10
Folio pendidikan sivik kewarganegaraan TOKOH SAYA DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH Dato’ lat NAMA GURU : AZWAN SAMINGAN NAMA : NUR FATEHAH MASZLAN KELAS : 2 JANNATUL ADNIN

Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

Folio pendidikan sivik kewarganegaraan

TOKOH SAYA

DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH

Dato’ lat

NAMA GURU : AZWAN SAMINGAN

NAMA : NUR FATEHAH MASZLAN

KELAS : 2 JANNATUL ADNIN

TAJUK : TOKOH SAYA

Page 2: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

TOKOH-TOKOH SAYA

1. DATO’ DR. HJ. FADZILAH KAMSAH

2. DATO’ LAT

Page 3: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

DATO’ FADZILAH KAMSAH

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang . Beliau adalah anak yang ke -2 daripada 12 adik-beradik . Beliau telah berkahwin dengan Sharifah bt Md. Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata; Nurhidayah (1982), Muhammad Syakir (1984) dan Muhammad Shazwan (1989). Makanan kegemaran beliau sejak kecil ialah roti bakar disapu susu pekat manis. Hobi beliau adalah membaca, merangsang diri dan orang lain menjadi lebih baik, menonton perlawan tenis, menyokong pasukan bola sepak Selangor serta mana-mana pasukan yang menentang Manchester United.

Wajahnya kerap kali dipaparkan di kaca TV, corong radio dan dada akhbar. Meniti bersama kemajuan Interne t, kini video Dr Fadzilah Kamsah juga dengan mudahnya boleh ditonton di YouTube. Beliau juga pernah mendapat pencapaian sebagai Tokoh Ma’al Hijrah pada 10 Januari 2008. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Skrin 2011 sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik.

Beliau pakar dalam bidang motivasi. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM. Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences (1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.

Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.

Page 4: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

Selain menjadi pakar motivasi beliau juga banyak menyandang jawatan di beberapa tempat. Antaranya:

1.YDP, PIBG Sek. Keb. Bandar Baru Bangi (1993 hingga 1994).2. Pengerusi, AJK, Surau Al-Uum, Bandar Baru Bangi (1987 hingga 1992).3. Ahli Badan Perunding Islam Malaysia (1995 hingga 1997).4. Ahli Majlis Kementerian Belia dan Sukan (1995 hingga 1998)5. Pengarah Kehormat Yayasan UMMI.6. Ahli Panel Jawatan Kuasa Dekad Cemerlang Negeri Selangor.7. Ahli seumur hidup MCOBA.8. Pakar motivasi segmen Motivasi RTM 1 (1993 hingga sekarang).9. Pakar rujuk komunikasi rumah tangga segmen ‘Sekapur Sirih’ TV3 (1993 hingga 1994).10. Pakar motivasi segmen Tabiat Pagi, TV3 (Mac 1994 hingga 1997).11. Pakar motivasi segmen Cermin Diri, TV3 (Jun 1995 hingga 1999).12. Hos dan kaunselor program ‘Suara Hati’, TV3 (1997 hingga 1998).13. Pakar rujuk segmen Motivasi dan Kecemerlangan Rumah Tangga RTM 3 – Seremban, Ipoh dan Shah Alam (1994 hingga 1995).14. Melatih ketua-ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam bidang ‘Pidato Politik (1989 hingga 1994).15. Ahli Institusi Perhubungan Raya Malaysia (IPRM).16. Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur (DPMM, KL).17. Ahli Malaysia Society Training Development (MSTD).18. Ahli Malaysia Institute Management (MIM).

Page 5: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

Beliau juga seorang penulis yang melahirkan banyak buku-buku bermanfaat di pasaran bersama syarikat penerbitan PTS. Antara karya beliau seperti:

1. Menjalin Hubungan Bahagia

2. Merancang Kejayaan

3. Tip Menjadi Individu Menarik

3. Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

4. Psikologi Cinta

5. 55 Petua Seronok Bekerja

6.Lentera Untuk Bakal Jutawan

7.Wang Tersembunyi

Beliau juga pernah mengikuti beberapa rancangan dan memberi ransangan serta semangat kepada masyarakat umum. Antaranya ialah:

1.Selami Jiwa

2.Meluntur Buluh

3.Motivasi Pagi

4.Anjakan Paradigma

5.Dilema Wanita

6.Bersama Dato’ Fadzilah Kamsah

Page 6: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

DATUK LAT

Datuk  Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai  Lat, lahir pada 5 Mac 1951. Beliau ialah seorang kartunis  Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah sebagai Pemenang  Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada tahun 2002 ini, Lat telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah. Karya Lat yang paling terkenal ialah  The Kampung Boy  (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Pada tahun 1994,  Sultan Perak, Sultan Azlan Shah  mengurniakan gelaran  Datuk  kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

Sebagai anak kelahiran kampung, Lat banyak menghabiskan zaman mudanya di luar bandar sebelum berpindah ke bandar sewaktu berusia 11 tahun. Sewaktu di sekolah, beliau menambah pendapatan keluarganya dengan menyumbangkan jaluran kartun kepada akhbar dan majalah. Beliau hanya berumur 13 tahun apabila beliau menjayakan komik terbitan pertamanya,  Tiga Sekawan. Setelah gagal mencapai gred-gred yang memuaskan untuk melanjutkan pelajarannya selepas sekolah menengah, Lat menjadi seorang wartawan akhbar. Pada tahun 1974, beliau bertukar kerjaya menjadi  kartunis editorial. Karya-karyanya yang mencerminkan pandangan dirinya terhadap hal-ehwal Malaysia dan dunia, sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti  New Straits Times  dan  Berita Minggu. Beliau mengadaptasikan pengalaman hidupnya lalu menerbitkannya dalam bentuk autobiografi, iaitu  The Kampung Boy and  Town Boy, untuk menceritakan kehidupan di luar bandar dan di bandar dengan menyiratkan perbandingan antara kedua-dua persekitaran hidup itu.

Gaya kartun Lat disifatkan mencerminkan pengaruh-pengaruh awalnya, majalah komik  The Beano  dan The Dandy  dari UK. Walau apapun, beliau mampu membuat cara ilustrasi sendiri dengan melukis orang kebanyakan dengan coretan dakwat yang tebal. Cara beliau melukis watak Melayu dicirikan dengan hidung bergelung tiga. Lat memberi tumpuan kepada kehidupan rumah tangga dan kanak-kanak disebabkan penyanjungannya terhadap Raja Hamzah sejak 1960-an.  Rejabhad, seorang lagi kartunis tersanjung, merupakan pembimbing Lat yang memenuhi kartunis muda itu dengan kepekaan terhadap perkara-perkara dalam karyanya. Tumpuan Lat terhadap butir-butiran menjadi faktor beliau menjadi terkenal kerana karya-karyanya yang menarik semua lapisan masyarakat dengan cerita-cerita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah.

Selain menulis dan menerbitkan kartun, Lat turut menceburi bidang animasi, pembarangan, dan taman tema yang menampilkan karya-karya ciptaannya. Nama dan karya-karyanya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa ; kartunis luar negara seperti  Matt Groening dan  Sergio Aragonés  mengagumi hasil seninya, manakala ada kerajaan luar negara yang mengundang Lat untuk melawat negaranya demi meluaskan pendedahan negaranya di

Page 7: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

mata dunia menerusi catatan pengalaman Lat di negara-negara sedemikian dalam bentuk kartun. Selepas 27  tahun berdiam dan bekerja di  Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh  untuk menjalani kehidupan separa.

Bapanya ialah seorang kerani kerajaan bersama  Tentera Darat Malaysia, manakala ibunya ialah seorang suri rumah. Khalid merupakan kanak-kanak yang bermuka kebulatan, maka beliau diberi nama timangan "Bulat" oleh kaum keluarganya, tetapi kawan-kawannya memendekkan nama itu menjadi "Lat" ; maka beliau paling dikenali dengan timangan ini di  kampung dan kemudiannya di seluruh dunia.

