11
B) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGADIL Setiap pertandingan perlu dikendalikan oleh 2 orang Pengadil dan 6 orang Pengadil Garisan, Pengadil- pengadil hendaklah mengawal pertandingan seadil-adilnya. Tugas mereka adalah seperti berikut:- 1. Pengadil 1.1 Berlaku adil, tegas dan selalu dipandu oleh Undang- Undang Permainan. 1.2 Menerima Borang Hitungan Mata dari Pengadil Rasmi. 1.3 Memeriksa dan memastikan gelanggang, jaring dan sebagai dalam keadaan baik 1.4 Memastikan Peraturan Masuk/Keluar gelanggang dipatuhi. 1.5 Membuat undian. 1.6 Mengumumkan nama kejohanan, regu dan pemain kedua-dua pasukan. 1.7 Memerintah pengadil-pengadil dan pemain-pemain bersedia. 1.8 Mengumumkan pasukan yang akan sepak mula. 70

TUGAS JURULATIH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TUGAS JURULATIH

B) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGADIL

Setiap pertandingan perlu dikendalikan oleh 2 orang Pengadil dan 6 orang

Pengadil Garisan, Pengadil-pengadil hendaklah mengawal pertandingan seadil-

adilnya. Tugas mereka adalah seperti berikut:-

1. Pengadil

1.1   Berlaku adil, tegas dan selalu dipandu oleh Undang-Undang Permainan.

1.2   Menerima Borang Hitungan Mata dari Pengadil Rasmi.

1.3   Memeriksa dan memastikan gelanggang, jaring dan sebagai dalam

keadaan baik

1.4   Memastikan Peraturan Masuk/Keluar gelanggang dipatuhi.

1.5   Membuat undian.

1.6   Mengumumkan nama kejohanan, regu dan pemain kedua-dua pasukan.

1.7   Memerintah pengadil-pengadil dan pemain-pemain bersedia.

1.8   Mengumumkan pasukan yang akan sepak mula.

1.9   Menghebahkan dengan ringkas, jelas dan tentang perkataan-perkataan ini:

" Hentikan Bola,  Pembantu Pengadil,  Pengadil Garisan, Mula Sepak,

Teruskan, Batal, Luar, Dalam,  Mata,  Kandas,  Tukar Sepak, Mata

Akhir, Menang, Tukar tempat, Pusingan Pertama, Pusingan Kedua,

Pusingan Ketiga, Ketua Regu, Semula "

1.10  Mengumumkan mata sebelum sepak mula.

70

Page 2: TUGAS JURULATIH

1.11  Memberi amaran kepada pemain yang melontar bola sebelum

pengumuman mata.

1.12  Membenarkan gantian pemain seperti didalam undang-undang permainan.

1.13  Membenarkan rehat seperti didalam undang-undang permainan.

1.14  Mengarahkan pertukaran tempat pada pusingan ketiga selepas satu dari

pasukan memperolehi 3 mata.

1.15  Membenarkan rehat 5 minit jika berlaku kecederaan/halangan/masalah.

1.16  Mengarah keluar pemain yang seperti didalam undang-undang permainan.

1.17  Selepas bertanya keputusan dari pengadil garisan, pengadil tidak boleh

menidakkan keputusan tersebut.

1.18  Jika pembantu pengadil atau pengadil garisan tidak dapat membuat

keputusan (selepas ditanya oleh pengadil), dan pengadil tidak dapat menentukan

keputusan tersebut, sepakan semula hendaklah dilakukan.

1.19  Membetulkan keputusannya jika berlaku kesilapan.

1.20  Diberi kuasa untuk membuat keputusan pada mana-mana perkara yang

dipertikaikan dan menghentikan sementara permainan sehingga pertelingkahan

diselesaikan.

1.21  Diberi kuasa mengarah keluar penonton atau pegawai yang mengganggu

kelicinan perjalanan permainan.

1.22  Menyerahan Borang Hitungan Mata yang lengkap diisi kepada pengadil

rasmi.

1.23  Memerhati kawasan sekitar Garisan Teras dan Jaring.

71

Page 3: TUGAS JURULATIH

1.24  Memerhati pemain yang melakukan perkara batal.

1.25  Memberi isyarat bola masuk atau keluar jika diminta.

1.26  memungut bola selepas pertandingan.

1.27  Mengemukakan laporan insiden (jika berlaku) kepada pengadil rasmi.

1.28  Memahami dengan jelas dan tepat undang-undang permainan.

2. Pengadil Garisan

2.1  Berpakaian kemas dan duduk dengan sopan.

2.2  Memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas.

2.3  Memberi keputusan hanya selepas ditanya oleh pengadil.

2.4  Tidak boleh merokok, makan, minum, bercakap, sorak atau jerit.

2.5  Kekal berada ditempatnya sehingga tamat pertandingan.

2.6  Tegas semasa membuat keputusan dan memaklumkan kepada pengadil jika

berlaku keraguan.

