dan instrumen lain yang didepositkan ke dalam Akaun tidak boleh dikeluarkan

sehingga prosid untuknya telah diterima oleh Bank dan wang tunai yang didepositkan tidak boleh

dikeluarkan sehingga Hari Perniagaan berikutnya. Sebarang kredit yang diberikan oleh Bank

kepada Pemegang Akaun untuk instrumen yang didepositkan ke dalam Akaun adalah untuk

sementara waktu dan akan dibalikkan jika prosid penuh untuknya tidak diterima oleh Bank

sebelum atau pada tarikh yang dijangka.

9. Deposit/Pengeluaran

(a) Tanpa mengira sebarang peruntukan di sini, dengan ini dipersetujui bahawa Bank

boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, memberi nilai kepada nota matawang

asing dan/atau apa-apa bayaran dalam matawang selain daripada matawang Akaun

yang didepositkan ke dalam Akaun hanya selepas pengesahan bahawa nota tersebut

adalah tidak palsu atau dipalsukan dan bahawa bayaran akan diterima pada Hari

Perniagaan. Jika bayaran tersebut diterima pada hari yang bukan Hari Perniagaan,

Bank mungkin pada budi bicara tunggal dan mutlaknya memberi nilai kepada bayaran

pada Hari Perniagaan yang berikutnya.

Page 5: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(b) Bank boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, enggan menerima cek kembara

yang dikemukakan untuk deposit dan/atau kutipan kecuali ia disertakan dengan

Perjanjian Pembelian untuknya.

(c) Bank boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, enggan menerima sebarang

deposit atau pengeluaran selepas had masa yang ditentukan oleh Bank pada budi

bicara tunggal dan mutlaknya dari masa ke semasa. Bank boleh, pada budi bicara

tunggal dan mutlaknya, juga enggan menerima sebarang deposit atau pengeluaran jika

perniagaan atau operasi Bank terhalang, terganggu atau tergendala atau akibat

penangguhan, kegagalan atau ketinggalan yang disebabkan oleh force majeure,

bencana alam, peperangan, permusuhan seakan peperangan, gangguan atau

kerosakan atau kegagalan bekalan elektrik atau kuasa atau telekomunikasi atau

rangkaian komunikasi lain atau sistem, rusuhan, sekatan, pemogokan, embargo atau

kegagalan mesin atau peralatan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

(d) Bank boleh mengenakan komisen dan caj pada kadar yang ditetapkan oleh Bank atas

mana-mana deposit dan/atau pengeluaran pada kadar sedemikian yang mungkin

ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa dan memaklumkan Pemegang Akaun

menurut peruntukan dalam klausa 20 dan 23 di bawah.

(e) Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan tertakluk kepada ketersediaan nota matawang

asing dan selepas Bank menerima notis terlebih dahulu yang memadai dari Pemegang

Akaun.

(f) Pengeluaran daripada Akaun dalam matawang selain daripada matawang Akaun

adalah pada kadar penukaran yang akan ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa

dan dimaklumkan kepada Pemegang Akaun menurut peruntukan dalam klausa 20 dan

23 di bawah.

10. Penutupan Akaun

Jika apa-apa perakuan Pemegang Akaun didapati tidak benar atau Pemegang Akaun melanggar

mana-mana Terma dan Syarat ini, Bank boleh menutup Akaun tanpa memberi notis terlebih

dahulu. Tanpa menghiraukan atau mengira apa yang dinyatakan di atas, Bank boleh, pada bila-

bila masa pada budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi sebarang alasan kepada Pemegang

Akaun, menutup Akaun selepas memberi notis tujuh (7) hari kepada Pemegang Akaun menurut

klausa 23. Pada penutupan Akaun, Bank akan menukar deposit tersebut ke Ringgit Malaysia

pada kadar pertukaran semasa Bank seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank bagi

kredit di akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dalam denominasi Ringgit Malaysia atau

melalui Perintah Juruwang atau Draf Permintaan yang boleh dikutip oleh Pemegang Akaun

secara peribadi atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau dipulangkan melalui pos kepada

Pemegang Akaun di alamat terakhir beliau yang didaftarkan dengan Bank pada risiko dan

perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.

Page 6: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

11. Overdraf

(a) Akaun ini tidak boleh terlebih keluar.

(b) Jika Akaun terlebih keluar akibat pendebitan apa-apa caj oleh Bank atau disebabkan

oleh mana-mana nota matawang palsu atau dipalsukan yang didepositkan ke dalam

Akaun atau untuk apa-apa sebab lain sekalipun, Pemegang Akaun akan membayar

Bank jumlah yang terlebih keluar dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank.

Sehingga bayaran tersebut diterima, faedah pada kadar sedemikian yang mungkin

ditentukan oleh Bank pada budi bicara tunggal dan mutlaknya akan dikenakan ke atas

semua jumlah yang dikeluarkan melebihi had yang diluluskan (sebelum dan selepas

penghakiman atau permintaan).

(c) Bank berhak untuk menukar amaun yang terlebih keluar kepada Ringgit Malaysia pada

kadar pertukaran semasa Bank seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank

dan dipindahkan ke akaun semasa Pemegang Akaun dengan Bank.

(d) Apabila pihak Bank menerima atau menanggung sebarang liabiliti di atas permintaan

Pemegang Akaun, atau apabila Akaun terlebih keluar, apa-apa dana, dokumen,

instrumen, catel, bon, debentur, saham atau sekuriti lain dan barangan berharga lain

yang dipegang oleh Bank atas nama Pemegang Akaun (selepas ini dirujuk sebagai

“Kolateral”) sama ada dalam penjagaan selamat atau sebaliknya akan dianggap

sebagai dicagar dan dicaj secara automatik dan merupakan sekuriti berterusan kepada

Bank untuk pelepasan liabiliti dan pembayaran balik overdraf tersebut. Bank

mempunyai hak untuk mengekalkan Kolateral tersebut (walaupun jika ini memerlukan

atau melibatkan atau menyebabkan cek Pemegang Akaun tidak dilayan), atau mana-

mana bahagian daripadanya sehingga liabiliti dan/atau overdraf dijelaskan dan/atau

dibayar balik.

12. Penyata dan Pengesahan

(a) Penyata Akaun (“Penyata Akaun”) dalam apa-apa bentuk yang dianggap sesuai oleh

Bank akan dihantar kepada Pemegang Akaun setiap bulan atau secara berkala seperti

yang mungkin ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa atau pada dasar berkala lain

sedemikian yang mungkin diminta oleh Pemegang Akaun dan dipersetujui oleh Bank.

Pemegang Akaun akan memaklumkan Bank dengan serta-merta secara bertulis jika

beliau tidak menerima Penyata Akaun dalam tempoh empat belas (14) hari dari

jangkaan tarikh penerimaan untuknya.

