18
1 JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA PUSAT IKLIM NASIONAL TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2019 ini adalah berdasarkan hasil konsensus ahli-ahli meteorologi melalui perbincangan dan penganalisaan model - model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP coupled forecast system model version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI). Fenomena global yang mempengaruhi keadaan cuaca semasa seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut diambilkira dalam membuat jangkaan tinjauan cuaca ini. Kebanyakan model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan El Niño terbentuk dan berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 55%. Pemantauan anomali purata suhu permukaan laut (SST) iaitu Oceanic Niňo Indeks (ONI) yang terkini bagi November- Disember-Januari (NDJ) adalah 0.8°C berbanding 0.9°C pada OktoberNovember- Disember (OND) lalu. Manakala anomali SST mingguan terkini di kawasan pemantauan Niňo 3.4 ialah 0.7°C. Sementara itu, anomali di kawasan pemantauan Niňo 1+2, Niňo 3 dan Niňo 4 masing-masing adalah 0.2°C, 0.5°C dan 1.0°C. Sepanjang tempoh tinjauan Mac hingga Ogos 2019 ini, keadaan cuaca di negara dipengaruhi oleh tiga (3) fasa monsun iaitu Monsun Timur Laut (Mac), peralihan monsun (April), dan Monsun Barat Daya (Mei-Ogos). Bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang panjang. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bacaan suhu di negeri- negeri di sebelah utara dan tengah Semenanjung Malaysia meningkat kerana cenderung untuk mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering berbanding negeri-negeri lain. Pada bulan Mac 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras purata kecuali di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

  • Upload
    vanhanh

  • View
    248

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

1

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2019 ini adalah berdasarkan

hasil konsensus ahli-ahli meteorologi melalui perbincangan dan penganalisaan model -

model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP coupled forecast system model version 2

(CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for

Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International

Research Institute for Climate Society (IRI). Fenomena global yang mempengaruhi

keadaan cuaca semasa seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian

Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut diambilkira dalam membuat

jangkaan tinjauan cuaca ini.

Kebanyakan model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan El Niño terbentuk dan

berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 55%. Pemantauan anomali purata

suhu permukaan laut (SST) iaitu Oceanic Niňo Indeks (ONI) yang terkini bagi November-

Disember-Januari (NDJ) adalah 0.8°C berbanding 0.9°C pada Oktober–November-

Disember (OND) lalu. Manakala anomali SST mingguan terkini di kawasan pemantauan

Niňo 3.4 ialah 0.7°C. Sementara itu, anomali di kawasan pemantauan Niňo 1+2, Niňo 3

dan Niňo 4 masing-masing adalah 0.2°C, 0.5°C dan 1.0°C.

Sepanjang tempoh tinjauan Mac hingga Ogos 2019 ini, keadaan cuaca di negara

dipengaruhi oleh tiga (3) fasa monsun iaitu Monsun Timur Laut (Mac), peralihan

monsun (April), dan Monsun Barat Daya (Mei-Ogos). Bulan Mac merupakan penghujung

Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi

tempoh yang panjang. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bacaan suhu di negeri-

negeri di sebelah utara dan tengah Semenanjung Malaysia meningkat kerana

cenderung untuk mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering berbanding

negeri-negeri lain.

Pada bulan Mac 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima

jumlah hujan pada paras purata kecuali di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Hulu

Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras

Page 2: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

2

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

purata dengan jumlah kurang daripada 150mm. Negeri-negeri di Pantai Barat

Semenanjung dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 350mm.

Sementara itu, kebanyakan bahagian di negeri Sabah masih lagi dijangka menerima

jumlah taburan hujan yang kurang berbanding purata bulanan iaitu dengan jumlah kurang

daripada 150mm. Di negeri Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka menerima jumlah

hujan pada paras purata sepanjang tempoh Mac 2019. Kawasan pedalaman Sarawak

seperti Bahagian Kapit dijangka akan menerima cuaca yang lebih lembap berbanding

bahagian-bahagian lain dengan jumlah hujan bulanan boleh mencecah sehingga 450mm.

