24
TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN Zuraidah Bin ti A li Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian QC (Seni Halus) Z96 2008 ,008 425

TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

Zuraidah Binti Ali

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian QC (Seni Halus)

Z96 2008 ,008

425

Page 2: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

TlNDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUlKARYACATAN

ZURAlDAH BINTI ALl

Projek jni merupakan salah satu kepe rl uan ullluk lj azah Saljana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sen i Ha lus)

Fakulti Seni Gunaan dan KJ"eatif UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWAK

2008

Page 3: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAY A TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

SESI PENGAJIAN : 2005/2008

Saya ZURAIDAH BINTI ALI

Mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universili Malaysia Sarawak dengan sya rat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universili Malaysia Sarawak

2. Pusat KJ1idmal Maklumat Akademik, Unive rsiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengaj ian sahaja

3. Pusal Khidmat Maklumat Akademik, Univers ili Malays ia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusal Khidmat Maklumat Akademik, Uni versiti Ma laysia Sarawak dibenarkan

membuat sa linan tesis! laporan ini sebaga i bahan pertukaran antara institu si

pengaj ian tinggi

S. ' s ila tandakan

SULIT (mengandungi maklumal yang berdarjah Keselamatan aUlu kepenlingan seperti tenmaktub di Dalam AKTA RAHSIA 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisas i/badan di mana penyelidikan dijalankan) ,/ TJDAK TERHAD

Disahka n

I

Ta ndalangan Penulis Ta nd angan Pehyel ia Tarikh: ~ 1<\," .coS Tarikh : \" Mt;J ')...0011'

Alamat Telap : LOI 140 Balu 16, Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Se langor Daru l Ehsan.

Catatan : *TeslsiLaporan dll1laksudk811 5~baga l teSIS bagl Ipzah DoklOr h1b ll lah, SarJand dall SarJ<Hl<l M uua *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAO, sila lampir~an surut daripada pihak berkuasal Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan lempoh lesisl laporan ini pt::rlu dike!askan Sebagai SULJT atau TERHAD

11

Page 4: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

- --------------------

Projek bertajuk 'Tindakbalas Pemantulan Cahaya Terhadap Bahan Lutsin ar

Melalui Karya Catao ' telah disediakan oleh Zuraid ah Binti Ali dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gllnaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Mllda Seni Gunaan dengan Keplljian (Seni Halus).

Diterima untuk diperiksa oleh:

1 (En. An uar bin Ayob)

Tarikh :

llJ

-~ ~

Page 5: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

PENGHARGAAN

Bismillahi rralunanirrahim ....

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W. t kerana dengan izin dan limpah

kumianya dapatlah kajian ini disiapkan seperti mana yang dikehendaki . Sesungguhnya

peluang menimba ilmu dan penga laman yang sangat berharga serta bemilai khasnya di

Jabatan Seni Visusl dan Teknologi , Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Segala ilmu dan

tunjuk ajar yang telah diberikall , akan digunakan dengan sebaik mungkin demi

keluarga , agama, bangs a dan negara. Oi kesempatan ini , saya ingin merakamkan

setinggi penghargaan yang tak terhingga kepada pensyarah selaku penyelia saya iaitu

En. Anuar Ayob yang sabar melayani karenah saya yang bertukar tajuk , idea dan

kritikan membina projek tahun akhir, walaupun terdapat perba zaan pendapat tentang

kebolehan saya sebagai seorang pelukis pada awalnya. Kepada pensyarah En.

Sylvester Wielding Jussem terima kasih atas i1mu dan leguran yang membina

diberikan terhadap hasil karya yang saya hasilkan. Tidak dilupakan pensyarah selaku

mentor yang berkesempatan bersama selama dua tahun memberikan ilmu terutamanya

seni eatan, tunjuk ajar serta nasihat dan dorongan kepada saya iaitu En. Yakup Mohd

Rafee terima kasih banyak " ... memang berbakat besar jadi peluki s terkenal lll ".

