23
PENGENALAN Topik ini membincangkan sifat-sifat yang terdapat pada suatu huruf. Sifat-sifat yang ada pada setiap huruf perlu diketahui agar cara al-Quran dibaca bertepatan dengan cara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda: Bacalah al-Quran dengan gaya bahasa Arab (fasohah). Untuk mengusai bacaan al-Quran dengan gaya bahasa Arab, seseorang perlu memahami dan mengetahui sifat-sifat bagi setiap huruf yang terdapat di dalam al-Quran. Justeru, topik ini akan membincangkan sifat-sifat huruf yang merangkumi sifat-sifat huruf yang berlawanan dan tunggal, huruf-huruf yang dibaca secara tafkhim atau tarqiq serta ghunnah (dengung). Dengan menguasai sifat-sifat huruf dalam bacaan al-Quran, setiap huruf yang dilantunkan akan kedengaran sempurna mengikut gaya bahasa Arab. 6.1 T T o o p p i i k k 7 7 Sifat-sifat Huruf Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan takrif bagi sifat huruf dari sudut bahasa dan istilah; 2. Menjelaskan kepentingan mempelajari sifat-sifat huruf; 3. Mengenal pasti sifat-sifat bagi setiap huruf sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama tajwid; 4. Menerangkan perbezaan huruf-huruf yang berkongsi makhraj yang sama dari sudut sifatnya; dan 5. Menghuraikan pendapat ulama terhadap bilangan sifat huruf. HASIL PEMBELAJARAN

Topik 7 Sifat-sifat Huruf

Embed Size (px)

Citation preview

� PENGENALAN

Topik ini membincangkan sifat-sifat yang terdapat pada suatu huruf. Sifat-sifat yang ada pada setiap huruf perlu diketahui agar cara al-Quran dibaca bertepatan dengan cara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda: Bacalah al-Quran dengan gaya bahasa Arab (fasohah). Untuk mengusai bacaan al-Quran dengan gaya bahasa Arab, seseorang perlu memahami dan mengetahui sifat-sifat bagi setiap huruf yang terdapat di dalam al-Quran. Justeru, topik ini akan membincangkan sifat-sifat huruf yang merangkumi sifat-sifat huruf yang berlawanan dan tunggal, huruf-huruf yang dibaca secara tafkhim atau tarqiq serta ghunnah (dengung). Dengan menguasai sifat-sifat huruf dalam bacaan al-Quran, setiap huruf yang dilantunkan akan kedengaran sempurna mengikut gaya bahasa Arab.

6.1

TTooppiikk

77 � Sifat-sifat

Huruf

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan takrif bagi sifat huruf dari sudut bahasa dan istilah;

2. Menjelaskan kepentingan mempelajari sifat-sifat huruf;

3. Mengenal pasti sifat-sifat bagi setiap huruf sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama tajwid;

4. Menerangkan perbezaan huruf-huruf yang berkongsi makhraj yang sama dari sudut sifatnya; dan

5. Menghuraikan pendapat ulama terhadap bilangan sifat huruf.

HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

123

PENGANTAR SIFAT HURUF

Dengan mengetahui sifat huruf dan mempraktikkannya di dalam bacaan, seseorang mampu membaca al-Quran dengan betul. Sekiranya pembaca al-Quran tidak menguasai sifat huruf dengan sempurna, kebarangkalian al-Quran dibaca tidak menepati cara bacaan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

7.1.1 Takrif Sifat Huruf

Sifat dari sudut bahasa ialah sesuatu keadaan sama ada dapat dilihat seperti putih, merah, hitam atau tidak dapat dilihat seperti ilmu, amanah dan sebagainya. Dari sudut istilah pula, sifat bermaksud ciri-ciri tertentu yang terdapat pada suatu huruf ketika menyebutnya seperti tebal dan nipis, tinggi dan rendah, menghemburkan angin dan tidak, kuat dan lemah dan sebagainya.

