14
www.writetowealth.my

TKC Laporan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ayat beracun teknik kencangkan jualan.

Citation preview

  • www.writetowealth.my

  • HALAL Cetak Rompak (Khas Untuk Sebaran Percuma)

    Write to Wealth, tim yang menghasilkan ebook ini secara rasmi menyatakan, bahawa ebook ini sah dan halal untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

    Ini bermakna, tuan puan boleh kongsikan ebook ini di:

    Facebook. Blog milik sendiri. Forum. Hari Raya Aidilfitri (Ketika sedang berjumpa rakan-rakan,

    keluarga dan saudara mara). ... Apa sahaja medium yang ada.

    Buku ini tujuannya untuk mendidik masyarakat Malaysia untuk jadi bijak, cekap dan pantas dalam menghasilkan mesin-mesin duit menerusi perkataan.

    Jika ebook ini tidak berjaya buatkan tuan puan puas hati, dan langsung tidak berikan sebarang manfaat, maka kalian berhak untuk abaikan terus jenama Write to Wealth. Buat selama-lamanya.

    Saudara Adalah Aset Emas Kami

  • Kerana kami percaya kami tidak layak untuk berdakwah dalam bisnes, sekiranya ilmu-ilmu yang disebarkan tidak memberikan manfaat.

    Semoga Allah terus menerus membahagiakan hati kita semua. Semoga Allah terus menerus deraskan rezeki kita semua.

    Aqif Azizan CEO & Copywriter

    www.writetowealth.my

  • Aqif Azizan - Penulis Jutawan

    Muhammad Aqif bin Azizan atau lebih sinonim sebagai "Aqif Azizan" adalah anak muda yang lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

    Merupakan seorang copywriter, penulis buku dan juga jurulatih penulisan bisnes. Penulis jutawan merujuk kepada "Jutawan Perkataan."

    Berpengalaman selama 5 tahun hidup dengan perkataan dan penulisan.

    Simboliknya nama Aqif Azizan adalah beliau bertanggungjawab untuk membantu bisnes-bisnes bagi menukarkan setiap perkataan menjadi mesin duit.

    Aqif Azizan sudah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat dari pelbagai skala. Iaitu syarikat kecil, medium sehingga syarikat

  • gergasi yang sudah mengaut pulangan untung puluhan juta setiap tahun.

    Beliau juga adalah pengasas jenama Write to Wealth. Sebuah jenama yang mendidik usahawan untuk jadi lebih bijak, dalam strategi copywriting berimpak besar.

    Aqif Azizan juga penulis buku bersama "Mentor Pemasaran No. 1 Asia" iaitu Dr. Azizan Osman dalam topik motivasi, pemasaran dan pembangunan bisnes.

    Antara judul-judul buku beliau adalah:

    1. Buat Duit Dengan Freelance Blogging. 2. Inspirasi Kaya & Berjaya - Siri 1. 3. Inspirasi Kaya & Berjaya - Siri 2. 4. Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan. 5. Kuasai Perniagaan Dengan SEO.

    Sehingga hari ini, beliau telah melatih ratusan masyarakat Malaysia untuk memahami strategi penulisan buku yang berpengaruh, dan teknik untuk memikat pelanggan dengan perkataan serta penulisan.

    Maklumat lanjut dan dalami strategi penulisan 100% percuma? Klik laman web di bawah:

    http://www.writetowealth.my

  • Agenda Ayat Beracun

    Ini bukan laporan percuma seperti laporan-laporan "buang masa" yang lain.

    Apabila hadam keseluruhan laporan ini, kita ibarat mempunyai kemahiran untuk membina jentera-jentera perkataan yang dapat menghasilkan duit lumayan ke dalam bisnes.

    Apa yang dikongsikan dalam laporan ini, adalah apa yang berlaku apabila sebuah syarikat kecil yang statusnya bertukar, "Dari kecil menjadi gergasi."

    Lebih spesifik, ini yang berlaku:

    Jualan syarikat itu (produk kesihatan) hanya RM10,000 setahun.

    Selepas faham, hadam dan praktik teknik yang dikongsikan, syarikatnya menjana jualan kasar sebanyak RM3,300,000 (Ya, RM3.3 juta) kurang 12 bulan.

    Semuanya berlaku apabila kita faham bagaimana untuk menggunakan perkataan-perkataan yang MAHAL dan LAKU di mata pelanggan.

    Boleh abaikan laporan ini jika kita adalah seorang jutawan, multi-jutawan atau bilionair yang sudah mempunyai sistem pemasaran yang bagus dan menghasilkan duit berkali-kali.

  • Laporan ini dihasilkan untuk membantu mendidik lebih ramai pemilik bisnes, supaya ekonomi bisnes terus maju, maju, dan terus maju ke hadapan setiap 24 jam.

    Baca muka surat seterusnya untuk dapatkan skil yang pertama. Iaitu skil hasilkan iklan yang bersifat PSIKO PELANGGAN.