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat para pensyarah .Tabatan Seni Visual dan

Teknologi, Tuan Haji Zulkalnain Zainal Abidin selaku ketua, En. Wan Jamm'ul Imran

Wan Abd ullah Thani , En. Awangko Hamdan Awang Arshad dan En. Hishamudi n

se laku tutor. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas budi dan jasa kallan selama say a

belajar di Unimas.

Bua! insan tersayang iaitu ayahanda Ali bin Selamat, bonda Azizah binti

lilias, adik-adikku yang tersayang... .No rhaisah bin!i Ali , Muhammad Shahrul Nizam

IV

--- -- . ---- --------- --­

Page 6: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

- -- - ---------- - ----

bin Ali, Muhamad Salim bin Ali dam Muhammad Syafie bin Ali. Galeri Petronas

yang telah memberikan say a i1mu yang pengalaman bekerja yang sangat beharga

" ... ha lalkan makan minum dan segala ilmu yang diberikan pada saya sepanjang

latihan praktikal dulu, terima kasih banyak ...." . Terima kasih kerana begitu

memahami, sentiasa memberi dorongan serta semangat sepanj ang pengaj ian saya di

sini, kalian sentiasa dihati dan kejayaan ini adaJah kejayaan kita bersama. Peluang ini

juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang rapat

dengan saya yang turut membantu projek tahun akhir saya semasa menegangkan

kanvas pada bingkai, mem beri nasihat dan semangat.

Buat rakan-rakan sekeJas tiada apa yang dapat saya nyatakan cuma,

" .... terima kasih banyak, gembira berkawan dengan anda semua yang peJbagai watak ,

karenah dan sebagainya. Sesungguhnya ika tan di anlara kita bukan sekadar teman

sekeJas seJama tiga tahun sahaja malah ia akan berpanjangan selama-amanya" .

.langan lupa memori, nostalgia kita bersama. Kepada rakan-rakan yang memberi

dorongan sepanjang saya meyiapkan projek tahun akhir ini , terima kasih yang tidak

terhingga dan buat staf-staf Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif terutama para jurllteknik

yang turut bekerja keras memberi kerjasama sepanjang projek tahun akhir ini secara

langsung dan tidak Jangsung di UNIMAS, terima kaih banyak-banyak atas jasa baik

yang te lah diberikan dan semga kita sentiasa dirahmatiNya .

Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga di at as segal a

ilmu yang teJah diberikan kepada saya oJeh para pensyarah dan rakan-rakan di

PoJiteknik .lohor Bahrll, khususnya di .labatan Rekabentuk semasa saya membuat

v

Page 7: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

diploma rekabentuk grafik dahulu dan guru-guru Seko lah Menengah Keangsaan 8ukit

Gad ing, Sungai 8uloh, Selango r. Jasa baik yang d ibe rikan tidak akan d ilupakan.

Sekian, Wassalam.

