1
TEROKA Sempena Singapura menyambut ulang tahun ke-55 esok, Berita Harian mencadangkan beberapa kegiatan menarik bagi seisi keluarga Cara terbaik luang masa di hujung minggu panjang ini KOTA SINGA Sokong penjaja makanan Ia dijual dengan harga yang dimampui dan paling penting lagi, lazat. Mungkin, satu cara untuk menunjukkan cinta anda kepada negara, adalah dengan memberi sokongan kepada penjaja makanan kita. Anda boleh pilih daripada sajian tradisional seperti mi rebus dan nasi lemak kepada sajian kreatif baru seperti epok-epok inti cokelat. Jalan-jalan di Kolam Air MacRitchie Satu cara benar-benar menghargai sekitaran alam di Singapura adalah dengan mengikut ‘denai’ atau laluan khas yang disediakan di taman-taman dan hutan simpanan setempat. Kolam Air MacRitchie mempunyai lima trel berbilang jarak dengan setiap trel memberi peluang kepada anda melihat pelbagai haiwan liar seperti monyet, tupai dan biawak. Bersukan Hab Sukan Singapura akan meraikan ulang tahun ke-55 negara dengan mengadakan pesta yang disiarkan secara langsung di YouTube pada tengah hari pada 9 Ogos. Dari sofa Nikmati program ‘buatan-setempat’ menerusi Netflix, yang sempena Hari Kebangsaan, menyajikan siri dan filem yang dihasilkan oleh pengarah dari Singapura. Anda boleh menontong Ah Boys to Men yang dihasilkan oleh Jack Neo dan siri mengusik nostalgia seperti Growing Up. Raikan karya Zubir Said Sertai sekumpulan pemuzik yang berhimpun khas untuk meraikan ulang tahun ke-110 Zubir Said, penggubah lagu yan bertanggunjawab menulis dan menggubah lagu kebangsaan Majulah Singapura. Tidak ramai yang tahu, beliau juga menulis beberapa lagu popular lain seperti Semoga Bahagia, Sayang di Sayang dan Selamat Hari Raya. Teroka pulau Anda boleh meluangkan hujung minggu ini untuk menerokai pulau-pulau di Singapura, bermula dengan Pulau Ubin. Anda boleh mendapat berita terkini mengenai pulau itu di laman yang diterbitkan khas bagi tujuan ini, seperti di Wan’s Ubin Journal di Facebook. Selami seni Pesta LumiNation yang dianjurkan Arts House kembali dalam bentuk digital tahun ini, dan berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 Ogos. Bertema ‘penghijrahan’, peserta boleh mengikuti ceramah, persembahan dan kegiatan lain yang memberi tumpuan kepada sejarah dan naratif Singapura. Anda juga boleh ikuti 'tour' maya di Muzium Tamadun Asia yang menawarkan beberapa program menarik di dalam talian. Di Muzium Negara pula, anda boleh menikmati beberapa kegiatan yang dianjurkan bagi kededua pengunjung ke sana dan yang di rumah. Simfoni bersama Pada 15 Ogos pula, Orkestra Simfoni Singapura akan mendendangkan lagu-lagu suka ramai setempat . Konsert ini akan disiarkan secara langsung di laman SISTIC. Anda boleh membayar harga tiket antara $5 dengan $50 (tidak termasuk bayaran tempahan) Beli-belah dalam talian Perkara ini boleh menyebabkan anda ‘sakit saku’ tetapi beberapa tawaran jualan istimewa, seperti jualan Hari Kebangsaan Shopee (1-10 Ogos) - yang menampilkan lebih 100,000 peniaga setempat - akan diadakan bulan ini. “Tour durian” Kegiatan ini mungkin kurang sesuai bagi semua, tetapi pencinta durian mungkin boleh merancang kegiatan yang berpusat pada buah yang menjadi kegemaran ramai ini. Anda boleh memulakan perjalanan di sebuah gerai menjual durian di Balestier, misalnya, sebelum pergi kepusat jaja makanan yang menjual ais kacang durian. Akhiri kegiatan anda dengan melawat Esplanade (yang sering dibandingkan dengan bentuk durian). Nikmati pertunjukkan cahaya Beberapa monumen nasional dan bangunan bersejarah, seperti di Galeri Nasional, akan bermandi cahaya bertema Hari Kebangsaan sehingga 30 Ogos ini. Mungkin, bersiar-siar dengan keluarga pada waktu malam akan membolehkan anda menghargai sejarah sebalik Gereja Armenia, Muzium Tamadun Asia, Balai Bomba Pusat dan Muzium Negara. Berkelah & berbasikal seluruh pulau Satu kegiatan yang boleh dilakukan seisi keluarga adalah berkelah di taman-taman awam atau tempat lain di serata Singapura. Anda boleh memilih untuk ke Kebun Bunga, Bendungan Marina atau Pantai East Coast. Anda juga boleh berbasikal untuk pergi ke tempat berkelah itu. Saksikan bunga api Ruang udara di 10 tempat di Singapura akan bergemerlapan bermula 8.20 malam esok, apabila pertunjukkan bunga api bermula. Ia mungkin satu peluang untuk anda mengambil gambar menarik dari rumah anda. Perbarisan Hari Kebangsaan Saksikan saat bersejarah apabila Singapura menyambut ulang tahun ke-55 dengan cara yang berbeza akibat Covid-19. Tumpuan negara kali ini adalah untuk muncul lebih kuat daripada kemelesetan ekonomi dan cabaran kesihatan ini. Namun, bagi masa beberapa jam hari ini, alihkan tumpuan kepada semangat jitu dan daya tahan warga Singapura, yang akan diiktiraf melalui sambutan tahun ini. Raikan bersama Presiden Konsert Hari Kebangsaan di Taman di Persisiran boleh ditonton secara langsung dari 8 malam pada 10 Ogos di Channel 5. Presiden Halimah Yacob dan suaminya juga akan mengambil bahagian dalam konsert khas ini. Taufik Batisah juga akan membuat persembahan. DI LUAR FOTO: FAIL, ESPLANADE, AVEX INC, EPA, INTERVIEWEE, NDP2020 EXCO, MCI, NETFLIX GRAFIK BERITA HARIAN DI RUMAH

