Upload
wahidah-yusoff
View
56
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
BML 3113: SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Tugasan 1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
Pn. WAHIDAH BT YUSOFF D2012061747 0163521716
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. AZHAR BIN WAHID
TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013
ISI KANDUNGAN
Kajian mengenai kaum Baba &Nyonya dan hubungan kekerabatan dengan bahasa ,kesusasateraan dan kebudayaan Melayu.
PEMARKAHAN1. ESEI ILMIAH
(a)(b)
2. FORUMJUMLAH
Halaman
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Baba dan Nyonya 3-4
3.0 Identiti dan etnik 5-7
4.0 Bahasa Melayu di kalangan Baba dan Nyonya/Peranakan 8-12
5.0 Penutup 12
Rujukan 13
2
33
1.0 PENGENALAN
Semasa zaman Kesultanan Melayu, Melaka amat terkenal dengan aktiviti
perdagangan. Ini adalah kerana Melaka merupakan tempat persinggahan kapal-kapal kerana
Melaka terletak dalam kawasan geografi yang strategik. Pedagang. Kehadiran pedagang dari
barat mewujudkan etnik Serani, manakala kedatangan pedagang dari China lahirlah Baba dan
Nyonya. Kita sedia maklum, kedatangan pedagang-pedagang ini memakan masa yang lama
dan bilangan mereka juga adalah ramai. Oleh itu pedagang-pedagang ini, mengambil
kesempatan untuk berkahwin dengan orang-orang tempatan terutama masyarakat Melayu.
Hasil dari perkahwinan ini, lahirlah keturunan peranakan iaitu Baba dan Nyonya. Mereka
memanggil diri mereka sebagai „Baba‟ atau Peranakan kerana kebudayaan mereka, yang
berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio budaya dan
persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara
kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai „Baba‟. Kebanyakan mereka masih mengekalkan agama tradisi
Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang kini
amat popular di kalangan remaja. Amat mendukacitakan kerana kita kerana kita tidak
menangani perkara ini sejak awal lagi. Jika perkara ini ditangani lebih awal, Baba dan
Nyonya yang ada dinegara kita tentu akan menganut agama Islam kerana sejarah telah
membuktikan bahawa orang-orang Cina adalah bangsa yang lebih awal menganut agama
Islam sebelum orang-orang melayu di Tanah Melayu. Faktor Baba dan Nyonya yang fasih
berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu juga menguatkan pandangan
ini.
2.0 BABA DAN NYONYA
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan
kepada pelbagai kerajaan seperti Negara China dan Siam. Hubungan diplomatik yang
erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana
Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan tradisional, pada
34
tahun 1459, Maharaja China telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka
sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.Pada mulanya
35
pengikut-pengikut Puteri hang Li Po tinggal di Bukit Cina dari situ maka lahirlah Peranakan.
Peranakan mengekalkan kebanyakkan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka,
tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasikan. Mereka membina budaya peranakan
yang unik. Banyak sumber memberi pendapat bahawa Peranakan adalah perkahwinan
campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada daripada faktor
pengikut- pengikut Puteri Hang Li Po tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka
dengan Laksamana Yunan berbangsa Cina Muslim.
Sejak beberapa kurun, peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan
mengekalkan banyak tradisi Cina seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda
Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan
Nyonya.Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakkan dididik oleh Inggeris, akibat
daripada penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan golongan tersebut mudah
menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menyerap budaya Inggeris dan
berpendidikan, kebanyakkan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara
British dengan mereka meyebabkan mereka memeluk agama Kristian .Hal ini meyebabkan
masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih
dikenali sebagai King‟s Chinese ( Raja Cina ) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota
British. Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan Peranakan
bertutur tiga bahasa dan dapat berkomunikasi dengan Cina, Melayu dan British.