3. Pengadil Rasmi

3.1  Bertanggungjawab sepenuhnya kepada tugasnya dan selalu

mempertahankan undang-undang permainan.

3.2  Menerima gelanggang serta segala peralatan dari penganjur dan

memastikan ianya mematuhi undang-undang permainan.

3.3  Menerima dari penganjur senarai pengadil, senarai pemain dan peralatan.

72

Page 4: TUGAS JURULATIH

3.4  Memastikan semua pengadil mematuhi undang undang permainan terkini

semasa menjalankan tugas.

3.5  Hadir sepanjang masa pertandingan dan memerhati perkembangan

pertandingan.

3.6  Merekod nama Pengadil, Pembantu Pengadil dan Pengadil Garisan.

3.7  Diberi kuasa menamakan, menukar pengadil dan memerhati prestasi

mereka.

3.8  Diberi kuasa memberhentikan sementara pertandingan dan membuat

keputusan kepada sebarang pertelingkahan dan kontroversi dan mengarahkan

pertandingan diteruskan setelah semua masalah diselesaikan.

3.9  Memberi keputusan muktamad jika keputusan pengadil dipertikaikan.

3.10 Memberhentikan terus pertandingan jika masalah tidak dapat diselesaikan.

4. Kualiti, Sikap dan Personaliti Pengadil

4.1  Kelakuan - Bebas dari perasaan. Selalu sedar bahawa beliau sentiasa

diperhati oleh pemain dan penonton. Sikap dan tutur katanya selalu dijadikan

contoh. Oleh itu, pengadil perlulah pada sepanjang masa mempamerkan sikap

yang baik.

4.2  Semangat Kesukanan - Tahu mengawal perasaan, jujur, berdisplin,

bersopan, tidak berat sebelah.

4.3  Kepimpinan - Memahami perasaan orang lain, mudah didampingi, mampu

memberi pendapat secara terbuka dan jujur. Sikap dan keputusan tidak diragui.

Berupaya mententeramkan keadaan. Tegas semasa membuat keputusan.

4.4  Sabar - Tidak mudah hilang pertimbangan dan menonjolkan kematangan

diri. Sentiasa memberi contoh yang baik.

73

Page 5: TUGAS JURULATIH

4.5 Imaginasi - Dapat menjangka perkara yang akan berlaku(berdasarkan

pengalaman) dan menggunakannya sebagai panduan semasa membuat

keputusan.

Kedudukan pengadil

74

Page 6: TUGAS JURULATIH

TUGAS JURULATIH, PEGAWAI TEKNIKAL DAN PENGURUS

PASUKAN

A. Tugas-tugas jurulatih.

I. Bertanggungjawab menyediakan rancangan latihan serta mengelola dan

membuat latihan pemulihan ( remedial ) untuk pasukan.

II. Bertugas sebagai kaunselor serta menyelesaikan masalah peribadi

peserta dan menjaga disiplin mereka setiap masa.

III. Memberi pertolongan cemas sekiranya perlu.

IV. Merancang strategi dengan menggunakan filem, ‘slide’, gambar rajah

dan sebagainya.

V. Menilai prestasi setiap pemain dalam pasukan.

VI. Berbincang dengan pengurus pasukan dan pengurus teknik untuk

memilih ketua pasukan.

VII. Mengkaji undang-undang permainan, sistem pertandingan dan

peraturan permainan.

VIII. Membantu pengurus pasukan menyediakan laporan lengkap tentang

latihan, pertandingan dan keputusan pertandingan dalam sesuatu

kejohanan.

IX. Membantu pengurus pasukan dalam pelbagai khidmat yang diperlukan.

X. Membuat penilaian formatif dan sumatif sepanjang sesi latihan yang

dijalankan dan direkodkan.

B. Tugas-tugas Pengerusi Teknik.

I. Menyusun dan melaksanakan program pembangunan jangka pendek

dan panjang bagi permainan berkenaan di peringkat MSS Daerah dan

Negeri.

II. Menganjurkan kursus / bengkel bagi meningkatkan mutu sukan dalam

aspek pengurusan sukan, kepegawaian dan kejurulatihan.

75

Page 7: TUGAS JURULATIH

III. Menyimpan senarai dan rekod pengadil, jurulatih yang bertauliah dan

tanpa tauliah yang aktif.

IV. Menyimpan senarai dan merekod nama atlit selama berkhidmat dengan

MSS.

