60
Tinggalkan kesan anda. Tatakelakuan Avery Dennison Dikemas kini Februari 2018.

Tinggalkan kesan anda. · menggalakkan anda menggunakan Tata ini dan alatan Nilai dan Etika kita yang lain untuk anda meninggalkan kesan. Mitch Butier ... anda atau Sumber Manusia

  • Upload
    vodat

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Tinggalkan kesan anda.Tatakelakuan Avery Dennison

Dikemas kini Februari 2018.

2Tatakelakuan

Sebahagiannya mudah. Yang lainnya membuatkan anda giat mencari apa yang betul. Besar dan kecil, ia membentuk diri anda. Satu demi satu, ia membantu membentuk masa depan Avery Dennison. Setiap pilihan itu penting, dan dengan setiap pilihan anda meninggalkan kesan.

Setiap hari penuh dengan pilihan.

3Tatakelakuan

Kebanyakan tatakelakuan adalah seperti buku peraturan, memberitahu kita apa yang

boleh dan tidak boleh dilakukan. Tatakelakuan Avery Dennison tidak begitu. Kami hormati

keupayaan anda membuat keputusan yang baik.

Tatakelakuan ini dibina atas nilai kita dan menggambarkan kepercayaan bahawa tiada

konflik antara berusaha untuk menang dan bersikap berasaskan nilai. Malah, menjadi

syarikat yang beretika dan berasaskan nilai membantu kita menang. Tatakelakuan ini

direka bentuk untuk menggalakkan dialog berterusan tentang pilihan yang kita lakukan

setiap hari.

Apabila kita mengemudi dunia perniagaan yang semakin kompleks, kita boleh

menggunakan Tatakelakuan ini untuk membantu kita membuat keputusan yang

berinspirasi, bijak...dan beretika. Minda sebegini memberikan kita kelebihan bersaing dan

membezakan kita sebagai sekumpulan individu yang pelbagai, sebagai majikan dan

sebagai warga korporat.

Tatakelakuan ialah alat untuk membantu anda bertindak dengan integriti, mewujudkan

kepercayaan untuk semua orang yang berinteraksi dengan syarikat kita – warga kita,

pelanggan, pembekal dan paling penting, pemegang saham kita. Tatakelakuan ini bukan

hanya untuk pekerja; ia juga digunakan pada pengarah dan pegawai kita. Saya

menggalakkan anda menggunakan Tata ini dan alatan Nilai dan Etika kita yang lain untuk

anda meninggalkan kesan.

Mitch Butier

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Selamat datang ke Tatakelakuan kami.

4Tatakelakuan

Keputusan hebat tidak hanya menggambarkan integriti peribadi anda, malah ia mentakrifkan Avery Dennison. Keputusan hebat ada kalanya melibatkan risiko. Keputusan hebat memaksimumkan potensi. Keputusan hebat, pada terasnya adalah yang berinspirasi dan bijak.

Tatakelakuan ini merangkumi dasar yang membimbing kerja anda di Avery Dennison. Ia menggariskan kelakuan beretika yang secara semula jadi terhasil apabila anda menghormati diri sendiri, orang lain, syarikat dan undang-undang.

Avery Dennison ada di sini untuk menyokong anda dalam membuat pilihan beretika yang tepat untuk anda dan syarikat. Anda boleh mendapatkan banyak sumber untuk membantu anda mengemudi keputusan tertentu yang perlu dibuat dalam bidang kerja anda. Tata ini adalah salah satunya. Apabila anda dan syarikat berkembang, soalan-soalan baru akan timbul. Setiap keputusan ialah hasil daripada proses pendidikan dan pemahaman, dan di Avery Dennison, anda tidak akan menghadapi proses itu bersendirian.

Kami percaya anda akan menyuarakan persoalan dan kebimbangan anda. Dengan tidak berkata sesuatu, dalam keadaan paling baik, anda menidakkan peluang kita untuk belajar, memperbaik dan berkembang bersama-sama. Dalam keadaan paling buruk, ia merugikan, malah menyalahi undang-undang.

Baca Tata ini. Fahami dasar kita. Bercakap dengan pengurus anda. Hubungi Penasihat Etika Kumpulan anda atau pegawai Jabatan Undang-undang yang lain. Jangan teragak-agak untuk menggunakan Business Conduct GuideLine untuk mendapatkan panduan atau membuat laporan, secara tanpa nama, jika anda mahu. Syarikat tidak bertolak ansur dengan tindakan balas terhadap sesiapa yang membuat laporan dengan niat yang baik.

Vikas Arora Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pematuhan

Anggapkan Tata ini sebagai permulaan kepada perbualan tentang membuat keputusan hebat.

5Tatakelakuan

06 Apakah yang menjadi panduan untuk Tatakelakuan kita

09 Mendapatkan Bantuan

Tanya soalan, mulakan perbualan, laporkan

kebimbangan

• Hubungi

• Business Conduct GuideLine

12 Anda + tempat kerja 13 Anda

Pematuhan undang-undang

Tanggungjawab pekerja

Tanggungjawab pengurus

Membuat keputusan berdasarkan nilai

Bertanyakan soalan dan mendapatkan bantuan

Melaporkan kebimbangan

• Business Conduct GuideLine dan sumber lain

• Ketanpanamaan dan kerahsiaan

• Tiada tindakan balas

17 Rakan sekerja

Peluang yang sama

Gangguan

Keganasan tempat kerja

Persekitaran, kesihatan dan keselamatan

Tempat kerja bebas dadah

Antinepotisme

19 Syarikat

Rekod perniagaan dan kewangan

• Akaun dan rekod yang tepat

• Pengurusan rekod dan maklumat

Aset dan maklumat

• Perlindungan dan penggunaan aset syarikat yang wajar

• Perlindungan maklumat proprietari dan harta intelektual

• Privasi individu dan data peribadi

• Maklumat sulit orang lain

• Perdagangan orang dalam

25 Anda + pasaran 27 Pembekal dan rakan niaga

Konflik kepentingan

• Pelaburan dan hubungan perniagaan

• Hadiah, makanan dan hiburan

• Kerja sampingan

• Peluang korporat

Standard pembekal

30 Pelanggan dan pasaran

Jualan dan pemasaran

Urus niaga saksama dalam pasaran

Persaingan bijak

Persaingan

34 Anda + dunia 35 Jejak global

Kedayatahanan

Persekitaran

Komuniti dan tanggungjawab sosial

37 Kerajaan

Pematuhan perdagangan

Rasuah dan sogokan

Siasatan kerajaan

39 Media

Media sosial

Media berita

42 Pentadbiran Tatakelakuan ini Penyiasatan dan tindak balas

Pelaporan yang tidak jujur

Tindakan disiplin untuk pelanggaran tata

Penepian

45 Kajian kes

Pilihan beretika anda, bijak dan berinspirasi, menghidupkan visi dan nilai kami.

Apakah yang menjadi panduan untuk Tatakelakuan kita

Keputusan yang anda buat sebagai pekerja Avery Dennison dipandu oleh nilai kita. Ia adalah kuasa yang membimbing keputusan yang kita buat.

7Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

INTEGRITI

Kita berasa terdorong dengan melakukan perkara yang betul. Sentiasa.

• Kita lakukan apa yang kita janjikan.

• Kita utamakan etika daripada keuntungan.

• Kita berlaku jujur dan telus dalam semua perkara yang kita lakukan.

KEBERANIAN

Kita berani dalam menghadapi kesukaran dan perkara yang tidak diketahui.

• Kita bercita-cita besar dan menetapkan matlamat yang tinggi.

• Kita bertegas dan bersuara demi perkara yang betul.

• Kita mengambil risiko dan mengiktiraf peluang daripada kegagalan.

FOKUS LUARAN

Kita melihat pada luaran untuk menjadi lebih baik.

• Kita didorong oleh kejayaan para pelanggan kita.

• Kita meneroka persekitaran luaran untuk meluaskan perspektif kita dan melaraskan pemikiran kita.

KEPELBAGAIAN

Kita mendapat kekuatan daripada kepelbagaian idea dan pasukan.

• Kita memerlukan pandangan dan perdebatan berbeza.

• Kita mewujudkan persekitaran yang inklusif dan penuh hormat untuk semua orang daripada pelbagai latar belakang dan orientasi.

Nilai kita

8Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

KELESTARIAN

Kita memberi tumpuan kepada kesihatan jangka panjang perniagaan, planet dan komuniti kita.

• Kita terus mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam perniagaan kita.

• Kita berusaha untuk memperbaiki komuniti kita.

INOVASI

Kita menggunakan imaginasi dan akal untuk mewujudkan kemungkinan baharu.

• Kita mencabar status quo.

• Kita menggunakan kegagalan untuk menambah baik dan belajar.

• Kita mencari cara untuk mengganggu diri kita sendiri.

KERJA BERPASUKAN

Kita lebih baik apabila bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri.

• Keselamatan pasukan kita adalah keutamaan pertama.

• Kita bekerjasama untuk memanfaatkan kekuatan kolektif kita.

• Kita membangunkan dan menyokong ahli pasukan kita

KECEMERLANGAN

Kita mengharapkan yang terbaik daripada diri kita dan satu sama lain.

• Kita menyampaikan komitmen kita.

• Kita komited untuk terus memperbaiki.

• Kita bertindak tegas, dengan kepantasan dan ketangkasan

Nilai kita

Tanya soalan, mulakan perbualan, laporkan kebimbangan.

Mendapatkan bantuan

10Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Pengurus Anda

sentiasa ada dan bersikap terbuka terhadap isu dan kebimbangan anda. Jangan teragak-agak untuk bersuara.

Sumber Manusia

ialah sumber terbaik anda untuk bertanyakan soalan tentang pekerjaan atau tentang isu dan kebimbangan persekitaran kerja. Wakil Sumber Manusia setempat anda sedia membantu.

Kajian kes di akhir Tatakelakuan ini memberikan keadaan sebenar yang dihadapi oleh rakan sekerja anda. Kajian kes ini bertujuan mencabar, kerana keputusan yang paling beretika tidak selalunya mudah untuk dilakukan.

Idea? Bersuaralah Agar Anda Didengari!

Punyai idea yang dapat menjadikan Tatakelakuan ini lebih

berguna? Anda mempunyai petua tentang membuat

keputusan beretika yang lebih baik? Penasihat Etika Kumpulan

anda berminat untuk mendengar pandangan anda.

11Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Business Conduct Guideline

adalah sumber terbaik anda apabila anda tidak pasti dengan siapa hendak mengemukakan soalan, atau apabila anda mahu bercakap secara tanpa nama. GuideLine tersedia di sepanjang waktu.

Hubungi +1-720-514-4400 Operator assistance may be required and local charges may apply.

See pages 58-59 for country and language-specific GuideLine numbers.

Secara Dalam Talian https://www.averydennison.com/guidelinereport

or

https://www.averydennison.com/ guidelinereport-eu from Europe

Sumber Lain

Manual Dasar Korporat boleh didapati di OurWorld. Semak dan fahami dasar kita dan jika diminta, segera lengkapkan Sijil Pematuhan tahunan untuk membuktikan pematuhan anda.

Penasihat Etika Kumpulan Anda

ialah titik permulaan yang terbaik untuk mengemukakan soalan tentang isu dan kebimbangan berkaitan undang-undang dan etika.

Label and Graphics Materials Maggie Li +852-28204598 [email protected]

Industrial and Healthcare Materials and Corporate Diego Saul +1-626-304-2388 [email protected]

Retail Branding and Information Solutions Michael Maier +1-440-534-4773 [email protected]

Standard integriti yang kita tetapkan untuk organisasi kita bermaksud kita menyasarkan untuk mematuhi undang-undang sepenuhnya mengikut maksud yang tersirat dan tersurat.

Anda+ tempat kerja

13Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Pematuhan undang-undangPematuhan adalah asasnya. Setiap orang perlu memahami — dan mematuhi — undang-undang, peraturan dan dasar yang dikenakan untuk kerja kita yang tertentu. Tetapi pematuhan hanyalah permulaan. Kadangkala, kita boleh mematuhi perkara yang tersurat dalam undang-undang tetapi tidak melakukan perkara yang betul. Itu bertentangan dengan falsafah kami. Di Avery Dennison, kita berusaha mencapai standard etika tertinggi.

Tanggungjawab pekerjaStandard integriti yang kita tetapkan untuk diri sendiri bermaksud kita menyasarkan untuk mematuhi undang-undang sepenuhnya mengikut maksud yang tersirat dan tersurat. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman untuk melakukannya mengambil masa dan tenaga. Anggaplah ia suatu pelaburan penting dalam kejayaan anda dan masa depan syarikat kita.