55
3.0 IDENTITI DAN ETNIK
Tan Chee Beng ( 1983,1988a.1988b, 2000 ) telah banyak mengkaji pembentukkan identiti
orang Cina Peranakan, iaitu Baba dan Nyonya di Melaka. Dalam kertas kerjanya pada 1983,
beliau mengkaji bagaimana Baba menyatakan identitinya dari segi budaya. Rangka
pemikiranya dipengaruhi konsep situational ethnicity yang telah dilakukan oleh Cohen,
Barth, Nagata dan nKeyes di tempat lain. Baginya, faktor yang dipentingkan dalam
penyataan identiti bergantung pada jenis interaksi yang dilalui individu. Walaupun Baba
sentiasa menggunakan ciri budaya untuk menyatakan dan menyembunyikan idetiti mereka,
Tan ( 1988b) dalam kajiannya menghujahkan identity Baba dan Nyonya adalah hasil
66
perubahan budaya, iaitu melalui proses akulturasi. Sehubungan itu, sekalipun Baba
mengidenfikasikannya sebagai orang Cina, tetapi orang Cina lain memandangnya sebagai
kaum yang lain. Ini disebabkan orang Cina menganggap Baba lebih mirip kepada orang
77
Melayu. Dalam Kajian Tan yang lain (1983,1988a.1988b), identiti dan pembentukkan Baba
dilihat sebagai yang dinamik dan berubah-rubah mengikut masa dan situasi dari segi analogi.
Tetapi, dari segi epistemologi, analisis Tan menonjokan unsur budaya yang terdiri daripada
pakaian,rambut, makanan dan cara memasak, agama, adat istiadat dan bahasa sebagai
sumber utama pembentukkan identiti Baba. Unsur-unsur budaya itu tidak sahaja digunakan
orang Cina untuk mengidentifikasikan Baba, tetapi juga digunakan Baba untuk
mengidentifikasinya sebagai orang Cina yang unik.
Dalam buku Nation Building ang Being Chinese in a Southeast Asian state:Malaysia, Tan
(1988a) cuba mengaitkan pembentukkan identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa(nation
building) kerajaan Malaysia. Hubungan antara identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa
dilihatnya daripada tiga isu besar :bahasa dalam pendidikan, polisi sosioekonomi dan budaya
kebangsaan. Dalam kajian itu, Tan mencadangkan tiga kompenon utama identiti etnik: label,
identifikasi objektif (seperti bahasa dan adat resam ) dan identifikasi subjekif. Baginya
kompenon yang terakhir itu meliputi persepsi atas diri dan juga makna menjadi orang Cina dari
segi sosial dan psikologi. Hujah itu juga terdapat dalam bukunya The Baba of Melaka (1988b)
yang meyatakan pendiriannya dalam kajian identiti etnik Baba dengan menggunakan self-
ascription sebagai ciri utama identiti etnik. Dengan kata lain, Baba adalah orang Cina yang
mengidentifikasikannya sebagai Baba.
Tan juga membincangkan metodologi dan mengkritik pendekatan positivism sebagai fallacy
dan misleading dalam memahami perubahan identiti orang Cina dengan hanya
menginterprestasikan statistik tanpa mementingkan definisi tentang identiti. Kritikan Tan
dalam buku itu (1988b:3) adalah jika hanya digunakan objektif untuk memahami identiti, maka
akan timbul soalan tentang ciri-ciri yang harus digunakan untuk menghurai identiti etnik
individu; sedangkan individu dalam kumpulan etnik yang sama berkemungkinan menekankan
ciri-ciri budaya yang hampir sama dengan penduduk tempatan.
Hujahnya, komponen label adalah lebih statik berbanding dengan dua komponen yang
lain:kompenon objektif dan subjektif. Memang tidak dinafikan rangka fikiran holistik adalah idea
yang meyeluruh. Tetapi, beliau tidak menjelaskan kekurangan yang dimaksudkan
sebagai label dan mengapa ia lebih statik berbanding dengan komponen lain.Sepanjang yang
diketahui, label yang dimaksudkan ahli teori sosial yang berteraskan simbolik interactionism,
khasnya dalam labeling theory yang dibincangkan Howard S. Becker ( Water 1994:29-31)
88
adalah yang tiada makna disebaliknya, maka adalah simbol yang tidak bermakna dan tidak
berfungsi. Individu sosial beraksi berdasarkan makna disebalik label dan bukan label itu.
Makna disebalik label itu adalah berdasarkan definisi yang dikongsi individu. Dengan kata lain,
ia dalah hasil konstruksi social. Tetapi, makna label itu dinamik kerana boleh berubah dan
diubah dari masa ke semasa dalam proses interaksi individu.