VI

~-- ­

Page 8: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

---

PuSlt Kliidlll'" MlIkJumat Alo:adrmll. UM'r'ERSm MALAYSIA SAItA",Ak

KANDUNGAN

lSI KANDUNGAN MUKASURAT

Borang Pengesahan Status Laporan 1\

Pengesahan III

Jadual Kandungan VU

Penghargaan IV

Abstrak x

LATARBELAKANG PENYELlDlKAN

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Pantulan Pada Ge las 8

1.2 Objektif Kajian 9

1.3 Hipotesis Kajian 10

lA Fokus Kajian

lA.l Kepada Pengkaji 11

1.4.2 Kepada Masyarakat 12

IS Skop Kajian 13

1.6 ?enyataan Masalah 13

1.7 Kaj ian Lepas 14

1.8 Metodologi Penyelidikan

1.8. ) Pendahuluan 14

1.8 .2 Peringkat Kaj ian 15

1.9 Kepentingan Kajian 16

Vll

-

Page 9: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

ANALISIS KAJIAN

2.0 Pengenalan

2. 1 Catan lmajan Kaku Kaji an Tindakbalas Pe mantulan Cahaya

Terhadap Gelas Lutsinar dan Aliran Foto Realisme

2.2 Pe mahaman Pengkaji Terhadap Cat an lmajan Kaku

Foto Realisme di Malays ia

KARYA PERlBADI

3.0 Pengenalan

3. 1 Perbincangan Karya Peribadi

3.2 Ulasan Karya

3.3 Teknik dan Proses Kelja

]A Warna

3.5 Hasil Karya Akhir

3.6 Olahan Gaya Persembahan Karya

KESIMPULAN

BIBILIOGRAFI

LAMPlRAN

Karya 1

Karya 2

Karya 3

Karya 4

Karya 5

Karya 6

17

17

19

21

22

24

25

28

28

32

34

35

37

37

38

38

39

39

Vlll

Page 10: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

Karya 7 40

Karya 8 40

Karya 9 41

Karya 10 41

Karya 11 42

IX

Page 11: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

ABSTRAK

Dalam menghasilkan seni catan foto realisme seharusnya memberikan kesan tampak

memberangsangkan terhadap 'subject matter' yang dipilih. Kreativiti, kehalusan se rota

penguasaan teknik menggunakan media adalah sang at penting dalam penghasil an

karya. Oleh itu, karya catan foto realisme yang berbeza dari pelbagai sudllt dan

perspektif akan menunjukkan persepsi berlainan dari penonton. Ia juga mengajak

alldien untuk menghayati nilai seni yang sangat tinggi dan eksilisif dari slldut

pencahayaan serta tekstur dari subjek yang digunakan. Perubahan ini dapat dikesan

pad a masa pelukis menglltamakan kesan illisi tiga dimensi menerusi karya yang

beliajuk ' Reflection'.

x

Page 12: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

LA T ARBELAKANG PENYELIDlKAN

1.0 Pengenalan

.. Crearing arrs of many different forms and mediums, each is unique as

according ro irs sensibiliries. In rhe visual arrs, rhe rerms 'realism' refers ro a sryle of

depicrion which is close ro reaUry. Objecrive reality is crirically reproduced, and in

rhe process rhe chieffeatures ofrhe reality so depicted-prpporrions, three dimensional

aspecrs, colour distance, lighr-are rerained. Thus the represenrarion ofrealiry is linked

to irs inrerpretation ". (Abdul Latif Maulan, 'Art Case Gallery-Malaysian Artists'.

Laman web diakses pad a 23 September 2007).

Catan pantulan (reflection) sarna dengan imajan kaku (still life) foto realisme

iaitu menghasilkan seni lukis hampir setepat rakaman foto memerlukan dedikasi dan

ketelitian bagi melahirkan karya yang bermutu dan menarik terutama karya pantulan

pada objek gelas. Karya-karya aliran imajan kaku realisme juga menuntut ketepatan

dan kesabaran hampir sempurna jika senimannya ingin melihat hasil yang bellliutu

tinggi. Menatap karya-karya Abdul Latif Maulan memberikan kesan tampak yang

memberangsangkan, terutama untuk memberi tanggapan apakah karya yang

terbentang merupakan sebuah hasillukisan atau suatu rakaman foto yang dicetak pada

kanvas. Malah usikan bahawa lukisan beliau merupakan hasil daripada cetakan foto

sentiasa dinafikan dengan menyatakan ianya adalah hasil kreativiti, kehalusan serta

penguasaan teknik menggunakan cat minyak dan berus pada kanvas.

Imajan kaku sememangnya karya-karya yang berkonsepkan foto realisme dan

realisme ianya sama dengan karya yang dihasilkan oleh pengkaji, Cuma yang bezanya

1

Page 13: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

pengkaji lebih fokus kepada 'subject matter' iaitu pantulan gelas yang cuba

menunjukkan kelainan persepsi penonton yang cuba memberi suatu kesan tampak

setempat keadaan asal subjek atau objek yang dipilih, sama ada dalam bentuk rakaman

fotografi atau seperti dalam penglihatan mata. Tiada manipulasi teknik cetakan

dilakukan sebaliknya, ia menuntut kesabaran seniman untuk menekuni kerjanya

sehingga memberikan kesan dan hasil yang diingini.

