Upload
lau-patrick
View
53
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
hi
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
TUGASAN PROJEKGENERIK KEMAHIRAN SARJANA
GKB (1053)
Nama : PATRICK LAU YEO PENG
No. K/P : 970903-13-6193
Program : PPISMP
Ambilan/Unit : JUN 2015/ R8
No
Nama Pensyarah : EN. Abdul Rashid Abdul Rahman
Sinopsis Ringkas : Blog ini menceritakan tentang Isu Laman Blog dan Permasalahan, Peranan dan Fungsi serta Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak URL Blog : http://patrick690.blogspot.com/Pengakuan Pelajar
1
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penulis : PATRICK LAU YEO PENG
No Kad Pengenalan : 970903-13-6193
Tarikh : 28 OGOS 2015
2
Kandungan Muka SuratPenghargaan 4
Pendahuluan 5
Literasi Maklumat 5-6
The Big 6 6
3.1 Definisi Tugasan
3.1.1 Mengenal pasti Masalah 7
3.1.2 Mengenal pasti Keperluan Maklumat
3.2 Strategi Pencarian Maklumat 7
3.3 Lokasi dan Akses 8
3.4 Penggunaan Maklumat 8
3.5 Sintesis 9
3.6 Penilaian 9-10
Rumusan 10
Refleksi 11
Rujukan 12
Lampiran 13
Isi Kandungan
3
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Encik Abdul
Rashid Abdul Rahman atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan
semasa menyempurnakan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman
yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang
sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai
maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu
“Pendidikan Awal Kanak-Kanak”.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
kami iaitu, Encik Abdul Rashid Abdul Rahman kerana beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu
kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu,
kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini.
Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini denganjayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
4
1. Pengenalan
Pada zaman yang semakin globalisasi ini, seseorang tanpa ilmu, tidak pernah
menuntut ilmu akan dipandang serong oleh masyarakat. Perkembangan sesebuah
negara terpulang kepada remaja yang akan menjadi tiang negara. Hal ini telah
menunjukkan kepentingan pendidikan terhadap sesebuah negara yang sedang
membangun seperti Malaysia. Kementerian Pelajaran telah menganjuran kajian semula
sistem pendidikan Negara Malaysia berusaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan yang baru pada Oktober 2011.
Selain itu, kerajaan telah mengambil keputusan menganjurkan kajian
semula sistem pendidikan menurut standard pendidikan antarabangsa yang semakin
meningkat, peningkatan aspirasi Negara serta harapan ibu bapa dan masyarakat
terhadap dasar pendidikan Negara dalam menyiakan generasi muda bagi menghadapi
keperluan abad ke-21.
Kementerian telah meletak input daripada pelbagai sumber seperti laporan
penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD
serta enam Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam tempoh sebelas bulan pelaksanaan
kajian. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah guru, ibu bapa dan
murid di seluruh Negara. Seterusnya, Pelan Pembangunan Pendidikan telah ditubuhkan
untuk menilai prestasi semasa sistem pendidkan Malaysia dengan mengambil kira
secara objektif pencapaian lampau dan membandingkan dengan tanda aras
antarabangsa. Pelan ini juga merupakan visi sistem pendidikan dan murid yang boleh
memenuhi keperluan Negara pada masa depan. Usaha yang telah dibuat akan
dianjurkan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami
dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya.
2. Kemahiran Literasi Maklumat
American Library Association (ALA) telah memperkenalkan konsep literasi
maklumat pada pertengahan pada tahun 1980. Literasi Maklumat dibentuk oleh ALA
dan dianggotai enam puluh organisasi bagi menggembangkan maksud literasi maklumat
serta celik maklumat dan definisi literasi maklumat diterima serta diguna pakai oleh
umum hingga sekarang yang dikeluarkan oleh ALA. Selain itu, literasi bermakna
keupayaan untuk membaca serta mendapatkan makna daripada perkataan. Tambahan
pula, literasi maklumat juga bermakna mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk
5
menggunakan sesuatu dan merupakan hasil daripada proses, kumpul dan analisis data
yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Keseluruhannya,
maklumat adalah konteks apabila data digunakan serta sesuatu penerangan yang
didapati daripada pelbagai sumber. Misalnya, bentuk data, pengetahuan atau
kebijaksanaan. Akhir sekali, literasi maklumat boleh digambarkan sebagai keupayaan
mendapat maksud daripada maklumat.