(b) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk:

(i) memantau baki Akaun pada setiap masa;

(ii) memeriksa semua butiran dalam Penyata Akaun;

(iii) memaklumkan Bank secara bertulis mengenai sebarang peninggalan atau

pendebitan/pengkreditan silap yang dilakukan atau pemasukan tidak tepat

yang dilakukan tanpa kebenaran dalam Penyata Akaun tersebut dalam

tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penyata Akaun; dan

Page 7: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(iv) menandatangani dan mengembalikan sebarang slip pengesahan, termasuk

apa-apa yang diperlukan untuk tujuan audit (jika diminta untuk berbuat

demikian).

(c) Jika Bank tidak menerima apa-apa pemakluman bertulis menurut sub Klausa (b)(iii) di

atas dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penyata Akaun, maka, pada akhir

tiga puluh (30) hari tersebut, Penyata Akaun akan menjadi bukti muktamad, tanpa apa-

apa bukti selanjutnya (kecuali sebarang kesilapan didakwa yang telah dimaklumkan

dalam tempoh tiga puluh (30) hari) bahawa Penyata Akaun mengandungi semua kredit

yang perlu dimasukkan dan tiada debit yang tidak perlu dimasukkan di dalamnya dan

bahawa semua kemasukan tersebut adalah betul. Dalam keadaan sedemikian,

Pemegang Akaun akan diikat oleh kemasukan sedemikian dalam Penyata Akaun dan

Bank adalah bebas daripada segala tuntutan berhubung dengan Akaun. Tanpa mengira

apa-apa yang tersebut di atas, Bank berhak, selepas memberikan notis kepada

Pemegang Akaun, untuk menambah dan/atau mengubah kemasukan dalam Penyata

Akaun jika terdapat sebarang kemasukan atau jumlah di dalamnya yang tertinggal

dan/atau tidak betul.

PENDEDAHAN

13. Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau mana-

mana individu lain yang dibenarkan oleh Bank untuk mengakses rekod, surat-menyurat atau

sebarang bahan berhubung dengan Pemegang Akaun atau Akaun) boleh mendedahkan pada

bila-bila masa pada budi bicara mutlak Bank dan tanpa notis terdahulu kepada Pemegang

Akaun, sebarang maklumat berkaitan dengan Akaun atau Pemegang Akaun atau mana-mana

individu yang dibenarkan oleh Pemegang Akaun (sama ada secara tunggal atau sebaliknya)

untuk mengendalikan Akaun, atau bertindak bagi pihak Pemegang Akaun dalam memberi

arahan atau melaksanakan mana-mana tindakan di bawah, kepada individu seperti berikut: -

(a) mana-mana cawangan, agensi, pejabat wakil, syarikat gabungan, bersekutu atau

berkaitan dengan Bank serta pegawai, kakitangan atau agennya, sama ada terletak di

dalam atau di luar Malaysia (secara kolektif “Ahli Kumpulan UOB”) untuk apa-apa

tujuan seperti berikut :

(i) menyediakan Pemegang Akaun dengan perkhidmatan perbankan;

(ii) pelaporan;

(iii) pemadanan data;

(iv) meningkat dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh Bank atau

mana-mana Ahli Kumpulan UOB kepada Pemegang Akaun;

(v) pencegahan penipuan atau jenayah;

(vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan

wang haram atau apa-apa aktiviti jenayah lain;

(vii) kutipan hutang;

(viii) khidmat sumber luar operasi Bank;

(ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai Bank atau berkaitan dengan

Page 8: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

pengauditan atau menjalankan pengurusan risiko;

(x) memudahkan pelaksanaan tugas Bank atau mana-mana fungsi Ahli

Kumpulan UOB;

(xi) pematuhan pada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan

UOB;

(xii) pelaksanaan peraturan korporat;

(xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan

ke atas Bank.

(b) mana-mana individu atau organisasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang

menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada Bank untuk

tujuan menyediakan, mengemas kini, menyenggarakan dan mempertingkatkan

perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan,

kesilapan atau tuntutan;

(c) mana-mana individu atau organisasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang

dilantik oleh Bank untuk tujuan menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan

perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar;

(d) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan suatu penyiasatan

berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;

(e) syarikat kad kredit dan institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan kad

kredit;

(f) bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk

maklumat kredit);

(g) juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional Bank;

(h) pencetak alat tulis Bank, vendor sistem komputer yang digunakan oleh Bank, dan

individu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya, serta pembekal

barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang dilantik oleh Bank;

(i) mana-mana penerima yang dilantik oleh Bank atau mana-mana pihak lain;

(j) mana-mana biro kredit di mana Bank adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau

jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian;

(k) mana-mana agensi penarafan, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia

perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;

(l) mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan

sebarang tanggungjawab Bank di bawah perjanjian perbankan di antara Pemegang

Akaun dan Bank, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau

mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) atau mana-mana daripada

mereka;

(m) untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproseskan dengan atau tanpa kebenaran

Pemegang Akaun dalam atau melalui mesin juruwang automatik bank atau institusi

kewangan atau bukan kewangan lain atau terminal atau mesin atau peranti

dikendalikan kad lain yang diluluskan oleh Bank, kepada bank, institusi kewangan atau

bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad mesin

juruwang automatik dan agen atau kontraktor mereka masing-masing;

Page 9: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(n) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-

kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan

UOB;

(o) mana-mana individu di mana Bank, atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB, dibenarkan

atau diperlukan untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana

negara;

(p) mana-mana individu lain di mana pendedahan sedemikian dianggap sebagai untuk

kepentingan Bank, atau kepentingan mana-mana Ahli Kumpulan UOB; dan

(q) badan-badan berkaitan yang berhubung dengan permohonan saham yang dilakukan

oleh Pemegang Akaun dan syarikat-syarikat di mana bilnya boleh dibayar oleh

Pemegang Akaun dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank

berhubung dengan Akaun.

PERLINDUNGAN DATA

14. (a) Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah menerima,

membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat oleh Notis Privasi yang dikeluarkan

oleh Bank (yang boleh didapati di cawangan Bank dan juga di laman web Bank di

www.uob.com.my) dan klausa dalam Terma dan Syarat ini yang mungkin berkaitan

dengan pemprosesan Data Peribadi Pemegang Akaun, mungkin termasuk, tetapi tidak

terhad kepada, nama Pemegang Akaun, alamat, pekerjaan, butiran hubungan,

maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej

Pemegang Akaun di Televisyen Litar Tertutup (CCTV)), maklumat yang terkandung

dalam Akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun sama ada secara tunggal atau

bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang

Pemegang Akaun telah melanggan dengan Bank dan data lain sedemikian yang

diperlukan mengenai Pemegang Akaun dan transaksi Pemegang Akaun dengan Bank

(“Data Peribadi”). Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa

Notis Privasi tersebut akan dianggap telah dimasukkan sebagai rujukan ke dalam

Terma dan Syarat ini.