TEROKA KOTA SINGA · 2020. 8. 7. · Beberapa monumen nasional dan bangunan bersejarah, seperti di Galeri Nasional, akan bermandi cahaya bertema Hari Kebangsaan sehingga 30 Ogos ini

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • TEROKA

    Sempena Singapura menyambut ulang tahun ke-55 esok, Berita Harian mencadangkan beberapa kegiatan menarik bagi seisi keluarga

    Cara terbaik luang masa di hujung minggu panjang iniKOTA SINGA

    Sokong penjaja makananIa dijual dengan harga yang dimampui dan paling penting lagi, lazat. Mungkin, satu cara untuk menunjukkan cinta anda kepada negara, adalah dengan memberi sokongan kepada penjaja makanan kita. Anda boleh pilih daripada sajian tradisional seperti mi rebus dan nasi lemak kepada sajian kreatif baru seperti epok-epok inti cokelat.

    Jalan-jalan di Kolam Air MacRitchie Satu cara benar-benar menghargai sekitaran alam di Singapura adalah dengan mengikut ‘denai’ atau laluan khas yang disediakan di taman-taman

    dan hutan simpanan setempat. Kolam Air MacRitchie mempunyai

    lima trel berbilang jarak dengan setiap trel memberi peluang kepada

    anda melihat pelbagai haiwan liar seperti monyet, tupai dan biawak.

    BersukanHab Sukan Singapura akan meraikan ulang tahun ke-55 negara dengan mengadakan

    pesta yang disiarkan secara langsung di

    YouTube pada tengah hari pada 9 Ogos.

    Dari sofaNikmati program ‘buatan-setempat’ menerusi Netflix, yang sempena Hari

    Kebangsaan, menyajikan siri dan filem yang

    dihasilkan oleh pengarah dari Singapura. Anda boleh

    menontong Ah Boys to Men yang dihasilkan oleh Jack Neo dan siri mengusik nostalgia seperti Growing Up.

    Raikan karya Zubir SaidSertai sekumpulan pemuzik yang berhimpun khas untuk meraikan ulang

    tahun ke-110 Zubir Said, penggubah lagu yan

    bertanggunjawab menulis dan menggubah lagu kebangsaan

    Majulah Singapura. Tidak ramai yang tahu, beliau juga menulis beberapa lagu popular lain seperti Semoga Bahagia, Sayang di Sayang dan Selamat Hari Raya.