Anda + tempat kerja

Kami faham bahawa membuat pilihan beretika tidak selalunya mudah. Oleh sebab itu kami menawarkan sokongan, latihan dan sumber untuk membantu anda berasa lebih yakin dalam pilihan anda. Pengurus anda, Sumber Manusia, Penasihat Etika Kumpulan atau pegawai Jabatan Undang-undang yang lain, Business Conduct GuideLine dan sumber bantuan lain sentiasa bersedia untuk anda.

Anda

14Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Tanggungjawab pengurusPengurus mempunyai tanggungjawab tambahan. Mereka memimpin melalui teladan, menunjukkan kelakuan yang wajar dan memastikan pekerja mereka memahami Tatakelakuan ini dan dasar-dasar lain. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka, pengurus• tetapkan rentak dengan menekankan kepentingan amalan perniagaan beretika dan

menegakkan nilai kita,• berbincang tentang Tatakelakuan dengan pekerja mereka menggunakan Alatan Talkabout

dan sumber lain untuk menunjukkan cara standard etika kita mempengaruhi cara kita menjalankan perniagaan,

• menggalakkan pekerja untuk mengemukakan kebimbangan, secara wajar memajukan sebarang laporan yang diterima daripada ahli pasukan mereka, dan tidak membuat tindakan balas terhadap pekerja yang membangkitkan kebimbangan, dan

• segera mengambil tindakan – segera berbincang dengan Sumber Manusia atau Jabatan Undang-undang – jika mereka melihat atau mendengar bahawa terdapat pelanggaran terhadap Tatakelakuan atau undang-undang.

Membuat keputusan berdasarkan nilaiTata ini menunjukkan nilai Avery Dennison dipraktikkan. Setiap kali anda membuat pilihan sebagai pekerja, anda menghidupkan Tata ini. Jadi, walaupun anda tertekan untuk menyelesaikan tugas dengan cepat, kami mahu anda mengambil masa untuk melakukannya dengan betul dan selamat. Itu bermakna mengambil masa yang diperlukan untuk memilih kata-kata dan tindakan yang selaras dengan tujuan dan standard kita yang dikongsi bersama, dan bertindak dengan integriti.

Bertanyakan soalan dan mendapatkan bantuanAdakah anda mempunyai soalan? Soalan sukar? Anda tidak keseorangan. Apabila anda ragu-ragu tentang membuat pilihan terbaik, kami bersedia untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak dan beretika. Lihat halaman 10-11 untuk senarai penuh sumber.

Setiap kali anda membuat pilihan sebagai pekerja, anda menghidupkan Tatakelakuan ini.

15Tatakelakuan

1. Adakah keputusan saya konsisten dengan Tata kita?

2. Adakah ia beretika?

3. Adakah ia sah di sisi undang-undang?

4. Mahukah saya beritahu rakan dan keluarga bahawa saya yang membuat pilihan ini?

5. Mahukah saya membaca tentang keputusan ini di Internet?

Apabila keputusan yang tepat tidak jelas, semak tindakan anda dengan soalan-soalan ini. Jika anda menjawab “tidak” pada mana-mana soalan, pilih tindakan lain. Jika anda menjawab “mungkin” atau “saya tidak pasti” pada mana-mana soalan, dapatkan bimbingan daripada pengurus anda atau Penasihat Etika Kumpulan anda.

5 panduan pantasPanduan membuat keputusan beretika

16Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Melaporkan kebimbanganSemua orang perlu bekerja bersama-sama untuk mengekalkan standard integriti kita. Avery Dennison percaya — dan mengharapkan — anda bersuara jika anda melihat atau mengesyaki berlakunya pelanggaran terhadap undang-undang atau Tatakelakuan kita. Kemukakan kebimbangan anda kepada pegawai pengurusan, Sumber Manusia, Penasihat Etika Kumpulan anda atau pegawai Jabatan Undang-undang lain atau Business Conduct GuideLine. Syarikat kita mengambil berat semua laporan dan akan menjalankan penyiasatan yang sewajarnya. Kita akan melindungi kerahsiaan setakat yang dibenarkan untuk menjalankan penyiasatan yang menyeluruh.

Syarikat kita memahami bahawa bersuara tentang sesuatu kebimbangan boleh menimbulkan ketidakselesaan. Itulah sebabnya kami melarang tindakan balas terhadap sesiapa yang secara jujur, melaporkan kemungkinan pelanggaran terhadap undang-undang atau Tatakelakuan kita. Tindakan balas ialah kelakuan yang menyebabkan mudarat profesional kepada pekerja dan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Jika anda melihat atau mengesyaki terdapat tindakan balas terhadap sesiapa yang menimbulkan sesuatu kebimbangan, laporkannya dengan segera kepada pengurus anda, mana-mana pegawai pengurusan yang lain, Sumber Manusia atau melalui Business Conduct GuideLine (secara tanpa nama, jika anda mahu). Bersama-sama, kita boleh mengekalkan tempat kerja yang membuatkan semua pekerja berasa selesa untuk bersuara.

Lihat Tiada Tindakan Balas (Dasar 2.15) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Semua orang perlu bekerja bersama-sama untuk mengekalkan standard integriti kita.

17Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Rakan sekerja

Peluang yang samaAvery Dennison komited dalam memperlakukan semua pekerja dengan adil dan penuh hormat. Ini bermakna kami memberikan peluang yang sama kepada semua pekerja dan pemohon. Kami melarang diskriminasi yang menyalahi undang-undang atau gangguan disebabkan oleh bangsa, warna kulit, agama, jantina, kehamilan, negara asal, keturunan, kewarganegaraan, umur, status perkahwinan, ketidakupayaan fizikal, ketidakupayaan mental, keadaan perubatan, orientasi seks, identiti atau pernyataan jantina, status veteran atau sebarang status lain yang dilindungi oleh undang-undang. Dalam membuat keputusan untuk mengambil seseorang sebagai pekerja, kami fokuskan pada kelayakan individu, bakat yang ditunjukkan, kebolehan dan pencapaian, serta faktor lain yang berkaitan dengan kerja itu.

Lihat Peluang Pekerjaan Sama Rata dan Tindakan Afirmatif (Dasar 2.1).

GangguanGangguan tidak ada tempat di Avery Dennison. Kami tidak bertolak ansur terhadap gangguan secara lisan atau secara fizikal, pembulian atau sebarang tingkah laku yang menimbulkan persekitaran kerja yang menakutkan, menyakitkan hati, penuh kekasaran atau bermusuhan. Syarikat kita mempunyai dasar “toleransi sifar” terhadap semua bentuk gangguan. Kita menunjukkan rasa hormat kepada diri sendiri dan antara satu sama lain dengan menyuarakan kelakuan rakan sekerja yang menyebabkan kita – atau rakan sekerja lain – berasa tidak selesa.

Untuk mendapatkan maklumat tentang melaporkan gangguan, lihat Tempat Kerja Bebas Gangguan dan Keganasan (Dasar 2.8).

Kami menyediakan peluang yang sama kepada semua pekerja dan pemohon.

18Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Keganasan tempat kerjaDi Avery Dennison kita tidak melakukan atau berkata sesuatu yang boleh • mengancam keselamatan mana-mana rakan sekerja atau orang lain, • menyebabkan kerosakan kepada syarikat atau harta peribadi, atau • menimbulkan ketakutan.

Kita semua berhak untuk berasa selamat di tempat kerja, dan kita bertanggungjawab terhadap satu sama lain dengan melaporkan dengan segera apa-apa juga yang mungkin mengancam atau mencederakan orang lain.

Persekitaran, kesihatan dan keselamatanKeselamatan di tempat kerja ialah perkara yang paling penting di Avery Dennison. Setiap orang bertanggungjawab bukan hanya atas kesihatan dan keselamatan diri sendiri sahaja tetapi juga atas kesihatan dan keselamatan rakan sekerja dan persekitaran kerja. Ini bermaksud kita membuat pilihan yang bertanggungjawab — walaupun melakukannya mungkin sukar — dan melaporkan kemalangan, kecederaan serta amalan dan keadaan yang tidak selamat dengan segera. Setiap orang bertanggungjawab dalam mengetahui bagaimana untuk melaksanakan tugas mereka dengan selamat dan mematuhi undang-undang.

Perlindungan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (Prinsip 1.4) dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (Dasar 2.5) memperincikan tanggungjawab kita bersama terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.

Kita bertanggungjawab terhadap satu sama lain dan membuat pilihan yang bertanggungjawab.

19Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Tempat kerja bebas dadahAvery Dennison ialah tempat kerja bebas dadah. Kita semua mempunyai kewajipan menghadirkan diri untuk bekerja – sama ada di dalam atau di luar premis syarikat – bebas daripada pengaruh sebarang bahan yang boleh menghalang atau mengurangkan kecekapan kita daripada melaksanakan tugas kita dengan selamat dan berkesan.

Penyalahgunaan Bahan (Dasar 2.7) menerangkan waktu dan cara ujian dadah dan alkohol mungkin dijalankan.

AntinepotismeKita tidak terlibat dalam keputusan pengambilan pekerja yang melibatkan saudara mara atau sesiapa yang kita mempunyai hubungan romantik. Sekiranya mereka ini bekerja untuk syarikat kita, mereka secara umumnya tidak boleh bekerja dalam “lingkungan pengaruh atau kawalan” kita, bermakna mereka tidak boleh bekerja di bawah kita secara langsung atau tidak langsung. Kita memberitahu pengurus kita apabila saudara mara atau individu yang mempunyai hubungan romantik dengan kita bekerja atau mungkin bekerja dengan syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Antinepotisme (Dasar 2.16).

Syarikat

Rekod perniagaan dan kewanganKita komited untuk bersikap terbuka, tepat dan jujur dalam menyediakan semua rekod dan maklumat syarikat.

Kami komited dengan keterbukaan, ketepatan dan kejujuran.

20Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Akaun dan rekod yang tepatKetepatan rekod perniagaan kita adalah amat penting untuk membuat keputusan yang berkesan. Ketepatan juga amat penting untuk pemegang saham, kerajaan dan pihak berkepentingan lain di luar syarikat yang kita berikan laporan tersebut. Buku dan rekod kita mestilah menggambarkan semua urus niaga perniagaan dengan adil dan tepat.

Kita mematuhi undang-undang dan semua kawalan dalaman syarikat. Kita tidak pernah memalsukan dokumen, termasuk akaun kewangan, laporan kualiti, lembar masa, laporan perjalanan dan perbelanjaan, serta serahan lain (seperti borang tuntutan manfaat dan resume). Kita memperlakukan semua dokumen syarikat seolah-olah suatu hari nanti dokumen tersebut akan didedahkan kepada penelitian orang ramai. Semua laporan kepada pihak berkuasa kawal selia adalah lengkap, adil dan tepat.

Pengurusan rekod dan maklumatPengurusan rekod syarikat yang teratur memelihara aliran penting maklumat dalam syarikat sementara meminimumkan risiko maklumat lapuk. Kita menyimpan rekod hanya selama kita menggunakannya, melainkan undang-undang atau Penyimpanan dan Perlindungan Rekod (Dasar 7.21) menghendaki kita menyimpannya lebih lama.

Kita memperlakukan semua dokumen syarikat seolah-olah suatu hari nanti dokumen tersebut akan didedahkan kepada penelitian orang ramai.

21Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Aset dan maklumatKita menggunakan aset dan maklumat syarikat dengan wajar. Kita memahami bahawa maklumat tersebut – sama ada kepunyaan kita atau orang lain – haruslah digunakan hanya dengan cara yang sah dan beretika.

Perlindungan dan penggunaan aset syarikat yang wajarAset Avery Dennison adalah milik Syarikat untuk pengendalian perniagaan kita dan bukannya milik individu atau orang lain di luar syarikat. Kita tidak menyalah guna atau membazirkan aset ini, termasuk dana syarikat, peralatan, produk, hasil kerja pekerja, maklumat proprietari, paten dan tanda dagangan. Secara semula jadi kita mencurigai permintaan wang atau maklumat daripada sumber yang kita tidak ketahui atau percayai.

Kita menyelenggara sistem pengurusan komunikasi dan data, termasuk komputer, telefon dan akses Internet, untuk kegunaan perniagaan. Kita tidak menggunakan aset ini atau aset lain syarikat untuk perniagaan peribadi, usaha keusahawanan atau bagi tujuan yang tidak wajar. Kita boleh menggunakan internet dan telefon untuk tujuan peribadi yang sesuai, selagi tidak mengganggu tugas kerja kita.