(b) Pemegang Akaun mengizin dan bersetuju bahawa Bank boleh memindahkan Data

Peribadi di luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh Bank dan Ahli

Kumpulan UOB akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap apa-apa

kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak

sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemotongan.

(c) Jika Pemegang Akaun memberi Data Peribadi berhubung dengan pihak ketiga,

termasuk data berhubung dengan waris terdekat dan tanggungan Pemegang Akaun (di

mana Pemegang Akaun adalah seorang individu) atau data berhubung dengan

pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pembekal keselamatan

anda (di mana Pemegang Akaun sebuah syarikat), bagi tujuan pembukaan atau

pengendalian Akaun dengan Bank atau sebaliknya untuk melanggan produk dan

perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun:

Page 10: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(i) mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah mendapatkan persetujuan mereka

atau sebaliknya berhak untuk menyediakan data ini kepada Bank dan untuk Bank

menggunakannya selaras dengan Terma dan Syarat ini;

(ii) berjanji bahawa Pemegang Akaun telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian

untuk membaca Notis Privasi di laman web Bank di www.uob.com.my;

(iii) telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian:-

(1) bahawa Bank mungkin mengumpul atau mengesahkan data peribadi dan

kewangan mereka dengan sumber-sumber pihak ketiga;

(2) bahawa Bank boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada kelas pihak

ketiga seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Bank;

(iv) bersetuju untuk memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga

sedemikian adalah tepat;

(v) bersetuju untuk mengemas kini Bank secara bertulis jika terdapat sebarang

perubahan ketara kepada data peribadi dan kewangan tersebut; dan

(vi) bersetuju kepada hak Bank untuk menamatkan Terma dan Syarat ini jika

persetujuan sedemikian ditarik balik oleh pihak ketiga tersebut.

(d) Di mana Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk

transaksi merentas sempadan (termasuk untuk melakukan atau menerima bayaran),

butiran berkaitan transaksi merentas sempadan (termasuk data berhubung dengan

pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke

luar negara, di mana ia boleh diakses oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar

negara yang berkenaan dengan kewajipan sah mereka (contoh, pencegahan jenayah).

Dalam mengarahkan Bank dan/atau agen Bank untuk melakukan sebarang transaksi

merentas sempadan bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun bersetuju dengan

pendedahan tersebut di atas bagi pihak Pemegang Akaun dan individu lain yang terlibat

dalam transaksi merentas sempadan tersebut.

(e) Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk

peraturan, garis panduan dan/atau tanggungjawab) yang digunakan oleh Bank dan Ahli

Kumpulan UOB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Pemegang Akaun bersetuju

bahawa Bank dan Ahli Kumpulan UOB, serta pedagang dan rakan strategiknya boleh

menghubungi Pemegang Akaun mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang

Bank percaya mungkin menarik minat Pemegang Akaun atau memanfaatkan

Pemegang Akaun dari segi kewangan. Walau dengan apa-apapun yang tersebut di

atas, Bank hanya akan mendedahkan Data Peribadi Pemegang Akaun (tidak termasuk

data yang berhubung dengan hal ehwal atau Akaun Pemegang Akaun) kepada

pedagang dan rakan kongsi strategik Bank di mana persetujuan nyata Pemegang

Akaun telah diperolehi terlebih dahulu.

Page 11: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(f) Pemegang Akaun boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran

langsung dari Bank atau Ahli Kumpulan UOB dengan menulis kepada Bank di

‘Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Peti Surat 13525, Menara UOB, Jalan Raja Laut,

50738 Kuala Lumpur’ (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh Bank)

dengan permintaan Pemegang Akaun dan Bank akan mematuhi arahan bertulis terkini

Pemegang Akaun kepada Bank.

(g) Pemegang Akaun mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti Penyata Akaun dan

laman web Bank mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan

Bank yang lain yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan

penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk Bank, pengendalian Akaun

anda dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan

kepada Pemegang Akaun.

(h) Pemegang Akaun berhak untuk meminta secara bertulis:

(i) untuk apa-apa maklumat berhubung dengan Data Peribadi Pemegang Akaun yang

dipegang atau disimpan oleh Bank, pada pembayaran fi yang ditetapkan;

(ii) untuk apa-apa maklumat yang dipegang atau disimpan oleh Bank yang perlu

dikemaskini, dipinda dan/atau diperbetulkan;

(iii) untuk Bank menghadkan pemprosesan Data Peribadi Pemegang Akaun yang

dipegang atau disimpan oleh Bank; dan

(iv) untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data

Peribadi Pemegang Akaun oleh Bank.

Untuk pertanyaan di bawah (i) atau (ii), Pemegang Akaun boleh membuat permintaan

kepada Bank melalui Borang Permintaan Mengakses Data atau Borang Permintaan

Membetulkan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan-

cawangan Bank dan juga di laman web Bank di www.uob.com.my.

Pemegang Akaun boleh mengarahkan semua permintaan ke mana-mana cawangan

Bank atau ke ‘Pengurusan Komunikasi Pelanggan, Pusat Panggilan UOB, Peti Surat

11212, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur’.

Bank mungkin mengenakan fi untuk memproses permintaan Pemegang Akaun untuk

akses atau pembetulan. Bank juga mungkin enggan mematuhi permintaan Pemegang

Akaun berkenaan dengan (i) atau (ii) di atas jika maklumat yang diberikan oleh

Pemegang Akaun tidak mencukupi (seperti yang ditentukan oleh Bank) atau di mana

permintaan sedemikian mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang

atau peraturan atau apa-apa sebab lain yang Bank anggap bukan pada kepentingan

Bank untuk berbuat demikian. Jika Bank enggan mematuhi permintaan tersebut, Bank

Page 12: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

akan memaklumkan Pemegang Akaun mengenai keengganan dan sebab keengganan

tersebut.

(i) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang

diberikan oleh Pemegang Akaun kepada Bank adalah tepat, lengkap dan tidak

mengelirukan dan bahawa maklumat tersebut sentiasa dikemaskinikan.

(j) Sila maklum bahawa jika Pemegang Akaun kemudiannya menarik balik kebenaran

untuk memproses Data Peribadi Pemegang Akaun seperti yang diberikan sebelum ini

kepada Bank, Bank tidak dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi

Pemegang Akaun berhubung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini,

dengan itu, Bank berhak untuk tidak menyediakan atau tidak meneruskan penyediaan

mana-mana produk, perkhidmatan, Akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan

Data Peribadi sedemikian.

(k) Bank mengekalkan hak untuk meminda klausa ini dari masa ke semasa pada budi

bicara mutlaknya dan akan memberikan notis terlebih dahulu secara bertulis kepada

Pemegang Akaun dan meletakkan apa-apa pindaan sedemikian di laman web Bank

atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di kawasan utama dalam

cawangan Bank atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh

Bank.

