Topik 1 Pengenalan Kepada Ujian, Pengukuran Dan Penilaian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

..

Citation preview

Microsoft Word - HBPE2203 Topik 1

Topik1

Pengenalankepada Ujian,Pengukuran dan Penilaian

HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan definisi dan tujuan ujian, pengukuran dan penilaian;

2. Menghuraikan sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia;

3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian;

4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian; dan

5. Mengenal pasti tiga prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian. PENGENALANSelamat datang ke topik pertama bagi modul Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Sebelum kita pelajari topik ini dengan lebih lanjut, mari kita lihat situasi berikut:

Cikgu Sapian sedang menjalankan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) di sekolah beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan penilaian ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap kelenturan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan komposisi tubuhbadanmurid-muridbeliau.UntukmembolehkanCikguSapian

2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

menjalankan ujian tersebut, beliau perlulah mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Mengapakah beliau memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani.

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhikeperluanpertumbuhandanperkembanganindividubagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Rajah 1.1 memberi gambaran Pendidikan Jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran dalam Pendidikan Jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan sahaja dapat memberi maklum balas terhadap tahap pencapaian pembelajaran murid tetapi ia juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru Pendidikan Jasmani.

Rajah 1.1: Pendidikan Jasmani di sekolah

Dalam topik ini, perbincangan kita akan merangkumi tentang konsep asas kepada ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakang ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani di Malaysia. Kita juga akan melihat sejarah dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan Pendidikan Jasmani di negara kita.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 31.1

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIANApakah yang boleh anda simpulkan tentang maksud ujian?Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdot. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Menurut Bhasah (2007), ujian adalah satu tugasan atau siri tugasan yang digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) yang sistematik di mana tugasan itu diandaikan mewakili ciri atau atribut pendidikan yang hendak ditentukan.

Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah

Pengukuranpulabolehkitadefinisikansebagaimenentukanbilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Bagaimana pula dengan pengukuran?Rgpiwmwtcp" fkvchuktmcp" ugdcick" ucvw" mcgfcj" {cpi" dgtvworw" mgrcfc"

rgogtqngjcp"mgrwvwucp"{cpi"dgtukhcv"cpimc"cvcw"mwcpvkvcvkh0"4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Selalunya apabila guru telah melaksanakan satu-satu pengukuran, keputusan pengukuran tersebut perlu ditafsirkan dengan bentuk keputusan yang bermakna. Sebagai contoh, jika guru mengukur tahap kecergasan pelajar, keputusan yang diperoleh pelajar perlu ditafsirkan kepada bentuk yang bermakna misalnya memberikan anugerah emas bagi pencapaian dalam satu-satu komponen pengukuran.Bagimemastikanpengukurandijalankandenganberkesan, penilaian perlu dilaksanakan seiring dengan pengukuran.

Satterly (1989), memperihalkan penilaian dalam pendidikan sebagai satu terma yang merangkumi keseluruhan proses dan hasil yang berupaya memberikan gambaran akan kemampuan pelajar terhadap pembelajaran yang dilaluinya berlandaskan pencapaian objektif pengajaran dan persekitaran yang membantu pembelajaran.

Menurut Rowntree (1977) pula, penilaian dalam pendidikan pada asasnya adalah merupakan satu proses apabila seseorang itu terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memperoleh dan mentafsir maklumat yang bersifat ilmu dan juga merupakan satu kaedah bagi memahami kemampuan dan sikap orang lain.

Akhir sekali Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Popham (1975), juga menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Oleh yang demikian, penilaian boleh didefinisikan seperti berikut:Penilaian ialah suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran.

Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai rangsangan yang terjadi secara semula jadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesanTOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 5perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Penilaian mata pelajaran Pendidikan Jasmani dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran pelajar dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada pelajar, ibu bapa dan guru lain.

1.1.1 Tujuan Penilaian dan Pengukuran dalam PendidikanJasmaniDalam Pendidikan Jasmani, penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru menilai kemampuan pelajar serta dapat memberikan penanda aras bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Antara tujuan utama penilaian dalam Pendidikan Jasmani ini adalah seperti: (a)Memfokus kepada setiap orang murid

Setiap pelajar adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumattentang kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar. Dengan itu, guru dapatmengaplikasikanprinsipPendidikanJasmaniyangbertujuanuntukmeningkatkan lagi prestasi pelajar.(b)Menentukan status semasa pelajar

MenurutKirkendall,GruberdanJohnson(1987),penentuanstatusmerangkumi:(i)Pemberian gred;

(ii)Mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;

(iii) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi;

(iv) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu; dan

(v)Menentukan aktiviti tertentu.

6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(c)Memilih wakil sekolahHasil penilaian juga boleh digunakan untuk memberi maklumat bagi tujuanmemilih pelajar mewakili sekolah dalam sukan dan permainan. Penilaianmenggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihandilaksanakan dengan lebih adil dan saksama.(d)Memotivasi murid

Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang pelajar. Ia dapatmemberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika keputusanpenilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akanmenyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.(e)Menilai pengajaran dan program Pendidikan Jasmani

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif programPendidikan Jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama adaprogram tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihakpentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektifyang diharap tercapai.(f)Membekal maklumat untuk kajian lain

Penilaian membolehkan maklumat yang dihasilkan dapat digunakan untukkajian di masa hadapan.