Kita tidak menyalah guna atau membazirkan dana, peralatan, produk, hasil kerja pekerja, maklumat proprietari, paten dan tanda dagangan.

22Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Perlindungan maklumat proprietari dan harta intelektualKebanyakan maklumat yang kita buat atau gunakan di syarikat kita adalah sulit dan memberikan kita nilai yang penting. Pendedahan yang salah atau tidak sengaja boleh memudaratkan keupayaan kita untuk bersaing. Pendedahan tidak wajar juga adalah suatu pelanggaran undang-undang. Kita menyimpan maklumat sulit dan proprietari dengan selamat dan berkongsi maklumat itu hanya jika perlu. Kita mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan maklumat kita dan orang lain yang diamanahkan kepada kita. Kewajipan kita untuk melindungi maklumat ini diteruskan walaupun setelah kita tidak lagi berkhidmat dengan syarikat. Rujuk kepada Perlindungan Maklumat Sulit dan Proprietari (Dasar 7.13) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam menjalankan kerja, kita mungkin membuat bahan yang menjadi harta intelektual syarikat. Kita melindungi harta intelektual syarikat kita, termasuk semua paten, hak cipta dan tanda dagangan. Kita melindungi paten ciptaan syarikat untuk memberikan kita hak eksklusif terhadap pembuatan produk kita. Hak cipta melindungi bahan dan penerbitan bertulis yang kita buat dalam kerja kita. Logo kita ialah satu contoh simbol yang dilindungi sebagai tanda dagangan syarikat. Paten (Dasar 7.16), Hak Cipta (Dasar 7.17) dan Tanda Dagangan (Dasar 7.18) memberikan butiran lanjut.

Kita mengambil langkah-langkah beringat yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan.

23Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Privasi individu dan data peribadiMelindungi maklumat adalah asas kepada hubungan penuh kepercayaan. Kami menghormati privasi orang lain dan melindungi data peribadi. Ini termasuk maklumat yang mungkin kita miliki berkenaan pekerja, pelanggan, pengguna dan orang lain.

Melindungi privasi individu dan data peribadi adalah penting bagi syarikat kita. Kita tidak mendedahkan maklumat peribadi tentang pekerja, pelanggan atau orang lain yang berurusan dengan kita, kepada orang luar malahan kepada orang dalam syarikat yang tiada keperluan perniagaan yang sah untuk mengetahui maklumat tersebut. Dalam situasi tertentu, menghantar maklumat peribadi adalah salah di sisi undang-undang. Jika anda menerima permintaan untuk maklumat peribadi tentang pekerja, pelanggan atau sekutu perniagaan lain, halakan permintaan tersebut kepada wakil Sumber Manusia anda. Prinsip berkenaan perlindungan privasi data dilaksanakan melalui pelbagai langkah seperti keselamatan IT, Pendedahan Maklumat Pekerja (Dasar 2.11) dan dasar Perlindungan Data Kesatuan Eropah.

Kami menghormati privasi orang lain dan melindungi data peribadi.

24Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Maklumat sulit orang lain Kami juga berhati-hati dengan maklumat sulit syarikat lain. Kami menghormati maklumat ini sebagaimana kami menghormati maklumat kami dan menggunakannya hanya untuk tujuan ia didedahkan kepada kami. Kami tidak mahu memiliki, menggunakan atau memanfaatkan maklumat dari syarikat lain tanpa izin mereka. Ini termasuklah maklumat sulit yang diperoleh pekerja melalui pekerjaan terdahulu mereka atau aktiviti di luar bidang kerja mereka.

Perdagangan orang dalamKadang-kadang semasa melakukan kerja, kita mengetahui tentang maklumat penting berkaitan dengan syarikat yang tidak diketahui oleh orang awam. Contoh bentuk maklumat ini termasuklah projek modal yang penting, perkembangan tindakan undang-undang, kemajuan teknologi atau produk baru, atau pemerolehan dan penyahlaburan. Berdagang dalam saham syarikat berdasarkan “maklumat bukan awam penting” ini – atau memberitahu orang lain tentang maklumat ini supaya mereka boleh berbuat sedemikian – dipanggil perdagangan orang dalam. Perdagangan orang dalam adalah salah di sisi undang-undang. Ia memutarbelitkan pasaran dan merosakkan kepercayaan. Kita tidak menggunakan atau mendedahkan maklumat kewangan atau maklumat sulit yang lain, atau mendedahkannya kepada ahli keluarga atau orang lain, bagi tujuan memperdagangkan saham atau sekuriti lain. Rujuk kepada Perdagangan Orang Dalam (Dasar 7.10) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda + tempat kerja

rujukan dasar

Prinsip 1.1 Kelakuan Beretika dan Sah Di Sisi

Undang-undang

Prinsip 1.4 Perlindungan Alam Sekitar, Kesihatan

dan Keselamatan

Dasar 2.1 Peluang Pekerjaan Sama Rata

dan Tindakan Afirmatif

Dasar 2.5   Kesihatan dan Keselamatan Pekerja

Dasar 2.6   Tempat Kerja Bebas Rokok

Dasar 2.7   Penyalahgunaan Bahan

Dasar 2.8   Tempat Kerja Bebas Gangguan

dan Keganasan

Dasar 2.11 Pendedahan Maklumat Pekerja

Dasar 2.15 Tiada Tindakan Balas

Dasar 2.16 Antinepotisme

Dasar 3.4 Pengawalan Dalaman

Dasar 4.3 Perlindungan Harta dan Operasi Syarikat

Dasar 7.10 Perdagangan Orang Dalam

Dasar 7.13 Perlindungan Maklumat Sulit dan Proprietari

Dasar 7.14 Sistem Pengurusan Data dan Komunikasi

Dasar 7.16 Paten

Dasar 7.17 Hak cipta

Dasar 7.18 Tanda dagangan

Dasar 7.20 Pelaporan dan Penyiasatan Perkara

Undang-undang dan Etika

Dasar 7.21 Penyimpanan dan Perlindungan Rekod

25Tatakelakuan

Soal&Jawab Anda + tempat kerja

Tentang anda

Apakah yang akan berlaku jika seseorang melanggar

Tata kami?

Syarikat membuat penyiasatan dan pada bila-bila masa

yang mungkin, membantu pekerja membetulkan tindakan

mereka dan belajar daripada pengalaman tersebut.

Bergantung pada sifat pelanggaran itu, pekerja boleh

dikenakan tindakan undang-undang sehingga dan termasuk

pemberhentian kerja.

Saya tidak bermaksud untuk melanggar Tata ini, tetapi

saya mendapat tahu bahawa saya telah melakukannya.

Adakah saya akan mendapat kesusahan jika saya

beritahu pengurus saya?

Kebanyakan kesilapan boleh dielakkan dengan meluangkan

masa dan memberikan perhatian semasa membaca dan

meneliti Tatakelakuan ini dan memahami dasar korporat.

Tetapi kesilapan berlaku, dan adalah baik untuk

memberitahu pengurus anda sejurus selepas anda

menyedarinya supaya perkara ini dapat diberikan perhatian.

Saya mahu merujuk kepada Jabatan Undang-undang

tentang keputusan yang dibuat, tetapi tidakkah itu akan

melambatkan proses?

Perkara yang penting ialah melibatkan Jabatan Undang-

undang awal-awal lagi; ia akan mempercepat proses jika

mereka terlibat pada peringkat awal.

Apa yang harus saya lakukan sekiranya undang-undang

setempat kelihatan tidak selaras dengan Tata ini?

Keadaan seperti itu amat sukar sekali untuk terjadi.

Sekiranya ia berlaku, hubungi Jabatan Undang-undang.

Tentang rakan sekerja anda

Sekiranya saya menimbulkan kebimbangan keselamatan

saya ketika ini, pengeluaran akan terjejas dan kami

mungkin terlepas tarikh akhir. Saya tidak mahu penyelia

saya terganggu dengan saya. Apa yang patut saya

lakukan?

Tarih akhir adalah penting, tetapi kesihatan dan

keselamatan adalah lebih utama. Kita semua komited pada

keutamaan ini. Syarikat sentiasa mahu anda

membangkitkan kebimbangan dengan segera, walaupun itu

bermaksud melambatkan pengeluaran, terlepas tarikh akhir

atau kehilangan peluang perniagaan.

Saya rasa rakan sekerja saya mungkin menghadapi

masalah dadah. Jika saya laporkannya, adakah dia akan

dipecat?

Tidak semestinya. Avery Dennison mengetahui bahawa

kebergantungan terhadap alkohol dan dadah ialah keadaan

yang boleh dirawat. Sumber Manusia dan Program Bantuan

Pekerja boleh membantu pekerja menangani

penyalahgunaan. Tetapi pekerja yang menggunakan atau di

bawah pengaruh dadah dan alkohol semasa bekerja boleh

dikenakan tindakan disiplin untuk mengekalkan keselamatan

semua orang di Avery Dennison.

Tentang syarikat

Apakah sebenarnya “maklumat sulit”?

Maklumat sulit ialah sebarang maklumat yang syarikat tidak

dedahkan atau sediakan kepada orang ramai. Maklumat

tentang ciptaan, kontrak, harga, produk baru, prototaip,

cadangan, data kewangan, rancangan atau strategi

perniagaan, serta pekerja ialah beberapa contoh. Perkara

lain termasuk laporan atau ramalan perolehan yang belum

didedahkan kepada orang awam, hasil penyelidikan dan

pembangunan atau maklumat tentang hubungan kita

dengan syarikat lain.

Adakah Avery Dennison membaca e-mel syarikat saya

dan mendengar mel suara saya?

Mengikut peraturan, syarikat tidak memantau komunikasi

perniagaan anda. Tetapi Avery Dennison mungkin

memantau maklumat yang melalui sistem syarikat, termasuk

e-mel, mel suara, pelayar Internet, komunikasi media sosial

Internet dan pemacu keras komputer, setakat yang

dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

Pilihan yang anda buat membentuk masa hadapan kita.

Anda+ pasaran

27Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Konflik kepentinganTindakan anda membawa makna. Apabila anda mengemudi potensi konflik kepentingan di tempat kerja, pilihan yang anda buat membentuk masa hadapan kita. Ada kalanya dengan serta merta anda boleh mengenali potensi konflik: sebagai contoh, abang anda memiliki syarikat yang sedang dipertimbangkan oleh Avery Dennison untuk dilantik sebagai pembekal. Walaupun konflik tersebut tidak begitu jelas — atau apabila hanya kelihatan seperti kemungkinan terdapat konflik kepentingan — cara yang anda pilih untuk mengendalikannya boleh menjejaskan reputasi syarikat dan reputasi anda sendiri.

Sebarang situasi yang berisiko mempengaruhi penilaian profesional anda, atau berpotensi menyebabkan persepsi bahawa penilaian profesional anda mungkin terjejas, ialah konflik kepentingan yang perlu anda dedahkan. Dalam keputusan perniagaan, kita semua mempunyai kewajipan untuk mengutamakan kepentingan Syarikat berbanding kepentingan peribadi. Dedahkan sebarang kemungkinan konflik kepentingan kepada pengurus anda atau Jabatan Undang-undang dan dalam Sijil Pematuhan tahunan.

Anda + pasaran

Anda boleh menunjukkan kepada dunia bahawa perniagaan beretika adalah perniagaan yang baik. Kepimpinan beretika anda menetapkan suasana dalam hubungan anda dengan pembekal dan rakan niaga lain. Dengan mengutamakan kepentingan syarikat berbanding kepentingan peribadi, melayani semua rakan niaga kita dengan adil dan menetapkan jangkaan kelakuan beretika, anda menunjukkan dengan jelas bahawa kita melakukan perkara yang betul.

Pembekal dan rakan niaga

28Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Pelaburan dan hubungan perniagaanKita berhati-hati untuk mengelakkan sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi, atau kelihatan seperti mempengaruhi, pertimbangan kita apabila mengendalikan perniagaan bagi pihak Avery Dennison. Secara umumnya, kita tidak seharusnya menjalankan perniagaan peribadi atau bersaing dengan syarikat, dan tidak memiliki “kepentingan” dalam mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan atau bersaing dengan syarikat. Suatu “kepentingan” adalah sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah pemilikan syarikat atau pelaburan dengan nilai pasaran sebanyak $100,000 atau lebih. Dan perkara yang sama juga terpakai untuk saudara rapat kita. Kepentingan ini mungkin dibenarkan dalam sesetengah keadaan tetapi hanya setelah mendapat kelulusan, seperti yang diterangkan dalam Konflik Kepentingan (Dasar 7.12).

Hadiah, makanan dan hiburanWalaupun pertukaran hadiah, makanan dan keraian ialah perkara biasa dalam banyak hubungan perniagaan, kita berhati-hati untuk menghindarinya walaupun ia hanya kelihatan seperti mungkin mempengaruhi urus niaga perniagaan dengan cara yang tidak wajar.

Adat memberikan hadiah dan ambang dasar hadiah boleh berbeza-beza mengikut rantau dan antara jenis pelanggan. Namun begitu, walau apapun adat tempatan, kita tidak boleh menawarkan atau memberikan apa-apa yang bernilai kepada mana-mana pegawai kerajaan tanpa kelulusan awal daripada Jabatan Undang-undang. Kita juga tidak menerima sebarang hadiah, makanan, hiburan atau sesuatu yang lain yang bernilai yang boleh dianggap sebagai mempengaruhi pertimbangan perniagaan kita. Jika kita ditawarkan hadiah, makan minum atau keraian sedemikian, kita melaporkannya kepada Jabatan Undang-undang secepat mungkin.

Ini adalah suatu isu yang kompleks. Lihat Konflik Kepentingan (Dasar 7.12) untuk membaca perbincangan penuh.

Kita berhati-hati untuk mengelakkan sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pertimbangan kita apabila mengendalikan perniagaan bagi pihak Avery Dennison.

29Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Kerja sampinganKita menunjukkan komitmen kita kepada Avery Dennison dengan memberikan tumpuan utama terhadap pekerjaan kita. Kita menjadi lebih cekap jika kita tidak membahagikan masa dan tenaga antara syarikat dan kerja sampingan. Jika berlaku keadaan yang menyebabkan kita terpaksa melakukan kerja sampingan, beritahu penyelia anda yang akan mengikut prosedur yang digariskan dalam Pekerjaan Sampingan (Dasar 2.12) untuk mendapatkan kelulusan awal. Jika anda perlu melengkapkan Sijil Pematuhan tahunan, dedahkan sebarang pekerjaan sampingan anda.

Jika kita mempunyai kerja sampingan, kita mestilah berhati-hati untuk memastikan ia tidak mengganggu kecekapan, kehadiran atau prestasi kerja di Avery Dennison. Kita juga tidak akan menerima tawaran pekerjaan luar dalam mana-mana perniagaan percetakan, perniagaan produk pelekat atau mana-mana perniagaan yang bersaing dengan atau membeli daripada atau menjual kepada mana-mana unit perniagaan syarikat.

Peluang korporatKita tidak mengambil peluang perniagaan yang Avery Dennison berhak ke atasnya, untuk diri kita sendiri. Jika kita menemui peluang perniagaan melalui Avery Dennison – sama ada melalui penggunaan harta, maklumat atau kedudukan syarikat – kita merujuk peluang itu kepada jabatan yang sesuai dalam syarikat. Tindakan tidak bersaing dengan Syarikat, secara langsung atau tidak langsung, kita memenuhi tanggungjawab untuk memajukan kepentingan perniagaan Avery Dennison pada bila-bila masa yang mungkin, menurut Kelakuan Beretika dan Sah Di Sisi Undang-undang (Prinsip 1.1) dan Konflik Kepentingan (Dasar 7.12).

Kita menunjukkan komitmen kita kepada Avery Dennison dengan memberikan tumpuan utama terhadap pekerjaan kita.

30Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Standard pembekalSelanjutnya, pembekal kita adalah sebahagian daripada budaya Avery Dennison, oleh itu kita sedaya upaya akan mengenakan standard etika yang kita ikuti pada mereka. Mereka terikat dengan Standard Pembekal Global Avery Dennison, yang memperincikan amalan terbaik dan tingkah laku beretika yang kita harapkan daripada pembekal kita.

Kita juga sedaya upaya akan mewajibkan pembekal agar bertanggungjawab dalam memastikan subkontraktor yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan untuk kita memenuhi standard ini, termasuk perkara penting berikut: • Kita tidak membenarkan pembekal kita menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksa. • Kita menghendaki pembekal menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerja mereka dan mematuhi semua undang-undang tempatan berkenaan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan dalam operasi mereka.

• Kita tidak membenarkan apa-apa jenis rasuah, sogokan atau bentuk lain pembayaran peribadi yang dikaitkan dengan urusan perniagaan kita.

Pelanggan dan pasaran

Jualan dan pemasaranKita bergantung kepada kualiti produk dan perkhidmatan kita untuk memenangi jualan, bukan suatu taktik yang tidak beretika. Itu bermaksud • Kita menjual produk dan perkhidmatan kita dengan jujur. • Kita tidak pernah terlibat dalam amalan pemasaran yang memperdaya dan mengelirukan. • Kita tidak pernah membuat kenyataan palsu tentang pesaing kita ataupun produk mereka. • Jika kita menyedari bahawa kita telah mewujudkan gambaran memperdaya, kita betulkan kesilapan itu.

Pembekal kita adalah sebahagian daripada budaya Avery Dennison, oleh yang demikian kita sedaya upaya akan mengenakan standard etika yang kita ikuti pada mereka.

31Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Urus niaga saksama dalam pasaranKita berurus niaga secara adil dengan semua pihak perdagangan. Kita tidak mengambil kesempatan terhadap sesiapa pun — termasuk pesaing — melalui pencurian, manipulasi, gambaran yang salah, atau apa-apa tindakan lain yang salah atau haram di sisi undang-undang. Kita tidak memberi atau menerima bayaran atau barang lain yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan pemberian kontrak atau urus niaga perniagaan yang lain.

Persaingan bijakKami menghormati pesaing kami dan kami menjaga harta intelektual mereka seperti kami menjaga harta intelektual kami sendiri. Kita mungkin mengumpulkan, berkongsi dan menggunakan maklumat tentang pesaing kita, tetapi kita lakukannya secara sah dan beretika. Sebagai contoh, kita mungkin mengumpulkan dan menggunakan maklumat dari pemfailan dengan agensi kerajaan yang tersedia kepada orang ramai, ucapan umum yang dibuat oleh eksekutif syarikat, laporan tahunan dan makalah yang diterbitkan. Kita tidak menerima, berkongsi atau menggunakan sebarang maklumat persaingan yang kita percaya dikumpulkan atau didedahkan dengan cara yang tidak wajar dan tidak betul.

Kami menghormati pesaing kami dan kami menjaga harta intelektual mereka seperti kami menjaga harta intelektual kami sendiri.

32Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

PersainganKita sentiasa mematuhi undang-undang antitrust yang menggalakkan persaingan yang adil dalam pasaran dan menghendaki pesaing bersaing berdasarkan syarat-syarat yang sama rata. Undang-undang antitrust mungkin dilanggari jika kita mengikat perjanjian – sama ada secara tersurat atau tersirat melalui tindakan kita – dengan pesaing yang menyekat persaingan atau menahan perdagangan dengan tidak wajar. Jangan bersetuju dengan pesaing untuk menetapkan harga, memperuntukkan pelanggan atau kawasan, menyelaras bidaan kontrak (dikenali sebagai “manipulasi bidaan”), mengehadkan keupayaan pengeluaran atau menolak hubungan pembekal atau pelanggan – semua aktiviti ini menyekat persaingan dan menyalahi undang-undang.

Malah tanggapan ketidakwajaran perjanjian dengan pesaing boleh memudaratkan reputasi kita, oleh itu kita tidak pernah berbincang dengan pesaing mana-mana yang berikut: • penentuan harga, • terma dan syarat jualan, • peruntukan pelanggan atau wilayah, atau • sebarang subjek lain yang mempengaruhi persaingan.

Syarikat kita mempunyai beberapa pelanggan daripada satu unit perniagaan yang merupakan pesaing dengan unit perniagaan yang sama atau unit perniagaan yang lain. Untuk mendapatkan panduan tentang cara berurusan dengan pelanggan tersebut, hubungi Jabatan Undang-undang.

Oleh sebab terdapat risiko melanggar undang-undang antitrust dalam interaksi dengan pesaing, kita tidak menyertai persatuan perdagangan tanpa kelulusan awal daripada Jabatan Undang-undang.

Subjek ini rumit. Sebagai titik permulaan, biasakan diri dengan Pematuhan Antitrust (Dasar 7.9) dan fahami pengertiannya bagi anda. Selain itu, latihan berasaskan web diberikan kepada pekerja secara berkala. Rujuk Jabatan Undang-undang sebelum anda bercakap dengan pesaing untuk menilai dan menangani kebimbangan antitrust atau persaingan yang adil.

Anda + pasaran rujukan dasar

Prinsip 1.1 Kelakuan Beretika dan Sah Di Sisi

Undang-undang

Prinsip 1.2 Tanggungjawab Pekerja Berkenaan Aset

Dasar 2.12 Pekerjaan Sampingan

Dasar 7.9 Kepatuhan Undang-undang Antitrust

Dasar 7.12 Konflik Kepentingan

33Tatakelakuan

Soal&Jawab Anda + pasaran

Pembekal dan rakan niaga

Apakah sebenarnya “konflik kepentingan”?

Konflik kepentingan ialah apabila kepentingan peribadi anda

(apa yang secara peribadinya baik untuk anda, rakan anda

atau saudara rapat anda) berbeza, atau kelihatan berbeza,

daripada apa yang baik untuk Avery Dennison. Contohnya,

jika anda perlu pergi ke tempat kerja menggunakan kapal

terbang, mungkin adalah bagus untuk anda membuat

tempahan dengan syarikat penerbangan yang memberikan

anda ganjaran perbatuan tambahan. Tetapi, syarikat

penerbangan lain mungkin mempunyai penerbangan

yang kurang mahal dan itu lebih baik untuk syarikat.

Apabila anda menghadapi konflik kepentingan, siapakah

yang dianggap sebagai saudara rapat?

Syarikat mentakrifkan saudara rapat sebagai suami atau isteri,

pasangan domestik, ibu bapa, datuk atau nenek, ibu bapa

mertua, anak, cucu, abang, kakak, abang ipar, kakak ipar atau

adik ipar, sama ada tinggal di rumah anda atau tidak.

Pelanggan dan pasaran

Bolehkan saya bertanya kepada pelanggan harga yang

dibayarnya untuk suatu produk yang kami cuba bekalkan?

Ya.

Jika pelanggan memberikan harga pesaing, bolehkan

saya menawarkannya pada harga yang lebih murah?

Mungkin. Anda sentiasa boleh menawarkan harga yang

sama dengan harga pesaing, tetapi menawarkan harga yang

lebih murah mungkin tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Ia bergantung pada keadaan dan sama ada anda

menawarkan harga yang rendah itu kepada semua

pelanggan. Hubungi Jabatan Undang-undang untuk

mendapatkan bantuan berkenaan situasi anda.

Bagaimana saya memulakan perbincangan di

pertunjukan perdagangan dengan pesaing yang juga

merupakan pelanggan atau pembekal?

Dengan berhati-hati. Hadkan perbincangan setakat yang

mungkin dan bataskannya kepada hubungan jual beli unit

perniagaan anda. Jangan sekali-kali cuba mempengaruhi

unit perniagaan lain yang bersaing dengan pelanggan atau

pembekal. Malah perbualan dengan pesaing tanpa apa-apa

niat boleh kelihatan melanggar undang-undang antitrust.

Rujuk kepada Jabatan Undang-undang untuk panduan

sebelum anda menghadiri pertunjukan perdagangan dengan

pelanggan atau pembekal yang juga merupakan pesaing.

Kita berusaha sedaya upaya membentuk dunia inspirasi yang kita mahukan dan meninggalkannya untuk generasi akan datang.

Anda+ dunia

35Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

KedayatahananDi Avery Dennison, kita percaya kepada pencapaian kejayaan perniagaan yang berdaya tahan melalui amalan ekonomi, sosial dan persekitaran yang bertanggungjawab yang membantu membina komuniti sihat di seluruh dunia. Kita berazam untuk menjadikan kelestarian sebagai perkara penting dalam segala yang kita lakukan. Matlamat kita ialah untuk mengimbangi aktiviti perniagaan yang memberikan manfaat kepada pemegang saham, pelanggan dan

pekerja kita dengan meningkatkan kualiti hidup masyarakat kita dan memulihara sumber asli dunia. Dengan memberikan tumpuan kepada pembaikan yang berterusan, kita berusaha meningkatkan nilai pemegang saham, melibatkan diri dalam program kemajuan sosial yang benar-benar memberikan kesan sebenar dan menegakkan kepimpinan bertanggungjawab terhadap alam sekitar kita.

