5
Trauma Embah Haryati Abu Nasir Ibu memujuk embah dengan penuh kelembutan, penuh rasa kasih. Baktinya ikhlas. Memang ibu penat, tetapi ibu tetap akur kepada tuntutan tanggungjawabnya. Merentas laluan masa, ibu yang kian dihirup usia tampak masih bertenaga. Wajah ibu tetap tenang. Sebiji tahi lalat besar bersemayam di sebelah kiri pundak hidung ibu. Manis sekali. Tambah-tambah apabila ibu tersenyum. Kata orang, ibu awet muda mungkin sebab ibu pengamal vitamin. Dua belas tahun dulu, aku kenalkan ibu dengan pelbagai makanan tambahan. Aku jelaskan kepada ibu tentang fungsi dan kebaikan mangamalkannya. Ibu positif. Melangkah ke ruang dapur hari ini, mataku pasti tertumpu pada deretan botol vitamin yang pelbagai. Aku merapati deretan botol vitamin itu. Kuamati satu per satu vitamin C, B kompleks, kalsium, magnesium, lesitin E, multifiber dan protein. Kagum aku. Seorang wanita yang tidak berpeluang manjejakkan kaki ke sekolah menengah, begitu prihatin terhadap peri pentingnya soal makanan dan pemakanan; sedang aku sendiri sudah mula lali dan tidak ambil kisah tentang itu. Pulang ke kampung memang menggembirakan. Ibu pasti akan kelam-kabut menyediakan itu dan ini untuk cucu- (Halaman 112) cucunya. Begitulah. Ibu tidak kisah dengan kenakalan anak- anakku. Bermainlah apa-apa saja. Tetapi ibu cukup pantang jika cucu-cucunya bermain berdekatan keretanya. Kata ibu, kereta itu mahal. Ibu beli dengan hasil titik peluhnya menjalankan peniagaan selama lebih lima belas tahun bersama-sama abah. (Halaman 113) Perniagaan ibu unik. Tidak perlu buka kedai. Tetapi ibu tetap berjaya. Pelanggan ibu boleh membayar secara beransur- ansur sebanyak sepulah ansuran dalam masa sepuluh bulan. Ibu menamakan perniagaannya parti serbaneka . Perniagaan ibu tertumpu di kampung-kampung. Pelanggannya terdiri daripada para suri rumah. Barangan yang ibu jual berupa peralatan dapur teman rapat kaum wanita. Periuk, kuali, dan set pinggan mangkuk yang pasti menarik minat mereka. Permaidani dan kain cadar juga. Ibu bersama-sama abah ke mana saja. Ibu membuat temu janji dengan kenalannya di satu-satu tempat. Kenalan ibu akan menjemput jiran tetangganya ke parti yang ibu anjurkan. Biasanya ibu menjalankan perniagaan sekitar pukul 3.00 hingga 6.00 petang. Pelanggan ibu boleh terus membawa pulang barangan yang mereka beli dengan hanya membayar sepuluh peratus daripada harga yang ditetapkan. Sambutan memang sentiasa menggalakkan. Bulan berikutnya, mereka hanya perlu menjelaskan ansuran kepada kenalan ibu. Aktiviti ibu seterusnya ialah membuat kutipan daripada kenalannya itu setiap bulan.

Trauma Em Bah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

antologi

Citation preview

Page 1: Trauma Em Bah

Trauma Embah

Haryati Abu Nasir

Ibu memujuk embah dengan penuh kelembutan, penuh rasa kasih. Baktinya ikhlas. Memang ibu penat, tetapi ibu tetap akur kepada tuntutan tanggungjawabnya.

Merentas laluan masa, ibu yang kian dihirup usia tampak masih bertenaga. Wajah ibu tetap tenang. Sebiji tahi lalat besar bersemayam di sebelah kiri pundak hidung ibu. Manis sekali. Tambah-tambah apabila ibu tersenyum. Kata orang, ibu awet muda — mungkin sebab ibu pengamal vitamin.

Dua belas tahun dulu, aku kenalkan ibu dengan pelbagai makanan tambahan. Aku jelaskan kepada ibu tentang fungsi dan kebaikan mangamalkannya. Ibu positif. Melangkah ke ruang dapur hari ini, mataku pasti tertumpu pada deretan botol vitamin yang pelbagai. Aku merapati deretan botol vitamin itu. Kuamati satu per satu — vitamin C, B kompleks, kalsium, magnesium, lesitin E, multifiber dan protein. Kagum aku. Seorang wanita yang tidak berpeluang manjejakkan kaki ke sekolah menengah, begitu prihatin terhadap peri pentingnya soal makanan dan pemakanan; sedang aku sendiri sudah mula lali dan tidak ambil kisah tentang itu.