3. The Big 6
Model enam Kemahiran Besar adalah pendekatan sistematik kepada
penyelesaian masalah untuk mendapat sumber maklumat. Selain itu, model enam
Kemahiran Besar memounyai enam skop, iaitu definisi tugasan, strategi pencarian
maklumat, pengenal pasti lokasi dan akses maklumat, penggunaan maklumat yang
dikenal pasti, penyusunan serta persembahan maklumat, dan penilaian produk dan
proses. Oleh itu, model enam Kemahiran Besar digunakan sebagai sarana
pembelajaran sepanjang hayat. Model ini juga dipakaikan bagi menyelesai kesenjangan
digital dan mengatasi kelimpahan informasi yang juga boleh disebut juga sebagai data
smog.
Rajah 1 Langkah-langkah penyelesaian dengan model The Big 6
6
THE BIG 6Penyusunan dan Persembahan
Maklumat
Penalian Produk(BLOG)
Dan Proses Yang Dilalui
Mengenalpastikan Lokasi Dan AKses
Maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
Definisi Tugasan
Penggunaan Maklumat Yang Dikenalpasti
3.1 Definisi Tugasan
Sebenarnya, pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat
awal usia kanak-kanak dan merupakan perkara penting untuk membentuk corak
pembelajaran masa hadapan yang lebih baik serta seimbang. Pada peringkat ini, kanak-
kanak mula masuk dari alam keluarga ke dunia sosial. Mereka juga telah memantapkan
diri mereka dengan mudah dan Berjaya dalam rakan sebaya mereka. Tambahan pula,
mereka juga akan menghadapi pelbagai cabaran yang mana kebanyakan kanak-kanak
tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.
Selain itu, pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Di samping itu,
pendidikan awal kanak-kanak juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak sebelum masuk ke tahun satu. Keunikan prasekolah yang
dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan berusaha
meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual untuk menyediakan asas yang
kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
3.2 Strategi Pencarian Maklumat
Sumber yang boleh digunakan untuk menyiapkan tugasan adalah dari
internet dan buku. Sebelum mendidik di pendidikan awal kanak-kanak, kita harus
memahami defnisi pendidikan awal kanak-kanak ini dahulu. Oleh itu, konsep, definisi
serta isu-isu pendidikan awal kanak-kanak telah dimasukkan ke dalam blog. Demi
mendapat sumber tersebut, maklumat-maklumat yang dapat digunakan dalam projek ini
telah dicari. Untuk menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai maklumat-maklumat yang
boleh diguna pakai, seperti laman web, buku-buku, majalah-majalah, surat khabar, dan
sebagainya. Oleh itu, buku merupakan sumber yang terbaik untuk mencari maklumat.
Hal ini kerana kita dapat memperoleh maklumat yang tidak terpapar pada laman web
dan terdapat banyak maklumat yang telah diringkaskan dalam sumber internet.
Maklumat ini mudah difahami dan memudahkan pembaca untuk memahami blog.
Tambahan pula, isi dalam buku telah dibahagikan kepada topik-topik kecil dan semua
topic telah disenaraikan dalam isi kandungan buku dan maklumat boleh didapati dalam
masa yang mudah dengan merujuk kepada isi kandungan buku.
7
3.3 Mengenal Pasti Lokasi Dan Akses Maklumat
Sumber-sumber yang diperlukan untuk membuat kerja kursus telah dipinjam
dari perpustakaan dan pustakawan yang berkerja juga telah memberi banyak bantuan
dalam pencarian buku di dalam perpustakaan. Seterusnya, pencarian sumber melalui
computer yang disediakan di perpustakaan telah mempermudahkan proses pencarian
buku melalui kod buku serta susunan huruf tajuk buku.
Apabila mendapat sumber yang diperlukan, teknik skimming dan scanning
telah diguna pakai untuk memendekkan masa pencarian maklumat. Tambahan pula,
skimming dibuat untuk mengetahui isi umum dan mencapai gagasan utama dari teks.
Selepas itu, scanning dibuat untuk mendapat informasi serta maklumat yang diperlukan
dari teks dengan lebih mudah. Di samping itu, teknik skimming serta scanning juga
digunakan semasa mencari maklumat di laman web untuk dibaca dengan pantas untk
memilih maklumat yang diperlukan.