Anda + dunia

Avery Dennison merupakan syarikat global dan kita komited untuk menjadi warga global yang baik. Merentasi sempadan, kita membina reputasi dalam setiap pertemuan, daripada berurus niaga dengan kerajaan kepada bertemu dengan seseorang dalam talian melalui minat profesional yang sama. Kita menghormati semua budaya sebagai sebahagian daripada standard etika kita. Bersama-sama, kita berusaha sedaya upaya membentuk dunia inspirasi yang kita mahukan dan meninggalkannya untuk generasi akan datang.

Jejak global

36Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

PersekitaranKita komited dalam amalan persekitaran yang bertanggungjawab dalam operasi pengilangan, rantaian pembekalan dan pembangunan produk. Kita berusaha untuk mengurus dan mengurangkan kesan persekitaran daripada aktiviti perniagaan kita dengan melaksanakan rancangan untuk memperbaik keefisianan tenaga bagi proses kita, mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dan sisa yang dijana, menghasilkan dan mempromosikan produk mesra alam, dan melindungi dan memelihara sumber alam semula jadi kita. Kita mempunyai beberapa program untuk memastikan peraturan alam sekitar disampaikan, difahami dan dipatuhi dengan berkesan.

Perlindungan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (Prinsip 1.4) dan Perlindungan dan Pematuhan Alam Sekitar (Dasar 4.2) menekankan janji kita untuk melindungi alam sekitar, melindungi nyawa manusia dan mengilangkan produk yang selamat.

Komuniti dan tanggungjawab sosialKesedaran dan keprihatinan anda membolehkan Avery Dennison menjadi ahli masyarakat yang boleh dipercayai di tempat kita beroperasi serta dalam masyarakat global. Kita mahu dikenali sebagai warga korporat contoh — aktif dalam masyarakat kita; komited pada kepelbagaian pekerja, pembangunan, kesihatan dan keselamatan, serta standard tenaga kerja global; dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam pasaran membangun dan juga wilayah dunia yang sedang membangun di tempat kita beroperasi. Usaha dan matlamat kelestarian kita diperincikan dalam Laporan Kelestarian dwitahunan kita yang boleh didapati di laman web korporat kita.

Avery Dennison menggalakkan keahlian individu dalam organisasi sivik, amal dan bersifat dermawan. Sumbangan Amal (Dasar 6.7) menerangkan cara syarikat membuat sumbangan amal.

Kurangkan. Lindungi. Pulihara.

37Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Kerajaan

Pematuhan perdaganganBanyak kerajaan di seluruh dunia telah mewujudkan kawalan perdagangan yang mengehadkan urus niaga perniagaan dengan negara dan pihak tertentu, dan mengawal pergerakan barangan merentasi sempadan negara. Kita mematuhi semua kawalan perdagangan yang berkenaan dengan perniagaan kita dan berhati-hati agar tidak menjalankan perniagaan dengan pihak yang dilarang atau mengimport atau mengeksport barang terlarang. Sebagai syarikat A.S., kita mesti mematuhi semua kawalan perdagangan A.S. Kita juga mematuhi undang-undang yang berkenaan di tempat kita menjalankan perniagaan kita.

Undang-undang dalam bidang ini adalah kompleks dan tertakluk kepada perubahan yang kerap. Rujuk Sekatan Eksport (Dasar 7.22) dan Pengurusan Perdagangan Global atau Jabatan Undang-undang jika anda mempunyai kebimbangan tentang sebarang aktiviti perdagangan syarikat.

Kita juga tidak mengambil bahagian dalam mana-mana boikot antarabangsa yang ditujukan kepada negara-negara rakan Amerika Syarikat. Kita tidak akan bersetuju kepada sebarang permintaan untuk tidak menjalankan perniagaan dengan atau di dalam negara yang diboikot, atau untuk menyediakan maklumat berkaitan boikot (contohnya, berkaitan dengan bangsa, agama, negara asal atau mematuhi boikot) kepada syarikat atau negara yang memboikot. Kita melaporkan semua permintaan berkaitan boikot kepada Jabatan Undang-undang, seperti yang dikehendaki oleh Boikot Antarabangsa (Dasar 7.11).

Sebagai syarikat A.S., kita mematuhi semua kawalan perdagangan A.S. di mana sahaja kita menjalankan perniagaan.

38Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Rasuah dan sogokanSogokan ialah penawaran atau pemberian sesuatu yang bernilai untuk mempengaruhi tindakan pegawai kerajaan atau pihak ketiga lain bagi mendapatkan kelebihan perniagaan. Sogokan adalah menyalahi undang-undang di banyak negara. Wang tunai, setara wang tunai, janji untuk memberikan pekerjaan pada masa depan dan hadiah atau keraian yang mewah ialah contoh item bernilai yang jika ditawarkan atau diberikan boleh dianggap sebagai sogokan.

Kita memenangi perniagaan berdasarkan merit kerja kita, tidak pernah melalui sogokan atau rasuah kepada pegawai kerajaan atau pihak lain yang menjalankan perniagaan dengan kita. Ini juga bermakna kita tidak pernah menawarkan apa-apa yang bernilai kepada mana-mana pegawai kerajaan untuk mempengaruhi tindakan rasmi, termasuk: • pengeluaran permit, • mendapatkan layanan cukai atau kastam yang lebih baik, atau • mengelakkan sesuatu undang-undang daripada dilaksanakan.

Kita tidak pernah menggunakan pihak ketiga seperti subkontraktor, perunding atau ejen, untuk membayar rasuah. Untuk mengelakkan walaupun hanya tanggapan kesalahan, rujuk Jabatan Undang-undang sebelum memberikan apa-apa ihsan perniagaan atau apa-apa hadiah kepada pegawai, pelanggan atau pembekal kerajaan.

Undang-undang dan peraturan yang sama dengan Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), Konvensyen mengenai Memerangi Rasuah Pegawai Asing dalam Urus Niaga Perniagaan Antarabangsa, Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan Akta Rasuah UK semakin bertambah bilangan dan kerumitannya. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang ini dan kesannya terhadap operasi kita di seluruh dunia dalam Kelakuan Beretika dan Sah Di Sisi Undang-undang (Prinsip 1.1).

Kita memenangi perniagaan berdasarkan merit kerja kita.

39Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Siasatan kerajaanKita memberi kerjasama penuh dengan mana-mana kerajaan yang meminta maklumat. Kita memberikan maklumat yang benar, lengkap dan tepat kepada kerajaan apabila diminta. Kita mengikut tatacara yang diperincikan dalam Tindak balas terhadap Penyiasatan Kerajaan (Dasar 7.8) dan memaklumkan kepada Jabatan Undang-undang dengan segera tentang permintaan maklumat oleh mana-mana kerajaan. Jabatan Undang-undang menyelaras permintaan dan memastikan bahawa hak Avery Dennison dilindungi, di samping memberikan tindak balas yang tepat dan lengkap.

Media

Media sosialKita berkongsi identiti sebagai pekerja Avery Dennison, tetapi kita juga adalah individu dengan pemikiran, pandangan dan minat yang tersendiri. Di luar waktu kerja, kita mungkin menulis blog, membuat siaran pada rangkaian sosial, bermain dalam dunia maya atau menyumbang kepada wiki. Walaupun dalam aktiviti peribadi ini, penglibatan media sosial kita mestilah selaras dengan kewajipan kita terhadap syarikat dan para pekerja, pelanggan, pembekal dan rakan niaga yang lain.

Ini mudah untuk dipraktikkan melalui garis panduan umum ini: • Pada halaman peribadi, jangan bercakap bagi pihak Avery Dennison melainkan anda dilantik sebagai jurucakap.

• Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat sulit syarikat atau merujuk kepada pelanggan, pembekal, rakan niaga atau pekerja tanpa keizinan mereka.

Walaupun dalam aktiviti peribadi, penglibatan media sosial kita mestilah selaras dengan kewajipan kita terhadap syarikat.

40Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

• Hormati Garis Panduan Jenama Global Avery Dennison. • Patuhi semua undang-undang tanda dagangan, hak cipta, penggunaan adil, rahsia perniagaan dan pendedahan kewangan.

• Berhati-hati agar tidak menyiarkan tentang kejadian kecemasan di lokasi anda di media sosial. • Kenalkan diri anda sebagai pekerja Avery Dennison dan jelaskan bahawa anda bercakap bagi diri anda sendiri dan bukannya syarikat apabila menyebut Avery Dennison atau perniagaannya.

Lihat Rangkaian Sosial Internet (Dasar 6.9), Garis Panduan Media Sosial dan Garis Panduan Jenama Global kita untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Media beritaSebahagian daripada nilai syarikat bergantung pada mesej konsisten dan tepat yang didengari dunia daripada kita. Untuk memastikan mesej kita sentiasa tepat, hanya jurucakap yang dilantik sahaja boleh memberikan maklumat tentang syarikat kepada media berita, komuniti pelaburan atau mana-mana orang luar yang lain. Ini terutamanya penting dalam keadaan kecemasan. Rujukkan permintaan maklumat daripada media kepada Komunikasi Korporat.

Lihat Komunikasi kepada Media Berita (Dasar 6.2) untuk mendapatkan butiran lanjut.

Anda + dunia rujukan dasar

Prinsip 1.1 Kelakuan Beretika dan Sah Di Sisi

Undang-undang

Prinsip 1.4 Perlindungan Alam Sekitar, Kesihatan

dan Keselamatan

Dasar 4.2 Perlindungan dan Pematuhan Alam Sekitar

Dasar 6.2 Komunikasi dengan Media Berita

Dasar 6.3 Perhubungan Awam Kewangan

dan Pendedahan

Dasar 6.4 Pengumuman Organisasi

Dasar 6.5 Pengumuman Tentang Pemerolehan,

Penyahlaburan dan Urus Niaga Perniagaan

yang Penting

Dasar 6.7 Sumbangan Amal

Dasar 6.9 Perangkaian Sosial Internet

Dasar 7.8 Tindak balas terhadap Penyiasatan Kerajaan

Dasar 7.11 Boikot Antarabangsa

Dasar 7.22 Sekatan Eksport

41Tatakelakuan

Soal&Jawab Anda + dunia

Jejak global

Di lokasi saya terdapat pegawai profesional Alam

Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan. Adakah itu

bermakna saya tidak perlu risau tentang

kedayatahanan?

Kelestarian adalah tanggungjawab setiap orang. Ia adalah

salah satu daripada nilai teras kita. Setiap seorang daripada

kita boleh menyumbang idea, dan dengan bertindak dengan

penuh tanggungjawab, setiap seorang daripada kita boleh

mendatangkan kesan positif. Kita memerlukan sumbangan

semua orang untuk hidup dan bekerja dengan lebih lestari

demi melakukan perubahan untuk masa depan.

Kerajaan

Siapakah “pegawai kerajaan”?

Menurut undang-undang, pegawai kerajaan termasuk

kakitangan kerajaan di semua peringkat, pekerja di entiti

yang dikawal kerajaan dan perusahaan atau syarikat milik

kerajaan negeri, serta parti politik dan calon untuk jawatan

politik. Di sesetengah negara, sukar untuk mengenali

syarikat milik kerajaan. Jika anda tidak pasti, rujuk kepada

Jabatan Undang-undang.

Bagaimana boleh saya mendapat tahu sama ada bakal

pelanggan adalah daripada pihak yang dilarang?

Hubungi wakil Pengurusan Perdagangan Global serantau

anda untuk mendapatkan jawapan anda atau mengarahkan

anda ke sumber yang betul.

Bagaimana saya boleh menegakkan prinsip beretika kita

di negara yang mengamalkan pemberian rasuah kepada

pegawai kastam dan pesaing kita mungkin

melakukannya?

Walaupun ia nampak susah, tetapi kita sentiasa boleh

menjalankan perniagaan tanpa rasuah. Hubungi Jabatan

Undang-undang untuk membantu anda mendapatkan

pendekatan beretika yang bersaingan.

Media

Saya menulis catatan blog tentang kemahiran

profesional saya. Adakah saya patut berterus terang

tentang hubungan saya dengan Avery Dennison?

Dalam dunia dalam talian, ketelusan tentang perhubungan

syarikat adalah etiket yang baik. Hanya tambah baris ini ke

blog, sembang atau entri lain dalam talian: “Pandangan

yang diutarakan adalah pandangan peribadi saya dan tidak

mewakili pandangan Avery Dennison”.