(l) Klausa ini tidak akan menjejaskan sebarang klausa lain dalam Terma dan Syarat ini

yang menyediakan pendedahan data.

15 PEMATUHAN FATCA

15.1 Pemegang Akaun perlu menyediakan semua dokumentasi atau maklumat yang diperlukan,

termasuk tetapi tidak terhad kepada tarikh lahir, negara kewarganegaraan, negara-negara

kediaman tetap, negara-negara kediaman cukai dan nombor pengenalan pembayar cukai yang

berkaitan, yang mungkin diperlukan untuk membolehkan Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan

UOB mematuhi semua keperluan FATCA (seksyen 1471 hingga 1474 dalam Kod Hasil Dalam

Negeri 1986 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (“Kod”) serta peraturan dan garis panduan

lain yang dikeluarkan di bawah Kod, setiap daripadanya dipinda dari masa ke semasa (secara

amnya dikenali sebagai Akta Pematuhan Pencukaian Akaun Asing) (“FATCA”) atau mana-mana

perjanjian lain yang dimasuki dengan atau di antara pihak berkuasa untuk pelaksanaan FATCA

atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan.

Pemegang Akaun perlu memaklumkan kami secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari

mengenai sebarang perubahan yang menjejaskan status cukai Pemegang Akaun berhubung

dengan FATCA di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau perjanjian lain oleh atau

antara kerajaan.

Page 13: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

15.2 Pemegang Akaun mewakili dan menjamin bahawa Pemegang Akaun telah memberikan semua

dokumentasi atau maklumat lain kepada Bank sebagaimana yang mungkin diperlukan oleh Bank

untuk mematuhi FATCA dan berhubung dengan perubahan dalam status cukai dan akan

menyediakan semua dokumentasi atau maklumat lain yang diperlukan dalam tempoh tujuh (7)

hari dari permintaan daripada Bank secara bertulis atau sebaliknya.

Pemegang Akaun selanjutnya mengakui bahawa apa-apa kegagalan di pihak Pemegang Akaun

untuk memberikan maklumat yang tepat dan tepat pada masanya menurut keperluan dan

permintaan Bank boleh menyebabkan Bank menganggap bahawa Pemegang Akaun bersikap

degil dan/atau boleh dilaporkan dan mengambil segala tindakan yang diperlukan terhadap

Pemegang Akaun dalam usaha Bank untuk mematuhi keperluan di bawah FATCA, undang-

undang tempatan berhubung dengan FATCA dan mana-mana peruntukan lain yang timbul

daripada perjanjian antara kerajaan yang berkaitan dengan FATCA.

15.3 Bagi pelanggan individu, Pemegang Akaun bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, dan

pendedahan oleh Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB mengenai apa-apa Data Peribadi

kepada individu-individu di mana Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB menerima atau

melakukan pembayaran bagi pihak Pemegang Akaun dan kepada pihak berkuasa kerajaan

seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan.

Kebenaran Pemegang Akaun akan berkuatkuasa tanpa mengira sebarang perjanjian tiada

pendedahan yang digunakan. Pemegang Akaun menyatakan bahawa Pemegang Akaun telah

memperolehi sebarang persetujuan atau penepian yang diperlukan daripada mana-mana pihak

ketiga di mana maklumatnya telah diberikan kepada Bank bagi membenarkan Bank atau mana-

mana Ahli Kumpulan UOB menjalankan tindakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 15 ini,

dan bahawa Pemegang Akaun akan memperolehi persetujuan dan penepian sedemikian terlebih

dahulu sebelum memberikan maklumat yang sama kepada kami pada masa hadapan.

15.4 Bagi pelanggan yang merupakan pemilik tunggal, perkongsian atau entiti perniagaan lain,

syarikat, atau persatuan, kelab atau pertubuhan atau amanah, Pemegang Akaun bersetuju

dengan pengumpulan, penyimpanan, dan pendedahan oleh Bank atau mana-mana Ahli

Kumpulan UOB mengenai sebarang Maklumat Sulit kepada individu-individu di mana Bank atau

mana-mana Ahli Kumpulan UOB menerima atau melakukan pembayaran bagi pihak Pemegang

Akaun dan kepada pihak berkuasa kerajaan seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau

perjanjian lain oleh atau antara kerajaan. Maklumat Sulit termasuk data peribadi Pemegang

Akaun, butiran akaun bank, maklumat transaksi, dan apa-apa maklumat lain yang dianggap

bersifat sulit atau proprietari oleh seseorang yang munasabah. Kebenaran Pemegang Akaun

akan berkuatkuasa tanpa mengira sebarang perjanjian tiada pendedahan yang digunakan.

Pemegang Akaun menyatakan bahawa Pemegang Akaun telah memperolehi sebarang

persetujuan atau penepian yang diperlukan daripada mana-mana pihak ketiga di mana

maklumatnya telah diberikan kepada Bank bagi membenarkan Bank atau mana-mana Ahli

Kumpulan UOB untuk menjalankan tindakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 15 ini, dan

bahawa Pemegang Akaun akan memperolehi persetujuan dan penepian sedemikian terlebih

dahulu sebelum memberikan maklumat yang sama kepada Bank pada masa hadapan.

Page 14: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

15.5 Pemegang Akaun bersetuju dan mengakui bahawa Bank berhak untuk mengambil segala

tindakan yang diperlukan untuk mematuhi dan kekal mematuhi FATCA sebagaimana yang

diperlukan oleh undang-undang atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan. Jika sebahagian

daripada pendapatan Pemegang Akaun boleh dilaporkan dan sebahagiannya tidak, Bank akan

melaporkan semua pendapatan kecuali jika Bank dapat menentukan jumlah yang boleh

dilaporkan dengan sewajarnya. Pemegang Akaun dengan ini membenarkan Bank atau mana-

mana Ahli Kumpulan UOB, di mana sesuai, untuk menahan atau mengutip sebarang bayaran,

sebarang cukai atau penilaian kerajaan lain yang diperlukan, termasuk tetapi tidak terhad

kepada sebarang keperluan untuk menahan atau memotong jumlah di bawah Kod serta

peraturan dan garis panduan lain yang dikeluarkan di bawah Amerika Syarikat (“AS”), di mana

setiap daripadanya dipinda dari masa ke semasa atau mana-mana perjanjian lain dengan atau

antara pihak berkuasa.

15.6 Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB, boleh mengambil apa-apa tindakan yang Bank

anggap sesuai untuk memenuhi sebarang tanggungjawab, sama ada di Malaysia atau di tempat

lain di dunia, berhubung dengan pencegahan pengelakan cukai. Ini mungkin termasuk, tetapi

tidak terhad kepada, menyiasat dan memintas bayaran ke dalam dan keluar daripada akaun

anda (terutamanya dalam hal pemindahan dana antarabangsa), menyiasat sumber atau

penerima yang dimaksudkan untuk dana, perkongsian maklumat dan dokumen dengan pihak

berkuasa cukai tempatan dan antarabangsa dan menahan pendapatan dari akaun Pemegang

Akaun dan memindahkannya kepada pihak berkuasa cukai tersebut. Jika Bank tidak berpuas

hati bahawa suatu pembayaran ke dalam atau ke luar daripada akaun Pemegang Akaun adalah

sah, Bank boleh menolak pelaksanaannya.

