3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Rakan-rakan sekalian... aku dah berjaya dalam temuduga SPA ari tu. Baru dapat surat last week. Aku nak kongsi gak pengalaman aku dan tips2 yang aku rasa boleh membantu: PERSIAPAN: * Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang jawatan yang dipohon dan pihak jabatan/kementerian yang memanggil. Gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah) * Ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). Sumber paling baik ialah surat khabar (sangat penting coz penemuduga mesti akan Tanya tentang isu2 semasa yang berlaku di Malaysia) * Sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini * 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya) * Alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen) * Sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. Pakaian yang sebaiknya ialah kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Lagi bagus if adakot. Baru Nampak lain daripada yang lain. * Sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). Sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat * Cuba datang interview jadi orang yang paling awal, if no 1 lagi bagus. So, kita akan jadi org pertama utk ditemuduga. Selain menampakkan komitmen, kita dapat hilangkan rasa gugup kita apabila menunggu calon2 lain selesai ditemuduga. Penantian tu kan satu penyeksaan… SEMASA SESI: * Masuk selepas mengetuk pintu * Beri salam @ selamat * Jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu * Serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan

Tips Menghadapi Interview

  • Upload
    ermy

  • View
    1.026

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tips Menghadapi Interview

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Rakan-rakan sekalian... aku dah berjaya dalam temuduga SPA ari tu. Baru dapat surat last week. Aku nak kongsi gak pengalaman aku dan tips2 yang aku rasa boleh membantu:

PERSIAPAN: * Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang jawatan yang dipohon dan pihak jabatan/kementerian yang memanggil. Gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah) * Ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). Sumber paling baik ialah surat khabar (sangat penting coz penemuduga mesti akan Tanya tentang isu2 semasa yang berlaku di Malaysia)* Sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini * 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya) * Alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen) * Sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. Pakaian yang sebaiknya ialah kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Lagi bagus if adakot. Baru Nampak lain daripada yang lain. * Sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). Sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat * Cuba datang interview jadi orang yang paling awal, if no 1 lagi bagus. So, kita akan jadi org pertama utk ditemuduga. Selain menampakkan komitmen, kita dapat hilangkan rasa gugup kita apabila menunggu calon2 lain selesai ditemuduga. Penantian tu kan satu penyeksaan…

SEMASA SESI: * Masuk selepas mengetuk pintu * Beri salam @ selamat * Jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu * Serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan pengerusi) * Duduk apabila disuruh atau minta kebenaran untuk duduk jika mereka hanya mendiamkan diri sahaja (kerana adanya kerusi di situ, memanglah tujuannya untuk diduduki) * Letakkan beg dan fail-fail lain di meja kecil yang disediakan di sebelah kerusi tersebut * Duduk dengan sopan dan tegakkan badan * Formalkan bahasa. Contoh, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? Jangan jawab "Pak Lah" * Biarkan penemuduga yang mengakhiri sesi * Ucapkan terima kasih kerana diberi peluang menghadiri sesi itu

LAIN-LAIN: * Bahasa - bergantung pada jawatan yang dipohon (SPM - Bahasa Malaysia), Bahasa Inggeris jgn lupa prepare pulak. At least, bila perkenalkan diri, ckplah BI. Tentang diri kita jgk.. * Seeloknya, jangan pegang pen, terlalu banyak menggerakkan tangan atau kerap mengulang

Page 2: Tips Menghadapi Interview

perkataan yang sama * Tidak perlu terlalu mempraktikkan sesi menjawab soalan. Relaks...*If penemuduga Tanya kita kot2 kita ada sebarang soalan pada dia, gunakan peluang itu untuk bertanya tentang pekerjaan/kementerian tersebut. Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja.

Tips No. 2:DOA MENGHADAPI TEMUDUGA:

Jika hendak pergi temuduga/berjumpa dengan seseorang dengan tujuan penting. Pada pagi yang berkenaan, buat solat subuh/dhuha/sunatdua rakaat,rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surat Al Israa' ayat 78-80 (Aqimissholah tawalidu khisshamshi ilaghosakillailinal qurana.....hingga minladun kasulthonan nasyira). Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj hingga habis. Sesudah salam baca ayat Al Kursy dan Al Quraisy,sesudah itu baca doa ini...

Wahai Tuhanku,saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin..