8

Click here to load reader

Travel Log_Sepak Raga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sepak raga

Citation preview

Page 1: Travel Log_Sepak Raga

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

LAPORAN SEPAK RAGA

Pada 5 OGOS 2015, kelas kami P5A dan P5D telah di beri taklimat mengenai kursus

PJM3112 oleh Tuan Syed Ahmad Ezahar Bin Syed Ambon di bilik kuliah G001. Didalam

subjek ini , kami telah dimaklumkan oleh Tuan Syed untuk mengelola satu pertandingan

permainan tradisional di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Dalam sesi pertemuan tersebut,

Tuan Syed telah memberi gambaran secara sepintas lalu mengenai pengurusan projek

tersebut. Untuk itu satu jawatan kuasa perlu ditubuhkan untuk memastikan perjalan kerja

berjalan dengan lancar. Dalam mesyuarat pertama, perlantikan ahli jawatan kuasa tertinggi

telah di lantik untuk kelas kami. Saudari Shahrun Nazmi telah dilantik sebagai Pengerusi

Program dan di bantu oleh saudari Kasmah Pakar sebagai Naib Pengerusi. Dalam

mesyuarat ini juga beberapa AJK Induk telah ditubuhkan untuk proses pengagihan kerja.

Seterusnya sesi pemilihan Permainan Tradisional yang ingin di pertandingkan.

Didalam sesi ini pada awalnya kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan, namun atas

budi bicara Tuan Syed yang mengambil kira aspek masa dan kos, kumpulan yang dibentuk

oleh kelas kami adalah tiga kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada 8 orang iaitu Wan

Hasnira,Shahrun Nazmi, Muhammad Adib, Amir Nafis,Elina, A’Azizah, Izati dan Nurul Huda.

Seterusnya kami diberi masa untuk duduk didalam kumpulan dan membincangkan

mengenai pemilihan permainan tradisional yang ingin dipertandingkan. Ketika memilih

Page 2: Travel Log_Sepak Raga

permainan tradisional yang akan dijadikan modul untuk sesi mikro, kami telah bersetuju

untuk memilih Permainan Sepak Raga sebagai permainan tradisional bagi kumpulan kami.

Permainan ini di rangka secara gabungan dari aspek teknik dan peraturan dengan

mengambil kira pendapat dari setiap ahli. permainan tradisional ini seterusnya di garap

untuk menghasilkan permainan tradisional yang seimbang. Perbincangan secara dua hala

melalui aplikasi wasup telah memudahkan kami untuk berhubung sesama rakan

sepasukan.

Dalam aspek pemilihan permainan tradisional Sepak Raga, Rasional pemilihan

permainan ini adalah Permainan sepak raga terkenal sejak dahulu kala dan dapat

dibanggakan, permainan ini sampai kini masih menjadi pilihan untuk beriadah dan mengisi

waktu lapang. Dari segi pemilihan tempat pula, tiada ketetapan yang diberikan. Ianya

sesuai untuk dimainkan di kawasan tanah yang rata dan seelok-eloknya biarlah kawasan

lapang agar pergerakan pemain tidak terbatas. Ketika sesi merangka peraturan dan jadual

pertandingan, hubungan dua hala secara bersemuka dan secara maya dilakukan. Setiap

cadangan diteliti dan dirasionalisasikan bersesuaian dengan permainan asal dan keadaan

sekarang. Jadual pelawanan di rangka secara liga dan kalah mati.

Pada tarikh 23 Ogos 2015, sesi perbentangan dan amali perlaksanaan diadakan

pada jam 3.00pm bertempat di padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Setelah di undi,

kumpulan Sepak Raga telah mendapat tempat ke empat untuk sesi perbentangan dan

Page 3: Travel Log_Sepak Raga

amali perlaksanaan. Dalam sesi ini saudara Amir Nafis bertindak selaku koadinator dan

dibantu dengan dua orang ahli lain sebagai pengadil. Sesi penerangan ini dilakukan selama

tiga minit. Selepas semua pemain memahami mengenai peraturan dan cara bermain, sesi

perlawanan dilangsungkan. Wisel ditiup dan bilangan sepakan dikira. Bagi pasukan yang

mendapat mata yang tertinggi bagi tiga sesi, kemenangan akan diberikan kepada mereka.