15.7 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab kepada

Pemegang Akaun untuk sebarang kerugian, kos, perbelanjaan, ganti rugi, liabiliti yang

Pemegang Akaun mungkin alami akibat daripada pematuhan Bank kepada undang-undang,

peraturan, perintah atau perjanjian dengan pihak berkuasa cukai atau oleh dan antara pihak

berkuasa cukai atau jika Bank melakukan penentuan yang salah sama ada Pemegang Akaun

patut dianggap sebagai tertakluk kepada cukai atau tanggungjawab pelaporan cukai.

15.8 Klausa 15 ini akan mengatasi mana-mana terma yang tidak konsisten atau persetujuan yang

diberikan oleh Pemegang Akaun di bawah mana-mana perjanjian dengan Bank setakat

perjanjian sedemikian menyediakan hak yang berkurangan bagi kami, sama ada sebelum atau

selepas tarikh Terma dan Syarat ini. Klausa 15 ini tidak akan mempengaruhi sebarang klausa

lain dalam Terma dan Syarat ini yang menyediakan permintaan untuk maklumat atau

pendedahan data.

15.9 “Rakyat Amerika Syarikat” bermakna warganegara Syarikat atau pemastautin individu Amerika

Syarikat, perkongsian atau syarikat yang diperbadankan di Amerika Syarikat atau di bawah

undang-undang Amerika Syarikat atau mana-mana negeri di Amerika Syarikat, suatu amanah

jika (i) mahkamah di Amerika Syarikat akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang yang

digunakan untuk memberi arahan atau penghakiman mengenai sebahagian besar isu-isu

berkenaan pentadbiran amanah, dan (ii) satu atau lebih daripada satu Rakyat Amerika Syarikat

Page 15: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

mempunyai kuasa untuk mengawal semua keputusan utama amanah tersebut, atau estet bagi

keturunan seseorang yang merupakan warganegara atau penduduk Amerika Syarikat. Definisi

ini akan ditafsirkan mengikut Kod. Sila dimaklumkan bahawa individu yang telah kehilangan

kewarganegaraan Amerika Syarikat mereka dan yang menetap di luar Amerika Syarikat mungkin

dianggap sebagai Rakyat Amerika Syarikat dalam keadaan tertentu.

AKAUN BERSAMA

16. (a) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun akan bertanggungjawab secara bersama dan

berasingan untuk semua liabiliti yang ditanggung atau debit, baki di dalam Akaun dan

pada kematian atau kebankrapan mana-mana Pemegang Akaun, Bank boleh, pada

budi bicara mutlaknya, menggantung Akaun tersebut.

(b) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun membenarkan Bank untuk memegang

sebarang baki kredit dalam Akaun mengikut arahan individu yang masih hidup

sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

(c) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun meminta dan membenarkan Bank untuk

menerima dan membayar ke dalam Akaun dari masa ke semasa apa-apa cek, bil

pertukaran dan/atau instrumen lain yang perlu dibayar kepada mana-mana atau salah

satu daripada Pemegang Akaun, sebagaimana kes yang mungkin berlaku, tanpa

memerlukan penerima untuk mengesahkan instrumen tersebut. Pemegang Akaun

mengesahkan dan bersetuju secara bersama dan berasingan untuk melucut dan

melepaskan Bank daripada semua liabiliti yang timbul daripada penerimaan mana-

mana instrumen yang tersebut di atas oleh Bank dari masa ke semasa untuk

pembayaran ke dalam Akaun.

PERUNTUKAN KHAS UNTUK PERKONGSIAN

17. (a) Jika Pemegang Akaun merupakan suatu perkongsian, pada perubahan perlembagaan

syarikat yang disebabkan oleh kematian atau peletakan jawatan atau kebankrapan

rakan kongsi atau sebaliknya, Bank boleh, jika tiada notis bertulis yang bertentangan,

menganggap rakan kongsi yang masih ada sebagai mempunyai kuasa penuh untuk

meneruskan perniagaan syarikat dan untuk mengendalikan Akaun seolah-olahnya tidak

terdapat sebarang perubahan dalam perlembagaan syarikat.

(b) Semua peruntukan yang terkandung di sini akan mengikat semua rakan kongsi secara

bersama dan berasingan tanpa mengira dan tanpa menghiraukan sebarang perubahan

dalam perlembagaan atau nama syarikat atau kemasukan mana-mana rakan kongsi

baru atau pengubahsuaian atau penamatan sebarang kuasa mana-mana rakan kongsi.

AKAUN “DALAM AMANAH”

18. Bank tidak perlu mengenalpasti mana-mana individu selain daripada Pemegang Akaun sebagai

Page 16: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

mempunyai apa-apa kepentingan dalam Akaun. Jika Bank perlu membuka Akaun “dalam

amanah” atau “sebagai penama” atau menggunakan gelaran yang sama atas nama Pemegang

Akaun, sama ada untuk pihak ketiga yang ditentukan atau tidak, Bank berhak dan layak, pada

budi bicara tunggalnya, menerima cek dan kiriman bayaran lain dan arahan lain berhubung

dengan Akaun dari Pemegang Akaun sahaja dan tidak diperlukan untuk mendapat sebarang

persetujuan atau melaksanakan apa-apa amanah bagi mana-mana individu, kecuali Bank

bersetuju dengan jelas secara bertulis untuk yang sebaliknya.

AGEN BANK

19. (a) Bank boleh menggunakan perkhidmatan mana-mana bank atau agen di mana-mana

lokasi yang dianggap sesuai berhubung dengan sebarang kutipan atau perniagaan

perbankan lain bagi Pemegang Akaun. Bank atau agen sedemikian akan dianggap

sebagai agen Pemegang Akaun dan Bank tidak boleh, dalam apa-apa keadaan,

bertanggungjawab untuk atau dipertanggungjawabkan oleh Pemegang Akaun akibat

sebarang tindakan atau peninggalan oleh mana-mana bank atau agen sedemikian,

atau akibat kehilangan, kecurian, kemusnahan atau kelewatan penghantaran mana-

mana instrumen semasa dalam transit atau di dalam pemilikan bank atau agen

tersebut. Semua caj yang ditanggung oleh Bank akan ditanggung oleh Pemegang

Akaun.

(b) Bank mempunyai kebebasan bagi pihak Pemegang Akaun untuk menggunakan

sebarang koresponden, agen atau sub-agen atau agensi lain dalam mengeluarkan Draf

Permintaan atau Perintah Juruwang atau dalam melaksanakan Pemindahan

Bertelegraf. Bank tidak mempunyai apa-apa liabiliti atau tanggungjawab untuk

sebarang kelewatan, tiada kiriman atau tiada penerimaan prosid yang timbul daripada

surat-menyurat Bank atau agen, sub-agen atau agensi lain yang berada di luar kawalan

Bank.