Pulang ke kampung memang menggembirakan. Ibu pasti akan kelam-kabut menyediakan itu dan ini untuk cucu- (Halaman 112) cucunya. Begitulah. Ibu tidak kisah dengan kenakalan anak-anakku. Bermainlah apa-apa saja. Tetapi ibu cukup pantang jika cucu-cucunya bermain berdekatan keretanya. Kata ibu, kereta itu mahal. Ibu beli dengan hasil titik peluhnya menjalankan peniagaan selama lebih lima belas tahun bersama-sama abah. (Halaman 113)

Perniagaan ibu unik. Tidak perlu buka kedai. Tetapi ibu tetap berjaya. Pelanggan ibu boleh membayar secara beransur-ansur sebanyak sepulah ansuran dalam masa sepuluh bulan. Ibu menamakan perniagaannya ‘parti serbaneka’.

Perniagaan ibu tertumpu di kampung-kampung. Pelanggannya terdiri daripada para suri rumah. Barangan yang ibu jual berupa peralatan dapur — teman rapat kaum wanita. Periuk, kuali, dan set pinggan mangkuk yang pasti menarik minat mereka. Permaidani dan kain cadar juga. Ibu bersama-sama abah ke mana saja. Ibu membuat temu janji dengan kenalannya di satu-satu tempat. Kenalan ibu akan menjemput jiran tetangganya ke parti yang ibu anjurkan. Biasanya ibu menjalankan perniagaan sekitar pukul 3.00 hingga 6.00 petang. Pelanggan ibu boleh terus

Page 2: Trauma Em Bah

membawa pulang barangan yang mereka beli dengan hanya membayar sepuluh peratus daripada harga yang ditetapkan. Sambutan memang sentiasa menggalakkan. Bulan berikutnya, mereka hanya perlu menjelaskan ansuran kepada kenalan ibu. Aktiviti ibu seterusnya ialah membuat kutipan daripada kenalannya itu setiap bulan.

Ibu ceburi bidang ini tanpa asas ilmu perniagaan. Dengan madal kecil, ibu berjimat cermat dan begitu tegas dalam menguruskan wang pusingan. Ibu tidak cepat bermata hijau. Kagum aku. Yalah, ibu bersekolah hanya setakat darjah enam. Datuk tidak benarkan ibu sekolah lebih tinggi — tidak perlu, katanya. Sekolah tinggi pun sudahnya berkhawin; jaga suami dan jaga anak. Ibu menurut saja. Kata ibu, datuk garang. Bila-bila masa boleh naik angin.

Datuk rajin ke masjid di Kampung Jelutong, bersebelahan dengan kampung kami. Datuk akan berbaju kurung teluk belanga putih, berseluar labuh juga putih, bersamping pelekat ke paras bawah lutut, dan berserban. Mendengar (Halaman 114) basikal tua datuk berkeriut di halaman, embah cepat-cepat barlari ke dapur dan membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang agak curam. Embah turun hingga ke pertengahan tangga. Datuk menyorong basikal ke atas dan segera disambut oleh embah. Datuk simpan basikal kesayangannya di dapur. Datuk takut basikalnya dicuri orang. Begitulah saban hari.

Sebelah pagi, datuk ke darat untuk menoreh getah. Sepeninggalan datuk, embah akan menguruskan ibu dan adik-beradik yang lain ke sekolah. Agak siang, baru embah ke kebun untuk mengutip susu getah. Untuk menolong datuk, embah perlu berjalan kaki sejauh tiga kilometer. Datuk belikan embah kasut getah untuk ke kebun, malangnya kasut itu terlalu sempit. Embah tidak berani memberitahu datuk bahawa kasutnya kurang sesuai dipakai. Embah takut. Embah bimbang datuk naik angin atau apa-apa. Akibatnya, hingga kini jari telunjuk di kedua-dua kaki embah terherot. Bengkok dan menenggek di atas ibu jari kaki embah.

Ibu punya seorang kakak. Rafiah namanya. Kakak ibu berambut lurus. Suatu hari Mak Cik Rafiah ke pekan. Rambut yang lurus dikeritingkan tanpa pengetahuan dan izin datuk. Pulang ke rumah, dia tidak berani membuka tudung. Datuk harian. Apa tidaknya, memasak bertudung, menyapu bertudung, siang bertudung sampai ke malam. Akhirnya datuk pun bertanya. Malut Mak Cik Rafiah terkunci.

