Upload
vuque
View
237
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 Halaman Lima
Kemeriahan Piala Asia bermula lagi. Kali ini ianya berlangsung di negara kita
sebagai tuan rumah bersama dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam. Peminat sukan nombor satu tanah air pastinya mengharapkan pasukan kebangsaan akan memberikan persaingan dan membuahkan hasil yang membanggakan. Walau bagaimanapun, harapan itu tidak kesampaian apabila kita mempamerkan prestasi hambar dalam 2 perlawanan pertama menentang gergasi Asia, China dan Uzbekistan.
Penyertaan Malaysia pada pusingan akhir Piala Asia bermula apabila layak buat kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kemudian tahun 1980 di Kuwait.
Berdasarkan catatan sejarah, bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920an lagi. Ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh pegawaipegawai British yang bertugas di sini. Pada tahun 1921 kejohanan Piala Malaya mula dipertandingkan. Pada tahun 1933 Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) telah ditubuhkan. Sehingga tahun 1951 , FAM telah diterajui oleh presiden berbangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj merupakan presiden anak tempatan pertama. FAM bergabung dengan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun 1954 dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dua tahun kemudian.
Pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan pencapaian terbaik skuad kebangsaan di peringkat tertinggi ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980).
Menurut ahli sejarah kirakira 2000 tahun dahulu orang cina pernah bermain sejenis permainan yang berbentuk menyepak bola. Orang Rom purba pula dikatakan telah menggalakkan sejenis permainan menyepak bola sebagai sebahagian daripada latihan
ketenteraan. Permainan ini mungkin dibawa oleh orang Rom ke kepulauan British atau kemudiannya oleh orang Norman. Permainan bola sepak pernah mencatatkan sejarah rusuhan apabila dimainkan di London pada tahun 1175 di mana ia bertukar menjadi ganas apabila beratusratus belia mengejar sebiji bola di jalan raya dengan tidak mempedulikan orang lain dan harta benda. Ini membawa kepada pengharaman permainan bola sepak oleh Raja Edward II pada tahun 1314. Walau bagaimanapun, permainan ini tetap berkembang dan terus popular ke seluruh England sehingga kelabkelab bola sepak ditubuhkan pada tahun 1820an dan beberapa jenis permainan bola sepak dicipta. Pada tahun 1846, Cambridge University telah menggubal satu set permainan dan peraturan piawaian yang seragam dan dikenali sebagai The Simplest Game dengan hanya 10 peraturan dan ia disemak semula pada tahun 1862.
Permainan bola sepak moden telah mengalami banyak perubahan terutamanya rentak dan taktik permainan serta kemahiran individu pemain termasuk mengawal bola, membuat hantaran, mengelecek, merebut bola, menanduk dan menjaringkan gol. Paling penting dalam permainan ini ialah permainan berpasukan.
Satu ciri penting permainan berpasukan ialah larian tanpa bola di mana pemain yang tidak mendapat bola mencari posisi supaya mudah bagi rakan sepasukan membuat hantaran atau untuk menarik
pemain pertahanan lawan keluar dari posisi mereka. Pergerakan taktikal ini melibatkan pemain pertahanan, pemain tengah atau penyerang bergantung kepada masa permainan semula atau dalam keadaan bola mati seperti tendangan percuma, tendangan penjuru dan lontaran ke dalam. Penglibatan media masa dalam sukan bola sepak telah meningkatkan penonton dan tajaan pula mendatangkan wang yang banyak kepada pemain profesional. Pemain bola sepak pro
fesional boleh dipindahpindahkan dari satu kelab ke kelab yang lain dengan bayaran perpindahan melibatkan jutaan ringgit.
Sukan bola sepak kini menghadapi masalah samseng bola sepak. Mereka terdiri dari penyokongpenyokong pasukan bola sepak yang bergaduh, merosakkan harta benda dan membuat kacau bilau di dalam dan di luar stadium. Umpamanya pada tahun 1985, Stadium Heysel di Brussels digunakan untuk perlawanan akhir Piala Eropah
antara Liverpool dengan Juventus. Keganasan penyokong Liverpool menjadi tidak terkawal menyebabkan teres tempat duduk yang tidak kukuh runtuh lalu menyebabkan kematian 39 orang penonton. Ini menyebabkan FIFA memperkenalkan undangundang menggalakkan pengubahsuaian stadium agar menjadi stadium bertempat duduk penuh.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai permainan ini dalam Ensiklopedia Dunia hari ini juga.
BH PILIH L5 18 (emel)
TEROKAIENSIKLOPEDIA
DUNIASIRI LIMA BELAS
Bola Sepak
PERMAINAN bola sepak turut menjadi salah satu sukan yang mengeratkan persahabatan antara pasukan.
UKURAN standard padang bagi sukan bola sepak. ANTARA istilah-istilah yang digunakan dalam sukan bola sepak.