Lat ialah anak sulung dalam keluarganya. Beliau juga gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama kawan-kawannya. Barang mainan mereka biasanya diubah suai dari barang-barang runcit seharian dan bahan-bahan alam. Lat gemar menconteng-conteng dengan bahan-bahan yang diberikan oleh ibu bapanya. Selain itu, beliau juga gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca komik dan menonton televisyen ; Lat mengidolakan kartunis tempatan Raja Hamzah yang terkenal kerana kisah-kisah kembara perwira Melayu. Pengulas dan sejarawan seni Malaysia,  Redza Piyadasa percaya bahawa zaman kanak-kanak Lat di kampung menanamkan rasa bangga dengan asal-usul kampungnya serta pandangannya yang "sangat kemelayuan" dan "lemah-lembut dan berbudi pekerti".

Pendidikan formal Lat bermula di sebuah sekolah kampung yang mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak mengharapkan pencapaian akademik. Anak kampung ini bertukar sekolah berkali-kali disebabkan pekerjaan bapanya yang terpaksa berpindah sekeluarga dari satu pangkalan tentera ke pangkalan lain, sehingga mereka menetap di tempat lahirnya pada tahun 1960. Setahun kemudian, Lat lulus dalam Peperiksaan Special Malay Class dan layak untuk menghadiri sekolah asrama berpengantar bahasa Inggeris (National Type Primary School) di  Ipoh.  Pencapaian Lat membantu bapanya membuat keputusan supaya menjual estet kampung mereka lalu berpindah sekeluarga ke ibu negeri ; masyarakat setempat pada zaman itu memandang tinggi pendidikan berpengantar bahasa Inggeris sebagai batu loncatan ke masa depan yang lebih cerah. Lat menyambung pelajarannya di Sekolah Anderson, "sekolah berpengantar bahasa Inggeris bukan mubaligh yang terulung" di Perak.  Redza menitikberatkan perpindahan Lat ke Ipoh demi pelajaran yang lebih tinggi sebagai detik yang terpenting dalam perkembangan kartunis ini ; persekitaran yang berbilang kaum membantu Lat beramah mesra dengan rakan-rakan yang berbilang latar belakang, sekaligus meluaskan perspektif kebudayaannya.

Sewaktu berusia 9 tahun, Lat mulai menamabah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran seninya untuk melukis lalu menjual komik kepada rakan-rakannya. Empat tahun kemudian, pada tahun 1964, kartunis muda ini menjayakan karya terbitan sulungnya, Majalah Filem, yang menyiarkan jalur-jaluran komik lukisan beliau,

Page 8: Tokoh-dato' Dr. Fadzilah Kamsah(TEAH)

untuk dibayar dalam bentuk tiket wayang. Buku komik terbitan sulung Lat,  Tiga Sekawan Menangkap Penchuri, diterbitkan oleh Sinaran Brothers pada tahun itu juga.

Syarikat itu menerima bahan-bahan yang diserahkan oleh Lat tanpa menyangkanya sebagai remaja lalu membayarnya  $ 25 untuk satu cerita tentang tiga sekawan yang bersatu menangkap pencuri. Pada tahun 1968, sewaktu berusia 17 tahun, Lat mula mengarang siri komik  Keluarga Si Mamat  untuk akhbar  Berita Minggu  (edisi Ahad  Berita Harian). Siri tersebut tersiar dalam akhbar itu setiap minggu selama 26  tahun. Walaupun masih di bangku sekolah, namun Lat sudah meraih pendapatan $100 sebulan, satu jumlah yang lumayan pada zaman itu, atas rekaan kartun-kartunnya. Pendidikannya berkesudahan di akhir Tingkatan  5 sahaja dua tahun kemudian ; Gred Ketiga yang diraihnya dari peperiksaan  Senior Cambridge  tidak memadai untuk beliau mara ke Tingkatan  6. Sebagai lepasan sekolah menengah sahaja, Lat mula mencari pekerjaan dan meletakkan harapan tinggi untuk menjadi seorang pengilustrasi.