SEMAK KENDIRI 1.1Apakah keperluan pengukuran dalam proses penilaian?1.1.2 Pemilihan Penilaian dan Pengukuran yang BaikSebagai seorang guru Pendidikan Jasmani anda akan sentiasa terlibat dalam penilaian pencapaian setiap murid dan menilai mereka dengan menggunakan pelbagai jenis ujian. Pemilihan ujian yang tidak bersesuaian dengan objektif penilaian adalah merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Sebelum guru memilih satu-satu jenis ujian, guru perlu mengetahui dan memikirkan dua aspek penting dalam penilaian dalam Pendidikan Jasmani iaitu:

(a)Apakahjenispenilaianyangakandigunakanberbentukpenilaian berasaskan kriteria (criterion reference measurement) atau penilaian berasaskan norma (norm- reference).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 7(b)Mengetahui apakah kriteria utama yang boleh mempengaruhi nilai kebolehpercayaan dan kesahan terhadap sesuatu ujian.

1.2

JENIS UJIAN DAN PENILAIANTerdapat dua jenis ujian yang akan dibincangkan dalam topik ini iaitu:(a)Ujian berasaskan kriteria; dan

(b)Ujian berasaskan norma.

1.2.1Ujian Berasaskan KriteriaUjian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan pelajarnya. Keputusan yang diperoleh daripada ujian ini tidak akan dibandingkan dengan prestasi kemajuan pelajar lain. Penilaian jenis ini selalunya digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan. Dalam bidang pendidikan, ujian ini melibatkan pengukuran terhadap seseorang pelajar yang diasaskan daripada jangkaan prestasi yang ada kepada pelajar yang dinilai.

Contoh 1

Bagi memastikan seseorang pelajar itu berjaya dalam ujian larian 2.4km,pelajar perlumemenuhisyaratyangditetapkansepertitamatdalamlingkungan 13:00 minit misalnya. Manakala bagi ujian bertulis PendidikanJasmani, pelajar sekurang-kurang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80 peratus daripada soalan ujian.Contoh 2

Bagi menilai keupayaan pelajar dalam kemahiran bola sepak, pelajar bolehmenjawabsekurang-kurangnya limasoalandenganbetuldalamujianpengetahuan.Ujian berasaskan kriteria ini juga ada tahap batasannya di mana apabila tahap lulus atau gagal yang digunakan tidak berupaya menilai sejauh mana baiknya kemahiran ataupun seburuk mana pencapaian kemahiran seseorang pelajar itu.

1.2.2Ujian Berasaskan NormaUjian ini digunakan apabila guru ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu- satu ujian dan ia berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan pelajar

8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

terhadap satu kelas ataupun kumpulan. Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma yang berupaya membandingkan keputusan antara satu sama lain. Kaedah sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam satu-satu ujian. Norma dalam Pendidikan Jasmani sering dikaitkan dalam pengukuran berat, tinggi, umur dan aras gred.

Miller (2006), menyatakan guru yang ingin menggunakan ujian jenis ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti berikut:

(a)Saiz sampel yang digunakan untuk menentukan sesuatu norma itu perlu mencakupi jumlah yang besar.

(b)Populasi yang digunakan untuk membentuk norma; sebagai contohnya jika ujian kemahiran sukan bola sepak memiliki norma untuk satu tahap darjah, maka ujian ini hanya boleh digunakan untuk tahap darjah yang sama sahaja.

(c)Norma rujukan yang dihasilkan perlulah sentiasa dikemas kini.

1.2.3 Perbandingan Jenis UjianKedua-dua jenis ujian ini sama penting. Sekiranya seorang guru ingin membuat perbandingan pencapaian pelajar-pelajarnya, ujian rujukan norma adalah lebih sesuai. Sebaliknya bagi guru yang menekankan pada tahap penguasaan kemahiran setiap murid tanpa masa yang diambil, ujian rujukan kriteria sesuai digunakan. Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan antara ujian rujukan norma dengan ujian rujukan kriteria.

Jadual 1.1: Perbandingan antara Ujian Rujukan Norma dengan Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan NormaUjian Rujukan Kriteria

PenggunaanMembandingkan pencapaian dan keupayaan individu.Membandingkan pencapaian dengankriteriayangtelah ditetapkan.

Kayu pengukuranBerdasarkan perbezaan pencapaian individu.Berdasarkan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan.

DisiplinMempunyai disiplin mata pelajaran yang luas.Tertumpukepadatugasan pembelajaran yang terhad.

Pelan UjianJadual penentuan yang umum digunakan.Kriteria terperinci ditentukan.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 9Item UjianSoalan disusun pada peringkat kesukaran yang berbeza.Semuasoalanmempunyai peringkat yang sama.

PencapaianDiukur dari segi kedudukan dalam kumpulan.Jadualyangtelahterbina digunakan untuk merujuk taraf pencapaian pelajar.

1.2.4Jenis-jenis PenilaianPenilaian dalam Pendidikan Jasmani yang biasa digunakan di peringkat sekolah boleh dibahagikan kepada DUA bentuk iaitu:

(a)Penilaian Formatif

Bentuk penilaian ini digunakan bagimengenalpastiperkembanganpembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikutisebarang kelas pelajaran. Ia juga dapat membantu guru membimbing pelajaryang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secaratersusun. Melalui penilaian jenis ini, guru akan dapat mengetahuikeputusanyangberupayamenjelaskansamaadaobjektifsesuatupembelajaran itu telah tercapai atau sebaliknya. Melalui maklumat yangdiperoleh,guruberupayamempengaruhicorakpengajarandanpembelajaran seterusnya. Rujukan berasaskan kriteria sering digunakandalam penilaian jenis ini.Contoh 1.1:

Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asasdalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada kemahiran asasseterusnya, guru akan bertindak menguji semula latihan asas yangtelah diberikan. Jika guru telah berpuas hati bahawa kemahiran tersebuttelah dikuasai oleh pelajar maka guru boleh beralih kepada kemahiranselanjutnya berdasarkan maklumat ujian yang telah dilaksanakan oleh guruitu sebelumnya. Jika keputusan yang diterima sebaliknya, guru bolehmengulang kaji dan menambah latih tubi kemahiran itu ataupun bertindakmengubah suai cara latihan yang sedang diamalkan.Contoh 1.2:

Jika guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti keselamatanketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandunganpelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihatmaklum balas akan aras kefahaman pelajar. Bila guru telah berpuas10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

hatidengan aras kefahaman pelajar, guru boleh melangkah ke topik pengajaran yang seterusnya.