7.1.2 Kepentingan Sifat Huruf dan Kelebihannya

Pengetahuan tentang sifat ini mempunyai beberapa faedah yang tersendiri. Antara faedah tersebut ialah kemampuan untuk membezakan sebutan huruf-huruf yang keluar dari makhraj yang sama. Seperti huruf ta, tho dan dal. Ketiga-tiga huruf tersebut keluar dari makhraj yang sama iaitu hujung lidah dan gusi gigi atas bahagian hadapan. Namun, yang membezakan sebutan antara huruf tho dan ta ialah perbezaan sifat-sifat huruf yang dimiliki oleh huruf-huruf tersebut. Sebagai penjelasan, huruf tho mempunyai sifat istitolah, itbaq dan jahr. Sekiranya ketiga-tiga sifat tersebut tidak wujud pada tho, maka tiadalah perbezaan bunyi dan sebutan antara huruf tho dengan huruf ta. Selain itu, penguasaan sifat huruf juga boleh memperelokkan sebutan bagi huruf-huruf yang berbeza makhraj. Begitu juga ia dapat membezakan antara huruf yang kuat dengan huruf yang lemah. Di samping itu, bacaan idgham daripada suatu huruf ke dalam huruf yang lain juga tidak dapat disebut secara sempurna jika tidak mengetahui dan memahami sifat-sifat huruf. Secara umumnya, dengan menguasai topik ini, seseorang akan mampu melantunkan sebutan huruf-huruf di dalam al-Quran dengan lebih sempurna.

7.1

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

124

7.1.3 Bilangan Sifat Huruf Menurut Pandangan Ulama

Para ulama tajwid berbeza pendapat berkaitan bilangan sifat-sifat huruf. Antara pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ulama adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Pandangan Para Ulama Berkaitan dengan Bilangan Sifat Huruf

Para Ulama Pandangan

Imam Ibn al-Jazari Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah sebanyak 17 sifat. Pandangan ini telah diterima pakai oleh majoriti ulama dan dijelaskan di dalam buku-buku mereka.

Imam al-Shatibi Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah sebanyak 16 sifat sahaja. Pengurangan satu sifat huruf daripada pendapat yang pertama adalah kerana beliau menggugurkan dua sifat iaitu al-Izlaq dan al-Ismat, namun menambah satu lagi sifat huruf yang lain iaitu al-HawaÊi.

Imam al-FarraÊ Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah sebanyak 14 sifat sahaja. Pengurangan tiga sifat huruf daripada pendapat yang pertama adalah kerana beliau menggugurkan sifat al-Izlaq, al-Ismat, al-Inhiraf dan al-Lin, namun menambah sifat al-Ghunnah.

Imam Makki bin Abi Talib

Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah sebanyak 44 sifat di dalam kitabnya al-RiÊayah.

SEMAK KENDIRI 7.1

Jelaskan pandangan para ulama berkaitan dengan bilangan sifat-sifat huruf.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

125

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT HURUF

Subtopik ini membincangkan dengan lebih lanjut pembahagian sifat-sifat huruf. Subtopik ini akan menyentuh sifat-sifat huruf berlawanan, tunggal, lemah, kuat dan akhir sekali sederhana.

7.2.1 Sifat Huruf yang Berlawanan

Menurut Imam Ibn al-Jazari, sifat-sifat huruf terbahagi kepada 17 sifat dan dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu sifat-sifat yang berlawanan dan sifat-sifat tunggal. Menurut beliau, terdapat 11 sifat huruf bagi sifat-sifat yang berlawanan dan enam lagi sifat huruf bagi sifat-sifat yang tunggal. Sifat yang berlawanan merupakan sifat-sifat huruf yang mesti ada pada setiap huruf di dalam al-Quran. Ini bermakna, setiap huruf memiliki sekurang-kurangnya lima sifat. Senarai bagi sifat-sifat yang berlawanan adalah seperti berikut:

(a) Al-Syiddah (Kuat);

(b) Al-Tawassut (Pertengahan);

(c) Al-Rakhawah (Lembut);

(d) Al-Jahr (Jelas);

(e) Al-Hams (Sembunyi);

(f) Al-IstiÊlaÊ (Tinggi);

(g) Al-Istifal (Rendah);

(h) Al-Itbaq (Tertutup);

(i) Al-Infitah (Terbuka);

(j) Al-Ismat (Tertahan); dan

(k) Al-Izlaq (Tergelincir).

7.2

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

126

Huraian Bagi Sifat-Sifat Huruf yang Berlawanan Sifat huruf yang berlawanan ada sebelas sifat dan terdiri dari lima pasangan (rujuk Rajah 7.1).

Rajah 7.1: Sifat-sifat huruf yang berlawanan

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat berlawanan adalah seperti berikut.

(a) AAl-Hams Dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi. Menurut ulama tajwid, al-Hams diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan nafas boleh terkeluar. Oleh kerana itu, huruf-hurufnya dinamakan mahmusah

dan ia dikumpulkan di dalam rangkaikata ��� ��� �� yang terdiri

daripada 10 huruf.