Menurut artis terkenal dengan hasil karya-karya berbentuk imajan kaku di

Malaysia iaitu Encik Abdul Latif Maulan dalam buku yang bertajuk Seni Dalam

Peristiwa (2006) "seni merupakan sesuatu yang indah, unik dalam menghasilkan

lukisan yang sama seperli gambaran [oto atau situasi sebenar". Penghasilan karya seni

harus dilakukan dengan begitu teliti dan tekun supaya hasilnya adalah tepat dan

berkualiti. Minat serta kesabaran yang tinggi sangatlah penting dalam menghasilkan

sesebuah karya [oto realisme. Ini kerana bukan mudah menghasilkan gambaran

sebenar objek tiga dimensi di atas kanvas atau lukisan.

Abdul LatifMaulan memulakan perjalanan seninya dengan penggunaan cat air

serta menghasilkan beberapa siri dapur, pemandangan dan buah-buahan, alam,

burung, bunga dan lain-lain lagi catan foto realisme yang mengamb il masa selama

satu minggu hingga ke sebulan untuk menyiapkan sesebuah hasil karya. Penghasilan

karya yang dihasilkan adalah dengan membuat rakaman foto dan meletakkan kesan

artistik sepel1i sudut kamera, komposisi dan penataan cahaya sebagai. garis panduan

kepada karya-karya yang bakal dihasilkan. Hal ini dapat dibuktikan daripada

penyataannya iaitu : (Rujuk gambarajah 1 hingga 8)

2

Page 14: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

"Some contempory realist painters produce highly rendeved representations,

using small brushstrokes to produce perfectly smooth stlrftlce . These paintings may

look highly traditional, bur the artist chooses this made lor a reason. and ir is not to

mimic the paintings a/yesteryear. No mailer how rendered, paintings completed/i'om

direct observation are very different from those which are based on photographic

derail". (Abdul Latif Maulan, 'Art Case Gallery-Malaysian Arti sts ', 23 September

2007, laman web diakses).

GOll1barajah / Abdul Latif Mallian

Walenne!ol1 Cat rninyak atas kan vas

28"X32 .5" inc i 2005

Gambarajah 2 Abdul Latif Maulan

Trodisiona/modern sril! life with basker Cat akrilik dan ca t minyak atas kan vas

36" X48" inci 2005

3

Page 15: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

,;~ i. , ---.0. ' ~ -"!"

.... S~ . .:...r li;i: .,.'. fIi ... --.. _ __ .... I .. ... ,r

--"'~ ~~·t _ .."~ ~ .~

Gomborajoh 3 Abdul Lat if Maulan

Kitchen Series Cat akrilik dan cal minyak alas kanvas

14"X20" inci 2005

GOl/1borojoh 4 Abdu l Latif Maulan

Wuterme/ol1 With Koin Pelikol Cal akril ik dan cat minya k atas kanva s

34" X28 " inci 2004

GO/11borajoh 5 Abdul LatifMaulan Still Life Jinggo 11

Cat akrilik atas kanvas 30""X36" inci

1999

4

Page 16: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

- -----

""SIt Kbl4m., Maldulllat4kademu. ~ 'VJVE RSm 'f.u.AY IA I; -\It AWAI(

Gambarajah 6 Abdul Latif Maulan

Slilllife .!ingga Cat akrilik atas kanvas

34" X43" inci

Gambarojah 7 Abdul Latif Maulan

Leaves Series I Cal akrilik a tas kanvas

l3.5"XJ2" inci 2003

Gambarajah 8 Abdul Latif Maulan

Yellow Orchid Cal akrilik alas kanvas

J4"X4J" inci 1998

5

Page 17: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

Manakala menurut Georg Shook dan Gary Witt me1alui buku bertajuk

'Painting Watercolors from Photographs' terbitan Watson-Guptill (1992), fotografi

dapat membantu pengkarya seni menghasilkan karya yang tepat, baik mengikut dalam

elemen konsep seni yang terdapat garisan , jalinan, bentuk, rupa, corak dan cahaya.

Dengan adanya bantuan daripada fotogra fi sebaga i rujukan, dapat memudahkan kerja

dan penghasilan karya yang bermutu akan terhas il sepe rti gambar foto yang diambil.

(Rujuk gambarajah 9 dan 10)

.,; .