(b)Penilaian SumatifPenilaian jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topikpengajaran. Dalam sistem persekolahan di negara ini ia diamalkanapabila sesuatu topik itu telah dilaksanakan dengan jayanya dan seringdilaksanakan apabila sudah tiba akhir penggal persekolahan atau sudahberada pada peringkat akhir persekolahan. Tujuan utama penilaian inidilaksanakan adalah bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaianmurid bagi satu kelas atau kumpulan. Penilaian yang digunakan jugaadalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan aras gred ataudiberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh pelajar. Ujianrujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian jenis ini.Contoh 1.3

Di akhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran hoki, setelah murid telahdiajar semua kemahiran berkaitan,guru boleh melaksanakan penilaianmenerusi satu permainan hoki. Dengan cara itu guru dapat menilai akankemampuan penguasaan kemahiran oleh pelajar tersebut. Guru bertindakmemantau semua pengajaran yang telah disampaikan kepada pelajar danmemastikan sama ada ia dikuasai dengan baik oleh pelajar atau sebaliknya.Guru boleh menilai pelajar berasakan gred yang boleh digunakan seperti C e m e r l a n g , Baik,Sederhana, Lemah dan Sangat Lemah.Contoh 1.4

Guru boleh menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagimengujikefahamanpelajar padaakhirsemester. Pelbagai soalanberbentukobjektif boleh digunakan dan ia perlu meliputi semua topik pengajaran.Setelah pelajar menduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan muriddan seterusnya menetapkan kemahiran pelajar berasaskan markah yangberjaya diperoleh.

SEMAK KENDIRI 1.2Berikan ciri-ciri ujian berasaskan kriteria.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 111.3

LATAR BELAKANG UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANIDalam subtopik ini, kita akan melihat sejarah dan latar belakang Pendidikan Jasmani dan juga bidang ujian, pengukuran dan penilaian. Kita juga akan melihat bidang-bidang yang berkaitan dan juga keperluannya.

1.3.1Sejarah Pendidikan Jasmani di MalaysiaTahukah anda sejarah Pendidikan Jasmani di negara kita bermula dua abad yang lalu? Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada empat masa. Ia dibahagikan kepada Zaman Pra-British (sebelum 1786), Zaman Pemerintahan British(1781-1941),ZamanSebelumKemerdekaandanZamanSelepas Kemerdekaan. Sebelum ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan dalam sistem Pendidikan Malaysia. Jadual 1.2 menerangkan tentang sejarah dalam Pendidikan Jasmani di Malaysia dengan ringkas.

Jadual 1.2: Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia

ZamanKeterangan

Zaman Pra-British

(Sebelum 1786) Pada zaman ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan.

Pendidikan agama adalah mata pelajaran tidak rasmi yangmenjadi begitu popular pada ketika ini. Status untukPendidikan Jasmani adalah tidak jelas.

Zaman Pemerintahan British (1781-1941) Pendidikan rasmi dimulakan dan banyak dipengaruhi oleh Kerajaan British ketika itu. Banyak sekolah pada ketika itu dibuka oleh syarikat-syarikat British dan Cina.

Di Sekolah Melayu (pertengahan abad ke-19), latihan fizikal diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan (untuk Tahun 1-4). Selepas itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani terus diajar dalam Kelas Khas Melayu selepas Tahun 4.

Pada tahun 1856, Pendidkan Jasmani telah diajar di dua buahsekolahdiSingapura.Bagaimanapun,tiada kurikulum rasmi wujud untuk Pendidikan Jasmani.

Di Sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851.

Ketika tahun 1923 hingga 1925, mata pelajaran Pendidikan

12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah Rendah diPulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar (Johor). Pada tahun 1930, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah Menengah Atas di Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang, dan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Ipoh. Di Melaka dan Pulau Pinang (1861), Sekolah Inggeris telah dibina dengan bantuan daripada Mubaligh Kristian (Catholic) dan Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah tersebut.

Zaman Sebelum

Kemerdekaan Sejak tahun 1930, pelbagai usaha telah dibuat bagi mata pelajaran Pendidkan Jasmani. Mata pelajaran tersebut dibuat berdasarkan mata pelajaran latihan fizikal untuk sekolah di England.

Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan Sultan Idris, di Tanjong Malim, Perak.

Sejak tahun 1952, ramai guru tempatan telah dihantar ke England untuk latihan. Mereka mempelajari Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran utama di Kirby, England. Secaratidaklangsung,guru-gurutersebuttelah mempelajari Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brinsford.

Zaman Selepas

Kemerdekaan Pada tahun 1950, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan dengan beberapa perubahan dilaksanakan.

Pada tahun 1966, mata pelajaran untuk murid-murid lelaki dan perempuan telah diwujudkan sebagai merujuk kepada perubahan yang dilakukan pada ketika itu.

Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan pada tahun

1960apabilaKolejLatihanPakarPerguruanmemulakannya untuk tambahan latihan setahun bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk lelaki dan perempuan(1961). Pada tahun 1971, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali lagi telah mengalami perubahan apabila ia diwujudkan dalam dua bahasa, iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

1.3.2Sejarah Ujian, Pengukuran dan PenilaianUntuk makluman anda, penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa di sekolah. Penilaian telah dijalankan untuk semuaTOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 13mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga1987. Pada tahun 1989, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM),penilaianformaltelahdiperkenalkanuntukmatapelajaranPendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertama kalinya,markah atau gred Pendidikan Jasmani dimasukkan dalam buku laporanpelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di manapencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas.Mari kita pelajari tentang latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas tersebut. (a)Latar Belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA)

Ujian Daya Tenaga Asas telah dijalankan buat pertama kali di sekolah padaawal tahun 70an. Ujian Daya Tenaga Asas pada masa itu mengandungienam aktiviti (Rajah 1.3) iaitu:(i)Ujian Kelembutan; (ii)Baling bola sofbol; (iii) Lompat sarjan;

(iv) Mendagu;(v)Lari ulang-alik; dan

(vi) 600 ela lari/jalan.

Rajah 1.3: Enam aktiviti dalam Ujian Daya Tenaga Asas

Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati

14 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan kerjasama beberapa sekolah kajian. Ia telah memutuskan bahawa ujian baharu hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja. Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ialah Ujian Daya Tenaga Asas yang mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu:

(i)Bangkit tubi; (ii)Tekan tubi;

(iii)Jangkauan melunjur; dan(iv)Larian 1500m.

Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah. Kandungan penting Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/88 adalah seperti berikut:

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 15Peruntukan perkara 5, Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/79 dengan ini dipinda menjadi sebagaimana berikut:

5.Ujian Daya Tenaga Asas

5.1Ujian-ujian yang terkandung dalam risalah baru Ujian Daya Tenaga Asas keluaran Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan hendaklah dijalankan dua kali setahun di semua sekolah menengah sahaja.

5.2Ujian ini hendaklah dilakukan dalam jangka masa satu waktu

Pendidikan Jasmani bagi satu kumpulan.5.3Keputusan-keputusan ujian hendaklah direkodkan dan digunakan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani untuk:

Mengkajikesanpengajaran-pembelajarandalampembinaan kecergasan asas;

Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan atau daya tenaga asas dari segi kesihatan keseluruhannya;

Menilai dan menentukan kelenturan, kekuatan dan daya tahan seseorangpelajarsupayarancanganpengajaranboleh diubahsuaikan.

Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan dan untuk mengemas kini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober 1992 di Port Dickson. Semua penyelia Pendidikan Jasmani negeri dan wakil bahagian- bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar.

Terdapat beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam semasa seminar tersebut. Jawatankuasa kecil yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Jawatankuasa ini telahmengemukakanbeberapacadanganuntukpertimbanganpihakyang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan Malaysia.Mulai tahun 2008, pelajar diwajibkan menjalani ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia

16 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(2008) bagi menggantikan Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya di sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.Semua murid perlu menjalani ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut:

(i)Naik Turun Bangku ( 3 minit ); (ii)Tekan Tubi ( 1 minit );

(iii)Ringkuk Tubi Separa (1 minit ); dan

(iv)Jangkauan Melunjur.1.4

BIDANG UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIANSebagaimana yang telah dinyatakan tadi, terdapat tiga bidang utama dalam ujian, pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam Rajah 1.4 di berikut.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 17

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penerangan lanjut untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:1.4.1Domain PsikomotorUjian psikomotor membolehkan guru menilai kebolehan dan kecekapan fizikal pelajar yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988), menerangkan dalam penyelidikan beliau, terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor. Seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.5 berikut.18 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor

Sumber: Jansma (1988)Penerangan lanjut empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut:

(i)Fizikal

Bagi ujian fizikal ini, anda akan melakukan penilaian berhubung kaitdengan anatomi seseorang individu. Sebagai contoh, anda akanmenilai berat jisim badan, peratus kandungan lemak dan kekuatanotot badan murid anda.(ii)Motor

Bagi ujian bahagian motor pula, anda akan membuat penilaian berkaitrapat dengan kualiti cara pergerakan dan perlakuan individu. Sebagaicontoh, anda akan menilai pergerakan motor yang dibuat oleh otot-otot kecil di jari semasa bermain piano.(iii) Kecergasan

Bagi ujian kecergasan pula, anda akan membuat penilaian merujukkepada komponen asas kesihatan secara menyeluruh yang meliputikeupayaan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot sertakekuatanmental.Sebagaicontoh,ketikaandaberlaridalampertandinganmarathon,andaakanmenggunakankeseluruhankomponen kecergasan anda.(iv)Permainan

Bagi bahagian permainan pula, anda akan memperlihatkan kemuncakkemajuan dalam psikomotor anda. Untuk anda menjadi seorangTOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 19pemainyangbaik,andamemerlukantahapkekuatanfizikal, kemahiran motor dan kecergasan yang baik. Sebagai contoh, semasa anda belajar bermain golf, kemajuan permainan anda akan menjadi bertambah baik dengan latihan yang kerap. Latihan yang kerap ini akan memperbaiki pergerakan psikomotor otot-otot anda.

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Guru-guru Pendidikan Jasmani sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah sehingga sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan asas yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru melalui senaman. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian misalnya, kemahiran mengelecek dalam permainan bola sepak.

Domain psikomotor mampu mengenal pasti perkembangan kemahiran yang berkaitan tugasan perlakuan dan pergerakan fizikal. Walau bagaimanapun ia juga merangkumi aktiviti harian dan kemahiran bersosial. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani, domain psikomotor adalah sangat signifikan. Domain psikomotor Dave (1970) adalah paling bersesuaian dan dapat membantu hal seharian seperti bekerja serta perkembangan yang berkaitan dengan kehidupan seharian terutamanya dalam mengajar pelajar.