    Teroka pulauAnda boleh meluangkan hujung minggu ini untuk menerokai pulau-pulau di Singapura, bermula dengan Pulau Ubin. Anda boleh mendapat berita

    terkini mengenai pulau itu di laman yang diterbitkan

    khas bagi tujuan ini, seperti di Wan’s Ubin Journal di Facebook.

    Selami seniPesta LumiNation yang dianjurkan Arts

    House kembali dalam bentuk digital tahun ini, dan berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 Ogos. Bertema ‘penghijrahan’, peserta boleh mengikuti ceramah, persembahan dan kegiatan lain yang memberi tumpuan kepada sejarah dan naratif Singapura.

    Anda juga boleh ikuti 'tour' maya di Muzium Tamadun Asia yang menawarkan beberapa

    program menarik di dalam talian. Di Muzium Negara pula, anda boleh menikmati beberapa

    kegiatan yang dianjurkan bagi kededua pengunjung ke sana dan yang di rumah.

    Simfoni bersamaPada 15 Ogos pula, Orkestra Simfoni Singapura akan mendendangkan

    lagu-lagu suka ramai setempat . Konsert ini akan

    disiarkan secara langsung di laman SISTIC. Anda boleh

    membayar harga tiket antara $5 dengan $50 (tidak termasuk bayaran tempahan)

    Beli-belah dalam talianPerkara ini boleh menyebabkan anda ‘sakit saku’ tetapi

    beberapa tawaran jualan istimewa, seperti jualan

    Hari Kebangsaan Shopee (1-10 Ogos) - yang menampilkan

    lebih 100,000 peniaga setempat - akan diadakan bulan ini.

    “Tour durian”Kegiatan ini mungkin kurang sesuai bagi semua, tetapi pencinta durian mungkin boleh merancang kegiatan yang berpusat pada buah yang menjadi kegemaran ramai ini. Anda boleh memulakan perjalanan di sebuah gerai

    menjual durian di Balestier, misalnya, sebelum pergi kepusat jaja makanan yang

    menjual ais kacang durian. Akhiri kegiatan anda dengan melawat Esplanade (yang sering dibandingkan dengan bentuk durian).

    Nikmati pertunjukkan cahayaBeberapa monumen nasional dan bangunan bersejarah, seperti di Galeri Nasional, akan bermandi cahaya bertema Hari Kebangsaan sehingga 30 Ogos ini. Mungkin, bersiar-siar dengan keluarga pada waktu malam akan membolehkan anda menghargai sejarah sebalik Gereja Armenia, Muzium Tamadun Asia, Balai Bomba Pusat dan Muzium Negara.

    Berkelah & berbasikal seluruh pulau Satu kegiatan yang boleh dilakukan seisi keluarga adalah berkelah di taman-taman awam atau tempat lain di serata Singapura. Anda boleh memilih untuk ke Kebun Bunga, Bendungan Marina atau Pantai East Coast. Anda juga boleh berbasikal untuk pergi ke tempat berkelah itu.

    Saksikan bunga apiRuang udara di 10 tempat di Singapura akan bergemerlapan bermula 8.20 malam esok, apabila

    pertunjukkan bunga api bermula. Ia mungkin satu

    peluang untuk anda mengambil gambar menarik dari rumah anda.

    Perbarisan Hari KebangsaanSaksikan saat bersejarah apabila Singapura menyambut ulang tahun ke-55 dengan

    cara yang berbeza akibat Covid-19. Tumpuan negara kali

    ini adalah untuk muncul lebih kuat daripada kemelesetan ekonomi dan

    cabaran kesihatan ini. Namun, bagi masa beberapa jam hari ini, alihkan tumpuan kepada semangat jitu dan daya tahan warga Singapura, yang akan diiktiraf melalui sambutan tahun ini.

    Raikan bersama PresidenKonsert Hari Kebangsaan di Taman di Persisiran boleh ditonton secara

    langsung dari 8 malam pada 10 Ogos di Channel 5.

    Presiden Halimah Yacob dan suaminya juga akan mengambil

    bahagian dalam konsert khas ini. Taufik Batisah juga akan membuat persembahan.

    DI LUAR

    FOTO: FAIL, ESPLANADE, AVEX INC, EPA, INTERVIEWEE, NDP2020 EXCO, MCI, NETFLIX GRAFIK BERITA HARIAN

    DI RUMAH