3.4 Penggunaan Maklumat Yang Dikenal Pasti
Tugasan dipilih untuk penggunaan perlu mempunyai maklumat yang berguna
serta bersesuaian. Maklumat yang dipilih menerangkan konsep pendidikan awal kanak-
kanak serta isu-isu prasekolah dengan langkah yang mudah difahami. Namun,
maklumat tersebut tidak cukup menyiapkan tugasan kerana penerangan dan bukti
maklumat tidak cukup jelas.
Apabila mengemaskan maklumat yang dikumpul, idea tambahan telah
dicetuskan dalam pengubahsuaian jawapan supaya lebih jelas dan mudah dimahami.
Maklumat dari sumber-sumber ini telah memberikan satu kunci yang lain, iaitu “Maksud
Prasekolah” kerana didapati bahawa konsep juga boleh dikenali sebagai maksud.
Selepas mendapat maklumat dengan menggunakan kata kunci “Maksud
Prasekolah”, maklumat yang dicari telah dikeluarkan melalui pelbagai langkah. Buku-
buku yang dipinjam dari perpustakaan dan halaman buku yang menpunyai maklumat
yang diperlukan dan dibuat salinan di koperasi.
8
3.5 Penyusunan dan Persembahan Maklumat
3.5.1 Penyusunan Maklumat
Maklumat yang dikumpul telah disusun dan dibahagikan kepada tiga topic
besar iaitu konsep pendidikan awal kanak-kanak, peranan dan fungsi pendidikan awal
kanak-kanak dan isu-isu pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di blog.
3.5.2 Persembahan Maklumat
Tiga topic besar yang telah dibahagikan melalui tiga post dalam blog. Ketiga-
tiga post disusun secara sejajar di tengah-tengah blog supaya Nampak lebih kemas. Isu
dan permasalahan pendidikan awal kanak-kanak sebelum memperkenalkan peranan
dan fungsi pendidikan awal kanak-kanak diikuti dengan konsep pendidikan awal kanak-
kanak dengan lebih jelas dan meyeluruh.
Selain itu, kandungan dalam post dipamerkan dan dibahagikan mengikut
tajuk kecil supaya pelawat mudah membaca blog dan tajuk-tajuk serta isi pening dalam
blog dapat dibezakan dengan menggunakan saiz huruf yang lebih besar supaya
kandungan blog lebih senang difahami , kemas dan bersistematik.
Seterusnya, gambar-gambar serta video juga dimasukkan ke dalam blog
untuk member penerangan secara lanjut untuk memudahkan maklumat lebih mudah
disampaikan dengan lebih jelas dan berkesan. Tambahan pula, pautan ke laman lain
juga dimasukkan dalam blog untuk memperkukuh pemahaman pelawat terhadap
kandungan blog.
3.6 Penilaian Produk
Pensyarah akan menilai tugasan megikut kriteria permakahan. Untuk
menyiapkan tugasan, seluruh soalan tugasan disemak semula dan seluruh bahagian
tugasan yang dipasti telah diselesaikan mengikut format yang betul. Selain itu, bahasa
dan ejaan dalam blog juga telah disemak beberapa kali agar tiada penggunaan bahasa
yang salah atau kesilapan menaip. Tambahan pula, kekemasan blog juga diambil berat
kerana dapat menarik minat pelawat serta susunan post dan gambar juga telah diubah
suai beberapa kali agar memperoleh hasil yang paling baik. Kandungan dalam blog juga
dibahagikan kepada tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan pembacaan pelawat.
9
Seterusnya, tugasan untuk penghasilan blog telah disiapkan mengikut format
dan susunan yang betul serta muka depan laporan juga disiapkan dengan maklumat
penting seperti nama pelajar, nama guru, nombor kad pengenalan, URL blog dan
synopsis ringkas laman blog. Rujukan tugasan juga telah dibuat mengikut format APA.
Di samping itu, adalah sangat bersyukur kerana tugasan ini boleh disiapkan
dengan sempurna sebelum tarikh akhir penyerahan tugasan. Ucapan terima kasih juga
ingin disampaikan kepada Encik Abdul Rashid Abdul Rahman kerana banyak
memberikan bimbingan dalam penghasilan tugasan.
Rumusan
Model Enam Kemahiran Besar sangat sesuai untuk diguna pakai dalam
proses pembelajaran dan penyelesaian tugas kerana model ini dapat mebantu individu
untuk menangani masalah secara efektif dan bersistematik. Oleh itu, Model Enam
Kemahiran Besar harus dikuasai oleh setiap pelajar untuk menjayakan proses
pembelajaran.