CAJ DAN HAK UNTUK MENDEBIT

20. (a) Bank boleh mengenakan caj sedemikian yang ia mungkin tentukan untuk apa-apa

perkhidmatan yang disediakan oleh Bank dan ke atas Akaun jika Akaun mempunyai

baki kredit di bawah baki minimum yang ditetapkan pada bila-bila masa, oleh Bank dari

masa ke semasa untuk akaun matawang asing. Bank akan dari masa ke semasa

memaklumkan Pemegang Akaun mengenai caj kadar semasa menurut klausa 23 di

bawah.

(b) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar semua kos, caj, fi dan

perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada fi dan perbelanjaan guaman yang

bagaimana sekalipun ditanggung oleh Bank) berhubung atau bersampingan dengan

Akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada penguatkuasaan atau pengekalan

sebarang hak Bank di bawah Akaun.

Page 17: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

(c) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai barangan dan

perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang, pada tarikh pembukaan Akaun atau apa-

apa tarikh selepas tarikh pembukaan Akaun, diperlukan oleh undang-undang (termasuk

Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan) untuk dibayar kepada mana-mana

pertubuhan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami,

berhubung dengan sebarang fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh kami

berhubung dengan Akaun.

(d) Apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang ditanggung

oleh kami berhubung dengan penggunaan Akaun dan apa-apa barangan atau

perkhidmatan lain yang disediakan di bawah Akaun akan ditanggung oleh dan

dikenakan kepada anda dan jika kami melaksanakan pembayaran bagi pihak anda,

anda bertanggungjawab untuk membayar balik kepada kami amaun sedemikian yang

dibayar.

(e) Pemegang Akaun membenarkan Bank untuk mendebitkan Akaun pada bila-bila masa

dengan faedah dan semua amaun yang perlu dibayar kepada Bank.

(f) Semua kadar, komisen dan caj adalah tertakluk kepada pindaan atau perubahan

apabila tamat tempoh, iaitu tidak kurang daripada notis dua puluh satu (21) hari

daripada Bank kepada Pemegang Akaun.

HAK UNTUK TOLAK SELESAI

21. Bank berhak pada bila-bila masa tanpa pemberian notis, untuk menggabungkan atau

menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada Pemegang Akaun termasuk akaun atas

nama Bank atau Pemegang Akaun bersama dengan individu lain (sama ada semasa, deposit,

pinjaman atau dalam apa-apa bentuk lain) atau semua atau mana-mana akaun atas nama

mana-mana satu atau lebih daripada satu Pemegang Akaun. Bank berhak dan layak untuk,

selepas memberikan notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari atau tempoh lain sedemikian

sebagaimana yang diperlukan oleh peraturan, untuk menolak selesai sebarang baki kredit (sama

ada matang atau tidak) dalam mana-mana satu atau lebih dari satu akaun sedemikian di mana

jua ia ditempatkan terhadap sebarang liabiliti Pemegang Akaun atau untuk satu atau lebih

daripada satu untuk mana-mana akaun lain atau dalam apa-apa aspek sekalipun, sama ada

liabiliti tersebut adalah pada masa kini atau masa hadapan, sebenar atau kontinjen, utama atau

berkaitan, dan berasingan atau bersama. Di mana tolak selesai tersebut memerlukan pertukaran

dari satu matawang kepada yang lain, pertukaran sedemikian akan dikira pada kadar pertukaran

semasa (yang ditentukan secara muktamad oleh Bank) pada tarikh tolak selesai tersebut.

Sebagai tambahan, jika berlaku sebarang pelanggaran dalam Terma dan Syarat ini oleh

Pemegang Akaun atau sebarang keingkaran atau tiada pembayaran untuk sebarang hutang,

tanggungjawab atau liabiliti lain oleh Pemegang Akaun kepada Bank dalam apa-apa bentuk atau

jenis, Bank berhak untuk menjual apa-apa Kolateral (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 11 di

sini) melalui jualan umum atau swasta tanpa apa-apa prosiding kehakiman sekalipun. Pada

jualan sedemikian, Bank berhak dan layak untuk menyimpan prosid jualan yang diperolehi

Page 18: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

daripada jumlah keseluruhan yang masih belum dibayar termasuk semua kos, sebarang fi dan

kos guaman bagaimana sekalipun ditanggung, caj dan perbelanjaan, cukai, duti dan levi lain

yang bersampingan dengan jualan tersebut. Apabila dituntut, Pemegang Akaun akan membayar

Bank dengan serta-merta amaun untuk apa-apa kekurangan jika prosid jualan atau amaun yang

diterima atau diperolehi daripada jualan tersebut tidak mencukupi untuk menyelesaikan dan

membayar balik kepada Bank keseluruhan amaun tertunggak atau perlu dibayar oleh Pemegang

Akaun kepada Bank.

INDEMNITI DARI PEMEGANG AKAUN

22. Pemegang Akaun bersetuju untuk melindungi Bank dari semua kerugian, kos, ganti rugi,

tuntutan, cukai, duti, levi dan perbelanjaan, termasuk apa-apa fi dan kos guaman bagaimana

sekalipun ditanggung, bagaimana sekalipun dialami atau ditanggung oleh Bank:

(a) dalam pelaksanaan fungsinya sebagai jurubank kepada Pemegang Akaun termasuk

sebagai jurubank kutipan yang menjamin apa-apa pengesahan atau pelepasan untuk

cek, bil, nota, draf, waran dividen atau instrumen lain yang dikemukakan untuk

pengutipan dan jaminan sedemikian akan dianggap telah diberikan oleh Bank pada

permintaan nyata Pemegang Akaun dalam setiap kes; dan

(b) berhubung dengan penguatkuasaan hak Bank di sini atau akibat daripada sebarang

ketidakpatuhan terhadapnya oleh Pemegang Akaun.

(c) berhubung dengan pembatalan urusan transaksi yang dipersetujui oleh Pemegang

Akaun.

KOMUNIKASI

23. (1) Pemegang Akaun perlu memaklumkan Bank secara bertulis dengan serta-merta

mengenai sebarang perubahan yang boleh menjejaskan operasi Akaun secara

langsung atau tidak langsung termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran alamat,

status pemastautin, perlembagaan perniagaan, nama Pemegang Akaun,

penandatangan yang dibenarkan, pindaan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan

(untuk akaun syarikat); perubahan dalam volum perolehan eksport dalam kes

pengeksport, perubahan dalam syarat kelayakan yang menjejaskan had semalaman

yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran dalam syarat kelayakan dan/atau had

semalaman yang dikenakan oleh BNM dan/atau Pengawal Pertukaran Asing dan/atau

Bank dalam operasi Akaun.