(b) AAl-Jahr Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Menurut ulama tajwid, al-Jahr diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas daripada terkeluar. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

127

Perhatian: Kekuatan suara berpegang kepada makhraj sehingga menahannya dari terkeluar nafas ketika menyebutnya adalah faktor utama membezakan antara huruf al-Hams dengan huruf al-Jahr.

(c) AAl-Syiddah

Dari sudut bahasa bermaksud kekuatan. Menurut ulama tajwid, al-Syiddah diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan suara daripada

terkeluar. Huruf-huruf al-Syiddah dikumpulkan dalam rangkai kata � ������ yang terdiri daripada lapan huruf.

Contohnya:

(i) Huruf dal pada kalimah ����� : Surah al-Hadid: 26; dan

(ii) Huruf jim pada kalimah ����� : Surah al-Baqarah: 189.

Jika diperhatikan dua contoh yang lepas, suara tertahan dan tidak berlalu

dengan sempurna. Ini kerana huruf dal dan jim adalah antara huruf-huruf al-Syiddah.

(d) AAl-Tawassut Al-Tawassut bermaksud pertengahan. Menurut ulama tajwid, al-Tawassut ialah huruf-huruf yang berada di antara sifat al-Syiddah dan sifat al-Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas. Oleh kerana itu, huruf-hurufnya dinamakan

mutawassat. Huruf-huruf al-Tawassut tersusun di dalam rangkai kata��� �� yang terdiri daripada lima huruf.

Contohnya:

(i) Huruf lam dalam kalimah ! Surah al-Nas: 1; dan

(ii) Huruf nun dalam kalimah ��" Surah al-Ikhlas: 4.

Dalam dua contoh yang dikemukakan, suara tidak dapat ditahan dengan

sempurna ketika membacanya sebagaimana huruf al-Syiddah dan pada waktu yang sama suara tidak keluar dengan sempurna seperti huruf-huruf al-Rakhawah. Tetapi huruf-huruf al-Tawassut keadaannya pertengahan antara al-Syiddah dan al-Rakhawah.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

128

(e) AAl-Rakhawah Al-Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud al-Syiddah dan juga al-Tawassut. Ia adalah satu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan. Berlainan dengan sifat-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.

Dari sudut bahasa, al-Rakhawah bermaksud lembut. Menurut ulama tajwid, al-Rakhawah diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj sehingga suara terkeluar ketika menyebutnya. Huruf-huruf al-Rakhawah adalah selain daripada huruf-huruf al-Syiddah dan al-Tawassut. Contohnya huruf

faÊ pada firman Allah SWT #$ �%� dalam Surah al-Ahqaf: 17. Contoh yang

dikemukakan jika diperhatikan, terdapat suara yang jelas keluar ketika menyebut huruf faÊ.

(f) AAl-IstiÊlaÊ Al-IstiÊlaÊ dari sudut bahasa ialah terangkat. Menurut ulama tajwid, al-

IstiÊlaÊ bermaksud lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya. Di waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut ketika menyebut hurufnya.

Huruf-huruf al-IstiÊlaÊ ini tersusun dalam rangkaikata & �'( �) .

Contohnya ialah huruf qaf di dalam Surah Yunus: 10 iaitu pada kalimah *+ !,+ dan huruf zaÊ pada Surah al-Maidah: 45 iaitu kalimah -./+0�� .

Jika dilihat kepada dua contoh tersebut, kita mendapati bahawa lidah

terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-huruf al-IstiÊlaÊ. (g) AAl-Istifal Al-Istifal dari sudut bahasa bermaksud merendah. Menurut ulama tajwid,

al-Istifal bermaksud merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut hurufnya juga akan merendah. Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf al-Istifal disebut dengan al-Tarqiq (nipis).

Bilangan huruf-huruf al-Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada

huruf-huruf al-IstiÊlaÊ. Contohnya ialah huruf mim pada Surah al-Maidah: 3

iaitu kalimah 12�3. Jika diperhatikan kepada sebutan mim 12�3 lidah merendah ketika

menyebutnya dan suara huruf mim tersebut adalah al-Tarqiq.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

129

(h) AAl-Itbaq Al-Itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Menurut ulama tajwid, al-Itbaq bermaksud sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Bilangan huruf-huruf ialah empat huruf iaitu sad, dhad, thoÊ dan zaÊ. 45 6 7. Sifat al-Itbaq ini mengandungi al-IstiÊlaÊ dan lebih dari itu. Ketika

menyebut huruf-hurufnya, sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit atas. Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa setiap huruf al-Itbaq memiliki sifat al-IstiÊlaÊ tetapi bukan setiap huruf al-IstiÊlaÊ memiliki sifat al-Itbaq.