  • Indeks Trauma (Ghaibkan Mimpi Ngeri Pelanggan)

    Indeks trauma adalah gelaran yang sesuai untuk membantu pemilik bisnes di Malaysia faham, tentang psikologi si pelanggan.

    Tujuannya?

    Supaya dapat banyak duit. Supaya semua pelanggan yang bagi duit suka dan akrab dengan bisnes kita.

    Dalam mana-mana bisnes dalam muka bumi ini, semuanya ada indeks trauma yang sendiri.

    Termasuk ketika saudara dan saudari muat turun ebook ini.

    Contoh Mimpi Ngeri

    Antara mimpi ngeri yang muncul dalam diri kita sebelum tekan download adalah seperti berikut:

    "Aku takut laporan percuma ini hanya cerita benda yang sama macam orang lain."

    "Semua laporan percuma ini hanya mahu jual produk." "Selepas baca laporan percuma, aku takut tertanya-tanya

    langkah seterusnya."

    Sebagai pemilik bisnes, apabila kita berjaya menangani indeks-indeks trauma di atas, maka peluang kita untuk buat duit lebih dekat.

  • ... Sebagai contoh, kita mahu tangani indeks trauma skrip pertama iaitu:

    "Aku takut laporan percuma ini hanya cerita benda yang sama macam orang lain."

    Cara menangani indeks trauma ini adalah:

    "Jika tuan sudah muat turun laporan percuma ini, dan dapati maklumatnya sama seperti maklumat yang pernah tuan baca sebelum ini, sila hubungi kami di XXX untuk dapatkan wang

    pampasan RMXX."

    Belum habis lagi. Mari tambah perisa.

    "Wang pampasan ini sebagai tanda kami menghargai pelaburan masa tuan untuk menelaah laporan percuma ini. Kami tidak mahu

    masa tuan dibazirkan begitu sahaja."

    Boom. Selesai. Pelanggan suka dan terus tekan download serta merta tanpa ragu-ragu.

    Musnahkan Indeks Trauma Pelanggan

    Kerana mereka sedar dan yakin, tidak ada ruginya download laporan percuma ini.

    Jika suka, mereka boleh simpan dan praktik. Jika benci, mereka dapat habuan dan pampasan bernilai XX.

    Jadi, apa yang kita boleh aplikasikan?

  • 1. Kenal pasti indeks trauma pelanggan. 2. Tulis ayat tawaran yang dapat musnahkan indeks trauma. 3. Penting untuk ayat tawaran itu mengandungi habuan-

    habuan yang dapat membuatkan pelanggan berkata, "Aku tidak akan rugi mencuba!"

  • Cipta Iklan Psiko (A.k.a Pattern Interruption)

    Pertama, kita kaji iklan-iklan yang berada dalam lingkungan majoriti (semua orang buat iklan yang hampir sama).

    Kedua, kita bermain-main dengan elemen tertentu seperti warna, teks, saiz, aset imej dan multimedia untuk mencipta iklan yang lebih strategik.

    Skil ini dipanggil sebagai pattern interruption.

    Ketiga, lancarkan iklan dan buat split testing.

    Contoh:

    Apabila semua iklan menggunakan saiz penuh, kita boleh gunakan iklan yang bersaiz separuh sahaja.

    Apabila semua iklan menggunakan border (garisan) warna merah, kita boleh gunakan border warna hijau pekat atau warna lain.

    Apabila semua iklan menggunakan gambar manusia, kita boleh gunakan gambar haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

    Ketika semua iklan menggunakan gambar orang ramai, kita gunakan gambar peribadi (gambar seorang diri).

    Ketika semua iklan menggunakan warna, kita gunakan iklan hitam putih.

  • Suka Laporan Ini? Sebarkan Virus Baik

    Terima kasih kerana baca laporan ini. Semoga dua teknik mudah ini berjaya membuatkan bisnes kita menyerap duit dari pelanggan berkali-kali dengan cara yang:

    Sopan. Berpengaruh. Disukai si pelanggan.

    Sekiranya mahu dapatkan lagi banyak teknik jualan berpengaruh, berkesan dan mudah dipraktikkan, ebook di bawah dapat membantu:

    Oopps. Mohon rujuk muka surat seterusnya. Terima kasih.

  • Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat

    "Dalam masa 24 jam, jualan saya meningkat lebih RM1,000 ekstra. Kemudian terus meningkat. Semuanya berlaku selepas

    saya amalkan teknik dalam ebook ini."

    Kuota muat turun ebook adalah TERHAD.

    ... Mungkin jualan ebook SUDAH TUTUP ketika ini. Tuan puan boleh layari laman web di bawah untuk lihat status ebook ini.

    http://www.writetowealth.my/teknik-jual-berkesan

    Jika ruang download masih dibuka, maka bertindak sekarang. Setiap download dilindungi oleh INSURANS ILMU.