Pentadbiran Tatakelakuan ini

43Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Penyiasatan dan tindak balasSyarikat mengambil berat dan menjalankan penyiasatan sewajarnya terhadap semua kemungkinan pelanggaran undang-undang atau Tatakelakuan ini. GEC menyelia penyiasatan untuk perniagaan mereka, selepas berunding dengan Ketua Pegawai Pematuhan dan Penasihat Undang-undang. Pakar bidang yang berkaitan mungkin menjalankan penyiasatan jika ditugaskan oleh GEC.

Selepas penyiasatan diselesaikan, pengurusan menentukan sebarang tindakan yang perlu diambil. Tidak balas mungkin termasuk tindakan pemulihan (seperti latihan, kawalan dipertingkat, bimbingan khusus atau komunikasi) atau tindakan disiplin. Tindakan disiplin yang melibatkan kemungkinan pemberhentian kerja dikaji semula oleh Sumber Manusia.

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Avery Dennison komited untuk mentadbir Tatakelakuan ini, menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan yang sesuai dengan cara hormat, dirahsiakan setakat yang mungkin dan adil. Ketua Pegawai Pematuhan kita, bersama dengan Penasihat Etika Kumpulan (GEC), bertanggungjawab terhadap pentadbiran Tatakelakuan ini, dengan pengawasan Penasihat Undang-undang dan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Tanggungjawab Sosial Lembaga Pengarah.

44Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Syarikat akan mengendalikan penyiasatan secara sulit yang mungkin, selaras dengan penyiasatan penuh dan adil.

Avery Dennison tidak akan bertolak ansur dengan tindakan balas terhadap sesiapa yang dengan jujur, melaporkan kemungkinan pelanggaran terhadap Tatakelakuan ini. Tindakan balas boleh berbentuk pekerja diberhentikan, diturunkan pangkat, ditugaskan semula, manfaat dinafikan, kenaikan pangkat dinafikan, latihan dinafikan atau dikecualikan daripada mesyuarat penting. Tindakan balas terhadap pekerja yang dengan jujur membuat laporan tentang pelanggaran yang disyaki ialah asas untuk pemecatan.

Pelaporan yang tidak jujurMembuat tuduhan palsu dengan sengaja, berbohong kepada pihak yang menjalankan penyiasatan atau menolak untuk bekerjasama semasa penyiasatan ialah tindakan yang melanggar Tatakelakuan. Mana-mana pekerja yang melanggar Tatakelakuan dengan cara ini akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian kerja.

Tindakan disiplin untuk pelanggaran TatakelakuanKami berusaha untuk kekal konsisten dan adil dalam menjalankan tindakan displin bagi pelanggaran Tata ini. Tindakan disiplin termasuk amaran lisan atau bertulis; digantung kerja dengan atau tanpa gaji; kehilangan atau pengurangan ganjaran insentif; diturunkan pangkat; atau, untuk kesalahan paling serius atau salah laku berulang, pemecatan.

PenepianLembaga Pengarah atau jawatankuasa yang dilantik mesti meluluskan sebarang penepian peruntukan Tatakelakuan ini, dan syarikat akan mendedahkan penepian itu secara umum seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kami berusaha untuk kekal konsisten dan adil dalam melaksanakan disiplin.

Kajian kes ini bertujuan mencabar dan selalunya tidak mempunyai jawapan yang jelas. Sesetengah senario ini berdasarkan kejadian sebenar yang dilaporkan kepada Business Conduct GuideLine. Senario ini menunjukkan bahawa dilema etika yang mungkin anda hadapi semasa bekerja di Avery Dennison mungkin menghendaki anda mendapatkan bimbingan – daripada pengurus anda, Sumber Manusia, Penasihat Etika Kumpulan atau pegawai Jabatan Undang-undang yang lain atau Business Conduct GuideLine.

Kajian Kes

46Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Rahsia perniagaan dan kerahsiaan

SituasiSeorang pelanggan dengan tidak disengajakan telah menghantar pesanan pembelian yang dimaksudkan untuk pesaing kepada

anda. Apakah yang boleh anda lakukan dengan maklumat yang anda peroleh?

BimbinganKembalikan dengan segera, seperti yang anda lakukan dengan mel yang bukan kepunyaan anda. Jangan bertindak ke atas

maklumat dalam mana-mana dokumen yang diterima secara silap dan jangan majukan dokumen itu kepada orang lain. Simpan

dokumentasi yang menyatakan anda menerima dan mengembalikan pesanan pembelian tersebut, dan beritahu pengirim bahawa

pesanan itu telah tersilap dihantar kepada anda. Jika pesanan pembelian telah dihantar melalui e-mel, padamkannya daripada peti

masuk, folder dihantar dan folder sarap.

SituasiUnit perniagaan anda mengikat perjanjian kerahsiaan dengan seorang pelanggan dan tidak lama kemudian pelanggan menghantar

Permintaan Sebut Harga. Pada masa yang sama, pejabat Korporat Avery Dennison mengekalkan perkhidmatan perunding luar

untuk membangunkan strategi jangka panjang bagi unit perniagaan anda. Perunding tersebut meminta salinan Permintaan Sebut

Harga daripada anda. Perunding mendesak supaya salinan sebut harga diberikan kepadanya, dengan merujuk kepada beberapa

keadaan yang mana dia menerima maklumat sulit pihak ketiga daripada unit perniagaan Avery Dennison untuk melengkapkan

kerjanya. Perunding itu juga merujuk kewajipan kerahsiaannya sendiri kepada Avery Dennison. Anda enggan memberikan sebut

harga itu kepada perunding kerana kewajipan kerahsiaan unit anda.

BimbinganAnda menangani perkara itu dengan wajar. Pertama sekali, keadaan yang mana perunding itu memperoleh maklumat sulit pihak

ketiga yang diterimanya daripada Avery Dennison adalah berdasarkan kebenaran khusus oleh pihak ketiga itu. Kebenaran ini

membolehkan Avery Dennison berkongsi maklumat sedemikian dengan penasihat luarnya. Tetapi dalam kes ini, perjanjian

kerahsiaan pelanggan tidak akan membenarkan pemindahan maklumat sulit kepada perunding. Perkara tersebut diselesaikan

dengan cara mendapatkan pindaan perjanjian kerahsiaan dengan pelanggan untuk membenarkan unit perniagaan anda berkongsi

maklumat dengan perunding.

47Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Antitrust

Situasi Unit perniagaan anda mendapati terdapat keperluan untuk meningkatkan harga disebabkan oleh kenaikan harga oleh beberapa

pembekalnya. Unit perniagaan anda hilang urus niaga selepas menaikkan harganya pada masa lalu. Oleh itu, anda ingin menguji

reaksi pasaran terhadap peningkatan harga sebelum melaksanakannya. Tujuan anda adalah untuk melihat sama ada anda boleh

belajar daripada pelanggan, susulan pengumuman tentang kemungkinan peningkatan, sama ada pesaing akan menurut jejak

dengan meningkatkan harga mereka. Adakah ini dibenarkan?

Bimbingan Ini mungkin dilihat sebagai “isyarat harga” kepada para pesaing anda: anda memberikan isyarat, dan pesaing menerima isyarat

tersebut dan bertindak begitu juga. Aktiviti ini dianggap sebagai penetapan harga dan dilarang oleh undang-undang antitrust.

Walaupun mungkin terdapat sebab atau hujah untuk melaksanakan proses sedemikian, ia secara umumnya kurang bijak.

Semak dengan Jabatan Perundangan sebelum menerima pakai sebarang strategi yang sedemikian.

Situasi Orang hubungan penting anda di pihak pelanggan/pesaing menghantar e-mel kepada anda: “Kami benar-benar ingin

meningkatkan jualan kami dalam segmen X. Ia sangat penting kepada kami. Saya mendapat tahu unit perniagaan anda yang lain

akan mengeluarkan produk baru dalam segmen X. Jika anda ingin meneruskan perniagaan dengan kami, kami mengesyorkan

anda sampaikan pesanan kepada bahagian yang lain itu untuk berundur.” Apa yang perlu anda lakukan?

BimbinganBeritahu pelanggan/pesaing itu bahawa unit perniagaan yang lain akan membuat keputusan sendiri tentang sama ada ingin

menceburi pasaran dengan produk baru itu atau tidak, dan anda hanya boleh berbincang tentang urusan anda dengan pelanggan/

pesaing itu. Pastikan anda tidak melakukan atau mengatakan apa-apa yang menunjukkan bahawa Avery Dennison akan mengikat

apa-apa bentuk perjanjian atau perjanjian “quid pro quo” berkaitan produk baru dan perniagaan lain pelanggan/pesaing. Selain itu,

laporkan interaksi tersebut dengan segera kepada Jabatan Undang-undang.

48Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Sogokan

SituasiAnda mengembangkan perniagaan di negara yang mementingkan orang hubungan dan anda sedang memikirkan untuk melantik

seorang perunding bagi “membuka pintu” dan membuat pengenalan kepada pegawai kerajaan. Adakah sesuatu yang tidak kena

dengan perkara ini?

BimbinganApabila melantik perunding, usaha yang wajar perlu dilakukan bagi memastikan perunding itu memiliki kelayakan dan pengalaman

yang diperlukan, tidak meminta bayaran yang terlalu tinggi, dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan atau organisasi

berkaitan kerajaan. Perunding dilantik semata-mata berasaskan “pintu terbuka” dan membuat pengenalan boleh meningkatkan

kebimbangan tentang kemungkinan sogokan. Rujuk Jabatan Undang-undang sebelum melantik mana-mana perunding sedemikian.

SituasiUnit perniagaan anda baru saja menyiapkan satu pelaburan modal utama yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa kerajaan.

Tarikh siap hampir dengan perayaan besar di negara anda, di mana sudah menjadi kelaziman bagi ahli perniagaan membawa

keluar pelanggan dan sekutu perniagaan yang lain untuk meraikannya. Oleh sebab projek ini berjalan lancar dan berjaya, anda

mempertimbangkan untuk mengadakan jamuan makan malam bagi menyatakan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai

kerajaan yang terlibat dengan projek ini. Adakah anda harus berbuat demikian?

BimbinganDalam hal yang berkaitan dengan keraian pegawai kerajaan, anda harus mempertimbangkan sama ada keraian itu

berkemungkinan melanggar undang-undang antisogokan. Dalam kes ini, memandangkan projek telah selesai dan tiada lagi

kelulusan yang belum selesai atau permit yang diperlukan, unit perniagaan tidak akan mendapat manfaat dengan meraikan

pegawai kerajaan. Jika keraian kepada pegawai kerajaan berlaku pada masa yang menjadi kebiasaan di negara tersebut untuk

keraian yang sedemikian diadakan, ia mungkin boleh diterima di bawah undang-undang antisogokan tempatan. Namun begitu,

penting bagi anda untuk mendapatkan nasihat Jabatan Undang-undang sebelum meneruskannya.

49Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

SituasiUnit perniagaan Avery Dennison beroperasi dalam zon terikat. Kelulusan pelanggan diperlukan untuk semua pergerakan

barangan dalam dan luar daripada zon tersebut. Undang-undang tempatan memerlukan syarikat menyediakan penginapan

atau pengangkutan dan makanan kepada pegawai kastam. Pegawai kastam tempatan meminta elaun tunai bagi pengangkutan

dan makanan, seperti yang dibenarkan oleh peraturan tempatan. Adakah anda boleh memberikan elaun tunai?

BimbinganDi bawah Akta Amalan Rasuah Asing A.S. dan undang-undang antisogokan lain, langkah berjaga-jaga tambahan perlu dilakukan

apabila berurus niaga dengan pegawai kerajaan. Walaupun dibenarkan untuk menyediakan pengangkutan dan makan minum

kepada pegawai kastam (berbentuk benda), kita tidak dibenarkan untuk memberikan wang tunai atau kupon tunai seperti kupon

bahan api kepada mereka. Anda perlu merujuk Jabatan Undang-undang untuk menentukan sama ada khidmat mengambil

penumpang dan makan minum di kafeteria adalah lebih boleh diterima. Jika Jabatan Undang-undang menentukan kos tersebut

adalah sesuai, penting untuk anda memastikan bahawa kos itu direkodkan dengan betul bagi menunjukkan bahawa kos itu

diberikan kepada pegawai kastam.