Manakala Bahagian Kuching dan Samarahan dijangka menerima jumlah hujan bulanan

sekitar 250mm hingga 400mm. Sementara itu, Bahagian Miri dianggarkan menerima

hujan kurang daripada 200mm. Lain-lain bahagian di Sarawak dijangka menerima hujan

pada paras purata di antara 200mm hingga 350mm.

Musim peralihan monsun kebiasaannya berlaku pada bulan April dan lazimnya

berakhir pada pertengahan bulan Mei. Sepanjang tempoh ini,aktiviti perolakan

cenderung untuk berlaku berikutan tiupan angin yang lemah dari pelbagai arah di

samping keadaan atmosfera yang tidak stabil. Ini boleh mengakibatkan hujan lebat

berserta ribut petir dan angina kencang boleh terjadi pada sebelah petang terutama

bagi negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Sepanjang tempoh April

2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia masih lagi dijangka menerima hujan

pada paras purata kecuali di Hulu Perak, Kelantan dan sebahagian utara negeri

Terengganu yang dijangka menerima taburan hujan kurang daripada 150mm iaitu sedikit

bawah daripada paras purata hujan bulanan. Lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia

dijangka menerima jumlah hujan di antara 150mm hingga 400mm. Bagi negeri Sarawak,

cuaca yang lembap masih lagi dijangka tertumpu di Bahagian Kapit dengan jumlah

mencecah 450mm iaitu sedikit melebihi paras purata bulanan. Bahagian Kuching,

Samarahan, Sri Aman, Betong, dan Sibu pula dianggarkan menerima hujan kurang

daripada 350mm. Manakala lain-lain bahagian seperti Bahagian Miri dan Limbang

masing-masing dianggarkan menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm dan

300mm. Di Sabah, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan pada paras purata

kecuali di Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau yang dianggarkan menerima curahan

hujan kurang daripada 100mm iaitu sedikit kurang berbanding nilai purata hujan bulanan.

Sementara itu, Bahagian Pedalaman Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka

Page 3: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

3

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

menerima hujan sehingga 250mm. Manakala Bahagian Pantai Barat dijangka menerima

jumlah hujan di antara 100mm hingga 150mm.

Kebanyakan tempat di negara dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata

sepanjang bulan Mei 2019, kecuali di pedalaman Sarawak yang dijangka akan menerima

hujan sedikit melebihi purata bulanan. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat

dijangka menerima curahan hujan sekitar 100mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak,

Bahagian Kapit dijangka menerima hujan lebih tinggi berbanding bahagian-bahagian lain

iaitu sekitar 350mm hingga 450mm. Bahagian Miri pula dijangka akan menerima taburan

hujan sekitar 150mm hingga 250mm. Manakala lain-lain bahagian dianggarkan menerima

hujan di antara 200mm hingga 300mm. Di negeri Sabah, Bahagian Pedalaman, Kudat,

Sandakan dan Tawau dijangka menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm.

Sementara itu, Bahagian Pantai Barat pula dianggarkan menerima curahan hujan di

antara 150mm hingga 250mm. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka

menerima taburan hujan di antara 250mm hingga 350mm.

Pada bulan Jun 2019, kebanyakan tempat di negara masih lagi dijangka akan menerima

taburan hujan pada paras purata. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat dijangka

menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 200mm kecuali Pulau Langkawi dijangka

menerima jumlah hujan yang lebih tinggi berbanding tempat lain dengan jumlah sekitar

200mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak, Bahagian Bintulu dan Pedalaman dijangka

menerima hujan sekitar 200mm hingga 300mm. Manakala lain-lain bahagian dianggarkan

menerima taburan hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 250mm. Sementara

itu, Bahagian Pedalaman di Sabah dijangka akan menerima curahan hujan kurang

daripada 150mm. Sebaliknya, Bahagian Pantai Barat Sabah dianggarkan menerima

taburan hujan di antara 200mm hingga 350mm. Manakala taburan hujan di Wilayah

Persekutuan Labuan pada bulan Jun 2019 dijangka di antara 250mm hingga 350mm.