(i) AAl-Infitah Al-Infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Menurut ulama

tajwid, al-Infitah bermaksud renggangan antara lidah dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu suara tidak dapat ditahan antara lidah dengan lelangit kerana keterbukaan rongga. Justeru, huruf-hurufnya dinamakan munfatah. Jumlah huruf-hurufnya adalah sebanyak 25 huruf atau selain daripada empat huruf-huruf al-Itbaq. Kesemua

hurufnya berada dalam rangkai kata 89: ;�� �� <= +>?� 1@� ��� A)� ��.

(k) AAl-Izlaq Al-Izlaq dari sudut bahasa mempunyai beberapa makna, antaranya ketajaman lidah dan kefasihannya. Ia digunakan untuk kefasihan dan bersifat ringan. Menurut ulama tajwid, al-Izlaq bermaksud mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan sebahagian lain keluar dari dua bibir.

Rangkai kata huruf-huruf al-Izlaq ialah B� �� �� . Keenam-enam huruf ini

dinamakan muzlaqah kerana kefasihan keringanan ketika menyebutnya. Sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah iaitu huruf raÊ, lam dan nun

- * C. Manakala sebahagian lagi makhrajnya ialah pada bibir iaitu huruf

faÊ, baÊ dan mim D ; % .

(l) AAl-Ismat Al-Ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Menurut ulama tajwid, al-Ismat

bermaksud mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

130

Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-Izlaq bagi mengimbangi antara berat dan ringan. Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan dinamakan huruf-huruf musmatah. Rangkai kata bagi huruf-huruf al-Ismat ialah:

�0�� EF 1GH �I �)+� J: ?� KLM Sifat al-Izlaq dan al-Ismat merupakan dua sifat yang lazim bagi setiap

huruf dan tidak ada hubungan dalam memperelokkan sebutan huruf atau cara membacanya.

Imam Ibn al-Jazari telah merumuskan sifat-sifat asliyyah yang berlawanan

di dalam bukunya 1"C?N� 1��G/� dan juga �OP�� 1Q9R . Beliau berkata:

!S�T� .)C� ��� +U+SI ! �L�� � 1��2� V�SP�

�� +��.��� ��� ��� ��� � ��� &S� +W�"��

��� �� �"�O��� .)C X�� �2= & �'( �) .Y� ZQ��

1GQ[� \+] \+R ^+( ^+I� /� %���� B� �� ��� 1G�?

Maksudnya: Sifat-sifat huruf ialah Jahar, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ismat dan lawannya.

Huruf-huruf Mahmus ialah ��� ��� �� Huruf-huruf Syiddah ialah ���

��� � Antara sifat Rakhawah dan Syiddah dinamakan Tawassut.

Hurufnya ialah ��� �� Tujuh huruf IstiÊla ialah & �'( �) . Huruf-huruf

Itbaq pula ialah \+] \+R ^+( ^+I dan huruf-huruf Izlaq ialah B� �� �� .

7.2.2 Sifat-sifat Huruf yang Tunggal

Manakala sifat yang tunggal pula tidak semestinya dimiliki oleh setiap huruf. Ia hanya dimiliki oleh huruf-huruf yang tertentu sahaja. Senarai bagi sifat-sifat tunggal adalah seperti berikut:

(a) AL-Tafashsyi (Hemburan);

(b) Al-Takrir (Berulang);

(c) Al-Istitolah (Memanjang);

(d) Al-Lin (Lembut)

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

131

(e) Al-Inhiraf (Cenderong);

(f) Al-Ghunnah (Dengung);

(g) Al-Sofir (Desiran);

(h) Al-KhafaÊ (Tersembunyi); dan

(i) Qalqalah (Lantunan). Huraian Bagi Sifat Huruf Yang Tunggal Sifat-sifat yang tunggal dan tiada lawannya mempunyai tujuh sifat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Sifat-sifat huruf yang tunggal

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat yang tunggal adalah seperti berikut. (a) AAl-Safir Dari sudut bahasa bermaksud suara yang tajam. Menurut ulama tajwid, al-

Safir bermaksud desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan hujung lidah dan menyerupai suara haiwan atau serangga iaitu:

(i) Sad 4 ( ) menyerupai suara angsa;

(ii) Zai ( ` ) menyerupai suara lebah; dan

(iii) Sin ( a ) menyerupai suara belalang.