Gambarajah 9 Lakaran

Gambarajah fO Window Daisies

Dapat di s impulkan dari hasil pembacaan pengk aji te rhadap artis barat iaitu

Patrick Howe melalui buku bertajuk 'Dramalic Lighl ' lerbitan dari Canada (2006)

kajian berkailan dengan penghasilan karya terhadap teknik , komposisi, wama dan

subjek. Menggunakan teknik dan cara yang betul dan tepat akan dapat menghasilkan

satu karya yang sama dengan imej foto yang dirakam. Penghasilan karya berbentuk

6

Page 18: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

cahaya dramatik yang menggunakan objek yang lutsinar ini memerlukan kesabaran

dan ketekunan dalam menghasilkalli1Ya sarna seperti gam bar foto yang dirakam. Ia

juga mencabar artis dalam menghasilkan objek tiga dimensi ini. Artis cuba

menyampaikan kebenaran menghasilkan karya yang hampir sama dengan gambar

fotografi yang dirakam. (Rujuk gambarajah 11)

Gambarajah II Patrick Howe

Jars at Gardens

Penggunaan rakaman foto dengan menekankan kesan artistik foto realisme

dan realisme sudah mula dipraktikkan oleh sebilangan artis seawal tahun 1960an dan

1970an. Folo ini membantu dalam mendapalkan komposisi, cahaya dan rekaletak yang

betlll dalam menghasilkan karya seni catano la dapal menggambarkan keadaan

sebenar, memerlukan kepakaran dan kebolehan yang tinggi serta format dan warna

yang tepat digunakan supaya ianya sarna dengan gambar foto yang dirakam.

Dalam pengolahan elemen-elemen seni melalui catan lmaJan kakll foto

realisme di atas kain kanvas dengan menggunakan medium cat minyak yang bersifat

tradisionaI tetap mempllnyai identiti dan peranal1l1ya yang tersendiri walallpun

dihimpil dengan kewujudan pelbagai media baru seperti digital kolaj melalui aplikasi

komputer, penggllnaan elektronik, inslalasi multi media dan lain-lain lagi dalam era

7

Page 19: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

teknologi ini. Namun, penghasilan catan pemantulan foto realisme yang dihasilkan

ternyata membawa pelbagai mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

1.1 Definisi Pantulan pada Gelas

Terdapat dua jenis pantulan iaitu pantulan biasa dan baur. Pantulan biasa

adalah pada pelIDukaan benda yang rata sepelii cenmn datar, cahaya dipantulkan

membentuk suatu pola yang teratur. Sinar-sinar sejajar yang datang pada permukaan

cermin dipantulkan sebagai sinar-sinar sejajar. Akibatnya cennin dapat membentuk

bayangan benda. Pemantulan semacam ini disebut pemantulan teratur atau pemantulan

biasa.

An image that you see in a mirror, in water or on a shiny surface. He

admired his reflection in the mirror. The sending back of light, heat or sound jiom a

sUI/ace" (Oxford Dictionary, 2006)

Kenyataan di at as dapat dihuraikan bahawa pemantulan gelas pada permukaan

cermin yang akan terbentuknya dua imej bayang yang sam a dengan objek asal

permukaan teori pantulan. Kajian terbentuknya pemantulan bayang ini terhasil akibat

daripada terdapatnya cahaya. Pelbagai bentuk cahaya yang membolehkan terhasilnya

bayang pada objek gel as ini iaitu cahaya semulajadi dari matahari, Iilin dan lampu.

Pantulan terhasil apabila terdapatnya pantulan cahaya yang lebih baik dan

teratur pada pennukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang

tidak rata. Dengan itu, cermin dan pennukaan air yang jernih serta tenang adalah

8

Page 20: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

pe mantulan cahaya yang baik. lni membole hkan kita dapat melihat obje k gelas di

da lam cennin atau terpantul dipennukaan cermin.

Dapat di simpulkan daripada hasil pembacaan pengkaji, gelas adalah benda

yang transparan, lumayan kuat, biasanya tidak bereaks i barang kimia, dan tidak aktif

seem·a biologi yang boleh dibentuk dengan pennukaan yang sangat halus dan kedap

air. Oleh kerana sifatnya yang sangat ideal gelas ban yak digunakan di banyak bidang

kehidupan.