Lain-lain bahagian di negeri Sabah dianggarkan menerima jumlah hujan 100mm hingga

200mm.

Negara masih lagi dijangka menerima taburan hujan pada paras purata bagi sepanjang

tempoh Julai 2019. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat dianggarkan

menerima jumlah hujan bulanan di antara 100mm hingga 250mm. Sementara itu di negeri

Sarawak, Bahagian Pedalaman dijangka menerima cuaca lebih lembap berbanding

bahagian lain iaitu di antara 250mm hingga 350mm. Manakala Bahagian Bintulu dijangka

Page 4: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

4

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

menerima jumlah hujan bulanan di antara 200mm hingga 300mm. Lain-lain bahagian

dianggarkan menerima curahan hujan di antara 150mm hingga 250mm. Di negeri Sabah,

Bahagian Pantai Barat dijangka akan menerima taburan hujan sekitar 200mm hingga

300mm. Bahagian Sandakan dan Tawau pula dianggarkan menerima jumlah hujan di

antara 150mm hingga 250mm. Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat dijangka

menerima taburan hujan yang kurang berbanding bahagian-bahagian lain iaitu di antara

100mm hingga 150mm. Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan

menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm.

Pada bulan Ogos 2019, taburan hujan di keseluruhan kawasan di negara dijangka berada

pada paras purata. Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan

menerima taburan hujan di antara 100mm hingga 300mm. Walau bagaimanapun,

kawasan Pulau Langkawi dijangka menerima jumlah hujan lebih tinggi berbanding

kawasan lain iaitu di antara 250mm hingga 400mm. Di Sabah pula, Bahagian Kudat dan

Pedalaman Sabah dijangka menerima hujan 100mm hingga 140mm. Manakala Bahagian

Sandakan dan Tawau dianggarkan menerima jumlah hujan di antara 150mm hingga

250mm. Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima hujan di antara

250mm hingga 350mm. Sementara itu, Bahagian Bintulu, Kapit serta Pedalaman Sarawak

dijangka menerima jumlah hujan di antara 200mm hingga 350mm. Lain-lain bahagian di

Sarawak dianggarkan akan menerima curahan hujan sekitar 200mm hingga 300mm.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 berikut menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci

tinjauan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos 2019 bagi keseluruhan Malaysia.

Page 5: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

5

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Lampiran 1

Page 6: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

6

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Page 7: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

7

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Page 8: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

8

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Page 9: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

9

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Page 10: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

10

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Page 11: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

11

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Lampiran 2

Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Mac hingga Ogos 2019

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Perlis

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

80-100

140-210

130-200

100-150

140-210

150-230

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kedah

Alor Setar

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

80-110

160-240

170-260

130-200

160-230

170-260

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Sungai Petani, Kulim

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

120-160

230-350

200-300

120-180

120-190

170-250

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Langkawi

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

70-90

160-240

180-270

190-280

210-320

280-420

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Pulau Pinang

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

90-120

170-250

190-280

140-200

160-240

200-290

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 12: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

12

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Perak

Hulu Perak

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

90-120

120-150

140-220

90-130

90-140

110-160

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kuala Kangsar, Larut dan Matang

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

120-180

150-230

100-150

100-150

100-140

110-160

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kinta,

Perak Tengah,

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

160-240

220-330

180-270

120-180

130-190

140-210

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Hilir Perak, Manjung

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

110-160

120-180

100-150

70-100

80-120

100-140

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Selangor

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

200-300

230-350

170-250

110-160

110-170

130-190

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

W. P. Kuala Lumpur

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

240-360

270-410

210-310

120-180

120-190

140-200

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 13: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