Huruf al-Safir yang paling kuat ialah huruf sod kerana mempunyai sifat al-IstiÊla dan al-Itbaq. Diikuti dengan huruf zai kerana mempunyai sifat al-Jahar. Manakala huruf sin merupakan huruf yang paling lemah kerana mempunyai sifat al-Hamas.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

132

(b) Qalqalah Qalqalah dari sudut bahasa bermaksud pergerakan atau laungan yang kuat. Menurut ulama tajwid, Qalqalah bermaksud lebihan atau pantulan suara yang berlaku pada makhraj selepas tekanan padanya. Penemuan Qalqalah pada suara yang lebih tersebut kerana keadaannya yang lantang hasil dari bukaan makhraj secara serentak selepas terlekat kepada huruf yang mempunyai sifat al-Syiddah dan al-Jahr. Al-Syiddah menahan suara huruf kerana kuatnya tekanan pada makhraj manakala al-Jahr pula menghalang laluan nafas ketika menyebutnya. Dengan sebab itu, makhraj terlekat dengan sempurna dan apabila melepaskannya ia menghasilkan pantulan suara. Huruf-huruf Qalqalah ada lima huruf dan berada dalam

rangkai kata �� B[ .

Qalqalah terbahagi kepada tiga bahagian. Menurut Muhammad Makki Nasr, pembahagiannya ialah:

(i) AÊla iaitu bagi huruf thoÊ;

(ii) Awsat iaitu bagi huruf jim; dan

(iii) Adna iaitu bagi huruf qaf, ba dan dal.

Huruf Qalqalah berada dalam kalimah dalam beberapa keadaan. Kadang-kadang ia berada:

� Di pertengahan kalimah seperti:

Surah al-ÂAraf: 81 �bC. c= d� e� +b��cf dA#� + #�dgP h� dic� d)� #*+# Surah Nuh: 14 �bC�#. dR#� djc�#G#Y#) d�# #�

� Di hujung kalimah seperti:

Surah al-Baqarah: 102 �k#l #) d�h� hm#� h)n� ho c�#� +#� cp�#�#g� d�� h�#�#� d�. c�hY#� d�#G#�#�

Surah Al-Imran:120 q�9 hcr #-.cY#�d@#g" +#hs #��Y�� e-hF

Abdul Latif Faiz Daryan membahagikan sifat Qalqalah seperti berikut (rujuk Rajah 7.3).

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

133

Rajah 7.3: Pembahagian Qalqalah

Mari kita lihat pembahagian tersebut satu persatu.

� Peringkat Pertama Dinamakan Qalqalah al-Kubra iaitu apabila huruf Qalqalah bertasydid

(bersabdu) dan diwaqafkan padanya seperti di dalam Surah al-Baqarah:

61 t< #d�� hdu#'h� #Xt9hQeP�� #-.cYcg� dG#g"#�

� Peringkat Kedua Dinamakan Qalqalah al-Wusta iaitu apabila huruf Qalqalah sakinah

(berbaris mati) dan diwaqafkan padanya seperti di dalam Surah

Ibrahim: 14 h�9h�#� #%+#)#� vh�+#G#� #%+#) d�#�h� #Kh�#E

� Peringkat Ketiga Dinamakan Qalqalah al-Sughra iaitu apabila huruf Qalqalah sakinah

(berbaris mati) berada di tengah kalimah seperti di dalam Surah al-

Baqarah: 75 djc�#� d�.cP h�dwcg" -#� #-.c@#� d[#� #g�#�

Mahmud Khalil al-Husari telah menyebut pandangan ulama tentang cara bacaan pada huruf Qalqalah kepada dua pandangan:

� Pandangan Pertama Jumhur menyatakan pantulan bunyi daripada Qalqalah ialah condong

kepada fathah (baris atas) sama ada huruf sebelumnya berbaris

dhammah (hadapan) seperti di dalam Surah al-ÂAraf: 147 +#� exhF #-d� #? dcy d!#W cY#�d@#g" d�.cz+ #> #-. atau sebelumnya berbaris fathah (atas) seperti di dalam Surah

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

134

Ghafir: 40 #1eP#dN� #-.cY c) d� #" #Kh{#� d�c|#� atau sebelumnya berbaris kasrah (bawah)

seperti di dalam Surah Sad: 22. h6�#�t2�� \�#.#� #}hF +#zh� dW�#� d�h[ dOc~ #x#� . � Pendapat Kedua Sebahagian ulama menyatakan bunyi Qalqalah ialah mengikut baris

sebelumnya jika sebelumnya berbaris fathah (atas) bunyinya seakan berbaris fathah (atas), jika sebelumnya berbaris dhammah (hadapan) bunyinya seakan berbaris dhammah (hadapan), dan jika sebelumnya berbaris kasrah (bawah) maka bunyinya seakan berbaris kasrah (bawah).