Embah mencelah, “Peah buat rambut.” Datuk mengamuk. Datuk suruh embah buka tudung Mak Cik

Rafiah. Datuk nampak rambutnya sudah keriting. Datuk ambil parang pendek dan lontar ke arahnya. Parang tidak mengenai sasaran, sebaiknya singgah ke hujung tumit kaki kiri ibu. Kaki ibu

Page 3: Trauma Em Bah

berdarah. Parutnya masih dapat kulihat hingga kini. (Halaman 115)

Sebelum datuk berkahwin dengan embah, datuk sudah pernah bernikah dua kali. Nasib tidak menyebelahi datuk. Isteri pertama datuk meninggal sewaktu belum sempat melahirkan zuriat. Bersama-sama isteri berdua, datuk punya empat orang anak, tetapi umur isteri datuk tidak panjang. Isteri kedua datuk juga pergi menghadap Ilahi. Bersama-sama embah, datuk dikurniakan lima orang cahaya mata. Ibu merupakan anak keempat. Abang ibu yang sulung di Pahang, kedua ialah kakak ibu yang curi-curi keriting rambut tadi, ketiga ialah abang ibu — sudah meninggal dunia kerana sakit jantung, dan yang bongsu, adik perempuan ibu — menetap di Kuala Lumpur. Waktu embah masih muda, dia sentiasa sibuk melaksanakan tugasnya. Membesarkan lima orang anak, juga empat orang anak tiri, sekali-kali tidak membebankan embah. Kasih sayang terhadap anak tiri dan anak kandung, embah bahagi sama rata.

Datuk tetap dengan bengisnya. Anginnya tetap tidak menentu. Embah akur. Embah sabar. Atas alasan sakit tua, datuk pergi menghadap Ilahi. Waktu itu aku berumur enam tahun. Aku masih ingat detik sayu itu. Kulihat ibu menangis. Semua ibu saudara dan bapa saudaraku juga menangisi pemergian ayahanda mereka. Datuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jelutong. Tidak jauh dari masjid yang selalu datuk kunjungi. Selepas datuk meninggal, mak cik membawa embah tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur. Tinggallah ibu di kampung, jauh dari embah. Ibu rasa kehilangan. Selepas penghijrahan embah, rumah embah dirobohkan.

Satu petang pada bulan Ramadan sekembalinya dari sekolah agama, aku dapati embah di rumah bersama-sama ibu. Embah kupeluk erat. Embah rindukan kampung, rindukan (Halaman 116) ibu dan aku. Sebab itu embah sanggup pulang dengan bas ekspres yang memakan masa lebih empat jam untuk berhari raya bersama-sama kami. Waktu itu Lebuh Raya Utara-Selatan belum dibina. Wajah embah tampak ceria. Tidak seperti sewaktu hayat datuk masih ada. Murung dan sering ketakutan. Kini tiada lagi semua itu. Kesempatan bersama-sama embah tidak kupersia. Aku minta embah masakkan sambal tumis ikan bilis kegemaranku. Sambal tumis embah memang sedap. Daripada embahlah aku belajar menyediakan sambal tumis Johor yang paling enak kurasakan. Embah larang aku mengisar bahan-bahannya. Sebaliknya embah tumbuk semua rencah dengan lesung batu. Begitu tekun dan teliti sekali. Embah tumbuk hingga betul-betul lumat. Embah juga pandai memilih cili kering yang baik supaya sambal akan kelihatan cantik; merah, katanya.

Page 4: Trauma Em Bah

Lebih lapan belas tahun embah menjadi warga kota. Kebelakangan ini embah sering dimasukkan ke hospital. Menurut mak cik, embah kena serangan jantung. Jantung embah lemah. Mungkin sebab embah semakin dimakan usia. Tiap kali embah sakit,ibu dan abah pasti ke Kuala Lumpur. Selepas dua tiga hari menziarahi embah, mereka pulang. Abah tidak boleh lama. Dia mengajar. Walaupun ibu boleh memandu, dia tidak akan pergi tanpa abah. Ibu kurang faham jalan-jalan yang berselirat. Sibuk dan tersekat di sana sini.

Keadaan embah tambah tenat. Sakitnya semakin kerap. Keadaan semakin mendesak apabila suami mak cikku meninggal dunia tiba-tiba. Pak cik meninggal ketika ditugaskan ke Kedah; ketika menuruni anak tangga untuk ke dewan makan, tiba-tiba pak cik rebah. Pak cik merupakan fasilitator di Institut Aminuddin Baki. Sewaktu jenazah pak cik dibawa pulang, embah sudah hilang ingatan. Namun (Halaman 117) embah masih boleh berjalan dengan sokongan sebatang tongkat. Embah sibuk bertanya kenapa dan mengapa orang ramai di rumah mak cik. Hati mak cik tambah pilu. Apatah lagi ibu.