Rajah 1.6 adalah aras taksonomi Dave (1970), di mana terdapat lima aras iaitu meniru, manipulasi, ketepatan perlakuan, menghubung kait dan tindakan semula jadi.

Rajah 1.6: Taksonomi Dave (1970)

20 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(i)Aras meniru kemahiran (imitation)Aras ini adalah yang paling rendah dalam pembelajaran dan penguasaansesuatu kemahiran yang kompleks atau nyata selepas murid bersediamelakukan sesuatu perlakuan. Aras ini termasuk mengulang perlakuanyang ditunjukkan oleh guru dan termasuklah kaedah cuba jaya sehinggalahkemahiran tersebut dapat dikuasai. Aras ini terbahagi kepada dua iaitu (i)meniru perlakuan kemahiran yang ditunjukkan; dan (ii) memerhati danmengulang perlakuan yang ditunjukkan.(ii)Aras memanipulasi kemahiran (manipulation)

Aras kedua dalam taksonomi Dave adalah peringkat di mana murid mampumenghasilkan perlakuan daripada arahan atau tugasan melalui ingatanmereka. Pelajar perlu menghasilkan perlakuan berpandukan arahan tugasansecara tulisan atau lisan. Pelajar dikehendaki berlatih kemahiran yang ditunjukkan dengan mengasingkan kemahiran kepada part-part-whole ataudilakukan secara keseluruhan. Penguasaan peringkat ini mampu ditunjukkanoleh pelajar apabila kemahiran tersebut menjadi kebiasaan dan perlakuan bolehdilakukan dengan berkeyakinan dan cekap. Penguasaan kemahiran pada arasini lebih kompleks daripada aras meniru tetapi pelajar masih belummenunjukkan tahap keyakinan terhadap diri sendiri.(iii)Aras ketepatan perlakuan kemahiran (precision)Arasketepatanperlakuankemahiranmemerlukanpelajarmelakukankemahiran dengan tepat dan betul mengikut arahan dan tunjuk cara guru.Pelajar dikehendaki mempamer dan melakukan ketepatan perlakuan dengancekap dan berkualiti tanpa bantuan atau arahan serta mampu menunjuk caraperlakuan kemahiran kepada rakan sebaya. Kemahiran yang diajar dapatdikuasai dan dicapai dengan cekap dan pergerakan yang lancar, tepat danmenggunakan tenaga yang minima. Tindak balas yang ditunjukkan dapatdipersembahkan dengan jelas, kompleks dan tanpa ragu-ragu.(iv)Aras menghubung kait kemahiran (articulation)Peringkat ini adalah melibatkan ketepatan perlakuan kemahiran aras tinggi.Kemahiran dapat dikembangkan dengan baik di mana pelajar mampumengubah suai pola pergerakan yang dikuasai dan disesuaikan mengikutkeperluandansituasi.Pelajardikehendakimengadaptasidanmenyepadukankemahiranyangdikehendakiberdasarkanobjektifperlakuan atau kemahiran. Pelajar juga mampu mengait dan melakukangabungan aktiviti atau kemahiran bagi membina kaedah atau cara yangsesuai dengan keadaan atau situasi baharu.TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 21(v)Aras tindakan semula jadi kemahiran (naturalisation)Peringkat tertinggi dalam Taksonomi Dave di mana tindak balas pelajarberlaku secara automatik. Pelajar telah menjadi pakar dan menguasaikeseluruhan kemahiran atau pergerakan dan mampu mencipta pergerakanbaru yang berkaitan dan juga dapat memanipulasikan pergerakan dengansituasi sebenar. Pelajar mampu menguasai kemahiran secara semula jaditanpa disedari dan dapat menyesuaikan kemahiran mengikut aras strategik.Pelajar mampu mengenal pasti matlamat dan tujuan kemahiran yangdipelajari, aplikasi pendekatan serta strategi yang digunakan sangatbertepatan dan sesuai dengan keperluan kemahiran, aktiviti ataupun situasi.1.4.2Domain KognitifDomain kognitif merujuk kepada pemikiran dan daya intelek di mana penilaian kognitif adalah untuk mengukur aras pengetahuan dan kepintaran pelajar (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Abu Bakar dan Bhasah (2008), menyatakan perkembangan pemikiran dan fikiran adalah suatu proses yang berlaku sepanjang masa dan berlaku di mana-mana sahaja. Dalam perkembangan kognitif terdapat satu sistem pengkelasan atau taksonomi mengikut Jawatankuasa Pemeriksa 1948-1953 (Bloom, Engelhart, Furst, Hill & Krathwohl, 1956) yang masih relevan dan diguna pakai sehingga kini.

Sistem yang digunakan ini adalah satu sistem yang berperingkat bermula dari aras rendah kepada yang lebih tinggi. Tindakan-tindakan dapat diambil supaya perlakuan yang timbul itu menunjukkan pencapaian objektif-objektif seperti yang disarankan.

Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (2004), istilah taksonomi adalah menyediakan pengkelasan pelbagai matlamat dalam sistem pendidikan. Pengkelasan ini berpusatkan pelajar dan berorientasikan tingkah laku. Berdasarkan Rajah 1.7, terdapat enam aras pengkelasan domain kognitif berdasarkan taksonomi Bloom.