1.2 Objektif Kajiao

Pengkaji mempunya i tujuan yang tertentu dalam membuat kaj ia n me ngenal

tindakba las pema ntulan cahaya terhadap gelas lutsina r pad a penghasil an karya seni

catan imajan kaku yang dihasilkan. Objektif di da lam kajian ini ia lah

a) Mengkaji sejauh mana karya sent catan imaJan kaku yaJ1g dihasilkan ada

persamaan atau serupa dengan imej yang diambil menggu nakan teknologi

fotografi.

b) Mengkaji sejauh mana peranan fotografi dalam memban tu penghasil an karya

seni catan yang hampir sarna dengan imej yang dirakam.

c) Mengkaji penggunaan warna dan bahan yang digunakan dalarn menghas ilkan

karya seni catan berbentuk pemantulan cahaya gelas lutsinar.

d) Mengkaji ketinggian paras mata membe narka n pe numpuan pemerh ati an pada

pe mantula n ge las luts inar cahaya dramatik dan meningkatka n atau menjadikan

leb ih menarik pelmukaan tekstur ya ng dihasilkan.

9

Page 21: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

e) Melihat sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap penghasilankarya seni

catan yang berbentuk pantulan.

f) Melihat kesesuaian tema terhadap penggunaan pantuJan daJam bentuk

penghasilan karya seni catano

g) Melihat objek dari jarak yang dekat dan dapat melihat komposisi objek dari

pelbagai sudut pandangan mata yang berbeza.

h) Merakam serta mendokumentasikan imej ti ga dimensi yang diambil kepada

bentuk penghasilan seni catano

i) Mengenengahkan pemantuJan geJas luts inar cahaya dramatik dapat dihasilkan

dalam bentuk karya seni catano

j) Merangsang imaginasi dan pemikiran masyarakat terhadap penyampaian objek

ya ng luts inar mempunya i nilai yang tinggi dalam penghasilan karya seni catano

k) Mengajak masyarakat untuk menghayati karya seni catan pantulan pada objek

gelas yang sukar dihasilkan dan kini dihasilkan hampir sam a gambar foto yang

dirakam.

1.3 Hipotesis Kajian

Sewaktu menjalankan kajian, pengkaji telah membuat hipotesis yang tcrsendiri

terhadap kajian kes ini. Berdasarkan daripada tajuk yang dipilih iaitu tindakbalas

pemantulan cahaya terhadap bahan lutsinar melalui karya catan yang merupakan objek

tiga dimensi yang begitu ekslusif bagi pengkaji untuk mengkaji proses pemanlulan

yang berlaku bukan sahaja melibatkan bayang objek gelas tetapi juga melibatkan

bahagian yang ada di dalam objek gelas digunakan dalam pclbagai cara oleh

masyarakat pad a masa kini. Skop kajian pengkaji lebih kepada kajian kes pemanluian

10

Page 22: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

pencahayaan gelas lutsinar yang berkonsepkan flora dan hipotesis pengkaji ialah

pelbagai bentuk, saiz, warn a dan tekstur gelas lutsinar yang terdapat dihiasi dengan

tumbuhan seperti daun keladi dan sebagainya bertemakan pokok hiasan 'ornamental

plant' di Malaysia. N amun, llntuk terus mengekalkan konsep flora menghiasi serta

memberikan ketenangan dan pengaliran udara dan oksigen yang baik pelbagai pihak,

masyarakat, individu hams memainkan peranan yang lebih giat lagi.

Pengkaji menjangkakan bahawa pemantulan pencahayaan gelas lutsinar yang

berkonsepkan flora ini akan terus kekal dan diterima oleh semua golongan

masyarakat. lni adalah merupakan satLl nilai seni yang harus dikekalkan. Kini gelas

Illtsinar yang berkonsepkan flora banyak terdapat di hotel, pejabat kerajaan, pejabat

swasta, restoran dan sebagainya. Contohnya, geias seperti ini diletakkan di atas meja

kaunter pertanyaan, bilik mesyuaral, tempat makan, di atas meja, dan sebagainya.