13

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

W. P. Putrajaya

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

120-180

140-210

110-160

90-140

120-180

110-170

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Negeri Sembilan

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

170-250

200-310

160-240

110-160

130-200

120-180

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Melaka

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

110-170

150-220

140-200

130-200

150-220

160-240

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kelantan

Tanah Merah, Jeli,

Gua Musang,

Kuala Krai

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

70-90

60-80

130-190

130-200

130-190

150-230

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Tumpat, Kota Bharu,

Bachok

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

70-90

50-70

90-140

100-150

130-190

130-200

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Terengganu Gong

Kedak, Besut

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

100-130

60-80

130-190

140-210

160-230

190-290

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 14: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

14

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Kuala Terengganu

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

110-150

60-80

90-130

90-130

100-150

110-160

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Dungun, Kemaman

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

90-130

110-160

130-190

120-170

100-150

140-210

Sedikit Bawah Purata Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Pahang

Kuantan

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

140-200

120-190

150-220

130-190

120-190

150-220

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Pekan, Rompin

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

160-240

110-160

100-160

100-150

120-180

130-190

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Maran, Temerloh

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

120-180

140-210

140-210

100-140

90-140

120-190

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Cameron Highlands

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

180-270

220-330

220-330

140-220

150-220

190-280

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 15: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

15

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Batu Embun, Jerantut,

Lipis

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

130-190

140-200

150-220

110-170

120-180

120-190

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Johor

Mersing,

Kota Tinggi

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

110-170

90-140

120-170

110-170

130-200

140-200

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kluang, Pontian,

Batu Pahat, Segamat,

Muar, Tangkak

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

160-240

180-270

150-230

110-160

110-170

110-170

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kulai,

Johor Bahru,

Nusajaya

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

160-250

190-290

170-260

120-190

140-220

160-240

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Sarawak

Kuching

Samarahan

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

270-410

230-350

200-310

180-260

160-240

190-280

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Sri Aman

Betong

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

240-360

210-320

200-300

160-240

160-230

190-280

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 16: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

16

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Sibu

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

250-380

230-340

190-280

160-230

140-220

180-270

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Bintulu

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

210-320

210-310

190-280

200-310

200-300

230-350

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kapit, Belaga

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

310-470

380-450

380-440

190-290

240-360

230-340

Purata

Sedikit Melebihi Purata

Sedikit Melebihi Purata

Purata

Purata

Purata

Miri

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

120-180

140-210

160-240

180-270

160-240

170-260

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Limbang

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

200-310

200-290

220-320

170-250

180-270

200-300

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

W. P. Labuan

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

50-80

170-250

240-350

240-360

230-350

240-360

Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 17: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

17

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Negeri/Wilayah Persekutuan

Tempoh Jangkaan

Jumlah Hujan Bulanan (mm)

Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)

Sabah

Pantai Barat

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

30-50

100-150

180-260

230-350

220-330

220-320

Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Pedalaman

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

50-70

170-260

140-210

80-120

90-140

100-140

Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Kudat

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

50-80

50-60

90-130

90-140

100-150

100-140

Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Sandakan

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

80-120

70-100

110-160

150-230

160-240

180-270

Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Tawau

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

70-90

70-90

120-170

130-200

160-240

160-250

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Purata

Purata

Purata

Purata

Page 18: TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019 - … · Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm

18

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN

Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan

Sangat Melebihi Purata Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah

hujan jangka panjang

Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Sedikit Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Purata Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada

20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang

Sedikit Bawah Purata Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Bawah Purata Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada

purata jumlah hujan jangka panjang

Sangat Bawah Daripada

Purata

Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah

hujan jangka panjang

Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca

sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Dikeluarkan oleh:

Pusat Iklim Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Dikemaskini Pada: 28 Februari 2019