Sehubungan itu, ia harus dilihat sebagai yang dinamik dan bukannya yang statik. Misalnya,
orang Cina dilabelkan sebagai huaqiao. Tan menyatakan orang Cina Malaysia hari ini menolak
label itu. Sepanjang yang diketahui, mereka tidak menolak label itu, tetapi ahli
akademik.Sehubungan itu, wang Gungwu (1992) membezakan konsep huaqiao dan huayi
supaya dapat melihat hubungan identiti orang Cina dengan Negara China dari dua jangka
masa yang berlainan, iaitu pra dan pasca merdeka Malaysia, Walhal masih ada orang Cina di
Malaysia tidak keberatan menggunakan perkataan huaqiao dalam perbualan mereka dengan
orang China. Secara keseluruhan, tan (1983,1988a, 1988b, 2000) yang melihat identity orang
Cina dalam proses akulturasi itu telah memfokuskan reaksi orang Cina di Malaysia kepada
factor luaran yang mengancam identity mereka.
Baginya, faktor luaran yang kebanyakkan dalam bentuk fakta sosial itu difahami berdasarkan
interprestasi dan konsep tentang pentingnya digunakan pendekatan fenomenologi dan
subjektiviti, sebenarnya jenis epistermologi, yang mengutamakan interprestasia dan konsepsi
pelaku social dan bukannya inteprestasi orang yang menjalankan penyelididkan.Sarjana
Malaysia lain yang juga mengkaji pembentukkan identity orang Cina di Malaysia adalah Hou
Kok Chong. Pandangan Hou ( 2002 ) adalah sama dengan Tan secara ontological. Beliau
melihat identiti dan budaya orang Cina Malaysia sebagai realiti yang dinamik dan sentiasa
berubah mengikut keadaan interaksinetnik dan perkembangan politik semasa di Malaysia.
88
4.0 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN BABA DAN
NYONYA/PERANAKAN
Bahasa Melayu Peranakan pada dasarnya adalah Bahasa Melayu rendah atau Melayu Pasar.
Bahasa ini dapat dapat diterima oleh masyarakat Baba dan Nyonya atau juga dikenali sebagai
Cina Peranakan memandangkan hakikat bahawa nenek moyang mereka yang mula- mula
datang ke rantau ini terdiri dari golongan pedagang-pedangang dan bukan dari golongan
literati atau penyair-penyiar kebudayaan. Sebagai pedagang mereka perlu berkomunikasi
dengan orang-orang tempatan untuk urusan-urusan dagang dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain.Penerimaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi adalah paling sesuai kerana bahasa
ini merupakan lingua franca di kepulauan Melayu.
Pedagang-pedagang tersebut masih boleh berhubung dengan penduduk-penduduk tempatan
tanpa mempelajari bahasa melayu tetapi menggunakan pengantara. Tetapi apabila mereka
telah menetap dirantau ini adalah lebih praktikal untuk mereka belajar bertutur di dalam
bahasa itu. Dorongan untuk bertutur dalam bahasa itu bertambah dengan ketiadaan kaum
perempuan Cina, mereka terpaksa berkahwin dengan penduduk-penduduk tempatan atau
golongan hamba abdi yang didatangkan dari kepulauan Melayu sepertu Bugis dan Bali.Anak-
anak generasi pertama dari hasil perkahwinan ini masih boleh bertutur dalam bahasa Cina di
samping bahasa tempatan.Tetapi untuk generasi-generasi kedua dan berikutnya Cuma
berkeupayaan untuk bertutur dalam bahasa melayu.
Catatan-catatan pelawat-pelawat,pedagang-pedagang, mubaligh-mubaligh kristian dan
pentadbir Eropah menunjukkan masyarakat Baba telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Ibunda mereka sebelum tahun-tahun 1930an. Penerimaan Bahasa Cina dikalangan
orang-orang Cina Peranakan adalah merupakan kejadian yang kemudian, akibat dari usaha-
usaha pembelajaran kembali bahasa itu.
Dari catatan Abdullah Munsyi, seorang guru Bahasa Melayu dan juga penulis, dapat diketahui
bahawa bahasa Melayu pasar atau bahasa Melayu Peranakan adalah alat komunikasi
golongan pedagang-pedagang di Melaka dan Singapura. Majoriti perkataan dalam
perbendaharaan kata bahasa Melayu Peranakan berasal dari bahasa Melayu. Walaupun
begitu, kehadiran perkataan-perkataan dari bahasa lain terutama bahasa Cina dialek Hokkien
sangat ketara perkataan-perkataan Cina yang seringkali digunakan dalam Bahasa ini ialah
perkataan-perkataan ganti nama “gua” dan “lu” yang membawa erti “saya” dan “awak”.