(2) Di mana sebarang notis atau komunikasi yang diberikan oleh Bank kepada mana-mana

Pemegang Akaun, Bank boleh, pada budi bicara mutlaknya, memberikan notis atau

komunikasi tersebut dalam apa-apa cara berikut:

(a) melalui mel elektronik kepada alamat e-mel terakhir yang diketahui dalam

rekod Bank untuk Pemegang Akaun dan notis sedemikian akan dianggap

Page 19: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

telah diterima selepas 24 jam penghantarannya; atau

(b) melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier atau penghantaran tangan

yang dihantar kepada atau ditinggalkan di alamat terakhir Pemegang Akaun

tersebut yang didaftar dengan Bank dan akan dianggap telah diterima oleh

Pemegang Akaun tersebut dalam tempoh lima (5) Hari Perniagaan dari

pengeposan jika dihantar melalui pos biasa atau berdaftar dan, jika dihantar

melalui kurier atau penghantaran tangan, dalam tempoh tiga (3) Hari

Perniagaan dari tarikh notis atau komunikasi tersebut dihantar atau

ditinggalkan di alamat terakhir yang didaftar dengan Bank untuk Pemegang

Akaun tersebut; atau

(c) dengan memaparkan notis atau komunikasi di premis cawangan Bank di mana

Akaun dikekalkan atau pada laman web Bank dan notis atau komunikasi

sedemikian akan dianggap berkuatkuasa dalam tempoh tujuh (7) hari dari

tarikh paparan tersebut; atau

(d) dengan cara pengiklanan atau notis am dalam satu akhbar utama negara yang

diedarkan di Malaysia dan notis tersebut akan dianggap telah berkuatkuasa

dari tarikh pengiklanan notis atau komunikasi sedemikian atau tarikh yang

dinyatakan dalam notis atau komunikasi sedemikian, sebagaimana kes yang

mungkin berlaku; atau

(e) dengan menggunakan siaran radio atau televisyen atau mana-mana media

lain yang dipilih oleh Bank dan notis atau komunikasi sedemikian akan

dianggap telah diterima pada tarikh siaran tersebut; atau

(f) melalui faksimile atau teleks kepada nombor faksimile atau teleks terakhir

yang diketahui dalam rekod Bank untuk Pemegang Akaun tersebut dan notis

atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima selepas pengesahan

penghantaran dari mesin penghantar.

(3) Bank tidak bertanggungjawab untuk apa-apa yang mungkin berlaku kepada notis atau

komunikasi selepas ia dihantar, contohnya, jika apa-apa notis atau komunikasi tersebut

terlewat, terpintas, hilang, gagal diterima atau terdedah kepada mana-mana individu

semasa transit.

KEADAAN DI LUAR KAWALAN BANK

24. Bank boleh, pada budi bicara mutlaknya dan tanpa notis kepada Pemegang Akaun,

menggantung operasi Akaun jika rekod pelanggan Bank, akaun atau perkhidmatan tidak dapat

disediakan atau akses kepada rekod, akaun atau perkhidmatan tersebut dihalang akibat

daripada keadaan di luar kawalan Bank (force majeure), apa-apa bencana atau keadaan,

tindakan industri, kerosakan komputer atau sabotaj atau apa-apa sebab lain sekalipun.

Page 20: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

PENYUSUTAN DAN KETIADAAN DANA

25. Bank tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti kepada Pemegang Akaun untuk sebarang

penyusutan nilai dana akibat sekatan ke atas tuntutan kebolehtukaran, pemindahan paksaan,

perampasan dalam apa-apa bentuk, peperangan atau pemogokan awam atau apa-apa sebab

lain di luar kawalan Bank. Jika negara asal matawang yang berkenaan menghadkan

ketersediaan, kredit atau pemindahan dana tersebut, Bank tidak mempunyai kewajipan untuk

membayar dana dalam Akaun kepada Pemegang Akaun sama ada melalui draf atau wang tunai

dalam matawang yang berkenaan atau melalui apa-apa matawang lain.

PENEPIAN

26. Bank boleh, pada budi bicaranya, mengetepikan pematuhan pada mana-mana peraturan yang

mentadbir operasi Akaun, tetapi penepian sedemikian adalah sebagai tambahan kepada dan

tidak akan menjejaskan mana-mana hak Bank termasuk hak untuk menguatkuasakan

pematuhan kepada peraturan sedemikian di mana-mana tarikh pada masa hadapan.

PENYERAHAN HAK

27. Pemegang Akaun tidak boleh menyerah hak, memindah, mengenakan caj, membebankan atau

mewujudkan apa-apa sekuriti atau kepentingan lain di dalam atau sebaliknya melupuskan atau

dikatakan melakukan perkara yang sama berhubung dengan Akaun atau apa-apa wang di

dalamnya atau mana-mana hak, hak milik atau kepentingan Pemegang Akaun di dalamnya atau

berhubung dengannya atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa kepentingan di

dalamnya, jika berkenaan, kecuali dengan kebenaran Bank.

HARI PERNIAGAAN

28. “Hari Perniagaan” merujuk kepada hari di mana kedua-dua Bank dan pusat kewangan utama

untuk matawang asing dibuka untuk perniagaan dan perdagangan di pasaran matawang asing.

PEMINDAAN

29. (a) Bank berhak dari masa ke semasa dan melalui notis kepada Pemegang Akaun untuk

melakukan penambahan kepada peraturan dan pengawalan sedemikian serta pindaan

sedemikian kepada Terma dan Syarat ini jika ia dianggap perlu dan wajar pada budi

bicara mutlaknya. Pemindaan atau perubahan kepada Terma dan Syarat ini akan

dimaklumkan kepada Pemegang Akaun dalam apa-apa cara yang dinyatakan dalam

klausa 23. Pemegang Akaun akan diikat oleh pindaan atau terma dan syarat baru

tersebut dari tarikh pemaparan, pengiklanan atau pengeposan sedemikian.

(b) Jika Pemegang Akaun tidak menerima apa-apa penambahan, perubahan, pengubahan

atau pengubahsuaian kepada Terma dan Syarat ini, Pemegang Akaun boleh

menamatkan operasi Akaun dan menutup Akaun dengan serta-merta. Jika Pemegang

Page 21: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

Akaun terus mengendalikan Akaun selepas pemakluman sedemikian, Pemegang

Akaun akan dianggap telah bersetuju tanpa keraguan kepada penambahan, perubahan

atau pengubahsuaian tersebut.

UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

30. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia

dan Pemegang Akaun dengan ini menyerah secara muktamad kepada bidang kuasa tidak

eksklusif mahkamah Malaysia. Sebarang tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula

dan/atau penguatkuasaan sebarang wang tuntutan yang perlu dibayar oleh Bank boleh diambil

oleh Pemegang Akaun di mahkamah Malaysia sahaja kecuali Bank bersetuju pada sebaliknya

secara bertulis.