Menurut al-Husari lagi, kebanyakan para ulama tajwid beramal dengan mazhab yang pertama dengan berdalilkan kepada syair:

+GY[� V�S�� }F ;� 1YGY � lQG~ !Q �A�+� +�P@Q�~ x� Bermaksud: Bunyi Qalqalah lebih hampir kepada baris fathah (atas) dan

jangan kamu mengikut baris sebelumnya. (c) Al-Lin Al-Lin dari sudut bahasa bermaksud lembut dan mudah. Menurut ulama

tajwid, al-Lin bermaksud mengeluarkan huruf dari makhraj tanpa keberatan pada lidah.

Sifat ini adalah sifat lazimah kepada dua huruf iaitu huruf wau dan yaÊ

yang berbaris sukun (mati) dan sebelumnya huruf yang berbaris fathah (atas). Contoh al-Lin ialah seperti berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 263

Surah al-Fatihah: 4

Surah al-Baqarah: 38 Surah al-Baqarah: 255 Surah al-Baqarah: 254

Surah Quraish: 1

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

135

(d) AAl-Inhiraf Al-Inhiraf dari sudut bahasa ialah condong kepada sesuatu. Menurut ulama tajwid, al-Lin bermaksud sebutan huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang lain ketika menyebutnya. Al-Inhiraf adalah sifat yang lazim kepada dua huruf iaitu huruf lam dan raÊ. Huruf lam condong kepada hujung lidah dan raÊ pula condong ke arah belakang lidah dan cenderung sedikit ke arah lam.

(e) AAl-Takrir Al-Takrir dari sudut bahasa ialah mengulang-ulang sesuatu. Menurut ulama tajwid, al-Takrir bermaksud getaran pada hujung lidah ketika menyebut hurufnya. Sifat al-Takrir merupakan sifat lazimah kepada huruf raÊ. Menurut al-Imam Makki di dalam kitabnya al-RiÊayah: Huruf raÊ merupakan huruf yang memiliki sifat al-Takrir dan ia amat jelas sekiranya berada dalam keadaan tasydid (bersabdu). Ketika itu, pembaca mestilah membunyikan takrirnya dan jangan menzahirkannya. Sekiranya dizahirkan sifat al-Takrir, maka dia telah menukarkan huruf raÊ yang bertasydid kepada beberapa huruf. Menurut al-ÂAllamah al-JaÊbari, cara yang selamat ketika menyebut sifat al-Takrir ialah dengan melekatkan hujung lidahnya ke atas lelangit secara sempurna dengan sekali sahaja tanpa menggetarkannya. Sekiranya berlaku getaran, maka setiap getaran itu adalah dianggap satu huruf raÊ. Oleh itu, sifat al-Takrir yang terdapat pada huruf raÊ wajib diketahui oleh pembaca untuk menjauhinya, bukan untuk mengamalkannya. Al-MarÊasyi pula menjelaskan, bukanlah maknanya menyembunyikan keseluruhan sifat al-Takrir dengan tidak menggetarkan hujung lidah secara keseluruhan, tetapi dengan menguatkan lekatan lidah ke lelangit atas supaya tidak menjelaskan sifat al-Takrir dan getaran dari pendengaran. Ini bagi mengelakkan lahirnya huruf-huruf raÊ yang lain.

(f) AAl-Tafasysyi

Al-Tafasysyi dari sudut bahasa bermaksud bertebaran dan luas. Menurut ulama tajwid, al-Tafasysyi bermaksud hemburan angin dari mulut ketika menyebut huruf syin sehingga sampai ke makhraj zaÊ. Huruf syin bersifat al-Tafasysyi kerana ia juga mempunyai sifat al-Rakhawah iaitu suara lemah ketika berpegang pada makhraj sehingga nafas terkeluar ketika menyebutnya.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

136

Sebahagian ulama menjadikan al-Tafasysyi sebagai sifat kepada beberapa huruf yang selain daripada huruf syin iaitu huruf faÊ, tha, shod, dhod, sin dan raÊ. Walaupun begitu, al-MarÊasyi menjelaskan bahawa semua huruf-huruf tersebut berkongsi mengeluarkan angin ketika menyebutnya. Tetapi yang paling banyak keluar angin ialah pada huruf syin. Justeru, ulama bersepakat menyatakan huruf syin memiliki sifat al-Tafasysyi dan tidak dimiliki oleh huruf-huruf yang lain.

