12
SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG, KM 14, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK KERTAS KERJA Explorace Maths The X-Maths A Journey Through Maths Legacy TARIKH 15 OKTOBER 2015 HARI KHAMIS MASA 7.00 PAGI – 11.00 PAGI TEMPAT

The X-Maths Explorace SK MATANG

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Learn Mathematics through games

Citation preview

Page 1: The X-Maths Explorace SK MATANG

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG,KM 14, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA

Explorace MathsThe X-Maths

A Journey Through Maths Legacy

TARIKH15 OKTOBER 2015

HARIKHAMIS

MASA7.00 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPATSEKITAR SK MATANG

ANJURAN OLEHGURU PELATIH INTERNSHIP IPK KDA

KERJASAMA PANITIA MATEMATIK SK MATANG

Page 2: The X-Maths Explorace SK MATANG

1.0 TAJUKExplorace maths : The X-Maths - A Journey Through Maths Legacy.

2.0 PENGENALANProjek yang dianjurkan iaitu “The X-Maths” berkonsepkan “The Fun of

Mathematics” merupakan program yang dirancang khas oleh Guru Pelatih IPG KDA

yang sedang berinternship di SK Matang, Kuching, Sarawak bagi memberikan

pengalaman kepada murid-murid SK Matang dalam usaha menjadikan subjek

Matematik itu sebuah mata pelajaran yang menyeronokkan untuk diterokai dan

dipelajari. Persembahan dalam pelbagai pendekatan dan bentuk permaianan, kuiz dan

pengembaraan matematik mampu untuk merangsang minda murid untuk berfikir lebih

jauh ke hadapan menggunakan pemikiran yang lebih kreatif.

Murid perlu sedar bahawa, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bukan hanya

semata-mata berada di kelas sahaja. Namun, mereka perlu tahu bahawa PdP yang

memberi makna kepada mereka adalah apabila berada diluar kelas khususnya dalam

kehidupan seharian mereka. Tambahan itu, dengan aktiviti rekreasi matematik yang

dilaksanakan dalam Explorace Maths ini mampu meningkatkan minat murid terhadap

subjek matematik.

3.0 RASIONALProgram ini dilaksanakan atas dasar murid-murid tahap dua akan menjalani ujian

akhir tahun tidak lama lagi. Oleh itu, tercetus program ini untuk dilaksanakan sebagai

salah satu ulangkaji untuk murid-murid terhadap topik yang telah dipelajari. Murid-murid

secara tidak langsung akan mengingat topik-topik yang telah dipelajari apabila

Explorace Maths ini dilaksanakan.

Selain itu, program ini dilaksanakan dengan harapan dapat menanamkan nilai-

nilai murni dalam diri murid. Semangat kerjasama dalam berpasukan amat

dititikberatkan dalam Explorace Maths ini. Tambahan itu lagi, murid-murid perlu patuh

pada arahan dan berdisiplin sepanjang program ini dijalankan. Oleh itu, nilai-nilai murni

dapat diterap secara tidak langsung walaupun kelas secara formal tidak dilaksanakan.

Page 3: The X-Maths Explorace SK MATANG

4.0 OBJEKTIF4.1 Mendedahkan kepada murid subjek matematik sangat mudah untuk

diaplikasi dalam kehidupan harian.

4.2 Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama.

4.3 Menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik.

4.4 Memberi keseronokan dan melatih pelajar menghargai ilmu matematik

dalam aktiviti Explorace.

4.5 Menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam setiap

aktiviti Explorace.

5.0 PENGANJURGuru Pelatih Internship IPK Kampus Darulaman Kerjasama Panitia Matematik

SK Matang

6.0 BUTIR PROGRAMTarikh : 15 Oktober 2015

***Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Hari : Khamis

Masa : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Sekitar Sekolah Kebangsaan Matang

7.0 SASARANMurid-murid Tahun 4

Tahun 4 Aspirasi (4A)

Tahun 4 Bestari (4B)

Tahun 4 Cemerlang (4C)

***Rujuk senarai nama murid pada Lampiran A, Lampiran B, Lampiran C

Page 4: The X-Maths Explorace SK MATANG

8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 15 Oktober 2015

***Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Hari : Khamis

Masa : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi

9 OKTOBER 2015 (JUMAAT)

MASA PERKARA

7.00 Pagi Ketibaan murid di tapak perhimpunan sekolah

Taklimat oleh Guru Internship Pembahagian Kumpulan Keselamatan Syarat dan Peraturan Perjalanan Explorace Penentuan Pemenang