PEMATUHAN PERINTAH MAHKAMAH

31. Bank dan Ahli Kumpulan UOB boleh bertindak dalam apa-apa cara yang mereka anggap sesuai,

tanpa berunding dengan Pemegang Akaun terlebih dahulu, jika mereka dikemukakan dengan

perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa.

Pemegang Akaun bersetuju bahawa beliau/mereka tidak akan mempertanggungjawabkan Bank

dan/atau mana-mana ahli Kumpulan UOB untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang

berhubung dengan tindakan mereka.

WANG YANG TIDAK DITUNTUT

32. Selaras dengan Akta Wang Tidak Dituntut (“UMA”) 1965, Bank akan menutup Akaun anda dan

menukar semua baki tertunggak dalam matawang asing yang dianggap tidak dituntut dalam

Akaun anda kepada Ringgit Malaysia dengan menggunakan kadar penutup harian untuk Akaun

yang tidak beroperasi selama 7 tahun. Baki tersebut akan dipegang oleh Bank sehingga ia

dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

PENGIKATAN PENGGANTI

33. Terma dan Syarat ini akan mengikat waris, wakil peribadi dan pengganti hak milik Bank dan

Pemegang Akaun masing-masing. Hak, tanggungjawab dan liabiliti Pemegang Akaun di bawah

Terma dan Syarat ini tidak boleh diserah hak untuk apa-apa sebab sekalipun.

AKAUN PANGGILAN

34. Bank berhak untuk mengenakan sebarang had ke atas amaun yang didepositkan, dan

dikeluarkan ke dalam/daripada Akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada baki kredit minimum

yang dikekalkan dalam Akaun. Had dan amaun sedemikian mungkin tertakluk kepada

perubahan dari masa ke semasa pada budi bicara Bank.

Page 22: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

35. Faedah pada kadar semasa Bank akan dikira pada baki akhir di penghujung setiap hari dan

dikreditkan pada akhir setiap bulan. Tiada faedah akan dibayar ke atas baki di bawah jumlah

minimum yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa. Di mana

berkenaan, cukai pegangan akan dikenakan ke atas faedah yang diperolehi mengikut peraturan

cukai yang digunakan.

36. Pengeluaran boleh dilakukan dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya satu (1) Hari

Perniagaan kepada Bank. Pemegang Akaun perlu memberi arahan yang jelas dan khusus

secara bertulis yang ditandatangani sewajarnya mengikut mandat akaun berhubung dengan

pengeluaran dan pelupusan deposit. Bank berhak untuk menolak atau tidak melaksanakan

arahan tersebut jika mana-mana dokumen sedemikian yang dikemukakan kepada Bank adalah

berbeza daripada contoh tandatangan Pemegang Akaun atau penandatangan yang dibenarkan.

Semua perubahan dalam arahan tersebut perlu disahkan dengan tandatangan penuh. Bank

tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi kepada Pemegang Akaun

disebabkan oleh apa-apa pematuhan oleh Bank di mana arahan tersebut tidak lengkap atau

tidak jelas atau di mana baki kredit dalam akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk

meliputi caj bank dan amaun yang dinyatakan dalam arahan tersebut.

37. Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan bulanan, fi transaksi, fi tahunan dan/atau apa-

apa fi lain sedemikian bagi penyenggaraan Akaun ini pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dan

dipinda dari masa ke semasa dengan memberi Pemegang Akaun notis 21 hari terlebih dahulu.

AKAUN DEPOSIT BERTEMPOH

38. Deposit ke dalam Akaun adalah pada tempoh dan kadar seperti yang dipersetujui dengan Bank.

Bank berhak untuk mengenakan sebarang had sedemikian pada amaun dan tempoh deposit

termasuk tetapi tidak terhad kepada had deposit minimum yang mungkin tertakluk kepada

perubahan dari masa ke semasa pada budi bicara tunggal dan mutlak Bank.

39. Bayaran faedah ke atas setiap deposit yang dilakukan adalah tertakluk kepada sebarang

undang-undang atau peraturan untuk cukai pegangan.

40. Jika tarikh matang jatuh bukan pada Hari Perniagaan, apa-apa arahan

pembaharuan/pengeluaran oleh Pemegang Akaun akan dilaksanakan pada Hari Perniagaan

yang berikutnya.

41. Pemegang Akaun perlu memberikan arahan yang jelas dan khusus secara bertulis berhubung

dengan pengeluaran atau pelupusan deposit. Arahan tersebut mesti sampai ke Bank sekurang-

kurangnya dua (2) Hari Perniagaan sebelum tempoh matang. Bank tidak bertanggungjawab

untuk sebarang kerugian atau ganti rugi kepada Pemegang Akaun disebabkan oleh apa-apa

pematuhan atau ketidakpatuhan Bank di mana arahan tersebut adalah tidak lengkap atau tidak

jelas atau di mana jumlah deposit tidak mencukupi untuk meliputi caj bank serta amaun yang

dinyatakan dalam arahan tersebut.

Page 23: TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat ... · 2014. 9. 23. · TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa

42. Melainkan arahan bertulis yang sebaliknya diterima sekurang-kurangnya dua (2) Hari

Perniagaan sebelum deposit matang, deposit akan diperbaharui secara automatik dengan

faedah terakru ditambah ke atasnya bagi tempoh yang sama pada kadar faedah lazim.

43. Bank boleh, pada budi bicara tunggalnya, membenarkan pengeluaran deposit sebelum ia

matang tertakluk kepada pembayaran fi dan caj bank sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh

Bank dan dipinda dari masa ke semasa. Semua pengeluaran deposit perlu dilakukan secara

keseluruhan dan bukan dalam jumlah berasingan.

44. Jika mana-mana deposit dikeluarkan atau dicairkan sebelum tempoh matang, Bank berhak dan

layak untuk tidak membayar sebarang faedah, sama ada secara berkadar atau pro rata atau

sebaliknya ke atas deposit yang dikeluarkan. Sebagai alternatif, Bank boleh pada budi bicaranya

membayar faedah ke atas deposit sedemikian yang dikeluarkan sebelum tempoh matang atau

sebelum tarikh matang pada kadar sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh Bank pada budi

bicara tunggalnya dari masa ke semasa.

45. Deposit bertempoh tidak boleh dipindah milik atau diserah hak atau dilupuskan atau diuruskan

dan tidak boleh disandar atau dicagarkan sebagai sekuriti kepada mana-mana pihak kecuali

Bank.

46. Jika slip pengakuan dikeluarkan oleh Bank berhubung dengan deposit bertempoh, slip

pengakuan tersebut merupakan bukti deposit yang dilakukan pada tarikh yang dinyatakan di

dalamnya dan tidak merupakan dokumen hak milik.

PERBADANAN INSURANCE DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)

47. Deposit yang dikekalkan oleh Pemegang Akaun layak dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada

kriteria lazim PIDM.