22 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.7: Taksonomi Bloom

Sumber: Engelhart, Furst, Hill dan Krathwohl (1956)(a)Aras Pengetahuan

Meliputi semua tingkah laku yang menekankan pengenalan dan ingatanidea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku.Tingkah laku ini ditunjukkan dalam bentuk asalnya. Pengetahuan disusundari mudah iaitu yang tertentu dan konkrit kepada yang luas dan abstrak.Terdapat tiga peringkat pada aras ini iaitu:(i)Pengetahuan tentang perkara khusus;

(ii)Pengetahuan tentang cara mengendalikan perkara khusus; dan

(iii) Pengetahuan tentang perkara keseluruhan dan abstrak daripada satu- satu bidang (Bhasah, 2008).

Proses mengumpulkan pengetahuan melibatkan fakta-fakta dikaitkan antara satu sama lain sehingga jalinannya menimbulkan satu bentuk jawapan yang dikehendaki. Peringkat proses ini terbahagi kepada lima iaitu:

(i)Pengetahuan tentang memproses dan mempersembahkan pendapat; (ii)Pengetahuan tentang aliran dan pemeringkatan masa;

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 23(iii)Pengetahuan tentang penjenisan dan pengumpulan maklumat;(iv)Pengetahuan kriteria yang membolehkan faktor, pendapat dan keputusan; dan

(v)Pengetahuan tentang cara-cara meneliti, teknik dan prosedur yang digunakan dalam sesuatu bidang ataupun bagi menyelesaikan masalah.

(b)Aras KefahamanAras kefahaman boleh ditakrifkan sebagai objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang menunjukkan pengertian bermakna.

Bagi mendapat pengertian ini, pelajar menukar bentuk penerimaannya sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau simbol. Terdapat tiga peringkat kefahaman iaitu:

(i)Terjemahan;

(ii)Interprestasi; dan

(iii)Ekstrapolasi (Abu Bakar & Bhasah, 2008).

Interprestasi melibatkan berbagai-bagai bentuk komunikasi dan setelah bentuk-bentuk ini difahami, unsur-unsur dalam komunikasi itu terpaksa disusun semula supaya dapat memberi penerangan yang bermakna. Peringkat ekstrapolasi pula adalah membuat suatu anggaran atau aliran yang timbul daripada komunikasi yang ditunjukkan. Dengan adanya penganggaran, maka inferensi boleh dibuat tentang kesan dan implikasi yang berkait dengan komunikasi.

(c)Aras Aplikasi

Menurut Abu Bakar dan Bhasah (2008):

Aras aplikasi bermaksud penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam situasi tertentu dan situasi umum.

24 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bagi menguasai aras aplikasi, pelajar mesti benar-benar memahami ciri-ciri asas yang terdapat bagi aspek berkenaan. Dengan kefahaman yang tinggi, maka dapatlah ciri-ciri ini digunakan dalam situasi yang berlainan. Pelajar dikehendaki menentukan bukan sahaja cara menyelesaikan masalah tetapi juga situasi apabila strategi penyelesaian itu digunakan.

(d)Aras Analisis

Aras analisis berfungsi dengan membahagi dan menentukan bahagian-bahagian kecil atau komponen bagi sesuatu perkara yang dikemukakan danmemperlihatkan perkaitan antara komponen. Oleh itu, aras analisis adalahbagi menentukan organisasi dan struktur satu-satu komunikasi ia bolehdianggap sebagai asas bagi memahami komunikasi dengan lebih mendalambagi memulakan sesuatu penilaian. Analisis menumpukan kepada isikandungan dan bentuk. Apabila makna kandungan dianalisis, proses danhasilnya adalah lebih mendalam daripada yang berlaku di peringkatkefahaman.Peringkat aras analisis ini terbahagi kepada tiga iaitu: (i)Analisis elemen atau unsur;

(ii)Analisis perhubungan; dan

(iii) Analisis prinsip organisasi (Abu Bakar & Bhasah, 2008). Analisis elemen atau unsur dinilai apabila terdapat banyak komunikasi yang jelas dan terpendam. Analisis perhubungan ditentukan setelah unsur- unsuryangberbagai-bagaibentukdalamsesuatukomunikasi ditekankan. Perhubungan ini terdapat pada beberapa peringkat iaitu peringkat rendah di mana ia menentukan perkaitan antara bukti dengan bukti, antara bukti dengan hipotesis dan antara hipotesis dengan kesimpulan. Peringkat tertinggi pula ialah perkaitan antara bahagian komunikasi yang menjadi utusan utama dan bahagian komunikasi yang menyokong utusan tersebut.

(e)Aras SintesisAras sintesis bermakna menggabungkan unsur dan bahagian-bahagian supaya komunikasi itu berstruktur.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 25Gabungan yang dilakukan di peringkat ini adalah menyeluruh daripada beberapa punca sehinggalah menjadi jelas. Pada aras ini, pelajar boleh menunjukkan bakat kreatif dan hasilannya juga menunjukkan bentuk yang berlainan daripada bahan asal.

Peringkat ini terbahagi kepada tiga iaitu: (i)Penghasilan komunikasi yang unik;

(ii)Cadangan bagi penghasilan satu set gerakan; dan

(iii) Sedutan satu set perhubungan yang abstrak (Abu Bakar & Bhasah,

2008).Padaperingkatpenghasilankomunikasiyangunik,penyampaian dalam berbagai-bagai bentuk sangat diutamakan danbertujuan seperti mencerita, menghurai, menghibur dan menarikminat. Peringkat cadangan bagi penghasilan satu set pergerakanseharusnya memuaskan kriteria yang ditentukan terlebih dahulu.Peringkat ini memerlukan satu set perhubungan abstrak yang bolehdidapati daripada penganalisisan yang dibuat kepada perkara yangdikemukakan.(f)Aras Penilaian

Merupakan aras yang tertinggi dalam taksonomi kognitif tetapi bukan diperingkat penghabisan dalam proses pemikiran. Ia meliputi penghakimanatau penentuan nilai terhadap sesuatu dengan berasaskan tujuan tertentu.Penghakiman ini adalah berlandaskan kepada kriteria dan peringkat yangmemuaskan. Penilaian dianggap juga sebagai proses yang mengaitkanbidang kognitif, psikomotor dan afektif.Penilaian yang dibuat seharusnya tidak dapat dipisahkan daripada berpusatkan kepada pendirian sendiri. Penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu:

(i)Penilaian dalaman; dan

(ii)

Penilaian luaran (Abu Bakar & Bhasah, 2008). Penilaian berkaitan pengetahuan tentang kriteria yang digunakan bagi menilai perkara- perkara yang berlainan.