99
Tetapi untuk merujuk kepada orang ketiga dan orang pertama majmuk digunakan perkataan-
perkataan yang menyentuh pertalian kekeluargaan dalam bahasa Melayu Peranakan. Baba
dan Nyonya tidak akan memanggil anggota-anggota keluarga yang lebih tua dengan sebutan
nama .Kebanyakkan sebutan kekeluargaan dalam bahasa melayu peranakan diambil dari
Bahasa Cina dialek Hokkien. Dalam hubungan kekeluargaan, mereka sangat mengambilkira
atau mementingkan perhitungan umur dan tingkat kekerabatan. Misalnya, untuk sebutan
kekeluargaan bagi “kak” sahaja adalah tiga sebutan iaitu “tachi-sar”, “tacha-nga” dan “tacha-
chik” untuk memanggil kakak yang paling tua, tengah dan paling muda. Mengikut kajian Rosie
Tan Kim Neo hampir keseluruhan sebutan-sebutan kekeluargaan Cina dalam dialek Hokkein
masih dipakai dikalangan masyarakat Baba dan Nyonya.Antara sebutan-sebutan
kekeluargaan itu termasuklah Ah Kong (datuk), Mah (nenek), Tia Pa (ayah),N Chek, N Chim
(emak), Tua Ko ( bapa saudara sebelah ibu), Tachi (kakak),Tua koh (emak saudara sebelah
bapa),Koh (emak saudara muda sebelah bapa), N‟tioh (suami kepada emak saudara sebelah
bapa) dan lain-lain.Sebutan-sebutan kekeluargaan tersebut tidak terdapat dalam bahasa
Melayu. Oleh yang demikian, mereka perlu mengekalkan sebutan-sebutan tersebut dalam
bahasa melayu Peranakan.
Perkataan-perkataan cina juga terdapat dengan banyaknya dalam Bahasa melayu peranakan
berhubungan dengan hal ehwal rumah tangga,ruang-ruang dalam rumah melainkan “serambi”
atau “dapur” diberikan sebutan dalam bahasa Cina. Bilik besar tempat terletaknya
mejapemujaan dipanggil “tia” ruang terbuka dan terdedah kelangit dipanggil
„chimchi‟(chimchi); tingkat atas, „loteng‟ (lau-teng);beranda bahagian dalam dipanggil
„langkeng‟ (bahasa Cina lang-khang); bilik tidur ialah „pangkeng‟ dan beranda tanpa teduhan
ialah „la-pen‟ (lau-pin). Alat-alat perabot dan dapur tertentu juga dipanggil dalam Bahasa
Cina. Misalnya, „teng‟ atau tanglung (teng-liong) untuk lampu, meja-toh;‟tekuan‟ (te-koan) dan
„teko‟ (te-ko) untuk kendi. Jenis-jenis masakan dan cara memasak tertentu disebut dalam
bahasa Cina seperti „tim‟ (tim) untuk kukus dan lain-lain.Segala perkataan cina yang
berhubungan dengan hal ehwal agama masih dipakai dikalangan orang-orang Cina
peranakan. Antaranya „bio‟(bio) untuk kuil atau rumah berhala, „sio-hio‟ (sio-hiu) untuk
perbuatan membakar batang dupa, „kui‟ perbuatan melutut dan „teyan‟(toe-ien), memberi
derma atau sedekah untuk kerja-kerja kebajikan dan keagamaan . Dalam hal ehwal
perniagaan beberapa perkataan Cina tertentu juga digunakan. Antaranya „toko‟ (tho-kho)
1010
untuk kedai, kongsi (kong-si) persatuan atau syarikat perniagaan, taukeh (thau-ke),ketua
sesuatu atau firma dan lain-lain.
Walaupun Baba dan Nyonya menggunakan perkataan-perkataan Cina, tetapi telah diubah dan
mereka tidak lagi mementingkan intonasi sebagaimana dalam bahasa Cina. Intonasi dalam
bahasa baba dan Nyonya telah berubah menjadi datar dan sederhana. Menurut W.G
Shellabear, kalaupun orang-orang Peranakan menyebut perkataan-perkataan Cina
dengan intonasi yang tepat itu cuma secara kebetulan sahaja.