Selain itu, guru memainkan peranan yang penting kerana merupakan
juruteknik pembangunan untuk mengajar kanak-kanak di bangku sekolah agar dapat
meguasai kemahiran model enam kemahiran besar dan jangan bagai ketam mengajar
anaknya berjalan lurus tetapi sendiri berjalan bengkok. Adalah dipercayai bahawa
pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dapat dilahirkan dengan
penerapan kemahiran model enam kemahiran besar dalam proses pembelajaran
pelajar.
Seterusnya, Kementerian Pelajaran mempunyai hasrat untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi dan berkeperibadian tinggi yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi akan dapat dicapai secepat mungkin bagi
memenuhi permintaan baharu serta harapan tinggi masyarakat serta menghadapi
cabaran pembangunan negara.
10
Refleksi
Melalui tugasan ini, saya dapat memperoleh banyak pengalaman sepanjang
melakukan tugasan ini. Subjek ini telah memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi
seorang yang lebih berdikari serta lebih prihatin. Selain itu, saya juga telah memahami
bukan setakat mendengar kuliah di dalam bilik sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan
tetapi melalui blog juga merupakan cara yang berkesan. Saya juga akur bahawa bukan
senang bagi membuatkan semua individu minat kepada ilmu pengetahuan yang
disampaikan dan cuba sedaya upaya bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian
maklumat.
Sepanjang 4 minggu melakukan tugasan ini terdapat beberapa masalah yang
saya hadapi. Masalah yang pertama adalah kebanyakan Enam Model Kemahiran Besar
terdapat dalam bahasa inggeris menyebabkan sukar untuk mencari maklumat
Kemahiran Belajar The Big 6. Tambahan pula, sesetengah maklumat yang terdapat
dalam bahasa Melayu tidak sesuai dengan definisi Kemahiran Belajar The Big 6 dan
saya terpaksa menterjemah rujukan tersebut kepada bahasa Melayu dan memakan
banyak masa.
Seterusnya, saya juga menghadapi masalah tentang pemahaman Kemahiran
Belajar The Big 6 pada mulanya kerana saya tidak pernah membuat tugasan berikut.
Oleh itu, saya pergi ke perpustakaan untuk mencari sumber di sana serta menanya
pensyarah dan abang-abang senior untuk membantu dalam tugasan ini. Hal ini
merupakan cabaran yang agak sukar bagi saya.
Di samping itu, melalui tugasan ini saya juga telah dapat mengakplikasikan
nilai-nilai murni dalam hidup. Contohnya, nilai kerajinan, tanggungjawab, keadilan,
kepercayaan kepada Tuhan dan kesantunan. Nilai-nilai inilah yang membantu saya
untuk menjadi seorang bakal guru yang berakhlak mulia. Oleh itu, tugasan ini telah
membantu saya menjadi seorang anak muda yang berwawasan.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya kerana beliau sentiasa mendorong saya kearah yang baik serta menjadi
suri teladan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini serta berasa bertuah kerana
dapat belajar subjek ini dengan pensyarah kami untuk melahirkan anak watan Malaysia.
11
Rujukan
Blog Rasmi Pusat Kegiatan Guru Sungai Bakap. (September 2012). Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dirujuk pada 13/Ogos/2015,
http://pkgsgbakap.blogspot.com/p/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia.html
Cikgu Subki Ihsan. (Mei 2012). Definisi Literasi Maklumat. Dirujuk pada 13/Ogos/2015,
https://psssmkamar.wordpress.com/definisi-literasi-maklumat/
Wen Wink. (29, December, 2011). Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendidikan awal
kanak-kanak di Peringkat Tadika Atau pra sekolah. Dirujuk pada 14/Ogos/2015,
http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/kajian-kajian-lepas-
berkaitan.html
Sharidah_ ipgmkbm. (11, April, 2010). Peranan Dan Fungsi Pendidikan Prasekolah.
Dirujuk pada 14/Ogos/2015, http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/2010/04/peranan-
dan-fungsi-pendidikan.html
Azizi Jaafar. (6, December 2011). Konsep Awal Kanak-Kanak. Dirujuk pada
15/Ogos/2015, http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/konsep-awal-kanak-
kanak.html
Norizan, A. (2006). Isu-isu pendidikan, bahasa, sastera, dan psikologi di Malaysia (Cet.
1. ed.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr, Nor Hashimah, H. (2003). Panduan pendidikan prasekolah. Bentong, Pahang: PTS
Publications & Distributors.
12
Lampiran
13