Konflik kepentingan

SituasiPasangan pekerja anda menjual produk kepada syarikat. Produk tersebut dijual pada harga bersaingan dan syarikat menyukai

produk tersebut. Sebenarnya, pasangan pekerja tersebut boleh membekalkan produk tersebut dengan lebih murah dan cekap

berbanding mana-mana pembekal berpotensi yang lain. Perhubungan ini telah terjalin tanpa pengetahuan anda atau mendapat

kelulusan daripada sesiapa selain pengurus pembelian tempatan. Adakah sesuatu yang tidak kena dengan perkara ini?

BimbinganOleh sebab hubungan ini tidak didedahkan dengan cara yang betul kepada pihak pengurusan pada peringkat permulaan

hubungan ini terjalin, tindakan ini melanggar dasar konflik kepentingan. Kelulusan sepatutnya diminta daripada pihak atasan,

dengan pekerja tersebut dan pengurus pembelian dikecualikan daripada proses pembuatan keputusan.

50Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

SituasiPekerja anda memenangi pilihan raya suruhanjaya perancangan tempatan di pekan kecil tempat Avery Dennison beroperasi.

Pekerja tersebut memberitahu anda. Sebagai penyelianya dan ingin menyokong komitmen pekerja kepada masyarakat setempat,

anda meluluskannya. Adakah ini wajar?

BimbinganTidak. Anda sepatutnya merujuk Sumber Manusia dan Jabatan Undang-undang sebelum memberikan kelulusan anda. Konflik

kepentingan yang tidak dapat dielakkan mungkin wujud, memandangkan sifat jawatan yang bakal disandang. Mungkin terdapat

keadaan yang mana kepentingan pemilikan Avery Dennison berbeza daripada rancangan majlis perbandaran, dan tugas dan

kewajipan pekerja akan berbelah bagi. Pekerja juga akan berada dalam kedudukan yang sukar apabila mengetahui maklumat sulit

daripada Avery Dennison dan juga majlis perbandaran.

SituasiSalah seorang pengurus anda memiliki sebuah pangsapuri yang ingin disewakan. Pengurus itu mengetahui bahawa pihak Sumber

Manusia sedang mencari pangsapuri untuk disewa sebagai kediaman kakitangan yang membuat perjalanan ke kawasan tersebut

dan memerlukan kediaman sementara. Pihak Sumber Manusia menentukan bahawa Avery Dennison perlu menyewa kediaman itu,

lalu menandatangani penyewaan tiga tahun yang sejajar dengan kadar pasaran. Walaupun Sumber Manusia menyedari situasi

tersebut, anda, penyelia pengurus itu, tidak menyokong urus niaga tersebut. Pengurus tersebut seterusnya mengarahkan rakan

sekerjanya di Bahagian Kewangan supaya membuat penangguhan bayaran sewa bulanan oleh syarikat, dan kemudiannya

membuat bayaran bagi pihaknya untuk perbelanjaan peribadi yang ditanggung. Rakan sekerja itu setuju untuk melakukannya

sebagai sokongan untuk pengurus tersebut. Adakah mana-mana antara aktiviti ini sesuai?

BimbinganIni jelas sekali menunjukkan keadaan konflik kepentingan. Walaupun perjanjian sewaan selaras dengan kadar pasaran, dan

Sumber Manusia serta pihak lain menyedari bahawa pangsapuri itu kepunyaannya, pengurus itu perlu mendedahkan keadaan itu

kepada anda dan meminta kelulusan anda. Selain itu, menjadi kesalahan bagi pengurus itu meminta rakan sekerja di Bahagian

Kewangan mengendalikan pembayaran untuk perbelanjaan peribadinya. Rakan sekerja itu seharusnya menolak dan melaporkan

permintaan tersebut.

51Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

SituasiSelepas Avery Dennison menyewa syarikat untuk menguruskan sisa perkilangannya di lokasi yang tertentu, anda sedar bahawa

sisa buangan itu semakin bertambah dan semakin banyak. Anda mengesyaki vendor itu telah mengupah pengendali untuk

menghasilkan bahan buangan tambahan yang boleh dijual di pasaran gelap. Anda mempertimbangkan pelbagai pilihan, termasuk

mengupah penyiasat persendirian, menamatkan khidmat vendor tersebut dan semua pekerja yang terlibat; bercakap dengan

pekerja dan vendor terlibat dan mengingatkan mereka supaya menghentikan kelakuan ini; atau melaporkan keadaan ini kepada

Jabatan Undang-undang atau Business Conduct GuideLine. Apa yang perlu anda lakukan?

BimbinganAdalah salah untuk anda mengambil apa-apa tindakan langsung tanpa menyemak terlebih dahulu dengan Penasihat Etika

Kumpulan atau penasihat unit perniagaan anda. Dasar syarikat menghendaki semua penyiasatan diarahkan oleh Jabatan

Undang-undang. Di samping implikasi undang-undang kerana membuat penyiasatan yang tidak wajar, terdapat beberapa isu

mengenai pembuangan pekerja dan penamatan khidmat vendor, serta kemungkinan pertuduhan jenayah dan juga tindakan

undang-undang yang lain terhadap vendor dan pekerja. Perkara ini mesti diuruskan oleh Jabatan Undang-undang dan bukan

oleh pihak kepimpinan kilang atau penyiasat luar.

Pematuhan perdagangan

SituasiSeorang pembekal memberikan perkhidmatan kepada unit perniagaan anda di sebuah negara tertentu tetapi mengarahkan anda

menghantar bayaran ke akaun bank di negara lain. Adakah ini boleh mendatangkan masalah?

BimbinganMungkin ya. Pembekal ini mungkin meminta bayaran di bidang kuasa yang lain untuk mengelakkan cukai. Berunding dengan

Jabatan Undang-undang supaya keadaan ini boleh diperiksa dengan teliti.

52Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

SituasiMemandangkan sekatan tertentu ke atas pengimportan barangan dari Negara A, Avery Dennison memberikan jaminan kepada

pelanggan bahawa kita tidak akan menjual kepada mereka barangan yang dibuat di Negara A. Walau bagaimanapun, berlaku

kekurangan produk dan Negara A ialah satu-satunya lokasi Avery Dennison yang boleh menampung kekurangan produk tersebut.

Anda mendapat tahu bahawa tanpa berunding dengan pelanggan, wakil jualan memutuskan bahawa lebih penting untuk

memenuhi pesanan pelanggan dan menyampaikan produk kepada pelanggan dari Negara A. Dia menyembunyikan fakta ini

daripada pelanggan dan mengarahkan kerani perkhidmatan pelanggan untuk memalsukan dokumen kastam, menunjukkan

bahawa produk tersebut datang dari negara lain. Adakah anda bertanggungjawab untuk melaporkan perkara ini?

BimbinganDengan memalsukan dokumentasi, wakil jualan itu telah melanggar Tatakelakuan dan perjanjian dengan pelanggan.

Mungkin terdapat implikasi yang penting terhadap pelanggan, yang bertanggungjawab untuk mengimport barang ke negaranya.

Anda mesti melaporkan perkara ini kepada Jabatan Undang-undang.

SituasiDalam keadaan yang digambarkan di atas, pegawai kastam membuka kontena secara rawak dan mendapati dokumen yang

berkaitan tidak menunjukkan negara asal produk. Agensi kastam menyiasat dan menghantar surat kepada Avery Dennison untuk

mendapatkan penjelasan. Surat tersebut sampai kepada wakil jualan yang pada asalnya menyembunyikan maklumat ini dan

dia memutuskan untuk mengendalikan permintaan tersebut tanpa berunding dengan penyelianya. Dia menulis kepada pegawai

kastam bagi pihak syarikat, sekali lagi memalsukan maklumat. Adakah terdapat kemungkinan keadaan ini dapat diselesaikan?

BimbinganWakil jualan tersebut telah memburukkan lagi keadaan. Dia sepatutnya merujuk penyelianya dan memberitahu Jabatan Undang-

undang tentang keadaan tersebut. Sebelum membuat penyiasatan atau menyelesaikan kemungkinan pelanggaran, pekerja mesti

menghubungi Jabatan Undang-undang atau Business Conduct GuideLine.

53Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Tempat kerja selamat

SituasiAnda terdengar komen daripada pekerja lain yang mengatakan “bosan dengan tempat ini” dan mungkin melakukan kerosakan

terhadap harta syarikat. Pengadu cenderung membuat kenyataan kasar yang luar biasa. Disebabkan reputasinya, anda cenderung

menganggap komennya hanya sebagai cara meluahkan perasaan. Apa yang anda perlu lakukan jika sesuatu berlaku?

BimbinganSebarang komen yang disebut yang menyebabkan kemudaratan kepada kakitangan atau harta syarikat mesti diambil berat dan

perlu dilaporkan dengan segera kepada penyelia, Sumber Manusia atau Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan. Anda tidak

seharusnya cuba mentafsirkan komen atau niat melakukannya.

SituasiAnda menyedari tentang tindak balas buruk terhadap kesihatan atau kebimbangan keselamatan yang ketara berkaitan dengan

salah satu produk syarikat. Adakah anda bertanggungjawab untuk melaporkannya?

BimbinganJika anda menyedari terdapat kebimbangan sedemikian, rujuk hal itu dengan segera kepada wakil pematuhan produk anda.

54Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Pengedar

SituasiPengedar besar untuk Avery Dennison mengetahui tentang program rebat yang kita adakan dengan satu daripada pengguna

akhir kita. Program ini adalah rahsia dan walaupun kebanyakan jualan melalui pengedar tertentu ini, pengguna akhir tidak dihadkan

untuk membeli produk kita daripada pengedar tersebut. Pihak pengedar menghubungi wakil jualan tempatan Avery Dennison dan

menuntut bayaran rebat diberikan dan dia akan “mengendalikan perkara itu seterusnya” dengan pengguna akhir. Apa yang perlu

anda lakukan?

BimbinganKita mempunyai kewajipan undang-undang dan etika untuk memenuhi syarat-syarat program rebat dengan pengguna akhir,

yang bermaksud mengekalkan kerahsiaan program tersebut. Anda harus cuba menentukan cara pengedar mengetahui tentang

program rebat tersebut, namun anda tidak harus membincangkan butiran program tersebut dengan pengedar itu. Anda juga harus

memaklumkan pihak pengurusan kanan dan Jabatan Undang-undang tentang perlanggaran kerahsiaan. Pengguna akhir juga perlu

diberitahu. Syarikat kita tidak boleh memenuhi permintaan ini untuk melencongkan rebat kepada pengedar. Dengan berbuat

begitu akan melanggar hak kontraktual pengguna akhir kepada rebat, dan akan memberi kesan kepada pengguna akhir supaya

membeli secara eksklusif daripada pengedar tertentu ini.

SituasiAvery Dennison mempunyai beberapa pengedar yang bersaing dalam bandar besar. Selepas terlepas bidaan kerja yang besar,

salah satu pengedar terbesar menghubungi wakil jualan tempatan Avery Dennison untuk mengadu tentang “potongan harga”

bagi tugas yang terlepas itu. Pengedar terbesar telah memberitahu anda, wakil tempatan, yang ia telah menjadi pelanggan untuk

jangka masa yang lama dan mahukan harga yang lebih menguntungkan daripada yang diterima oleh pengedar lain. Adakah

permintaan itu harus dipenuhi?

BimbinganAnda tidak seharusnya berbincang dengan pengedar tersebut tentang harga yang kita berikan kepada pengedar lain kerana

undang-undang antitrust dan undang-undang lain yang mengawal hubungan sedemikian. Bagaimanapun, terdapat pengecualian

undang-undang untuk peraturan ini, seperti jumlah rebat yang diberikan secara umum. Hubungi Jabatan Undang-undang untuk

menentukan sama ada mana-mana pengecualian ini boleh digunakan.

55Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Pematuhan produk

SituasiSeorang pelanggan meminta anda mengesahkan bahawa produk kita mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar,

kesihatan dan keselamatan yang berkenaan, dan memenuhi spesifikasi yang berkaitan dengan bahan larangan pelanggan.

Adakah anda harus menandatangani sijil sedemikian?

BimbinganHanya tandatangan sijil itu jika anda ialah individu yang bertanggungjawab untuk menunjukkan usaha wajar yang bersesuaian

bagi memastikan pematuhan sedemikian. Ini termasuk memperoleh sijil yang diperlukan yang ditandatangani oleh pembekal kita,

mengkaji semula Helaian Data Keselamatan Bahan untuk semua bahan kimia yang terkandung dalam produk akhir dan/atau

menguji produk di makmal analisis. Tahap penentusahan dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha wajar yang mesti

dinyatakan pada sijil yang bertandatangan atau disebut berasingan dalam surat iringan, dan mesti diluluskan oleh pengurus

pematuhan produk kumpulan dan penasihat undang-undang sebelum berhubung kembali dengan pelanggan. Pengurus

pematuhan produk mesti menyimpan semua rekod komunikasi dengan pelanggan berkenaan pematuhan produk.