(g) AAl-Istitolah

Al-Istitolah dari sudut bahasa ialah memanjang. Menurut ulama tajwid, al- Istitolah bermaksud memanjangkan suara daripada awal salah satu tepi lidah hinggalah ke akhirnya. Sifat al-Istitolah merupakan sifat lazimah kepada huruf dhod. Ia berpanjangan dalam makhrajnya sehingga sampai ke makhraj lam. Terdapat perbezaan antara al-Istitolah dan mad. Walaupun kedua-duanya mempunyai suara panjang ketika menyebutnya, sifat al-Istitolah bermaksud memanjangkan suara pada makhrajnya yang muhaqqaq. Mad pula bermaksud memanjangkan ketika menyebut huruf-hurufnya tanpa kekangan pada makhrajnya dan hanya akan berakhir dengan sebab berakhirnya nafas. Jadual 7.2 menjelaskan nama-nama sifat huruf dan pengertiannya dari sudut istilah.

Jadual 7.2: Nama-nama Sifat Huruf dan Pengertiannya dari Sudut Istilah

Nama Sifat Pengertian

Al-Hams Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan nafas boleh terkeluar.

Al-Jahr Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas daripada terkeluar.

Al-Syiddah Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan suara daripada terkeluar.

Al-Rakhawah

Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj sehingga suara terkeluar ketika menyebutnya.

Al-IstiÊlaÊ Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

137

Al-Istifal Merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Al-Itbaq Sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Al-Infitah Renggangan antara lidah dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Al-Izlaq Mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan sebahagian lain keluar dari dua bibir.

Al-Ismat Mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.

Al-Safir Desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan hujung lidah.

Qalqalah Lebihan atau pantulan suara yang berlaku pada makhraj selepas tekanan padanya.

Al-Lin Huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang lain ketika menyebutnya.

Al-Inhiraf Sebutan huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang lain ketika menyebutnya.

Al-Takrir Getaran pada hujung lidah ketika menyebut hurufnya.

Al-Tafasysyi

Hemburan angin dari mulut ketika menyebut hurufnya.

Al-Istitolah Memanjangkan suara daripada awal salah satu tepi lidah hinggalah ke akhirnya.

7.2.3 Sifat-sifat Huruf Lemah, Kuat dan Sederhana

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa sifat-sifat huruf yang lemah, kuat dan sederhana boleh digambarkan berdasarkan Rajah 7.4, 7.5 dan 7.6.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

138

Rajah 7.4: Sifat-sifat huruf yang lemah

Rajah 7.5: Sifat-sifat huruf yang kuat

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

139

Rajah 7.6: Sifat-sifat huruf yang sederhana

GHUNNAH (Dengung)

Al-Quran sebagai Kalam Allah mempunyai kaedah bacaan tertentu yang tidak terdapat dalam percakapan manusia. Antara kaedah tersebut ialah membaca dengan ghunnah pada tempat-tempat tertentu. Pembaca al-Quran mestilah menunaikan hak setiap huruf mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

7.3.1 Takrif Ghunnah, Huruf-huruf dan Makhrajnya

Ghunnah dari sudut bahasa ialah suara dengung yang keluar dari rongga hidung tanpa melibatkan peranan lidah.

7.3

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Nyatakan lima sifat huruf yang berlawanan dan lima sifat huruf yang tunggal berserta contoh.

2. Jelaskan pembahagian sifat huruf dari sudut lemah, kuat dan sederhana.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

140

Dari sudut istilahnya pula, ghunnah ialah suara dengung yang terhasil ketika menyebut huruf nun dan mim. Ini bermakna suara ghunnah merupakan sifat yang lazim bagi huruf nun dan mim sama ada ketika kedua-duanya berada dalam keadaan berbaris atau sakinah (berbaris mati). Suara ghunnah juga berlaku dalam keadaan izhar atau idgham atau ikhfaÊ. Huruf-huruf ghunnah hanya ada dua iaitu huruf nun dan mim. Namun perlu diketahui bahawa huruf nun memiliki sifat ghunnah yang lebih kuat berbanding dengan huruf mim.