Ahli psikologi kognitif seperti Jean Piaget, J. S. Bruner, dan David Ausubel berpendapat pentingnya pemboleh ubah struktur kognitif dan proses kognitif dalam menggalakkan pembelajaran bermakna di bilik darjah. Rink (2002) juga menjelaskan proses pembelajaran yang berkesan adalah situasi di mana murid dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognitif,

26 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilai afektif melalui aktiviti sosialisasi.

1.4.3Domain AfektifDomain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afektif ini, murid menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, perkembangan dari segi perasaan, emosi, kepercayaan, sikap serta lain-lain elemen kerohanian yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).

Perasaan, sikap dan nilai ini adalah perkara yang dipelajari dan berkembang dari semasa ke semasa. Jikalau keadaan suasana persekitaran itu sihat, maka perasaan, sikap dan nilai yang disemai itu akan berbentuk positif (Abu Bakar, 1985). BerdasarkanRajah1.8,taksonomiKrathwohl,Bloom&Masia(1964) mengklasifikasikan aras domain afektif kepada lima aras taksonomi.

Rajah 1.8: Taksonomi Krathwohl, Bloom dan Masia (1964)

(a)Aras penerimaan

Aras ini ada hubungannya dengan kemahuan murid memberikan perhatian.Ia mencakupi tindakan-tindakan murid yang mencerminkan satu kesedaranatau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran yangTOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 27berhubung dengan bidang afektif. Tahap penerimaan bermula dengan satu kesedaran dan keperihatinan seseorang khususnya pelajar terhadap sesuatu rangsangan (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).

Menurut Abu Bakar dan Bhasah (2008), tahap penerimaan bermaksud individu adalah mempunyai sifat-sifat kesediaan untuk menerima sesuatu yang ditimbulkan. Dengan adanya sifat ini, maka individu tidak akan menolak tetapi sebaliknya meluangkan masa bagi pendedahan berlaku. Terdapat tiga jenis tahap penerimaan iaitu kesedaran, kesediaan menerima dan pengambilan bahagian secara terkawal.

(b)Aras memberikan maklum balas

Pada aras ini, murid akan memberikan maklum balas dengan bertindakbalas apabila individu mempunyai motif dan minat sendiri bagi mengaitkandirinya dengan sesuatu rangsangan ataupun menimbulkan kesan ke atassesuatu perkara. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuatreaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Gerak balas bermaksud melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

Aras gerak balas ini bermula dari proses menurut permintaan guru untuk memberi gerak balas terhadap rangsangan, meskipun pelajar boleh memilih untuk tidak memenuhi permintaan berkenaan sekiranya pelajar diberi peluang. Proses ini diteruskan dengan penglibatan secara rela hati dalam aktiviti yang dirangsangkan dan proses akan berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan. Terdapat tiga jenis tindak balas pada peringkat ini iaitu tindak balas mengikut arahan, bertindak balas dengan arahan dan kepuasan dalam bertindak balas.

(c)Aras menghargai

Pada peringkat ini, tiap-tiap perkara seperti benda, kejadian dan interaksimempunyai nilai. Bagi seseorang individu, nilai yang ada pada sesuatuperkara itu dipelajari dan diamalikan sehingga nilai itu menjadi nilaipersendirian. Nilai ini adalah stabil, oleh itu tingkah laku yang timbul dapatdijangkakan kerana nilai akan menjadi bahan landasan bagi tiap-tiapperlakuan. Apabila nilai telah tertanam, maka tingkah laku yang timbul itu28 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

bukannya disebabkan oleh dorongan luaran tetapi dalaman iaitu kemahuan diri sendiri.

Perlakuan yang diterjemahkan juga adalah berdasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dimurnikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza sehinggalah ia boleh dipraktikkan oleh seseorang. Terdapat tiga jenis cara untuk menghargai nilai pada peringkat ini iaitu penerimaan nilai, pemilihan sesuatu nilai dan komitmen terhadap nilai.

(d)Aras mengorganisasi

Peringkat ini adalah penting bagi menyusunkan nilai-nilai yang banyakkepada satu sistem yang praktikal dengan mencari perkaitannya sertadiberikan keutamaan. Terdapat dua jenis organisasi nilai iaitu:(i)Konsepsualisasi nilai di mana individu akan dapat melihat perkaitan antara nilai yang telah ada padanya atau yang akan dipegangnya; dan

(ii)Pengelolaan suatu sistem nilai. Pada peringkat ini, beberapa nilai dan ciri yang dipilih akan disusun menjadi satu sistem nilai yang bermakna. Sistem ini juga mempunyai ciri-ciri yang saling menyokong antara satu sama lain.