Dan bagi pasukan yang kalah, ia akan terkeluar dari pertandingan tersebut (Kalah Mati).

Dalam sesi pembentangan dan amali perlaksanaan ini, terdapat beberapa peraturan yang

sukar difahami oleh perserta. Oleh itu terma pemilihan ayat yang lebih mudah digunapakai

menggantikan ayat yang lama. Untuk liga permainan, pemilihan “bai” ditambah baik untuk

merancakkan proses pertandingan.

Pada 25 Ogos 2015, Satu mesyuarat yang melibatkan kelas kami dan kelas P5C

Bahasa Tamil telah diadakan. Mesyuarat ini dibuat bertujuan untuk menggabungkan kedua-

dua kelas dalam karnival ini. AJK yang sedia ada digabungkan dalam sesi mesyuarat pada

kali ini. Semua AJK akan berkloboratif dalam mengerakkan tugasan masin-masing.

Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini bagi

memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Sehari sebelum

karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah diadakan. Tujuan

perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta memahami segala peraturan

setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ketua dan

memilih nama kumpulan yang berunsurkan Permainan tradisional.

Page 4: Travel Log_Sepak Raga

Pada 9 September 2015, Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Padang IPG

Kampus Sultan Abdul Halim dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di mana Karnival

Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP GSTT Semesta 5 ambilan

Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Karnival ini telah disertai oleh tiga kumpulan pelajar iaitu PISMP P5A, P5C dan P5D di mana

enam buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih untuk dipertandingkan iaitu

Sepak Raga, Tuju Getah, Kavadi, Nenek Cucu, Tuju Selipar dan Galah Panjang.

Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi, persiapan

padang telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan

tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar PISMP P5D telah menghias tempat

permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga menyediakan tempat bagi

setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada jam 7.30 pagi, para peserta tiba dan

membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk memastikan kehadiran semua peserta.

Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional

diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main selepas

slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum

Page 5: Travel Log_Sepak Raga

permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan

kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti

permainan tradisional sehingga slot terakhir.

Ketika permainan Sepak Raga dipertandingkan, wakil dari setiap kumpulan

ditempatkan di tapak pertandingan Sepak Raga. Setiap pemain mendengar taklimat ringkas

mengenai peraturan dan cara bermain. Setelah semua pemain memahami mengenai

perosedur bermain Sepak Raga, permainan ini di mulakan. Dua perlawanan dimulakan

serentak yang melibatkan empat kumpulan dan setiap pengadil akan mengira bilangan

sepakan untuk tiga sesi. Untuk pertandingan pertama antara kumpulan Nenek Cucu

melawan Tuju Selipar, keputusannya dimenangi oleh kumpulan Nenek Cucu dengan kutipan

markah 8 berbalas 4. Sementara pertandingan kedua antara Tuju Getah melawan Kavadi,

keputusannya Tuju Getah menang dengan markah 13 berbalas 5. Untuk perlawanan ketiga

antara kumpulan Sepak Raga melawan Galah Panjang. Kumpulan sepak raga menang

dengan markah 12 berbalas 4. Seterusnya untuk perlawanan separuh akhir, kumpulan

Nenek Cucu telah berjaya menewaskan kumpulan Tuju selipar dengan markah 10 berbalas

9. Dan dalam perlawanan akhir antara kumpulan Nenek Cucu melawan Sepak Raga, hasil

keputusannya kumpulan Nenek Cucu berjaya menewaskan kumpulan Sepak raga dengan

pungutan markah 12 berbalas 11. Untuk permainan Sepak Raga kumpulan Nenek Cucu

telah mendomenasi liga dan di nobatkan sebagai juara.

Page 6: Travel Log_Sepak Raga

Majlis penutupan di adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari dimana

penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah Jabatan Pendidikan

Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Keputusan

untuk permainan keseluruhan, kumpulan Sepak raga mendapat tempat kedua dalam acara

keseluruhan dan mendapat tempat pertama dalam acara kemah tercantik. Selesai sahaja

majlis penutupan maka semua pengelola permainan tradisional bergotong-royong

membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti

lain. Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK Induk

diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan.

Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan

ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan merasai bagaimana struktur

pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga program seperti ini diteruskan pada

masa hadapan.