Menurut Kajian Wee Imm Neo, pengaruh bahasa Cina keatas bahasa Peranakan dari segi
fonologi tidak begitu ketara sekiranya dibandingkan dengan pengaruh Bahasa Melayu seperti
kehadiran beberapa fonem dari bahasa Melayu di dalam bahasa Peranakan yang tidak
kedapatan dalam bahasa Cina . Begitu juga „terpunya‟, „dia punya‟, dalam bahasa Hokkien
disebut “gua-ye”, “li-ye” dan “ie-ye”. Kalimah-kalimah itu apabila digunakan dalam sesuatu ayat
akan menghasilkan rangkaikata-rangkaikata yang terbalik. Ayat tersebut Nampak seolah-
olah sebagai sesuatu ayat dari bahasa Cina yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
secara leksikal. Misalnya, seperti petikan dibawah:-
“Yang ini dua manusia ini malam punya cinta kasih ada sama ada sperti chat dan perkat begitu
punya langkat, sabagi gula dan madu punya manis,sumpama lalat ter-jumpa taik, laksana ikan
man-dapat ayer macham macham punya tingka-laku man-glitik suda dibikin kluar. Blakang bila
suda panat-ter-tidor lena punya tempo…”
Dengan adanya kelainan-kelainan diantara bahasa Peranakan dengan bahasa Melayu
dapatlah dirumuskan bahawa bahasa itu merupakan satu bahasa tersendiri. Terciptanya
bahasa ini adalah sintaksis dari perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan pengaruh
struktur bahasa Cina. Bahasa Melayu-Peranakan mulai berkembang apabila masyarakat baba
dan Nyonya menggunakannya dalam bentuk tulisan menjelang abad ke sembilan belas.
Dalam masa itu, karya-karya kesusateraan dan akhbar-akhbar telah mula diterbitkan dengan
menggunakan bahasa tersebut dalam tulisan rumi. Bahasa ini mengalami proses
perkembangan dengan pertambahan perkataan-perkataan dan istilah-istilah baharu yang
diambil secara langsung atau diubahsuai dari bahasa-bahasa Cina, Inggeris dan Melayu.
1111
Perkataan-perkataan Melayu digunakan untuk mencipta istilah-istilah baharu sesuai dengan
kegunaan masyarakat Baba dan Nyonya. Misalnya, istilah „hukuman mak bapak‟ untuk
merujuk konsep „put hauw‟ atau kebaktian anak kepada ibubapa atau leluhur. Walau
bagaimanapun, perkembangan bahasa ini tidak membawanya kearah Bahasa Melayu
„standard‟. Struktur ayat yang digunakan dalam tulisan-tulisan mereka kelihatan tidak
seragam dengan tatabahasa melayu dan kadangkala ejaan untuk sesuatu perkataan juga
tidak tetap.
Bagi masyarakat Baba, bahasa Melayu Peranakanlah yang dianggap sebagai bahasa ibunda
mereka.Bahasa ini dipakai sebagai alat perhubungan dikalangan keluarga dan sanak saudara
dan juga untuk berhubung dengan orang-orang Cina sendiri dan kaum-kaum lain. Pemakaian
bahasa ini tidak terbatas kepada kehidupan harian dan hal hal perdagangan tetapi dalam
lapangan kesusasteraan dan juga bahasa untuk mengeluarkan pandangan dan buah fikiran
yang abstrak dalam dapat kesan perbezaan bunyi yang ketara antara bahasa Melayu
Peranakan dengan bahasa Cina dari Bahasa melayu. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa perubahan bunyi yang jelas diantara bahasa Melayu Peranakan dengan bahasa
melayu. Perubahan bunyi terjadi akibat disebabkan masyarakat Baba menyebut sesuatu
perkataan dengan pantas yang mengakibatkan keguguran atau perubahan-perubahan
konsonan dan vocal-vokal Melayu tertentu.Konsonon „h‟ selalu digugurkan dari perkataan-
perkataan dalam bahasa Melayu Peranakan. Contonya, hati-ati;hari-air; habis-abis; hutan-
utan; hulur-ulo; rumah-umah; pergi-pegi dan biar-bie. Sementara itu, vocal-vokal „i‟ pula
direndahkan menjadi „e‟ seperti dalam perkataan , pikir-pike: sindir-sinde; petir-pete; lender-
lende. Vokal
‟u‟ pula diubah kepada bunyi „o‟ dalam perkataan-perkataan yang berakhir dengan konsonan
seperti buruk-buro; duduk-dudo; kasut;kaso; untuk-unto. Jika vocal „e‟ terdapat selepas
konsonan pertama di dalam sesuatu perkataan maka ianya digugurkan .Contohnya, pekan-
p‟kan; nenas-n‟nas; nenas-n‟nas; demam-d‟mam, demikian-d‟mikian. Sesuatu perktaan pula
disingkatkan seperti sedikit-siket; tudung saji-toysaji; tidak usah-toksa; tidak tahu-taktao.