(e)Aras membina perwatakan

Pada peringkat ini, individu akan membentuk perwatakan atau karaktermengikut sesuatu nilai bermakna yang mana individu tersebut telah punmengamalkan cara-cara hidup mengikut suatu sistem nilai tertentu. Sukarsekali individu itu boleh bertukar tingkah lakunya kepada satu bentuk yangberasaskan sistem nilai yang berlainan.Terdapat dua jenis perwatakan yang dapat dilihat. Pertama ialah miripan kepada nilai tertentu. Hal ini melibatkan penentuan set umum di mana individu menggarap, memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu keadaan mengikut sistem nilai yang dianuti. Kedua ialah perwatakan yang membawa maksud bahawa individu itu mempunyai suatu sistem tersendiri.

Brett dan James (2006) menyarankan tujuh strategi yang boleh diguna pakai oleh guru dalam menilai proses pembelajaran pelajar bagi domain afektif dalam Pendidikan Jasmani iaitu:

(i)Menentukan nilai yang dikehendaki;

(ii)Menggalakkan pelajar menunjukkan nilai yang dikehendaki;

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 29(iii)Menilai pelajar berdasarkan aras domain afektif;(iv) Membina rubrik penilaian bagi setiap aras; (v)Merekodkan pencapaian pelajar;

(vi)Menggalakkan penilaian kendiri pelajar; dan(vii) Menyediakan penilaian afektif yang berasingan dengan domain kognitif dan psikomotor.

Kebanyakan guru hanya fokus kepada domain kognitif dan psikomotor dalam proses pembelajaran. Guru menghadapi kesukaran dalam mengukur pencapaian pelajar dalam domain afektif walaupun mereka mengetahui peranan dan kepentingan domain ini.

Berdasarkan kepada huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat PerkembanganKurikulum,2001), penilaian

domain afektifadalah merangkumi aspek perasaan, nilai dan emosi individu. Terdapat lapan nilai yangperluditerapkanmengikutsukatanpelajaraniaitusemangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepimpinan dan penyertaan.

SEMAK KENDIRI 1.31. Apakah bidang-bidang dalam ujian, pengukuran dan penilaian?

2. Huraikan LIMA aras taksonomi berdasarkan domain psikomotor

Dave (1972).3. Huraikan EMPAT jenis ujian psikomotor dalam Pendidikan Jasmani.1.5

PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENILAIANTerdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu:(i)Alat untuk mengukur keberkesanan program; (ii)Memenuhi objektif dan keperluan; dan

(iii)Menentukan kaedah penilaian.

30 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.5.1 Sebagai Alat untuk Mengukur KeberkesananProgramApabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh mengenal pasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ia berjaya atau tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, pengubahsuaian terpaksa dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur(soalanpilihanobjektif,soalansubjektif,esei,projek,teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

1.5.2 Memenuhi Objektif dan KeperluanPenilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan program Pendidikan Jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan atau tidak. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan tercapai.Keperluansesetengahpihakjugaharusdipertimbangkanbagi menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelak daripada berlakunya bias atau berat sebelah.

1.5.3 Menentukan Kaedah PenilaianPenilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah berdasarkanpersekitarandankeluasanpembelajarandanpembangunan seseorang pelajar.

Penilaian boleh didefinisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 31 Antara tujuan utama penilaian dalam Pendidikan Jasmani ini adalah memfokus kepada setiap orang murid, menentukan status semasa murid dan memilih wakil sekolah.

Terhadap dua jenis ujian dan penilaian iaitu berasaskan kriteria dan ujian berasaskan norma.

Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada empat masa iaitu zaman Pra-British (sebelum 1786), zaman pemerintahan British (1781-

1941), zaman sebelum kemerdekaan dan zaman selepas kemerdekaan. Terdapat tiga bidang utama dalam ujian, pengukuran dan penilaian iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif. Tiga prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian ialah alat untuk mengukur keberkesanan program, memenuhi objektif dan keperluan dan menentukan kaedah penilaian.

AfektifKognitif Penilaian Pengukuran

PengukuranPsikomotor

Ujian berasaskan kriteria

Ujian berasaskan norma

Abu Bakar Nordin. (1985). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise.Abu Bakar Nordin, & Bhasah Abu Bakar (2008). Penaksiran dalam pendidikan &

sains sosial. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.Bhasah Abu Bakar. (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan.

Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.32 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bloom, B. S., Engelhart, M. D., Furst, E. J., Hill, W. H., & Krathwohl, D. R. (1956).Taxonomy of educational objectives the classification of educational goalshandbook I: Cognitive domain. New York: David McKay Company, Inc.Brett, J. H., & James, C. H. (2006). Teaching-learning in the affective domain.

Strategies: A Journal for Physical and Sports Educators, 20(1), 11-13.Fcxg." T0" J0" *3;92+0" Psychomotor levels developing and writing behavioural objectives.Tuscon , AZ: Educational Innovators Press.

Gay, L. R. (1985). Educational evaluation & measurement: Competencies for analysis and application. USA: C. E. Merrill Publishing Co.

Jansma, P. (Ed.). (1988). The psychomotor domain training and the seriously disabilities (3rd ed.). USA: University Press of America.

Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi asas pendidikan.

Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.Kirkendall D. R., Gruber J. J., & Johnson R. E. (1987) Measurement and evaluation for physical educators (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics Publisher.

Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives the classification of educational goals, handbook II: Affective domain. NY: David McKay Com, Inc.

Miller, D. K. (2006). Measurement by the physical educator: Why and how.

University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill InternationalEdition.Popham, W. J. (1975). Educational evaluation. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall

Rink, J. E. (2002). Teaching physical education for learning (4th ed.). Boston: McGraw Hill.

Rowntree, D. (1977). Assessing students: How shall we know them. London: Harper & Row Ltd.

Satterly, D. (1989). Assessment in schools (2nd ed.). New York: Basil Blackwell.

elalunya apabila