7.30 Pagi Explorace Bermula

10.00 pagi Explorace Tamat Waktu rehat murid tahap dua

10.30 Pagi Pengumuman pemenang Penyampaian hadiah Sesi fotografi Bersurai

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA EXPLORACE MATHS : The X-Maths

Page 5: The X-Maths Explorace SK MATANG

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHATEncik Suhaimi Bin Hj Heep

GURU BESAR

PENGERUSI Puan Dayang Mengsupia Binti Abg Othman

GPK 1

NAIB PENGERUSI Puan Nurshafika Binti Abdullah

GPK HEM

Encik Sabirin Bin ReduanGPK KOKU

MENTORPuan Ngo Lee Cheng

KETUA PANITIA MATEMATIK

JAWATANKUASA PENGELOLA

PENYELARASAlvin Balan Sem

SETIAUSAHAZawawi Bin Gendot

BENDAHARIPuan Nor Masayu Binti Abd Raman

AHLI JAWATANKUASA KERJA :AHLI JAWATANKUASA DISKRIPSI TUGAS

AJK AKTIVITIEncik Alvin Balan Sem

Merancang aktiviti yang sesuai pada

Page 6: The X-Maths Explorace SK MATANG

Encik Zawawi Bin Gendot setiap stesen Explorace

AJK DOKUMENTASI

Cik Vionnie Anak Kama

Mengambil gambar sepanjang perjalanan

program Explorace

AJK KEBERSIHANEncik Wan Nasir Bin Wan Anuar

Memastikan tempat Explorace bersih

daripada segala sampah sebelum dan

selepas program

AJK PERSIAPAN TEMPAT Ustaz Mohd Khairul Anwar

Menyediakan tempat program selamat

digunakan

Mengemaskini tempat sebelum dan

selepas program

AJK PERALATANCik Christine Yong Su Fong

Membekalkan peralatan untuk aktiviti

setiap stesen sepanjang Explorace

dijalankan.

AJK HADIAH DAN CENDERAHATICik Lydia Dolores Sayak Anak Gangga

Menyediakan hadiah kepada setiap

kumpulan

AJK KESELAMATANEncik Ojek Bin Hj Sidi

Memastikan keselamatan pelajar

Memastikan disiplin pelajar terkawal

sepanjang Explorace dijalankan

AJK JURI Semua Guru Internship dan beberapa

warga Sekolah

Guru yang mengajar semasa Explorace dijalankan pada hari tersebut

Tahun 4 sahaja

Menyemak jawapan yang diperoleh pada

setiap stesen

Memberikan petunjuk berikutnya untuk

maju ke stesen yang ke seterusnya

sehingga tamat Explorace

Page 7: The X-Maths Explorace SK MATANG

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

NO PENDAPATAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

1. Hamper 8 buah RM10.00 RM80.00

2. Kertas laminate (A3) 1 Kotak RM20.00 RM20.00

3. Kertas warna (Pelbagai Warna) 1 rim RM10.00 RM10.00

4. Pita pelekat (Pelbagai jenis) 5 Gulung RM2.00 RM10.00

5. Kertas A4 1 rim RM10.00 RM10.00

6. Marker (Pelbagai Warna) Sekotak RM10.00 RM10.00

7. Tali rafia 2 Gulung RM2.50 RM5.00

8. Papan tulis 8 keping RM5.00 RM40.00

9. Kertas manila 5 helai RM1.00 RM5.00

10. Sampul surat 70 keping RM7.00 RM10.00

11. Fail 10 keping RM1.00 RM10.00

Jumlah RM 200.00

Page 8: The X-Maths Explorace SK MATANG

11.0 PELAN EXPLORACE MATHS

Page 9: The X-Maths Explorace SK MATANG

12.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, jawatankuasa pelaksana berharap semoga projek yang

akan dijalankan ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat yang

disasarkan mengikut perancangan. Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah

bahagi daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga

program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hasil daripada program ini

diharapkan dapat melahirkan murid yang berilmu dan mengaplikasikan segala ilmu

yang telah dipelajari. Kita sebenarnya hanya merancang tetapi Allah jualah yang

menjadikannya kenyataan.

Disediakan oleh,

………………………………………

(ZAWAWI BIN GENDOT)SETIAUSAHA,

Guru Pelatih Internship,

Institut Pendidikan Guru Kampus

Darulaman.

Disemak oleh,

…………………………………………

(NGO LEE CHENG)MENTOR,

Ketua Panitia Matematik,

Sekolah Kebangsaan Matang.

Disahkan oleh,

………………………………………

(SUHAIMI BIN HJ HEEP)GURU BESAR,

Sekolah Kebangsaan Matang.