Walaupun bunyi perkataan telah berubah tetapi tidaklah sampai menghilangkan identity
perkataan itu. Orang-orang yang fasih dalam bahasa Melayu masih boleh mengerti perkataan-
perkataan Melayu yang disebut oleh orang-orang Cina Peranakan
Dari segi sintaksis atau struktur bahasa cina memberikan kesan yang lebih besar keatas
bahasa Melayu Peranakan dari Bahasa Melayu. Perubahan-perubahan bunyi dan
kemasukkan kata-kata asing ke dalam sesuatu bahasa merupakan kejadian semulajadi dan
1212
tidak mendatangkan kerosakkan besar kepada sesuatu bahasa. Tetapi lain pula halnya
apabila berlaku kerosakan kepada struktur sesuatu bahasa. Inilah hal yang terjadi kepada
bahasa Melayu Peranakan.Pengaruh bahasa Cina telah meninggalkan kesan yang besar
keatas struktur bahasa Melayu Peranakan sehingga menjadi sesuatu bahasa yang cacat dan
tidak gramatis. Pengaruh bahasa Cina telah menyebabkan terjadi proses penyingkatan
dengan pelenyapan perkataan-perkataan tertentu,imbuhan-imbuhan, sendi dan kopula-kopula
tertentu yang sangat penting menurut system bahasa Melayu.Misalnya ayat-ayat berikut:
Lu mana mo pegi. ( Bahasa Melayu Peranakan- B.P) Awak hendak pergi kemana?
( Bahasa Melayu – B.M)
Gua ruma ada anjing besar (B.P)
Di rumah saya ada anjing besar (B.M)
Gua kasi dia tolak (B.P) Pemberian saya ditolak (B.M)
Ayat-ayat dalam bahasa ini kalau dianggap sebagai sebahagian dari bahasa Melayu, ia
merupakan ayat yang lintang pukang dan tidak menurut hukum-hukum bahasa
Melayu.Perkataan „punya‟ yang kerap kali digunakan sebagai penghubung di dalam sesuatu
binaan ayat dalam bahasa Melayu Peranakan adalah jelas pengaruh dari bahasa Cina.
Perkataan „punya‟ tersebut boleh disama ertikan dengan perkataan „ye‟ dalam bahasa Cina
dialek Hokkien.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, masyarakat baba dan Nyonya atau Peranakan adalah dua terma yang
berbeza, namun kesemuanya merujuk kepada keturunan pendatang daripada Tanah Besar
China yang telah berhijrah ke daerah Nusantara pada suatu masa dahulu. Pada awal kurun ke
1800an, pendatang baru dari China telah berhijrah ke negeri-negeri selat dan
mengembangkan populasi Baba dan Nyonya yang telah wujud di Singapura, Melaka dan
Pulau Pinang. Mengadaptasikan adat dan budaya, warisan Baba dan Nyonya ini adalah begitu
unik dan tersendiri. Pengaruh Melayu adalah terlalu kuat dalam pemakaian, makanan dan
1313
bahasa yang dituturkan seharian, namun dalam masa yang sama mereka juga masih
mengekalkan warisan cina nenek moyang seperti agama, nama dan identity etnik mereka.
1414
RUJUKAN:
1. Ahmad Razali (1985, April ).Budaya:Arah satu bangsa. Majalah Dewan Budaya
2. Arbak Othman (1999). Kamus bahasa melayu.Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997).Masyarakat baba.Melaka Assocated Educational
Distributors (M) Sdn. Bhd.
4. Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya.Diambil pada 29 April 2012 daripada ht t p: / /p m r.p e n e r a n g a n . g o v. m y / i nd e x .php/compon e nt / c ontent/a r t i c le/39 5 - a rt i k e l / 871 8 - k e unikan - ma s y a r a k a t - b a b a- d a n - n y o n y a .ht m l
5. Baba dan Nyonya.Diambil pada 29 April 2012 daripada: ht t p: / / m s.wi k ipedi a .or g / wiki / B a b a _d a n _ N y o n y a