Makhraj bagi sifat ghunnah adalah dari makhraj khaisyum iaitu rongga hidung yang menghala ke dalam mulut. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ia berada di pangkal hidung di mana suara dengung dengan kesemua keadaannya keluar daripadanya. Sekiranya seseorang menutup hidungnya (bahagian khaisyum), maka huruf nun dan mim yang cuba disebut akan kedengaran tidak sempurna.

7.3.2 Tingkatan-tingkatan (Maratib) Ghunnah

Jumhur ulama tajwid berpendapat bahawa ghunnah mempunyai lima maratib. Kedudukannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Maratib ghunnah

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

141

Mari kita bincang martabat-martabat tersebut dengan lebih lanjut. (a) MMartabat yang Pertama

Huruf-huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) sama ada dalam satu atau dua kalimah. Contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) dalam satu kalimah adalah seperti berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Ahzab: 35

Surah Toha: 78

Manakala contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) dalam dua kalimah terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut: (i) Idgham nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin (baris dua) ke dalam

huruf nun dan mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-SyuÊaraÊ: 4

Surah al-Nur: 33

(ii) Idgham mim sakinah (berbaris mati) ke dalam mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 249

(iii) Idgham mutajanisain soghir iaitu idgham huruf baÊ sakinah (berbaris

mati) ke dalam huruf mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah Hud: 42

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

142

(iv) Idgham lam al-Syamsiyyah ke dalam huruf nun. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 257

Surah al-Takathur: 8 Sebagai kesimpulan, kesemua huruf nun dan mim yang berbaris tasydid (sabdu) wajib dijelaskan sifat ghunnahnya.

(b) MMartabat yang Kedua

Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang diidghamkan ke dalam huruf wau atau yaÊ. Ia juga dikenali sebagai idgham bi ghunnah. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Zalzalah: 6

Surah Quraish: 4

(c) MMartabat yang Ketiga Huruf nun atau tanwin dan mim yang diikhfaÊkan ke dalam huruf-huruf selepasnya. Keadaan ini terbahagi kepada tiga, iaitu: (i) IkhfaÊ nun sakinah dan tanwin pada huruf-huruf ikhfaÊ yang lima

belas. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Buruj: 11

Surah al-Ghasyiah: 23

(ii) IkhfaÊ huruf mim pada huruf baÊ. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Maidah: 49

TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF �

143

(iv) IkhfaÊ huruf mim yang ditukar daripada nun sakinah dan tanwin ketika berjumpa dengan huruf baÊ. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Syams: 14

Surah al-AnÊam: 70

(d) MMartabat yang Keempat Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang bertemu dengan

huruf-huruf izhar. Ia juga dikenali sebagai izhar halqi. Begitu juga dengan huruf mim sakinah (berbaris mati) yang bertemu dengan selain daripada huruf mim dan baÊ. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Fatihah: 7

Surah al-Baqarah: 5

(e) MMartabat yang Kelima Huruf nun dan mim yang berbaris tanpa tasydid (sabdu) dan tanpa mengira apa jua barisnya sama ada berbaris fathah (atas), kasrah (bawah) atau dhammah (depan). Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Maidah: 69

Surah al-Baqarah: 257

7.3.3 Kadar Bacaan Ghunnah

Kadar panjang bagi bacaan ghunnah ialah sebanyak dua harakat. Bentuk perkiraan dua harakat ialah sama ada dengan menggenggam dua jari tangan atau melepaskan genggaman tersebut.

� TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

144

� Pengajian tentang sifat huruf memerlukan penelitian berterusan bagi

memastikan setiap huruf disebut dengan tepat dan sempurna mengikut sifat-sifatnya.

� Penguasaan sifat huruf ini sangat penting untuk mencapai bacaan secara fasohah (gaya bahasa Arab).

� Ukuran bacaan yang tepat adalah sejauh mana seseorang dapat menunaikan semua kehendak sifat-sifat huruf.

� Dengan mengetahui sifat-sifat huruf, ia dapat meneruskan kesinambungan bacaan yang tepat sebagaimana al-Quran diturunkan.

Ghunnah

Maratib

Sifat huruf berlawanan

Sifat huruf kuat

Sifat huruf lemah

Sifat huruf sederhana

Sifat tunggal

Tafkhim

Tarqiq

1. Nyatakan takrif ghunnah dari sudut bahasa dan istilah serta jelaskan makhrajnya.

2. Sila jelaskan maratib ghunnah dan sebutkan tiga daripadanya.

3. Nyatakan bagaimana membuat pengiraan ghunnah.

SEMAK KENDIRI 7.3