Abah dan ibu ke Kuala Lumpur untuk mengambil embah. Mak cik serahkan embah kepada ibu selepas hampir dua puluh tahun embah tinggal bersama-samanya. Embah semakin uzur. Siang malamnya hanya di kasur. Melangkah ke rumah mak cik, bau air kencing embah sudah dapat dihidu. Mak cik pakaikan embah lampin pakai buang, tetapi embah buka dan campak ke lantai. Mak cik tiada pilihan. Mak cik terpaksa serahkan embah kepada ibu kerana mak cik bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka. Dia juga punya empat orang anak yang perlu disara. Pemergian pak cik dalam usia muda menimbulkan sedikit tekanan terhadap mak cik. Ibu memahami semua itu. Walaupun hakikatnya ibu juga punya perniagaan yang harus dikendalikan, demi embah, demi adiknya, ibu berkorban.

Bau hancing yang dulu memenuhi ruang rumah mak cik kini beralih ke rumah ibu. Atas inisiatif ibu, haruman lavender dan ros ibu titiskan di atas piring pembakar alat terapi aroma elektrik. Satu, ibu letakkan di ruang tamu, dan satu lagi di bilik ibu. Ibu harap haruman ini dapat mengatasi bau hancing itu. Hasilnya, menghampakan. Ibu mula kecewa. Kepala ibu sakit menghidu bau itu hampir tiap kali ibu menarik nafas. Nyata bau itu sudah meresapi seluruh saraf di dalam kepala ibu.

Sekitar pukul 3.00 pagi, ibu terjaga. Abah juga. Ibu menjenguk embah yang terbaling di katil bersebelahan bilik ibu. Ibu lihat embah mengangkat kedua-dua tangannya sambil menjerit-jerit dengan suara tersekat-sekat. Sebenarnya saat itu lidah embah sudah kaku. Dalam menenteramkan embah,

Page 5: Trauma Em Bah

(Halaman 118) ibu dapat menangkap butiran perkataan embah yang sudah tidak jelas, pelat dalam bahasa Jawa yang bermaksud:

“Budak itu. Budak itu. Kolam. Ya Allah, anakku.” “Budak itu, budak itu. Ya Allah ... ya Rabbi ...” Ibu faham kini. Pada usia menjangkau lapan puluh tahun,

embah dibayangi kisah silamnya yang begitu menekan. Ibu sedar kini embah sedang berdepan dengan trauma. Ibu ceritakan apa yang dialami kepada kakak tirinya yang datang malawat embah. Rupanya, embah pernah kehilangan dua orang anak lelaki yang masih kecil dalam masa satu minggu. Seorang berusia tiga bulan, diserang demam panas. Dan seorang lagi berumur dua tahun, terjatuh ke dalam kolam di belakang rumah. Kepiluan dan keharuan yang mencengkam jiwa embah terpaksa dipendam hingga kini kerana datuk melarang embah meratapi pemergian mereka. Datuk benci kakak tirinya jatuh berjuraian. Begitu berat penderitaan embah. Jiwanya tertekan. Perasaan hiba terpaksa disimpan jauh dalam hati.

Kelmarin aku ke rumah ibu lagi. Kulihat embah semakin cengkung. Kukucup dahi embah. Kulihat tulang di dada embah membukit. Tubah embah tinggal tulang dan kulit. Kulihat ibu masih seperti dulu. Tampak muda dan bertenaga walaupun terpaksa meninggalkan dunia niaga kerana menjaga embah. Mengangkat embah ke kerusi roda, memandikan, memakaikan lampin walaupun embah buka dan lemparkan akhirnya, menyuapkan bubur nasi, dan memberi air susu yang dicampur pelbagai vitamin. Ibu lakukan semua itu setiap hari tanpa merungut.

Abah sentiasa di sisi ibu, memberi sokongan moral setinggi-tingginya. Abah telah bersara kini. Abah alihkan perhatian kepada jemaah surau dan masyarakat kampung. (Halaman 119) Abah mengimami solat, bertazkirah dan mengendalikan kelas agama di masjid.

Trauma embah menginsafkan aku. Kecekalan ibu mematangkan aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu; sebaik ibu. Wajar, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Segala yang Tercinta Ada di Sana, 2005. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(Halaman 120)