V. Sentiasa menyemak dan mengemaskinikan undang-undang dan

peraturan permainan di peringkat MSS Daerah dan MSS.

VI. Memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan dan

Latihan pasukan MSS Negeri untuk penyertaan di peringkat MSSM.

VII. Mencadangkan jurulatih, pengadil dan caperon kepada Setiausaha

Agung untuk perlantikan.

VIII. Membantu dan memberi nasihat dalam menjalankan latihan pusat

pasukan MSS Daerah / Negeri kepada jurulatih dan pengurus pasukan.

IX. Meneliti jadual dan undang-undang permainan serta mengatur strategi

permainan pasukan bersama jurulatih.

X. Memberi nasihat kepada pengurus pasukan tentang aspek latihan dan

pengurusan pasukan.

XI. Memerhati dan mengesyorkan segala aspek teknikal yang berfaedah

bagi meninggikan mutu permainan kepada pihak Urusetia MSS Daerah /

Negeri jika perlu.

XII. Membantu Jawatankuasa Induk Pengelolaan / Pertandingan dalam apa

jua bentuk khidmat yang diperlukan.

XIII. Menghadirkan diri dalam Mesyuarat Teknik semasa Pesta MSSM.

XIV. Sentiasa berhubung dan memberi kerjasama dengan Badan / Persatuan

/ Majlis Sukan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

C. Tugas-tugas Pengurus Pasukan.

Tugas Am.

I. Disiplin merupakan perkara penting yang perlu diawasi oleh semua

anggota kontijen. Ini adalah untuk menjaga nama baik MSS dan Negeri

sambil itu mengawasi prestasi pasukan. Selain dari itu adalah untuk

meninggikan moral serta semangat kontijen.

76

Page 8: TUGAS JURULATIH

II. Semua anggota kontijen mesti tinggal di tempat penginapan yang

disediakan oleh tuan rumah.

III. Segala aduan tentang pentadbiran dan pengelolaan hendaklah dibuat

kepada Ketua Rombongan dan tidak secara langsung kepada pihak

pengelola.

Tugas Khusus.

I. Pengurus Pasukan mempunyai tanggungjawab penuh kepada Ketua

Rombongan ke atas pasukannya.

II. Perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat Pengurus Pasukan yang

diadakan.

III. Sebelum bertolak :

Menguruskan penubuhan pasukan dan menghantar senarai nama

kepada Pengelola Permainan MSS.

Menguruskan segala hal tentang latihan pusat seperti :

a. Tarikh

b. Tempat penginapan

c. Tempat latihan

d. Peralatan dan kemudahan

e. Perjalanan.

f. Makanan.

g. Memaklumkan segala yang berkaitan dengan latihan

kepada peserta, pegawai rombongan dan pihak MSS.

Menguruskan surat kebenaran waris dan lain-lain.

Menguruskan segala hal tentang perbelanjaan semasa latihan

pusat untuk peserta dan pegawai.

Menguruskan tentang pakaian, bendera, cenderamata dan lain-

lain.

IV. Di tempat penginapan.

77

Page 9: TUGAS JURULATIH

Mengawal supaya anggota-anggota pasukan mematuhi peraturan,

kebersihan, dan memastikan semua anggota tinggal di tempat

penginapan yang disediakan.

V. Perubatan.

Mengawasi kesihatan am pasukan, dan mengambil tindakan yang

sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan.

VI. Teknikal dan pertandingan.

Pengurus Pasukan perlu mengambil tahu tentang segala aspek teknikal

supaya tidak timbul sebarang masalah. Ini termasuk mengambil tahu

tentang kemuadahan latihan, pengangkutan, borang-borang pendaftaran,

tempat jadual pertandingan, menghadiri mesyuarat pengurus-pengurus

pasukan, cara-cara membuat bantahan dan lain-lain. Sebarang tindakan

yang diambil hendaklah difikirkan sedalam-dalamnya terlebih dahulu.

VII. Pengurus Pasukan mesti mewujudkan dan mengekalkan persefahaman

erat dan semangat bekerjasama dengan para pegawai dan peserta

kontijen.

VIII. Kenyataan akhbar.

Pengurus dan anggota pasukan dilarang membuat sebarang kenyataan

akhbar, radio dan televisyen yang mengkritik pihak pentadbir dan

pengelolaan pertandingan.

IX. Laporan selepas pertandingan.

Pengurus pasukan hendaklah menyediakan satu laporan lengkap

termasuk penyata perbelanjaan ( sertakan resit ) dan hantarkan kepada

Setiausaha Agung MSSK dalam jangka masa 14 hari selepas

pertandingan. Laporan ini hendaklah dibuat setelah berbincang dengan

para pegawai lain dalam rombongan.

78

Page 10: TUGAS JURULATIH

79