1.4 FokllS Kajian

1.4.1 Kepada Pengkaji

Oi sam ping ingin mengkaji pantuian gelas pada pemlukaan yang juga

lutsinar seperii cemlin dan sebagainya, pengkaii mahu mengetengahkan

konsep tlora iaitu tumbuhan hiasan 'ornamental plants' pada penghasilan

karya berbentllk seni catan imajan kaku foto realisme. Pengkaji akan

menghasilkan beberapa buah karya seni catan pantulan gelas yang lebih fokLrs

terhadap komposisi dan pencahayaan. Setiap karya yang dihasilkan

menunjllkkan perbezaan komposisi dan arah pantlllan pencahayaan yang

dilukis. Oi mana terdapat komposisi yang fokus dari atas, bawah, tengah,

11

Page 23: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

hadapan dan sebagainya. Apa yang lebih menarik pada karya adalah pantulan

gel as tersebllt.

Terdapat beberapa artis [oto reali sme di Malaysia, namun kajian ya ng

fokllS terhadap tindakbalas pe mantula n cahaya pada objek tiga dimensi gelas

lutsina r terhadap hasil karya seni catan be lum lagi dihasiJkan . Justeru itu ,

pengkaj i ingin memperkayakan kajian terhadap pantul an geJas mela lui seni

catano

1.4.2 Kepada Masyarakat

Pe ngkaji turut mah u me mpe rkena lkan ca tan imajan kaku foto reali sme

terhadap kaj ian terhadap kajian tindakba las pemantulan cahaya gelas lutsinar.

Mengajak masyarakat untuk melihat hasil catan yang begitu eksJllsif dan

mempunyai daya tarikan seni yang kuat dalam menghasilkan catan di atas

kanvas da ri berbeza sudut dan perspektif akan menunjukkan peliukara n

pandangan mata dan persepsi.

Me ngharapkan masyarakat dapat me l11ahami mesej ya ng ingin

disampaikan terhadap karya ya ng dihas ilkan. Pengkaji ingin mengajak

masyarakat untuk leb ih mengenal dan memahami pantulan pada gelas ya ng

mempunyai nilai seni yang sangat tinggi dan ekslusif. Menarik minat dan

perhatian masyarakat terhadap ge las yang digunakan dikebanyakan bidang

kehidupan.

12

Page 24: TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA … pemantulan cahaya terhadap... · TINDAKBALAS PEMANTULAN CAHAYA TERHADAP BAHAN LUTSINAR MELALUI KARYA CATAN

1.5 Skop Kajian

Penumpllan skop kajian dalam kajian ini memfoklls kepada pantllian gelas dan

penggunaan leknologi iaitu kamera dalam membantu penghasialan catan pengkarya

yang fokus kepada pantulan gelas. Penyelidik akan mengkaji pantulan gelas serta cara

dan kaedah kamera terse but membantu pelukis bekarya. Di Malaysia belum ada lagi

pelukis yang menghasilkan karya sebegini berband ing dengan pelukis di Barat. Pada

masa kini begitu banyak media teknologi yang digunakan oleh ramai pengkarya. Jenis

media tekno logi yang digunakan ialah kamera. Dalam penghasi lan karya penyelidik

hanya menggllnakan satu kaedah sahaja iaitu kamera dalam membantu pelukis

bekarya.

1.6 Penyataan Masalah

Dalam kaj ian ini penyelidik ingin menyelesaikan persoalan yang wujud dalam

menj a lankan kajian ini seperti :

1. Penerimaan dan tanggapan bahawa catan yang dihasilkan

menggunakan rujukan dari gambar foto tidak di anggap sebagai hasil karya

catan yang mempllnyai nilai seni yang tinggi.

2. Timbulnya persoalan dan kekeliruan perbezaan antara catan berbentuk

rea li sme foto imajan kaku sama terdapat pelbaga i objek atau fo kus satu objek

dengan aliran catan lain seperti 'Representational', Abstrak, Surealisme dan

Impresionisme.

13