SituasiAnda diberitahu oleh pelanggan bahawa terdapat satu produk yang menimbulkan bahaya terhadap kesihatan. Apa yang perlu

anda lakukan?

BimbinganAnda mesti melaporkannya dengan segera kepada wakil pematuhan produk anda dan Jabatan Undang-undang. Jika anda ialah

orang hubungan pertama dengan pelanggan tentang isu tersebut, anda tidak boleh menyelesaikan sendiri perkara tersebut.

Sebaliknya, anda mesti menerangkan kepada pelanggan bahawa Avery Dennison memandang serius tentang pematuhan

peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan, dan semua perkara yang berkaitan keselamatan produk diajukan kepada

pematuhan produk yang kemudiannya akan menjawab tentang isu tersebut kepada pelanggan.

56Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Amalan pekerjaan

SituasiPekerja anda menghubungi Business Conduct GuideLine untuk melaporkan penganiayaan oleh penyelianya. Jabatan Undang-undang

dan Sumber Manusia menjalankan penyiasatan. Ramai pekerja daripada jabatan anda ditemu bual dan keputusan menunjukkan

bahawa pemanggil itu sendiri mempunyai masalah kelakuan, menzalimi orang bawahan terdekatnya dan tidak menghormati rakan

sekerja dan penyelianya. Setelah mengetahui tentang keputusan penyiasatan, anda mahu menamatkan pekerjaan pemanggil dengan

Avery Dennison. Walau bagaimanapun, pekerja tersebut juga menghubungi Business Conduct GuideLine; oleh itu pemberhentiannya

boleh dianggap olehnya, dan oleh organisasi anda sebagai tindakan balas kerana membuat panggilan tersebut. Apakah yang anda

boleh lakukan?

BimbinganWalaupun benar terdapat isu prestasi dan tingkah laku yang membolehkan pekerja tersebut diberhentikan, panggilannya kepada

Business Conduct Guideline menjadikan keadaan ini lebih rumit. Pekerja mesti berasa bebas untuk bercakap, mengetahui yang

mereka tidak akan menghadapi tindak balas apabila menghubungi GuideLine. Penasihat Etika Kumpulan akan memajukan kes itu

kepada Ketua Pegawai Pematuhan dan Penasihat Undang-undang. Jika ada kepastian bahawa pemberhentian tersebut bukanlah

akibat langsung daripada panggilan kepada GuideLine dan terdapat alasan lain yang sah, pemberhentian tersebut boleh diteruskan.

Tataniaga am

SituasiUnit perniagaan anda telah membangunkan penjilid yang mempamerkan gambar yang dibuat oleh profesional luar, dengan

bantuan daripada agensi pengiklanan. Gambar itu diubah suai oleh agensi pengiklanan itu, tetapi masih boleh dikenal pasti,

oleh itu jurugambar boleh mendakwa pelanggaran ke atas hak cipta mereka. Apa yang perlu anda lakukan?

BimbinganUnit perniagaan anda perlu mendapatkan kebenaran daripada jurugambar asal untuk menggunakan gambar-gambar mereka.

Jika sudah terlambat untuk mendapatkan kebenaran, penjilid tersebut tidak harus digunakan.

57Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

SituasiSeorang pelanggan meminta anda memberikan dua set invois, satu dengan harga dan kuantiti barangan yang sebenar dan satu lagi

dengan harga dan kuantiti yang lebih rendah. Pelanggan mengatakan bahawa beliau memerlukan invois nilai rendah untuk tujuan

penyerahan kepada pihak kastam supaya beliau membayar duti yang lebih rendah. Dia mengatakan bahawa Avery Dennison tidak

akan rugi dan dia akan merasa gembira, oleh itu ia adalah situasi menang/menang bagi semua yang terlibat. Adakah anda harus

menurut permintaan ini?

BimbinganTidak. Membantu pihak ketiga untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang adalah melanggar Tatakelakuan kita dan

mungkin menyebabkan syarikat dikenakan denda yang serius dan individu terbabit dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan

termasuk pemecatan.

SituasiSalah seorang pekerja anda mengatakan bahawa dia tidak pasti sama ada tindakan tertentu benar-benar sejajar dengan nilai-nilai

kita, tetapi mengatakan dia mengetahui bahawa pesaing kita melakukannya, jadi kita perlu melakukan perkara yang sama untuk

bersaing. Apa yang perlu anda lakukan?

BimbinganBahagian samar-samar terlintas di fikiran pekerja apabila menghadapi konflik yang dapat dilihat antara perkara yang pekerja

ketahui perlu sejajar dengan nilai Avery Dennison dengan perkara yang pekerja lihat sebagai perlu untuk bersaing. Sebagai contoh,

pekerja mungkin berasa tertarik untuk terlibat dalam “penyelidikan bersaingan” dengan memberikan gambaran yang salah tentang

diri mereka untuk mendapatkan maklumat. Atau mungkin mereka memberikan janji yang berlebihan berkenaan prestasi produk,

tanpa betul-betul mengetahui sama ada produk tersebut boleh menunjukkan prestasi seperti yang dijanjikan, kerana mereka

percaya pesaing juga melakukan perkara yang sama. Atau mereka melayani permintaan untuk mengeluarkan berbilang invois,

kerana mereka mempercayai bahawa pesaing kita mungkin juga melakukan perkara yang sama. Sekiranya terdapat keseimbangan

tanggapan antara bersikap bersaingan dan beretika, galakkan pekerja untuk mendapatkan bimbingan daripada Penasihat Etika

Kumpulan atau penasihat unit perniagaan yang sewajarnya.

58Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

Argentina Telefonica 00.800.1777.9999 Spanish

All Carriers 0800.333.0095 Spanish

Australia Telstra 0011.800.1777.9999 English

All Carriers 1.800.763.983 English

Bangladesh All Carriers +880.(0).9610.998400 Bengali, Hindi, English

Belgium Comgen Brussels 00.800.1777.9999 Dutch, French

All Carriers 0800.260.39 Dutch, French

Brazil Embretel 0021.800.1777.9999 Portuguese

All Carriers 0.800.892.2299 Portuguese

Brazil (Rio de Janeiro) All Carriers +55.2120181111 Portuguese

Cambodia (Phnom Penh) All Carriers +855.23962515 Khmer, English, French

Canada All Carriers 1.800.235.6302 French, English

Chile CTC Mundo and Entel 1230.020.3559 Spanish

China Telcom and Unicorn 00.800.1777.9999 Mandarin

All Carriers 400.120.3062 Mandarin

Colombia Colombia ETB 844.397.3235 Spanish

Colombia (Bogota) All Carriers +57.13816523 Spanish

Czech Republic All Carriers 800.701.383 Czech

Denmark All Carriers 8082.0058 Danish

Telecom Denmark 00.800.1777.9999 Danish

Dominican Republic All Carriers 1.829.200.1123 Spanish

Egypt All Carriers 0800.000.0413 Arabic

El Salvador (San Salvador) All Carriers 503.21133417 Spanish, English

France All Carriers 0805.080339 French

France (includes Andora, Corsica, Monaco) France Telecom 00.800.1777.9999

French

Germany Deutsche Bundespost Telekom 00.800.1777.9999 German

Germany All Carriers 0800.181.2396 German

Guatemala (Guatemala City) All Carriers +502.23784832 Spanish

Honduras All Carriers 800.2791.9500 Spanish, English

Hong Kong CW 001.800.1777.9999 Mandarin, Cantonese, English

All Carriers 800.906.069 Mandarin, Cantonese, English

India VSNL 000.800.100.3428 Hindi

India All Carriers 000.800.100.4175 Hindi

Indonesia Persero lndosat 803.015.203.5129 Indonesian

Indonesia (Jakarta) All Carriers 62.21.297.589.86 Indonesian

Ireland Telecom Eireann 00.800.1777.9999 English

Israel All Carriers 1.809.457254 Arabic, Hebrew

Israel Barak, Bezeq, and Gldn Lns 00.800.1777.9999 Arabic, Hebrew

Italy All Carriers 800.727.406 Italian

Italy (includes San Marino, Vatican City)

Telecom ltalia 00.800.1777.9999 Italian

Japan All Carriers 010.800.1777.9999 Japanese

All Carriers 0800.170.5621 Japanese

Kenya All Carriers 0800.221312 English, Swahili

Kenya (Nairobi) All Carriers +254.20.3892291 English, Kirundi, Amharic, French

Korea (Republic of South Korea) Dacom 002.800.1777.9999 Korean

All Carriers 080.808.0574 Korean

Luxembourg Luxembourg Postes et Telecom 00.800.1777.9999 French

Malaysia All Carriers +60.1548770383 Malaysian

Malaysia Telecom 00.800.1777.9999 Malaysian

Mauritius All Carriers 802.049.0005 English

Mexico Telmex 001.866.376.0139 Spanish, English

All Carriers 01.800.681.6945 Spanish, English

Netherlands All Carriers 0.800.022.0441 Dutch

Telecom Netherlands 00.800.1777.9999 Dutch

New Zealand Telecom Corp 00.800.1777.9999 English

Our Business Conduct GuideLine

59Tatakelakuan

Soalan? Lihat halaman 10-11 untuk maklumat hubungan.

• Mulakan perbualan dengan pengurus anda, Penasihat Etika Kumpulan

anda atau Sumber Manusia.

• Hubungi Business Conduct GuideLine pada bila-bila masa (tanpa

memberitahu nama, jika itu pilihan anda).

Gambaran keseluruhan

Apakah yang menjadi

panduan untuk

Tatakelakuan kita

Mendapatkan bantuan

Anda + tempat kerja

Anda + pasaran

Anda + dunia

Pentadbiran Tatakelakuan ini

Kajian kes

(continued) New Zealand All Carriers 0800.002341 English

Norway All Carriers 800.24.664 Swedish

Telenor Nett 00.800.1777.9999 Swedish

Pakistan (Islamabad) All Carriers +92.518108900 English, Urdu, Farsi

Peru All Carriers 0800.78323 Spanish, English

Philippines (Manila) All Carriers +63.2.6263049 Tagalog, English

PLDT 00.800.1777.9999 Tagalog, English

Poland Polish Telecom 00.800.111.3819 Polish

All Carriers 00.800.141.0213 Polish

Romania All Carriers 0.800.360.228 Romanian, English

Russia All Carriers 8.800.100.9615 Russian

Singapore Singapore Telecom 001.800.1777.9999 Mandarin

All Carriers 800.852.3912 Mandarin

South Africa Posts & Telecom 00.800.1777.9999 English

South Africa (Johannesburg) All Carriers +27.105004106 English

Spain (includes Canary Islands) Telefonica 00.800.1777.9999 Spanish

All Carriers 900.905460 Spanish

Sri Lanka (inside Colombo) All Carriers 247.2494 English

Sri Lanka (outside Colombo) All Carriers 011.247.2494 English

Sweden Telia Telecom AB 00.800.1777.9999 Swedish

All Carriers 020.889.823 Swedish

Switzerland (includes Lichtenstein) Swisscom 00.800.1777.9999 German

Taiwan All Carriers 00801.14.7064 Mandarin

Chunghura Telecom 00.800.1777.9999 Mandarin

Thailand All Carriers 1.800.012.657 Thai

Comm Authority of Thailand 001.800.1777.9999 Thai

Thailand (Bangkok) All Carriers +66.21065161 English, Thai, Burmese

Turkey All Carriers 00.800.113.0803 Turkish

Ukraine All Carriers 0.800.501134 Ukrainian

United Arab Emirates All Carriers 8000.3570.3169 English, Arabic

United Kingdom (includes England, Scotland, Northern Ireland, Wales) All Carriers 0.808.189.1053 English

United Kingdom (includes England, Scotland, Northern Ireland, Wales) BT and CW 00.800.1777.9999 English

United States and Canada (includes US Virgin Islands, Puerto Rico. Guam) All Carriers 1.800.461.9330 English, Spanish

Vietnam All Carriers 122.80.390 Vietnamese

Note For countries not listed here, please use the following number +1.720.514.4400 Operator assistance may be required and local charges may apply.

English, Spanish, Mandarin, Arabic, Russian. French, Armenian, Bengali, Lao. Uzbek

60Tatakelakuan© 2018 Avery Dennison Corporation. Hak Cipta Terpelihara.